analisis khazanah warisan nabawi: · pdf filedalam kitab tafsir surah yasin karangan sheikh...

22
1 ANALISIS KHAZANAH WARISAN NABAWI: METODOLOGI PENULISAN HADITH DALAM KITAB TAFSIR SURAH YASIN KARANGAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Ahmad 1 Khadher Ahmad 2 Abstrak Kitab Tafsir Surah Yasin atau Tafsir Quran Marbawi Surah Yasin adalah warisan keilmuan ulama tersohor di Nusantara, Sheikh Idris al-Marbawi. Karya warisan ini adalah sebuah karya dalam bidang tafsir al-Quran yang khusus mentafsirkan keseluruhan ayat dalam surah Yasin. Artikel ini akan mengemukakan perbahasan khusus terhadap metodologi penulisan hadith-hadith di dalam karya warisan tersebut sebagai satu kajian dan analisis dalam bidang hadith. Merujuk kepada karya warisan tersebut, Sheikh Idris al-Marbawi dalam mentafsirkan ayat-ayat al- Quran dalam surah Yasin itu, mempunyai metodologi tersendiri termasuk metodologi khusus dalam menulis dan mencatatkan hadith-hadith yang menjadi hujah kepada keterangan yang disebutkan atau sebagai tafsiran bagi ayat-ayat tersebut. Melalui metode diskriptif analisis, penelitian dilakukan terhadap keseluruhan 61 hadith yang dicatatkan dalam 574 masalah termasuk hadith yang berulang. Didapati bahawa al-Marbawi mempunyai metode yang tersendiri ketika menukilkan dan mencatatkan hadith-hadith seperti kaedah penulisan, penterjemahan hadith, pembarisan matan hadith, aspek takhrij hadith dan sebagainya. Artikel ini juga mengemukakan beberapa maklumat berhubung dengan karya seperti latar belakang, cetakan dan penerbitan, penulisan kitab dan beberapa maklumat berkaitan. Kata kunci: Warisan, Metodologi Penulisan, Hadith, Tafsir Surah Yasin, al-Marbawi, Analisis. Pengenalan Hadith dan sunnah Nabi SAW bukan sekadar warisan dan khazanah untuk ditatapi oleh segelintir umat Islam sahaja. Tetapi hadith dan sunnah adalah sumber ilmu dan perundangan untuk diamal, dipraktik dan diaplikasikan dalam kehidupan setiap insan yang bersaksikan tiada Tuhan selain Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW nabi dan rasulNya. Dalam erti kata yang lain, hadith dan sunnah 1 Pensyarah di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 2 Calon PhD yang sedang menyiapkan tesis dalam bidang hadith dibawah Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Upload: truonghanh

Post on 05-Feb-2018

314 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANALISIS KHAZANAH WARISAN NABAWI: · PDF fileDALAM KITAB TAFSIR SURAH YASIN KARANGAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI ... ilmiah oleh Husna Kamarol Bahrin, iaitu kajian terhadap tafsir al-Marbawi,

1

ANALISIS KHAZANAH WARISAN NABAWI: METODOLOGI PENULISAN HADITH

DALAM KITAB TAFSIR SURAH YASIN KARANGAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI

Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Ahmad1

Khadher Ahmad2

Abstrak

Kitab Tafsir Surah Yasin atau Tafsir Quran Marbawi Surah Yasin adalah warisan

keilmuan ulama tersohor di Nusantara, Sheikh Idris al-Marbawi. Karya warisan ini

adalah sebuah karya dalam bidang tafsir al-Quran yang khusus mentafsirkan

keseluruhan ayat dalam surah Yasin. Artikel ini akan mengemukakan perbahasan

khusus terhadap metodologi penulisan hadith-hadith di dalam karya warisan

tersebut sebagai satu kajian dan analisis dalam bidang hadith. Merujuk kepada

karya warisan tersebut, Sheikh Idris al-Marbawi dalam mentafsirkan ayat-ayat al-

Quran dalam surah Yasin itu, mempunyai metodologi tersendiri termasuk

metodologi khusus dalam menulis dan mencatatkan hadith-hadith yang menjadi

hujah kepada keterangan yang disebutkan atau sebagai tafsiran bagi ayat-ayat

tersebut. Melalui metode diskriptif analisis, penelitian dilakukan terhadap

keseluruhan 61 hadith yang dicatatkan dalam 574 masalah termasuk hadith yang

berulang. Didapati bahawa al-Marbawi mempunyai metode yang tersendiri ketika

menukilkan dan mencatatkan hadith-hadith seperti kaedah penulisan, penterjemahan

hadith, pembarisan matan hadith, aspek takhrij hadith dan sebagainya. Artikel ini

juga mengemukakan beberapa maklumat berhubung dengan karya seperti latar

belakang, cetakan dan penerbitan, penulisan kitab dan beberapa maklumat

berkaitan.

