sumbangan tuan guru dato’ seri haji abdul hadi awang...

12
1 Sumbangan Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang dalam peradaban tafsir di Malaysia Haziyah Hussin (Dr.) Fakulti Pengajian Islam UKM Abstrak Pengajaran dan penulisan tafsir al-Quran menjadi mekanisme utama bagi pendakwah dan tokoh gerakan Islam dunia seperti Muhammad Abduh, Muhammad Rashid Rida, Badiuzzaman al-Nursi dan Hasan al-Banna dalam mengislah masyarakat. Ternyata pendekatan islah ini memberi impak yang tinggi kepada masyarakat, membuka pemikiran dan mengukuhkan pemahaman mereka tentang Islam dan peranan al-Quran dalam kehidupan. Pendekatan yang sama juga dilakukan Tuan Guru Dat o’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, tokoh terkemuka gerakan Islam di Malaysia. Kuliah tafsirnya sudah bermula semenjak tahun 1976, namun hanya beberapa surah diterbitkan. Manakala sebahagian tafsiran ayat al-Quran yang lain diterbitkan secara bersiri dalam akhbar Harakah dan sebahagian yang lain dalam bentuk rakaman video yang disebarkan melalui internet seperti youtube. Pendokumentasian tidak sistematik dan tidak menyeluruh ini merugikan ummah, malah menyebabkan masyarakat tidak menyedari sumbangan tokoh ini dalam arena pentafsiran al-Quran. Oleh itu kertas kerja ini bertujuan mengetengahkan penglibatan Abdul Hadi dalam pentafsiran al-Quran, sama ada pengajaran tafsir secara lisan, atau penghasilan kitab dan makalah tafsir. Metode kajian yang digunakan ialah pendekatan analisis kandungan. Data kajian dikumpulkan daripada literasi kepustakaan, makalah-makalah tafsir Haji Abdul Hadi yang disiarkan di akhbar Harakah dan kitab-kitab tafsirnya. Data ini kemudiannya dianalisis secara naratif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sumbangan Abdul Hadi dalam tafsir sangat signifikan kerana pentafsiran al-Quran secara lisan menerusi kuliah mingguannya telah mencakupi 30 juzuk. Tafsiran surah-surah al-Baqarah, al-Saff, al-Kahf, al-Hujurat, al-Hasyar, Luqman dan al-Fil diterbitkan di bawah judul ‘at-Tibyan dalam mentafsirkan al-Quran, manakala sebahagian yang lain disiarkan dalam Ruangan Tafsir di Harakah. Metode tafsir yang digunakan adalah gabungan tafsir bersumberkan riwayat dan dirayah. Pendekatan tafsirnya meraikan keperluan masyarakat awam justeru tidak memuatkan perselisihan, tidak terlalu akademik, bahasa penyampaian yang mudah serta mendeduksikan pengajaran dalam konteks semasa. Kata kunci: Abdul Hadi Awang, Tafsir Haraki, Gerakan Islam, Islah, Malaysia PENDAHULUAN Pengajaran tafsir telah lama berlaku di Malaysia iaitu semenjak abad ke 17 dan ia dirintis oleh Sheikh Abdul Malik Abdullah (m.1736) yang menggunakan Tarjuman al-Mustafid, kitab tafsir Melayu yang ditulis oleh Sheikh Abdul Rauf al-Fansuri al-Singkeli (m.1693). Meskipun begitu, sejarah penulisan tafsir al-Quran dalam Bahasa Melayu oleh ulama tempatan yang terawal dapat dikesan ialah Tafsir Nur al-Ihsan oleh Muhammad Said Umar (m.1932) ditulis antara tahun 1925 hingga 1927. Selepas itu, usaha menulis tafsir al-Quran dipergiatkan sejajar dengan perkembangan pendidikan Islam dan keperluan masyarakat justeru lahirlah beberapa buah karya tafsir yang besar meskipun tidak lengkap 30 juzuk. Antaranya ialah Juz Alif Lam

Upload: truongdien

Post on 14-Apr-2018

309 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

1

Sumbangan Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi

Awang dalam peradaban tafsir di Malaysia

Haziyah Hussin (Dr.)

Fakulti Pengajian Islam UKM

Abstrak

Pengajaran dan penulisan tafsir al-Quran menjadi mekanisme utama bagi pendakwah dan

tokoh gerakan Islam dunia seperti Muhammad Abduh, Muhammad Rashid Rida,

Badiuzzaman al-Nursi dan Hasan al-Banna dalam mengislah masyarakat. Ternyata

pendekatan islah ini memberi impak yang tinggi kepada masyarakat, membuka pemikiran dan

mengukuhkan pemahaman mereka tentang Islam dan peranan al-Quran dalam kehidupan.

Pendekatan yang sama juga dilakukan Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, tokoh

terkemuka gerakan Islam di Malaysia. Kuliah tafsirnya sudah bermula semenjak tahun 1976,

namun hanya beberapa surah diterbitkan. Manakala sebahagian tafsiran ayat al-Quran yang

lain diterbitkan secara bersiri dalam akhbar Harakah dan sebahagian yang lain dalam bentuk

rakaman video yang disebarkan melalui internet seperti youtube. Pendokumentasian tidak

sistematik dan tidak menyeluruh ini merugikan ummah, malah menyebabkan masyarakat

tidak menyedari sumbangan tokoh ini dalam arena pentafsiran al-Quran. Oleh itu kertas kerja

ini bertujuan mengetengahkan penglibatan Abdul Hadi dalam pentafsiran al-Quran, sama ada

pengajaran tafsir secara lisan, atau penghasilan kitab dan makalah tafsir. Metode kajian yang

digunakan ialah pendekatan analisis kandungan. Data kajian dikumpulkan daripada literasi

kepustakaan, makalah-makalah tafsir Haji Abdul Hadi yang disiarkan di akhbar Harakah dan

kitab-kitab tafsirnya. Data ini kemudiannya dianalisis secara naratif. Dapatan kajian

menunjukkan bahawa sumbangan Abdul Hadi dalam tafsir sangat signifikan kerana

pentafsiran al-Quran secara lisan menerusi kuliah mingguannya telah mencakupi 30 juzuk.

