tesis kardio oumfull

52
PERBANDINGAN TAHAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR ANTARA PEMAIN BOLA SEPAK DAN PEMAIN BOLA BALING BAWAH 12 TAHUN DI SK CHINTA MATA TENOM SABAH BAB 1 1.0 PENDAHULUAN Sistem kardiovaskular merupakan salah satu sistem biologi yang menyokong sistem lain seperti sistem respiratori, sistem endokrin dan sebagainya yang berfungsi dengan berkesan. Ia memainkan peranan yang amat penting untuk mengangkut oksigen kepada sel dan membawa keluar sisa metabolisme serta produk sel lain ke dalam tubuh. Dalam sistem kardiovaskular terdapat tiga bahagian utama iaitu jantung, sel darah merah, dan pembuluh darah. Power dan Howley (2004), menyatakan daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan tubuh badan bagi mengangkut oksigen ke seluruh badan bagi menghasilkan tenaga yang digunakan untuk manjalani aktiviti fizikal. Semasa latihan, badan seseorang perlu meningkatkan keupayaan dan daya tahan kardiovaskular supaya dapt menghasilkan kerja dengan mengunakan sejumlah oksigen yang maksimum. Dalam latihan, badan dapat menyesuaikan struktur dan fungsinya agar dapat membenarkan sejumlah oksigen yang maksimum ke seluruh badan. Corbin dan Lisdey (2005), menyatakan bahawa daya tahan kardiovaskular adalah kemampuan tubuh seseorang dalam melakukan aktiviti dalam jangka masa panjang tanpa henti. Daya tahan kardiovaskular memerlukan jantung yang kuat, paru-paru yang sihat dan salur darah yang baik untuk membekalkan sel darah dengan oksigen. Bagi mengukur tahap keupayaan daya tahan kardiovaskular ataupun kecergasan aerobik seseorang atlet banyak ujian yang telah dibina yang masing-masing mempunyai batasan dan limitasi.Biasanya daya tahan kardiovaskular ini melibatkan acara-acara sukan seperti larian 1500m. Walaupun berlari nampaknya mudah

Upload: billeo2

Post on 27-Dec-2015

116 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kajian

TRANSCRIPT

Page 1: tesis kardio oumfull

PERBANDINGAN TAHAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR ANTARA

PEMAIN BOLA SEPAK DAN PEMAIN BOLA BALING BAWAH 12 TAHUN

DI SK CHINTA MATA TENOM SABAH

BAB 1

1.0 PENDAHULUAN

Sistem kardiovaskular merupakan salah satu sistem biologi yang menyokong

sistem lain seperti sistem respiratori, sistem endokrin dan sebagainya yang

berfungsi dengan berkesan. Ia memainkan peranan yang amat penting

untuk mengangkut oksigen kepada sel dan membawa keluar sisa

metabolisme serta produk sel lain ke dalam tubuh.

Dalam sistem kardiovaskular terdapat tiga bahagian utama iaitu jantung, sel

darah merah, dan pembuluh darah. Power dan Howley (2004), menyatakan

daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan tubuh badan bagi mengangkut

oksigen ke seluruh badan bagi menghasilkan tenaga yang digunakan untuk

manjalani aktiviti fizikal. Semasa latihan, badan seseorang perlu

meningkatkan keupayaan dan daya tahan kardiovaskular supaya dapt

menghasilkan kerja dengan mengunakan sejumlah oksigen yang

maksimum. Dalam latihan, badan dapat menyesuaikan struktur dan

fungsinya agar dapat membenarkan sejumlah oksigen yang maksimum ke

seluruh badan.

Corbin dan Lisdey (2005), menyatakan bahawa daya tahan

kardiovaskular adalah kemampuan tubuh seseorang dalam melakukan

aktiviti dalam jangka masa panjang tanpa henti. Daya tahan kardiovaskular

memerlukan jantung yang kuat, paru-paru yang sihat dan salur darah yang

baik untuk membekalkan sel darah dengan oksigen. Bagi mengukur tahap

keupayaan daya tahan kardiovaskular ataupun kecergasan aerobik

Page 2: tesis kardio oumfull

seseorang atlet banyak ujian yang telah dibina yang masing-masing

mempunyai batasan dan limitasi.Biasanya daya tahan kardiovaskular ini

melibatkan acara-acara sukan seperti larian 1500m. Walaupun berlari

nampaknya mudah dan semulajadi tetapi pecutan dan kepantasan berlari

dan berlari jarak 1500m dengan berkesan memerlukan teknik yang perlu

dilatih (Zamerchili, 1997). Dalam sukan olahraga jarak sederhana, biasanya

individu yang mempunyai daya tahan kardiovaskular yang baik akan

mempunyai prestasi yang lebih baik. Menurut Bompa (2000), prestasi dan

kapasiti daya tahan latihan adalah berbeza mengikut jantina. Atlet remaja

perempuan adalah lemah berbanding dengan atlet lelaki dari segi daya

tahan kardiovaskular dan kekuatan otot ‘abdominal’. Oleh itu, perancangan

latihan yang baik adalah penting untuk memastikan perkembangan

pencapaian atlet adalah meningkat dan disusun berdasarkan jantina masing-

masing.

2

Page 3: tesis kardio oumfull

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Dalam permainan sukan seperti bola sepak dan bola baling daya tahan

kardiovaskular merupakan aset yang penting untuk menentukan prestasi

dan kejayaan seseorang pemain. Pada masa kini sukan seperti bola sepak

dan bola baling adalah acara yang sering dipertandingkan dalam pelbagai

kejohanan olahraga. Acara ini bukan sahaja dipertandingkan di peringkat

sekolah rendah, sekolah menengah di malaysia malah di peringkat

antarabangsa iaitu sekolah-sekolah asean, remaja asia dan seterusnya di

peringkat tertinggi iaitu Olimpik.

Pada masa kini juga sukan olahraga dan sukan padang semakin

berkembang di peringkat sekolah dan juga peranan pihak kerajaan juga

dilihat penting dimana mereka cuba membangunkan sukan bermula dari

sekolah rendah dengan menperkenalkan dasar dimana 1 murid 1 sukan di

setiap sekolah. Dalam kajian ini saya akan cuba melihat perbandingkan

pencapaian daya tahan kardiovaskular atlet bola sepak dan pemain bola

baling bawah 12 tahun Sekolah Kebangsaan Chinta Mata, Tenom melalui

ujian bleep test.

Selain daripada itu juga ujian dan kajian ini dilakukan di sekolah

adalah disebabkan oleh kurangnya rujukan oleh jurulatih terhadap ujian

yang lebih sesuai di kalangan atlet mereka. Selain daripada itu juga faktor

kurangnya kajian terhadap atlet luar bandar menjadi faktor dorongan

melakukan kajian di sekolah ini.

3

Page 4: tesis kardio oumfull

1.2 PENYATAAN MASALAH

Prestasi sukan seseorang pelajar biasanya akan dilihat bermula dari sekolah

rendah lagi dan perkembangan berterusan dengan latihan yang sistematik

akan membantu untuk meningkatkan prestasi pelajar selaras dengan

perkembangan umur mereka. Menurut Bompa (2000), menyatakan bahawa

latihan olahraga yang baik perlu dimulakan pada peringkat kanak-kanak lagi

supaya minda dan badan atlet terlibat dapat berkembang secara sistematik

dan progresif untuk mencapai kecemerlangan jangka panjang dan bukan

“burn-out” jangka pendek.

Dalam permainan bola sepak dan bola baling daya tahan

kardiovaskular merupakan penentu kepada kemenangan pasukan ataupun

pemain. Semakin baik daya tahan kardiovaskular maka semakin baik

prestasi seseorang atlet tersebut. Selain itu, pertandingan sukan sekolah

merupakan salah satu cara untuk memilih pelajar yang berbakat untuk

mewakili sekolah ke peringkat bahagian dan seterusnya ke peringkat negeri.

Biasanya pelajar yang mempunyai daya tahan kardiovaskular yang baik

akan mempunyai peluang yang cerah untuk mewakili sekolah masing-

masing dalam acara padang terutamanya olahraga dan sukan padang.

Oleh itu, dalam kajian ini, saya akan cuba membandingkan pencapaian daya

tahan kardiovaskular diantara pemain bola sepak dan bola baling bawah 12

4

Page 5: tesis kardio oumfull

tahun Sk. Chinta Mata, Tenom bagi mendapatkan data untuk membantu

guru pendidikan jasmani mengenalpasti kebolehan dan ketahanan

kardiovaskular pelajar sekolah tersebut untuk dianalisis sama ada tahap

kardiovaskular pelajar sekolah tersebut berada pada tahap lemah,

sederhana ataupun sangat baik.

Selain daripada itu juga faktor kepada kajian ini dijalankan adalah

untuk menyelesaikan masalah kepada jurulatih yang berbeza dalam mancari

ujian yang sesuai untuk mengenalpasti adakah atlet mereka mempunyai

daya tahan kardiovaskular yang cukup ataupun sebaliknya. Di sebalik kajian

ini juga adakah ujian ini membantu para atlet meningkatkan prestasi yang

tidak konsisten dalam pencapaian sebelum ini.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk :

1. Mengukur tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular atlet

bawah 12 tahun yang bermain bola sepak di Sk.Chinta

Mata,Tenom melalui ujian bleep test.

