surat praktikum fasa 2

Upload: ilham-izzat

Post on 01-Mar-2016

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Letter for Practicum phase 2 at Malaysian Primary School

TRANSCRIPT

Ilham Izzat bin Adnan,Lot 2700 Kampung Padang Bemban,16150 Kota Bharu,

Tel: 09-7650006Kelantan.

Hp: 011-19818892

Unit Praktikum,Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Jalan Maktab, Pengkalan Chepa, 16109 Kota Bharu, Kelantan.

12 JULAI 2015(u.p : Unit Praktikum Jabatan Bahasa)

Tuan/Puan,

PERMOHONAN PENUKARAN SEKOLAH BAGI PRAKTIKUM FASA (2) Merujuk perkara di atas, saya Ilham Izzat bin Adnan, nombor kad pengenalan: 930817-01-5321, dari kelas 6PISMP TESL 4, memohon untuk menukar sekolah bagi Praktikum Fasa (2) yang akan berlangsung mulai 26 Julai ini. 2.Untuk pengetahuan pihak tuan, saya telah menyempurnakan Praktikum Fasa (1) saya di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (4). Namun, disebabkan saya baru sahaja menjalani pembedahan lutut, saya menghadapi kesukaran untuk berulang alik ke sekolah tersebut kerana agak jauh dari rumah saya dan ke HUSM. Hal ini kerana saya perlu menjalani sesi fisioterapi harian sebagai persediaan pembedahan ke-4 saya yang akan berlangsung pada tarikh 26 Oktober 2015. 3. Berikut adalah maklumat sekolah yang ingin saya hadiri untuk Praktikum Fasa (2):

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Mentuan

Nombor Telefon: 09-7652022

4.Bersama surat ini saya lampirkan surat pengesahan pembedahan saya dari pihak HUSM, salinan temujanji susulan, dan salinan temujanji fisioterapi. 5. Saya amat berharap agar permohonan saya ini dipertimbangkan oleh pihak tuan/puan sebaik mungkin. Segala kerjasama oleh pihak tuan/puan amat saya hargai.

Yang benar,

(Ilham Izzat bin Adnan)