permainan tradisional_tuju selipar

18
PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN 1.0 PENGENALAN PERMAINAN TRADISIONAL Permainan tradisional merupakan satu khazanah warisan negara dan bangsa yang diwarisi sejak zaman nenek moyang kita malah tidak ternilai harganya. Arus permodenan telah mengubah zaman, permainan tradisional semakin dilupakan terutamanya oleh generasi muda kini. Mereka lebih berminat dengan permainan-permainan moden dan menganggap permainan tradisional sebagai ketinggalan zaman dan bersifat kekampungan. Negara kita, Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, didapati mempunyai pelbagai permainan tradisional yang diwarisi oleh nenek moyang tersendiri. Pada masa kini, tidak hairanlah kerana semakin ramai generasi muda masa kini tidak mengetahui cara menaikkan wau ataupun cara memangkah gasing. Di samping itu, generasi muda masa kini juga langsung tidak pernah tahu akan kewujudan permainan-permainan seperti galah panjang dan tibau. Sesungguhnya, zaman telah berubah maka selaras dengan perubahan itu banyak nilai-nilai baru yang dibawa dalam kehidupan kita, Cara kita bergaul, menguruskan masa, beriadah dan berhibur semuanya berlainan, berbanding zaman nenek moyang kita. oleh sebab itu, permainan-permainan yang begitu popular pada masa lalu begitu sukar dilihat pada zaman sekarang. 1

Upload: suraini-kamis

Post on 20-Jan-2016

125 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI DAN KHAT

TRANSCRIPT

Page 1: Permainan Tradisional_tuju Selipar

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

1.0 PENGENALAN PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan tradisional merupakan satu khazanah warisan negara dan bangsa yang

diwarisi sejak zaman nenek moyang kita malah tidak ternilai harganya.

Arus permodenan telah mengubah zaman, permainan tradisional semakin dilupakan

terutamanya oleh generasi muda kini. Mereka lebih berminat dengan permainan-

permainan moden dan menganggap permainan tradisional sebagai ketinggalan zaman

dan bersifat kekampungan. Negara kita, Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum,

didapati mempunyai pelbagai permainan tradisional yang diwarisi oleh nenek moyang

tersendiri.

Pada masa kini, tidak hairanlah kerana semakin ramai generasi muda masa kini tidak

mengetahui cara menaikkan wau ataupun cara memangkah gasing. Di samping itu,

generasi muda masa kini juga langsung tidak pernah tahu akan kewujudan permainan-

permainan seperti galah panjang dan tibau.

Sesungguhnya, zaman telah berubah maka selaras dengan perubahan itu banyak nilai-

nilai baru yang dibawa dalam kehidupan kita, Cara kita bergaul, menguruskan masa,

beriadah dan berhibur semuanya berlainan, berbanding zaman nenek moyang kita.

oleh sebab itu, permainan-permainan yang begitu popular pada masa lalu begitu sukar

dilihat pada zaman sekarang.

Sebenarnya, permainan-permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian

daripada kehidupan yang dilalui aleh nenek mayang kita. Permainan-permainan itu

bukan sekadar dijadikan alat hiburan semata-mata, malah ikatan kemasyarakatan juga

banyak bergantung kepadanya. Misalnya sikap suka bergotong-royong menjalankan

kegiatan ekonomi, ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara

keramaian dan juga liburan, Lantaran resam yang demikianlah maka kita mendapati

banyak permainan tradisional yang dipertandingkan secara berpasukan.

1

Page 2: Permainan Tradisional_tuju Selipar

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Menang atau kalah dalam sesuatu pertandingan itu adalah satu perkara biasa. Apa

yang lebih penting, semangat kerjasama dan muhibah antara ahli-ahli suatu pasukan,

dan antara pasukan-pasukan dapat terus terpupuk. Secara khususnya, asas penting

yang menjaminkan kesinambungan permainan tradisianal pada masa lalu ialah

keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Rata-rata, kegiatan harian, musim dan

tahunan daripada individu ke individu tidak banyak yang berbeza. Ini membolehkan

mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari. kecil lagi

mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Secara keseluruhannya,

permainan tradisional yang terkenal pada zaman dahulu terbahagi kepada dua iaitu

permainan tradisional orang dewasa dan permainan tradisional kanak-kanak.