Kata kunci: Warisan, Metodologi Penulisan, Hadith, Tafsir Surah Yasin, al-Marbawi,

Analisis.

Pengenalan

Hadith dan sunnah Nabi SAW bukan sekadar warisan dan khazanah untuk ditatapi oleh segelintir

umat Islam sahaja. Tetapi hadith dan sunnah adalah sumber ilmu dan perundangan untuk diamal,

dipraktik dan diaplikasikan dalam kehidupan setiap insan yang bersaksikan tiada Tuhan selain Allah

SWT dan Nabi Muhammad SAW nabi dan rasulNya. Dalam erti kata yang lain, hadith dan sunnah

1 Pensyarah di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

2 Calon PhD yang sedang menyiapkan tesis dalam bidang hadith dibawah Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi

Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Page 2: ANALISIS KHAZANAH WARISAN NABAWI: · PDF fileDALAM KITAB TAFSIR SURAH YASIN KARANGAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI ... ilmiah oleh Husna Kamarol Bahrin, iaitu kajian terhadap tafsir al-Marbawi,

2

mempunyai peranan yang besar dan penting dalam memimpin dan memandu umat Islam ke jalan

yang dibenarkan dan membataskan tingkah laku perbuatan insan daripada segala bentuk

penyimpangan.

Karya Tafsir Surah Yasin Bahasa Melayu atau Tafsir Quran Marbawi Surah Yasin adalah karya

tafsir al-Quran yang dihasilkan oleh al-Marbawi. Karya ini adalah rentetan terhadap usaha beliau

untuk mentafsirkan keseluruhan al-Quran. Namun demikian, beliau tidak berkesampaian untuk

mentafsirkan keseluruhan ayat, melainkan tafsiran dan terjemahan kepada beberapa surah dan ayat

sahaja seperti Tafsir Quran al-Marbawi Juzu‟ Alif Lam Min, Tafsir Surah Yasin Bahasa Melayu,

Tafsir Nur al-Yaqin, Tafsir Fath al-Qadir, Tafsir Surah al-Fatihah, Quran Bergantung Makna dan

Quran 30 Juzuk.3

Kewibawaan al-Marbawi bukan dalam bidang tafsir semata-mata, tetapi beliau telah banyak

menghasilkan tulisan termasuk dalam bidang hadith, perkamusan atau bahasa, fikah, percetakan dan

sebagainya lagi. Kamus al-Marbawi adalah contoh kewibawaan beliau dalam bidang bahasa Arab

dan perkamusan. Ketokohan dan kewibawaan beliau telah mendapat pengiktirafan sehingga

dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada 25

Februari 1980 dan ditabalkan sebagai Tokoh Ma„al Hijrah pertama pada tahun 1408H/1987M.

Kajian Dan Penyelidikan Terhadap Ketokohan Al-Marbawi Dan Sumbangannya

Berdasarkan kepada penelitian pengkaji, terdapat banyak usaha yang telah dilakukan untuk

mengkaji dan menilai sama ada dari sudut ketokohan al-Marbawi mahupun dari sudut sumbangan

yang telah dicurahkan oleh beliau terhadap perkembangan ilmu-ilmu Islam di Nusantara.

Antara kajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah adalah kajian yang dilakukan oleh Faisal Ahmad

Shah, yang mengkaji metodologi penulisan Mohamed Idris al-Marbawi dalam Bahr al-Madhi yang

dihuraikan dengan kupasan yang jelas dan terperinci.4 Manakala diperingkat sarjana, seperti kajian

3 Nasruddin Saleh (1980), “Idris al-Marbawi Popular Kerana Kamus”, dalam Utusan Qiblat, bil. (121), September 1980,

h.7. 4 Faisal Ahmad Shah (2007), “Metodologi Penulisan Mohamed Idris al-Marbawi Dalam Bahr al-Madhi”, (Tesis PhD,

Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

Page 3: ANALISIS KHAZANAH WARISAN NABAWI: · PDF fileDALAM KITAB TAFSIR SURAH YASIN KARANGAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI ... ilmiah oleh Husna Kamarol Bahrin, iaitu kajian terhadap tafsir al-Marbawi,

