kertas kerja kumpulan tuju selipar

26
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN SABAH KERTAS KERJA PROJEK PERMAINAN TRADISIONAL DIANJURKAN OLEH : PISMP AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 5 TARIKH : 16 MAC 2013 TEMPAT : PADANG IPG KAMPUS KENT

Upload: mohd-hafizuddin-hasan

Post on 11-Aug-2015

249 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

tuju selipar

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Kumpulan Tuju Selipar

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS KENT TUARAN SABAH

KERTAS KERJA

PROJEK PERMAINAN TRADISIONAL

DIANJURKAN OLEH : PISMP AMBILAN JANUARI 2011

SEMESTER 5

TARIKH :16 MAC 2013

TEMPAT :PADANG IPG KAMPUS KENT

Page 2: Kertas Kerja Kumpulan Tuju Selipar

1.0 PENGENALAN

Projek permainan tradisional ini merupakan salah satu aktiviti di bawah subjek

PJM 3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan

Sukan.Penganjuran pertandingan ini bertujuan untuk memenuhi kredit 4 jam bagi

subjek ini.

Permainan tradisional ialah permainan yang diperkenalkan oleh nenek

moyang sejak dahulu lagi.Permainan tradisional berkaitan dengan adat resam dan

kebudayaan sesuatu bangsa.Ia merupakan permainan yang diwarisi dari satu

generasi ke generasi yang lain.Permainan ini selalunya dimainkan untuk mengisi

masa lapang,merayakan sesuatu pesta atau perayaan disamping memupuk nilai-

nilai murni dan mengeratkan nilai persahabatan di kalangan peserta.Permainan

tradisional juga sebenarnya dapat meningkatkan kemahiran psikomotor dan

kecergasan di kalangan peserta yang terlibat.Undang-undang dan sistem

pertandingan dalam pertandingan permainan tradisional ini ditentukan mengikut

masyarakat setempat.Hal ini kerana ia bergantung kepada situasi semasa di

sesuatu tempat pertandingan dan juga melalui peserta yang mengambil bahagian.

2.0 MATLAMAT

2.1 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk memperoleh pengalaman dalam

mengelolakan sesuatu aktiviti.

2.2 Mengeratkan silaturahim antara guru pelatih dengan guru pelatih yang lain

atau guru pelatih dengan pelajar-pelajar sekolah rendah.

2.3 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mendedahkan pelbagai jenis

permainan tradisional kepada peserta yang terlibat.

2.4 Guru pelatih dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat

kesukanan,semangat bekerjasama,kebolehan memimpin dan kebolehan

menyesuaikan diri dengan peserta yang lain.

2.5 Dapat membina keyakinan dan komitmen daripada guru pelatih terhadap

tugasan yang diberi.

Page 3: Kertas Kerja Kumpulan Tuju Selipar

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memertabatkan dan menghidupkan semula permainan tradisional warisan

negara.

3.2 Memupuk perpaduan pelbagai kaum dan teknik dalam kalangan guru pelatih.

3.3 Merapat dan mengukuhkan hubungan baik,perpaduan,kerjasama dan

semangat perasaingan sihat dalam kalangan guru pelatih.

3.4 Memupuk semangat kerjasama dan tolong-menolong dalam kalangan guru

pelatih.

4.0 TARIKH

16 Mac 2013 (Sabtu)

5.0 MASA

8.00 pagi – 11.00 tengah hari

6.0 TEMPAT

Padang IPG Kampus Kent,Tuaran.

7.0 SASARAN

Pelatih-pelatih dari unit PISMP Pendidikan Jasmani semester 5.

