pengertian sunnah
TRANSCRIPT
Pengertian
Sunnah
Sunnah menurut bahasa: ialah jalan yang dilalui sama ada terpuji atau
tidak; juga suatu adat yang telah dibiasakan walaupun tidak baik. Rasul
SAW bersabda:
"Sungguh kamu akan mengikuti sunnah-sunnah (perjalanan-perjalanan)
orang
yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta
sehingga sekiranya mereka memasuki lubang dab (serupa binatang
biawak)
nescaya kamu memasukinya juga." (Hadith riwayat Muslim)
"Barangsiapa menjalani suatu sunnah (perjalanan) yang baik, maka
baginya
pahala sunnah itu dan pahala yang mengerjakan dengannya hingga hari
qiamat, dan barangsiapa mengadakan suatu sunnah (perjalanan) yang
jahat
(buruk) maka atasnya dosanya dan dosa orang yang mengerjakan
dengannya
hingga hari qiamat." (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)
Jelaslah bahawa menurut hadith tersebut, perkataan sunnah itu diertikan
dengan perjalanan, sama ada baik atau pun yang jahat, sebagaimana
yang
dimaksudkan oleh bahasa.
Sunnah menurut istilah ahli hadith: ialah segala yang dipindahkan dari
nabi sallallahu 'alayhi wa sallam baik yang merupakan perkataan,
perbuatan, mahupun yang merupakan taqrir, sebelum nabi dibangkitkan
menjadi rasul, mahupun sesudahnya. Kebanyakan ahli hadith
menetapkan
bahawa pengertian yang demikian sama dengan pengertian hadith.
Sunnah menurut pengertian dan istilah ahli usul: ialah segala yang
dipindahkan dari nabi sallallahu 'alayhi wa sallam sama ada perkataannya
dan perbuatannya, mahupun taqrirnya yang bersangkutan dengan
hukum.
Inilah pengertian yang dimaksudkan oleh sabdanya ini:
"Sesungguhnya aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara tidak akan
kamu
sesat selama kamu berpegang dengan keduanya: iaitu Kitab Allah dan
Sunnah Rasulnya". (Hadith riwayat Malik)
1. Contoh sunnah (hadith) perkataan ialah:
"Segala 'amal itu dengan niat." [Riwayat Bukhari, Muslim dan sekelian
ulama' hadith]
2. Contoh sunnah (hadith) perbuatan ialah:
"Bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku
bersembahyang."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
3. Contoh hadith (sunnah) taqrir. Taqrir ialah: (a) Nabi SAW
membenarkan apa yang diperbuat oleh seorang sahabat dengan tidak
mencegah atau menyalahkan serta menunjukkan keredaannya; (b)
menerangkan
kebagusan yang diperbuat itu serta dikuatkan pula.
Contoh yang pertama ialah sebagaimana Nabi saw membenarkan ijtihad
para
sahabat mengenai urusan sembahyang 'Asar di Bani Quraizah dengan
sabdanya:
"Jangan bersembahyang seorang kamu melainkan di Bani Quraizah."
[Riwayat
Bukhari]
Sebahagian sahabat memahamkan perkataan itu menurut hakikat
larangannya
lalu menta'khirkan sembahyang 'Asar itu sampai selepas Maghrib. Dan
ada
sebahagian yang lain tidak memahamkan demikian, mereka
memahamkan bahawa
yang dimaksudkan nabi bercepat-cepat pergi ke Bani Quraizah. Kerana
itu
mereka mengerjakan sembahyang 'Asar pada waktunya, sebelum tiba ke
Bani
Quraizah.
Kedua-dua perbuatan sahabat yang berlainan oleh berlainan ijtihad
sampai
kepada Nabi saw beritanya, dan Nabi saw tinggal berdiam diri tidak
membantah apa-apa.
Contoh yang kedua sebagaimana yang diriwayatkan bahawa Khalid bin
Walid
pernah memakan dab (serupa binatang biawak) kemudian dikemukakan
orang
kepada Nabi saw. Nabi saw sendiri enggan memakannya, maka bertanya
sebahagian sahabat:
"Adakah diharamkan makannya ya Rasulullah? Lalu ia bersabda: Tidak!
cuma
binatang itu tidak ada di negeri kaumku, kerana itu aku tidak gemar
kepadanya."
Selanjutnya pernah juga dinamakan sunnah itu suatu yang ditunjuki oleh
dalil syara', baik berdasarkan dalil Qur'an atau pun berdasarkan hadith,
mahu pun berdasarkan ijtihad para sahabat, seperti mengumpulkan
mashaf
(Qur'an) dan menyuruh manusia membaca menurut suhuf 'Uthman, dan
seperti
membukukan ilmu (menyusun dan mengarangnya).
Lawan dari sunnah ini ialah bid'ah, inilah yang dimaksudkan oleh hadith:
"Berpeganglah kamu sungguh-sungguh dengan sunnahku dan sunnah
khalifah-khalifah yang mendapat pertunjuk sesudahku." [Abu Daud &
Tarmizi]
Sementara itu ulama' fiqh berpendapat, bahawa suatu yang diterima dari
Nabi saw dengan tidak difardukan dan tidak diwajibkan dinamakan
sunnah.
Imbangannya ialah wajib, haram, makruh dan mubah. Lawannya ialah
bid'ah;
talak yang dijatuhkan dalam haid menurut mereka dinamakan: talak
bid'ah.
Ulama' Syafi'e mengatakan bahawa sunnah itu: ialah suatu yang
dipahalai
orang yang mengerjakannya, tidak disiksai orang yang meninggalkannya.
Menurut ulama' mazhab Hanafi, sunnah itu: ialah suatu yang disunnahkan
Nabi saw atau para khalifah serta dikekalkan mengerjakannya, seperti
azan dan berjama'ah.
Perbezaan Antara Hadith dan Hadith Qudsi
Dalam kitab-kitab hadith didapati hadith Qudsi. Ulama' hadith
mengatakan bahawa hadith Qudsi itu: ialah perkataan Nabi saw yang
disebut dengan mengatakan Allah bertitah , disandarkan perkataan itu
kepada Allah dan
diriwayatkan daripadanya.
Kesimpulannya Hadith Qudsi: ialah titah Allah yang disampaikan
kepada
Nabi saw di dalam mimpi atau dengan jalan ilham, lalu Nabi saw
menerangkan apa yang disampaikan itu kepada umatnya dengan ibarat
atau
susunan perkataannya sendiri serta menyandarkan kepada Allah;
sedang
hadith-hadith yang lain tidak demikian itu. Hadith Qudsi itu dinamakan
juga Hadith Ilahi atau Hadith Rabbani.
