sumbangan

4
SUMBANGAN HAMKA Hamka memperolehi pelbagai ilmu pengetahuan melalui belajar sendiri. Melalui bacaan yang luas dan pengamatan yang tajam, beliau menyerap pelbagai pemikiran yang kemudian membentuk keperibadian dan mematangkkan pengalamannya. Pemikiran Hamka secara am meliputi empat hal, iaitu agama, sastera, politik dan falsafah atau kebudayaan. Dalam bidang agama pemikiran dan kemampuan Hamka sangat menonjol dalam bidang ilmu tafsir, tasauf, dakwah dan sejarah Islam. Dalam bidang agama secara tidak alngsung Hamka dipengaruhi oleh pemikiran keagamaan Muhammad Abduh (1849-1905 M) dan Ibn Taymiyyah (661-728 H), khasnya dalam hal ehwal prinsip-prinsip dasar keyakinan beragama. Sedangkan dalam bidang tasawuf, beliau banyak dipengaruhi oleh Abu Hamid al-Ghazali (1058-1111 M). Adapun dalam bidang sastera, Hamka dipengaruhi oleh pemikiran Mustafa Lutfi Al-Manfaluti (1876-1924) Beliau menggunakan kemahiran bahasa Arabnya untuk menyelidik karya-karya sarjana timur tengah seperti Jurji Zaidan, Abas Mahmud Al-Aqod dan Mustofa Almanfaluti serta karya sarjana barat yang diterjemahkan ke bahasa Arab seperti Carl Marx dan Arnold Tonybee. Melalui pembacaan itu juga, ini telah menjadikan Hamka gigih dalam mengembangkan dakwah Islamiah Di Nusantara. Sebenarnya Hamka bukanlah seorang insan biasa tetapi dianugerahkan oleh Allah SWT kepada ummah serata alam. Ini kerana, ketika Hamka berumur 17 tahun lagi, beliau telah berdakwah dengan menerbitkan majalah Khatibul Ummah. Tambahan itu, semasa berada di Mekah pada 1927M, beliau telah menubuhkan sebuah persatuan Hindia Timur yang bertujuan untuk memberi pelajaran agama kepada jemaah haji Indonesia. Setelah itu, Hamka juga melibatkan diri dengan pertubuhan Muhammadiah dan mengetuai cawangannya di Padang Panjang. Beliau juga pada tahun 1935M, Hamka telah mengasaskan Kolej Al-Muballighin. Setahun kemudian juga, beliau menerbitkan majalah Pedoman bagi memberi kefahaman kepada masyarakat Islam pada masa itu dan

Upload: syauqi-ahmad

Post on 24-Apr-2015

93 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ssss

TRANSCRIPT

Page 1: sumbangan

SUMBANGAN HAMKA

Hamka memperolehi pelbagai ilmu pengetahuan melalui belajar sendiri. Melalui bacaan yang luas dan pengamatan yang tajam, beliau menyerap pelbagai pemikiran yang kemudian membentuk keperibadian dan mematangkkan pengalamannya. Pemikiran Hamka secara am meliputi empat hal, iaitu agama, sastera, politik dan falsafah atau kebudayaan. Dalam bidang agama pemikiran dan kemampuan Hamka sangat menonjol dalam bidang ilmu tafsir, tasauf, dakwah dan sejarah Islam. Dalam bidang agama secara tidak alngsung Hamka dipengaruhi oleh pemikiran keagamaan Muhammad Abduh (1849-1905 M) dan Ibn Taymiyyah (661-728 H), khasnya dalam hal ehwal prinsip-prinsip dasar keyakinan beragama. Sedangkan dalam bidang tasawuf, beliau banyak dipengaruhi oleh Abu Hamid al-Ghazali (1058-1111 M). Adapun dalam bidang sastera, Hamka dipengaruhi oleh pemikiran Mustafa Lutfi Al-Manfaluti (1876-1924)

Beliau menggunakan kemahiran bahasa Arabnya untuk menyelidik karya-karya sarjana timur tengah seperti Jurji Zaidan, Abas Mahmud Al-Aqod dan Mustofa Almanfaluti serta karya sarjana barat yang diterjemahkan ke bahasa Arab seperti Carl Marx dan Arnold Tonybee. Melalui pembacaan itu juga, ini telah menjadikan Hamka gigih dalam mengembangkan dakwah Islamiah Di Nusantara. 

