sunnah dihayati insan berkualiti

Upload: haryani-ibrahim

Post on 09-Jan-2016

373 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

pendidikan islam

TRANSCRIPT

SUNNAH DIHAYATI INSAN BERKUALITISunnah dihayati insane berkualiti bergitulah tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada hari ini. Menurut Ulama Hadis sunnah dihayati bermaksud perkara yang disandarkan kepada Nabi yang kita amalkan.Manakala frasa kata insane berkualiti pula ialah insane yang cemerlang ,gemilang dan terbilang. Tuntasnya tajuk syarahan saya pada hari ini ialah,dengan mengamalkan sunnah Nabi mampu melahirkan insane yang hebat.

Pertama, sunnah menyitai saudara seagama melahirkan mukmin cemerlang, sebagai muslim kita perlulah menyintai dan menyayangi saudara seagama.firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 10: Mafhunya:sesungguh nya setiap muslim itu adalah bersaudara. Lihatlah, kepada sikap Saad bin Rabbi.dek kerana cinta dan saying nya kepada Abdul Rahman bin Auf,beliau sanggup menyerahkan separuh daripada hartanya kepada Abdul Rahman bin Auf. Bergitu jugalah sifat menyintai saudara seagama yang ditunjukkan oleh Raudah arafah perlulah kita contohi. Beliau sanggup mengadaikan nyawa demi menyelamatkan umat islam di Palestin. Jelaslah, insane yang cemerlang adalah insane yang menyintai saudara seagama.

Kedua, sunnah wasatiah melahirkan insane dermawan, insane yang memiliki sifat wasatiah tidak akan terlampau taksub dengan perkara duniawi.sifat wasatiah yang cemerlang ini terpancar melalui firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 201 Mafhumnya:ya Allah kau berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Sifat wasatiah inilah yang telah menjadikan Abdul Rahman bin Auf seorang insane yang dermawan. Bergitu jugalah sifat wasatiah yang telah ditunjukkan oleh Tan Sri Sheikh Mukhtar al-Bukhary. Dengan mendermakan berjuta-juta ringgit demi pembangunan islam.Terbuktilah, insane yang dermawan lahir daripada sifat wasatiah.

ketiga,istiqamah melahirkan insan yanggemilang Seseorang insane yang gemilang sudah tentu merupakan seseorang yang melakukan sesuatu kebaikan secara berterusan.firman Allah dalam surah hud ayat 112 Mafhumnya:berdirilah kamu dilandasan yang benar seperti mana yang telah di syariatkanContohnya sifat istiqamah yang telah ditunjukkan oleh as-Syahid Imam Hassan Al-Banna ,telah menjadikan beliau seorang insane yang gemilang.lihatlah sifat istiqamah dalam mendaulatkan Islam yang telah dipamerkan oleh Syahibus Samahah Tan Sri Dr Harusani Zakaria,Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.Benarlah,bahawa insan yang gemilang adalah insan yang mengamalkan sunnah istiqamah.

Kesimpulannya,tanpa menghayati sunnah Rasulallah mana mungkin seorang insan yang hebat mampu dilahirkan.Saya menyeru kepada muslimin muslimat seluruhnya bersama-samalah kita menghayati sunnah Rasulallah bagi melahirkan insan yang cemerlang,gemilanng dan terbilang.