tajuk 3 sistem fail dan surat menyurat 1

17
Tajuk 3 Sistem Fail dan Surat-menyurat Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 1 TAJUK 3 : SISTEM FAIL DAN SURAT-MENYURAT Subtajuk : Sistem Fail dan Jenis-Jenisnya 1.0 DEFINISI: PROSES MENGKLASIFIKASI, MENYUSUN, MENYIMPAN DAN MENYELENGGARA FAIL-FAIL YANG DIWUJUDKAN BAGI MEMUDAHKAN PENGURUSANNYA APABILA DIPERLUKAN. 2.0 Kepentingan Pengurusan Fail Surat dan dokumen lampiran yang diterima dan diwujudkan oleh jabatan dan agensi Kerajaan/Sekolah dalam menjalankan urusan rasminya hendaklah dikandungkan dalam satu fail yang didaftar menggunakan kulit fail yang ditetapkan. Penggunaan fail ini membolehkan maklumat yang terkandung di dalamnya dikawal dan dicapai dengan cepat dan tepat apabila diperlukan. Fail mesti diuruskan dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Jabatan Arkib Negara. 3.0 Ciri-Ciri Umum Sistem Fail 1. Sesuatu dokumen itu mudah dicari dan diperoleh dengan cepat apabila diperlukan. 2. Sistem fail itu tidak kompleks, mudah dikendalikan dan difahami serta tidak mengelirukan.

Upload: wan-suhaimi-wan-setapa

Post on 15-Apr-2017

506 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk 3 sistem fail dan surat menyurat 1

Tajuk 3 Sistem Fail dan Surat-menyurat Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 1

TAJUK 3 :

SISTEM FAIL DAN SURAT-MENYURAT Subtajuk : Sistem Fail dan Jenis-Jenisnya

1.0 DEFINISI: PROSES MENGKLASIFIKASI, MENYUSUN, MENYIMPAN DAN MENYELENGGARA FAIL-FAIL YANG DIWUJUDKAN BAGI MEMUDAHKAN PENGURUSANNYA APABILA DIPERLUKAN. 2.0 Kepentingan Pengurusan Fail Surat dan dokumen lampiran yang diterima dan diwujudkan oleh jabatan dan agensi Kerajaan/Sekolah dalam menjalankan urusan rasminya hendaklah dikandungkan dalam satu fail yang didaftar menggunakan kulit fail yang ditetapkan. Penggunaan fail ini membolehkan maklumat yang terkandung di dalamnya dikawal dan dicapai dengan cepat dan tepat apabila diperlukan. Fail mesti diuruskan dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Jabatan Arkib Negara. 3.0 Ciri-Ciri Umum Sistem Fail

1. Sesuatu dokumen itu mudah dicari dan diperoleh dengan cepat apabila diperlukan.

2. Sistem fail itu tidak kompleks, mudah dikendalikan dan difahami serta tidak mengelirukan.

Page 2: Tajuk 3 sistem fail dan surat menyurat 1

Tajuk 3 Sistem Fail dan Surat-menyurat Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 2

3. Sistem fail perlu disesuaikan dengan keperluan organisasi.

4. Sistem fail boleh diubahsuai jika perlu, mengikut kehendak dan keadaan organisasi.

5. Sistem fail perlu melibatkan kos yang paling minimum.

6. Dokumen yang difailkan perlu mendapat perlindungan keselamatan daripada

kebakaran, kekotoran, bencana alam dan kebocoran rahsia organisasi.

7. Sistem fail perlu menggunakan ruang yang paling minimum. 4.0 Pengkelasan Fail Fail boleh dikategorikan kepada 2 kumpulan;

i. Fail urusan am (house keeping files) ;

Fail urusan am mengandungi surat dan dokumen lampiran berkaitan dengan hal pentadbiran, bangunan dan harta, kelengkapan dan bekalan, kewangan dan personel. ii. Fail urusan fungsian (functional files);

Fail urusan fungsian pula mengandungi surat dan dokumen lampiran berkaitan dengan fungsi dan aktiviti asas jabatan.