Dan pernah pula dibezakan Hadith Qudsi dengan yang lainnya; iaitu
segala
hadith yang bersangkut dengan kebersihan atau kesucian zat Allah dan
sifat-sifat kebesaran dan kemuliaanNya. [Kitab al-Dar al-Nadid min
Majmu'ah al-Hafid]
Contoh Hadith Qudsi itu, Rasulullah saw bersabda:
"Firman Allah Ta'ala: Tiap-tiap amal anak Adam untuknya kecuali
puasa,
maka sesungguhnya puasa itu untukKu, dan Aku akan memberi
balasan
dengannya. Dan puasa itu perisai, maka apabila seorang kamu
berpuasa
janganlah ia memaki-maki, mencarut-carut dan janganlah dia
menghiruk-pikukkan; maka jika dia dimaki oleh seorang atau hendak
dibunuhnya, hendaklah ia katakan: aku ini berpuasa." (Hadith riwayat
Bukhari & Muslim)
Rasulullah saw bersabda:
"Firman Allah Ta'ala: Aku menurut persangkaan hambaKu dan Aku
bersamanya
di mana saja ia sebut (ingat) akan daku." (Hadith riwayat Bukhari &
Muslim)
HADITH SEBAGAI SUMBER RUJUKAN ISLAM
Hadith adalah sumber rujukan utama yang kedua dalam Islam
selepas al-Quran. Hadith yang diperlukan dalam memahami isi
kandungan al-Quran, menjadikan hadith sebagai sumber rujukan
dalam Islam yang tidak dapat dinafikan lagi. Oleh itu usaha-
usaha yang berterusan perlu dilakukan untuk memastikan
kepentingan hadith dalam Islam sebagai sumber rujukan tidak
tergugat oleh mana-mana faktor. Seminar yang sebegini akan
membantu memberi kesedaran kepada masyarakat kepada
kepentingan hadith.
Peranan hadith perlu dilihat dalam skop yang lebih luas, dan
hadith-hadith nabi ini perlu dikaji dan difahami dalam konteks
yang lebih menyeluruh. Ini bertepatan dengan tema seminar ini
dalam melahirkan generasi memahami dan menghayati al-hadith.
Rasulullah s.a.w. telah dibangkitkan oleh Allah untuk memimpin
umat manusia di dunia ini ke jalan yang selamat dan bahagia di
dunia dan di akhirat. Baginda s.a.w adalah rahmat dari Allah
S.W.T. yang tidak ternilai harganya kepada alam semseta ini,
sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Quran dalam surah al-
Anbiya’, ayat 107, yang maksudnya, “Dan tidaklah Kami utuskan
engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi
sekalian alam” (al-Anbiya’: 107)
Sebagai seorang rasul yang diutuskan, darjat ketinggiannya
mengatasi pemimpin-pemimpin yang lain. Baginda bersifat
ma’sum iaitu terpelihara dari melakukan kesalahan dan
kesilapan. Oleh kerana itu, arah dan tujuan yang dibawanya
untuk seluruh umat manusia ini adalah benar dan terjamin.
Baginda memimpin umatnya ke jalan yang diredhai oleh Allah
S.W.T. iaitu agama Islam. Kini Baginda s.a.w. sudah tidak ada
lagi di dunia ini, tetapi umatnya tetap dijamin tidak akan sesat
selama mana mereka berpengang dengan pusaka tinggalannya
iaitu al-Quran dan Hadith. Melalui dua sumber utama ini, umat
Islam sentiasa terpimpin dalam menghadapi kehidupan di dunia
yang penuh dengan cabaran ini.
Sebagai seorang muslim, kita tidak sepatutnya membesar-
besarkan dan menyanjung individu yang lain melebihi Rasulullah
s.a.w., sekalipun seorang yang dianggap tokoh, kerana mereka
tertakluk kepada kekurangan-kekurangan dan kesilapan-
kesilapan yang diakibatkan oleh kelemahan diri masing-masing.
Pemujaan tokoh dan pendewaan terhadap seseorang tidak
seharusnya wujud dalam masyarakat Islam, kerana
kecenderungan mengagung-agungkan seseorang tokoh, kadang-
kadang boleh membawa kita kepada penyelewengan dalam
ajaran Islam.
Dalam menyampaikan ajaran dan perintah-perintah daripada
Allah, Rasulullah s.a.w. telah memperlihatkan contoh-contoh
teladan untuk diikuti oleh umatnya. Maksud firman Allah S.W.T.
dalam al-Quran, surah al-Ahzab, ayat 21,“Demi sesungguhnya,
adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang
baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah
dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan
mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan
senang).”
Menjadi tanggung jawab umat Islam sekarang untuk mengkaji
hadith-hadith baginda Rasulullah s.a.w. yang merangkumi
pelbagai aspek kehidupan. Khazanah ilmu perlu ditambah dan
difahami berdasarkan ajaran baginda bersesuaian dengan
kehendak semasa. Disamping al-Quran, pengajian hadith juga
perlu dijadikan sebagai rujukan dan penggerak kepada
penemuan-penemuan baru pada era globalisasi ini. Sejarah
membuktikan kepada kita bahawa sarjana-sarjana Islam
terdahulu dapat menguasai pelbagai bidang ilmu kerana
kesungguhan mereka dalam memikul beban dan tanggung jawab
yang difardhukan Allah S.W.T. dalam pengkajian dan
penerokaan ilmu pengetahuan. Penemuan dan penciptaan baru
dalam apa jua bidang bagi umat Islam bukanlah sesuatu yang
sekadar boleh dibanggakan, namun apa yang lebih penting ialah
ianya suatu tanggung jawab untuk mengimarahkan kehidupan
manusia di muka bumi.
Diharapkan dari seminar ini, yang merangkumi pelbagai tema,
pelbagai penemuan baru dapat dikenal pasti dan membuka
ruang untuk pengkajian yang lebih menyeluruh dalam bidang
hadith. Diharapkan juga dari pembentangan-pembentangan yang
akan berlangsung, dapat menambahkan kefahaman kita
terhadap hadith serta membaiki mana-mana salah faham kita
tentang hadith.
Salah faham tentang peranan hadith sebagai sumber rujukan
dalam ajaran Islam sebenarnya adalah fahaman yang salah dan
boleh membahayakan masyarakat Islam. Fahaman yang
sebegini lahir akibat dari kecetekan pengetahuan pihak-pihak
tertentu tentang hadith. Mereka hanya menggunakan
pertimbangan akal mereka semata-mata tanpa melihat dengan
lebih terperinci dalil-dalil yang berkaitan.
Dengan itu diharapkan seminar sebegini yang menghimpunkan
golongan cendikiawan dalam bidang hadith dapat menjadi
mekanisma terbaik dalam membetulkan salah fahaman ini.