Tafsiran surah-surah al-Baqarah, al-Saff, al-Kahf, al-Hujurat, al-Hasyar, Luqman dan al-Fil

diterbitkan di bawah judul ‘at-Tibyan dalam mentafsirkan al-Quran’, manakala sebahagian

yang lain disiarkan dalam Ruangan Tafsir di Harakah. Metode tafsir yang digunakan adalah

gabungan tafsir bersumberkan riwayat dan dirayah. Pendekatan tafsirnya meraikan keperluan

masyarakat awam justeru tidak memuatkan perselisihan, tidak terlalu akademik, bahasa

penyampaian yang mudah serta mendeduksikan pengajaran dalam konteks semasa.

Kata kunci: Abdul Hadi Awang, Tafsir Haraki, Gerakan Islam, Islah, Malaysia

PENDAHULUAN

Pengajaran tafsir telah lama berlaku di Malaysia iaitu semenjak abad ke 17 dan ia dirintis oleh

Sheikh Abdul Malik Abdullah (m.1736) yang menggunakan Tarjuman al-Mustafid, kitab

tafsir Melayu yang ditulis oleh Sheikh Abdul Rauf al-Fansuri al-Singkeli (m.1693). Meskipun

begitu, sejarah penulisan tafsir al-Quran dalam Bahasa Melayu oleh ulama tempatan yang

terawal dapat dikesan ialah Tafsir Nur al-Ihsan oleh Muhammad Said Umar (m.1932) ditulis

antara tahun 1925 hingga 1927. Selepas itu, usaha menulis tafsir al-Quran dipergiatkan sejajar

dengan perkembangan pendidikan Islam dan keperluan masyarakat justeru lahirlah beberapa

buah karya tafsir yang besar meskipun tidak lengkap 30 juzuk. Antaranya ialah Juz Alif Lam

2

Mim dan Tafsir Quran Marbawi (Surah Yasin) oleh Muhammad Idris al-Marbawi (m.1989),

Tafsir al-Quran al-Hakim oleh Mustafa Abdul Rahman (m.1968), al-Quran Bergantung

Makna Jawi untuk Bacaan Anak sehari-hari dan Tafsir Harian al-Quran al-Karim oleh

Abdullah Abbas Nasution (m.1987), Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, Tafsir Pedoman Muttaqin

oleh Abdul Hayei Abdul Sukor dan Perbendaharaan al-Quran. Selain itu, terdapat beberapa

karya-karya kecil yang lain seperti Tafsir al-Quran al-karim Juz Amma oleh Pauzi Awang

dan Intisari Tafsir Juzuk ‘Amma oleh Abu Bakar al-Asyaari (m.1970), yang menfokuskan

kepada tafsiran juzuk ke 30 dan surah-surah pilihan bagi memenuhi keperluan kurikulum

sekolah selain membantu masyarakat memahami makna surah-surah yang dibaca harian

(Mustaffa 2009; Haziyah 2016). Sehingga kini kepustakaan tafsir dalam Bahasa Melayu

masih kekurangan karya-karya tafsir yang lengkap 30 juzuk selain Tafsir Nur al-Ihsan, Tafsir

Pimpinan Ar-Rahman dan Tafsir Mubin, sedangkan pengajian tafsir atau pentafsiran al-Quran

secara lisan sangat rancak berlaku dan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat.

Sehubungan itu, kajian tentang pentafsiran al-Quran secara lisan khususnya yang dijalankan

oleh tokoh-tokoh pendakwah di negara ini wajar diketengahkan supaya pemikiran tafsir

mereka yang dinamik itu tidak luput begitu sahaja, bahkan dapat dimanfaatkan oleh generasi

akan datang.

Salah seorang tokoh yang banyak menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam pentafsiran al-

Quran ialah Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang. Beliau mula menyampaikan

kuliah tafsir pada tahun 1976 di Masjid Rusila, Terengganu. Namun selepas 40 tahun berlalu

hanya beberapa surah diterbitkan, manakala sebahagian tafsiran ayat al-Quran yang lain

diterbitkan secara bersiri dalam akhbar Harakah dan sebahagian yang lain dalam bentuk

rakaman video yang disebarkan melalui youtube dan facebook oleh pelbagai pihak.

Pendokumentasian sebegini tidak sistematik dan memungkinkan khazanah tafsir ini terkubur

begitu sahaja. Masyarakat juga tidak menyedari sumbangan tokoh ini dalam arena pentafsiran

al-Quran kecuali pendokong gerakan Islam yang mengikuti kuliah tafsir beliau dan menekuni

pemikirannya. Kajian dan penulisan di institusi pengajian tinggi juga agak perlahan bahkan

terbatas terhadap beberapa karya tafsirnya sahaja. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan

menganalisis dan mengetengahkan penglibatan Abdul Hadi dalam pentafsiran al-Quran, sama

ada pengajaran tafsir secara lisan, atau penghasilan kitab dan makalah tafsir. Selain itu,

metode pentafsiran, aplikasi tafsir haraki serta cetusan pemikiran yang berteraskan kepada

ayat-ayat al-Quran dianalisis.

