tamadun islam present sumbangan

49
Sumbangan dalam Tamadun Islam AHLI KUMPULAN: 1) MUHAMMAD RAZAIE BIN WAHAD (CB140030) 2) MUHAMAD ISMAIL BIN MOHD JAMIL (CB140008) 3) MOHAMAD AZMAN BIN JAMALUDDIN (CB140031) 4) MUHAMAD FARILDUAN HAFIS BIN NANYAN (CB140073) 5) FATIN NAJIHAH BINTI ABDUL HALIM (CB140061) 6) NURUL AAINAA BINTI KAMALUDDIN (CB140166) 7) SITI NURAMILIA BINTI SALIM (CB140094) 8) HANIS NADIRAH BT MAZNI (CB140158) 9) IDA ADILA BINTI AHMAD (CB140057) 10) NURAIN BINTI TANZIZI (CB140132)

Upload: fatinhalim

Post on 09-Nov-2015

374 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Tamadun Islam

TRANSCRIPT

Slide 1

Sumbangan dalam Tamadun Islam AHLI KUMPULAN:MUHAMMAD RAZAIE BIN WAHAD (CB140030)MUHAMAD ISMAIL BIN MOHD JAMIL (CB140008)MOHAMAD AZMAN BIN JAMALUDDIN (CB140031)MUHAMAD FARILDUAN HAFIS BIN NANYAN (CB140073)FATIN NAJIHAH BINTI ABDUL HALIM (CB140061)NURUL AAINAA BINTI KAMALUDDIN (CB140166)SITI NURAMILIA BINTI SALIM (CB140094)HANIS NADIRAH BT MAZNI (CB140158)IDA ADILA BINTI AHMAD (CB140057)NURAIN BINTI TANZIZI (CB140132)

BIDANGPERUBATAN

SEJARAH PERUBATAN SEBELUM KEDATANGAN ISLAMIlmu Perubatan telah diambil dari pengaruh tamadun kuno dan dimajukan lagi sejajar dengan perkembangan tamadun Islam.Ilmu kuno itu berasal dari ilmu perubatan Yunani atau Hippocrates dan juga amalan-amalan perubatan dari Tamadun India dan China (Ismail Saad 1985). Pengaruh-pengaruh kuno ini kemudiannya dimajukan lagi dengan disiplin ajaran Islam dan dibentuk dengan acuan Islam (Nizaita Omar 2006).Kemajuan perubatan yang diasaskan dan dibentuk daripada konsep aliran Yunani ini mulai runtuh kira-kira 200 tahun sebelum Hijrah yang berpunca daripada peperangan, penyakit yang merebak yang melanda umatnya serta serangan puak Barbarian yang menyerang Itali lalu meruntuhkan empayar Rom (Ismail Saad 1985).

SEJARAH PERUBATAN SELEPAS KEDATANGAN ISLAMPerkembangannya amat menyerlah dan disokong sebagai fardhu kifayah yang lebih utama dari fardhu kifayah yang lain (al-Qardawi 1995). Kegemilangan ilmu perubatan Islam berpunca daripada kesyumulan dan keagungan Islam yang tidak menolak sebarang bentuk ilmu kepada umatnya walaupun ianya daripada bukan Islam (Nizaita Omar 2006). Sifat keterbukaan yang wujud dalam budaya ketamadunan dan keilmuan Islam ini merupakan faktor dalaman yang mendorong umat Islam menguasai ilmu sains dengan cemerlang dan gemilang, sehingga aplikasi dan implikasi sains juga menjadi lebih realistik dan bukan sekadar mistik (Alias Azhar 2010). Perkembangan ilmu perubatan Islam dapat dibahagi kepada dua tahap, tahap pertama era penterjemahan dan tahap kedua era penciptaan dan perkembangan (Mohd Koharuddin 2002)