HADITS/SUNNAH SEBAGAI SUMBER HUKUM KEDUA
Mei 10, 2008 iaibcommunity Tinggalkan komentar Go to comments
HADITS/SUNNAH SEBAGAI SUMBER HUKUM KEDUA
PENDAHULUAN
Secara bahasa, hadits dapat berarti baru, dekat dan khabar (cerita). Sedangkan
dalam tradisi hukum Islam, hadits berarti segala perkataan, perbuatan dan keizinan
Nabi Muhammad SAW (aqwal, af’al wa taqrir). Akan tetapi para ulama Ushul Fiqh,
membatasi pengertian hadits hanya pada ”ucapan-ucapan Nabi Muhammad SAW
yang berkaitan dengan hukum”, sedangkan bila mencakup, pula perbuatan dan taqrir
yang berkaitan dengan hukum, maka ketiga hal ini mereka namai dengan ”Sunnah”.
Beranjak dari pengertian-pengertian di atas, menarik dibicarakan tentang
kedudukan Hadits dalam Islam. Seperti yang kita ketahui, bahwa Al-Qur’an
merupakan sumber hukum primer/utama dalam Islam. Akan tetapi dalam
realitasnya, ada beberapa hal atau perkara yang sedikit sekali Al-Qur’an
membicarakanya, atau Al-Qur’an membicarakan secara global saja, atau bahkan tidak
dibicarakan sama sekali dalam Al-Qur’an. Nah jalan keuar untuk memperjelas dan
merinci keuniversalan Al-Qur’an tersebut, maka diperlukan Al-Hadits/As-Sunnah. Di
sinilah peran dan kedudukan Hadits sebagai tabyin atau penjelas dari Al-Qur’an atau
bahkan menjadi sumber hukum sekunder/kedua_setelah Al-Qur’an.
Sekarang timbulah setidaknya ada dua persoalan yang mendasar, yaitu;
Pertama, dapatkah Sunnah berdiri sendiri dalam menentukan hukum yang tidak
ditetapkan dalam Al-Qur’an?; Kedua, apakah semua perbuatan Nabi Muhammad
dapat berfungsi sebagai sumber hukum yang harus diikuti oleh setiap umat islam?.
Makalah yang kecil lagi tipis ini, berusaha menjelaskan sekelumit tentang kedua
perkara di atas, dan juga menjelaskan adanya keterkaitan antara Al-Hadits/As-
Sunnah dengan Al-Qur’an.
SUNNAH SEBAGAI SUMBER HUKUM
<!--[if !supportLists]-->A. <!--[endif]-->DASAR ALASAN SUNNAH SEBAGAI SUMBER
HUKUM
Sunnah adalah sumber hukum Islam (pedoman hidup kaum Muslimin) yang
kedua setelah Al-Qur’an. Bagi mereka yang telah beriman terhadap Al-Qur’an
sebagai sumber hukum Islam, maka secara otomatis harus percaya bahwa
Sunnah juga merupakan sumber hukum Islam. Bagi mereka yang menolak
kebenaran Sunnah sebagai sumber hukum Islam, bukan saja memperoleh dosa,
tetpai juga murtad hukumnya. Ayat-ayat Al-Qur’an sendiri telah cukup menjadi
alasan yang pasti tentang kebenaran Al-Hadits, ini sebagai sumber hukum Islam.
Di dalam Al-Quran dijelaskan antara lain sebagai berikut:
<!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]-->Setiap Mu’min harus taat kepada Allah dan
kepada Rasulullah. (Al-Anfal: 20, Muhammad: 33, an-Nisa: 59, Ali ‘Imran: 32,
al- Mujadalah: 13, an-Nur: 54, al-Maidah: 92).
<!--[if !supportLists]-->2. <!--[endif]-->Patuh kepada Rasul berarti patuh dan cinta
kepada Allah. (An-Nisa: 80, Ali ‘Imran: 31)
<!--[if !supportLists]-->3. <!--[endif]-->Orang yang menyalahi Sunnah akan
mendapatkan siksa. (Al-Anfal: 13, Al-Mujadilah: 5, An-Nisa: 115).
<!--[if !supportLists]-->4. <!--[endif]-->Berhukum terhadap Sunnah adalah tanda
orang yang beriman. (An-Nisa: 65).
Alasan lain mengapa umat Islam berpegang pada hadits karena selain
memang di perintahkan oleh Al-Qur’an, juga untuk memudahkan dalam
menentukan (menghukumi) suatu perkara yang tidak dibicarakan secara rinci
atau sama sekali tidak dibicarakan di dalam Al Qur’an sebagai sumber hukum
utama. Apabila Sunnah tidak berfungsi sebagai sumber hukum, maka kaum
Muslimin akan mendapatkan kesulitan-kesulitan dalam berbagai hal, seperti tata
cara shalat, kadar dan ketentuan zakat, cara haji dan lain sebagainya. Sebab ayat-
ayat Al-Qur’an dalam hal ini tersebut hanya berbicara secara global dan umum,
dan yang menjelaskan secara terperinci justru Sunnah Rasulullah. Selain itu juga
akan mendapatkan kesukaran-kesukaran dalam hal menafsirkan ayat-ayat yang
musytarak (multi makna), muhtamal (mengandung makna alternatif) dan
sebagainya yang mau tidak mau memerlukan Sunnah untuk menjelaskannya. Dan
apabila penafsiran-penafsiran tersebut hanya didasarkan kepada pertimbangan
rasio (logika) sudah barang tentu akan melahirkan tafsiran-tafsiran yang sangat
subyektif dan tidak dapat dipertanggungjawabkan.
<!--[if !supportLists]-->B. <!--[endif]-->HUBUNGAN AL-HADITS/AS-SUNNAH DENGAN
AL-QUR’AN
Dalam hubungan dengan Al-Qur’an, maka As-Sunnah berfungsi sebagai
penafsir, pensyarah, dan penjelas daripada ayat-ayat tertentu. Apabila
disimpulkan tentang fungsi As-Sunnah dalam hubungan dengan Al-Qur’an itu
adalah sebagai berikut :
1. Bayan Tafsir,
yaitu menerangkan ayat-ayat yang sangat umum, mujmal dan musytarak.
Seperti hadits : “Shallu kamaa ro-aitumuni ushalli” (Shalatlah kamu
sebagaimana kamu melihatku shalat) adalah merupakan tafsiran daripada
ayat Al-Qur’an yang umum, yaitu : “Aqimush-shalah” (Kerjakan shalat).
Demikian pula hadits: “Khudzu ‘anni manasikakum” (Ambillah dariku
perbuatan hajiku) adalah tafsir dari ayat Al-Qur’an “Waatimmulhajja” ( Dan
sempurnakanlah hajimu ).
1. Bayan Taqrir,
yaitu As-Sunnah berfungsi untuk memperkokoh dan memperkuat pernyataan
Al-Qur’an. Seperti hadits yang berbunyi: “Shoumu liru’yatihiwafthiru
liru’yatihi” (Berpuasalah karena melihat bulan dan berbukalah karena
melihatnya) adalah memperkokoh ayat Al-Qur’an dalam surat Al-Baqarah :
185.
