13 tajuk 7 kurikulum pendidikan islam

38
Tajuk 7 KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEMASA 7.0 Sinopsis Tajuk ini memberi fokus kepada perbincangan terhadap sukatan dan huraian sukatan pelajaran KBSR dan dokumen standard Kurikulum Pendidikan Islam KSSR. Tajuk ini turut membincangkan model-model j-QAF seperti Model Khatam al-Quran, Model Tasmik, Model Pemulihan Jawi dan Model Bestari Solat. 7.1 Hasil Pembelajaran : Pada akhir tajuk ini pelajar dapat : 1. Menjelaskan konsep, isi kandungan dan kepentingan sukatan KBSR dan KSSR 2. Membanding beza sukatan KBSR dan KSSR 3. Membincangkan kepentingan dan kaedah pelaksanaan model-model j- QAF 7.2 Sukatan Pelajaran KBSR Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya 27 Jan 1999, menyarankan Kementerian Pendidikan menyemak semula kurikulum Pendidikan Islam (PI) dengan memberi penekanan kepada kandungan teks dan kaedah perlaksanaan kurikulum yang lebih berkesan kepada murid-murid sekolah. Kurikulum Pendidikan Islam disemak semula mulai tahun 2000 dengan beberapa penambahbaikan. Pada 8 Mac 2001 YAB Perdana Menteri telah menerima beberapa saranan dari Jawatankuasa Semakan Sukatan Pelajaran (Petikan dari Kertas Dasar Semakan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR dan KBSM 2000 Bahagian kurikulum Pendidikan Islam dan Moral ) 109

Upload: mohd-norhisyam

Post on 26-Jan-2016

533 views

Category:

Documents


28 download

DESCRIPTION

Kurikulum Pendidikan Islam

TRANSCRIPT

Page 1: 13 Tajuk 7 Kurikulum Pendidikan Islam

Tajuk 7 KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEMASA

7.0 Sinopsis

Tajuk ini memberi fokus kepada perbincangan terhadap sukatan dan huraian sukatan

pelajaran KBSR dan dokumen standard Kurikulum Pendidikan Islam KSSR. Tajuk ini

turut membincangkan model-model j-QAF seperti Model Khatam al-Quran, Model

Tasmik, Model Pemulihan Jawi dan Model Bestari Solat.

7.1 Hasil Pembelajaran :

Pada akhir tajuk ini pelajar dapat :

1. Menjelaskan konsep, isi kandungan dan kepentingan sukatan KBSR dan KSSR

2. Membanding beza sukatan KBSR dan KSSR

3. Membincangkan kepentingan dan kaedah pelaksanaan model-model j-QAF

7.2 Sukatan Pelajaran KBSR

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya 27 Jan 1999, menyarankan Kementerian

Pendidikan menyemak semula kurikulum Pendidikan Islam (PI) dengan memberi

penekanan kepada kandungan teks dan kaedah perlaksanaan kurikulum yang lebih

berkesan kepada murid-murid sekolah. Kurikulum Pendidikan Islam disemak semula

mulai tahun 2000 dengan beberapa penambahbaikan. Pada 8 Mac 2001 YAB

Perdana Menteri telah menerima beberapa saranan dari Jawatankuasa Semakan

Sukatan Pelajaran (Petikan dari Kertas Dasar Semakan Kurikulum Pendidikan Islam

KBSR dan KBSM 2000 Bahagian kurikulum Pendidikan Islam dan Moral )

Anda sekarang adalah seorang pendidik. Untuk menjadi seorang pendidik yang

professional anda perlulah mengetahui, memahami dan menguasai isi kandungan

Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam , Huraian Sukatan , Buku Teks dan Buku Panduan

Guru. Justeru itu modul ini diharap dapat membantu anda dalam menjalankan tugas

seharian

109

Page 2: 13 Tajuk 7 Kurikulum Pendidikan Islam

Pendidikan Islam sekolah rendah adalah pendidikan awal yang wajib dipelajari oleh

setiap murid Islam dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Pendidikan Islam sekolah rendah

memenuhi tuntutan fardu ain, menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu

dikuasai oleh individu Muslim. Selaras dengan proses perkembangan intelek, rohani,

emosi dan jasmani murid-murid. Merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan,

kemasyarakatan dan kenegaraan.

Tumpuan Khusus mata pelajaran Pendidikan Islam:

i. Pendidikan Asas Tilawah al-Quran

ii. Pembentukan Aqidah dan Bimbingan Asas Fardu Ain

iii. Pemupukan amalan Fardu Ain dan Kifayah yang dituntut oleh Syariat

iv. Penerapan Adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam diri murid.

Keempat-empat bidang ini hendaklah disampaikan dengan berkesan. Penyampaian

yang berkesan mampu menanam asas keimanan dan membentuk murid-murid agar

mempunyai cita-cita tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu

mengubah diri yang menyumbang kepada asas tamadun masyarakat, bangsa dan

negara.

Para pendidik perlu memastikan setiap murid menguasai ilmu, amalan dan kemahiran

yang telah ditetapkan supaya matapelajaran Pendidikan Islam ini dapat menyumbang

kearah pembentukan muslim mumin yang berilmu, beriman, beradab, berakhlak mulia,

berketrampilan, bertanggungjawab, beramal salih dan bertakwa selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.

Matlamat Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Matlamat pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman,

berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al Quran dan al

Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa dan menyumbang

kearah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.

Objektif Pendidikan Islam

Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah, murid dapat :

1. Membaca surah-surah terpilih dari juzu’ Amma dengan betul dan fasih, untuk

memupuk minat membaca al Quran dan menjadi amalan

110

Page 3: 13 Tajuk 7 Kurikulum Pendidikan Islam

2. Menghafaz ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian

3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati penga-

jarannya kearah meyakini al Quran sebagai rujukan petunjuk Allah

4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan

benteng keagamaan

5. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam fardu ain serta memahami fardu kifayah

sebagai tuntutan kewajipan umat Islam

6. Memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah saw sebagai asas

perkembangan tamadun manusia

7. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian

8. Membaca dan menulis jawi serta mencinta ilmu sebagai warisan budaya bangsa

7.3 Kandungan Kurikulum

Kandungan kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah dibahagikan kepada empat

bidang seperti berikut, iaitu:

Rajah: Bidang-bidang dalam kurikulum Pendidikan Islam KBSR

Rajah di atas menunjukkan kandungan bidang-bidang mata pelajaran yang terdapat

dalam Pendidikan Islam sekolah rendah. Untuk mendalami bidang-bidang tersebut;

Bil. BIDANG OBJEKTIF TUMPUAN

1

Asuhan Tilawah

Al-Quraan

1. Membaca Surah–surah terpilih

dari juzuk Amma dengan betul

dan fasih, untuk memupuk minat

membaca A-Quraan dan men-

jadi amalan.