2. Mengukur tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular atlet

bawah 12 tahun yang bermain bola sepak di Sk.Chinta

Mata,Tenom melalui ujian bleep test.

3. Membanding perbezaan pencapaian daya tahan kardiovaskular

antara pemain bola sepak dan pemain bola baling Sk.Chinta Mata.

5

Page 6: tesis kardio oumfull

1.4 HEPOTESIS KAJIAN

Terdapat beberapa hepotesis yang dapat diandaikan dalam kajian ini:-

Ho 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam keputusan

ujian bleep test antara atlet lelaki bawah 12 tahun dalam

permainan bola sepak dan bola baling.

Ho 2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian daya

tahan kardiovaskular antara atlet bawah 12 tahun bola sepak

dan bola baling di Sk.Chinta Mata, Tenom.

6

Page 7: tesis kardio oumfull

1.5 BATASAN KAJIAN

Dalam menjalankan kajian ini didapati terdapat beberapa batasan yang

telah dikenalpasti antaranya:

1.5.1 Kajian ini melibatkan pelajar daripada satu sekolah sahaja iaitu atlet

bawah 12 tahun (Darjah 5- Darjah 6). Oleh yang demikian

kemungkinan dapatan kajian tidak dapat menjelaskan dengan

menyeluruh tentang perbandingan tahap daya tahan kardiovaskular

diantara sukan bola sepak dan bola baling berdasarkan umur-umur

yang lain.kajian telah dijalankan oleh Cendric et al. (2006) terhadap

186 orang pemain bola sepak junior kebangsaan Belgium iaitu

bawah 15 tahun, 16 tahun, 17 tahun, 18 tahun dan bawah 19 tahun

untuk mengenalpasti kuasa anaerobik mereka mengikut kategori

umur masing-masing. Kajian mendapati bahawa kuasa anaerobik

adalah meningkat secara progresif mengikut kategori umur sampel.

1.5.2 Kajian ini dijalankan untuk atlet sahaja iaitu melalui pemilihan. Oleh

yang demikian hasilan dapatan kajian adalah melalui atlet sahaja dan

bagi murid yang bukan atlet pula kita tidak dapat melihat sejauh

mana daya tahan kardiovaskular mereka. Selain daripada itu juga

kajian yang dilakukan ini adalah melalui pemilihan, ini menyebabkan

kita tidak dapat melihat dengan jelas sejauh mana ujian ini dapat

meningkatkan kardiovaskular melalui atlet-atlet yang lain.

7

Page 8: tesis kardio oumfull

1.5.3 Penyelidikan perlu mengambil kira masa, tempat dan cuaca.

Penyelidikan yang dijalankan ini dilakukan pada waktu petang iaitu

selepas P&P di sekolah. Oleh yang demikian para atlet mungkin masih

merasai kepenatan selepas bersekolah dan seterusnya tidak dapat

menjalani ujian ini dengan penuh semangat. Selain daripada itu juga

kajian ini dijalankan di padang sekolah yang mempunyai keadaan

padang yang tidak berapa rata dan sedikit berlumpur. Oleh itu

ianya mungkin mempengaruhi ujian semasa atlet berlari. Semasa

ujian ini dijalankan juga cuaca adalah sedikit panas di mana boleh

mempengaruhi dapatan kajian ini. Kenyataan ini telah dibuktikan oleh

Finn et al. (2003) yang mendapati tiada perbezaan yang signifikan

terhadap kapasiti anaerobik atlet di dalam suhu sekitar 20° C hingga

30° C.

1.5.4 Selain daripada itu juga kajian yang dijalankan juga adalah jauh

daripada tempat tinggal dan bekerja. Oleh yang demikian saya

terpaksa mengambil masa yang sesuai disebabkan oleh masa kajian

yang dijanlankan adalah waktu bekerja.

1.5.5 Kajian ini juga dijalankan pada waktu yang amat singkat iaitu hanya

satu semester sahaja, iaitu bersamaan dengan 3 bulan. Oleh itu

dapatan kajian mungkin bukan yang terbaik disebabkan oleh faktor

bekerja dan komitmen terhadap subjek sekolah yang lain juga.

8

Page 9: tesis kardio oumfull

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini diharapkan dapat memberikan manafaat kepada pihak-pihak yang

terlibat dalam pembangunan sukan seperti:

1.6.1 Kajian ini diharapkan akan dapat menghasilkan satu maklum balas

kepada jurulatih terhadap tahap kecergasan yang dimiliki oleh

pemain.

1.6.2 Keputusan yang diperoleh daripada kajian diharapkan dapat

membantu jurulatih merancang latihan-latihan yang sesuai

berdasarkan tahap kecergasan fizikal pemain.

1.6.3 Diharapkan hasil keputusan kajian ini akan membentuk satu rujukan

kriteria-kriteria yang diperlukan dalam pemilihan pemain pasukan

bola sepak dan bola baling bawah 15 tahun.

9

Page 10: tesis kardio oumfull

1.6.4 Selain itu keputusan kajian yang dijalankan akan dapat membantu

jurulatih mengenal pasti komponen-komponen utama yang perlu diberi

perhatian semasa membuat pemilihan pemain bola sepak dan hoki bawah

12 tahun.

1.7 DEFINISI OPERASI

Definisi operasi ini adalah untuk menerangkan apa yang hendak diukur dan

menjelaskan secara kursus bagaimana sesuatu pembolehubah itu diukur

dengan instrumen kajian. Berikut adalah beberapa perkataan dan defenisi

yang menerangkan maksudnya.

1.7.1 Daya tahan kardiovaskular

Kecekapan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan untuk

membekalkan oksigenkepada otot secara berterusan pada jangka

masa yang panjang semasa melakukan latihan atau ujian terhadap

pelajar.

Kemampuan seseorang individu melakukan aktiviti secara optima

dengan menggunakan tenaga yang sedikit tanpa lesu.

Kemampuan dan kebolehan otot atau kumpulan otot menghasilkan

daya berulang-ulang bagi sesuatu jangka masa panjang.

1.7.5 Pasukan bola sepak

Permainan yang dimainkan secara berkumpulan iaitu melibatkan seramai 18

orang termasuk pemain simpanan dan dimainkan seramai 11 orang di dalam

padang. Peraturan masa permainan ini ialah 90 minit bagi amatur dan

10

Page 11: tesis kardio oumfull

profesional dan 40 minit bagi pelajar menengah rendah. Selain daripada itu

juga ianya dimainkan dengan melibatkan hampir semua kompenan

kecergasan.

1.7.6 Pasukan bola baling

Permainan secara pasukan dan dimainkan oleh di gelanggang bola baling

ataupun padang sekolah dan meliputi aspek kompenan kecergasan.

Peraturan pertandingan sebenar ialah 80 minit bagi amatur dan profesional

dan 30 minit bagi pelajar sekolah rendah.

1.8.7 ujian kardiovaskular

Ujian yang digunakan untuk menguji sejauh mana daya tahan jantung, sel

darah merah dan pembuluh darah berfungsi untuk mengangkut oksigen ke

seluruh badan bagi menghasilkan tenaga yang digunakan untuk manjalani

aktiviti fizikal.

11

Page 12: tesis kardio oumfull

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.0 PENGENALAN

Bab ini bertujuan untuk menjelaskan beberapa perkara yang berkaitan

dengan masalah yang diselidik oleh penyelidik dalam kajian ini. Perkara-

perkara yang perlu diberi perhatian dalam perkara ini adalah berkaitan

dengan teori-teori dan kajian-kajian lepas yang pernah dijalankan bagi

menunjukkan bahawa daya tahan kardiovaskular yang baik akan

memberikan prestasi yang baik kepada atlet atau individu yang terlibat

dalam sukan. Kajian-kajian lepas ini akan membantu menyokong fakta-fakta

yang diperolehi untuk menjadikan kajian ini lebih bermakna. Dalam kajian ini

12

Page 13: tesis kardio oumfull

penyelidik ingin mengkaji perbezaan daya tahan kardiovaskular antara atlet

bawah 12 tahun bola sepak dan atlet bola baling Sk.Chinta Mata, Tenom.

2.1 KAJIAN LEPAS

Carter, Banister dan Blaber (2003), menyatakan kaijian tentang kesan umur

dan jantina ke atas perubahan kadar nadi selepas latihan daya tahn

kardiovaskular. Kajian tersebut telah dijalan kan selama 12 minggu ke atas

24 subjek pelari jarak jauh yang dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu (umur

19-21 tahun) dan (umur 40-43 tahun). Hasilnya berlaku pengurangan yang

jelas bagi kadar denyutan jantung pada keadaan rehat pada empat

kumpulan umur tersebut dan menunjukkan umur 19-21 menunjukkan

pertambahan yang banyak dalam jumlah kuasa dalam jumlah kuasa selepas

melalui program tersebut. 20M MULTI STAGE FITTNESS, LEGER SHUTTLE

RUN DAN PACER MK. STICKLAND (2003), menjalankan kajian untuk menguji

ketepatan ujian 20M Multi Stage Run Test bagi menganggar Vo2 max di

kalangan remaja. Sampel kajian terdiri daripada 60 lelaki dan 62 wanita

(umur 25-23 tahun).