LATAR BELAKANG RINGKAS TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

Susuk tubuh Abdul Hadi sudah tidak asing lagi dalam konteks gerakan Islam di Malaysia

khususnya bagi kalangan penyokong dan pendokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Berdasarkan kajian Abdul Ghani (1997) dan Riduan (2009), secara ringkasnya Abdul Hadi

dapat diperkenalkan sebagai individu yang dibesarkan dalam sebuah keluarga yang kuat

pegangan agama. Beliau dilahirkan pada 20 Oktober 1947 bersamaan 6 Zulhijjah 1366H di

Kampung Rusila, Marang, Terengganu. Ayah beliau, Haji Awang Muhammad bin Abdul

Rahman (m.1975) adalah seorang ulama yang digelar sebagai 'tuan guru’ oleh masyarakat

setempat dan aktivis politik yang dikenali ramai di Terengganu. Dalam temu bual bersama

Wan Abd Halim pada 28 Ogos 2016, Abdul Hadi menjelaskan bahawa ayahnya merupakan

guru politik pertama beliau. Seawal usia 7 tahun, beliau mengikuti perbualan politik ayahnya

3

bersama rakan-rakan seperti Dato’ Bahaman, Tok Gajah, Abdul Rahman Limbong, Dr.

Burhanuddin Helmi dan Dato’ Onn Jaafar sama ada sebelum atau selepas merdeka. Suasana

sebegini membentuk pemikiran awal politik Abdul Hadi dan memupuk minatnya untuk turut

terlibat dalam dunia politik. Selain itu, beliau turut membaca bahan bacaan yang dimiliki oleh

ayahnya bagi menambah dan memantapkan lagi pemahaman beliau dalam bidang politik.

Pendidikan formal Abdul Hadi bermula di Sekolah Melayu Kampung Rusila, kemudiannya

di Sekolah Agama Marang dan Sekolah Menengah Sultan Zainal Abidin. Pada tahun 1969

beliau mendapat biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi untuk belajar di Universiti Islam

Madinah. Di sinilah interaksi beliau dengan gerakan Islam Ikhwan al-Muslimin berlaku.

Beliau menyertai gerakan tersebut dan mengikuti usrah dan dilantik sebagai naqib yang

mendapat bimbingan Syeikh Said Hawwa dalam usrah nuqaba’ (Haziyah 2010a). Pada tahun

1974 beliau melanjutkan pengajian sarjana di Universiti al-Azhar, Mesir. Bakat

kepimpinannya diasah dan dikembangkan di universiti apabila diberi mandat sebagai Yang

Dipertua Pelajar-pelajar Malaysia Madinah, Ketua Pelajar Terengganu Mesir dan ahli Lajnah

Syariah dan Perundangan, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (Abdul Ghani 1997).

Sekembalinya ke tanah air pada tahun 1976, Abdul Hadi bergiat aktif dalam gerakan dakwah

dan dipilih sebagai pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia Terengganu. Kerjaya politiknya

bermula apabila bertanding dalam Pilihanraya Umum 1978 dan memenangi Dewan

Undangan Negeri (DUN) Marang yang kemudiannya dinamakan DUN Rhu Rendang pada

tahun 1986. Pada tahun 1990 Abdul Hadi memenangi kerusi Parlimen Marang dan menjadi

ahli parlimen sehingga kini. Beliau pernah menjawat Menteri Besar Terengganu bagi penggal

1999 hingga 2004. Dalam organisasi PAS, beliau menjadi ahli semenjak di bangku sekolah

iaitu 1964 dan pernah diberi kepercayaan sebagai Setiausaha cawangan, Ketua Dewan

Pemuda Terengganu, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Pada tahun 1989 beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden PAS dan sebagai Presiden PAS

pada tahun 2003 (Abdul Ghani 1997; Riduan 2009; Nurul Nadiya 2011). Penglibatan Abdul

Hadi secara aktif dengan gerakan Islam dan politik dalam tempoh yang begitu lama

menggambarkan tahap kematangan, keluasan pengalaman dan kedalaman pemikiran dalam

mendepani sepak terajang politik Malaysia dan karenah Gerakan Islam justeru diterjemahkan

dalam ucapan dan tulisannya.

PENGLIBATAN DALAM TAFSIR AL-QURAN

Kuliah tafsir menjadi platform untuk Abdul Hadi berdakwah sejurus kembali dari luar negara

pada tahun 1976 (Mustaffa 2009) mengambil alih tugas yang pernah dilaksanakan oleh ayah

dan datuknya, Haji Abdul Rahman di Masjid Rusila, Terengganu pada pagi Jumaat. Kajian

Abdul Ghani (1997) melalui temu bualnya bersama Abdul Hadi pada 17 Oktober 1996

mendapati, kuliah tafsir yang dikendalikannya pada masa itu telah memasuki pusingan kedua

dan sedang mengupas makna surah al-Anfal. Tafsiran al-Quran tamat buat kali pertama dalam

tahun 1980-an. Namun begitu, pernyataan Sinar Harian (2016) menyatakan tafsir al-Quran

khatam kali pertama pada 1996 dan 2016 adalah khatam kali kedua.

Dalam ucapannya pada Majlis Khatam Tafsir al-Quran kali kedua kelmarin,

Abdul Hadi mengucapkan terima kasih kepada penganjur yang menganjurkan

majlis berkenaan di Masjid Rusila. “Terima kasih kerana anjuran majlis meraikan

4

kita khatam tafsir al-Quran kali kedua setelah berlalu 40 tahun. Kali pertama kita

tak buat, kita buat yang kedua terus. [Sinar Harian 15 Mei 2016]

Jumlah khatam bukanlah isu yang besar sehingga perlu diulas panjang lebar kerana apa yang

boleh dirumuskan ialah Abdul Hadi telah menyelesaikan tafsiran al-Quran melalui kuliahnya.