2. Menghafaz ayat-ayat lazim yang

1 Membaca ayat-ayat al-Quraan

dengan Betul dan fasih.

2 Menghafaz ayat-ayat tertentu

dengan betul dan fasih

3 Memahami pengertian surah-

111

Organisasi Kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Bidang Asuhan Tilawah al-Quran

Bidang Asas Ulum Syari’yah

Bidang Asas Akhlak Islamiah Bidang Pelajaran Jawi

Page 4: 13 Tajuk 7 Kurikulum Pendidikan Islam

Bil. BIDANG OBJEKTIF TUMPUAN

terpilih untuk bacaan dalam solat

dan ibadah harian.

3. Memahami maksud beberapa

surah yang dipelajari ddengan

menghayati beberapa surah se-

bagai rujukan petunjuk Allah.

surah tertentu daripada Juzuk

Amma (Juzuk 30 ) dan

menghayati pengajarannya.

2

Asas Ulum As-

Syariah 1. Memahami dan meyakini asas-

asas keimanan sebagai pegan-

gan akidah dan benting keag-

maan

2. Mengamalkan ibadah-ibadah

asas Fardu Ain s erta mema-

hami Fardu Kifayah sebagai tun-

tutan kewajipan umat Islam

3. Memahami dan mengambil

Iktibar dengan sirah Rasulullah

S.A.W. sebagai asas

perkembangan tamadun

manusia,

1. Penekanan akidah,pemben-

tukan sikap dan tanggungjawab

terhadap Allah

.

2. Pengetahuan mengenai peratu-

ran ibadah yang ditentukan oleh

Allah Taala dan melaksanakan-

nya

3. Percontohan dan pengambilan

iktibar dari Sirah Rasulullah S.

A..W

4. Implikasi Akidah,Ibadah dan

Sirah dari segi tanggungjawab

terhadap diri,

keluarga,masyarakat dan Ne-

gara.

Asas Akhlak

Islamiah

Mengamal adab dan

menghayati nilai-nilai akhlak

dalam kehidupan seharian

1. Kepatuhan terhadap perturan

dan cara hidup

Muslim dalam hubungan

dengan Allah S.W.T. dan

Rasulullah S.A.W

2. Kepatuhan terhadap peraturan

dan tatacara

perhubungan manusia dengan

diri, keluarga, alam

sekitar,masyarakat dan Negara

112

Page 5: 13 Tajuk 7 Kurikulum Pendidikan Islam

Bil. BIDANG OBJEKTIF TUMPUAN

3 Pelajaran Jawi Membaca dan menulis jawi serta

mencintainya sebagai warisan

budaya bangsa.

1. Menulis tulisan jawi dengan

baik

2. Membaca jawi dengan lancar

3. mempelajari seni tulisan jawi.

a. Huraian Sukatan Pelajaran KBSR

Matlamat

Huraian Sukatan Pelajaran ialah satu dokumen yang memperkembangkan dan

memperjelaskan maksud dan kehendak Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR.

Sukatan Pelajaran perlu dibaca bersama dengan Huraian Sukatan. Penguasaan

terhadap apa yang terkandung dalam Huraian Sukatan pelajaran adalah menjadi

ukuran pencapaian murid. Penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran serta

penilaian dibina berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran.

Objektif

Fungsi utama Huraian Sukatan Pelajaran ialah untuk:

1. Menentukan skop sukatan

2. Panduan guru dalam menyediakan isi pelajaran dan pemilihan aktiviti

pembelajaran

3. Kegunaan penyedia buku teks dan bahan pembelajaran bagi memilih

dan membina isi kandungan aktiviti pembelajaran, soalan penilaian dan

kerja lanjutan

4. Kegunaan pembinaan soalan ujian dan penaksiran samada berbentuk

formatif atau sumatif

Organisasi Huraian Sukatan Pelajaran

Huraian sukatan pelajaran disusun dengan menggunakan format yang

diselaraskan bagi semua matapelajaran. Kandungan Huraian Sukatan

dipersembahkan dalam bentuk lajur seperti berikut :.

113

Page 6: 13 Tajuk 7 Kurikulum Pendidikan Islam

Bidang

PembelajaranHasil Pembelajaran Cadangan Pengalaman Pembelajaran

Aras 1 :

Aras 2 :

Aras 3 :

ii. BUKU PANDUAN GURU (KBSR)

Bagi memastikan hasrat dan tujuan pendidikan dapat dicapai sepenuhnya,

Kementerian Pendidikan telah menyediakan bahan asas seperti Buku Panduan

Pengajaran dan Pembelajaran. Buku ini disediakan secara berasingan bagi setiap

bidang di mana ianya mencadangkan butur-butir terperinci bagi membantu guru

merancang pengajaran dan pembelajaran .

Sebenarnya terdapat beberapa lagi dokumen yang dibina bersesuian dengan

kurikulum semakan Pendidikan Islam 2002. Dokumen tersebut :

1. Sukatan Pelajaran

2. Huraian Sukatan Pelajaran

3. Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam

4. Buku Penilaian Kendalian Sekolah Rendah

5. Buku Penilaian Kendalian Sekolah Menengah

6. Buku Panduan Asas Fardu Ain

7. Buku Panduan Jawi

8. Buku Panduan Penilaian Al Quran

9. Buku Panduan Amali

10. Buku Panduan Pengurusan Panitia

Buku-Buku Panduan ini mengandungi pelbagai contoh kaedah pengajran dan

pembelajran dan contoh Rancangan Mengajar bagi setiap bidang. Ianya dapt memb

antu anda sebagai guru dalam memantapkan pengajran dan pembelajran Pendidikan

114

Page 7: 13 Tajuk 7 Kurikulum Pendidikan Islam

Islam, di samping untuk merangsang daya pemikiran murid anda supaya lebih kreatif,

kritis dan inovatif.

Ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam Buku Panduan Guru

antaranya ialah:

1. Wujud pembelajaran yang berkesan dan suasana bilik darjah yang mengembi-

rakan .

2. Penglibatan murid secara aktif

3. Strategi pengajaran yang merangsangkan perbincangan dan penerokaan

4. Suasana pembelajran kooperatif di mana murid berpeluang melihat diri mereka

sebagai murid yang berkebolehan

5. Kemahiran Berfikir

6. Pengajran Berasaskan kajian Masa Depan (KMD)

7. Pembelajaran secara konstruktivisme

8. Pembelajran secara kontekstual

9. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

7.4 Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Islam KSSR

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) telah melalui proses transformasi.

