permainan tradisional tuju selipar

25
Permainan Tradisional Tuju Selipar Mohd Asyraf Omar Aiman Nur Fazlin Siti Aisyah

Upload: nur-fazlin

Post on 20-Jun-2015

4.956 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Permainan tradisional tuju selipar

Permainan TradisionalTuju Selipar

Mohd AsyrafOmar Aiman

Nur FazlinSiti Aisyah

Page 2: Permainan tradisional tuju selipar

Soalan

Pilih satu permainan tradisional, demonstrasi, cara bermain dan

bincangkan kepentingannya kepada perkembangan intelek, sosioemosi

dan fizikal kanak-kanak.

Page 3: Permainan tradisional tuju selipar

Kategori Main

Page 4: Permainan tradisional tuju selipar

Permainan Sosial• Bermaksud permainan yang dimainkan secara

kumpulan• Berlaku secara berperingkat dalam

perkembangan kanak-kanak ke arah mencapai kematangan bermasyarakat

• Mildred Parten (1932) telah mengkaji main dari segi aspek sosial. Beliau mengkategorikan main sosial kepada enam peringkat pembentukan sosial kanak-kanak menerusi main. Kategori main sosial mengikut Parten adalah seperti berikut:

Page 5: Permainan tradisional tuju selipar

Kategori Main Sosial• Perlakuan tidak menentu

(unoccupied behaviour)– tidak bermain dengan apa-apa

alatan tetapi hanya berada dalam kawasan permainan

• Main sendirian (solitary play)– kanak-kanak bermain sendirian,

tidak melibatkan kanak-kanak lain yang duduk berhampiran dengannya atau keadaan sekeliling

Page 6: Permainan tradisional tuju selipar

• Main pemerhatian (onlooker play)– kanak-kanak ini berdiri memerhati

kanak-kanak lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan

• Main selari (parallel play)– bermain sendirian,menggunakan cara

dan alatan yang sama dengan rakan serta tanpa berbincang, kongsi alat main sendiri

• Main asosiatif (associative play)– bermain sendirian tetapi berinteraksi,

bertanya dan meminjam alatan dengan rakan

Page 7: Permainan tradisional tuju selipar

• Main koperatif (cooperative play)– kanak-kanak ini bermain dalam kumpulan dan

bekerjasama untuk mencapai matlamat kumpulan

Page 8: Permainan tradisional tuju selipar

• Piaget (1962) telah mengemukakan 3 peringkat dan kategori main iaitu:– Main latihan (practice play) melibatkan deria

motor dan penerokaan berasaskan aktiviti sosial (6 bulan – 2 tahun)

– Main simbolik (symbolic play) termasuk fantasi, sosiodrama, main olok-olok yang melibatkan penggunaan perwakilan mental (2 – 6 tahun)

– Main yang melibatkan aplikasi peraturan (7 tahun dan seterusnya)

Permainan Kognitif

Page 9: Permainan tradisional tuju selipar

Jenis Permainan Kognitif

• Main simbolik– menggunakan imaginasi dan main

peranan– gunakan objek atau peranan yang

mewakili objek atau peranan sebenar– belajar tentang peranan masa depan,

menyelesaikan masalah, menghayati nilai moral dan budaya

Page 10: Permainan tradisional tuju selipar

• Main berfungsi– melibatkan gerak balas aktiviti otot spt.

membaling, melontar, mengetuk– menggunakan alat spt. Kotak, kayu, bola-

mempunyai ciri pengulangan, manipulasi, peniruan, penerokaan

• Main konstruktif– melibatkan pembinaan pengetahuan dan

mengenali dunia– guna bahan untuk hasilkan ciptaan atau

kreativiti– alat yang digunakan bukan dalam keadaan

asli tetapi untuk membina sesuatu yang lain

Page 11: Permainan tradisional tuju selipar

• Main berperaturan– permainan formal yang melibatkan peraturan

yang ditetapkan– peraturan juga boleh dicipta sendiri secara

bersama– peraturan boleh diubahsuai mengikut lokasi

atau daerah– memperkembangkan kanak-kanak dari aspek

sosial dan emosi seperti mematuhi peraturan, mengambil giliran, menghormati rakan, berkomunikasi, dan sebagainya.

Page 12: Permainan tradisional tuju selipar

Permainan TradisionalTuju Selipar

Page 13: Permainan tradisional tuju selipar

Peralatan Tuju Selipar

1) 3 atau 4 selipar disusun dalam bentuk piramid

2) 1 selipar dijadikan sebagai alat untuk menjatuhkan

selipar dan membaling pihak lawan

Page 14: Permainan tradisional tuju selipar

Cara Bermain

1) 3 selipar hendaklah disusun dengan keadaan berdiri.