Hal ini terbukti dengan rakaman video dan audio tafsiran yang mengupas pelbagai surah

sebagaimana tumpuan kertas kerja ini.

Pentafsiran al-Quran oleh Abdul Hadi boleh dikategorikan kepada tafsir secara lisan dan tafsir

bertulis. Dokumentasi tafsir bertulis diterbitkan dalam buku di bawah siri At-Tibyan dalam

mentafsirkan al-Quran dan akhbar Harakah di dalam ‘Ruangan Tafsir’. Kajian awal oleh

Abdul Ghani (1997) menyatakan al-Tibyan tidak dikarang sendiri oleh Abdul Hadi sebaliknya

disusun oleh pihak lain bersumberkan kaset-kaset rakaman kuliah tafsir yang kemudiannya

disemak oleh Abdul Hadi. Meskipun begitu kata pengantar dalam At-Tibyan menunjukkan

penulisan itu berlaku:

Terasa berat dan gerun untuk saya menulis tafsir al-Quran kerana ia merupakan

kitab Allah dan kalimahNya yang masa suci daripada segala sifat kekurangan....

Oleh kerana terlalu banyak masalah-masalah di samping masalah yang sedia ada

memerlukan petunjuk al-Quran al-Quran dan menghuraikannya supaya difahami,

maka saya tampil ke hadapan memohon pertolongan Allah...bagi menyatakan

ilmu yang ternyata dan tersirat daripada kitab mukjizat ini (Abdul Hadi 2002).

Dari aspek sumber, Abdul Hadi sendiri menjelaskan tentang kitab-kitab rujukan yang dibaca

sebelum menyampaikan kuliah tafsirnya iaitu tafsir al-Qurtubi, tafsir Ibn Kathir, Fath al-

Qadir, Fi Zilal al-Quran, Tafsir al-Azhar, Ruh al-Ma’ani dan beberapa buah lagi buku tafsir

yang lain (Abdul Ghani 1997). Pernyataan berikut pula menunjukkan aspek manhaj

pentafsiran yang digunakan dan objektif yang ingin dicapai dari tafsir ini:

Dalam menafsirkan ayat-ayat al-Quran, saya berpandukan kepada ayat-ayat al-

Quran yang menafsirkannya, hadis-hadis Rasulullah saw, tafsir para ulama salaf

dan khalaf di samping mengaitkannya dengan beberapa isu-isu semasa yang

dihadapi oleh umat Islam zaman kini, supaya mereka peka dengan keadaan

mereka dan peranan mereka sebagai umat yang mendapat petunjuk dan cahaya di

tengah manusia yang sedang mencari kebenaran atau menentang kebenaran dan

sesungguhnya kebenaran itu hanya dari Allah yang tidak boleh diragukan lagi

(Abdul Hadi 2002).

Jelasnya, metode pentafsiran yang digunakan oleh Abdul Hadi mematuhi kerangka kerja tafsir

yang ditetapkan oleh ulama. Beliau menyeimbangkan penggunaan sumber riwayat dan

dirayah, menggunakan prosedur tafsir bi al-ma’thur dan al-ra’y (ijtihad), malah mengaitkan

makna ayat dengan persoalan semasa. Dapatan ini juga diketengahkan oleh Abdul Ghani

(1997), Mustaffa (2009) dan Nurul Adiya (2011). Selain itu, beberapa elemen tafsir haraki

dapat dikesan antaranya adalah penekanan kepada isu akidah sebagai teras dakwah,

menganalisis kandungan surah secara holistik dengan menonjolkan peristiwa dan situasi yang

melatari penurunan ayat atau surah (jaw al-nuzul), memperluaskan makna ayat dan

pengajaran dengan mengambilkira konteks semasa dan penjelasan tentang hikmah

pensyariatan. Teknik persembahan tafsir adalah sebagaimana kitab tafsir analitik (tahlili)

5

yang lain iaitu penjelasan aspek makki atau madani, kesatuan tema dalam surah, seterusnya

diikuti dengan kupasan ayat demi ayat.

PENERBITAN TAFSIR

Berdasarkan kajian Nurul Adiya (2011:3), tafsiran Tuan Guru yang telah diterbitkan di bawah

siri al-Tibyan dalam mentafsirkan al-Quran merangkumi beberapa surah sahaja iaitu surah al-

Baqarah, al-Saff, al-Kahf, al-Hujurat, al-Hasyar, Luqman dan al-Fil. Buku-buku ini dicetak

oleh penerbit yang berbeza pada tahun yang berbeza. Contohnya tafsir surah al-Hujurat

dietrbitkan pada tahun 2002 dan 2011 masing-masing oleh As-Syabab Media dan Jundi

Resources. Maklumat lanjut seperti berikut:

1. Tafsir At-Tibyan: Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 83-160 oleh Penerbitan Harakah, 2014

2. Tafsir At-Tibyan: Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 1-82 oleh Penerbitan Harakah, 2014

3. Tafsir Surah Al-Kahfi diterbitkan oleh Aisyah Humaira Publications, 2014

4. At-Tibyan dalam Mentafsirkan Al-Quran Surah al-Hujurat oleh Jundi Resources, 2011

5. At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran: Surah As Saff oleh Jundi Resources. 2011

6. Tafsir At Tibyan Surah Yasin diterbitkan oleh Nufair Street, 2009

7. At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran: Surah Al-Baqarah oleh Nufair Street, 2004

8. At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran Surah Al-Fil dan Al-Hasyr diterbitkan oleh As-

Syabab Media, 2002.