Kurikulum yang telah diperkukuh dan ditambah baik ini dikenali sebagai Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR). Mulai tahun 2011, KSSR dllaksanakan secara

berperingkat bermula dengan Tahun 1. Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah

digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran.

Standard kandungan bermaksud penyataan spesifik tentang perkara yang murid

patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek

pengetahuan,kemahiran dan nilai. Manakala standard pembelajaran pula bermaksud

satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh

diukur bagi setiap standard kandungan.

Matlamat

Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk menghasilkan insan

yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia dengan menjadikan al-Quran

dan al-Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan seharian supaya menjadi hamba

Allah yang berjaya di dunia dan di akhirat.

115

Page 8: 13 Tajuk 7 Kurikulum Pendidikan Islam

Objektif

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran kurikulum standard Pendidikan

Islam sekolah rendah berkebolehan untuk:

1. Membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid serta mengamalkan pemba-

caannya dalam kehidupan seharian;

2. Menghafaz surah-surah terpilih dari juzu’ amma untuk bacaan dalam solat dan

ibadat harian;

3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati penga-

jarannya;

4. Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih serta menghayati pengajarannya;

5. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan

benteng keagamaan;

6. Memahami dan mengamalkan ibadat-ibadat asas fardu ‘ain dan fardu kifayah

sebagai kewajipan umat Islam;

7. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w. bagi

menanam rasa kecintaan kepada baginda;

8. Memahami dan mengamalkan adab serta menghayati nilai-nilai akhlak dalam

kehidupan seharian; dan

9. Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa;

Fokus

Kurikulum standard Pendidikan Islam sekolah rendah memberi penekanan kepada

kemahiran membaca al-Quran, hadis, pemantapan asas-asas akidah, ibadah, akhlak

dan sirah Rasulullah s.a.w. serta kemahiran jawi. Pada akhir pembelajaran Pendidikan

Islam sekolah rendah murid mampu memahami, mengamal dan menghayati tuntutan

fardu ain dan fardu kifayah dalam kehidupan harian.

Organisasi Kandungan

Kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah dibangunkan dengan memberi

penekanan pada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui

dan boleh dilakukan oleh murid . Standard kandungan Pendidikan Islam Sekolah

Rendah dibahagikan kepada tujuh modul iaitu:

116

Page 9: 13 Tajuk 7 Kurikulum Pendidikan Islam

1. Modul al Quran

Modul ini memberikan tumpuan kepada membaca al-Quran dengan betul, fasih

dan bertajwid, menghafaz dan memahami surah al-Fatihah dan surah tertentu

daripada juzu’ Amma serta menghayati pengajarannya.

2. Modul Hadis

Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami maksud hadis secara umum

serta menghayati pengajarannya.

3. Modul Akidah

Modul ini memberikan tumpuan kepada pembentukan akidah, sikap dan

tanggungjawab terhadap Allah s.w.t, pemahaman akidah yang sahih dan

mengaplikasikan tuntutan akidah dalam kehidupan harian.

4. Modul Ibadah

Bidang ini memberi tumpuan kepada pemahaman dan penghayatan peraturan

ibadah yang ditentukan oleh Allah s.w.t. dan melaksanakannya dalam

kehidupan seharian.

5. Modul Sirah

Bidang ini memberi tumpuan kepada pemahaman dan sirah Rasulullah s.a.w.

mengambil iktibar daripadanya serta mengaplikasikan tuntutan sirah dalam

kehidupan harian.

6. Modul Adab

Bidang ini memberi tumpuan kepada penghayatan peraturan dan tatacara

perhubungan manusia dengan Allah, manusia sesama manusia dan manusia

dengan alam sekitar.

7. Modul Jawi

Bidang ini memberi tumpuan kepada pembacaan dan penulisan jawi serta

mempelajari asas seni khat.

Elemen merentas kurikulum dan kemahiran menaakul:

1. Kreativiti dan inovasi

117

Page 10: 13 Tajuk 7 Kurikulum Pendidikan Islam

2. Keusahawanan

3. Teknologi maklumat dan komunikasi

4. Buku panduan kemahiran menaakul

7.5 Model-model j-QAF:

Lima model telah dikenalpasti iaitu 4 model pengajaran dan 1 model kokurikulum.

Model-model berkenaan adalah seperti berikut :

1. Model Pemulihan Jawi

2. Model Tasmik

3. Model Khatam al-Quran

4. Model Peluasan Bahasa Arab

5. Model Bestari Solat

i. KONSEP J-QAF

Pada 24 Disember 2003, semasa YAB Perdana menteru menyampaikan ucapan pada

perjumpaan dengan ulama dan pegawai-pegawai agama sempena Majlis Tilawah al-

Quran Peringkat Antarabangsa Keli ke 45 di Kuala Lumpur, antara lain ada menyebut

tentang khatam al-Quran, mewajibkan pembelajaran bahasa Arab dan menghayati

amalan fardhu ain. Hasrat itu diulangi sekali lagi semasa lawatan beliau ke Kementerian

Pendidikan Malaysia pada 30 Disember 2003. Beliau mencadangkan supaya perkara

tersebut dilaksanakan seeberapa segera yang boleh.

Kementerian pendidikan Malaysia telah mengambil tindakan dengan mengadakan

beberapa mesyuarat dan bengkel, dan akhirnya mengadakan seminar Jawi, al-Quran,

bahasa Arab dan Fardhu Ain (j-Qaf) pada 3 hinga 5 Mac 2004. Semiman ini telah

bersetuju menerima beberapa model untuk dilaksanakan sebagai projek rintis pada

April 2004 sebelum pelaksanaan sebenar pada tahun 2005 secara berperingkat-

peringkat.

Konsep j-Qaf

j-Qaf adalah satu projek memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan

khusus dalam pengajaran jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Projek ini

dilaksanakan diperingkat persekolahan rendah.

118

Page 11: 13 Tajuk 7 Kurikulum Pendidikan Islam

Objektif j-Qaf

Setelah projek ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan diharapkan semua

murid yang menganut agama Islam, semasa di sekolah rendah dapat

1. menguasai bacaan dan tulisan jawi

2. khatam al-Quran

3. mempelajari bahasa Arab dan

4. mantap dan menghayati fardhu ain

Kepentingan j-Qaf

1. Kepentingan Jawi

Jawi telah diajar sebagai komponen Pendidikan Islam dan mula dilaksanakan

pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 6 bulan pertama di tahun 1.