* senarai nama pelatih boleh dirujuk dalam bahagian lampiran 1

Page 4: Kertas Kerja Kumpulan Tuju Selipar

8.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK PROJEK PERMAINAN TRADISIONAL

Penaung

Puan Mary Teresa Kinajil

Pengarah

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kent, Tuaran

Penasihat

En. Romli Bin Darus

Timbalan Pengarah

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kent, Tuaran

En.Victor P.Salanggang

Ketua Jabatan

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

En. Simun Guntalib

Penyelaras

Projek Permainan Tradisional (PJM 3112)

En.Daniel Hedwig Chew

Penolong Penyelaras

Projek Permainan Tradisional (PJM 3112)

Page 5: Kertas Kerja Kumpulan Tuju Selipar

9.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROJEK PERMAINAN TRADISIONAL

Pengerusi

Farhan Bin Sayuati

Timbalan Pengerusi

Noor Balqis Binti Muhammad Safian

Setiausaha

Muhammad Firdaus Bin Abd Rahani

Timbalan Setiausaha

Mohd Fikri Bin Che Hamid

Bendahari

Lawrencia Lajius

AJK Peralatan

Abdul Qarim Bin Mohamed

Muhammad Zaim Bin Azhar

Mohd Saiful Bin Harun

Ahmad Mazlan Bin Maldam

AJK Persediaan tempat

Mohd Hafizuddin Bin Hasan

Mohd Naim Bin Azhar

Page 6: Kertas Kerja Kumpulan Tuju Selipar

AJK Makanan

Nurnadiah Binti Yusuf

Abdullah Syafiq Bin Ariffin

AJK Dokumentasi

Mohd Hafiz Bin Ibrahim@Husain

Mohd Amirul Bin Azaman

AJK Tugas Khas

Mu’az Mudrikah Alias Tudin

Mohamad Khairuddin Bin Kholid

Victor George

Rickson Jadi

AJK Hadiah

Elisha Paul

Lawrencia Lajius

Page 7: Kertas Kerja Kumpulan Tuju Selipar

10.0 TENTATIF PROGRAM

16 Mac 2013 (Sabtu)

Masa Aktiviti yang dijalankan

8.00 a.m Berkumpul di padang Institut.

8.15 a.m Taklimat ringkas dari Pengerusi permainan tradisional.

8.30 a.m Guru pelatih melakukan persiapan terakhir sebelum permainan

tradisional bermula.

8.40 a.m Permainan tradisional bermula mengikut kumpulan masing-masing.

10.20 a.m Permainan tradisional tamat.

10.40 a.m Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang permainan

tradisional.

11.00 p.m Bersurai.

11.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Page 8: Kertas Kerja Kumpulan Tuju Selipar

a) Makanan dan minuman

Bil Item Harga

seunit (RM)

Unit Jumlah (RM)

1 Mineral water 2.00 20 40

Jumlah RM 40

b) Peralatan Tambahan

Bil Item Harga

seunit (RM)

Unit Jumlah (RM)

1 Tali Raffia 1.00 6 6

2 Kertas Pembalut

hadiah

0.50 5 4

3 Reben 1.00 4 4

4 Selotep 1.50 2 3

Jumlah RM 17

c) Cenderahati

Bil Item Harga

seunit (RM)

Unit Jumlah (RM)

1 Plak - 2 -

Jumlah -

Jumlah keseluruhan RM 57

Page 9: Kertas Kerja Kumpulan Tuju Selipar

12.0 SENARAI PERALATAN PINJAMAN

Semua peralatan amali dipinjam dari stor sukan IPG. Kampus Kent.

(a) SENARAI PERALATAN DARIPADA JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

BI

L

JENIS BARANG KUANTITI UNIT

1 Kabel Elektrik 1 Buah

2 Extension 3 Buah

3 Mikrofon 2 Buah

4 Bateri mikrofon 4 Biji

5 Portable Speaker 1 Buah

(b) SENARAI PERALATAN DARIPADA JABATAN SAINS DAN MATEMATIK

BIL JENIS BARANG KUANTITI UNIT

1 Peti Pertolongan Cemas 1 Buah

Page 10: Kertas Kerja Kumpulan Tuju Selipar

13.0 PROSEDUR PERLAKSANAAN

Dalam permainan tuju selipar,peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan

terlebih dahulu.Setiap kumpulan terdiri daripada 8 orang peserta.Jumlah

keseluruhan peserta ialah seramai 16 orang.