1.1 PERMAINAN TRADISIANAL ORANG DEWASA

Pada zaman dahulu, sudah menjadi kemestian bagi orang dewasa apabila turun ke laut

ataupun ke sawah maka seluruh tenaga ditumpukan pada pekerjaan iaitu mencari

rezeki dengan bersungguh-sungguh. Namun demikian, bekerja ada hadnya. Apabila

musim menuai padi berakhir, pesawah mempunyai banyak masa terluang menjelang

tibanya musim menanam yang seterusnya. Begitu juga dengan nelayan apabila tiba

musim tengkujuh. Tempoh peralihan antara musim inilah yang banyak digunakan untuk

mengadakan keramaian serta pesta. Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah

kampung, penduduk kampung-kampung yang berdekatan turut berkunjung untuk

mengambil bahagian, atau sekadar menonton. Suasana pesta di padang permainan

boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil

bahagian. Antara permainan tradisional orang dewasa adalah seperti wau, gasing, laga

ayam, angguk burung ketitir, laga lembu, kerbau, tibau, sepak raga dan ahalau.

Maka tidak hairanlah mengapa permainan tradisianal juga dikenali sebagai permainan

rakyat. Kebanyakan permainan tradisianal orang dewasa dijalankan dengan cara

bertanding. Melalui pertandingan, para pemain dapat membentuk unsur-unsur positif

seperti mematuhi peraturan dan arahan ketua, bersabar, bertolak-ansur dan

bekerjasama. Namun begitu, ada beberapa jenis permainan tradisianal yang nyata

1

Page 3: Permainan Tradisional_tuju Selipar

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

membawa unsur-unsur negatif. Contohnya. pertandingan melaga lembu atau

menyabung ayam.

Pertandingan ini bukan sekadar menyeksa binatang-binatang itu tetapi turut

menimbulkan gejala buruk seperti menggalakkan perjudian. Perjudian pula sering

disusuli oleh perasaan dendam-mendendam dan kadangkala pergaduhan. Permainan

tradisional orang dewasa juga lebih ‘berat’ berbanding permainan tradisional kanak-

kanak. Permainan-permainan itu tidak dapat dilangsungkan secara spontan dan pada

bila-bila masa, Sesetengah alat permainan misalnya gasing, mesti dihasilkan oleh

tukang yang mahir. Permainan menimang bola sepak raga pula memerlukan

pergerakan yang tangkas dan berukur, yakni sesuatu yang dikaitkan dengan bakat.

Dalam persekitaran yang moden khususnya di bandar, permainan-permainan

tradisional orang dewasa bukan sahaja tidak praktis tetapi juga sudah hilang daya

tarikannya. Kekecualiannya ialah sepak raga, permainan yang terus popular dengan

nama sepak takraw setelah corak dan peraturan permainannya diubahsuaikan.

Permainan-permainan tradisional yang lain tidak terus dilupakan, Di kawasan

pedalaman, pertandingan dan pertunjukan permainan tradisional masih diadakan,

biarpun cuma sekali-sekala. Tiada pihak yang mahu warisan nenek moyang kita itu

pupus. Oleh sebab itu, kerajaan melalui agensi-agensinya kerap menganjurkan pesta

kebudayaan dan permainan tradisional, Selain daripada menjaga warisan, usaha

demikian dapat dijadikan tarikan kepada pelancong untuk melawat ke negara kita.

Hakikat bahawa Penerbangan Malaysia memilih wau kucing sebagai lambangnya

sudah cukup untuk membayangkan betapa warisan itu dititikberatkan.