Laporan pemantauan mendapati penguasaan bacaan Jawi dalam pendidikan

Islam semata-mata masih belum mencukupi dan berkesan

2. Kepentingan al-Quran

Al-Quran telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang

Asuhan tilawah al-Quran pada masa ini. Namun tidak menekankan

pembelajaran sehingga khatam al-Qudan. Ia hanya mengutamakan kebolehan

membaca sahaja.

3. Kepentingan Bahasa Arab

Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata pelajaran

bahasa tambahaan. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara berpilih dan

terhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya

4. Kepentingan Fardhu Ain

Ibu bapa masih belum berpuas hati dengan pencapaian dan penguasaan anak-

anak mereka dalam Fardhu Ain terutama hal ibadah mendirikan solat.

5. Kepentingan Projek j-Qaf pada keseluruhan

119

Page 12: 13 Tajuk 7 Kurikulum Pendidikan Islam

Masa pengajaran PI Sekolah Rendah pada masa ini ialah 6 waktu, 5 waktu di

SJKT dan 4 waktu di SJKC. Peruntukan waktu ini tidak membolehkan aktiviti-

aktiviti khatam al-Quran, pemulihan dan pengukuhan Jawi dan latihan amali

Fardhu Ain yang mencukupi di laksanakan di sekolah-sekolah. Manakala

Bahasa Arab di sekolah- sekolah diajar oleh guru Pendidikan Islam sedia ada.

Ini menyukarkan pelaksanaan Bahasa Arab di semua sekolah sekiranya guru

Bahasa Arab yang hakiki tidak diwujudkan.

Pelaksanaan j-Qaf

j-Qaf akan dilaksanakan mulai tahun 2005 secara berperingkat-peringkat. Pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia akan memberi maklumat yang lebih lengkap mengenai

cara pelaksanaan model-model yang terpilih serta persiapan-persiapan khusus bagi

pelaksanaan 2005. Panduan modul yang terkandung di dalam buku ini adalah maklumat

awal yang berguna untuk persiapan kearah pelaksanaan sebenar. Ia tidak

menggambarkan keadaan sebenar pelakasanaan j-Qaf melainkan pihak Kementerian

Pelajaran Malaysia mengambil keputusan mengekalkan panduan dan modul yang

terkandung dalam buku ini.

a. Model Khatam Al-Quran

Objektif Khatam Quran j-QAF

Setelah projek j-QAF dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan diharapkan semua

murid yang menganut agama Islam, semasa berada di sekolah rendah dapat:

1. Membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid dan

2. Murid dapat mengkhatamkan al-Quran 30 juzuk.

Kepentingan Khatam Al-Quran j-QAF

Khatam al-Quran j-QAF melalui proses talaqqi musyafahah adalah penting demi

memastikan setiap murid diberi peluang sama rata untuk menguasai tilawah al-Quran

dengan lancar dan bertajwid. Setiap murid diharap dapat menghatamkan bacaan al-

Quran sebanyak 30 juzuk dalam jangka masa 6 tahun berada di sekolah rendah

mengikut tahap penguasaan individu. Namun bagi murid yang tidak menguasai bacaan

al-Quran berpeluang meneruskan pembelajaran menggunakan kaedah Iqra` dengan

pemantauan dari guru dari masa ke semasa.

120

Page 13: 13 Tajuk 7 Kurikulum Pendidikan Islam

Pelaksanaan dan Penilaian Khatam Quran j-QAF

Pelaksanaan khatam al-Quran j-QAF terbahagi kepada dua iaitu program khatam al-

Quran Model Setahun atau Model 6 bulan dan program khatam al-Quran Model Tasmik.

Walaupun objektif kedua-dua model ini sama, namun kaedah pelaksanaannya berbeza

di antara satu sama lain.

Program Khatam Quran Setahun atau 6 Bulan.

Program Khatam al-Quran Setahun atau 6 Bulan ialah program yang menumpukan

kepada penguasaan kemahiran membaca al-Quran tahun satu dan aspek khatam al-

Quran pada tahun 2 hingga tahun 6.

Program Khatam al-Quran Setahun dilaksanakan kepada pelajar Tahun Satu

kemasukan mulai Januari 2011. (Sila rujuk Kurikulum Standard Sekolah

Rendah).sebagai rujukan pelaksanaan. Manakala bagi pelajar tahun 2,3,4,5 dan 6 tahun

2011 akan meneruskan Program Khatam Quran Model 6 bulan di bawah kurikulum

KBSR.

Objektif

1. Murid dapat membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid

2. Murid dapat menghabiskan bacaan al-Quran sebanyak 30 juzuk.

Kumpulan Sasaran

Semua murid yang beragama Islam tahun 2 hingga tahun 6

Strategi Pelaksanaan

Tempoh Pelaksanaan

Murid tahun 2 hingga tahun 6 akan mengikuti Model Khatam Al-Quran setiap tahun.

Bagi bulan berikut dan seterusnya mereka akan mengikuuti kurikulum Pendidikan Islam

berdasarkan sukatan pelajaran sedia ada.

Peruntukan Waktu

Pengajaran dan pembelajaran berfokus kepada Tilawah al-Quran mulai Januari hingga

Nov dengan peruntukan masa 4 kali seminggu. Dua waktu selebihnya digunakan untuk

program Asas Ulum Syariah danJawi.

Proses Pengajaran dan Pembelajaran

1. Semua murid membaca al-Quran menggunakan mushafRasm Uthmani

121

Page 14: 13 Tajuk 7 Kurikulum Pendidikan Islam

2. Setiap murid membaca al-Quran mengikut kedah talaqqi dan musyafahah.

3. Proses talaqqi dan musyafahah di dalam kelas dikendalikan oleh guru Pen-

didikan Islam (GPI) yang mengajar dengan dibantu oleh sekkurang-kurangnya

seorang guru pembimbing yang boleh terdiri daripada guru GPI lain, guru

akademik biasa, pentadbir sekolah, kaki tangan sekolah dan murid turus.

4. Merekod bacaan setiap murid di dalam Buku Rekod Bacaan al- Quran masing-

masing.

5. Panduan proses P&P boleh dirujuk dari contoh Model Pengajaran dan Pembe-

lajaran Model Khatam Al-Quran.

6. Murid yang tidak menguasai bacaan al-Quran hendaklah meneruskan pembela-

jaran dengan menggunakan kaedah Iqra`.

7. Aktiviti-aktiviti pemulihan seperti kelas pemulihan atau kem al-Quran perlu di-

adakan kepada murid yang tidakdapat membaca (ummi) al-Quran.

8. Agihan bacaan mengikut jadual dan hendaklah dirujuk dalam Model Pengajaran

dan Pembelajaran Model Khatam Al-Quran.