1. Bayan Taudhih,
yaitu menerangkan maksud dan tujuan sesuatu ayat Al-Qur’an, seperti
pernyataan Nabi : “Allah tidak mewajibkan zakat melainkan supaya menjadi
baik harta-hartamu yang sudah dizakati”, adalah taudhih (penjelasan)
terhadap ayat Al-Qur’an dalam surat at-Taubah: 34, yang artinya sebagai
berikut : “Dan orang-orang yang menyimpan mas dan perak kemudian tidak
membelanjakannya dijalan Allah maka gembirakanlah mereka dengan azab
yang pedih”. Pada waktu ayat ini turun banyak para sahabat yang merasa
berat untuk melaksanakan perintah ini, maka mereka bertanya kepada Nabi
yang kemudian dijawab dengan hadits tersebut.
<!--[if !supportLists]-->C. <!--[endif]-->DAPATKAH AS-SUNNAH BERDIRI SENDIRI
DALAM MENENTUKAN HUKUM
Dalam pembicaraan hubungan As-Sunnah dengan Al-Qur’an telah
disinggung tentang bayan tasyri’, yaitu hadits adakalanya menentukan suatu
peraturan/hukum atas suatu persoalan yang tidak disinggung sama sekali oleh Al-
Qur’an. Walaupun demikian para Ulama telah berselisih paham terhadap hal ini.
Kelompok yang menyetujui mendasarkan pendapatnya pada ‘ishmah
(keterpeliharaan Nabi dari dosa dan kesalahan, khususnya dalam bidang syariat)
apalagi sekian banyak ayat yang menunjukkan adanya wewenang kemandirian
Nabi saw. untuk ditaati. Kelompok yang menolaknya berpendapat bahwa sumber
hukum hanya Allah, Inn al-hukm illa lillah, sehingga Rasul pun harus merujuk
kepada Allah SWT (dalam hal ini Al-Quran), ketika hendak menetapkan hukum.
Kalau persoalannya hanya terbatas seperti apa yang dikemukakan di atas,
maka jalan keluarnya mungkin tidak terlalu sulit, apabila fungsi Al-Sunnah
terhadap Al-Quran didefinisikan sebagai bayan murad Allah (penjelasan tentang
maksud Allah) sehingga apakah ia merupakan penjelasan penguat, atau rinci,
pembatas dan bahkan maupun tambahan, kesemuanya bersumber dari Allah
SWT.
Sebenarnya dengan kedudukan Nabi sebagai Rasul pun sudah cukup
menjadi jaminan (sesuai dengan fungsinya sebagai tasyri’) adalah harus menjadi
pedoman bagi umatnya, dan seterusnya. Tetapi mereka yang keberatan,
beralasan antara lain: Bahwa fungsi Sunnah itu tidak lepas dari tabyin atas apa
yang dinyatakan Al-Qur’an sebagaimana penegasan Allah:
“keterangan-keterangan (mukjizat) dan kitab-kitab. dan Kami turunkan
kepadamu Al Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang
telah diturunkan kepada mereka” (An-Nahl: 44)
Maka apa saja yang diungkap Sunnah sudah ada penjelasannya dalam Al-
Qur’an meski secara umum sekalipun. Sebab Al-Qur’an sendiri menegaskan
“Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab ini” (Al-An’am : 38)
Sebenarnya kedua pendapat itu tidak mempunyai perbedaan yang pokok.
Walaupun titik tolak berpikirnya berbeda, tetapi kesimpulannya adalah sama.
Yang diperdebatkan keduanya adalah soal adanya hadits yang berdiri sendiri.
Apakah betul-betul ada atau hanya karena menganggap Al-Qur’an tidak
membahasnya, padahal sebenarnya membahas.
Seperti dalam soal haramnya kawin karena sesusuan, menurut pihak
pertama adalah karena ditetapkan oleh Sunnah yang berdiri sendiri, tetapi
ketetapan itu adalah sebagai tabyin/tafsir daripada ayat Al-Qur’an yang
membahasnya secara umum dan tidak jelas. Mereka sama-sama mengakui
tentang adanya sesuatu tersebut tetapi mereka berbeda pendapat tentang
apakah Al-Qur’an pernah menyinggungnya atau tidak (hanya ditetapkan oleh
Sunnah saja)
Dalam kasus-kasus persoalan lain sebenarnya masih banyak hal-hal yang
ditetapkan oleh Sunnah saja, yang barangkali sangat sulit untuk kita cari ayat Al-
Qur’an yang membahasnya, walaupun secara umum dan global. Oleh karena
itulah kita cenderung untuk berpendapat sama dengan pihak yang pertama.
<!--[if !supportLists]-->D. <!--[endif]-->APAKAH SEMUA PERBUATAN NABI
MUHAMMAD SAW DAPAT BERFUNGSI SEBAGAI SUMBER HUKUM, YANG HARUS
DIIKUTI OLEH SETIAP MUSLIM?
Pada dasarnya seorang Nabi punya peran sebagai panutan bagi umatnya.
Sehingga umatnya wajib menjadikan diri seorang Nabi sebagai suri tauladan
dalam hidupnya.
Namun perlu juga diketahui bahwa tidak semua perbuatan Nabi menjadi
ajaran yang wajib untuk diikuti. Memang betul bahwa para prinsipnya perbuatan
Nabi itu harus dijadikan tuntunan dan panutan dalam kehidupan. Akan tetapi
kalau kita sudah sampai detail masalah, ternyata tetap ada yang menjadi wilayah
khushushiyah beliau. Ada beberapa amal yang boleh dikerjakan oleh Nabi tetapi
haram bagi umatnya. Di sisi lain ada amal yang wajib bagi Nabi tapi bagi umatnya
hanya menjadi Sunnah. Lalu ada juga yang haram dikerjakan oleh Nabi tetapi
justru boleh bagi umatnya. Hal ini bisa kita telaah lebih lanjut dalam beberapa
uraian berikut ini:
<!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]-->Boleh bagi Nabi, haram bagi umatnya
Ada beberapa perbuatan hanya boleh dikerjakan oleh Rasulullah SAW,
sebagai sebuah pengecualian. Namun bagi kita sebagai umatnya justru
haram hukumnya bila dikerjakan. Contohnya antara lain:
<!--[if !supportLists]--><!--[endif]-->Berpuasa Wishal
Puasa wishal adalah puasa yang tidak berbuka saat Maghrib, hingga
puasa itu bersambung terus sampai esok harinya. Nabi Muhammad SAW
berpuasa wishal dan hukumnya boleh bagi beliau, sementara umatnya
justru haram bila melakukannya.
<!--[if !supportLists]--><!--[endif]-->Boleh beristri lebih dari empat wanita
Contoh lainnya adalah masalah kebolehan poligami lebih dari 4 isteri
dalam waktu yang bersamaan. Kebolehan ini hanya berlaku bagi
Rasulullah SAW seorang, sedangkan umatnya justru diharamkan bila
melakukannya.