3

oleh Anwar Ridwan Zakaria, yang mengkaji salah sebuah karya al-Marbawi dalam bidang hadith,

iaitu Kitab Idangan Guru Sahih al-Bukhari wa Muslim yang menumpukan pengkajian terhadap

metodologi huraian hadith,5 serta kajian oleh Muhammad bin Abdul Rahman yang mengkaji dan

meneliti sebuah karya al-Marbawi berjudul Bahr al-Madhi dengan tumpuan kepada Bab Niat dalam

kitab tersebut.6

Sedangkan, penulisan diperingkat Sarjana Muda, terdapat beberapa latihan ilmiah yang telah

dihasilkan berkaitan dengan al-Marbawi. Antaranya ialah latihan ilmiah oleh Murshida Kasim yang

mengkaji Kamus Idris al-Marbawi dari sudut kajian bahasa dan aspek pemaknaannya,7 latihan

ilmiah oleh Husna Kamarol Bahrin, iaitu kajian terhadap tafsir al-Marbawi, dengan tumpuan kajian

kepada aspek penggunaan hadith dalam tafsir tersebut,8 serta latihan ilmiah oleh Mahani Mokhtar

tentang sumbangan al-Marbawi dalam bidang penulisan.9

Daripada usaha-usaha ini, memperlihatkan bahawa telah banyak usaha dijalankan untuk meneliti

dan mengkaji tentang al-Marbawi. Hal ini menunjukkan bahawa al-Marbawi adalah seorang tokoh

ilmuan yang hebat pada zamannya dan menjadi aspirasi pada zaman kini.

Khazanah Sheikh Idris Al-Marbawi Dalam Bidang Hadith

Sheikh Idris al-Marbawi boleh dikatakan bahawa seorang ulama yang mahir dalam pelbagai bidang

keilmuan Islam. Salah satu bidang yang mendapat perhatian dan tindakan beliau adalah bidang

hadith. Hal ini berdasarkan usaha penulisan yang telah dilakukan untuk menulis beberapa karya

yang khusus dalam bidang ini. Antara karya yang menjadi perhatian dan masih digunakan sebagai

5 Anwar Ridwan Zakaria (2007), “Kitab Idangan Guru Sahih al-Bukhari wa Muslim: Satu Kajian Dari Aspek

Metodologi Huraian Hadith”, (Disertasi Sarjana, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti

Malaya, Kuala Lumpur). 6 Muhammad bin Abdul Rahman (2003), “Sumbangan Syeikh Idris al-Marbawi: Suatu Kajian Terhadap Kitabnya Bahr

al-Madhi, Tumpuan Kepada Bab Niat,” (Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian

Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur). 7 Murshida Kasim (2002), “Amalan-amalan leksikografi terhadap pemberian makna : satu kajian kes terhadap kata kerja

dalam Kamus Idris Al-Marbawi”, (Latihan Ilmiah, Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti

Malaya, Kuala Lumpur). 8 Husna Kamarol Bahrin (2008), “Hadith Dalam Tafsir Al-Marbawi : Suatu kajian Dalam Aspek Penggunaannya”,

(Latihan Ilmiah, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti

Malaya). 9 Mahani Mokhtar (1990M), “Syeikh Muhammad Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi: Sejarah dab Sumbangannya Di

Bidang Penulisan”, (Latihan Ilmiah Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya).

Page 4: ANALISIS KHAZANAH WARISAN NABAWI: · PDF fileDALAM KITAB TAFSIR SURAH YASIN KARANGAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI ... ilmiah oleh Husna Kamarol Bahrin, iaitu kajian terhadap tafsir al-Marbawi,

4

bahan rujukan, kajian atau bahan kuliah pengajian umun adalah kitab Bahr al-Madhi.10

Bahkan

menurut Anwar Ridwan Zakaria dalam disertasi beliau, karya Bahr al-Madhi adalah suatu

sumbangan besar al-Marbawi dalam bidang pengajian hadith di Malaysia. Karya tersebut sendiri

merupakan karya Jawi terbesar dan terawal yang pernah wujud di alam Melayu serta karya yang

telah menampung kekosongan karya asli dalam bidang ilmu hadith dirantau ini.11

Selain karya Bahr al-Madhi, al-Marbawi juga menghasilkan karya Idangan Guru Sahih al-Bukhari

wa Muslim. Karya ini telah dijadikan sebagai bahan kajian oleh Anwar Ridwan Zakaria diperingkat

sarjana yang menghuraikan dan mengkaji tentang metodologi huraian hadith di dalam karya

tersebut. Bahkan, beliau menyatakan bahawa karya ini sering ditinggalkan oleh para pengkaji dalam

menyenaraikan karya-karya khazanah al-Marbawi.