9. At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran Surah Luqman diterbitkan oleh As-Syabab

Media, 2002

10. Kuliyyah Tuan Guru Abdul Hadi Awang Tafsir Surah al-Baqarah. Tafsiran surah ini

diterbitkan dalam enam buah buku, siri 1 hingga 6 oleh Dewan Muslimat Sdn. Bhd. Siri

1 dan 2 pada 1998, Siri 3 dan 4 pada tahun 1999 manakala Siri 5 dan 6 diterbitkan pada

tahun 2000.

Penjudulan buku tafsir ada kelainan, demikian juga kulit buku juga berbeza bagi setiap

penerbitan surah. Penerbitan tafsir surah al-Kahf, al-Hasyr dan al-Hujurat yang terawal dapat

dikesan ialah tahun 1993 oleh Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepimpinan PAS (Ismail 1995).

Sebahagian penulisan tafsir ini diusahakan oleh pihak lain seperti Tafsir Surah al-Baqarah

(1998) yang disusun oleh Massudi Bunyani dan Emran Abdul Wahid bersumberkan kuliah

tafsir (Nurul Adiya 2011: 17). Data ini menunjukkan perhatian masyarakat kepada tafsiran al-

Quran yang disampaikan oleh Abdul Hadi. Oleh itu usaha yang menyeluruh dan tersusun

wajar dilakukan bagi melestarikan khazanah yang berharga ini.

PENERBITAN DALAM HARAKAH

Tafsiran al-Quran oleh Abdul Hadi juga diterbitkan secara bersiri di akhbar Harakah, dalam

Ruangan Tafsir al-Quran. Antara makalah yang dapat dikumpulkan setakat ini adalah seperti

berikut:

Surah/ ayat Siri Terbitan harakah

Al-Maidah, ayat 5 1-15 Julai 2002

Al-Anfal, ayat 30-31 13-15 Januari 2017

6

Al-Anfal, ayat 42-44 3-6 Julai 2017. Bil 2360

7-9 September 2017. Bil. 2261

Al-Anfal, ayat 46-47 14-16 Julai 2017. Bil. 2263

Al-Anfal, ayat 48 4-6 Ogos 2017

24-27 Julai 2017. Bil 2266

Al-Anfal, ayat 48 bhgn 2 28-30 Julai 2017. Bil 2267

31 Julai-3 Ogos 2017. Bil. 2268

Al-Anfal, ayat 49 11-13 Ogos 2017

14-17 Ogos 2017

Al-Anfal, ayat 50 21-24 Ogos 2017

Al-Anfal, ayat 55-56 1-3 Sept. 2017. Bil. 2277

11-14 Sept. 2017. Bil. 2279

Al-Anfal, ayat 57-58 8-10 Sept. 2017. Bil 2278

18-21 Sept. 2017. Bil. 2281

Al-Anfal, ayat 58-59 25-28 Sept. 2017. Bil. 2280 & Bil. 2283

Al-Anfal, ayat 60 22-24 Sept. 2017. Bil. 2282

Al-Anfal, ayat 60 bhgn 2 29 Sept -1 Okt. 2017. Bil. 2284

Al-Anfal, ayat 60 2-5 Okt. 2017. Bil. 2285

Al-Anfal, ayat 60 bhgn 3 6-8 Okt. 2017. Bil 2286

9-12 Okt. 2017. Bil 2287

Al-Anfal, ayat 61 13-15 Okt. 2017. Bil. 2288

16-19 Okt. 2017. Bil. 2289

Al-Anfal, ayat 63 20-22 Okt. 2017. Bil. 2290

23-26 Okt. 2017. Bil. 2291

Bagi surah al-Anfal, didapati pihak Harakah menyiarkan tafsiran ayat yang sama sebanyak

dua kali. Contohnya ayat 63, pada terbitan bilangan 2290 tafsiran dalam versi tulisan rumi,

manakala bilangan 2291 menyiarkan tafsiran ayat yang sama dalam tulisan jawi.

RAKAMAN KULIAH TAFSIR

Kuliah tafsir Abdul Hadi juga dirakamkan dan dihebahkan kepada masyarakat menerusi kaset

dan cakera padat (cd) pada suatu ketika dahulu, tetapi kini ia diterbitkan dalam media sosial.

Rakaman tafsir surah-surah yang dapat dikesan dalam youtube dan blog individu dalam carian

pada 26 September 2017, 29 Oktober 2017 dan 2 November 2017 ialah:

No.

Surah Tafsiran surah dan ayat Pautan youtube (published) Tarikh

Kuliah

1. Surah al-Fatihah (bhg. 1 dan

2)

https://ruclip.com/video/u_i2ABXsMmU/tafs

ir-surah-al-fatihah-bah-1.html

19 Mei

2004

7

https://ruclip.com/video/cG6jw8n3Bi4/tafsir-surah-al-fatihah-bah-2.html

2. Surah Al-Baqarah Ayat 83 https://www.facebook.com/abdulhadiawang/

posts/1407845552633892

11 Ogos

2017

Surah al-Baqarah, ayat 238-245

13 Mei 2013 2006

Surah al-Baqarah, ayat 246-

248 (bani Israel)

Surah al-Baqarah 255-257 https://www.youtube.com/watch?v=Wv7MPVkfM0Y May 16, 2015

2006

Surah al-Baqarah 258 -259 https://www.youtube.com/watch?v=cRSbrUr

sfAQ May 16, 2015

2006

Surah al-Baqarah 260-272 https://www.youtube.com/watch?v=Wgx4w8-xpQ0 May 17, 2015