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM ILMU PERUBATANAmalan perubatan Islam dipecahkan kepada 7 bahagian, iaitu penyembuhan, sains pergigian, obstetrik, ginekologi, sains mata, penyakit kanak-kanak dan psikiatri (Mohd Koharuddin 2002). Tradisi perubatan Islam bermula denganmengikuti tradisi perubatan yang dimulakan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam mengubati penyakit terutama dalam penjagaan diet, sakit kepala dan lain-lain, tradisi ini dipanggil Tibb al-Nabi (Medicine of the Prophet) (Mohd Koharuddin 2002).Kegemilangan Sains Dan Teknologi dalam kerajaan Abbasiyyah dipacu oleh faktor seperti peranan khalifah, peranan orang perseorangan, hubungan dengan negara luar dan amalan polisi sains negara yang mantap melibatkan kegiatan penterjemahan, penubuhan akademi seperti observatori dan perpustakaan, serta naungan kepada saintis dan penghasilan karya dalam bahasa Arab (Roziah Sidik et.al 2004)Ibn al-Baitar melalui kitabnya al-Mughni fi al-Adawiyah al-Mufradah menyenaraikan tidak kurang daripada 1400 jenis ubat dari pelbagai sumber seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan dan galian. (Mohd Koharuddin 2002)Ilmu perubatan yang diasaskan oleh orang Mesir telah mempengaruhi masyarakat lain di seluruh dunia hingga mereka mempelajarinya seperti orang Rom, Parsi dan orang Arab sendiri. Pengalaman dan pengetahuan orang-orang Mesir dalam bidang ini terkandung dalam teks-teks perubatan terutama yang dihasilkan oleh Thoth dan Imhotep. (Mohd Koharuddin 2002)Sambungan.OFTALMOLOGI :Merupakan sumbangan yang terkemuka dalam perubatan Islam. Istilah-istilah seperti retina dan katarak yang digunakan dalam oftalmologi sekarang adalah berasal dari orang Arab. Orang Arab juga telah membuat sumbangan yang penting terhadap beberapa jenis penyakit mata dan rawatannya.

FARMASI :Melibatkan proses dan penyediaan ubatan yang lebih maju dan baik.Tamadun Islam telah memperkenalkan dos ubat seperti salap, serbuk, sediaan berminyak, pes, serbuk mata, pembalut, dentifis dan sebagainya.Sambungan.

SUMBANGAN TOKOH-TOKOH PERUBATAN MUSLIM

Al-Kindi (185-252H)Al-Razi (Rhazes) (865-925M)Ibn Sina (Avicenna) (980-1037M)

Al-Kindi (185-252H)Nama lengkapnya: Abu Yusuf, Ya 'kub Ibn Ishak as-Sabbah, Ibn Umran, Ibn Al-Asha 'ath, Ibn Kays, Al-Kindi.Dilahirkan di Kufah, ayahnya seorang Amir kota itu.Terkenal dalam filasat, kedoktoran, dan pelbagai bidang.Ia telah menulis beberapa kitab mengenai bahan makanan, ubat-ubatan, cara menyembuhkan penyakit kuning, cara mengubati sakit perut serta teori-teori tentang ilmu perubatan.

Al-Razi (Rhazes) (865-925M)Nama sebenar : Abu Bakr Muhammad Ibn Zakariya Al-Razi.Dikenali di Barat : Rhazes. Bangsa: Parsi.Digelar: Jalinus Arab(Galen of the Arab).Guru kepada: Ali Ibn Rabban al-Thabari,Hunayn Ibnu Ishaq dan Ibn SinaMenonjol dalambidang: Kimia dan perubatan.Ilmu lain: Matematik, astronomi, sastera, dan kimia dan ilmu falsafahKitab: Kitab al-Hawi , kitab al-Mansur (Liber medicinalis) , kitab al-Asrar (The book of Secrets)

Beliau telah mementingkan praktis perubatan klinikal, lebih daripada berteori semata-mata dan telah menghasilkan lebih daripada 200 jilid penulisan, di antaranya, Kitab al-Hawi yang merupakan satu ensklopedia perubatan amalan atau terapeutik yang telah menjadi sumber rujukan penting dari abad ke-12-17M.Dua buah buku lain yang masyhur olehnya ialah, kitab al-Mansur (Liber medicinalis) dan kitab al-Asrar (The book of Secrets) .Kedua-duanya adalah buku kimia yang berpengaruh sehingga abad ke-14M.Al-Razi adalah pengasas perubatan psikosomatiik, mementingkan keseimbangan rohani dan jasmani.