Page 3: Tajuk 3 sistem fail dan surat menyurat 1

Tajuk 3 Sistem Fail dan Surat-menyurat Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 3

5.0 Kategori Fail

Rajah 1 : Kulit Fail Terbuka (Am 435-Pin.1/80)

Page 4: Tajuk 3 sistem fail dan surat menyurat 1

Tajuk 3 Sistem Fail dan Surat-menyurat Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 4

Rajah 2 : Kulit Fail Terhad (Am 435-Pin.1/80)

Rajah 3 : Kulit Fail Sulit (Am 436)

Rajah 4 : Kulit Fail Rahsia (Am 437)

Page 5: Tajuk 3 sistem fail dan surat menyurat 1

Tajuk 3 Sistem Fail dan Surat-menyurat Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 5

Rajah 5 : Kulit Fail Rahsia Besar (Am 438)

Rajah 6 : Sampul Kecil (Am 435A-Pin.1/82)

Page 6: Tajuk 3 sistem fail dan surat menyurat 1

Tajuk 3 Sistem Fail dan Surat-menyurat Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 6

6.0 Pengkelasan Perkara Dan Pengkodan (subject classification and coding) Setiap fail hendaklah diberi tajuk fail yang membayangkan kandungan fail tersebut. Tajuk fail diberi berdasarkan pengkelasan perkara yang berasaskan fungsi dan aktiviti jabatan dan agensi berkenaan. Setiap perkara diberi pengkodan nombor yang mana akan menjadi nombor rujukan fail. Jabatan dan agensi boleh mendapat khidmat nasihat kepakaran daripada Jabatan Arkib Negara bagi penyediaan Pengkelasan Perkara dan Pengkodan.

7.0 Pengkelasan Fail (memberi tajuk fail) FAIL BOLEH DIBERI TAJUK SEPERTI BERIKUT: 01/ KURIKULUM 02/ KO-KURIKULUM 03/ HAL EHWAL PELAJAR 04/ PERJAWATAN DAN PERKHIDMATAN KAKITANGAN 05/ KEWANGAN DAN AKAUN 06/ PENTADBIRAN AM SEKOLAH 07/ PERHUBUNGAN MASYARAKAT 08/ KEMUDAHAN FIZIKAL 09/ ASRAMA 10/ AUDIT

Page 7: Tajuk 3 sistem fail dan surat menyurat 1

Tajuk 3 Sistem Fail dan Surat-menyurat Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 7

8.0 Kod Fail

DMA/01/01/001

Kod IPG Tajuk Besar Perkara Aktiviti Contoh: Tajuk Besar - Kurikulum Perkara - Peperiksaan Aktiviti - UAK (Ujian Akhir Tahun)

9.0 Fail Timbul (Float File) Fail timbul boleh digunakan bagi memaklumkan Ketua Jabatan, pegawai-pegawai penyelia atau pegawai-pegawai atasan mengenai sesuatu tindakan yang telah diambil. Sekiranya pengedaran maklumat di jabatan dan agensi menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), fail timbul tidak perlu diwujudkan.

10.0 Fail Sementara (Sampul Kecil Am 435A-Pin.1/82)

1. Fail sementara hanya boleh dibuka apabila: i). surat atau dokumen yang diterima atau diwujudkan memerlukan

tindakan segera sedangkan fail yang berkenaan tidak dapat dikesan;

Atau

Page 8: Tajuk 3 sistem fail dan surat menyurat 1

Tajuk 3 Sistem Fail dan Surat-menyurat Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 8

ii). lebih dari seorang pegawai perlu mengambil tindakan dengan menggunakan fail yang sama.

2. Nombor rujukan fail dan tajuk fail bagi fail sementara mestilah sama dengan nombor dan tajuk fail asal. Isi kandungan berserta kulit fail sementara hendaklah dimasukkan kembali ke dalam fail asal sebagai satu kandungan apabila fail asal telah diperolehi atau tindakan serentak telah selesai dilakukan.

3. Jika fail asal tidak dapat dikesan sehingga satu tempoh tertentu fail baru

hendaklah dibuka bagi menggantikan fail sementara tersebut.

11.0 Pembukaan Fail Apabila sesuatu dokumen diterima atau diwujudkan dan fail mengenainya belum ada, maka fail baru hendaklah dibuka. Tajuk dan nombor rujukan fail serta tarikh pembukaan fail perlu dicatatkan di atas kulit fail. Fail yang dibuka ini hendaklah didaftarkan dalam daftar fail jabatan. 12.0 Penyenggaraan Fail / Pelaksaan

1. Setiap fail mestilah mengandungi : 1.1 Kertas minit 1.2 Kandungan surat dan dokumen lampiran yang disusun seturut

mengikut tarikh transaksi.