<!--[if !supportLists]-->2. <!--[endif]-->Yang wajib bagi Nabi, Sunnah bagi
ummatnya
Sedangkan dari sisi kewajiban, ada beberapa amal yang hukumnya wajib
dikerjakan oleh Rasulullah SAW, namun hukumnya hanya Sunnah bagi
umatnya.
<!--[if !supportLists]--><!--[endif]-->Shalat Dhuha’
Shalat dhuha’ yang hukumnya Sunnah bagi kita, namun bagi Nabi
hukumnya wajib.
<!--[if !supportLists]--><!--[endif]-->Qiyamullail
Demikian juga dengan shalat malam (qiyamullaih) dan dua rakaat fajar.
Hukumnya Sunnah bagi kita tapi wajib bagi Rasulullah SAW.
<!--[if !supportLists]--><!--[endif]-->Bersiwak
Selain itu juga ada kewajiban bagi beliau untuk bersiwak, padahal bagi
umatnya hukumnya hanya Sunnah saja.
<!--[if !supportLists]--><!--[endif]-->Bermusyawarah
Hukumnya wajib bagi Nabi SAW namun Sunnah bagi umatnya
<!--[if !supportLists]--><!--[endif]-->Menyembelih kurban (udhhiyah)
Hukumnya wajib bagi Nabi SAW namun Sunnah bagi umatnya.
<!--[if !supportLists]-->3. <!--[endif]-->Yang haram bagi Nabi tapi boleh bagi
ummatnya
<!--[if !supportLists]--><!--[endif]-->Menerima harta zakat
Semiskin apapun seorang Nabi, namun beliau diharamkan menerima
harta zakat. Demikian juga hal yang sama berlaku bagi keluarga beliau
(ahlul bait).
<!--[if !supportLists]--><!--[endif]-->Makan makanan yang berbau
Segala jenis makanan yang berbau kurang sedang hukumnya haram bagi
beliau, seperti bawang dan sejenisnya. Hal itu karena menyebabkan tidak
mau datangnya malakat kepadanya untuk membawa wahyu.
Sedangkan bagi umatnya, hukumnya halal, setidaknya hukumnya
makruh. Maka jengkol, petai dan makanan sejenisnya, masih halal dan
tidak berdosa bila dimakan oleh umat Muhammad SAW.
<!--[if !supportLists]--><!--[endif]-->Haram menikahi wanita ahlulkitab
Karena isteri Nabi berarti umahat muslim, ibunda orang-orang muslim.
Kalau isteri Nabi beragam nasrani atau yahudi, maka bagaimana mungkin
bisa terjadi.
Sedangkan bagi umatnya dihalalkan menikahi wanita ahli kitab,
sebagaimana telah dihalalkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran surat Al-
Maidah ayat 3.
Selain hal-hal yang diuraikan di atas, perbuatan-perbuatan Nabi Muhammad
sebelum kerasulan bukan merupakan sumber hukum dan tidak wajib diikuti.
Walaupun oleh sejarah dicatat bahwa perbuatan dan perkataan Nabi selalu
terpuji dan benar, sehingga beliau mendapatkan gelar Al-Amin. Akan tetapi
kehiupannya waktu itu bisa dijadikan sebagai suatu contoh yang sangat baik bagi
kehidupan setiap setiap muslim. Sebagaimana bolehnya kita mengambil contoh
atas perbuatan-perbuatan yang baik walaupun dari orang luar Islam sekalipun.
Semua contoh di atas merupakan hasil istimbath hukum para ulama dengan
cara memeriksa semua dalil baik yang ada di dalam Al-Quran maupun yang ada di
dalam Sunnah Nabi SAW.
KESIMPULAN
Dari semua yang telah diuraikan sebelumnya telah, dapat diambil beberapa
kesimpulan pokok sebagai berikut:
<!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]-->Secara bahasa, hadits dapat berarti baru, dekat
dan khabar (cerita). Sedangkan menurut istilah, hadits berarti segala perkataan,
perbuatan dan taqrir atau persetujuan yang disandarkan pada Nabi Muhammad
SAW (aqwal, af’al wa taqrir).
<!--[if !supportLists]-->2. <!--[endif]-->Peran dan kedudukan Hadits adalah sebagai
tabyin atau penjelas dari Al-Qur’an dan juga menjadi sumber hukum
sekunder/kedua_setelah Al-Qur’an.
<!--[if !supportLists]-->4. <!--[endif]-->Dalam hubungannya dengan Al-Qur’an, As-
Sunnah memiliki beberapa fungsi seperti; bayan tafsir yang menerangkan ayat-
ayat yang sangat umum, mujmal dan musytarak; Bayan Taqrir, berfungsi untuk
memperkokoh dan memperkuat pernyataan Al-Qur’an, dan; Bayan Taudhih,
yaitu menerangkan maksud dan tujuan sesuatu ayat Al-Qur’an
<!--[if !supportLists]-->3. <!--[endif]-->Dalam beberapa kasus, As-Sunnah dapat saja
berdiri sendiri dalam menentukan hukum, hal ini didasarkan pada
keterpeliharaan Nabi dari dosa dan kesalahan, khususnya dalam bidang syariat.
Dan hal ini terbatas pada suatu perkara yang Al-Qur’an tidak menyinggungnya
sama sekali, atau sulit ditemui dalil-dalilnya dalam Al-Qur’an.
Tidak semua perbuatan Nabi Muhammad merupakan sumber hukum yang harus
diikuti oleh umatnya, seperti perbuatan dan perkataannya pada masa sebelum
kerasulannya.
Istilah Di Dalam HadithHome
AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN
| ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK
Di antara istilah-istilah yang digunakan itu ialah:
1. Sanad: iaitu jalan yang menyampaikan kepada hadith.
2. Isnad: iaitu menyebutkan hadith itu kepada orang yang mengatakannya.
Sanad dan isnad hampir sama ertinya; keduanya adalah penting untukmenentukan nilaian hadith. 'Abdullah bin Mubarak berkata:
"Isnad adalah dari urusan agama, dan kalaulah tidak kerana isnad,nescaya berkatalah orang yang mau apa yang ia mau berkata."
3. Musannid: iaitu orang yang meriwayatkan hadith dengan isnadnya.
4 Musnad: iaitu kitab yang dikumpulkan hadith di dalamnya,yang diriwayatkan dari seorang sahabat atau lebih.
5. Matan: iaitu hadith nabi (s.a.w) yang di akhir sanad.
6. Riwayat: iaitu memindahkan hadith dari seorang kepada seorang yanglain, dan orang yang memindahkan disebut rawi.
7. Istikhraj dan Ikhraj: iaitu mengambil sesuatu hadith dari sesuatukitab, dan mencari sanad yang lain dari sanad penyusun kitab itu, atau
menerangkan bahawa hadith itu dipindahkan oleh penyusun dari kitab yanglain; umpamanya dikatakan: Akhrajah Al-Bukhari, ertinya: mengeluarkan
hadith itu oleh Imam Bukhari; maksudnya ada disebut di dalam Bukhari dania memindahkannya ke dalam kitabnya.