2006

Surah Al Baqarah 284-286 https://www.youtube.com/watch?v=vOc4zua

Mbtg May 20, 2015

2006

3. Surah Ali Imran, ayat 1-9 (Amaran kpd Yg Ingkar)

https://www.youtube.com/watch?v=gQPNw1_1GA8&t=1033s 5 Januari 2016

Surah Ali Imran 10-13

(Perjuangan Nabi Nuh)

https://www.youtube.com/watch?v=BamKs4

3a8Zw&t=149s 5 Januari 2016

Surah Ali Imran 14-17 (Murtad)

https://www.youtube.com/watch?v=B5LmE9XuBTg&t=153s 5 Januari 2016

Surah Ali Imran 23-25

(Orang Jahat Memimpin)

https://www.youtube.com/watch?v=7RW12h

LB_is&t=446s 29 Mac 2016

Surah Ali Imran 26-27 (Menegakkan syariat Allah)

https://www.youtube.com/watch?v=qU9wYFJIPKw&t=1290s 29 Mac 2016

Surah Ali Imran 28-30

(Orang Bukan Islam Memerintah)

https://www.youtube.com/watch?v=-

YPSW5uiFRI&t=838s 29 Mac 2016

Surah Ali Imran 31-34 (Pembangunan Manusia)

https://www.youtube.com/watch?v=cuZ4i5eZKNw&t=9s 29 Mac 2016

Surah Ali Imran 35-44 (Mariam)

https://www.youtube.com/watch?v=z6CvAZ2_f3Q&t=24s 29 Mac 2016

Surah Ali Imran 45-54 https://www.youtube.com/watch?v=TEGMGUX_LAg 30 Mac 2016

Surah Ali Imran 55-58 (Pembunuh Nabi-nabi)

https://www.youtube.com/watch?v=2oAhE7ST-DQ&t=13s 30 Mac 2016

Surah Ali Imran 59-64

(Bermubahalah)

https://www.youtube.com/watch?v=ViqxIxp

yzqM 30 Mac 2016

Surah Ali Imran 65-68

(Penyelewengan Yahudi dan Nasrani)

https://www.youtube.com/watch?v=g1UNsaSG8Hs 30 Mac 2016

8

Surah Ali Imran 69-77 (Hukum Rahmat)

https://www.youtube.com/watch?v=of_GgOlSSso&t=164s 30 Mac 2016

Surah Ali Imran 78-83 (Dajjal)

https://www.youtube.com/watch?v=N7Q9xdvXwhE 30 Mac 2016

16 Surah al-Nahl, ayat 97-101 8 Okt 1999

Surah al-Nahl, ayat 102-105 22 Okt 1999

Surah al-Nahl, ayat 106 29 Okt 1999

18 Surah al-Kahf https://www.youtube.com/watch?v=js7-eqcoimA Ijtima' Tarbawi 17 October 2016

33 Surah al-Ahzab, ayat 12-20

(empat bahagian)

(https://www.youtube.com.watch?v=DefxNLUrYTY 2 Dis 2008.

https://ruclip.com/.../tuan-guru-haji-abdul-hadi-awang-tafsir-surah-...(bgh. 3)

https://ruclip.com/video/6J11_W2EhhY/tuan

-guru-haji-abdul-hadi-awang-tafsir-surah-al-ahzab-12-20-44.html (bhg. 4)

18

Februari 2005

Surah al-Ahzab, ayat 40 https://ruclip.com/video/YJF_jZ0d37s/kuliah

-tafsir-180512-yb-dato-seri-tuan-guru-haji-abdul-hadi-awang.html

18 Mei 2012

48 Surah al-Fath, ayat 1-29

https://www.youtube.com/watch?v=G143HB

4WO2M&t=6153s Ijtima' Tarbawi 4.0 11 Disember 2014

49 Surah Al-Hujurat, ayat 1-10 (bahagian 1)

https://www.youtube.com/watch?v=op0_kP1hIek&t=2s 8 Jun 2011

https://ruclip.com/video/op0_kP1hIek/tafsir-

surah-al-hujurat-bahagian-1-tuan-guru-dato-seri-abdul-hadi-awang.html

Surah Al-Hujurat, ayat 11-18 (bahagian 2)

https://www.youtube.com/watch?v=GDLz4dRFj8M&t=33s 8 Jun 2011

https://ruclip.com/video/GDLz4dRFj8M/tafsi

r-surah-al-hujurat-bahagian-2-tuan-guru-dato-seri-abdul-hadi-awang.html

61 Surah al-Saf

Bahagian 1

https://www.youtube.com/watch?v=UxtL4naM5EQ&t=377s 2 November 2011

Surah al-Saf

Bahagian 2

https://www.youtube.com/watch?v=VQNAjVkbAzk&t=14s 2 November 2011

Surah al-Saf

Bahagian 3

https://www.youtube.com/watch?v=guM6a3GmzXU&t=83s 2 November 2011

9

Surah al-Saf

Bahagian 4

https://www.youtube.com/watch?v=xw-CitKclpU 2 November 2011

73 Surah Al-Muzzammil Ayat 1-8

http://bahasaislamkhalidkr.blogspot.my/2013

/04/tafsir-surah-al-muzzammil-ayat-1-8-tuan.html

27 Apr 2013

26 Apr 2013

Kajian awal ini menemukan jumlah video dan audio pentafsiran Surah Ali Imran, ayat 1

hingga 83 paling banyak. Taburan ayat-ayat yang disenaraikan dalam jadual di atas juga

menyokong pernyataan sebelum ini bahawa Abdul Hadi telah menyelesaikan tafsiran al-

Quran meskipun kajian ini belum menemukan semua rakaman kuliah tersebut.