1.3 Setiap kandungan diberi nombor lampiran dan direkodkan di atas kertas minit menggunakan:

Page 9: Tajuk 3 sistem fail dan surat menyurat 1

Tajuk 3 Sistem Fail dan Surat-menyurat Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 9

dakwat merah bagi surat dan dokumen lampiran yang diterima;

dakwat biru atau hitam bagi surat keluar.

2. Kertas minit adalah penting bagi mencatat segala arahan dan keputusan

berhubung dengan sesuatu perkara yang diuruskan.

Minit pendek seperti minit bebas yang tidak lebih daripada satu perenggan boleh dicatat di atas kertas minit.

Manakala minit panjang yang memerlukan penerangan lanjut hendaklah ditaip dan dikandungkan sebagai satu kandungan.

Kertas Minit (Borang Am )

Merekod Kandungan Surat Keluar / Surat Masuk

Kandungan Masuk - Dakwat MERAH Kandungan Keluar - Dakwat HITAM / BIRU

Mengkandungkan Surat Dalam Fail

Catatkan bilangan kandungan fail di sudut kanan atas surat. Nombor kandungan itu diletakkan dalam bulatan.

CONTOH :

1

Page 10: Tajuk 3 sistem fail dan surat menyurat 1

Tajuk 3 Sistem Fail dan Surat-menyurat Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 10

CATAT TARIKH PENERIMAAN, NAMA AGENSI PENGIRIMNYA DAN TARIKH SURAT DIKANDUNGKAN KE ATAS KERTAS MINIT DENGAN MENGGUNAKAN (DAKWAT MERAH).

CONTOH:

TARIKH SURAT DITERIMA………..DRP…………..

PERKARA................................................................

DIKANDUNGKAN PADA………………………

Tindakan : …………..

BAGI SURAT-SURAT YANG DIHANTAR KELUAR CATATKAN BILANGAN KANDUNGAN SURAT, TARIKH SURAT, NAMA AGENSI PENERIMA DAN TARIKH SURAT DIHANTAR KE ATAS KERTAS MINIT DENGAN MENGGUNAKAN DAKWAT BIRU / HITAM :

CONTOH:

SURAT BERTARIKH …………………………

DIHANTAR KEPADA …………………………

PADA………………..

KERTAS MINIT SEBAGAI PERHUBUNGAN BERTULIS ANTARA PEGAWAI DALAM SESEBUAH JABATAN :

CONTOH 1

PTR.

Surat Bil. (5) untuk ditaip sebanyak 3 salinan

TK. PT.10

1

1

Page 11: Tajuk 3 sistem fail dan surat menyurat 1

Tajuk 3 Sistem Fail dan Surat-menyurat Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 11

CONTOH 2

KPT (P)

Surat Bil. (5) untuk tandatangan tuan

TK. PT.10

CONTOH 3

PT(P)

Sila sahkan sama ada penama pernah/tidak* dikenakan Tindakan tatatertib/jenayah

TK

PK

Page 12: Tajuk 3 sistem fail dan surat menyurat 1

Tajuk 3 Sistem Fail dan Surat-menyurat Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 12

3. Surat rasmi yang didaftar atas kertas minit tidak boleh dikeluarkan daripada kandungan fail kecuali lampiran yang ketebalannya melebihi 4 sentimeter (contoh terbitan, laporan dan sebagainya) atau memerlukan pemeliharaan yang berbeza seperti peta, pelan dan lukisan.

4. Lampiran yang dikeluarkan ini hendaklah dicatatkan dengan nombor kod fail dan nombor lampiran fail berkenaan, serta disimpan di bilik fail. Slip pengganti dokumen ini hendaklah dikandungkan di dalam fail yang mana tercatat maklumat tempat simpanan dokumen tersebut. Ini untuk memudahkan pengesanan semula dokumen.

Page 13: Tajuk 3 sistem fail dan surat menyurat 1

Tajuk 3 Sistem Fail dan Surat-menyurat Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 13

13.0 Penyimpanan Fail

Fail terbuka perlu disimpan di Bilik Rekod dengan menggunakan rak yang sesuai. Ia hendaklah disusun seturut mengikut nombor rujukan fail. Setiap rak hendaklah dilabelkan bagi memudahkan pengesanan fail.