Dalam pada itu terdapat sebuah lagi karya dalam bidang hadith yang dihasilkan oleh al-Marbawi

yang berjudul Bulugh al-Maram Serta Terjemahan Melayu. Karya ini adalah hasil terjemahan

beserta huraian terhadap 1370 hadith daripada karya asal karangan Ibn Hajar al-Asqalani.12

Kitab Tafsir Surah Yasin

Menurut Anwar Ridwan Zakaria, kitab Tafsir Surah Yasin adalah karya terjemahan kepada kitab

Tafsir Fath al-Qadir al-Jami„ Bayn Fanny al-Riyawat wa al-Dirawat min „Ilm al-Tafsir karya

Imam al-Shawkani. Walaupun demikian, ia bukan semata-mata terjemahan, melainkan usaha

penambahan dan rujukan oleh al-Marbawi terhadap kitab-kitab tafsir lain dalam mengemukakan

tafsiran dan permasalahan terhadap ayat-ayat al-Quran dalam surah tersebut. Kenyataan ini jelas

disebutkan oleh al-Marbawi pada awal pengenalan kitab ini. Al-Marbawi menyebutkan;

10 Karya ini menghuraikan 2778 hadith yang dipetik dari Sunan al-Tirmidhi dalam 46 bab dengan 8390 masalah. Ia

telah dicetak pada awalnya dalam 22 jilid, tetapi selepas itu dicetakan 11 jilid dengan mengekalkan 22 juzuk.

Susunannya adalah mengikut susunan bab dan hadith dalam Sunan al-Tirmidhi. Lihat Muhammad bin Abdul Rahman

(2003), Op.cit., h.65. 11

Anwar Ridwan Zakaria (2007), Op.cit., h.116. 12

Menurut Anwar Ridwan, kitab ini mengandungi 1370 hadith yang diterjemah dan dihuraikan dengan diletakkan nota

kaki bagi penjelasan terhadap hadith-hadith serta maklumat tambahan bagi hadith-hadith tersebut. Setiap hadith

diterjemahkan, diletakkan nombornya mengikut bab. Karya ini telah siap diterjemahkan pada hari Ahad, 17 Syawal

1383H bersamaan Mac 1963M dan telah dicetak dan diterbitkan oleh al-Matba„ah al-Marbawiyyah di Kaherah, Mesir

serta juag dicetak oleh al-Matba„ah al-Anwar al-Muhammadiyyah di Kaherah, Mesir. Lihat Anwar Ridwan Zakaria

(2007), ibid., h.109-110.

Page 5: ANALISIS KHAZANAH WARISAN NABAWI: · PDF fileDALAM KITAB TAFSIR SURAH YASIN KARANGAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI ... ilmiah oleh Husna Kamarol Bahrin, iaitu kajian terhadap tafsir al-Marbawi,

5

“Adapun kemudian daripada itu tatkala saya lihat kitab tafsir surah Yasin karangan al-

Sheikh yang sangat alimlagi masyhur tinggi dan dalam ilmunya di dalam dunia ini yang

dipanggil orang dengan nama Imam Fakhr al-Din al-Razi, juga Tafsir al-Qurtubi, sudah

cukup perkenan dihati saya hendak dibahasakan ke bahasa Melayu, dengan tafsir yang

teratur cara baru, yang mudah faham dan senang mengambil ingat...”13

Pada perenggan yang terakhir, al-Marbawi menyebutkan lagi bahawa beliau sama sekali tidak

hanya bergantung kepada dua tafsiran yang disebutkan itu sahaja, melainkan terdapat tambahan dan

rujukan dari tafsir lain dan tambahan oleh beliau sendiri. Katanya:

“Tidaklah saya memindahkan kesini apa-apa isi tafsir itu sahaja, bahkan saya datangkan

apa-apa masalah dari tafsir lain yang ada disebutkan nama-namanya di awal atai diakhir

apa masalahnya.”14

Melalui penelitian pengkaji, selain kitab Tafsir al-Qurtubi iaitu al-Jami„ li Ahkam al-Qur‟an karya

Imam al-Qurtubi dan Mafatih al-Ghaib min al-Qur‟an al-Karim karya Fakhr al-Din al-Razi,15

antara kitab-kitab tafsir lain yang menjadi rujukan beliau adalah kitab Tasir al-Tabari atau Tafsir

Jami„ al-Bayan fi Ta‟wil Ay‟ al-Qur‟an karya Imam al-Tabari,16

Tafsir al-Khazin iaitu Lubab al-

Ta‟wil fi Ma„ani al-Tanzil karya al-Khazin,17

Tafsir al-Kabir18

dan beberapa tafsir yang lain.