Kecergasan kardiovaskular pelajar-pelajar adalah antara perkara yang

sangat diberi perhatian untuk prestasi yang baik namun ianya sukar diukur

di sekolah-sekolah kerana prestasi pelajar sentiasa berubah-ubah

disebabkan oleh pilihan sukan yang disertainya. Kajian-kajian yang

dilakukan oleh penyelidik pada masa kini banyak dilakukan pada atlet-atlet

elit. Kajian Kamaruzaman (2004), menguji tahap kecergasan kardiovaskular

pelajar-pelajar yang bermain bola baling Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)

dan Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Kajian beliau mendapati bahawa

13

Page 14: tesis kardio oumfull

pemain bola baling MCKK mempunyai tahap kecergasan daya tahan

kardiovaskular yang tinggi (min=3.54) berbanding pemain bola baling MRSM

(min=3.16) bagi kategori bawah 15 tahun dan 18 tahun.

Antara kajian yang dilakukan bagi menilai atau mengukur daya tahan

kardiovaskular ialah melalui kajian Hj Abdullah, Abu Zarin, Zakaria dan

Othman (2004), yang cuba mengkaji kesesuaian ujian “20 Meter Progressive

Shuttle Run” dalam menilai dalam menilai daya tahan kardiovaskular murid

sekolah rendah. Selain itu, kajian ini juga mengenalpasti kesesuaian ujian

“bleep test” bagi mengukur tahap kecemerlangan daya tahan

kardiovaskular murid sekolah rendah dari segi kebolehpercayaan dan

kebolehobjektifan disamping memperkenalkan ujian “bleep test” sebagai

instrumen mengukur kecemerlangan daya tahan kardiovaskular sekolah

rendah.

Subjek kajian adalah daripada lelaki (N: 40) orang dan perempuan (N:

40) orang dari empat buah sekolah di Terangganu. Dapatan kajian

menunjukkan bahawa dapatan kajian menunjukkan wujudnya perubahan

yang positif di antara subjek kajian bagi kesemua sekolah yang diuji. Nilai

ukuran purata korelasi = 0.9080, menunjukkan kebolehpercayaan yang

sangat tinggi. Ini juga bermakna instrumen ini sangat sesuai diunakan untuk

mengukur tahap daya tahan kaediovaskular serta kecergasan murid

sekolah.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Arakawa (2000), menjelaskan

bahawa latihan fizikal yang berterusan dapat menyumbang kepada

peningkatan keupayaan otot jantung untuk berfungsi dengan lebih efisyen,

daripada dapatan kajian ini juga didapati gabungan beberapa jenis latihan

boleh membantu meningkatkan daya tahan kardiovaskular, pendapat ini

disokong oleh Mc Carthey (2003), yang telah membuktikan bahawa dengan

menggabungkan latihan kekuatan dan dayatahan selama 3 minggu ketika

membuat perbandingan perubahan terhadap tahap VO2 Max dengan

pencapaian kekuatan secara serentak dapat meningkatkan tahap

kecergasan seseorang. Latihan sukan memerlukan persediaan yang rapi dari 14

Page 15: tesis kardio oumfull

segi fizikal, teknikal, intelektual, psikologi dan persiapan moral atlit melalui

proses yang sistematik dan terancang.

Aziz A.R et al, (2004), menjalankan kajian perbandingan prestasi bola

sepak berdasarkan posisi antara bleep test, shuttle run dan yo-yo

intermitten test tidak signifikan dengan vo2max daripada ujian yang

dijalankan dengan menggunakan 20M multi stage run test dan treadmill.

Namun begitu bagi menguji daya tahan kardiovaskular pemain bola sepak

dengan menggunakan ujian bleep test dan yo-yo intermitten test adalah

lebih sesuai.

Kualiti perspektif kesihatan ini harus dimiliki oleh seseorang ahli sukan

termasuklah pemain bola sepak (Beck, 1991; Hazeldine, 1992). Walaupun

perkembangan fizikal dipengaruhi oleh umur, jantina, tabiat senaman dan

amalan pemakanan, kecergasan yang optimum tidak mungkin dicapai

kecuali dengan aktiviti fizikal yang efisien (Heyward, 1997).Kajian yang

dijalankan oleh Johnson dan Nelson (1986), yang menyatakan latihan yang

dijalankan selama enam hingga lapan minggu akan dapat meningkatkan

tahap kecergasan seseorang individu atau atlit-atlit. Nisbah tersebut

dicadangkan agar tahap kemajuan kecergasan dibuat dari hari ke hari,

kuasa dari minggu ke minggu, kelajuan dari bulan ke bulan dan daya tahan

dari tahun ke tahun. Peningkatan yang dramatik dalam jangkamasa pendek

perlu dilihat sebagai keputusan langsung kemajuan latihan harian.

Jantine D. Slinger et. al (2006), mengkaji perhubungan antara ujian

prestasi aerobik dengan bentuk tubuh. Subjek terdiri daripada 502 orang

kanak-kanak yang berumur antara 10-15 tahun. Subjek kajian terdiri

daripada 53% sujek lelaki dan 47% subjek perempuan. Subjek menjalankan

ujian berbasikal engometer dan shuttle rununtuk menguji prestasi aerobik.

Body mass indeks (BMI) dan peratus lemak (menggunakan skin fold) diukur

untuk mengira fat free mass normalised to stature (FMI). Hasil kajian

mendapati terdapat perhubungan antara bentuk tubuh badan dalam ujian

kardiovaskular.

15

Page 16: tesis kardio oumfull

Pusat Penyelidikan Aerobik Institut Cooper (2003), telah

memperkenalkan satu lagi ujian iaitu bleep test yang mengukur daya tahan

kardiovaskular individu. Ujian ini juga dikenali dengan pelbagai nama seperti

ujian beep , pacer , 20 meter shuttle run test , atau multistage fitness test .

Ujian ini menggunakan bunyi “bleep” yang dirakamkan melalui radio kaset

sebagai panduan kadar larian (running phase) secara meningkat sehingga

individu mencapai peringkat (level)larian maksimum berdasarkan

kemampuannya. Penyelidik telah menggunakan bateri ujian meningkat lari

ulang alik 20 meter (bleep test) sebagai skala pengukuran dan pengujian

bagi menilai kadar kemampuan kecergasan kardiovaskular subjek dalam

kajian ini. Kajian ini turut mengukur kadar pengambilan oksigen maksimum

subjek dengan menggunakan alat pengukur metabolik vo2max 20

pulmonary spirometry sensormedics yang dijalankan di makmal fisiologi

senam.

Satu kajian telah dijalankan oleh Cendric et al. (2006) terhadap 186

orang pemain bola sepak junior kebangsaan Belgium iaitu bawah 15 tahun,

16 tahun, 17 tahun, 18 tahun dan bawah 19 tahun untuk mengenalpasti

kuasa anaerobik mereka mengikut kategori umur masing-masing. Kajian

mendapati bahawa kuasa anaerobik adalah meningkat secara

progresifmengikut kategori umur sampel. Fournier et al. (1982) di dalam

Balciunas et al. (2005) juga menyatakan bahawa kuasa anaerobik akan

meningkat dari peringkat kanak-kanak sehingga menjelang dewasa dan

peningkatan drastik berlaku semasa proses akil baligh. Ini adalah kerana

peningkatan aktiviti enzim glycolitic terutamanya Phosphofructokinase.

Kenyataan ini juga disokong oleh Sherpard (1999) di dalam Alvarado (2005)

yang menyatakan kapasiti anaerobik meningkat secara progresif semasa

proses matang sehingga mencapai umur. Ini bermakna, aktiviti glucolite

bergantung kepada peringkat umur. Oleh yang demikian, penyelidik

mendapati umur setiap subjek yang di ambil adalah berada pada tahap

matang dan ia sedikit sebanyak mempengaruhi dapat kajian.

16

Page 17: tesis kardio oumfull

Faktor seterusnya yang menyumbang terhadap dapatan kajian adalah

disebabkan oleh faktor cuaca atau suhu persekitaran. Semua subjek yang di

ambil telah terbiasa dengan keadaan kajian cuaca di Malaysia dengan suhu

persekitaran 27° C hingga 30° C semasa menjalani latihan atau semasa

pertandingan. Keadaan ini juga mungkin menjadi faktor terhadap kapasiti

anaerobik mereka yang hampir sama. Tambahan pula, tiada sebarang kajian

yang menunjukkan kapasiti anaerobik adalah dipengaruhi oleh faktor cuaca

atau suhu sekeliling. Kenyataan ini telah dibuktikan oleh Finn et al. (2003)

yang mendapati tiada perbezaan yang signifikan terhadap kapasiti

anaerobik atlet di dalam suhu sekitar 20° C hingga 30° C.

Eider Onate et al (2006),menjalankan kajian untuk mengkaji kesahan

ujian 20M shuttle run test dalam mengesan penyakit asma yang digunakan

dalam program pendidikan jasmani dan kesihatan di sepanyol. Sampel

kajian terdiri daripada 826 orang pelajar berumur 6 hingga 12 tahun. Ujian

digunakan menggunakan kaedah silang antara ujian 20M shuttle run test.

Larian secara bebas dan item soalan INTERNASIONAL ASTHMA & ALLERGIES

IN CHILLHOOD (SAAC). Kajian mendapati ujian tersebut tidak sah.