Sambungan.SUMBANGAN AL-RAZI Beliau merupakan orang yangpertamayang menemuipenyakit campak dan cacar.Al-Razi juga adalah orang yang pertama memperkenalkanalkohol(Bahasa Arab:Al-Kuhl) untuk tujuan perubatan.Orang yang pertama menggunakanopium (dadah) untuk tujuan bius.Beliau juga menekankan kaitan antaramakanandankesihatan. Beliau mengaitkan ini sebagai hasil pengaruh faktor psikologi terhadap kesihatan.Al-Razi adalah orang yang pertama membincangkan mengenaipenyakit katarakiaitu sejenis penyakit mata.Beliau pernah menjalankanpembedahan memulihkan selaput matadengan cara menarik keluar lensa.Al-Razi juga pernah membuat kajian mengenaipenyakit batu karangdi mana beliau mendapati litoriti merupakan proses untuk menghancurkan batu karang dalam pundi-pundi kencing kepada bahan-bahan kecil supaya senang dikeluarkan melalui saluran kencing.

Sambungan.Nama sebenar : Al- Huseyn bin Abdullah bin al-Hassan Bin Ali bin SinaDikenali di barat :AvicennaTarikh Lahir : Tahun 370 Hijrah / 980 MasihiTempat Lahir : Afshanah, Bukhara, TurkistanBangsa : ParsiTarikh wafat : 428 Hijrah / 1037 Masihi di HamazanUsia ketika wafat : 57/58 tahun.Ilmu : Ilmu fekah.

Ibn Sina (Avicenna) (980-1037M)Beliau banyak menghasilkan karya dalam perubatan sepertial-Qanun fi al-Tib,al-Adwiyah al-Qalbiyyah, danal-Alfiyyah al-Tibbiyyah.Karya beliau diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Hebrew dan Latin.Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi penggunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judulRemedies for The Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku tersebut, beliau telah menceritakan dan menghuraikan berkaitan 760 jenis penyakit dan cara untuk mengubatinya.Sumbangan Ibn Sina Sambungan.Pencapaian Dalam Bidang PerubatanPenemuan penyakit baru dan puncanyapengaruh kuman dalam penyakitjangkitan virus seperti TBPenyakit Rubella, allergy (alahan), cacar (smallpox) dan sebagainya.

Penemuan dalam bidang farmasimenghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai penyakitmenghasilkan ubat biusmembangunkan teknologi perubatanmencipta benang yang khusus untuk menjahit luka pembedahanmencipta picagari

Kesan peninggalan ibnu sina dalam perubatanmemperkenalkan metode pemerhatian (observation) dan analisisSambungan.BIDANG FIZIK FIZIKKajian tentang fenomena alam semula jadiIlmu ini lebih mengenai jirim, tenaga, ruang, masa, pergerakan dan dayaIa merupakan asas kepada kimia, biologi moden, sains bumi dan teknologi. Malah kejuruteraan, perubatan moden dan teknologi komunikasi dan maklumat bergantung erat kepada kemajuan dalam fizik.

Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang memberi pertunjuk supaya manusia mengkaji dan meneliti fenomena alam supaya memahaminya dan mencapai ilmu pengetahuan serta dapat membina tamadun di dunia ini.