1.2 PERMAINAN TRADISIONAL KANAK-KANAK

Permainan tradisional kanak-kanak tidak banyak yang masih dimainkan. Tempat-

tempat yang masih kuat dan kukuh akan kebudayaan tradisinya berjaya

mempertahankan beberapa jenis permainan kanak-kanak itu. Di tempat-tempat lain,

permainan moden seperti domino, monopoli, video game dan sebagainya telah mencuri

hati kanak-kanak.

1

Page 4: Permainan Tradisional_tuju Selipar

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Permainan tradisional tercipta bertujuan untuk menghiburkan kanak-kanak dan

menghabiskan masa luang mereka agar tidak mengganggu orang dewasa yang sedang

bekerja. Selain itu, permainan tradisional secara tidak langsung mengajar kanak-kanak

tentang tatacara berkawan dan bekerjasama. Mereka berlatih menangani

tanggungjawab serta mematuhi arahan ketua. Ini dengan sendirinya memupuk

semangat muhibah. yang menjadi tonggak kemasyarakatan zaman nenek moyang kita.

Permainan-permainan tradisional ini tidak diketahui penciptanya, Tetapi jika para

pencipta itu diberikan hakcipta seperti amalan semasa berkemungkinan sesetengah

daripada mereka boleh mencapai status jutawan. Begitulah meluasnya penerimaan

masyarakat terhadap beberapa jenis permainan tradisional. Permainan tradisional

kanak-kanak dapat dibahagikan seperti berikut:

i. Permainan di luar rumah atau di dalam rumah

ii. Permainan perseorangan atau berkumpulan

iii. Permainan kanak-kanak lelaki atau kanak-kanak perempuan

Pembahagian ini tidak tegas. Bagi kanak-kanak yang belum mencapai umur

persekolahan, jantina bukanlah sesuatu yang dititikberatkan, Walau bagaimanapun, ibu

bapa sendiri cenderung menggesa anak-anak mereka supaya bermain dengan kawan-

kawan sejantina.

Permainan di luar rumah termasuk sepak bulu ayam, konda-kondi, golek para, jengket,

guli dan sebagainya. Semua permainan ini boleh diadakan di hadapan rumah atau di

padang.

Permainan di dalam rumah biasanya permainan yang diadakan pada waktu malam atau

apabila tiba musim hujan, Kanak-kanak memang suka bermain di luar rumah tetapi

pada waktu-waktu begini mereka tidak bebas keluar.

Seterusnya, permainan di dalam rumah yang popular ialah congkak dan selambut.

Permainan di dalam rumah kebanyakannya permainan perseorangan dan berunsur

nyanyian, pantun dan teka-teki. Nama dan syarat permainan ada yang berbeza dari

1

Page 5: Permainan Tradisional_tuju Selipar

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

tempat ke tempat. Begitu juga, ada permainan tradisional yang tidak bermusim dan ada

pula dimainkan mengikut musim. Misalnya, konda-kandi mula menonjol apabila luput

musim guli. Konda-kondi pula disusuli sepak bulu ayam, dan seterusnya. Permainan

mencergaskan jasmani dan rohani kanak-kanak. Sewaktu bermain, terutama

permainan di luar rumah, mereka berlatih menajamkan pancaindera serta

memantapkan pergerakan dan gerak balas otot. Ini boleh membantu proses

tumbesaran kanak-kanak. Daripada segi perkembangan alamiah, kanak-kanak akan

memperkaya perbendaharaan kata. Latihan mengira turut disemai di dalam permainan-

permainan congkak, selambut dan konda-kondi. Permainan ini melatih mereka mengira

secara congak. Selain daripada itu, permainan tradisional boleh mengasah bakat

mereka dalam seni pertukangan tangan serta mengembangkan daya cipta mereka.