IMPAK PEMIKIRAN TAFSIR ABDUL HADI

Kewujudan tafsir Abdul Hadi secara bercetak dan audio/video menarik perhatian dan minat

kalangan pelajar universiti untuk menjalankan kajian-kajian ilmiah tentang metode

pentafsiran, pemikiran tafsir dan sumbangan Abdul Hadi sebagai projek ilmiah tahun akhir

dan tesis pasca siswazah. Kajian terawal dilakukan oleh Ismail Yusof (1995) dalam kajian

PhD di Universiti Malaya bertajuk “Perkembangan Pengajian dan Penulisan Tafsir di

Malaysia” yang menyinggung penglibatan Abdul Hadi dalam tafsir al-Quran secara juzuk-

juzuk. Ulasan ringkas tentang keadah pentafsiran dibuat berdasarkan tafsir surah al-Kahf, al-

Hasyr dan al-Hujurat yang diterbitkan pada tahun 1993. Abdul Ghani Husain (1997)

menganalisis “Metodologi Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam tafsir al-Quran” sebagai

projek ilmiah di Universiti Malaya. Beliau melakukan kajian lapangan dengan menggunakan

instrumen temu bual dan pemerhatian selain analisis kandungan tafsir. Sumber rujukan Abdul

Hadi dalam pentafsiran dikenalpasti oleh pengkaji ialah Tafsir Ibn Kathir, Tafsir al-Qurtubi,

Ruh al-Ma’ani dan Fi Zilal al-Quran serta beberapa bahan bacaan lain.

Arbaatusyima Arshad dan Abd Hafiz Abdullah (2007) mengkaji “Pendekatan tafsir al-Quran

oleh Tuan Guru Haji Abdul hadi Awang dalam Surah al-Hasyr”. Projek ilmiah sarjanamuda

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini menghuraikan intisari surah al-Hasyr dan metode

tafsir. Mereka juga menemubual Abdul Hadi bagi memperoleh data kajian

[http://mer.utm.my/id/eprint/10364- 26 Sept. 2017]. Nurul Adiya (2011) dalam projek

ilmiahnya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganalisis “Metodologi Abdul Hadi

Awang dalam mentafsirkan ayat-ayat hukum: tumpuan kepada Surah al-Baqarah”. Penemuan

baharu beliau ialah kecenderungan Abdul Hadi mengupas ayat hukum secara ringkas dan

berdasarkan perspektif Mazhab Syafii tanpa memuatkan perselisihan, di samping

mengetengahkan hikmah di sebalik pensyariatan sesuatu hukum oleh Allah SWT.

Pentafsiran Abdul Hadi bukan sekadar menarik minat akademia, bahkan masyarakat awam

khasnya pendokong gerakan Islam. Antaranya ialah pandangan Mohd Nor Hamzah, Ketua

Penerangan PAS Terengganu:

Kali pertama saya melangkah kaki ke kuliah Jumaat Tuan Guru Haji Abdul Hadi

Awang ialah bersama ayahanda ke Masjid Rusila (lama) yang mana masjid lama

ketika itu diangkat bagi proses pembesaran. Pada waktu itu, khutbah disampaikan

TGHH berdekatan pokok nangka, dan dimasa itu, tulisan TGHH diedarkan

10

setelah dicetak. Ketika saya dialam remaja, saya bersekolah di Sekolah Menengah

Agama Sheikh Abdul Malek, saya kerap bersama beberapa teman-teman keluar

pagi hari Jumaat semata-mata untuk mendengar kuliah TGHH dengan

menumpang sesiapa yang sudi membawa kami untuk pergi ke sana. Saya merasa

kagum dengan kehebatannya dalam mengulas rujukan tafsirnya daripada Ibnu

Khathir, tafsir Qurthubi dan akhir-akhir ini, tafsir Munir. Itu sekadar permerhatian

saya. Akan tetapi tafsirnya itu telah membawa madrasah baru dizaman kini yang

berbentuk haraki dan terkini. Saya merasakan teramat rugi bagi anak-anak muda

jika tidak mengambil kesempatan untuk menadah ilmu dari murabbi ummah ini.

Semoga seluruh pencinta ilmu dapat hadir pagi besok, bagi meraikan saat

kemanisan dalam menuntut ilmu daripada beliau. Dan walaupun begitu, sayang

seribu kali sayang, saya rasa amat terkilan kerana tidak dapat hadir dalam majlis

mulia tersebut yang dinaungi oleh para malaikat insyaAllah (Mohd Nor 12 Mei

2016).

Pandangan peribadi seperti ini memberi gambaran awal tentang impak yang terhasil

daripada gerakan islah yang berorientasikan pentafsiran al-Quran. Malah sejarah juga telah

membuktikan keberkesanannya. Kuliah tafsir Muhammad Abduh (m. 1909) di Masjid al-

Azhar menjadi platform penting bagi menyampai dan menyebarkan pemikiran baru dan

mentransformasi world view umat Islam sehingga berjaya membentuk satu madrasah tafsir di

Mesir dan kemudiannya menempias ke seluruh pelusuk dunia Islam termasuk Malaysia.

Hasan al-Banna (m.1949), pengasas Ikhwan Muslimin mencurahkan sebahagian buah

fikirannya dalam makalah-makalah tafsir demi mengubah persepsi masyarakat terhadap

fungsi al-Quran. Tafsir ini disiarkan dalam majalah dan akhbar di Mesir seperti Jaridah al-

Ikhwan al-Muslimin, majallah al-Nidal, majallah al-Nadhir dan Majallah al-Manar. Kuliah

tafsir Abduh didokumentasikan oleh Rasyid Rida. Beliau menerbitkannya secara bersiri

dalam Majalah al-Manar dan selepas itu dibukukan serta menjadi sebahagian kandungan

Tafsir al-Qur’an al-Hakim atau Tafsir al-Manar. Demikian juga makalah tafsir al-Banna

dikumpul dan dibukukan oleh Syeikh Jumu’ah Amin dalam karya berjudul Silsilah min

Turath al-Imam al-Banna, dan anak al-Banna sendiri iaitu Ahmad sayf al-Islam dalam sebuah

buku Maqasid al-Qur’an al-Karim (Haziyah 2010b). Usaha ini membolehkan umat Islam

membaca dan meneliti pemikiran Abduh dan al-Banna seterusnya mengambil manfaat.