Berdasarkan kepada penelitian terhadap kitab, kandungannya dibahaskan dengan kaedah

penomboran yang disebutkan sebagai “masalah”. Al-Marbawi menomborkan setiap permasalahan

bermula daripada perbahasan awal sehingga masalah yang terakhir. Keseluruhannya terdiri daripada

574 masalah.

Pengkaji memiliki kitab tafsir yang yang diterbitkan oleh al-Matba„ah al-Anwar, di Kaherah

dengan cetakan pertama pada bulan Sya„ban 1383H bersamaan dengan Januari 1964M. Sedangkan

13 Al-Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi al-Azahri selepas ini al-Marbawi (1964M/1383H), Tafsir Quran Marbawi

Surah Yasin, Mesir: Matba„ah al-Anwar, c.1, h.2. 14

Ibid. 15

Ibid., h.59. 16

Ibid., h.146 dan h.209 17

Ibid., h.47 dan h.45. 18

Ibid., h.14.

Page 6: ANALISIS KHAZANAH WARISAN NABAWI: · PDF fileDALAM KITAB TAFSIR SURAH YASIN KARANGAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI ... ilmiah oleh Husna Kamarol Bahrin, iaitu kajian terhadap tafsir al-Marbawi,

6

menurut Anwar Ridwan Zakaria kitab ini telah sempurna diterjemahkan pada akhir bulan Rejab

1353H dan telah dicetak dan diterbitkan oleh al-Matba„ah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuh

pada tahun 1935M.19

Apabila diteliti kepada kedua-dua terbitan ini, didapati bahawa kedua-dua

cetakan tersebut adalah dua kitab yang berbeza walaupun hampir sama dari sudut tafsiran surahnya.

Berdasarkan terbitan al-Matba„ah al-Anwar, judul pada kulit hadapan adalah “Tafsir Surah Yasin”

iaitu tafsiran yang merujuk kepada nama utamanya “Tafsir Quran Marbawi”. Sedangkan terbitan

al-Matba„ah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuh, dengan judul “Tafsir Surah Yasin Bahasa

Melayu” adalah merujuk kepada terjemahan surah Yasin dalam kitab Tafsir Fath al-Qadir al-Jami„

Bayn Fanny al-Riyawat wa al-Dirawat min „Ilm al-Tafsir karya Imam al-Shawkani, seperti yang

dimaksudkan oleh Anwar Ridwan Zakaria dalam disertasi sarjananya itu.

Akan tetapi, pada cetakan yang diterbitkan oleh al-Matba„ah al-Anwar, pengkaji mendapati tahun

cetakan dan terbitan kitab adalah mendahului tahun kitab ini disempurnakan terjemahan. Dicatatkan

bahawa pada halaman terakhir selepas masalah 574;

“Alhamudulillah tamat karangan Tafsir Surah Yasin ini dirumah saya di Mesir dekat

dengan al-Azhar al-Sharif pada malam Sabtu 12 Ramadan tahun 1386H berbetulan

dengan 24 Disember tahun 1966M, masa umur saya 73 tahun.”20

Sedangkan pada halaman awal kitab, pencetak mencatatkan bahawa cetakan pertama kitab ini

adalah pada bulan Sya„ban 1383H bersamaan dengan Januari 1964M. Bagaimana hendak

menjelaskan perselisihan tahun antara tahun dicetak dengan tahun karya siap dihasilkan?

Kemungkinan boleh diandaikan terdapat kesilapan dan kesalahan cetakan sama ada pada tahun

kitab ini disempurnakan atau pada tahun cetakan kitab.

Namun begitu, berdasarkan kepada penelitian, terdapat sumber yang menyatakan bahawa

perselisihan tahun itu bukanlah merupakan sesuatu yang aneh atau ganjil. Ia melainkan, telah

menjadi amalan ulama dan syarikat terbitan dahulu, khususnya ketika al-Marbawi berada di Mesir

lagi, sesuatu penulisan itu dicetak dan diterbitkan secara berkala walaupun pada hakikatnya kitab

19 Anwar Ridwan Zakaria (2007), op.cit., h.115-116.

20 al-Marbawi (1964M/1383H), op.cit., h.226.

