tajuk 15 final

8
FHY, MNI & MK IPG KPT 137 Tajuk 15 ISU DAN TRENDA Sinopsis Tajuk dalam modul ini merangkumi etika komputer dan internet, teknologi hijau dalam ICT, ergonomik komputer serta jenayah siber. Pengetahuan ini akan membolehkan guru-guru memahami isu dan trend dalam ICT dan mengamalkan garispanduan ini dalam proses PnP dan seterusnya dalam kehidupan seharian. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Menyatakan kepentingan etika komputer dan internet pada pengguna. 2. Menjelaskan pengertian teknologi hijau dalam ICT. 3. Menjelaskan kepentingan mengamalkan ergonomik komputer dalam kehidupan seharian. 4. Menjelaskan isu jenayah siber yang perlu ditangani. Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini ISU DAN TRENDA ETIKA KOMPUTER TEKNOLOGI HIJAU DALAM ICT ERGONOMIK KOMPUTER JENAYAH SIBER

Upload: azmiaina

Post on 25-Sep-2015

33 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

  • FHY, MNI & MK IPG KPT

    137

    Tajuk 15 ISU DAN TRENDA

    Sinopsis

    Tajuk dalam modul ini merangkumi etika komputer dan internet, teknologi hijau dalam ICT,

    ergonomik komputer serta jenayah siber. Pengetahuan ini akan membolehkan guru-guru

    memahami isu dan trend dalam ICT dan mengamalkan garispanduan ini dalam proses PnP

    dan seterusnya dalam kehidupan seharian.

    Hasil Pembelajaran

    Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

    1. Menyatakan kepentingan etika komputer dan internet pada pengguna.

    2. Menjelaskan pengertian teknologi hijau dalam ICT.

    3. Menjelaskan kepentingan mengamalkan ergonomik komputer dalam kehidupan

    seharian.

    4. Menjelaskan isu jenayah siber yang perlu ditangani.

    Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

    ISU DAN

    TRENDA

    ETIKA

    KOMPUTER

    TEKNOLOGI

    HIJAU DALAM

    ICT

    ERGONOMIK

    KOMPUTER

    JENAYAH SIBER

  • FHY, MNI & MK IPG KPT

    138

    15.1 Etika Komputer

    Pengguna ICT perlu menggunakan ICT dengan nilai murni dan tanggungjawab

    supaya ICT dapat digunakan sebaiknya dan memberi manfaat kepada semua. Di

    antara langkah yang perlu dilaksanakan ialah mengadakan etika penggunaan

    komputer dan internet. Etika persekitaran komputeran bermaksud peraturan bagi

    sesuatu perlakuan atau tindakan yang melibatkan komputer (Zawiyah et al. 2007).

    Kita perlu mengambil inisiatif mengenali isu-isu penggunaan komputer dan

    mencari jalan bagaimana untuk mengatasi isi-isu tersebut. Di antara isu

    penggunaan komputer adalah seperti berikut:

    Penyalahgunaan Internet

    Penyalahgunaan internet menjadi isu kerana menggunakan internet untuk

    tujuan propaganda, menyebarkan fitnah dan ideologi yang salah.

    Hak cipta

    Hak cipta ialah hak untuk melindungi hasil karya yang dihasilkan daripada

    disalin oleh orang lain selain daripada penciptanya (Zawiyah et al., 2007).

    Hak cipta menjadi isu kerana pengguna menggunakan perisian, audio, imej,

    video dan dokumen tanpa kebenaran pemiliknya kecuali yang diberikan

    secara percuma.

    Kebersendirian

    Kebersendirian ialah hak untuk ditinggal atau dibiarkan sendirian, keadaan

    bersendirian dan tidak diganggu serta rahsia mengenai seseorang atau

    orang lain (Zawiyah et al. 2007). Isu kebersendirian perlu ditangani kerana

    kawalan perlu dilakukan terhadap penyebaran maklumat mengenai

    seseorang atau maklumat peribadinya kepada umum.

    Ketepatan Maklumat

    Maklumat yang disebarkan perlu tulen dan tepat untuk mengelakkan

    sebarang kekeliruan yang akan merugikan sesuatu organisasi.

  • FHY, MNI & MK IPG KPT

    139

    Capaian

    Isu capaian melibatkan akses kepada maklumat seperti menentukan

    pengguna yang boleh akses kepada maklumat tertentu, bayaran yang

    dikenakan untuk mengakses maklumat, peralatan untuk akses yang

    disediakan dan lain-lain.

    Oleh itu, etika penggunaan komputer dan internet perlu diadakan. Rukun Etika

    Komputer yang dikeluarkan oleh Computer Ethics Institute adalah seperti berikut:

    1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.

    2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.

    3. Tidak menceroboh masuk fail komputer orang lain.

    4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.

    5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.

    6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah.

    7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.

    8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.

    9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan

    10. Menggunakan komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia

    lain.

    Kunjungi perpustakaan untuk mencari maklumat tentang hak milik bahan

    multimedia.