Firman Allah SWT:Tidak luput dari pengetahuan Tuhan mu biarpun sebesar zarah (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak pula yang lebih kecil dan tidak yang lebih besar dari itu melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuz)Surah Yunus ayat 61 SUMBANGAN TOKOH-TOKOH FIZIK

AL-BIRUNI (973-1048 M)

Beliau banyak membincangkan dan menganalisis dengan mendalam akan konsep asas fizik seperti graviti, jisim dan ruang dan gerakan bumi di mana manfaatnya spat kita kecapi hari iniBeliau juga telah mengukur ketumpatan relatif beberapa bahan logam dan bahan bukan logam dengan darjah kejituan yang tinggiBahanMenurut Al-BiruniNilai ModenEmas / Au19.0619.26Tembaga / Cu8.838.86Timah / Sn7.167.29Besi / Fe7.747.7

AL-HAITHAM (965-1038 M)

Beliau menghabiskan banyak masa dengan teori pelbagai fenomena fizikal seperti bayang-bayang, pelangi, gerhana matahari dan ramalan mengenai keadaan fizikal cahaya.kajian lanjutannya tentang hukum pantulan dari permukaan satah ke permukaan cekung dan parabola. Beliau telah mengkaji aberasi sfera dan telah menyedari bahawa bagi cermin parabola, semua sinar cahaya tertumpu pada satu titik. Oleh yang demikian, cermin seperti ini diperakuinya sebagai sejenis yang terbaik untuk membakar

AL-SUHRAWARDI

Beliau telah menyediakan asas bagi fizik cahayaBeliau menyatakan alam dan planet tertakluk kepada daya dan hukum yang sama. Ini tidak asing dengan hukum graviti semestaEksperimen untuk menentukan gerakan lurus linear bagi cahaya, sifat bayang-bayang, penggunaan kanta dan mengkaji secara matematik tentang fenomena penting dalam optik

AL-KHAZINI

Buku yang ditulisnya Kitab Mizan al-Hikmah (Kitab Neraca Kebijaksanaan) yang memuatkan kerja-kerjanya tentang mekanik dan hidrostatik, terutama sekali tentang kajian pusat graviti. Kerja yang dilakukan oleh Al-Khazini termasuklah mengukur ketumpatan udara dan beliau mendapati udara seperti cecair iaitu memberikan daya apungan kepada objek yang berada di dalamnya.Beliau menyelidik tegangan permukaan cecair dan mengukur graviti spesifik cecair. BahanMenurut Al-KhaziniNilai ModenRaksa / Hg13.6613.69Besi / Fe7.747.79Timah / Sn7.347.29Plumbum / Pb11.3211.36

BANU MUSA

Dalam penulisan Buku Hiyal Banu Musa mengandungi maklumat tentang sekitar seratus binaan alat mekanik. Buku ini juga telah menyentuh soal tentang pusat graviti dan menjelaskan operasi beberapa alat berdasarkan kepada prinsip mekanik.Berkenaan graviti, Banu Musa telah menyatakan tentang kewujudan satu tarikan yang disebut graviti menyebabkan planet-planet di langit terikat antara satu dengan yang lain dan juga jasad jatuh ke bumi. Inilah teori yang pada masa ini dikaitkan dengan nama ahli fizik Barat, Isaac Newton (1642-1727 M).ABU BARAKAH AL-BAGHDADI (1077-1165 M)

Kitabnya Kitab al-Mu`tabar mengandungi idea yang berguna untuk fizik.Beliau bukan sahaja meneruskan kritikan kepada teori Aristoteles tentang gerakan luncuran, tetapi beliau juga telah mengkaji masalah pecutan jasad terjatuh dan terluncur. Memikirkan konsep masabeliau mungkin merupakan orang yang pertama menolak teori Aristoteles yang menyatakan bahawa daya malar menyebabkan gerakan seragam yang lajunya berkadaran dengan daya.

ILMU MATEMATIK SUMBANGAN TOKOH-TOKOH MATEMATIK

AL-KHAWARIZMI

Nama sebenar al-khawarizmi ialah Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi Juga dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin YusoffDigelar sebagai Bapa algebra Dilahirkan di Bukhara pada tahun 780-850MSeorang ahli matematik dan astronomiTelah mencipta penggunaan Tangen dan secanBeliau tokoh yang mula-mula memperkenalkan allgebra dan hisabSistem nombor dan kaedah-kaedah matematik seperti sin, kos, tan dalam trigonometri antara sumbangan yang telah dihasilkan oleh beliauCabang matematik yang diperkenalkan oleh beliau:-Geometri-Algebra

