surat pembelian buku bacepat

2
Ruj .Tuan : Rujukan Kami : JBA 3055/600/8/2/1(01 Tarikh : 15 April 2015 ________________________, ________________________. Tuan / Puan, Perkara : Pembelian Buku Bacepat untuk murid-murid pemulihan khas. Merujuk perkara diatas, saya sebagai guru Pemulihan Khas di SK. Tenggaroh Selatan amat memerlukan sokongan untuk bersama membantu anak tuan/puan dalam meningkatkan tahap kemahiran membaca, menulis dan mengira. 2. Untuk makluman tuan/puan, anak tuan/puan terlibat dengan Program P1NCH dan memerlukan bimbingan khusus di dalam bilik pemulihan khas. 3. Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan tuan/puan membeli buku Bacepat yang telah saya sediakan bagi membantu anak tuan/puan meningkatkan tahap membaca dan menulis mereka. Dengan adanya buku tersebut, dapatlah saya menjalankan aktiviti-aktiviti bagi anak tuan/puan dan tuan/puan sendiri juga dapat membantu mereka di rumah kelak. 4. Buku tersebut berharga RM 20.00 dan didatangkan dalam 5 set iaitu daripada kemahiran yang paling mudah sehinggalah kepada kemahiran yang sukar. Sekiranya tuan/puan menghadapi masalah untuk membuat pembayaran sekaligus, tuan/puan boleh membuat bayaran ansuran sebanyak 2 kali. Saya amat berharap agar anak tuan/puan menggunakan buku tersebut secepat yang mungkin. 5. Saya juga amat mengalu-alukan kehadiran tuan/puan ke kelas saya,bagi membincangkan masalah pembelajaran anak tuan/puan pada bila-bila masa di waktu persekolahan. Saya berharap agar tuan/puan prihatin dan mengambil berat tentang perkara ini, kerjasama yang diberikan pihak tuan dan puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga dengan usaha kita ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah mengurangkan tahap keciciran dalam pembelajaran sekaligus mengurangkan kadar buta huruf dikalangan murid Felda Tenggaroh Selatan khususnya dan negara amnya. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” KELAS NUR BESTARI ( PROGRAM PEMULIHAN KHAS ) SEK.KEB.LKTP TENGGAROH SELATAN, 81907 KOTA TINGGI JOHOR : 07 -7914772

Upload: fakhruz80

Post on 17-Feb-2016

30 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Surat Pembelian Buku Bacepat

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Pembelian Buku Bacepat

Ruj .Tuan : Rujukan Kami : JBA 3055/600/8/2/1(01

Tarikh : 15 April 2015

________________________,

________________________.

Tuan / Puan,

Perkara : Pembelian Buku Bacepat untuk murid-murid pemulihan khas.Merujuk perkara diatas, saya sebagai guru Pemulihan Khas di SK. Tenggaroh Selatan amat memerlukan sokongan untuk bersama membantu anak tuan/puan dalam meningkatkan tahap kemahiran membaca, menulis dan mengira.

2. Untuk makluman tuan/puan, anak tuan/puan terlibat dengan Program P1NCH dan memerlukan bimbingan khusus di dalam bilik pemulihan khas.

3. Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan tuan/puan membeli buku Bacepat yang telah saya sediakan bagi membantu anak tuan/puan meningkatkan tahap membaca dan menulis mereka. Dengan adanya buku tersebut, dapatlah saya menjalankan aktiviti-aktiviti bagi anak tuan/puan dan tuan/puan sendiri juga dapat membantu mereka di rumah kelak.

4. Buku tersebut berharga RM 20.00 dan didatangkan dalam 5 set iaitu daripada kemahiran yang paling mudah sehinggalah kepada kemahiran yang sukar. Sekiranya tuan/puan menghadapi masalah untuk membuat pembayaran sekaligus, tuan/puan boleh membuat bayaran ansuran sebanyak 2 kali. Saya amat berharap agar anak tuan/puan menggunakan buku tersebut secepat yang mungkin.

5. Saya juga amat mengalu-alukan kehadiran tuan/puan ke kelas saya,bagi membincangkan masalah pembelajaran anak tuan/puan pada bila-bila masa di waktu persekolahan.

Saya berharap agar tuan/puan prihatin dan mengambil berat tentang perkara ini, kerjasama yang diberikan pihak tuan dan puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga dengan usaha kita ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah mengurangkan tahap keciciran dalam pembelajaran sekaligus mengurangkan kadar buta huruf dikalangan murid Felda Tenggaroh Selatan khususnya dan negara amnya.Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”Saya yang menurut perintah,

………………………….(EN. MAT ZAIDI BIN DAHLAN)Guru Pemulihan Khas,SK LKTP Tenggaroh SelatanKota Tinggi , Johor

s.k: Fail Pemulihan Khas

KELAS NUR BESTARI ( PROGRAM PEMULIHAN KHAS )SEK.KEB.LKTP TENGGAROH SELATAN,81907 KOTA TINGGIJOHOR

: 07 -7914772