    15.2 Teknologi Hijau dalam ICT

    Kerajaan telah melancarkan Dasar Teknologi Hijau pada Ogos 2009. Strategi

    keempat dalam dasar tersebut ialah berkaitan dengan ICT. Teknologi hijau dalam ICT

    bertujuan untuk menyokong penggunaan pemeliharaan alam sekitar dan alam

    semulajadi. Sehubungan dengan ini, garis panduan penggunaan ICT ke arah ICT

    Hijau dalam Perkhidmatan Awam telah diedarkan kepada semua agensi kerajaan.

    Panduan ini bertujuan untuk memberi penjelasan mengenai amalan penggunaan

  • FHY, MNI & MK IPG KPT

    140

    peralatan ICT ke arah ICT Hijau bagi menyokong Dasar Teknologi Hijau Negara

    dalam Perkhidmatan Awam.

    Objektif:

    Mengurangkan kadar penggunaan tenaga dalam program ICT dan dalam

    masa yang sama meningkatkan penggunaan ICT;

    Meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan program ICT

    Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persada

    antarabangsa;

    Memastikan projek ICT selari dengan hasrat pembangunan mampan dan

    memelihara alam sekitar dan alam semula jadi untuk generasi akan datang;

    dan

    Meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan

    menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau dalam sektor ICT.

    Langkah-langkah yang diyorkan:

    1. Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosi kecekapan

    penggunaan tenaga

    Contoh amalan yang dapat mengurangkan penggunaan tenaga ialah

    a) Tidak menggunakan screen saver kerana penggunaan tenaga adalah

    sama seperti menggunakan skrin komputer tanpa screen saver.

    b) Aktifkan skrin kepada mod standby secara automatik apabila komputer

    tidak digunakan selama 5 minit.

    c) Tutup komputer setelah habis waktu bekerja

    d) Gunapakai (reuse) peralatan komputer

    e) Gunakan teknologi Thin Client iaitu komputer yang mempunyai

    komponen yang kurang boleh menjimatkan wang dan tenaga.

    f) Mengurangkan bilangan atau berkongsi pencetak dengan pewujudan

    network printers.

    g) Mengurangkan penggunaan kertas. Salah satu cara ialah dengan

    mengenakan ID untuk mencetak dan menghad bekalan kertas kepada

    individu/bahagian

    h) Mengadakan peraturan mencetak hanya apabila diperlukan

  • FHY, MNI & MK IPG KPT

    141

    2. Mengkosolidasi infrastruktur ICT seperti mengadakan pusat data bagi

    menjimatkan penggunaan tenaga. Oleh itu, Pusat Data Hijau dilaksanakan

    dengan ciri-ciri seperti berikut:

    a) Penyejukan peralatan ICT

    b) Pelaburan mengikut keperluan

    c) Virtualization Mengoptimum CPU dan konsolidasi server dan rangkaian

    3. Meningkatkan kualiti hidup menerusi kecekapan penyampaian perkhidmatan

    secara online. Contoh perkhidmatan online ialah pembayaran cukai

    pendapatan online dan internet banking .

    Rehat seketika dan buat renungan:

    Fikirkan bagaimana seorang guru menerapkan konsep teknologi hijau dalam

    pengajarannya.

    15.3 Ergonomik Komputer

    Perkataan ergonomik berasal daripada perkataan Greek. Perkataan ergo

    bermaksud kerja. Manakala, perkataan ergonomik pula bermaksud kajian mengenai

    kerja. Ergonomik ditakrifkan sebagai sains yang digunakan untuk mereka pekerjaan,

    peralatan serta persekitaran yang sesuai untuk pekerjaan bagi mengelakkan

    kelesuan, ketidakselesaan dan kemalangan (Hills 2011).

    Sejak komputer peribadi diperkenalkan pada tahun 1970an, maka penggunaan

    komputer diperluaskan dalam kehidupan seharian seperti di pejabat, pasaraya dan

    sekolah. Ini bermakna, penggunaan skrin komputer dan papan kekunci

    menggantikan penggunaan pensil dan kertas. Namun, penggunaan komputer untuk

    tempoh yang lama akan memudaratkan pengguna. Kesan negatif ini dikenali sebagai

    penyakit komputer. Contoh penyakit komputer ialah kesakitan pada anggota badan

    (musculoskeletal pain) iaitu kesakitan pada bahagian tengkuk, bahagian belakang

    badan, tangan, jari dan pergelangan tangan. Selain daripada itu, kesan pada mata

    juga turut dirasai oleh pengguna komputer.

    Berdasarkan kajian-kajian yang telah dibuat, penyakit komputer boleh dielakkan

  • FHY, MNI & MK IPG KPT

    142

    dengan mengadakan persekitaan kerja yang bercirikan ergonomik. Sebagai contoh,

    mengadakan susunan komputer dan peranti komputer yang betul iaitu dengan

    memastikan kedudukan tetikus, papan kekunci dan skrin komputer adalah sesuai

    ketika seseorang menggunakan komputer untuk bekerja. Di samping itu, pengguna

    juga perlu berehat seketika setelah menggunakan komputer untuk mengurangkan

    tekanan pada tisu dan saraf pada anggota badan tertentu.