8. Muhaddis: iaitu orang yang banyak menghafaz hadith serta mengetahuisifat-sifat orang yang meriwayatkan tentang 'adil dan kecacatannya.
9. Hafiz: iaitu orang yang menghafaz sebanyak 100,000 hadith denganisnadnya.
10. Hujjah: iaitu orang yang menghafaz sebanyak 300,000 hadith denganisnadnya.
11. Hakim: iaitu orang yang meliputi 'ilmunya dengan urusannya hadith.
Pandangan seorang ustaz
Sunnah mempunyai kedudukan yang utama dalam Islam apabila ianya
merupakan sumber rujukan kedua dan terpenting selepas Al-Quran al-karim.
Oleh yang demikian kefahaman mengenai sunnah adalah sangat mustahak
untuk diketahui oleh umat Islam kerana kesilapan dalam memahami sunnah
akan banyak menimbulkan masalah dan menghasilkan kesalahan di dalam
beramal menurut apa yang dikehendaki oleh Islam.
Ramai orang Islam hari ini kerap menyandarkan sesuatu perbuatan sebagai
sunnah dan ada pula kelompok umat Islam yang menamakan diri mereka
sebagai ahlul sunnah dan menyalahkan orang lain yang mempunyai
pemikiran dan pendapat yang berlawanan dengan mereka.
Apakah pendapat sunnah di dalam sesuatu masalah ? Bagaimana kita boleh
mengetahui apakah kehendak sunnah di dalam sesuatu hal ? Apakah sunnah
mempunyai suara untuk bercakap dan mengatakan kepada orang ramai ini
pendapatku dan sesiapa yang menyelisihinya ialah bid’ah dan menyalahi
ku !
Jawapannya tidak, yang bercakap itu bukan sunnah atau hadis Muhammad
salalallahualaihiwassalam.
Pemilik sunnah iaitu Muhammad Salalallahualaihiwassalam sudah lama
meninggal dunia dan setelah baginda wafat maka sunnah itu diwariskan
kepada para sahabat radiallahuanhum (semoga Allah meredhai mereka) dan
sunnah itu kemudian diperturunkan kepada anak-anak mereka sehinggalah
akhirnya ia dibukukan dan disimpan di dalam naskah-naskah tulisan para
ulama hadis di dalam kitab-kitab hadis mereka.
Sunnah ialah hadis-hadis yang berupa perbuatan, percakapan, sifat dan
perihal Nabi serta apa-apa yang datang daripada nabi
salallahualaihiwassalam.
Sunnah tidak boleh bercakap untuk memberitahu kehendaknya
Sunnah kekal sehingga ke hari ini di dalam naskah-naskah buku para ulama
hadis yang gigih mengumpulkannya. Namun kewujudan sunnah tidak lebih
daripada sekadar tulisan-tulisan bahasa arab yang memerlukan kepada
seorang fakih, seorang ulama, seorang yang alim dengan ilmu-ilmu islam
untuk membacanya, untuk memahaminya, untuk mengajarkannya kepada
orang ramai, untuk mengeluarkan hukum-hukum yang terdapat di dalamnya.
Seorang manusia yang boleh bercakap diperlukan untuk menjelaskan
maksud sunnah, ajaran sunnah dan panduan daripada sunnah.
Seorang manusia diketahui melakukan kesilapan, memiliki pengetahuan
yang terhad, terdedah kepada penafsiran yang berbeza, kefahaman yang
berbeza, pendapat yang berbeza dan seorang manusia itu sentiasa tertakluk
kepada suatu prinsip alam iaitu akan ada sentiasa orang yang lebih alim
daripadanya.
Oleh itu apabila seseorang mengeluarkan sebuah hukum daripada As-
sunnah yakni hadis-hadis nabi salallahualaihiwassalam maka kita perlu
menyedari bahawa orang yang bercakap mengatakan hukum ini adalah
sebegini dan sebegitu adalah seorang manusia dan bukan hadis itu yang
bercakap.
Hukum yang terhasil daripada As-sunnah atau pendapat yang dibina
daripada as-sunnah yakni hadis-hadis nabi salallahualaihiwassalam ialah
dikeluarkan oleh manusia dan seseorang manusia itu tidak boleh mendakwa
tafsirannya itu atau pendapatnya itu yang disandarkan kepada hadis sebagai
menduduki status sunnah yang wajib ditaati dan diikut oleh orang ramai
selama hal tersebut belum menjadi ijmak para ulama dan ianya belum
mutlak.
Banyak hadis yang tidak multak maksudnya kepada sesuatu hal sebaliknya
hadis-hadis yang menjadi prinsip Islam sewajarnya mendokongi atau
mempunyai persamaan dengan sifat Islam itu sendiri yang bersifat universal,
untuk semua manusia, menjaga maslahat, sesuai dengan statusnya sebagai
sunnah yang menjadi ikutan manusia.
Misalnya hadis berkenaan doa nabi untuk hidup sebagai seorang yang
miskin,
9ه;م9 Aي الل Aن ي DحF Iا أ كAين DسAي ، مA Dن FمAت Iا وFأ كAين DسAي ، مA ن Dر ةA فAي وFاحDش; FرDم AينA ز; اك FسFمD FوDمF ال FامFةA ي DقAي ال
Yang bermaksud : “Ya Allah, hidupkanlah aku sebagai seorang yang miskin
dan matikanlah aku sebagai seorang yang miskin dan himpunkanlah aku
(selepas bangkit daripada mati) bersama dengan dengan golongan yang
miskin di hari kiamat.”
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi dari jalan Anas bin Malik ra dan
beliau mengatakan hadis ini gharib. Manakala Imam Ibn Majah pula turut
meriwayatkan hadis ini dari jalan Abi Said Al-khudri tetapi ianya didhaifkan
oleh ramai ulama.
Bagi orang awam yang tidak memahami sunnah, mereka akan mudah
terkeliru dengan dakwaan sesetengah pihak bahawa sunnah nabi itu ialah
hidup dengan miskin. Ini ditambah lagi apabila ada orang kemudian
membacakan hadis ;
النساء أهلها أكثر فرأيت النار في وأطلعت الفقراء أهلها أكثر فرأيت الجنة في اطلعت
Yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam syurga dan aku mendapati
kebanyakkan penghuninya ialah orang yang fakir dan aku melihat di dalam
api neraka dan aku mendapati kebanyakkan orang di dalamnya ialah
perempuan.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim serta lain-lain)
Hakikatnya maksud hadis adalah tidak sama di antara satu sama lain dan
sunnah Islam sama sekali bukanlah kehidupan yang misikin. Ini kerana di
dalam hadis yang lain Nabi salalallahualaihiwassalam pernah menyebutkan
bahawa kefakiran itu adalah ujian dan fitnah serta meminta perlindungan
daripadanya.