Page 7: ANALISIS KHAZANAH WARISAN NABAWI: · PDF fileDALAM KITAB TAFSIR SURAH YASIN KARANGAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI ... ilmiah oleh Husna Kamarol Bahrin, iaitu kajian terhadap tafsir al-Marbawi,

7

atau karya tersebut belum siap ditulis atau dihasilkan oleh pengarangnya. Keadaan ini menjadikan

tarikh karya ini disiapkan penulisan selepas tarikh cetakan pertama bagi kitab tersebut.

Metodologi Penulisan Hadith Dalam Kitab Tafsir Surah Yasin

Berdasarkan kepada kajian dan penelitian pengkaji terhadap kitab, merujuk kepada aspek hadith dan

metodologi penulisannya, dapat dikemukakan perbahasan berdasarkan kepada beberapa tajuk kecil

seperti dibawah:

Jumlah Hadith Dalam Kitab Tafsir Surah Yasin

Berdasarkan kepada penelitian terhadap kandungan kitab Tafsir Surah Yasin, pengkaji mendapati

bahawa dalam mentafsir ayat-ayat daripada surah Yasin, al-Marbawi tidak ketinggalan untuk

mendatangkan hadith-hadith Nabi SAW sama ada untuk menjelaskan tafsiran ayat tersebut atau

sebagai hujah dalam keterangan dan penjelasan yang dikemukakan terhadap ayat. Jumlah

keseluruhan hadith dalam kitab tersebut adalah 61 hadith termasuk hadith yang berulang. Ini

bermakna terdapat dalam tafsiran sesuatu ayat dalam surah Yasin itu, al-Marbawi mendatangkan

satu hadith dalam suatu permasalahan diikuti beberapa riwayat yang berbeza dalam permasalahan

yang lain walaupun tentang hadith yang menyatakan perkara yang sama.

Contohnya, dalam mentafsirkan ayat 77 surah Yasin,21

beliau telah menjelaskan tafsirannya yang

dicatatkan dalam 11 masalah, bermula daripada masalah 529 sehingga masalah 539. Daripada 11

masalah tersebut, lima daripada masalah itu22

adalah penjelasan al-Marbawi dengan mengemukakan

hadith Nabi SAW tentang perkara yang sama iaitu tentang perbahasan kalimah “al-Insan” pada ayat

( ). Al-Marbawi membawa pendapat ulama tafsir dalam menentukan nama individu yang

dimaksudkan dalam “al-Insan” tersebut. Menurut tafsiran al-Marbawi, berdasarkan pendapat Ibn

Jarir al-Tabari dalam tafsirnya, individu yang dimaksudkan tersebut adalah Ubay bin Khalaf, dan

21 Ayat: ( خصيم مبيه نم يش اإلوسان أوا خهقىاي مه وطفت فإرا Maksudnya: “Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahawa (أ

Kami menciptakannya dari setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang nyata.” 22

Masalah tersebut adalah masalah nombor 532, 533, 534, 536 dan 537. Lihat al-Marbawi (1964M/1383H), op.cit.,

h.211-212.

Page 8: ANALISIS KHAZANAH WARISAN NABAWI: · PDF fileDALAM KITAB TAFSIR SURAH YASIN KARANGAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI ... ilmiah oleh Husna Kamarol Bahrin, iaitu kajian terhadap tafsir al-Marbawi,

8

ada pendapat yang menyatakan dia adalah al-„As bin Wa‟il al-Sahmi. Manakala menurut riwayat

„Abd Allah bin „Abbas RA, individu tersebut adalah „Abd Allah bin „Ubay bin Salul ketua orang

munafik.23

Selepas menyebutkan nama-nama individu tersebut dalam masalah 537, al-Marbawi

memperincikan kenyataan itu dengan mendatangkan hadith dalam masalah seterusnya sebagai

tafsiran dan dalil yang menjelaskan ketiga-tiga nama tersebut. Terdapat tiga riwayat yang

menjelaskan tentang Ubay bin Khalaf yang disebutkan dalam lima masalah [bermula dari masalah

531 hingga 535], satu riwayat tentang al-„As bin Wa‟il al-Sahmi, dalam masalah 536 dan satu

riwayat (hadith) tentang „Abd Allah bin „Ubay bin Salul dalam masalah 537.24

Hadith-hadith

tersebut dinyatakan dalam bahasa Melayu tanpa matan berbahasa „Arab.