10 meter

10 meter

KUMPULAN 1

KUMPULAN 2

SELIPAR

Page 11: Kertas Kerja Kumpulan Tuju Selipar

13.1 CARA BERMAIN

Permainan ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan menyerang (A)

dan kumpulan bertahan (B). Tiga selipar hendaklah disusun dalam keadaan

menegak. Kumpulan menyerang (A) perlu menjatuhkan susunan selipar itu dengan

melontar selipar yang dipegang ke susunan selipar tersebut.

Jika pembaling pertama gagal untuk menjatuhkan selipar, orang kedua hingga

orang terakhir dalam kumpulan menyerang (A) boleh cuba untuk menjatuhkan

selipar itu. Seorang pembaling hanya diberi peluang untuk membuat tiga balingan

sahaja. Jika tidak berjaya menjatuhkan selipar dalam tiga balingan tersebut, maka

orang itu akan dikira mati.

Jika kesemua selipar berjaya dijatuhkan, kumpulan bertahan (B) dikehendaki

membuat balingan ke arah anggota badan kumpulan menyerang (A) dengan cara

membuat balingan ke arah bawah aras kepala pihak lawan dengan menggunakan

selipar yang disediakan.Ahli kumpulan menyerang (A) haruslah mengelakkan diri

mereka daripada terkena balingan selipar yang dilakukan oleh ahli kumpulan

bertahan (B).

Misi kumpulan menyerang (A) adalah untuk menyusun semula susunan selipar

tersebut dalam kedudukan menegak semula. Kumpulan bertahan (B) perlu

mengawal dan menghalang kumpulan menyerang (A) dari menyusun selipar itu.

Ahli kumpulan bertahan (B) yang memegang selipar untuk dibaling kepada

kumpulan menyerang (A) tidak dibenarkan bergerak untuk membaling selipar ke

arah kumpulan menyerang (A) dan perlu membalingnya terlebih dahulu sebelum

bergerak.

Jika kesemua ahli kumpulan menyerang (A) telah dimatikan sebelum selipar

siap disusun, giliran kumpulan bertahan (B) pula untuk menyerang. Mata tidak akan

diberikan kepada mana – mana pasukan dalam situasi ini.

Kumpulan menyerang (A) akan memperoleh mata jika berjaya menyusun selipar sebelum

kesemua ahli kumpulan menyerang (A) dimatikan oleh pihak lawan. Permainan akan diteruskan

Page 12: Kertas Kerja Kumpulan Tuju Selipar

semula oleh kumpulan A sehinggalah kesemua ahli dimatikan sebelum selipar disusun.Jika

kumpulan bertahan (B) berjaya mematikan semua ahli kumpulan menyerang (A), mereka pula

akan membaling susunan selipar tersebut.

13.2 SYARAT DAN PERATURAN

Penentuan markah dikira berdasarkan mata yang diperolehi oleh setiap kumpulan apabila

berjaya membina semula susunan selipar secara menegak.Tiga selipar perlu ditegakkan untuk

mendapatkan satu mata. Pemenang untuk permainan tuju selipar dipilih berdasarkan mata yang

paling banyak dikumpul.

Peraturan keselamatan pula mengehadkan balingan ke arah anggota badan yang boleh

dibaling dengan selipar adalah di bawah paras kepala. Jika didapati pembaling sengaja membuat

balingan ke arah kepala, pengadil berhak mendenda pihak yang membaling dengan cara

mengurangkan mata perlawanan kumpulan yang membuat kesalahan tersebut.

Sebarang cara bermain yang boleh mendatangkan kecederaan adalah tidak dibenarkan

sama sekali dan pengadil berhak untuk memberhentikan permainan jika berlaku kekasaran dan

kecederaan terhadap mana – mana ahli kumpulan.

Page 13: Kertas Kerja Kumpulan Tuju Selipar

14.0 PENUTUP

Dengan terlaksananya Hari Permainan Tradisional diharapkan dapat

mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan muhibbah di kalangan para guru

pelatih,dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan sekaligus

dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.Perkara ini selaras dengan objektif

pendidikan jasmani untuk mencapai kesan yang optima dari aspek

jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial(JERIS).Kerjasama dari semua pihak

amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Page 14: Kertas Kerja Kumpulan Tuju Selipar

PERAKUAN

DISEDIAKAN OLEH :

____________________________

(…)

Setiausaha,

Program Permainan Tradisional

Semester 5,

IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah.