Agihan Tugas

Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral , Penolong Pengarah Kurikulum,

Penyelia Pendidikan Islam Negeri dan Daerah bertanggungjawab:

1. Memberi taklimat pelaksanaan projek

2. Memantau pelaksanaan projek

3. Menyediakan laporan projek

Guru Besar bertanggungjawab;

1. Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah.

2. Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan projek dilaksanakan dengan

sempurna.

3. Memberi taklimat kepada guru dan pembimbing guru yang terlibat.

4. Memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.

5. Memantau pelaksanaan projek

6. Mengesahkan laporan yang dibuat oleh guru dan dihantarke JPN selepas tamat

pelaksanaan projek.

Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab;

1. Bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah.

2. Mengadakan mesyuarat dan perbincangan bagi mencari guru pembimbing.

3. Bekerjasama dengan guru Pendidikan Islam menyediakan keperluan pelak-

sanaan projek.

122

Page 15: 13 Tajuk 7 Kurikulum Pendidikan Islam

4. Menyemak laporan.

Guru Pendidikan Islam Bertanggungjawab;

1. Mengenalpasti guru pembimbing yang boleh dilibatkan dengan projek.

2. Memastikan setiap murid memiliki Buku Rekod Bacaan Al-Quran.

3. Membuat pengesahan bacaan setiapmurid seminggu sekali dalam Buku Rekod

Bacaan Al-Quran.

4. Memaklumkan sebarang masalah murid dan guru pembimbing kepada

jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah.

5. Melaporkan pencapaian projejke Sektor Pengurusan Pendidikan Islam,Jabatan

pendidikan Negeri dengan mengisi Borang Laporan Penilaian Projek Khatam Al-

Quran Model 6 Bulan.

Guru Pembimbing

1. Membantu dan membimbing murid sehingga khatam al-Quran

2. Mencatat bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan.

3. Mengenalpasti kelemahan murid dan membuat catatan dalam Buku Rekod Ba-

caan.

4. Sentiasa berbincang dengan guru yang mengajar untuk menyelesaikan se-

barang masalah.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Model 6 Bulan Khatam Al-Quran menekankan penggunaan kaedah talaqqi dan

musyafaha. Kaedah ini dilaksanakan melalui proses berikut:

1. Murid mendengar bacaan contoh dari guru

2. Murid membaca dengan bimbingan guru, pembimbing/ murid turus.

3. Guru, pembimbing/ murid turus membetulkan bacaan murid.

4. Guru, pembimbing/ murid turus mengesahkan bacaan murid dengan mem-

berikan pujian atau mengiyakan.

Penilaian

Penilaian ringkas perlu dilakukan secara mingguan kepada murid bagi mengesahkan

murid tersebutbenar-benar menguasai bacaan yang direkodkan oleh guru pembimbing.

Penilaian secara menyeluruh hendaklah dilakukan diakhir tahun bagi menentukan tahap

pencapaian bacaan al-Quran setiap individu. Guru boleh

memilih mana-mana ayat untukmenilai murid. Penilaian ini hendaklah berdasarkan

panduan berikut;

Agihan Markah

123

Page 16: 13 Tajuk 7 Kurikulum Pendidikan Islam

1. Jumlah ayat : 60 markah

2. Kualiti bacaan : 40 markah

Markah jumlah ayat dikira berdasarkan jumlah ayat tertinggi yang dibaca oleh murid

iaitu:

Ayat tertinggi X60

Jumlah ayat keseluruhan

b. Model Tasmik

Model Tasmik Khatam Al-Quran ialah satuprogram membimbing dan merekod

perkembangan bacaan al-Quran murid secara individu berdasarkan program yang telah

diatur bagi membolehkan murid khatam semasa berada di sekolah rendah dan

melaksanakan di luar jadual waktu.

Objektif

1. Murid dapat membaca al-Quran dengan bertajwid.

2. Murid dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzuk .

Kumpulan Sasaran

Semua murid beragama Islam tahun 2 hingga tahun 6 sekolah rendah.

Strategi Pelaksanaan

b. Semua murid hendaklah menggunakan al-Quran Rasm Uthmani.

2. Setiap murid perlu mempunyai guru pembimbing yang dilantik oleh pihak seko-

lah.

3. Pembimbing boleh dilantik daripada sesiapa sahaja yang berkebolehan dan

berkemampuan seperti guru Pendidikan Islam, guru-guru agama, ibu bapa,

guru-guru akademik di sekolah, pelajar Maahad Tahfiz dan lain-lain. Murid

yang telah khatam al-Quran boleh menjadi pembantu kepada guru pembimb-

ing.

4. Guru pembimbing hendaklah membimbing bacaan dan merekod bacaan murid

dalam Buku Rekod Bacaan setiapkali ditasmik.

5. Murid yang masih tidak dapat membaca al-Quran perlu dibimbing secara

berterusan menggunakan kaedah dan aktiviti yang sesuai.

124

Page 17: 13 Tajuk 7 Kurikulum Pendidikan Islam

6. Setiap murid mesti memiliki Buku Rekod Bacaan Al-Quran yang disediakan

oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

7. Guru Pendidikan Islam hendaklah menilai dan mengesahkan pencapaian

murid sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam buku rekod bacaan.

8. Guru Pendidikan Islam hendaklah memastikan murid-murid mendapat bimbin-

gan dari guru pembimbig ebelum penilaian dilaksanakan.

9. Murid dikehendaki membaca al-Quran berdasarkan agihan muka surat yang di-

cadangkan seperti dalam model Tasmik.

10. Murid-murid yang cemerlang boleh meneruskan bacaan tanpa terikat dengan

agihan juzuk yang dicadangjkan.

11. Bagi melaksanakan agihan yang dicadangkan murid digalak membaca al-

Quran setiap hari supaya mereka tidak membaca banyak ayat dan bagi mem-

bolehkan tumpuan kepada kualiti bacaan.

12. Murid boleh membaca dan mentasmik bacaan al-Quran pada bila-bila masa

samada di sekolah atau di rumah.

13. Pihak sekolah hendaklah membuat penilaian dan menyediakan laporan

kepada JPN.

Penilaian

Penilaian ringkas perlu dilakukan secara mingguan kepada murid bagi mengesahkan

murid tersebut benar-benar menguasai bacaan yang direkodkan oleh guru pembimbing.