Omar, Abdul Hafidz and Khalil, Fakhrul Anwar (2010) telah

menjalankan kajan iaitu Kesan Kecergasan Kardiovaskular Dan Daya Tahan

Otot Kaki Melalui Latihan Simulasi Haji Dan Umrah.Seramai 10 orang subjek

telah dipilih secara rawak dikalangan pelajar Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai Johor sebagai subjek kajian. Subjek tersebut dibahagikan kepada dua

kumpulan iaitu kumpulan eksperimen (n=5) dan kumpulan kawalan (n=5).

Dalam kajian beliau, bateri ujian yang digunakan ialah Ujian larian 2.4

kilometer bagi mengukur tahap kecergasan kardiovaskular subjek manakala

ujian Wall Squat dijalankan terhadap subjek bagi mengukur tahap daya

tahan otot kaki sebelum dan selepas menjalani latihan. Dalam kajian beliau,

didapati terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kecergasan

kardiovaskular dan daya tahan otot kaki manakala tidak terdapat perbezaan

yang signifikan bagi tahap kecergasan kardiovaskular dan daya tahan otot

kaki bagi kumpulan kawalan.

17

Page 18: tesis kardio oumfull

Penggunaan ujian daya tahan kardiovaskular juga digunakan bagi

melihat keberkesanan sesuatu latihan. Millet , Jaouen , Borrani dan Candau

(2002), telah menjalankan kajian latihan daya tahan yang mempengaruhi

ekonomi larian dan pengambilan oksigen (VO2) dalam latihan berat dengan

berlandaskan fasa primari dan komponen VO2. Kajian yang dijalankan ke

atas lima belas atlet selama empat belas minggu menggunakan ujian larian

padang, larian 300 meter, ujian lompatan dan pengukuran kekuatan

konsentrik ‘ lower-limb‘ bertujuan menilai pengaruh kombinasi latihan

bebanan dan latihan daya tahan ke atas ekonomi larian dan kinetik VO2 bagi

atlet jarak jauh. Hasilan kajian mendapati latihan beban membantu

meningkatkan kekuatan maksimum dan ekonomi larian dengan tiada

pengaruh secara langsung ke atas VO2 kinetik dalam latihan berintensiti

tinggi.

Carter, Banister dan Blaber (2003), pula telah menjalankan kajian

tentang kesan umur dan jantina ke atas perubahan kadar nadi selepas

latihan daya tahan. Kajian tersebut telah dijalankan selama dua belas

minggu ke atas dua puluh empat subjek pelari jarak jauh yang dibahagikan

kepada empat kumpulan berdasarkan umur dan jantina iaitu subjek berumur

19 – 21 tahun seramai 6 lelaki dan 6 perempuan. Manakala dua lagi

kumpulan adalah subjek berumur 40 – 45 tahun seramai 6 lelaki dan 6

perempuan. Hasil kajian mendapati berlaku pengurangan yang jelas kadar

denyutan jantung pada keadaan rehat pada empat kumpulan umur tersebut.

Walau bagaimanapun kumpulan subjek berumur 19 – 21 tahun menunjukkan

pertambahan yang banyak dalam jumlah kuasa selepas program tamat.

Ujian menapak Queen College pula digunakan oleh Satipati

Chatterjee, Pratima Chatterjee dan Amit Bandyopadhyay (2003), untuk

menguji kesahan dalam mengukur VO2max di kalangan pelajar perempuan.

Subjek kajian adalah 40 pelajar perempuan yang tidak aktif dan mempunyai

sosioekonomi yang sama dari universiti Calcutta, Kolkata. Scholander micro-

gas analyzer digunakan untuk menganalisis VO2max secara langsung

selepas subjek menjalani latihan berbasikal. Pengukuran secara tidak

18

Page 19: tesis kardio oumfull

langsung menggunakalan protokol ujian menapak Queen College. Dapatan

kajian menunjukkan, ujian ini dalam bentuk asal tidak boleh digunakan

untuk mengukur VO2max secara terus tetapi boleh diubahsuai untuk

digunakan terutama jika ketiadaan peralatan ujian makmal.

2.2 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

BAGAIMANAmelihat perbezaan tahap daya tahan kardiovaskular

antara pemain bola sepak dan pemain bola baling?

19

Sorotan kajian berdasarkan teori

Sorotan kajian berdasarkan teori

Page 20: tesis kardio oumfull

Penilaian perbezaan prestasi daya tahan kardiovaskular diantara

kedua-dua jenis sukan tersebut ke atas pemain

Penilaian menggunakan instrumen

Pelaksanaan dan kutipan data di Sk.Chinta Mata

Tenom

Menganalisis data menggunakan Mean dan Ujian t

Penulisan laporan

Rajah 2.2.1: Kerangka Konseptual.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 PENGENALAN

20

Page 21: tesis kardio oumfull

Menurut Gay (1987), menyatakan bahawa metodologi kajian memberi

penjelasan mengenaiprosedur pengumpulan data dan instrumen kajian.

Dalam perkataan lain, ianya membantumemudahkan penyelidik

menganalisis data dengan lebih tepat di samping mencapaimatlamat dan

objektif kajian. Dalam kajian yang dijalankan ini, adalah untuk melihat

perbandingan daya tahan kardiovaskular antara pelajar dari dari dua sukan

yang berbeza iaitu pemain bola sepak dan pemain bola baling.

Kaedah kajian yang digunakan adalah Ujian Bleep Test bagi

mendapatkan keputusan ujian yang lebih jitu. Kajian ini akan dilakukan

dengan melibatkan 24 orang pelajar selaku sampel ujian. Daripada

keseluruhannya dimana 12 orang pelajar daripada pemain bola sepak,

manakala 12 orang pelajar daripada pemain bola baling. Sampel yang dipilih

ini adalah terdiri daripada pemain yang mewakili sekolah dan antara yang

aktif dalam sukan.

3.1 REKABENTUK KAJIAN

Dalam rekabentuk kajian ini maka kaedah yang paling baik digunakan

adalah melalui kajian experimental dimana penyelidik mempunyai kawalan

terhadap eksperimen iaitu siapa, apa, bila, di mana dan bagaimana

eksperimen itu dilaksanakan.Dalam ujian ini, sampel bagi pelajar yang terdiri

daripada pemain bola sepak dan daripada pemain bola baling akan diuji

21

Page 22: tesis kardio oumfull

melalui ujian dayatahan kardiovaskular iaitu ujian Bleep Test. Dengan ini

perbandingan bagi pencapaian daya tahan kardiovaskular pelajar akan

dapat dianalisis dan membuat keputusan yang dilakukan adalah

berdasarkan kepada analisis statistik dan bukan berdasarkan kepada teori

yang dibuat. Dengan ini keputusan ujian akan menjadi lebih tepat untuk

menjelaskan dapatan sebenar ujian.

Bagi mencapai objektif penyelidikan ini, hepotesis boleh dijelaskan

kepada beberapa bahagian seperti melihat hubungan antara dua pemboleh

ubah dan hubungan keduanya serta membandingkan min dua

pembolehubah yang dikaji. Penyelidik akan menggunakan Ujian-t danUjian

ANOVA bagi menjawab hepotesis dalam kajian ini.

3.2 SUBJEK KAJIAN

Sampel kajian yang akan dipilih adalah pelajar berumur 11-12 tahun

yang terdiri daripada pelajar yang aktif di sekolah dan pernah menyertai

sekolah dalam pertandingan bola sepak dan Bola Baling. Jumlah sampel

yang dijadikan kajian adalah 24 orang. Bilangan pelajar daripada pemain

bola sepak adalah seramai 12 orang dan mereka yang aktif. Begitu juga

22

Page 23: tesis kardio oumfull

dengan pelajar yang dipilih daripada pemain bola baling dimana 12 orang

sampel adalah terdiri daripada pelajar aktif dalam sukan bola baling dan

mewakili sekolah dalam setiap pertandingan.

Kajian ini juga akan dilakukan di Sk.Chinta Mata,Tenom dan akan

dilakukan di padang sekolah. Sempel kajian yang dipilih juga amat

bersesuaian kerana mereka terdiri daripada atlet sekolah yang telah

mewakili sekolah mereka hingga ke peringkat negeri. Oleh sebab itu mereka

boleh melakukan ujian Bleep Test ini dengan selamat dan tanpa ragu-ragu.

3.3 PERALATAN DAN PROSEDUR KAJAIN

Peralatan dan maklumat diperlukan semasa ujian adalah:

1. Kon

2. Pita pelekat (penanda)

23

Page 24: tesis kardio oumfull

3. Radio dan tape

4. Borang skor

5. Wisel

6. Pita ukur

7. Norma ujian

8. Senarai semak sebelum ujian dijalankan (Norma)

Prosedur:

1. Setiap peserta berdiri di belakang garisan permulaan dan mempunyai

seorang pembantu (pencatat) untuk merekodkan setiap tahap yang

dilalui oleh peserta.

2. Peserta dikehendaki lari ulang-alik sejauh 20 meter mengikut isyarat

“bleep” yang akan dibunyikan dari pita audio rakaman.