Hasil karya Al-Khawarizmi :

Sistem Nombor: Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero IndorumMufatih al-Ulum: bermakus beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidangAl-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind: karya ini diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Prince BoniopagriAl-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah: ia berkenaan dengan al-gebraAl-Amal biUsturlabAl-TarikhAl-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa MuqabilahSambungan.AL-BATTANI

Nama sebenar beliau beliau ialah Muhammad ibn Jabir ibn Sinan Abu Abdullah al-Battani.dilahirkan di Battan, MesopotamiaMerupakan seorang putera Arab dan menjadi gebenor di SyriaDianggap sebagai ahli matematik Islam terbaik Telah memperbaiki trigonometri serta menghasilkan sifir kotangen yang pertamaTHABIT IBN QURRA

Beliau telah dilahirkan di Harran, Mesopotamia pada tahun 833MMerupakan seorang ahli matematik dan astronomiBeliau telah menterjemah karya-karya ahli-ahli matematik Yunani di samping menulis teori tentang nombor-nombor

WAIJAN IBN RUSTAM ABU SAHL AL-KUHI

Seorang ahli astronomi dan geometri di BaghdadBanyak menumpu perhatian dan usaha dalam masalah-masalah yang dipelopori oleh Archimedes dan Apollonius Maka terhasilnyapersamaan-persamaan yang melebihi peringkat kedua.

BIDANG ASTRONOMI ASTRONOMIAstronomi ditakrifkan sebagai Ilmu Falak iaitu ilmu kaji bintang. Ilmu Falak atau Astronomi merupakan cabang sains mengenai perkara yang berlaku di luar Bumi dan atmosfera bumi.Astronomi merupakan salah satu cabang ilmu yang tertua di kalangan ilmu sains. Sejarah pertumbuhan ilmu ini sebenarnya telah diasaskan oleh pakar Islam.

TOKOH DAN SUMBANGANAL-KHAWARIZMI(790-840M)Nama sebenar : Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi.Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

SUMBANGANAl-Jabr wal Muqabalah : mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Mengkaji berbagai aspek, dari gerhana sehingga fasa-fasa bulan.Memperkenalkan dan menyebarkan penggunaan nombor yang kita gunakan sekarang ini.

AL-FARGHANI(860-920M)Nama sebenar : Abu'l-Abbas Ahmad ibn Muhammad ibn Kathir al-Farghanipakar astronomi berbangsa FarsiTempat lahir : Farghana

SUMBANGANMenulis sebuah buku unsur-unsur astronomi yang dipanggil Kitab fi al-Harakat al-Samawiya wa Jawami Ilm al-Nujum. Ia merupakan satu usaha berdasarkan astronomi Ptolemy.

Memperkenalkan pandangan baru termasuk precession yang melibatkan kedudukan nyata, bukan saja planet-planet, malahan bintang-bintang juga.Karya : Kitab Usul Al-falakKitab Al-fusul Ikhtiyat Al-majistiKitab Al-amal Al Rukhmat

AL-BATTANI(868-929M)Nama sebenar : Abu Abdullah Mohd b. Jabir b. Sinan Al HarraniTempat lahir : Battan, Harran. Al-Battani mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri Jabir Ibn Sanan yang juga merupakan seorang Saintis yang terkenal ketika di zamannya.SUMBANGANMenentukan jangkamasa satu tahun solar, ukuran precession ekuinoks dan kecondongan dataran ecliptik.Mengasaskan satu katalog mengandungi 489 bintang-bintang.Kitab al-Zij, ia diperkenalkan buat pertama kali didalam penyelidikan langit

AL-KHUJANDI(940-1000M)Nama sebenar : Abu Mahmud Hamid ibn Khidr KhojandiTempat asal : TadjikistanAhli astronomi pusat Asia dan matematik dengan asal Mongol yang hidup dalam abad ke-10-anSUMBANGANMencipta satu sextant dinding yang amat besar di Balai Cerap Ray berhampiran dengan Tehran. Merupakan satu alat yang pertama yang membolehkan sudut diukur dengan lebih persis. Alat ini digunakannya terutamanya untuk mengukur kecondongan dataran ekliptik dengan lebih persis.