2.0 NAMA PERMAINAN

Tuju Selipar

2.1 PENGENALAN PERMAINAN TUJU SELIPAR

Permainan tuju selipar merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu yang

semakin dilupakan oleh generasi muda masa kini. Permainan ini mempunyai banyak

nama iaitu baling selipar bagi kebanyakkan tempat, tuju kasut bagi panggilan di

kawasan sebelah utara dan  terdapat juga yang memanggilnya sebagai permainan

bola kaki tiga.

Permainan ini amat mudah kerana alatan yang diperlukan hanyalah selipar yang

selalunya dipakai oleh orang-orang di Malaysia. Permainan ini tidak terkenal di negara

sejuk seperti United Kingdom dan Russia memandangkan orang-orangnya selalu

memakai kasut dan permainan baling kasut boleh mengakibatkan para peserta menjadi

koma jika kasut dibaling terkena kepala.

1

Page 6: Permainan Tradisional_tuju Selipar

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

2.2 SEJARAH PERMAINAN TUJU SELIPAR

Baling selipar merupakan antara permainan tradisional tertua di kalangan orang

Malaysia dan sering dilihat menjadi aktiviti menghiburkan ketika berkumpul bersama

rakan dan taulan.

Asal-usul permainan ini tidak dapat dipastikan kerana telah sedia dimainkan di negara

ini sejak dahulu lagi. Namun begitu permainan ini terus berkembang ke seluruh Tanah

Melayu dan dimainkan oleh pelbagai kaum. Permainan ini terkenal di kalangan orang-

orang kampung di kawasan perkampungan orang Melayu. Permainan tradisional ini

juga boleh dilakukan di pelbagai majlis sukan rakyat.

Permainan tuju selipar  ini merupakan sejenis permainan tradisional kanak-kanak

Malaysia. Permainan ini amat mudah kerana alatan yang diperlukan

hanyalah selipar yang selalunya dipakai oleh masyarakat di Malaysia. Tiga selipar

diperlukan untuk permainan ini selipar disusun menegak dan dibaling untuk

menjatuhkan. Permainan ini sering dilihat menjadi aktiviti menghiburkan ketika

berkumpul bersama rakan dan taulan.

2.2 OBJEKTIF PERMAINAN TUJU SELIPAR

2.3.1 Dari Segi Intelek

a) Dilatih untuk berfikir secara teratur.

b) Merangsang berfikir secara kreatif dan kritis dalam merancang strategi

semasa hendak menyusun selipar dalam pada masa yang sama mengelak

daripada serangan pihak lawan.

c) Belajar tentang kepentingan keselamatan melalui aktiviti mengelak serangan

pihak lawan.

1

Page 7: Permainan Tradisional_tuju Selipar

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

2.3.2 Dari Segi Emosi

a) Dapat berkomunikasi dengan baik dan masing-masing akan mematuhi

peraturan permainan.

b) Membantu mewujudkan perhubungan yang baik antara mereka.

c) Wujudnya suasana kerjasama antara ahli dalam kumpulan.

d) Membentuk nilai murni seperti sabar, tidak mudah berputus asa dan berani.

2.3.3 Dari segi Fizikal

a) Permainan ini melibatkan pergerakan fizikal atau aktiviti fizikal yang banyak.

Ini akan membantu dalam perkembangan fizikal kanak-kanak.

b) Meningkatkan kemahiran fizikal seperti berlari pantas secara tidak langsung

meningkatkan stamina kanak-kanak.

c) Meningkatkan kemahiran mengelak, mengacah dan melompat melalui

permainan.

7.0 LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN

1. Menggunakan kawasan dengan keluasan 5 meter lebar dan 10 meter

panjang.

2. Permainan berlangsung sebaik sahaja wisel ditiupkan setiap kali pusingan

diadakan.

3. Ahli setiap kumpulan akan ditentukan menggunakan kaedah ‘Ooo Som’.

Untuk menentukan kumpulan A atau B.