Bentuk Hadith-Hadith Dalam Kitab Tafsir Surah Yasin

Daripada 61 hadith yang dicatatkan oleh al-Marbawi di dalam karya Tafsir Surah Yasin tersebut,

pengkaji mendapati terdapat tiga bentuk matan hadith iaitu matan hadith berbahasa Arab dan

terjemahan, matan hadith berbahasa Melayu iaitu terjemahan sahaja dan matan hadith berbahasa

Melayu daripada kefahaman pengarang kitab. Keadaan ini bertepatan dengan kenyataan yang

disebutkan oleh Khadher Ahmad dalam sebuah artikel bahawa kebanyakan di dalam kitab-kitab

Jawi di Nusantara, hadith-hadith yang dicatatkan atau ditulis tidak lari daripada empat bentuk matan

yang utama iaitu, [1] Matan hadith berbahasa Arab yang ditulis dan dicatatkan berdasarkan matan

(teks) asal hadith, [2] Matan hadith berbahasa Arab yang dicatatkan berdasarkan ingatan atau

kefahaman pengarang, [3] Matan hadith berbahasa Melayu dalam bentuk terjemahan hadith, dan [4]

Matan hadith berbahasa Melayu dalam bentuk ungkapan pengarang sendiri yang disandarkan

kepada hadith.25

Oleh yang demikian, bentuk-bentuk hadith dalam karya Tafsir Surah Yasin adalah seperti berikut:

Pertama: Matan Hadith Berbahasa Arab Beserta Terjemahan

23 Ibid., h.210.

24 Ibid., h.211-212.

25 Khadher Ahmad (2009), “Analisis Bentuk-Bentuk Matan Hadith Dalam Kitab-kitab Jawi Nusantara: Penentu Arah

Dalam Takhrij Hadith”, (Kompilasi Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Takhrij Hadith Nusantara: Realiti

dan Keperluan Dalam Masyarakat Islam, pada 30 dan 31 Disember 2009, di Akademi Pengajian Islam, Universiti

Malaya Kuala Lumpur), h.4-7.

Page 9: ANALISIS KHAZANAH WARISAN NABAWI: · PDF fileDALAM KITAB TAFSIR SURAH YASIN KARANGAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI ... ilmiah oleh Husna Kamarol Bahrin, iaitu kajian terhadap tafsir al-Marbawi,

9

Contohnya dalam mentafsirkan dan menghuraikan tentang Basmallah ( ), al-

Marbawi dalam masalah satu [1] menyatakan sebuah hadith tentang keperluan seseorang hamba

berdoa atau meminta kepada Allah. Daripada Abi Hurayrah RA: katanya telah bersabda Rasulullah

SAW:

Ertinya: “Siapa tidak minta ia kepada tuhan nescaya murka ia.”26

Demikian juga dalam masalah [130], beliau menyatakan hadith dengan matan berbahasa Arab dan

terjemahan, iaitu kata:

“Yaitu seperti seorang yang berdalil dengan satu hadith yang diriwayatkan dia oleh

Muslim dalam sahihnya;

Ertinya: “Bahawasanya Allah Taala tiada memandang ia kepada rupa-rupa sekalian

kamu dan tiada kepada harta-harta sekalian kamu, dan tetapi memandang ia kepada hati

sekalian kamu dengan amal-amal sekalian kamu.”27

Dalam hal yang lain, terdapat juga hadith yang dinyatakan teks Arab dan terjemahannya, namun

demikian, hadith tersebut tidak dibariskan. Contohnya dalam masalah 55, al-Marbawi menjelaskan

tentang nur Allah, yang dihuraikan berdasar sepotong ayat al-Quran beserta satu hadith Nabi SAW.