    Renungan:

    Buat refleksi tentang pengalaman anda di sekolah. Bagaimana guru boleh

    menerapkan konsep ergonomik dalam kalangan murid di sekolah?

    Kunjungi perpustakaan untuk mencari maklumat tentang carpal tunnel

    syndrome dan cara untuk mengatasinya.

    15.4 Jenayah Siber

    Jenayah siber ialah jenayah yang dilakukan dengan menggunakan komputer untuk

    melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti penggodaman laman

    sesawang atau pelayan, cetak rompak perisian, pelanggaran harta intelek dan

    penyebaran virus komputer.

    Contoh Jenayah Siber adalah seperti berikut:

    Penggodam laman sesawang atau pelayan

    Penggodam ialah tindakan seseorang menggunakan perisian yang

    dibangunkan untuk menceroboh masuk ke dalam sistem komputer. Tujuan

    penggodam memasuki sistem komputer ialah untuk menguji kemahiran mereka

    serta menguji kekuatan sistem keselamatan komputer. Di samping itu,

    penggodam juga boleh untuk merosakkan sistem komputer, mencuri serta

    mengubah maklumat seseorang tanpa izin (Ahmad Jelani Shaari 2011).

    Sebagai contoh, penipuan kad kredit dilakukan oleh penggodam dengan cara

    menaip nombor kad kredit ke laman web daripada vendor palsu untuk transaksi

    atas talian. Penggodam akan menyamar sebagai pemilik kad kredit tersebut

    dan boleh menggunakan kad kredit untuk pelbagai tujuan.

  • FHY, MNI & MK IPG KPT

    143

    Cetak Rompak Perisian

    Perisian cetak rompak ialah perisian yang disalin daripada perisian asal secara

    haram. Penggunaan perisian cetak rompak akan mengakibatkan kerugian yang

    besar kepada pembangun perisian.

    Pelanggaran Harta Intelek

    Pelanggaran harta intelek ialah menggunakan hasil kerja orang lain (teks,

    audio, video, imej) tanpa kebenaran. Sepatutnya, penghargaan perlu diberikan

    kepada pemilik jika kita ingin menggunakan bahan tersebut. Bahan yang

    diletakkan di internet dalam domain awam (public domain) tidak memerlukan

    keizinan daripada pemiliknya jika kita ingin menggunakannya. Jika tidak,

    persetujuan daripada pemilik diperlukan jika kita ingin menggunakan bahan

    tersebut.

    Penyebaran Virus

    Virus komputer ialah program yang boleh merosakkan sistem dalam komputer.

    Penyebaran virus secara meluas terutamanya melalui internet, mengganggu

    dan merosakkan sistem komputer.

    Renungan:

    Buat refleksi tentang pengalaman anda di sekolah. Apakah teknik yang

    kamu gunakan untuk melindungi anak didik kamu daripada menjadi mangsa

    jenayah siber?

    Kunjungi perpustakaan untuk mencari maklumat tentang undang-undang

    Harta Intelek di Malaysia.

    15.5 Rumusan

    Tajuk ini membincangkan tentang isu dan trend dalam ICT. Secara kesimpulan,

    setiap guru perlu mengenalpasti isu-isu yang berkaitan dengan penggunaan

    komputer dan seterusnya memahami kepentingan untuk mematuhi etika

    penggunaan komputer dan internet. Di samping itu, guru juga perlu memahami trend

    dalam ICT seperti konsep teknologi hijau dalam ICT, ergonomik komputer dan

  • FHY, MNI & MK IPG KPT

    144

    jenayah siber. Tajuk ini penting kerana guru perlu memberi kesedaran tentang isu

    dan trend ICT kepada anak didiknya.

    RUJUKAN Chan Yuen Fook, Ranjit Kaur Sidhu, Jamiah Baba & Eliza Pariman (2007)

    Computer Education for Classroom Teaching. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

    Jamalludin Harun, Baharuddin Aris & Zaidatun Tasir (2003). Pembangunan Perisian Multimedia: Satu Pendekatan Sistematik. Batu Caves: Venton Publishing (M) Sdn Bhd.

    Norazlin Mohamed, Ibrahim Ahmad, Mohd Hafiz Zakaria, Muhammad Haziq Im Abdullah, Farah Nadia Azman, Shahrul Badariah Mat Shah, Rusnida Romli, Norashiken Bakar & Faaizah Shahbodin (2007). Sistem Multimedia. Batu Caves: Venton.

    Timothy, J. OLeary & Linda, I. OLeary.(2014).Computing Essentials 2014: Making IT work for you. New York: McGraw-Hill.

    TUGASAN TERARAH

    Bincangkan isu dan trend dalam ICT yang perlu diterapkan dalam pengajaran guru.