Penilaian secara menyeluruh hendaklah dilakukan di akhir tahun bagimenentukan tahap

pencapian bacaan al-Quran setiap individu. Guru boleh memilih mana-mana ayat untuk

menilai murid. Penilaian ini hendaklah berdasarkan panduan berikut;

Agihan Markah

1. Jumlah ayat : 60 markah

2. Kualiti bacaan : 40 markah

Markah jumlah ayat dikira berdasarkan jumlah ayat tertinggi yang dibaca oleh murid

iaitu:

Ayat tertinggi X60

Jumlah ayat keseluruhan

c. Model Pemulihan Jawi

125

Page 18: 13 Tajuk 7 Kurikulum Pendidikan Islam

Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru pemulihan untuk

memulihkan murid keciciran dalam jawi. Kelas ini dijalankan serentak dengan jadual

waktu persekolahan sedia ada.

Objektif

Murid yang keciciran dalam jawi akan dipulihkan dengan sekurang-kurangnya dapat

mengenal, menyebut dan menulis huruf-huruf tunggal, sukukata terbuka, sukukata

tertutup dan perkataan-perkataan mudah yang dibina daripada sukukata terbuka dan

sukukata tertutup.

Kumpulan Sasar

Kumpulan sasar kelas ini ialah murid-murid yang tidak dapat melepasi ujian khas iaitu

tidak dapat mengenal huruf tunggal atau sukukata terbuka.

Strategi Pelaksanaan

1. Menubuhkan jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah yang dipengerusikan

oleh Guru Besar.

2. Jawatankuasa Pelaksana bermesyuarat bagi memutuskan perkara tersebut:

1. Mengenalpasti murid-murid yang keciciran melalui ujian khas atau mak-

lumat daripada guru yang mengajar. Jumlah murid bagi satu kelas

pemulihan hendaaklah di antara 6 hingga 10 orang.

2. Penyediaan tempat bagi pelaksanaan kelas pemulihan.

3. Penyediaan bahan bantu mengajar.

3. Melaksanakan Kelas pemulihan Jawi mengikut agihan kemahiran dan kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang telah ditentukan.

4. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menekankan kaedah permainan dan

nyanyian yang menyeronokan.

5. Membuat penilaian dan merekodkan pencapaian murid setiap kali kelas dilak-

sanakan.

Agihan Tugas

Guru besar bertanggungjawab;

1. menubuhkan Jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah.

2. mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanakan Kelas Pemulihan jawi.

3. memastikan Kelas pemulihan jawi ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.

4. memantau pelaksanaan Model Kelas Pemulihan Jawi

126

Page 19: 13 Tajuk 7 Kurikulum Pendidikan Islam

Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab:

1. bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah.

2. Bekerjasama dengan guru pemulihan dan guru-guru Pendidikan Islam menye-

diakan keperluan pelaksanaan Kelas Pemulihan Jawi.

3. Menyemak laporan yang dibuat oleh guru mata pelajaran dan guru pemulihan

Guru Mata Pelajaran bertanggungjawab:

1. membuat ujian khas untuk memilih pelajar yang akan mengikuti Kelas Pemuli-

han Jawi.

2. Meneruskan pengajaran mengikut jadualk persekolahan biasa.

Guru Pemulihan bertanggungjawab:

1. melaksanakan kelas pemulihan jawi mengikut agihan kemahiran dan kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan.

2. Merekodkan hasil penilaian yang dilakukan selepas proses pengajaran dan

pembelajaran

3. Melaporkan perjalanan kelas dan hasil penilaian kepada Ketua Panitia

Agihan Kemahiran

Murid yang hendak dipulihkan diberi kemahiran-kemahiran seperti yang terdapat di

dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR. Berikut dikemukakan contoh agihan

kemahiran untuk dua belas waktu pengajaran:

Waktu Kemahiran

Waktu 1 Memperkenalkan huruf tunggal ح ج ث ت ب ا

Waktu 2 Memperkenalkan huruf tunggal ز ر ذ د خ خ

Waktu 3 Memperkenalkan huruf tunggal ظ سشصضط

Waktu 4 Memperkenalkan huruf tunggal ق فف غ غ ع

Waktu 5 Memperkenalkan huruf tunggal و ن م ضل ك

Waktu 6 Memperkenalkan huruf tunggal ث ي ء ال ه ؤ

Waktu 7 Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf بت ا

Waktu 8 Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf د خ ج

Waktu 9 Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf غ س ر

Waktu 10 Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf فكض

Waktu 11 Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf ن م ل

127

Page 20: 13 Tajuk 7 Kurikulum Pendidikan Islam

Waktu 12 Membaca dab menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf ث ه

Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran

Bagi memastikan keberkesanan Kelas Pemulihan Jawi dan bersesuaian dengan

kemampuan murid, guru dicadangkan banyak menggunakan kaedah permainan dan

nyanyian semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Permainan dan

nyanyian yang dicadangkan ialah:

Permainan Bagi Kemahiran Huruf Tunggal:

1. Boling

2. Tenteng

3. Main kad

4. Kereta api

Permainan Bagi Kemahiran Sukukata:

1. Sahibba

2. Pancing ikan

Nyanyian:

1. Rasa Sayang Jawi

2. Eja dan Baca

3. Vokal dan Sukukata

Penilaian

Guru hendaklah melaksanakan penilaian setiap kali kelas dijalankan. Penilaian

hendaklah menguji kemahiran membaca dan menulis huruf-huruf dan sukukata-

sukukata yang dipelajari. Hasil penilaian hendaklah direkodkan ke dalam Borang

Kelompok Penilaian Jawi.

d. Model Bestari Solat

Seminar Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain ( j-QAF ) Peringkat Kebangsaan

anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah berlangsung pada 3 hingga 5 Mac

2004 telah memutuskan supaya Model Bestari Solat dilaksanakan secara rintis bersama

model-model projek j-QAF yang lain bagi menguji sejauhmana kelemahan dan

kekuatannya. Program Kem Bestari Solat perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi

memastikan kejayaan Program j-QAF. Kerjasama dan hubungan yang erat antara pihak

sekolah dan ibu bapa amat penting bagi mempastikan hasrat murni dapat direalisasikan.

128

Page 21: 13 Tajuk 7 Kurikulum Pendidikan Islam

Kem Bestari Solat ialah aktiviti perkhemahan yang dilaksanakan untuk

memastikan murid boleh menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan

perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut

kesesuaian sesebuah sekolah.

Kem Bestari Solat diadakan bertujuan untuk memastikan murid dapat:

1. mengetahui kepentingan solat

2. berwuduk dengan sempurna

3. mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardu

4. melaksanakan semua perbuatan dalam solat dengan betul

5. menguasai bacaan dan mengaplikasikannya dalam solat dengan betul dan

lancar

Bagi memastikan Kem Bestari Solat berjalan dengan lancar , beberapa langkah perlu

diambil:

1. Panitia Pendidikan Islam hendaklah menyediakan kertas kerja dan dibentangkan

dalam mesyuarat bagi memutuskan perkara-perkara berikut:

a. Membentuk Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah

b. Menetapkan tempat dan masa untuk mengadakan Kem Bestari Solat

c. Menentukan guru layak untuk menjadi fasilitator

d. Menyediakan jadual pelaksanaan aktiviti Kem Bestari Solat

e. Mengagihkan murid-murid yang akan mengikuti Kem Bestari Solat

mengikut kumpulan yang ditentukan.

f. Memberi taklimat kepada fasilitator sebagai panduan tenaga pengajar

dalam Kem Bestari Solat.