والفقر الكفر من بك أعوذ إني اللهم
Yang bermaksud : Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kekufuran
dan kefakiran.” (hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Nasaie)
Baginda rasulullah meminta dijauhkan daripada kefakiran sama seperti
baginda meminta dijauhkan daripada kekufuran. Ini diperjelaskan oleh para
ulama bahawa yang dimaksudkan fakir di dalam hadis yang awal berkenaan
galakan menjadi fakir itu sebenarnya bukanlah menunjukkan kepada
galakan untuk menjadi miskin yang kurang harta serta melarat sehingga
terpaksa meminta sedekah kerana Islam mencela perbuatan meminta-minta.
Sebaliknya kefakiran itu merujuk kepada kezuhudan dan kerendahan diri
serta tidak bongkak dan sombong. Hal inilah yang disebut oleh Al Imam Ibn
Asir ra bahawa yang dikehendaki oleh hadis ialah tawadhuk dan kerendahan
hati agar tidak menjadi sombong dan takabur. Ini diperkuatkan lagi oleh
maksud Miskin yang disebut di dalam Lisan Al-Arab oleh Ibn Manzur bahawa
Miskin itu bermaksud tunduk dan merendah diri.
Banyak lagi hadis yang kita lihat tersebar di dalam masyarakat lalu menjadi
dalil atau hujah sandaran kepada pihak tertentu bahawa hadis itu adalah
menyokong pendapat mereka.
Perbuatan Itu ialah sebuah penipuan dan kedustaan di atas nama as-sunnah.
Ramai orang melakukannya apabila mereka berpendapat dengan sesuatu
pendapat yang terhasil daripada kefahaman mereka sendiri terhadap hadis-
hadis nabi lalu menyuruh orang ramai beriman dan menerima KEFAHAMAN
mereka itu sebagai kehendak sunnah.
Mereka membacakan firman Allah SWT
“Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa
yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah.” (Al-hasyr : 7)
Mereka menyamakan pendapat mereka itu sebagai perkataan dan pendapat
rasul serta beranggapan kefahaman mereka itu sebagai kefahaman yang
dikehendaki oleh Allah dan rasul sedangkan sangat jauh kefahaman mereka
itu daripada prinsip Islam, sangat tersasar daripada keadilan dan rahmat lalu
bagaimana ianya boleh menjadi as-sunnah ?
Sangat dusta dan berat dakwaan ini dan balasan azab bagi mereka yang
berdusta di atas nama rasulullah salallahualaihiwassalam adalah seperti
yang disabdakan : “Barangsiapa yang berdusta ke atas aku dengan sengaja
maka siaplah tempatnya daripada api neraka.” (hadis riwayat Bukhari dan
Muslim)
Hadis dan as-sunnah tidak bercakap kerana mereka adalah tulisan yang
kekal diwariskan sepanjang zaman. Sunnah tidak mempunyai mulut dan
tidak boleh menjelaskan kehendak mereka sendiri tetapi mereka kaku dan
menanti serta menunggu manusia untuk datang membaca mereka dan
memahami kehendak mereka dengan ilmu dan hidayah daripada Allah SWT.
Ilmu hasil daripada pengajian yang mendalam dan pengamatan yang teliti
terhadap sunnah dan pengkajiannya sehingga memahami kehendak-
kehendak sebenar sunnah dan hidayah daripada Allah SWT pula adalah lebih
penting kerana persoalan kefahaman bukanlah boleh dimiliki dari hanya
sekadar usaha sebaliknya dengan pertunjuk dan rezeki daripada Allah SWT
semata-mata.
“Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam
tentang Al Quran dan As Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-
Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, dia benar-benar
telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang
berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).” (Al-
Baqarah : 269)
Wujud sebuah hadis yang digunakan sebagai hujah oleh seorang ulama
untuk mengatakan hukum sesuatu perbuatan sebagai haram dan hadis yang
sama itu jugalah dijadikan hujah oleh seorang ulama yang lain untuk
mengatakan ianya harus. Ada kalanya sebahagian ulama melihat sesuatu
hadis itu mengandungi hukum dan sebahagian ulama yang lain pula
memandang hadis tersebut tiada membawa hukum.
Sunnah dan hadis kekal tiada berat sebelah kepada mana-mana pihak
kerana kedudukannya sebagai sumber rujukan yang suci dan mulia
sepanjang zaman.
Tetapi manusia sepanjang zaman mempergunakan sunnah, mendakwa
sesuatu amalan itu sebagai sunnah, mengatakan hukum itu dan ini dengan
bersandarkan kepada sunnah dan semua yang bercakap dan didengari oleh
orang ramai tentang hukum itu dan hukum ini yang disandarkan kepada
hadis atau sunnah adalah bukan dicakapkan sendiri oleh as-sunnah tetapi
oleh manusia !
Hadis mesti difahami dengan Ilmu
Para ulama memiliki alasan dan kebenaran untuk mengambil hukum dan
mengeluarkan pendapat mereka daripada Al-Quran dan al-hadis yang mana
perbuatan itulah yang dimaksudkan dengan al-ijtihad. Pendapat mereka itu
boleh diikuti oleh orang awam bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT dan
boleh diamalkan sebagai hujah kerana ijtihad tidaklah dibuat secara
semberono sebaliknya oleh hasil ilmu dan penelitian yang kukuh.
Namun perbuatan mewajibkan pendapat ulama dan tokoh tertentu kepada
orang lain dan menanamkan kepercayaan bahawa pendapat tersebut
sebagai Sunnah dan amalan yang dibuat menurut pendapat seseorang
ulama terhadap hadis nabi salallahualaihiwassalam sebagai sunnah adalah
salah.
Kita melihat hal ini berleluasa dalam masyarakat apabila hadis berkenaan
pakaian, dijadikan hujah pihak tertentu untuk mendakwa ianya sunnah. Kod
etika tertentu diwujudkan atas pendapat manusia yang berdalilkan kepada
hadis sedangkan Islam dan segala sifat-sifatnya yang mulia tidak dapat
berjalan seiringan dengan hadis dan kefahaman orang tersebut.
Misalnya kita melihat ramai anak-anak muda berpakaian sinting seluarnya
agar tidak melabuhi buku lali. Apabila ditanya maka mereka menjawab
bahawa perbuatan itu mencontohi ajaran nabi (yang mereka maksudkan
sebagai sunnah) seperti di dalam hadis Abi Zar ra yang menyebut bahawa
baginda bersabda :
عليه الله صلى الله رسول فقالها أليم عذاب ولهم ، واليزكيهم ، القيامة يوم الله اليكلمهم ثالثة
سلعته والمنفق المنان: قال الله يارسول هم من وخسروا خابوا : فقلت ، مرار ثالث وسلم
ازاره والمسبل بالحلف
Yang bermaksud : “ Tiga golongan orang yang Allah tidak akan bercakap-
cakap dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka daripada
dosa dan noda malah disiapkan untuk mereka dengan seksa yang sangat
pedih. Baginda mengulang kata-kata itu sebanyak tiga kali. Lalu (kata Abu
Zar) aku pun menambah, malang , kecewa dan rugilah mereka : Siapakah
mereka itu wahai Rasulullah?. Maka Beginda menjawab Al Mannan atau
orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, orang yang melariskan
barang jualannya dengan sumpah (palsu) dan orang yang melabuhkan
pakaiannya. (hadis diriwayatkan oleh Muslim)
Manakala hadis yang lain berbunyi :
النار ففي اإلزار، من الكعبين من أسفل ما
Yang bermaksud : “Barangsiapa yang melabuhkan pakaiannya melebihi
buku lali maka dia di neraka.” (hadis riwayat Bukhari)
Kesemua hadis berkenaan Isbal ini (perbuatan melabuhkan pakaian melebihi
buku lali) adalah bermaksud melarang orang daripada sombong dan
perlakuan bongkak di dalam pemakaian.