Fail terperingkat pula hendaklah disimpan dalam kabinet berkunci yang berpalang, rak bergerak yang berkunci atau bilik kebal sesuai dengan Arahan Keselamatan.

14.0 Pergerakan Fail

Fail yang didaftarkan hendaklah diselenggara dari segi kandungan dan pergerakan fail tersebut. Pengeluaran dan pengedaran fail kepada pihak yang memerlukan hendaklah dicatat dalam ruangan pergerakan fail di bahagian hadapan fail. Penggunaan pen dakwat merah untuk penerimaan semula dan pen dakwat biru / hitam untuk pengeluaran / pengedaran fail kepada pengguna. Ini adalah bagi memudahkan pengawalan dan pengesanan fail.

15.0 Simpan Dalam Perhatian

Kaedah Simpan Dalam Perhatian (SDP / KIV) hendaklah digunakan bagi memudahkan tindakan susulan (follow up) ke atas sesuatu surat dalam tempoh masa dan tarikh yang ditetapkan.

16.0 Sistem Pengurusan Dokumen Dan Rekod Elektronik

Selaras dengan perkembangan ICT, jabatan dan agensi digalakkan membangunkan aplikasi bagi menguruskan maklumat dan rekod di jabatan masing-masing.

Page 14: Tajuk 3 sistem fail dan surat menyurat 1

Tajuk 3 Sistem Fail dan Surat-menyurat Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 14

Sistem pengurusan maklumat dan rekod elektronik membolehkan penyimpanan dan capaian maklumat dan rekod secara maya (virtual). i). Pembangunan Sistem Aplikasi Berkomputer

Jabatan dan agensi hendaklah mendapatkan nasihat Jabatan Arkib Negara semasa membangunkan sistem aplikasi berkomputer bagi memastikan rekod elektronik yang diwujudkan, disenggara dan dilupus mengikut piawaian kearkiban.

17.0 Penutupan Fail

Fail yang mengandungi 100 kandungan atau ketebalannya 4 sentimeter hendaklah ditutup dan fail baru dibuka. Di atas kulit fail yang telah ditutup itu hendaklah dipalang dengan dakwat merah dan dicatatkan perkataan ‘DITUTUP PADA 2.3.2008 – JILID 2 DIBUKA’ dengan dakwat biru atau hitam menggunakan dakwat kekal. Di atas kulit fail yang baru pula hendaklah dicatatkan tajuk dan nombor rujukan yang sama beserta dengan catatan ‘Jilid 2’ (Jld. 2).

18.0 Pelupusan Fail

Jabatan dan agensi hendaklah mendapatkan nasihat Jabatan Arkib Negara sebelum melaksanakan pelupusan fail. ======

PENGELASAN Rahsia dan Sulit Berdasarkan kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Arahan Perkhidmatan 1974, maklumat-maklumat tentang pentadbiran kerajaan hendaklah dikelaskan mengikut peringkat-peringkat keselamatannya. Pengelasan maklumat hendaklah dirujuk kepada Indeks Akta Rahsia

Page 15: Tajuk 3 sistem fail dan surat menyurat 1

Tajuk 3 Sistem Fail dan Surat-menyurat Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 15

