swot

12
SWOT

Upload: roslina-entri-ii

Post on 10-Nov-2015

26 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

swot.....

TRANSCRIPT

ANALISIS MODEL BEHAVIORAL MENGGUNAKAN TEKNIK SWOT

SWOT

1. Strengths (Kekuatan)

Maksud kekuatan dalam analisis ini adalah faktor-fakor yang mendukung penyelenggaraan program, serta diakui kewujudannya oleh individu.

Skinner berpendapat bahawa tujuan psikologi adalah meramal dan mengawal tingkah laku.

Pada teori ini guru memberi penghargaan hadiah atau nilai tinggi sehingga pelajar akan lebih rajin.

Tindak balas akan berlaku jika rangsangan yang lama digabungkan dengan rangsangan yang baruPembelajaran berlaku apabila rangsangan diberi.

Pembelajaran menjadi pasif tanpa rangsangan dan pembelajaran tidak berlaku secara konsisten.

Suatu tingkah laku yang diikuti dengan peneguhan, kebarangkalian bagi gerak balas itu berlaku akan menambah peneguhan positif atau ganjaran yang mendorong individu seperti pujian, penghargaan, hadiah dan lain-lain.

Hal ini akan memberi dorongan kepada pelajar untuk lebih berusaha semasa di dalam kelas dan bersungguh-sungguh ketika melakukan aktiviti.Kekuatan dilihat apabila murid berupaya untuk menguasai pembelajaran dan pembelajaran akan bermula apabila murid benar-benar memahami pembelajaran yang lepas.

Ini menunjukkan bahawa, kefahaman juga menjadi komponen penting terhadap model pengajaran jenis ini.

Model juga dibahagikan unit-unit kecil pengetahuan serta kemahiran yang dipelajari supaya dapat memberi peluang kepada murid untuk memahami sesuatu unit dengan baik dan membolehkan pelajar dapat mencapai kriteria pembelajaran serta memudahkan guru membuat penilaian ke atas murid.

2. Weaknesses (Kelemahan)

Maksud kelemahan dalam analisis ini adalah permasalahan yang timbul dari penyelenggaraan program dan hasilnya.

Permasalahan merupakan kelemahan yang dapat berubah menjadi tentangan bagi kelancaran pelaksanaan tugasan atau program.

Sebagai contoh kelemahan teori ini adalah belajar hanyalah terjadi secara automatik dan penentuan peribadi diambil kira.

Pelajar harus mengambil inisiatif sendiri untuk bertindak dalam aktiviti dan bukan disebabkan oleh sesuatu rangsangan tertentu dari luar, contohnya guru atau ibu bapa. Hal ini pada kebiasaannya apabila pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ibu bapa akan memberikan hadiah kepada anak-anak.

Sistem pengajaran ini dilihat lebih kepada penerangan yang lebih berpusatkan kepada guru.

Proses pengajaran-pembelajaran akan kelihatan pasif apabila hanya satu pihak sahaja yang mempunyai kuasa untuk berbicara.

Kelemahan ini dapat dibaiki apabila guru boleh bertanyakan soalan dan membuat sesi soal jawab, perbincangan atau sebagainya dengan murid.

3. Opportunities (Peluang)

Maksud peluang dari analisis ini adalah hal-hal atau faktor-faktor yang membolehkan kita menemui idea baru melalui percubaan ataupun ujian yang di analisis dan di kenal pasti.

Peluang yang terkandung merujuk kepada model ini, ia mempunyai mekanisme pembetulan kendiri yang berupaya mengubah suai tingkah laku berdasarkan maklum balas tentang sejauh mana kita berjaya melakukan tugasan yang telah diberikan.

Model ini memberi peluang kepada guru mengatur strategi terbaik dalam pengajaran mereka.

Perancangan pengajaran dapat dilakukan secara terancang dan sistematik dalam melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang sesuai berdasarkan tahap pencapaian murid serta kemahiran dalam mengurus bahan bantu mengajar yang ingin digunakan ketika guru melaksanakan proses pengjaran-pembelajaran. 4. Threat (Ancaman)Maksud ancaman atau tentangan dalam analisis ini adalah hal-hal yang harus diatasi, direbut, diperbaiki dan ditingkatkan untuk melancarkan pelaksanaan tugasan dalam usaha mencapai tujuan.

Tentangan bukan penghalang, tetapi perangsang untuk mendorong pengurus pendidikan luar sekolah untuk lebih kreatif dan dinamik.

Tentangan dapat berubah menjadi peluang apabila analisis dapat dilaksanakan secara lebih analisis dan mengenal pasti kekurangan dalam pengaplikasian teori ini.

Tentangan mungkin mungkin dapat dilihat dengan wujudnya pelbagai kaedah baharu dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid pada hari ini.

MODEL PENGAJARAN BEHAVIORALKonsep pengajaran adalah penyampaian maklumat dalam pelbagai bidang pendidikan misalnya sekolah rendah,sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.

Kumpulan ini berasaskan model eksperimen pelaziman klasik Pavlov , pembelajaran berasaskan ganjaran Thorndike dan kajian Skinner dan kajian Watson dan model ini juga turut dikenali sebagai Model Sistem Behavioral.

Merujuk kepada kumpulan model ini , kita mempunyai mekanisme pembetulan kendiri yang berupaya untuk mengubahsuai tingkahlaku berdasarkan maklumbalas tentang sejauh mana kita berjaya melakukan tugas yang diberi.

Sehubungan dengan itu , kumpulan model ini mengesyorkan program program yang boleh digunakan untuk mengurangkan fobia , mengembalikan kemahiran kemahiran sosial dan menangani kebimbangan , dan sebagainya .

ANALISIS MODEL BEHAVIORAL MENGGUNAKAN TEKNIK SWOT

Model pengajaranSWOTModel BehavioralMurid diajar secara langsung oleh guru dalam menguasai beberapa kemahiran sehingga benar-benar faham dan mendapat panduan secara individu oleh guru secara menyeluruh sekiranya gagal untuk memahami.Pembelajaran akan lebih berpandu, mendatar dan kadang-kala mungkin akan membosankan murid kerana guru mahu pembelajaran hari itu benar-benar dikuasai oleh muridMurid dapat mengambil peluang ini untuk belajar secara bersungguh-sungguh dan sekiranya kurang memahami pembelajaran yang disampaikan, murid boleh bertanya secara lebih mendalam kepada guru.Guru dan murid perlu mempunyai kerjasama yang baik dalam memberi dan menerima ilmu. Sekiranya guru dan murid mempunyai masalah dalam berkomunikasi, sukar bagi sesuatu pembelajaran itu berjalan lancar.