2. Program ini dilaksanakan dua kali dalam tempoh setahun.

3. Aktiviti ini dilaksanakan dalam bentuk kursus intensif di luar waktu P & P sama

ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.

4. Setiap kem peringkat sekolah tidak melebihi 60 orang murid dan setiap kumpu-

lan tidak melebihi 10 orang.

5. Antara pengisian aktiviti Kem Bestari Solat ini ialah latihan amali wuduk, amali

solat, solat berjemaah, ujian penilaian pra dan pasca program, riadah, pertandin-

gan bacaan dan amali solat.

6. Instrumen penilaian perlu disediakan bagi menentukan tahap kebolehan murid

dalam mendirikan solat

7. Menyusun pengisian aktiviti kem

129

Page 22: 13 Tajuk 7 Kurikulum Pendidikan Islam

8. Mengumpul maklumat murid yang tidak tahu solat selepas tamat Kem Bestari

Solat

9. Membuat penilaian dan merekodkan pencapaian murid setiap kali aktiviti dilak-

sanakan.

10. Melaporkan rekod pencapaian murid kepada guru yang mengajar, ibu bapa, pen-

jaga, ketua panitia dan guru besar.

11. Borang Catatan Pelaksanaan Solat. Borang Catatan Pelaksanaan Solat diedar-

kan kepada ibu bapa dan penjaga :

a. Ibu bapa / penjaga hendaklah mencatat pelaksanaan amalan solat murid

di rumah selama dua bulan

b. Borang yang telah lengkap hendaklah dikembalikan kepada pihak seko-

lah untuk dianalisa.

c. Pihak sekolah akan menyediakan laporan untuk pelaksanaan Kem Ke-

dua.

12. Kem Bestari Solat Kedua dilaksanakan setelah mengenalpasti kekuatan dan

kelemahan Kem Bestari Solat Pertama.

Sebelum melaksanakan Kem Bestari Solat, sebuah jawatankuasa pelaksana

perlulah ditubuhkan. Jawatankuasa Pelaksana terdiri daripada :

1. Penaung

2. Penasihat

3. Pengerusi

4. Setiausaha

5. Bendahari

6. Ahli Jawatankuasa :

a. Urusetia

b. Pendaftaran dan Penginapan

c. Makanan dan Minuman

d. Keselamatan / Kebajikan / Disiplin

e. Dokumentasi / Penilaian

f. Riadhah

g. Kem Komandan

h. Siaraya

i. Warden

j. Teknik & Peralatan

k. Sijil dan Hadiah.

130

Page 23: 13 Tajuk 7 Kurikulum Pendidikan Islam

Kewangan

1. Sumber

a. Peruntukan kewangan khusus

b. Sumbangan PIBG

c. Sumbangan swasta dan lain-lain

2. Perbelanjaan ( seperti lampiran 6 )

a. Penyediaan Bahan ( Kertas Kerja, kertas Edaran, Fail )

b. Perbelanjan Runcit

c. Perbelanjaan makan dan minum

d. Hadiah galakan

Fasilitator

1. Guru Pendidikan Islam ( Dalaman / Luaran )

2. Guru-Guru Akademik yang berkebolehan

3. Ibubapa / Penjaga yang berkebolehan

4. Guru-Guru KAFA

5. Pihak lain yang berkelayakan dan dipersetujui oleh pihak pengurusan sekolah.

Penutup

Program Kem Bestari Solat perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi memastikan

kejayaan Program j-QAF. Bagi mencapai hasrat murni ini, kerjasama dan hubungan erat

pihak sekolah dan ibu bapa amat penting. Mudah-mudahan ia menambah rasa

tanggungjawab dan minat murid terhadap perintah Allah s.w.t.

Bahan sokongan KBSR, KSSR dan j-QAF

i. BUKU TEKS

Pengenalan

Buku Teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan asas yang utama dan

sumber maklumat mengenai mata pelajaran atau bidang yang tertentu. Buku teks juga

mencerminkan nilai masyarakat, harapan dan cita-cita sesebuah negara. Di negara kita

buku teks memuatkan perkara seperti Perpaduan Masyarakat, Rukun Negara,

Masyarakat Penyayang dan Wawasan 2020.

Buku teks ditulis berdasarkan kehendak Kurikulum, Sukatan Pelajaran (SP) dan

131

Page 24: 13 Tajuk 7 Kurikulum Pendidikan Islam

Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Sukatan Pelajaran menjelaskan objektif, organisasi

kandungan serta strategi pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran pula

menjelaskan objektif dan organisasi kandungan mengikut tahun persekolahan.

Penulisan buku teks juga dikehendaki menepati keperluan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang menekanakan matlamat pendidikan demi memastikan perkembangan

potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan sepadu.

Reka Bentuk

Reka bentuk adalah pelan tersusun yang merangkumi konsep rekaan sesebuah

buku. Reka bentuk merupakan rekaan yang memaparkan teks atau bahan grafik atau

bahan lain pada halaman buku. Format persembahan pada keseluruhan buku

hendaklah terancang, berfungsi, jelas, ramah pengguna serta mudah. Setiap ruang

mestilah digunakan secara optimum, di samping mengambil kira ruang membolehkan

pembaca merehatkan mata (eye rest). Reka bentuk yang baik dapat memandu mata

pembaca, membaca mengikut urutan dalam sesuatu terbitan dan membezakan bahan-

bahan utama dan bahan-bahan sekunder.

Reka bentuk merupakan faktor penting yang dapat membezakan sesuatu

terbitan dengan terbitan lain. Reka bentuk juga boleh menjadi identiti sesebuah penerbit

(house style).

Aspek Penting Dalam Reka Bentuk Buku Teks

Reka bentuk buku teks mengambil kira prinsip asas rekaan atau seni reka dalam

reka bentuk yang lazim iaitu perseimbangan, perkadaran, turutan, kesatuan, mudah dan

kontra. Walau bagaimanapun dalam mereka bentuk buku teks, aspek keperluan

pedagogi mata pelajaran dan kesesuaian dengan kumpulan sasar buku berkenaan perlu

diberi perhatian agar reka bentuk yang dipilih bersesuaian. Di samping itu reka bentuk

buku perlulah tekal pada keseluruhan buku agar dapat membantu pemahaman

pengguna terhadap isi kandungan buku berkenaan.