Rasmi 1972 di bawah bidang kuasa Keselamatan Dalam Negeri ( KDN). Apabila maklumat dikelaskan, sekaligus fail berkenaan terlibat sama ( rujuk Arahan Perkhidmatan Bab 3, para II dan Bab 4 para 4 (a) 1.1 Rahsia Besar Maklumat tentang urusan kerajaan yang masih dalam proses perancangan adalah antara rahsia besar kerajaan. Contohnya Kertas Pembentangan Anggaran Belanjawan Kerajaan ( Bajet ) yang belum di bentangkan di Parlimen. Maklumat ini dimuatkan di dalam fail berwarna kuning dan berpalang ( X ) merah memenuhi kulit hadapan fail Dasar-dasar kerajaan juga merupakan rahsia besar kerajaan, contohnya Dasar Penswastaan Agensi-Agensi yang hendak diswastakan dan program-program lain yang melibatkan dasar lain aka menggunakan fail jenis ini. Di sekolah belum ada lagi maklumat yang dikelaskan sebagai Rahsia Besar Kerajaan. Namun demikian, kertas-kertas soalan peperiksaan awam juga dikategorikan sebagai Rahsia Besar Kerajaan. Disebabkan sekolah tidak menyimpan kertas soalan yang belum diedarkan, maka sekolah tidak terlibat dengan urusan tersebut. 1.2 Rahsia Urusan berkaian dengan program pembangunan kerajaan, contohnya proses tender bagi sesuatu projek merupakan antara urusan yang dianggap 'rahsia'. Fail yang menyimpan maklumat pengelasan rahsia, berwarna merah jambu dan berpalang (X) merah memenuhi kulit hadapan fail. Di sekolah, mungkin soalan yang disetarakan di peringkat daerah yang belum diedarkan boleh dianggap sebagi maklumat 'rahsia'. Jika dipersetujui demikian, seharusnya sekolah mewujudkan sistem pengurusan fail pengelasan tersebut. Jika dikelaskan sebagai rahsia, seharusnyalah tatacara yang betul diikuti dalam penyimpanan dan pengedaran fail berkenaan. 1.3 Sulit

Page 16: Tajuk 3 sistem fail dan surat menyurat 1

Tajuk 3 Sistem Fail dan Surat-menyurat Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 16

Urusan yang berkaitan dengan sesuatu keputusan pentadbiran kerajaan dianggap sulit walaupun telah diumumkan oleh Menteri dan maklumat berkenaan disimpan di dalam fail berwarna hijau muda. Di sekolah, urusan berkaitan dengan proses tindakan tatatertib seseorang pegawai / kakitangan adalah dianggap sebagai maklumat sulit. Oleh yang demikian, perlulah diwujudkan fail jenis ini dan ikutlah tatacara pengedalian fail yang berkelas sulit. 1.4 Terhad Biasanya sesebuah jabatan mempunyai fail yang edarannya terhad disebabkan maklumat yang terkandung di dalamnya. Maklumat seperti butiran peribadi staf adalah dianggap sebagai maklumat terhad dan fail-fail jenis ini berwarna putih.

1.5 Terbuka Kebanyakan fail di sesebuah jabatan adalah jenis terbuka, iaitu fail-fail yang berkaitan dengan pengurusan harian sesebuah jabatan. Fail-fail pentadbiran adalah tergolong dalam kategori ini. Fail berkenaan berwarna putih. 1.6 Sampul Kecil Sampul kecil ialah fail sementara diwujudkan berlandaskan fail utamanya. Tujuan diwujudkan sampul kecil adalah untuk memudahkan pegawai-pegawai berkenaan membawanya keluar untuk mesyuarat dan urusan-urusan lain yang berkaitan, terutamanya bagi kelas-kelas fail yang tidak boleh dibawa keluar daripada ibu pejabat. Apabila sesuatu urusan itu selesai, hendaklah dimuatkan semula ke dalam fail utama mengikut keutamaan. Sampul kecil juga dibuka untuk menyegerakan sesuatu urusan jika fail utama tidak dapat dikesan cepat. Fail ini berkulit nipis dan berwarna kuning. Di sekolah tidak

Page 17: Tajuk 3 sistem fail dan surat menyurat 1

Tajuk 3 Sistem Fail dan Surat-menyurat Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 17

digalakkan menggunakan sampul kecil kerana bilangan fail yang ada boleh diuruskan dengan segera dan dikhuatiri kekerapan menggunakan sampul kecil akan menjejaskan kelicinan pentadbiran sekolah. 1.7 Fail Timbul Fail Timbul atau 'subjacket' mengandungi bahan-bahan atau maklumat yang belum diedarkan kepada pegawai-pegawai. Maklumat yang sudah diambil tindakan hendaklah dipindahkan ke dalam fail utama bagi kandungan-kandungan yang berkenaan. Maklumat- maklumat untuk edaran dalaman juga boleh dibuatkan fail timbul. Fail ini berwarna putih. Di sekolah, Pengetua / Guru Besar hendaklah mempunyai fail timbul supaya Pengetua / Guru Besar sentiasa dalam pengetahuan mereka surat-surat edaran / pekeliling yang diedarkan kepada guru, pelajar/murid dan ibu bapa. Fail Timbul tidak perlu direkodkan dalan indeks fail.