DISEMAK OLEH :

____________________________

(SIMUN GUNTALIB)

Penyelaras,

Projek Permainan Tradisional,

IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah.

DISAHKAN OLEH :

____________________________

(VICTOR P.SALANGGANG)

Ketua Jabatan

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah.

Page 15: Kertas Kerja Kumpulan Tuju Selipar

DISOKONG OLEH :

_____________________________

(NANCY LOO KASUN)

Ketua Jabatan,

Hal Ehwal Pelajar,

IPG Kampus Kent,Tuaran,Sabah.

DILULUSKAN OLEH :

_____________________________

(MARY TERESA KINAJIL)

Pengarah,

IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah.

Page 16: Kertas Kerja Kumpulan Tuju Selipar

SENARAI NAMA GURU PELATIH YANG TERLIBAT DALAM PROJEK PERMAINAN

TRADISIONAL

Unit PISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2011

Bil Nama Guru Pelatih

1. Abdul Qarim Bin Mohamed

2. Abdullah Syafiq Bin Ariffin

3. Ahmad Mazlan Bin Maldam

4. Elisha Paul

5. Farhan Bin Sayuati

6. Lawrencia Lajius

7. Mohamad Khairuddin Bin Kholid

8. Muhammad Zaim Bin Azhar

9. Mohd Amirul Idwan Bin Azaman

10. Mohd Fikri Bin Che Hamid

11. Mohd Hafiz Bin Ibrahim@Husain

12. Mohd Hafizuddin Bin Hasan

13. Mohd Naim Bin Azhar

14. Mohd Saiful Bin Harun

15. Mu’az Mudrikah Alias Tudin

16. Muhammad Firdaus Bin Abd Rahani

17. Noor Balqis Binti Muhmmad Safian

18. Nurnadiah Binti Yusuf

19. Rickson Jadi

20. Victor George

Page 17: Kertas Kerja Kumpulan Tuju Selipar

SENARAI KUMPULAN PROJEK PERMAINAN TRADISIONAL

Unit PISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2011

Kumpulan 1

1.Abdul Qarim Bin Mohamed

2.Abdullah Syafiq Bin Ariffin

3.Ahmad Mazlan Bin Maldam

4.Farhan Bin Sayuati

5.Lawrencia Lajius

6.Mohammad Khairuddin Bin Kholid

7.Mohd Amirul Idwan Bin Azaman

8.Mohd Fikri Bin Che Hamid

Kumpulan 2

1.Mohd Hafiz Bin Ibrahim@Husain

2.Mohd Naim Bin Azhar

3.Mohd Saiful Bin Harun

4.Mu’az Mudrikah Alias Tudin

5.Muhammad Firdaus Bin Abd Rahani

6.Noor Balqis Binti Muhammad Safian

7.Victor George

8.Rickson Jadi

Page 18: Kertas Kerja Kumpulan Tuju Selipar

Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi /

Naib Pengerusi

1) Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab

atas kesempurnaan semua mesyuarat.

2) Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala

keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

3) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penasihat

dari masa ke semasa.

Setiausaha/

Penolong

Setiausaha

1) Menguruskan segala bentuk permohonan kepada pihak-

pihak tertentu.

2) Menyiapkan surat yang perlu dihantar segera kepada

individu tertentu atau badan-badan tertentu.

3) Membantu pengerusi merancang dan menyelaras aktiviti.

Bendahari 1) Mengumpul segala dana dan kutipan yang diserahkan.

2) Membuat laporan terkini tentang kedudukan kewangan.

Ahli Jawatankuasa

AJK Peralatan 1) Menyenaraikan segala peralatan yang perlu digunakan.

2) Menyediakan peralatan yang perlu diguna.

3) Memastikan peralatan sentiasa cukup atau tidak hilang.

4) Memastikan peralatan selamat untuk digunakan.