AL-BIRUNI(973-1048M)Nama sebenar : Abu Raihan Al-BiruniTempat lahir : Uzbekiztan Dia berminat dalam beberapa bidang termasuk matematik dan geografi.SUMBANGANmenentukanmusimdan pasang sudut air laut, menentukan kedudukangaris lintangdangaris bujurbumi, menciptajamdankalendar, mencipta rumustrigonometridan mencipta alat menyukat ketumpatan.usaha cerapan bulan dan gerhana,

Omar Khayyam(1048-1131M)Nama sebenar : Omar KhayyamTempat lahir : Timur laut Iran (Parsi)Terkenal didalam bidang sajak, juga berminat dalam beberapa bidang lain, terutamanya bidang algebra dan astronomi.SUMBANGANMencipta jadual astronomi baru yang istimewa disebabkan ukuran tahun solar pada tahap kepersisan yang tertinggi buat masa itu.Teori heliosentrik Ia kadang-kadang mendakwa bahawa Khayyam menunjukkan bahawa bumi berputar pada paksinya dengan mengemukakan model daripada bintang untuk sezaman al-Ghazali dalam planetarium. BIDANG BOTANI Satu bidang kajian dalam biologi yang mengkhususkan diri dalam mempelajari seluruh aspek biologi tumbuh-tumbuhan.Contoh bidang botani ialah mempelajari pertumbuhan, metabolisme, perkembangan, interaksi dengan komponen biotik dan abiotik, serta evolusi tumbuhan.Ilmu tentang botani mencapai kemuncak jayanya di Sepanyol. Oleh itu, kebanyakkan sumbangan botani dapat dilihat di SepanyolHasil daripada usaha dan penelitian yang dilakukan para ahli botani muslim di Sepanyol telah berjaya menemui perbezaan mengenai jenis-jenis tumbuhan. Para ahli botani islam yang telah tertarik terhadap tumbuhan telah membawa mereka menjelajah ke serata dunia yang terbentang luas.Para ahli botani muslim telah berjaya menemui pelbagai cara pembiakan tanaman. Ada yang berkembang dengan pembenihan, pemotongan tangkai, ada juga tumbuhan yang tumbuh dengan proses pembelahan sel sendiri seperti rumput liarBIDANG BOTANITOKOHSUMBANGAN AL-JAHIZ Beliau telah menghasilkan 350 buah buku di dalam berbagai bidang seperti biologi kehaiwanan, tumbuhan, serangga, antropologi, ilmu ekonomi, perdagangan dan geografi. Dalam bidang botani beliau telah menulis buku Al Zaru wa al Nakhl" dan "Al Maadin" IBN AL-BAITARBeliau merupakan seorang ahli botani dan farmasi yang terkenal pada kurun pertengahan.Sumbangan utama beliau ialah Kitab al-Jami fi al-Adwiya al- Mufrada yang merupakan salah sebuah kompilasi botani yang terhebat mengenai tumbuh-tumbuhan perubatan.TOKOH-TOKOH BIDANG BOTANIAL-RIYASA IBN JARITBeliau menulis mengenai limau dan rubab dan penggunaannya. Beliau adalah seorang doktor dari Mesir yang juga doktor peribadi kepada Salahuddin al-Ayubi.AL-GHAFIQI Beliau berasal dari Cordova telah berjaya mengkelaskan tumbuhan yang dikutip dari Sepanyol dan Afrika.Beliau telah memberi nama tumbuh-tumbuhan yang dikajinya dalam bahasa Arab, Latin dan Barbar. Beliau telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 buah jenis pokok buah-buahan telah dijadikan rujukan oleh pakar-pakar lain.AL-NABATI Beliau menjalankan penyelidikan yang meluas sehingga ke Sepanyol, Afrika Utara, Arabia dan Lautan Merah dan menghasilkan Al-Rihlah, yang menceritakan tentang tumbuhan-tumbuhan yang dijumpainya.

PEACE BE UPON YOU