Sebenarnya Hamka bukanlah seorang insan biasa tetapi dianugerahkan oleh Allah SWT kepada ummah serata alam. Ini kerana, ketika Hamka berumur 17 tahun lagi, beliau telah berdakwah dengan menerbitkan majalah Khatibul Ummah. Tambahan itu, semasa berada di Mekah pada 1927M, beliau telah menubuhkan sebuah persatuan Hindia Timur yang bertujuan untuk memberi pelajaran agama kepada jemaah haji Indonesia. Setelah itu, Hamka juga melibatkan diri dengan pertubuhan Muhammadiah dan mengetuai cawangannya di Padang Panjang. Beliau juga pada tahun 1935M, Hamka telah mengasaskan Kolej Al-Muballighin. Setahun kemudian juga, beliau menerbitkan majalah Pedoman bagi memberi kefahaman kepada masyarakat Islam pada masa itu dan semenjak itu beliau telah menerbitkan majalah berunsurkan dakwah seperti Menara, Merdeka, Pemandangan, Panji Masyarakat dan Gema Islam. Pada tahun 1953M, Hamka dilantik menjadi anggota pimpinan pusat Muhammadiah.

Sumbangan Hamka dalam bidang Ilmu Dan Pemikiran terlalu banyak untuk diperkatakan. Antaranya, Hamka membawa pembaharuan kepada umat Islam dengan karya-karya agama, kesusasteraan dan falsafah yang menyentuh secara langsung kehidupan umat Islam. Selain

Page 2: sumbangan

itu, Hamka merupakan penerus idea Islah yang dibawa oleh Syed Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh.

Beliau juga menggunakan akhbar dan majalah untuk mengajak umat Islam mengkaji sebahagian kefahaman yang bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Karya beliau seperti Tafsir A-Azhar telah membuka minda masyarakat Indonesia malah masyarakat antarabangsa amnya.

Sumbangan pemikiran Hamka dalam ilmu sejarah Melayu juga amat besar. Walaupun Hamka tidak dididik secara formal sebagai seorang sejarawan, namun tulisannya menepati kehendak disiplin ilmu dalam bidang itu bagi membolehkan karyanya dijadikan sebagai bahan rujukan (Muhammad Redzuan, 2008). Dalam buku beliau bertajuk Sejarah Umat Islam (1961M), Hamka telah menghuraikan tentang asal usul bangsa, bahasa dan agama orang Melayu sejak zaman dahulu sehinggalah kedatangan agama Hindu dan Buddha. Seterusnya, beliau menerangkan tentang penyebaran agama Islam ke Alam Melayu. Melalui perbincangannya, Hamka menghuraikan pengaruh dan kesan mendalam Islam ke atas masyarakat Melayu. Tidak ketinggalan, beliau juga menyentuh tentang pertembungan yang berlaku antara Islam dan penjajah Barat pada abad ke-16 dan ke-17.

Untuk menghargai ketokohannya telah membawa kepada penerimaan pelbagai anugerah seperti Doktor Kehormat dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hamka juga tidak menghadkan penulisan dalam soal agama sahaja malah falsafah dan sastera. Hasil-Hasil Karya Hamka antaranya:

Dalam bidang agama

• Tafsir Al-Azhar• Tasawuf Moden• Panduan Mubaligh Islam• Sejarah Umat Islam• Revolusi Agama

Dalam bidang falsafah

• Falsafah Hidup• Lembaga Hidup • Fasafah Ideologi Islam• Pandangan Hidup Muslim• Ekspensi Ideologi

Page 3: sumbangan

Dalam bidang sastera

• Tenggelamnya kapal Van Der Wijck• Dibawah Lindungan Kaabah• Laila Majnun• Mandi Cahaya di Tanah Suci• Menunggu Beduk Berbunyi• Arkan Islam

Untuk menyorot perjuangan Hamka, beliau juga mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk meyekat kemaraan Belanda di Indonesia. Selain itu, beliau menganggotai Pertubuhan Muhammadiah dan menentang khurafat, bid’ah, dan tarikat kebatinan yang sesat. Hasilnya, beliau menubuhkan Pusat Latihan Dakwah Muhammadiah bagi membendung gejala tersebut. 

Hamka menggunakan penulisan dan pidato untuk meyebarkan ajaran Islam yang sebenar dan dengan menggunakan dua medium tersebut, beliau telah mengkritik kepincangan pentadbiran kerajaaan Indonesia dan ini telah menyebabkannya dipecat daripada jawatan ketua umum Majlis Ulama Indonesia (MUI).

Beliau pernah dipenjarakan bersama-sama tokoh-tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia (MASYUMI). Namun, beliau menganggap perkara tersebut ada ujian yang menguji ketabahan dan mematangkan pemikirannya.

Penulis ialah Nor Hafiz Razali, pelajar Tahun Akhir Diploma Pengurusan Pentabdiran Unisel dan sedang melakukan Latihan Industri di Pejabat Mara Daerah Jelebu Negeri Sembilan dan terima kasih kepada adik Muizzah atas maklumnat Hamka di blog beliau.