4. Jumlah pemain dalam permainan ini ialah enam belas orang. Satu pasukan

terdiri daripada lapan orang pemain (kumpulan Mawar Berduri dan Orkid

Berbisa)

5. Empat orang pegawai akan bertugas. (pengadil, pencatat, dokumentasi dan

persegaran).

1

Page 8: Permainan Tradisional_tuju Selipar

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

8.0 PERATURAN DAN SYARAT PERMAINAN TUJU SELIPAR

( 20 minit untuk satu perlawanan)

Bilangan kumpulan adalah bilangan minimum ahli yang ada pada kedua-dua kumpulan.

Permainan ini dibahagikan kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan menyerang (A) dan 1

kumpulan bertahan (B).

8.1 Peraturan Permainan Tuju Selipar

1. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan dan mereka

bermain bersama-sama.

2. Pemain pertama daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan

cara membaling bola ke arah selipar yang telah disusun.

3. Setiap pemain dibenarkan membuat 3 kali lontaran untuk menjatuhkan

kesemua selipar.

8.2 Peraturan Keselamatan:

1. Had anggota badan yang boleh dibaling dengan bola adalah dibawah paras

kepala. Jika dengan sengaja membuat balingan ke arah kepala, pengadil

berhak mendenda pihak yang membaling dari segi mata perlawanan.

2. Sebarang cara bermain yang mendatangkan kecederaan seperti “Body

contact” atau lawan badan adalah tidak dibenarkan sama sekali.

1

Page 9: Permainan Tradisional_tuju Selipar

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

9.0 CARA BERMAIN TUJU SELIPAR

Berikut adalah cara untuk bermain:

1. Tiga selipar hendaklah disusun dengan keadaan berdiri.

2. Kumpulan A perlu menjatuhkan susunan selipar itu dengan melontar bola

yang dipegang ke susunan selipar itu.

3. Jika orang pertama gagal untuk menjatuhkan susunan selipar itu, orang

kedua hingga orang terakhir dalam kumpulan A boleh cuba untuk

menjatuhkan selipar itu.

4. Seorang pembaling hanya diberi peluang untuk membuat tiga balingan saja.

Jika tidak berjaya menjatuhkan selipar dalam tiga balingan tersebut, maka

orang itu akan dikira mati.

5. Jika kesemua selipar berjaya dijatuhkan, kumpulan B dikehendaki membuat

balingan ke anggota badan kumpulan A dengan menggunakan bola yang

disediakan.

6. Misi kumpulan A adalah untuk menyusun semula susunan selipar tersebut

untuk berkedudukan berdiri semula.

7. Kumpulan B perlu mengawal dan menghalang kumpulan A dari menyusun

selipar itu.

8. Ahli kumpulan B yang memegang bola untuk dibaling kepada kumpulan A

tidak dibenarkan bergerak dan perlu membalingnya terlebih dahulu sebelum

bergerak.

9. Jika kesemua ahli kumpulan A telah dimatikan sebelum selipar disusun,

giliran kumpulan B untuk menyerang. Tiada mata akan diberikan kepada

mana-mana pasukan dalam keadaan ini.

10.Mata akan diberikan jika kumpulan A berjaya menyusun selipar sebelum

kesemua ahli kumpulan A dimatikan.

11.Permainan akan diteruskan semula oleh kumpulan A sehinggalah kesemua

ahli dimatikan sebelum selipar disusun.

12.Jika kumpulan B berjaya mematikan semua ahli kumpulan A, mereka pula

akan membaling sususan selipar tadi.

1

Page 10: Permainan Tradisional_tuju Selipar

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

10.0 PERALATAN DALAM PERMAINAN TUJU SELIPAR

Terdapat beberapa peralatan yang digunakan dalam permainan tuju selipar ini. Antaranya

adalah seperti yang berikut:

BIL. IMEJ PERALATAN NAMA PERALATAN KUANTITI

1.

Selipar

( disusun tiga)

3 belah

2.