3. Sekiranya peserta sampai ke satu hujung sebelum isyarat “bleep”

berbunyi, peserta tersebut hendaklah berdiri di belakang garisan

sehingga isyarat berbunyi.

4. Masa antara isyarat “bleep” akan berkurangan setiap tahap, dengan

itu kelajuan larian hendaklah ditingkatkan.

5. Ujian ini memerlukan keupayaan sepenuhnya dari setiap peserta di

mana peserta perlu berlari sehingga ke tahap kelesuan.

6. Peserta dikira tamat ujiannya sekiranya dia tidak dapat melepasi

garisan kedua-dua hujung dua kali berturut-turut.

7. Pengumuman tahap akhir dari pita audio akan dijadikan penentu

kepada pencapaian daya tahan kardiovaskular (Vo2 Maksimum)

palajar.

24

Page 25: tesis kardio oumfull

3.4 PENGURUSAN DAN PENGUJIAN

Pengurusan dan pengujian ini dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu

1. Peringkat persediaan

2. Peringkat pengujian

25

Page 26: tesis kardio oumfull

3. Peringkat pengumpulan data

3.4.1 Peringkat Persediaan

Seminggu sebelum ujian dijalankan, taklimat tentang ujian serta cara

kajian yang hendak dijalankan harus dilakukan supaya semua subjek

mendapat gambaran mengenai kajian ini. Taklimat persediaan seperti jenis

pakaian dan kasut yang sesuai digunakan harus dijelaskan. Selain itu juga,

para peserta juga harus dimaklumkan agar bersedia dari segi mental dan

fizikal supaya ujian dapat berjalan dengan lancar. Dari segi pemakanan pula,

peserta ujian harus mengambil makanan dua atau tiga jam sebelum ujian ini

dijalankan supaya mereka lebih bertenaga.

Semasa melakukan persediaan ini penguji harus menjelaskan dan

melakukan satu contoh bagaimanakah aktiviti ini dijalankan. Oleh kerana

ujian ini dilakukan pada waktu pagi maka ujian sebenar juga dilakukan pada

waktu pagi. Semasa melakukan amali ini kesalahan-kesalahan yang

mungkin berlaku dijelaskan dan teknik yang betul dijelaskan. Pelajar juga

diberi peluang untuk melakukan aktiviti ini dan pelajar boleh bertanya

kepada penguji tentang sesuatu yang mereka tidak fahami. Sebelum

melakukan ujian yang sebenar para pelajar harus diberikan “warm up” lebih

kurang 10 minit untuk memastikan otot-otot dan sendi mereka bersedia

dengan ujian yang dilakukan.

Aktiviti ini dijalankan dengan pemain badminton lelaki dahulu

melakukan ujian dan seterusnya diikuti pemain bola baling lelaki. Selepas

itu, aktiviti ini akan dilakukan oleh pemain badminton perempuan dan

seterusnya pemain bola baling perempuan. Tujuan ujian ini dijalankan

demikian supaya memudahkan penguji dapat melihat dengan sendiri adakah

26

Page 27: tesis kardio oumfull

skor-skor markah yang diperolehi adalah benar-benar betul dan teknik ini

akan memudahkan penguji untuk mendapatkan data dengan lebih tepat.

Ujian “Bleep Test”ini akan dilakukan di tempat yang rata dan selamat

bagi mengelakkan kecedraan kepada subjek ujian. Selain itu pita rakaman

bleep yang disediakan haruslah betul.Selepas ujian selesai, pelajar akan

berehat dan ukuran berat badan, tinggi dan ukuran jisim lemak tubuh akan

diambil (biceps, triceps, abdomen dan skapula).

3.4.2 Peringkat Pengumpulan Data

Selepas pengumpulan data pelajar berjaya dilakukan maka data-data

ini akan dianalisis dengan perbandingan dengan norma bagi menentukan

27

Page 28: tesis kardio oumfull

samada terdapat perbezaan yang ketara daya tahan kardiovaskular kedua-

dua sukan ini. Berikut disediakan norma perbandingan bagi ujian bleep test

untuk lelaki.

UMUR

SANGAT

LEMAH

LEMAH

SEDERHANA LEMAH

BIASA

BAIK SANGAT BAIK

CEMERLANG

12 - 13 yrs

< 3/3 3/4 - 5/1

5/2 - 6/4 6/5 - 7/5

7/6 - 8/8

8/9 - 10/9

> 10/9

14 - 15 yrs

< 4/7 4/7 - 6/1

6/2 - 7/4 7/5 - 8/9

8/10 - 9/8

9/9 - 12/2

> 12/2

16 - 17 yrs

< 5/1 5/1 - 6/8

6/9 - 8/2 8/3 - 9/9

9/10 -

11/3

11/4 - 13/7

> 13/7

18 - 25 yrs

< 5/2 5/2 - 7/1

7/2 - 8/5 8/6 - 10/1

10/2 -

11/5

11/6 - 13/10

> 13/10

26 - 35 yrs

< 5/2 5/2 - 6/5

6/6 - 7/9 7/10 - 8/9

8/10 -

10/6

10/7 - 12/9

>12/9

36 - 45 yrs

< 3/8 3/8 - 5/3

5/4 - 6/4 6/5 - 7/7

7/8 - 8/9

8/10 - 11/3

> 11/3

46 - 55 yrs

< 3/6 3/6 - 4/6

4/7 - 5/5 5/6 - 6/6

6/7 - 7/7

7/8 - 9/5

> 9/5

56 - 65 yrs

< 2/7 2/7 - 3/6

3/7 - 4/8 4/9 - 5/6

5/7 - 6/8

6/9 - 8/4

> 8/4

> 65 yrs

< 2/2 2/2 - 2/5

2/6 - 3/7 3/8 - 4/8

4/9 - 6/1

6/2 - 7/2

> 7/2

28

Page 29: tesis kardio oumfull

SUMBER : FOX.S. Y AND MATTHEWS. M. T. AGGRESIONEQUATION CORDIORESPIRATORY RESPONSES TO PREDICT TRUE VO2MAX USING A FIELD TEST3.5 BORANGSENARAI SEMAK

3.5.1 Senarai Semak Peralatan

Peralatan yang di gunakan dalam ujian ini:

Bil Peralatan Kuantiti (/) / (X)

1. Sketel 24

2. Wisel 1

3. Borang skor 24

4. Pensil 1

5. Pembantu 1

6. Pelan ujian 1

7. Prosedur ujian 1

8. Penguji 3

9. Pita pelekat 4

10. Radio dan Tape 1

29

Page 30: tesis kardio oumfull

3.5.2 Borang Skor Ujian Bleep Test

Borang Skor Ujian Bleep Test

Nama :

Jantina : L / P

Umur :

Berat (kg) :

Tinggi (cm) :

Permainan : Individu / Pasukan

Status :

Lokasi Ujian : Bandar / Luar Bandar

Tarikh :

Sukan yang di ceburi : _________________________

_________________________

_________________________

Keputusan

30

Page 31: tesis kardio oumfull

3.6 ANALISIS DATA

Data-data yang diperolehidaripada dua kumpulan akan direkodkan

dan dibandingkan dengan norma bagi melihat pencapaian dan kemudian

dianalisis dengan menggunakkan ujian statistik iaitu Ujian-t untuk melihat

keputusan perbezaan daya tahan kardiovaskular antara pelajar yang terdiri

daripada pemain bola sepak dan pemain bola baling. Selain itu ujian ini akan

dapat melihat perbezaan min, median dan mod yang penting dalam

merumuskan dapatan data yang dianalisis.

31

Page 32: tesis kardio oumfull

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.0 PENGENALAN

Bab ini bertujuan untuk mengemukakan dapatan kajian. Tumpuan

khusus bab ini terhadap aspek maklumat latar diri responden, dapatan

bahan mentah kajian serta menjawab kepada persoalan kajian yang

berkaitan dengan perbezaan tahap daya tahan kardiovaskular bagi pemain

bola sepak dan bola baling yang terlibat. Akhir sekali, hasil dapatan kajian ini

akan dianalisis dengan menggunakan statistik yang ditetapkan bagi mencari

jawapan penyelesaian kepada persoalan yang telah ditimbulkan dalam

kajian ini.Menurut Borhan Yusof (2008) ujian adalah satu instrumen atau alat

yang digunakan untuk mendapatkan maklumat murid sebelum, semasa dan

selepas pengajaran.

4.1 KUTIPAN DAN RESPONDEN

Kutipan dan penggumpulan data mentah adalah berdasarkan kepada

hasil akhir dapatan semasa kajian telah dilaksanakan. Kesemua data mentah

ini dipindahkan dalam bentuk jadual yang mana mengandungi catatan

VO2MAX dan juga tahap kecergasan mengikut skala penilaian yang telah

tersedia. Data-data mentah boleh dirujuk berdasarkan kepada Jadual 1 dan

jadual 2 berikut.

JADUAL A

32

Page 33: tesis kardio oumfull

Berikut adalah jadual nilai-nilai maksimum yang diramalkan iaitu

pengambilan oksigen (VO2MAX) bagi ujian BLEEP TEST.

