syarat baling selipar

Upload: nurul-amirah-ashaari

Post on 05-Apr-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Syarat Baling Selipar

    1/2

    Permainan Tradisional : Baling Selipar

    Syarat-syarat permainan :

    1. Memerlukan 2 buah pasukan iaitu pasukan pembina dan pasukan penyerang.

    2. Setiap pasukan mempunyai 6 orang pemain.

    3. 4 biji selipar disediakan. 3biji disediakan untuk pembina mendirikan selipar

    tersebut. Manakala 1 biji selipar lagi digunakan oleh pasukan penyerang untuk

    mematikan pasukan pembina

    4. Setiap pasukan pembina akan diberi masa selama 10 minit untuk beraksi dan

    kemudian 3 minit masa rehat sebelum pasukan penyerang pula yang beraksi

    sebagai pasukan pembina selama 10 minit.

    5. Permainan dimulakan dengan wakil pasukan pembina diberi 2 kali percubaan

    setiap seorang untuk meruntuhkan selipar yang telah disusun di tengah-

    tengah kawasan tersebut.

    6. Setelah pasukan pembina berjaya meruntuhkan selipar tersebut barulah

    pasukan penyerang boleh memulakan serangan dengan membaling selipar

    kearah pasukan pembina untuk mematikan mereka.

    7. Serangan hanya boleh dibuat daripada bahagian pinggang ke bawah.

    8. Sekiranya balingan terkena pemain pasukan pembina, pemain tersebut dikira

    mati dan perlu keluar daripada permainan.

  • 7/31/2019 Syarat Baling Selipar

    2/2

    9. Pasukan penyerang boleh mematikan semua pemain pasukan pembina.

    Namun, pasukan pembina boleh memulakan permainan semula sekiranya

    masa 10 minit yang diberi belum tamat.

    10. Namun, sekiranya telah berlalu 10 minit, permainan akan ditamatkan. Pemain

    akan diberi masa 3 minit untuk berehat sebelum dua pasukan tersebut

    bertukar posisi untuk 10 minit seterusnya.

    11. Walau bagaimapun, sekiranya selipar yang dibaling oleh pasukan penyerang

    terkeluar daripada kawasan permainan, pasukan tersebut dikenakan penalti

    selama 4 saat sebelum memulakan semula serangan.

    12. Akan tetapi, jika selama 10 minit tersebut, pasukan pembina berjaya

    mendirikan selipar dengan teguh, salah seorang pemain perlu melompat dirian

    selipar tersebut sambil menyebut home. Ini menandakan pasukan mereka

    berjaya mendirikan selipar-selipar tersebut.

    13. Mata akan diberi berdasarkan bilangan dirian selipar yang berjaya dibuat oleh

    setiap pasukan.