Manakala dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar ra
bahawasanya Rasulullah salalalhualaihiwassalam pernah bersabda:
"Barangsiapa yang melabuhkan pakaiannya karena sombong, maka Allah
tidak akan melihatnya pada hari kiamat!" Abu Bakar pun bertanya, "Ya
Rasulullah, kain sarungku sering terlondeh kecuali bila aku menjaganya!"
(bermaksud pakaian beliau sering menjadi labuh kerana terlondeh)
Rasulullah menjawab, "Engkau bukanlah termasuk orang yang
melakukannya kerana sombong.” (hadis riwayat Bukhari)
Para ulama seperti Imam Ibn Abd Bar menyebutkan bahawa perbuatan
melabuhkan pakaian tanpa memiliki sifat sombong tidaklah diancam dengan
neraka tetapi perbuatan melabuhkan pakaian itu adalah tercela. Demikian
juga Al-Imam Ibn Hajar ketika mensyarahkan hadis berkenaan Isbal
(melabuhkan pakaian melebihi buku lali) turut menjelaskan bahawa
hukumnya tidaklah haram jika melakukannya tanpa kesombongan.
Salah satu daripada sifat Islam itu berbentuk alamiyah yakni universal,
ajaran isbal ini sebenarnya dibawa oleh hadis bagi bertujuan menunjukkan
adab pakaian dalam Islam yang perlu dijaga daripada sifat buruk dan tercela
seperti sombong.
Penetapan had pakaian seperti menyingkap/singkatkan pakaian bagi lelaki
sehingga tidak melabuhi separuh betis seperti sangkaan orang ramai
bahawa ianya sunnah adalah menyalahi syarak dan akal manusia yang
waras. Ini disebabkan kerana faktor yang pelbagai dan amalan sedemikian
mustahil dikehendaki oleh Allah SWT dan hadis nabi salallahualaihiwassalam
melainkan mereka yang jahil akan ilmu-ilmu Islam.
Penduduk Islam yang tinggal di negara-negara Eropah yang sejuk dengan
suhu 17-20 darjah Celsius atau sehingga ke paras negatif pada waktu-waktu
musim sejuk adalah sukar untuk mengamalkan sunnah yang didakwa oleh
sesetengah orang ini dan sekaligus membunuh sifat Islam itu sendiri yang
merupakan alamiyah (universal) bukan hanya terhad kepada kebangsaan
dan geografi arab.
Berkait hal ini Al-Imam Bukhari telah meletakkan sebuah ayat Allah daripada
surah Al-A’raaf ayat 32 di dalam Kitab hadis sahihnya pada bab pakaian.
“Katakanlah: "Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah
yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa
pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik?" Katakanlah:
"Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam
kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat."
Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang
mengetahui” (Al-A’raaf : 32)
Kesimpulannya ramai orang sering menyalah anggap maksud sunnah
dengan kekeliruan lantaran penafsiran yang salah oleh para guru dan ustaz
yang tidak mencapai darjat yang kukuh dalam ilmu. Hal semacam ini suatu
kesedihan apabila kita melihat para ulama dan imam-imam terdahulu tidak
dipelajari ilmu mereka dan tidak diteladani akan ketaqwaan dan kesolehan
mereka.
Ilmu tanpa taqwa adalah tidak bermakna dan tidak bermanfaat kerana
matamat ilmu seharusnya membawa manusia dekat kepada Allah SWT
bukan menjauhkan dan menambah kedegilan atau keras di hati. Kita melihat
ramai anak-anak muda melangkaui para ulama terdahulu dari kaum salaf
dengan kata-kata dan tuduhan yang begitu mudah.
Ramai anak muda dan para ustaz yang mendakwa sebagai ahli sunnah
menganggap bahawa para Imam-imam terdahulu boleh tersalah, terkeliru
dan berpendapat bahawa apabila seseorang imam itu semisal Imam Syafie,
Malik dan Abu Hanifah mengatakan sesuatu yang bercanggah dengan hadis
maka hendaklah ditinggalkan pendapatnya.
Kata-kata ini benar diungkapkan oleh mereka, seperti kata "Jika sahih
sesuatu hadis maka itulah mazhabku (peganganku)" seperti yang pernah
diungkapkan oleh Imam Syafie rahimahullah. (Sila rujuk Imam An-Nawawi
dalam kitabnya Al-Majmuk). Namun para ulama dan imam-imam salaf jauh
sekali memahami hadis dan menerima hadis seperti kita memahami
sesebuah hadis. Kesahihan sanad dan status sesebuah hadis hanyalah
membolehkan ianya diterima sebagai benar datang daripada nabi
salallahaulaihiwassalam.
Manakala untuk mengeluarkan hukum dan menetapkan apakah kehendak
hadis tersebut maka sebuah ilmu yang lain dan berbeza diperlukan dan
ianya lebih dari sekadar ilmu hadis. Apakah para imam tidak mengetahui
hadis tersebut jika kita yang menyelongkarnya seharian sahaja sudah
menemuinya ?
Hadis tidak dibaca secara zahir begitu sahaja
Mereka para imam umat Islam yang mengabdikan diri sepanjang hayat
mengkaji dan mendalami ilmu islam serta menyusun prinsip-prinsip syarak
sering melalui hadis-hadis tertentu namun tidak menetapkannya sebagai
memiliki “keperluan hukum” sehingga tidak beristinbat dengannya atau
mengeluarkan hukum.
Oleh itu apabila hadis yang sama ditemui oleh orang yang terkemudian
daripada mereka hendaklah dilihat apakah komen dan ulasan para imam
yang terdahulu. Ini diperlukan bagi mengelak ramainya orang yang
melakukan kesilapan dalam berhujah menggunakan hadis dengan cara dan
kaedah yang salah.
Itulah yang berlaku pada hari ini apabila orang ramai difatwakan untuk
menuruti pemikiran segolongan manusia yang ingin memonopoli nama
sunnah dan mahu menjadi jurucakap kepada as-sunnah.
Sedang sunnah tidak mengakuinya, sunnah tidak pernah bias kepada
sesiapa.