Level Shuttle VO2 Max   Level Shuttle VO2 Max

4 2 26.8   5 2 30.2

4 4 27.6   5 4 31.0

4 6 28.3   5 6 31.8

4 9 29.5   5 9 32.9

Level Shuttle  VO2 Max    Level Shuttle VO2 Max

6 2 33.6   7 2 37.1

6 4 34.3   7 4 37.8

6 6 35.0   7 6 38.5

6 8 35.7   7 8 39.2

6 10 36.4   7 10 39.9

Level Shuttle VO2 Max   Level Shuttle VO2 Max

8 2 40.5   9 2 43.9

8 4 41.1   9 4 44.5

8 6 41.8   9 6 45.2

8 8 42.4   9 8 45.8

8 11 43.3   9 11 46.8

             

Level Shuttle VO2 Max   Level Shuttle VO2 Max

10 2 47.4   11 2 50.8

10 4 48.0   11 4 51.4

10 6 48.7   11 6 51.9

10 8 49.3   11 8 52.5

10 11 50.2   11 10 53.1

        11 12 53.7

Level Shuttle VO2 Max   Level Shuttle VO2 Max

12 2 54.3   13 2 57.6

12 4 54.8   13 4 58.2

12 6 55.4   13 6 58.7

12 8 56.0   13 8 59.3

12 10 56.5   13 10 59.8

12 12 57.1   13 13 60.6

RUJUKAN:Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan Loughborough University, 1987.

33

Page 34: tesis kardio oumfull

JADUAL B

Keputusan catatan masa, tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dan

VO2MAX di kalangan pemain Bola Sepak.

Responden

Umur Catatan Masa Tahap Kecergasan

VO2MAXLEVEL SHUTTLE

1 12 6 3 Sederhana Lemah 34.02 12 5 5 Lemah 31.33 12 5 8 Lemah 32.54 12 5 2 Lemah 30.25 12 5 7 Lemah 32.16 12 5 2 Lemah 30.27 11 5 2 Lemah 30.28 11 5 2 Lemah 30.29 12 5 4 Lemah 31.0

10 12 5 3 Sederhana Lemah 30.611 11 5 5 Sederhana Lemah 31.312 11 5 8 Sederhana Lemah 32.5

Berdasarkan jadual di atas kutipan keputusan bagi catatan masa

tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular iaitu ujian Bleep Test di

kalangan pemain bola sepak seramai 12 orang responden telah menjalani

ujian. Daripada jumlah tersebut didapati 4 orang responden daripada umur

11 tahun dan 8 orang responden daripadanya berumur 112 tahun. Hasil

daripada dapatan ini menunjukkan 4 orangreponden berada pada tahap

sederhana lemah iaitu dalam lingkungan norma 5/2 - 6/4 dan selebihnya

berada pada tahap lemah. Namun begitu, dapatan menunjukkan tahap

kardiovaskular (VO2MAX) bagi atlet yang berumur 12 tahun adalah lebih

baik berbanding dengan umur 11 tahun ini adalah disebabkan oleh faktor

kapasti anaerobik telah meningkat.. (1982) di dalam Balciunas et al. (2005)

juga menyatakan bahawa kuasa anaerobik akan meningkat dari peringkat

kanak-kanak sehingga menjelang dewasa dan peningkatan drastik berlaku

34

Page 35: tesis kardio oumfull

semasa proses akil baligh. Ini adalah kerana peningkatan aktiviti enzim

glycolitic terutamanya Phosphofructokinase.

JADUAL C

Keputusan catatan masa, tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dan

VO2MAX di kalangan pemain Bola Baling.

Responden

Umur Catatan Masa Tahap Kecergasan

VO2MAXLEVEL SHUTTLE

1 12 6 2 Sederhana Lemah 33.62 12 6 1 Lemah 33.33 12 5 3 Lemah 30.64 12 5 3 Lemah 30.65 12 4 2 Sangat Lemah 26.86 12 4 3 Sangat Lemah 27.27 12 4 2 Sangat Lemah 26.88 11 4 3 Sangat Lemah 27.29 11 4 4 Sangat Lemah 27.6

10 11 4 4 Sangat Lemah 27.611 11 4 2 Lemah 26.812 11 4 2 Lemah 26.8

Bagi jadual 2 pula terdapat seramai 12 orang responden yang

mengikuti ujian Bleep Test ini. Responden kajian terdiri daripada 5 orang

subjek berumur 11 tahun dan 7 orang subjek berumur 12 tahun.Hasil

daripada dapatan ini menunjukkan seorang reponden berada pada tahap

sederhana lemah iaitu dalam lingkungan norma 5/2 - 6/4 dan selebihnya

berada pada tahap lemah dan sangat lemah.Didapati juga umur

mempengaruhi dapatan kajian ini iaitu peningkatan daya tahan

kardiovaskular pada umur 12 tahun. Walaubagaimanapun, penggunaan

SPPS akan digunakan bagi menentukan spesifikasi kajian terhadap

perbandingan daya tahan kardiovaskular kedua-dua sukan ini.

35

Page 36: tesis kardio oumfull

4.2 DAPATAN KEPUTUSAN BMI BAGI PEMAIN BOLA SEPAK DAN

BOLA BALING

4.2.1 Data BMI Pemain Bola Sepak

Bil Umur Tinggi Berat Bleep Test

BMI

1 12 152.8 53 6.3 22.72 12 151.5 48 5.5 20.93 12 154 49 5.8 20.74 12 157.7 44 5.2 17.95 12 164 61 5.7 22.76 12 163.9 57 5.2 21.27 11 151 49 5.2 21.58 11 157 56 5.2 22.79 12 161.3 72 5.4 27.710 12 157 45 5.3 18.311 11 148 46 5.5 2112 11 152.4 57 5.8 24.5

Jadual 1:Data Setiap Pelajar Bermain Bola Sepak

Jadual 2 di atas untuk pemain bola sepak menunjukkan bahawa purata

pelajar yang mempunyai berat badan ideal yang normal iaitu antara 26.4

dan 20.7 adalah 9 orang dan 2 orang pelajar yang mempunyai berat badan

yang kurang iaitu 17.9 dan 18.3 iaitu kurus serta 1 orang pelajar yang lebih

berat iaitu 27.7. Graf di bawah menunjukkan dapatan pelajar tersebut.

36

Page 37: tesis kardio oumfull

Graf 1: BMI Pemain Bola Sepak

37

JUMLAH MURID

BMI

Page 38: tesis kardio oumfull

4.2.2 Data BMI Pemain Bola Baling

Jadual 2: Data Pelajar Bermain Bola Baling

Jadual data pelajar bermain bola baling tersebut menunjukkan bahawa

purata pelajar yang mempunyai berat badan ideal yang normal iaitu antara

26.4 dan 20.7 adalah 11 orang dimana hampir keseluruhan pemain

mempunyai berat badan yang normal. Hanya seorang pelajar sahaja yang

mempunyai berat badan yang kurang iaitu 19.8 namun masih berada pada

keadaan pertengahan antara normal dan kurus.

38

Bil Umur Tinggi Berat Bleep Test

BMI

1 12 152.5 56 6.2 24.12 12 151 52 6.1 22.83 12 152 45 5.3 19.84 12 146 50 5.3 23.55 12 157 53 4.2 21.56 12 150 52 4.3 23.17 12 154 58 4.2 24.58 11 151.3 57 4.3 24.99 11 150.2 51 4.4 22.6

10 11 152.6 54 4.4 23.211 11 155.2 53 4.2 2212 11 151 51 4.2 22.4

Jumlah Murid

JUMMURID

BMIBOLA BALING

Page 39: tesis kardio oumfull

Graf 2: BMI Pemain Bola Baling

4.2.3 Perbezaan Mean Bagi BMIPemain Bola Sepak Dan Bola Baling

Sukan BMI

Bola Sepak 21.81667

Bola Baling 22.86667

Jadual 3:Mean Bola Sepak Dan Bola Baling

Graf 3:BMI Pemain Bola Sepak Dan Bola Baling

Berdasarkan kepada graf 3 di atas, mendapati ujian yang dilakukan

untuk mendapatkan purata BMI bagi pemain bola sepak dan hoki melalui

ujian ukur tinggi (cm) bahagi berat (kg) mendapati bahawa keputusan

kedua-dua pasukan ini berada pada tahap BMI pemain yang ideal. Ini

menunjukkan bahawa kedua-dua pasukan ini mempunyai pemain yang

mempunyai ketinggian dan berat badan yang sesuai.

39

Page 40: tesis kardio oumfull

4.2.4 Perbezaan Mean Bagi VO2MAX Pemain Bola Sepak Dan Bola

Baling

Sukan VO2MAX

Bola Sepak 31.3417

Bola Baling 28.7417

JADUAL 4:Jadual Perbezaan VO2MAX BMI Pemain Bola Sepak Dan Bola Baling

Graf 4:Mean VO2MAX Pemain Bola Sepak Dan Bola Baling

Berdasarkan graf di atas menunjukkan mean bagi bola sepak bagi

perbandingan VO2MAX adalah lebih tinggi berbanding dengan bola baling.

Ini adalah mungkin disebabkan oleh kadar pengambilan oksigen anaerobik

bagi pemain bola sepak adalah tinggi. Selain daripada itu juga faktor masa

bermain yang panjang bagi bola sepak berbanding dengan bola baling

menyebabkan dapatan VO2MAKS adalah berbeza.