Reka bentuk pakej buku teks sekolah rendah perlu mengambil kira jenis buku

dan tahap umur murid. Lazimnya reka bentuk buku teks sekolah rendah lebih mudah

dan tidak terlalu padat dengan teks. Manakala reka bentuk pakej buku teks sekolah

menengah lebih kompleks dengan memuatkan lebih banyak teks dan maklumat

tambahan.

132

Page 25: 13 Tajuk 7 Kurikulum Pendidikan Islam

Bahan Grafik

Bahan grafik merupakan satu istilah umum yang merujuk kepada semua jenis unsur

visual yang menyokong teks untuk menjadikan sesuatu mesej bercetak lebih jelas dan

menarik.

Bahan grafik boleh dibahagikan kepada tiga kategori umum, iaitu:

1. Grafik Seni

Merujuk ilustrasi, gambar foto dan lukisan yang digunakan untuk menyalurkan

maklumat dan kesan emosi melalui imej dan bukannya menerusi kata-kata.

2. Reka Bentuk

Susunan rekaan yang merangkumi keseluruhan buku, berdasarkan susunan un-

sur asas dalam rekaan seperti prinsip rekaan, struktur rekaan, warna, bleed,

akas (reverse) bagi menjadikan sesuatu rekaan bahan terbitan itu menarik.

3. Grafik Maklumat

Merujuk carta, jadual, peta, dan rajah yang digunakan untuk menyalurkan mak-

lumat secara visual.

Ciri-ciri bahan grafik yang baik

Mempunyai nilai kandungan - visual yang terdapat pada bahan grafik dapat:

a. membawai makna yang tersurat dan tersirat

b. meringkaskan maklumat

c.menyampaikan maklumat dengan tepat

Mempunyai nilai seni - penggabungan kesemua unsur seni, seperti garisan, warna,

bentuk, rupa, dan ruang yang memberi kesan keindahan dan membangkitkan emosi.

Bahan Grafik dalam Buku Teks

Bahan grafik yang digunakan dalam penerbitan buku teks perlu sesuai dan memenuhi

kehendak mata pelajaran. Pemilihan bahan grafik perlu tepat dengan tujuan

penggunaannya dan bersesuaian dengan kehendak mata pelajaran. Bahan grafik

banyak digunakan dalam penulisan buku teks mata pelajaran teknikal dan saintifik,

kerana penggunaannya membantu penyampaian kandungan lebih jelas, tepat dan

133

Page 26: 13 Tajuk 7 Kurikulum Pendidikan Islam

mudah difahami pelajar. Bahan grafik dalam buku teks tidak hanya digunakan untuk

hiasan semata-mata atau sebagai memenuhi ruang kosong sahaja.

Bahan grafik dalam penerbitan buku teks perlu berfungsi seperti berikut:

1. Menyampaikan kandungan teks (konsep/fakta)

2. Membantu memahami teks

3. Mengukuhkan pemahaman teks

4. Melengkapkan teks

5. Memberi maklumat tambahan

6. Memudahkan pelajar mengingati konsep/fakta penting

7. Merangsang pemikiran pelajar dalam pembelajaran

8. Memberi nilai estetika

Jenis Bahan Grafik

Pemilihan pelbagai jenis bahan grafik dalam sesebuah buku teks berdasarkan kepada

keperluan tajuk dan keperluan golongan sasar. Antara jenis bahan grafik yang boleh

digunakan adalah seperti berikut:

1. Lukisan teknikal

2. Lukisan berkomputer

3. Lukisan saintifik

4. Gambar foto

5. Rajah

6. Graf

7. Peta

8. Jadual

9. Carta

10. Kombinasi gambar foto dan lukisan

11. Kartun

12. Karikatur

Teknik Persembahan Bahan Grafik

Bahan grafik yang dipilih bagi sesebuah buku teks boleh dipersembahkan dalam

pelbagai cara agar bahan grafik berkenaan berfungsi menyampaikan maksud dengan

tepat, membantu persembahan kandungan supaya lebih mudah difahami oleh

134

Page 27: 13 Tajuk 7 Kurikulum Pendidikan Islam

pengguna serta menarik. Antara teknik persembahan bahan grafik yang boleh

digunakan adalah seperti berikut:

1. Double-spread � persembahan melangkau dua halaman

2. Superimpose � persembahan teks yang dicetak atas bahan grafik

3. Bleed � persembahan bahan grafik yang melepasi garis repang

4. Gambar foto bergabung dengan lukisan sebenar

Kualiti Bahan Grafik

Bahan grafik berperanan untuk memudahkan penyampaian kandungan bahan

penulisan. Oleh itu, bahan grafik yang digunakan dalam buku teks mestilah

mengambilkira perkara-perkara berikut:

1. Menepati fakta yang disampaikan

2. Konsep bahan grafik yang betul

3. Sesuai dan bertepatan dengan teks

4. Logik

5. Terkini dan relevan

6. Jelas dan lengkap

7. Mempunyai saiz perkadaran yang betul

8. Mempunyai perspektif yang betul

9. Menggunakan gambar foto yang bermutu tinggi (tidak kabur)

Perkara Yang Perlu Dielakkan Dalam Pemilihan Bahan Grafik

Kesemua bahan grafik yang digunakan di dalam buku teks Kementerian Pelajaran

Malaysia perlu bebas daripada segala unsur sensitif, negatif dan subversif.

1.3 TUGASAN PERBINCANGAN

i. Bincangkan ciri-ciri penting kurikulum Pendidikan Islam KBSR.

135

Topik Perbincangan

Page 28: 13 Tajuk 7 Kurikulum Pendidikan Islam

ii. Bincangkan ciri-ciri penting kurikulum Pendidikan Islam KSSR.

iii. Jelaskan persamaan dan perbezaan di antara kurikulum Pendidikan Islam KBSR

dengan kurikulum Pendidikan Islam KSSR.

iv. Bincangkan kepentingan dan cara pelaksanaan setiap bahan sokongan Pen-

didikan Islam KBSR, KSSR dan j-QAF.

v. Huraikan format umum huraian sukatan pelajaran beserta contoh.

vi. Analisis mana-mana buku teks Pendidikan Islam KBSR serta jelaskan aspek

reka bentuk dan grafiknya.

vii. Dapatkan bahan-bahan sokongan Pendidikan Islam KSSR, serta jelaskan tujuan

dan cara penggunaannya.

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran tajuk

ini dengan jayanya!

.

~ Selamat Maju Jaya ~

@r@

136