AJK Persediaan

Tempat

1) Menyediakan tempat sebelum dan selepas pertandingan.

2) Menyediakan kemudahan asas tempat.

AJK Makanan 1) Menyediakan minuman dan makanan mencukupi.

2) Menguruskan makanan untuk peserta dan pensyarah.

AJK Dokumentasi 1) Mengambil gambar dan video untuk dijadikan laporan akhir.

2) Mengumpulkan minit mesyuarat untuk dimasukkanke dalam

laporan akhir projek.

3) Membuat laporan akhir projek.

AJK Tugas Khas 1) Membantu sebarang kerja yang berkaitan.

2) Membantu bidang tugas kerja ahli jawatankuasa yang lain.

AJK Hadiah 1) Menyediakan jenis hadiah yang diperlukan.

2) Menyusun hadiah dan cenderamata.

3) Menyediakan senarai pemenang hadiah.

Page 19: Kertas Kerja Kumpulan Tuju Selipar

PERATURAN PERMAINAN TUJU SELIPAR

CARA BERMAIN:

Bilangan kumpulan adalah bilangan minimum ahli yang ada pada kedua-

dua kumpulan.Permainan ini dibahagikan kepada 2 kumpulan. 1

kumpulan menyerang (A) dan 1 kumpulan bertahan (B). Berikut adalah

cara untuk bermain:

1. Tiga selipar hendaklah disusun dengan keadaan berdiri.

2. Kumpulan A perlu menjatuhkan susunan selipar itu dengan melontar

selipar yang dipegang ke susunan selipar itu.

3. Jika orang pertama gagal untuk menjatuhkan susunan selipar itu,

orang kedua hingga orang terakhir dalam kumpulan A boleh cuba

untuk menjatuhkan selipar itu.

4. Seorang pembaling hanya diberi peluang untuk membuat 3 balingan

saja. Jika tidak berjaya menjatuhkan selipar dalam 3 balingan tersebut,

maka orang itu akan dikira mati.

5. Jika kesemua selipar berjaya dijatuhkan, kumpulan B dikehendaki

membuat balingan ke anggota badan kumpulan A dengan

menggunakan selipar yang disediakan.

6. Misi kumpulan A adalah untuk menyusun semula susunan selipar

tersebut untuk berkedudukan berdiri semula.

7. Kumpulan B perlu mengawal dan menghalang kumpulan A dari

menyusun selipar itu.

Page 20: Kertas Kerja Kumpulan Tuju Selipar

8. Ahli kumpulan B yang memegang selipar untuk dibaling kepada

kumpulan A tidak dibenarkan bergerak dan perlu membalingnya

terlebih dahulu sebelum bergerak.

9. Jika kesemua ahli kumpulan A telah dimatikan sebelum selipar disusun,

giliran kumpulan B untuk menyerang. Tiada mata akan diberikan

kepada mana-mana pasukan dalam keadaan ini.

10.Mata akan diberikan jika kumpulan A berjaya menyusun selipar

sebelum

kesemua ahli kumpulan A dimatikan.

11.Permainan akan diteruskan semula oleh kumpulan A sehinggalah

kesemua ahli

dimatikan sebelum selipar disusun.

12.Jika kumpulan B berjaya mematikan semua ahli kumpulan A, mereka

pula akan

membaling sususan selipar tadi.

Page 21: Kertas Kerja Kumpulan Tuju Selipar

PENENTUAN MARKAH DAN PEMENANG:

1. Susunan selipar perlu dibina untuk mendapatkan satu mata.

2. Pemenang dipilih berdasarkan mata yang banyak dikumpul.

3. Keputusan pengadil adalah muktamad.

PERATURAN KESELAMATAN:

1. Had anggota badan yang boleh dibaling dengan selipar adalah dibawah

paras

kepala. Jika dengan sengaja membuat balingan kearah kepala, pengadil

berhak

mendenda pihak yang membaling dari segi mata perlawanan.

2. Sebarang cara bermain yang mendatangkan kecederaan seperti “Body

contact”

atau lawan badan adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Page 22: Kertas Kerja Kumpulan Tuju Selipar