40

Page 41: tesis kardio oumfull

4.2.5 Perbandingan Umur Dan VO2MAX Pemain Bola Sepak Dan

Bola Baling

Graf 5: Perbandingan Umur Dan VO2MAX

Melalui perbandingan diatas didapati kuasa VO2MAX adalah berbeza

mengikut kategori umur. Kajian mendapati bahawa kuasa VO2MAX adalah

meningkat pada umur 12 tahun berbanding pada umur 11 tahun.Kenyataan

ini juga disokong oleh Sherpard (1999) di dalam Alvarado (2005) yang

menyatakan kapasiti anaerobik meningkat secara progresif semasa proses

matang sehingga mencapai umur. Ini bermakna, aktiviti glucolite

bergantung kepada peringkat umur. Oleh yang demikian, penyelidik

mendapati umur setiap subjek yang di ambil adalah berada pada tahap

matang dan ia sedikit sebanyak mempengaruhi dapat kajian.

41

Umur 11

Umur 11

Umur 11

Umur 11

Umur 11

Umur 12

Umur 12

Umur 12

Umur 12

Umur 12

Umur 12

Umur 12

Umur12

Page 42: tesis kardio oumfull

4.2.6 Perbezaan Mean Ujian BLEEP TEST Pemain Bola Sepak Dan

Bola Baling

Case Processing Summary

Cases

Included Excluded Total

N Percent N Percent N Percent

Bleep Test * Jenis Sukan 24 100.0% 0 .0% 24 100.0%

Report

Bleep Test

Jenis Sukan Mean N Std. Deviation

Bola Sepak 5.5083 12 .33967

Bola Baling 4.7583 12 .76212

Total 5.1333 24 .69261

42

Page 43: tesis kardio oumfull

Graf 6:Perbezaan Mean Ujian Bleep TestPemain Bola Sepak Dan Bola Baling.

Berdasarkan kepada dapatan ujian bleep test yang dilakukan

terhadap pelajar yang aktif bermain bola sepak dan bola baling mendapati

bahawa purata dapatan daripada pemain bola sepak adalah lebih tinggi

daripada pemain yang bermain permainan bola baling. Purata untuk pemain

bola sepak adalah lavel 5.5 manakala pemain bola baling adalah 4.7,

walaupun pemain bola sepak mendapat purata yang tinggi namun jika

dibandingkan dengan norma yang sedia ada didapati mereka berada pada

tahap paling rendah sekali.

4.3 T-TEST

One-Sample Statistics

N Mean Std. Deviation Std. Error Mean

Bleep Test 24 5.1333 .69261 .14138

Berat 24 52.8750 6.08142 1.24137

Tinggi 24 1.5389E2 4.55086 .92894

43

PENCAPAIAN UJIAN BLEEP TEST

Page 44: tesis kardio oumfull

One-Sample Test

Test Value = 5

t df Sig. (2-tailed) Mean Difference

95% Confidence Interval of the

Difference

Lower Upper

Bleep Test .943 23 .355 .13333 -.1591 .4258

Berat 38.566 23 .000 47.87500 45.3070 50.4430

Tinggi 160.281 23 .000 148.89167 146.9700 150.8133

Dalam kajian ini , ujian-t telah digunakan untuk menentukan sama

ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam min bagi dua set data. Dalam

penggumpulan data ini, analisis ujian-t satu sampel telah digunakan bagi

menentukan sama ada satu sampel data tertentu telah dipilih daripada satu

populasi yang dihepotesiskan. Melalui dapatan data kajian ini, pengkaji telah

memperolehi satu set data daripada sampel tertentu dan ingin mengenal

pasti sama ada min bagi kumpulan sampel tersebut adalah sama dengan

min bagi populasi dari mana sampel itu diperolehi.

Jika : Nilai kebarangkalian ≤ tahap kesiginifikan

( iaitu nilai kebarangkalian ≤ alfa )

Maka : Tolak hipotesis nol

Dan : Membuat kesimpulan bahawa dapatan kajian adalah signifikan

secara statistik iaitu terdapat bukti-bukti yang kukuh bahawa nilai x

yang diperoleh daripada sampel tidak mewakili min populasi yang

sebenar, µ.

Keputusan:

Berdasarkan kepada analisis keputusan t-test satu sampel kajian

menunjukkan nilai kebarangkalian yang diperolehi ialah:

44

Page 45: tesis kardio oumfull

Berdasarkan daripada analisis keputusan Ujian-t Satu Sampel

menunjukkan nilai kebarangkalian yang diperolehi ialah ( .355 ) lebih

daripada nilai alfa yang ditentukan (α/2 = .025 ), maka hipotesis nol

diterima. Ini bermakna tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min

bagi pemain bola sepak dan bola baling bagi kumpulan kajian tersebut.

Pemain bola sepak memperolehi purata min catatan masa yang lebih baik

jika dibandingkan dengan pemain bola baling. Min bagi jumlah keseluruhan

masa yang dikumpulkan bagi kedua-dua jenis sukan ialah 5.13 dimana ia

berada pada tahap sederhana tinggi berdasarkan kepada norma yang telah

ditetapkan.

Ini menunjukkan bahawa tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular

dikalangan pemain bola sepak adalah lebih baik berbanding tahap

kecergasan daya tahan kardiovaskular pemain bola baling di Sekolah

Kebangsaan Chinta Mata, Tenom. Walaubagaimanapun, dapatan kajian ini

juga menunjukkan bahawa tahap kecergasan daya tahan kardiovaskulkar

bagi pemain bola sepak dan bola baling di sekolah tempat dikaji masih

berada pada tahap yang kurang memuaskan iaitu berada pada skala

sederhana tinggi. Kesimpulan ini dibuat berdasarkan tahap kesignifikan , α =

.05 atau tahap keyakinan ( 95% ).

BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 PENDAHULUAN

Bab ini membincangkan rumusan dapatan kajian yang diikuti oleh

perbincangan hasil dapatan kajian, implikasi kajian dan cadangan kajian

45

Page 46: tesis kardio oumfull

lanjutan dan rumusan kajian. Selain daripada itu juga bab ini menekankan

beberapa tindakan penambahbaikan untuk perhatian dan tindakan pihak-

pihak lain.

5.1 RINGKASAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mencari perbezaan tahap kecergasan

daya tahan kardiovaskular diantara pemain bola sepak dan pemain bola

baling. Dapatan catatan masa dalam BLEEP TEST bagi kedua-dua jenis sukan

ini akan diproses dan dianalisis mengikut tahap dan kategori. Analisis

berdasarkan kategori jenis sukan melihat kepada catatan masa yang diambil

semasa melakukan ujian ini. Seterusnya catatan masa ini dikumpulkan dan

dianalisis mengikut kepada skala penilaian yang bersesuaian berdasarkan

kepada norma yang telah tersedia.

Kajian ini merupakan kajian secara eksperimen terhadap 24 orang

responden yang dipilih secara sampel bertujuan ( purposeful sampling ) di

Sk. Chinnta Mata, Tenom Sabah. Kajian ini menggunakan ujian BLEEP TEST

sebagai instrumen kajian. Analisis data dibuat secara analisis statistik iaitu

min, peratus dan ujian-t

5.2 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Perbincangan dapatan kajian yang diperolehi melalui analisis statistik

diselaraskan dengan objektif kajian. Dalam perbincangan yang akan

dilakukan ini akan menjawab persoalan-persoalan yang dikenalpasti

antaranya:

5.2.1 Adakah terdapat perbezaan tahap daya tahan kardiovaskular bagi

pemain pada kedua-dua pasukan tersebut?

Daripada kajian yang telah dijalankan kepada kedua-dua jenis sukan

berikut didapati bahawa perbezaan daya tahan kardiovaskular bagi pemain 46

Page 47: tesis kardio oumfull

bola sepak dan bola baling Sk. Chinta Mata, Tenom sabah adalah sedikit

berbeza. Jika dilihat pemain bola sepak menunjukkan daya tahan

kardiovaskular yang lebih baik berbanding dengan bola baling.

Walaubagaimanapun, jika kita melihat daripada norma didapati dapatan

kajian adalah amat lemah. Ini mungkin disebabkan oleh para pemain kedua-

dua sukan ini telah mengalami tahap penurunan stamina kardiovaskular

semasa kajian dijalankan iaitu pada hujung semester dua persekolahan.

Selain daripada itu juga hanya dua orang dikalangan pemain bola

sepak dan bola baling yang memperolehi dapatan kajian BLEEP TEST yang

baik, ini mungkin disebabkan oleh mereka melakukan ujian tersbut dengan

bersungguh-sungguh dan juga sentiasa melakukan aktiviti sukan ini semasa

cuti persekolahan. Dari segi dapatan mean pula didapati daya tahan

kardiovaskular pemain bola sepak adalah lebih baik berbanding dengan

pemain bola baling. Ini mungkin disebabkan oleh latihan yang dilakukan oleh

pemain bola sepak lebih efektif dan selain daripada jangka masa permainan

bola sepak adalah lebih panjang berbanding dengan permainan bola baling.