2) Kumpulan A perlu menjatuhkan susunan selipar itu dengan melontar selipar yang dipegang ke susunan selipar itu.

3) Jika orang pertama gagal untuk menjatuhkan susunan selipar itu, orang kedua hingga orang terakhir dalam kumpulan A boleh cuba untuk menjatuhkan selipar itu.

Page 15: Permainan tradisional tuju selipar

4. Seorang pembaling hanya diberi peluang untuk membuat 3 balingan saja. Jika tidak berjaya menjatuhkan selipar dalam 3 balingan tersebut, maka orang itu akan dikira mati.

5. Jika kesemua selipar berjaya dijatuhkan, kumpulan B dikehendaki membuat balingan ke anggota badan kumpulan A dengan menggunakan selipar yang disediakan.

6) Misi kumpulan A adalah untuk menyusun semula susunan selipar tersebut untuk berkedudukan berdiri semula.

Page 16: Permainan tradisional tuju selipar

6) Jika kesemua ahli kumpulan A telah dimatikan sebelum selipar disusun, giliran kumpulan B untuk menyerang. Tiada mata akan diberikan kepada mana-mana pasukan dalam keadaan ini.

7) Mata akan diberikan jika kumpulan A berjaya menyusun selipar sebelum kesemua ahli kumpulan A dimatikan

Page 17: Permainan tradisional tuju selipar

Cara bermain tuju selipar secara bergambar :

Page 18: Permainan tradisional tuju selipar
Page 19: Permainan tradisional tuju selipar

Peraturan permainan secara

umum :• 15 minit untuk 1 perlawanan• Bilangan kumpulan adalah bilangan

minimum ahli yang ada pada kedua-dua kumpulan.

• Permainan ini dibahagikan kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan menyerang (A) dan 1 kumpulan bertahan (B).

Page 20: Permainan tradisional tuju selipar

Peraturan Permainan

i. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan dan mereka bermain bersama-sama.

ii. Peralatan yang diperlukan adalah 3/4 belah selipar dan 1 selipar untuk membaling sasaran.

iii. Pemain pertama daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan cara ,membaling atau melempar selipar ke arah selipar yang telah disusun.

iv. Setiap pemain dibenarkan membuat 3 kali lontaran untuk menjatuhkan ke semua selipar.

Page 21: Permainan tradisional tuju selipar

v. Pemain kedua dari kumpulan utama boleh menyambung permainan dengan melempar selipar bagi menjatuhkan baki selipar yang ada.

vi. Jika ke semua selipar berjaya dijatuhkan, maka pemain kumpulan kedua berusaha mematikan lawannya dengan membuat balingan selipar dan disasarkan ke arah anggota badan kumpulan utama.

vii. Satu mata diberikan jika pemain kumpulan utama berjaya menyusun semula ke semua selipar tersebut dan dianggap memenangi permainan tersebut.

Page 22: Permainan tradisional tuju selipar

Kepentingan Permainan

• Perkembangan Intelek– Mereka akan terlatih untuk berfikir

secara teratur– Merangsang berfikir secara kreatif

dan kritis dalam merancang strategi semasa hendak menyusun selipar dalam pada masa yang sama mengelak daripada serangan pihak lawan.

– Belajar tentang kepentingan keselamatan melalui aktiviti mengelak serangan pihak lawan.

Page 23: Permainan tradisional tuju selipar

• Perkembangan Sosioemosii. Mereka akan berkomunikasi dan masing-

masing akan mematuhi peraturan permainan.

ii. Membantu mewujudkan perhubungan yang baik antara mereka.

iii. Wujudnya suasana kerjasama antara ahli dalam kumpulan.

iv. Membentuk nilai murni seperti sabar, tidak mudah berputus asa dan berani.

Page 24: Permainan tradisional tuju selipar

• Perkembangan Fizikal i. Permainan ini melibatkan pergerakan fizikal

atau aktiviti fizikal yang banyak. Ini akan membantu dalam perkembangan fizikal kanak-kanak.

ii. Meningkatkan kemahiran fizikal seperti berlari pantas secara tidak langsung meningkatkan stamina kanak-kanak.

iii. Meningkatkan kemahiran mengelak, mengacah dan melompat melalui permainan.

Page 25: Permainan tradisional tuju selipar