tajuk 2 kepentingan pembangunan sahsiah

Upload: ihin-nur-farihin

Post on 06-Jul-2018

227 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 Tajuk 2 Kepentingan Pembangunan Sahsiah

    1/10

    Kepentingan Pembangunan Sahsiah

  • 8/17/2019 Tajuk 2 Kepentingan Pembangunan Sahsiah

    2/10

    Perubahan Sahsiah Adalah Proses

    Pertumbuhan Kendiri 

    • Menurut Ryckman (2004), pertumbuhan yangmembawa perubahan sahsiah ini memberi

    kesan langsung terhadap tahap produktiviti

    diri serta apa dan bagaimana kitamenyumbang dalam bidang sosial.

  • 8/17/2019 Tajuk 2 Kepentingan Pembangunan Sahsiah

    3/10

    Mencorakkan Kendiri

    • Melalui sahsiah diri, ia dapat membantu bagaimanamembentuk pengalaman yang telah ditempuhi

    mahupun yang akan datang.

    • Semua pencapaian yang dikecapi termasuk jangkaan

    kita tentang masa depan akan mempengaruhi

    sahsiah diri kita.

  • 8/17/2019 Tajuk 2 Kepentingan Pembangunan Sahsiah

    4/10

    Memerihalkan Sahsiah Secara Menyeluruh

    • Merujuk kepada sahsiah yang unggul, ia berkait

    dengan individu yang bersifat mesra, selesa untukberhubung, peramah dan mudah untuk bergaul.

    • Kita cuba memberikan penjelasan tentang kriteriatertentu berdasarkan pemerhatian tingkahlaku

    daripada orang lain.• Menurut Schultz dan Schultz (2009), keupayaan

    memberikan penjelasan ini bukan sahajamembantu kita untuk memperolehi jawapan dari

    perasaan ingin tahu yang timbul, akan tetapiboleh memberikan kita rasa kawalan dalamkehidupan.

  • 8/17/2019 Tajuk 2 Kepentingan Pembangunan Sahsiah

    5/10

    Penjelasan Secara Teoritikal

    • Memperihalkan seseorang samada mempunyai sahsiah

    unggul atau sahsiah teruk adalah suatu yang kompleks.• Ini kerana manusia itu sendiri adalah kompleks dan boleh

    berubah berdasarkan situasi dan juga dengan siapa merekaberhubung.

    • Pengalaman diri sedia ada hasil dari interaksi belum

    mencukupi untuk memerihalkan seseorang (Maltby, Daydan Macaskill (2007).

    • Ia perlu disepadukan dengan penjelasan formal secarateoritikal dan kepelbagaian bidang dan individu.

    • Selain menggunakan pengalaman sedia ada, olahan maknadan idea secara formal melalui teori dan latihan kursusdapat membantu seseorang untuk lebih memahami danmembantu individu lain termasuk rakan sekerja, muridmahupun diri sendiri secara efektif.

  • 8/17/2019 Tajuk 2 Kepentingan Pembangunan Sahsiah

    6/10

    Menjangkakan Dan Meramal Tingkahlaku

    • Berdasarkan pengalaman kehidupan dan interaksi dengan pelbagaiindividu yang dilalui, lazimnya seseorang akan memperolehi maknadan idea apa yang dimaksudkan dengan sahsiah.

    • Kesannya, ia dapat membantu seseorang untuk membuatperancangan dan menjadikan diri lebih peka tentang bagaimanamemberikan tindakbalas pada masa akan datang yang bersesuaiandengan situasi.

    •Namun, tidak semua dapat menerapkan pengalaman tersebutdalam pengalaman baru yang bakal ditempuhi.

    • Secara khususnya guru dapat mengenalpasti keupayaan dan potensiyang dimiliki setiap murid dan selanjutnya cuba berusahamenggalakkan mereka melibatkan diri dalam mana-mana peluang,khasnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran, mahupun

    dalam aktiviti ko-kurikulum secara optimum.• Kesannya, progres diri murid menjadi lebih positif dan berkembang

    memandangkan guru dapat memahami personaliti murid dariperspektif menyeluruh dan tidak terhadap dari satu kacamatasahaja.

  • 8/17/2019 Tajuk 2 Kepentingan Pembangunan Sahsiah

    7/10

    Faktor Dan Teras Yang Mempengaruhi Sahsiah

    • Sahsiah boleh berubah menjadi lebih baik atau punsebaliknya mengikut peredaran masa.

    • Sahsiah dilihat sebagai sesuatu ciri yang stabil (Cervonedan Pervin, 2008).

    • Manusia berubah kemungkinan kerana mereka belajar

    dari kesilapan.• Tetapi semakin sebati sesuatu ciri dalam diri seseorang,

    semakin sukar untuknya berubah.

    • Oleh itu, ia akan mengambil masa yang lama kerana

    mengubah pelbagai aspek yang ada dalam diribukanlah suatu yang mudah.

    • Terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan jika mahukan perubahan itu benar-benar berjaya.

  • 8/17/2019 Tajuk 2 Kepentingan Pembangunan Sahsiah

    8/10

    Faktor

    Mempengaruhi

    Sahsiah

    Visi

    Misi

    Baka

    Etika

    Situasi

    Motivasi

    Individu

    Organisasi

  • 8/17/2019 Tajuk 2 Kepentingan Pembangunan Sahsiah

    9/10

    Rumusan

    1. Ciri sahsiah yang dimiliki oleh individu lazimnya akanmengalami perubahan. Proses yang dialami inisebenarnya adalah suatu yang lumrah dan ia dilihatsebagai proses pertumbuhan kendiri.

    2. Dengan memahami situasi, jenis individu yang kita

    berhubung serta peraturan, kesemua ini akanmenggambarkan diri individu.

    3. Apabila kita dikatakan memahami seseorang dengan

    baik, bijak membuat keputusan dan berupayamenyelesaikan masalah secara berkesan, ia sebenarnyabermula dengan keupayaan kita dalam memerihalkansahsiah secara menyeluruh dan objektif.

  • 8/17/2019 Tajuk 2 Kepentingan Pembangunan Sahsiah

    10/10

    4. Penjelasan secara teoritikal dapat membantu kitauntuk mendapatkan gambaran tentang keperibadiansahsiah secara lebih saintifik dan bersepadu. Ini kerana

    melalui pemahaman teori kita akan berupaya menapisunsur bias pengalaman peribadi dalam memahamisahsiah diri dan juga orang lain.

    5. Meskipun sahsiah boleh berubah berasaskan masa danpeningkatan usia, sahsiah juga merupakan satu unsur

    yang stabil. Oleh demikian, sebagai guru kita dapatmenjalankan tugas dengan lebih baik kerana dapatmembuat jangkaan dan ramalan terhadap tingkahlakuyang dipamerkan oleh rakan sekerja dan murid.

    6. Terdapat pelbagai faktor yang membentuk sahsiah.Walaupun secara dasarnya, manusia mempunyai faktoryang sama, namun kita menggunakan faktor yangberbeza dari segi keutamaan untuk membentuk sahsiahdiri.