KESIMPULAN

Kertas kerja ini merupakan cetusan idea penulis bagi menggerakkan satu kajian yang

komprehensif dan sistematik untuk mendokumentasi kuliah dan makalah tafsir Tuan Guru

Dato’ Seri Haji Abdul Hadi. Hal demikian ini adalah berdasarkan beberapa justifikasi, iaitu

sumbangan beliau yang signifikan dalam pengajian tafsir di Malaysia, kuliah tafsirnya sudah

mencakupi 30 juzuk dan sebahagian tafsirnya sudah diterbitkan. Oleh itu, tafsir bercetak sama

ada dalam bentuk buku atau makalah wajar dikumpulkan, manakala rakaman audio dan video

ditranskripsi. Tafsiran yang terkumpul perlu disemak dan diperakukan oleh Abdul Hadi

sebelum dimuktamadkan dan diterbitkan. Dokumentasi tafsir ini diyakini akan memberi

manfaat kepada ummah pada masa akan datang di samping melestarikan dan memperkayakan

khazanah tafsir di Malaysia. Sekiranya tidak ada usaha kajian dan pembukuannya, akan wujud

vakum kedua dalam sejarah peradaban tafsir di Malaysia sebagaimana yang pernah berlaku

sebelum abad ke 20.

11

PENGHARGAAN:

Kertas kerja ini adalah sebahagian daripada kajian di bawah geran penyelidikan luar PP-2017-

006, kerjasama antara UKM dengan Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia,

Kelantan.

RUJUKAN

Abdul Ghani Husain. 1997. Metodologi Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam tafsir

al-Quran”. Projek Ilmiah Sarjanamuda Usuluddin, Akademi Islam Universiti

Malaya

Abdul Hadi Awang. 2002. At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran Surah al-Hujurat

(bilik-bilik). Bandar Baru Bangi: As-Syabab Media.

Haziyah Hussin. 2010a. Temu bual bersama Tuan Guru Dato’ Hj Abdul Hadi Awang pada

30 Mac 2010 dalam Haziyah Hussin. 2014. Al-Manhaj al-Haraki fi Tafsir al-

Syaykh Sa’id Hawwa Dirasah Tahliliyyah. Unpublished PhD. Thesis.

International Islamic University Malaysia.

Haziyah Hussin. 2010b. Manhaj Maqasid al-Qur’an dalam tafsir Imam Hasan al-Banna. Al-

Bayan Jurnal al-Quran & al-Hadith. Bil. 8. Hlm. 47-74.

Haziyah Hussin. 2016. The emergence of Quranic exegesis in Malaysia in Majid

Daneshgar, Peter G. Riddell & Andrew Rippin (ed). The Quran in the Malay-

Indonesian World. London and New York: Routledge Taylor & Francis Group,

pp. 137-174

Hussin, H. and Solihin, S.M., 2013. Manhaj haraki in the Revival of Quranic

Exegesis. Middle-East Journal of Scientific Research, 16(1), pp.09-17.

Ismail Yusof. 1995. Perkembangan Pengajian dan Penulisan Tafsir di Malaysia. Tesis PhD,

Universiti Malaya

Mohd Azlim Zainury. 2015. Abdul Hadi khatam tafsir al-Quran kali kedua.

http://Www.Sinarharian.Com.My/Edisi/Terengganu/Abdul-Hadi-Khatam-Tafsir-

Al-Quran-Kali-Kedua-1.521067. 15 Mei 2016

Mohd Nor Hamzah. 2016. [http://buletinonline.net/v7/index.php/bersama-menyerikan-majlis-

khatam-tafsir-al-quran-tuan-guru-abdul-hadi-awang/]. 5 Syaaban 1437 bersamaan 12

Mei 2016.

Mustaffa Abdullah. 2009. Khazanah Tafsir di Malaysia. Kuala Lumpur: Akademi

Pengajian Islam.

Nurul Adiya Mohd Nazlan. 2011. Metodologi Abdul Hadi Awang dalam mentafsirkan

ayat-ayat hukum: tumpuan kepada Surah al-Baqarah. Latihan Ilmiah sarjanamuda.

Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

BIODATA RINGKAS PEMBENTANG:

Haziyah Hussin, dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan, memulakan pendidikan menengah di

SMKA Naim Lil Banat dan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Pendidikan universiti

12

bermula di Pra Akademi Islam Universiti Malaya, Nilam Puri pada tahun 1992, kemudiannya

peringkat Sarjanamuda (1998) dan Sarjana Usuluddin di Akademi Islam Universiti Malaya

(2002). memperoleh ijazah doktor falsafah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

(2014).

Menceburkan diri dalam dunia pendidikan pada September 1999 di Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor (KUIS), dahulunya dikenali sebagai Kolej Islam Darul Ehsan

(KISDAR) sebagai tutor kemudiannya pensyarah sehingga 31 Mac 2006. Di samping itu,

pernah bertugas sebagai pensyarah sambilan di Akademi Pengajian Islam UM antara tahun

2002-2004. Mula berkhidmat di UKM pada 3 April 2006. Kini, sebagai Pensyarah Kanan di

Jabatan Pengajian al-Quran & al-Sunnah, FPI UKM, dalam bidang tafsir haraki, metodologi

tafsir dan aliran tafsir di Malaysia.