Bola tenis

(menjatuhkan

susunan selipar dan

untuk mematikan

kepada kumpulan

lawan)

1 biji

11.0 PENENTUAN PERMAINAN DAN KIRAAN MATA PEMENANG

Susunan selipar perlu dibina untuk mendapatkan 1 mata. Pemenang dipilih

berdasarkan mata yang banyak dikumpul. Sekiranya kumpulan A berjaya menjatuhkan

kesemua selipar, giliran untuk memulakan permainan adalah milik kumpulan A.

Keputusan pengadil adalah muktamad.

1

Page 11: Permainan Tradisional_tuju Selipar

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

12.0 SENARAI SEMAK SEBELUM, SEMASA DAN SELEPEAS PELAKSANAAN

12.1 Senarai Semak Sebelum Pelaksanaan

Bil. Senarai semak Ya Tidak catatan

1. Mengadakan perbincangan/lantikan jawatankuasa

2. Membuat kertas kerja

3. Menyenaraikan peralatan/menentukan kawasan

4. Bilangan peserta ditentukan

5. Setiap ahli menjalankan tugas sebelum permainan

6. Penetapan syarat-syarat dan peraturan permainan

12.2 Senarai Semak Semasa Pelaksanaan

Bil. Senarai semak Ya Tidak catatan

1. Senarai semak peralatan

2. Kelangsungan pembahagian peserta

3. Kekemasan dan kesesuaian pakaian

4. Kelancaran acara seperti perancangan

5. Taklimat syarat dan peraturan oleh pengawai

12.3 Senarai Semak Selepas Pelaksanaan

Bil. Senarai semak Ya Tidak catatan

1. Jumlah alatan yang mencukupi

2. Kekemasan kawasan permainan

3. Pengurusan sampah yang baik

4. Ahli jawatankuasa membuat refleksi

Permainan

5. Post mortem

6. Membuat refleksi terhadap pelaksanaan permainan

1

Page 12: Permainan Tradisional_tuju Selipar

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

13.0 BORANG PEMARKAHAN

Kumpulan

Pemarkaha

n

Pusingan satu Pusingan dua Pusingan tiga

Selipar yang

berjaya disusun

Selipar yang

berjaya disusun

Selipar yang

berjaya disusun

Kumpulan A

(Mawar Berduri)

Kumpulan B

(Orkid Berbisa)

Jumlah

Pemenang

1

Page 13: Permainan Tradisional_tuju Selipar

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

14.0 RUMUSAN

Melalui permainan tuju selipar ini, perpaduan dan ikatan silaturrahim dapat

dipereratkan lagi diantara satu sama lain. Sukan tradisional tuju selipar ini boleh

dijadikan sukan rekreasi atau sukan muhibbah di sekolah kelak dan sesuai dimainkan

oleh kanak-kanak terutama murid sekolah rendah. Aktiviti ini juga akan memberikan

keseronokan kepada murid-murid. Hal ini kerana melalui permainan ini setiap pelajar

diberi peluang untuk bermain. Oleh demikian, murid-murid akan menjadi lebih seronok

ketika bermain. Secara keseluruhannya, permainan tradisional tuju selipar ini bukan

sahaja dapat menjadikan murid-murid lebih cerdas dan sihat tetapi dapat menerapkan

semangat kerjasama dan kemahiran bersosial.

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara warisan yang

menjadi identiti kita. Tambahan pula, permainan tradisional ini mencakupi hasrat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan keseimbangan individu dari segi

jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Permainan tradisional merupakan salah satu

cara bagi rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana

menggunakan kemahiran asas antaranya pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor

serta manipulasi alatan. Maka, penganjuran pertandingan ini dijadikan sebagai batu

lancatan kepada bakal pendidik untuk mengenali dengan lebih mendalam permainan-

permainan tradisianal di negara kita. Di samping itu, aktiviti ini dapat mewujudkan nilai-

nilai murni seperti semangat kerjasama, bertanggungjawab, memupuk semangat

internasional antara pelbagai kaum dan melahirkan generasi yang aktif.

1