Berdasarkan keputusan ujian daya tahan kardiovaskular

menggunakkan ujian BLEEP TEST, mendapati terdapat perbezaan yang

ketara antara kedua-dua pasukan yang terlibat. Atlet yang bermain bola

sepak menunjukkan pencapaian yang lebih baik iaitu mean purata ujian

bleep test ialah 5.5 manakala dari pemain yang bermainbola baling adalah

4.7.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Arakawa (2000), menjelaskan

bahawa latihan fizikal yang berterusan dapat menyumbang kepada

peningkatan keupayaan otot jantung untuk berfungsi dengan lebih efisyen,

daripada dapatan kajian ini juga didapati gabungan beberapa jenis latihan

boleh membantu meningkatkan daya tahan kardiovaskular, pendapat ini

disokong oleh Mc Carthey (2003), yang telah membuktikan bahawa dengan

menggabungkan latihan kekuatan dan dayatahan selama 3 minggu ketika

47

Page 48: tesis kardio oumfull

membuat perbandingan perubahan terhadap tahap VO2 Max dengan

pencapaian kekuatan secara serentak dapat meningkatkan tahap

kecergasan seseorang. Latihan sukan memerlukan persediaan yang rapi dari

segi fizikal, teknikal, intelektual, psikologi dan persiapan moral atlit melalui

proses yang sistematik dan terancang.

5.2.2 Adakah ujian ini dapat memberikan panduan kepada jurulatih akan

datang bagi meningkatkan prestasi kardiovaskular pemain bola sepak

dan pemain bola baling?

Berdasarkan kepada kajian yang telah diperolehi didapati para

jurulatih dapat merujuk sendiri kepada tahap daya tahan kardiovaskular

pemain yang mewakili sekolah kelak. Melalui ujian ini sendiri mereka dapat

mengetahui jenis-jenis latihan yang sesuai bagi pemain bola sepak mahupun

pemain bola baling. Selain daripada itu juga, diharapkan jurulatih setiap

pasukan dapat memahami betapa pentingnya untuk meningkatkan

keupayaan kardiovaskular pemain pasukannya agar mencapai standard

yang tersedia (norma) untuk rujukan.

Untuk menjadikan sesebuah pasukan itu mantap untuk dibawa

bertanding, seseorang jurulatih itu mestilah merancang beberapa jenis

latihan yang sistematik iaitu memenuhi aspek keseleruhan latihan termasuk

fizikal dan mental adalah antara cara yang boleh dilakukan agar atlet

mampu mencapai daya tahan kardiovaskular yang setaraf dengan standard

yang terdapat dalam norma. Latihan merupakan satu aktiviti sukan yang

memerlukan masa yang lama, berprogresif dan digred satu persatu dengan

tujuan untuk mempertingkatkan fungsi fisiologi, anatomi, psikologi untuk

menghadapi tugas yang lebih berat dan mencabar. Walaupun

perkembangan fizikal dipengaruhi oleh umur, jantina, tabiat senaman dan

amalan pemakanan, kecergasan yang optimum tidak mungkin dicapai

kecuali dengan aktiviti fizikal yang efisien (Heyward, 1997).Kajian yang

dijalankan oleh Johnson dan Nelson (1986), yang menyatakan latihan yang 48

Page 49: tesis kardio oumfull

dijalankan selama enam hingga lapan minggu akan dapat meningkatkan

tahap kecergasan seseorang individu atau atlit-atlit. Nisbah tersebut

dicadangkan agar tahap kemajuan kecergasan dibuat dari hari ke hari,

kuasa dari minggu ke minggu, kelajuan dari bulan ke bulan dan daya tahan

dari tahun ke tahun. Peningkatan yang dramatik dalam jangkamasa pendek

perlu dilihat sebagai keputusan langsung kemajuan latihan harian.

Selain daripada itu juga, para jurulatih tidak semestinya hanya fokus

kepada jenis latihan untuk peningkatan daya tahan kardiovaskular. Amalan

pemakan untuk atlet juga semestinya di ketengahkan. Untuk mendapatkan

atlet yang mempunyai tahap daya tahan otot serta kardiovaskular yang baik

makanan yang mempuntai protein dan sedikit lemak adalah lebih efisyen.

Bentuk tubuh yang baik mempengaruhi kejayaan sesebuah pasukan itu.

Jantine D. Slinger et. al (2006), mengkaji perhubungan antara ujian prestasi

aerobik dengan bentuk tubuh. Subjek terdiri daripada 502 orang kanak-

kanak yang berumur antara 10-15 tahun. Subjek kajian terdiri daripada 53%

sujek lelaki dan 47% subjek perempuan. Subjek menjalankan ujian

berbasikal engometer dan shuttle run untuk menguji prestasi aerobik. Body

mass indeks (BMI) dan peratus lemak (menggunakan skin fold) diukur untuk

mengira fat free mass normalised to stature (FMI). Hasil kajian mendapati

terdapat perhubungan antara bentuk tubuh badan dalam ujian

kardiovaskular.

5.3 CADANGAN KAJIAN

Kajian ini memberi penekanan kepada tahap kecergasan daya tahan

kardiovaskular diantara pemain bola sepak dan pemain bola baling.

Berdasarkan hasil kajian ini terdapat beberapa kelemahan yang boleh

dipertingkatkan kelak supaya dapatan kajian adalah lebih baik. Berdasarkan

hasil kajian ini, penyelidik ingin mencadangan beberapacadangan

berdasarkan hasil ujian yang dijalankan:

1. Kajian ini hanya menggunakan pelajar yang berada dari Darjah 5 dan

darjah 6 sahaja serta bertumpu kepada mereka yang aktif dalam dua 49

Page 50: tesis kardio oumfull

jenis sukan sahaja. Oleh yang demikian, Dicadangkan agar sampel

kajian turut melibatkan kepada mana-mana pelajar yang selalu

bermain tetapi tidak mewakili sekolah mereka menyertai

pertandingan. Selain daripada itu juga kajian seharusnya melibatkan

semua had umur dari atlet tingkatan satu hingga tingkatan lima bagi

memperkukuhkan kepastian tentang tahap kecergasan daya tahan

kardiovaskular dalam sukan yang diceburi oleh setiap pelajar.

2. Kajian yang sama boleh dijalankan secara perbandingan antara

semua jenis sukan dan ini dapat mengenalpasti tentang tahap

kecergasan daya tahan kardiovaskular bagi setiap atlet yang terlibat

pada satu-satu jenis sukan tersebut.

3. Andaian-andaian yang menganggap bahawa pemain bola baling

memerlukan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular yang lebih

rendah jika dibandingkan pemain bola sepak mestilah diketepikan.

4. Kajian yang dijalankan hanya dijalankan selama lima bulan, oleh yang

demikian para penyelidik seharusnya menjalankan kajian mereka

sekurang-kurangnya setahun untuk mendapatkan hasil kajian yang

lebih jitu. Selain daripada itu juga kajian daya tahan kardiovaskular ini

seharusnya dijalankan dengan menggunakan kajian secara pra dan

post supaya perbezaan daya tahan kardiovaskular adalah lebih jelas.

5. Kajian yang sama boleh dijalankan secara perbandingan antara

semua jenis sukan dan ini dapat mengenalpasti tentang tahap

kecergasan daya tahan kardiovaskular bagi setiap atlet yang terlibat

pada satu-satu jenis sukan tersebut.

50

Page 51: tesis kardio oumfull

6. Instrumen kajian yang digunakan ialah ujian BLEEP TEST.

Dicadangkan bahawa pengkaji akan datang boleh menggunakan ujian

yang lain selain daripada yang digunakan dalam ujian ini.

5.4 RUMUSAN KAJIAN

5.4.1 Rumusan Persoalan Kajian

Dapatan kajian yang diperolehi melalui analisis statistik diselaraskan dengan

objektif kajian. Dapatan utama kajian adalah seperti yang berikut:

Berdasarkan kepada dapatan keseluruhan ujian BLEEP TEST yang

dijalankan didapati bahawa kedua-dua pasukan mempunyai purata mean

keseluruhan kumpulan yang hampir sama iaitu bola sepak label 5.5

manakala bola baling label 4.7. Namun jika dilihat kepada individu maka

dalam permainan bola sepak hanya seorang berjaya mencapai label 6 iaitu

6.3 manakala dalam permainan bola baling terdapat dua orang pemain yang

berjaya mencapai lebel 6 iaitu 6.2 dan 6.1, ini menunjukkan bahawa

walaupun purata mean ujian yang dijalankan mendapati bola sepak yang

lebih tinggi tetapi dalam pemain bola baling terdapat dua orang pemain

yang mendapat label yang hampir sama dan mencapai lebel 6. Namun

demikian apabila dibandingkan dengan norma maka label 6.6 ke bawah

adalah berada pada tahap paling lemah.

51

Page 52: tesis kardio oumfull

Untuk daya tahan kardiovaskular ( Multi –Stage Test ), merujuk

kepada data yang telah dianalisis menunjukkan perbezaan min. Oleh yang

demikian, jurulatih perlu memastikan latihan yang berterusan serta intensiti

latihan yang berkesan diberikan kepada responden semasa menjalani

latihan.Semakin tinggi intensiti latihan yang dilakukan maka semakin tinggi

tahap kecergasan seseorang serta kajian yang dilakukan oleh Arakawa

( 2000 ) menjelaskan bahawa latihan fizikal yang berterusan dapat

menyumbang kepada peningkatan keupayaan otot jantung untuk berfungsi

dengan lebih efisyen.

52