26 Al-Marbawi (1964M/1383H), op.cit., h.3. Melalui usaha pengkaji, hadith ini riwayat al-Tirmidhi dalam sunannya

[Kitab al-Da„awat, ( no.hadith 3373] dan Ahmad dalam musnadnya [no.hadith 9952]. Lihat Abu „Isa ,(باب مى

Muhammad bin „Isa bin Sawrah al-Tirmidhi (1417H), Sunan al-Tirmidhi, ditahqiqkan oleh Muhammad Nasir al-Din al-

Albani al-Riyad: Maktabah al-Ma„arif li al-Nashr wa al-Tawzi„, c.1, h.765-766. 27

Al-Marbawi (1964M/1383H), ibid., h.49. Hadith riwayat Muslim [Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab ( ححشيم

مان عشض دم احخقاسي خزن .no.hadith 6708], Ibn Majah dan Ahmad ,(ظهم انمسهم

Page 10: ANALISIS KHAZANAH WARISAN NABAWI: · PDF fileDALAM KITAB TAFSIR SURAH YASIN KARANGAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI ... ilmiah oleh Husna Kamarol Bahrin, iaitu kajian terhadap tafsir al-Marbawi,

10

Ertinya: “Telah diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili RA daripada Nabi SAW

bahawasanya telah bersabda ia: “Takut oleh mu sekalian kamu akan firasat orang

mukmin kerana bahawasanya memandang ia dengan nur Allah.”28

Daripada keseluruhan 61 hadith, pengkaji mendapati bahawa matan hadith berbahasa Arab beserta

terjemahannya adalah mendominasi berbanding bentuk matan hadith yang lainnya. Bahkan,

kebanyakan hadith dinyatakan oleh al-Marbawi dengan mendatangkan matan hadith diikuti

terjemahannya walaupun pada sebahagian hadith tidak dibariskan matan berbahasa Arab tersebut.

Lihat Jadual 1, iaitu bilangan hadith mengikut bentuk matan dalam bahasa Arab dari sudut

pembarisan matan (teks).

Bil. Bentuk Matan Dalam Teks Arab Bilangan Hadith

1. Matan dengan Teks Arab Yang Dibariskan 30

2. Matan dengan Teks Arab Yang Tidak Dibariskan 44

Jumlah Keseluruhan Hadith 61

Jadual 1: Bentuk Matan Dalam Teks Arab

Kedua: Matan Hadith Terjemahan Sahaja

Contohnya, pada masalah [391], al-Marbawi menyebutkan hadith tentang malaikat yang meniupkan

sekangkala ketika berlakunya kiamat.

“Telah diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi SAW namanya Abi Hurayrah RA,

katanya telah bersabda Rasulullah SAW: “Bahawasanya Allah Taala apakala telah

selesai ia daripada menjadikan segala langit dan bumi, menjadi ia akan sekangkala,

maka diberikan kepada malaikat bernama Israfil. Iaitu dihantarkan di atas mulutnya,

28 al-Marbawi (1964M/1383H), ibid., h.18. Hadit riwayat al-Tirmidhi [Kitab Tafsir al-Quran, Bab ( مه سسة انحجش ),

no.hadith 3127] dari hadith Abi Sa„id al-Khudri RA. Al-Tirmidhi berkata hadith ini gharib, yang hanya diketahui

melalui wajah (riwayat) ini sahaja. Dan diriwayatkan daripada sebahagian ahl al-„Ilm dalam mentafsirkan ayat ( إن ف رنك

سميه سميه) iaitu kalimah ,(آلياث نهمخ .Lihat. al-Tirmidhi (1417H), op.cit., h.702 .(نهمخفشسيه) bermakna (نهمخ

Page 11: ANALISIS KHAZANAH WARISAN NABAWI: · PDF fileDALAM KITAB TAFSIR SURAH YASIN KARANGAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI ... ilmiah oleh Husna Kamarol Bahrin, iaitu kajian terhadap tafsir al-Marbawi,

11

ligat matanya memandang „arasy al-Rahman menantikan masa diperintahkan tuhan

akan dia meniupnya.”29

Demikian dalam masalah [400], terdapat hadith dalam bentuk terjemahan berbahasa Melayu yang

menjelaskan tentang jarak masa tiup sekangkala pertama dan kedua.

“Dan diriwayatkan daripada al-Mubarak bin Fadalah daripada al-Hasan katanya:

“Telah bersabda Rasulullah SAW: “Antara dua tiup itu empat puluh tahun, tiup yang

pertama mematikan Allah Taala dengan dia sekalian yang hidup. Dan tiup yang kedua

menghidup Allah Taala dengan dia akan sekalian yang mati.”30

Ketiga: Matan Hadith Dalam Bentuk Kefahaman Pengarang

Daripada penelitian pengkaji, dalam karya Tafsir Surah Yasin, terdapat juga hadith yang dicatatkan

dalam bentuk kefahaman pengarang atau huraian pengarang yang disandarkan kepada hadith.

Namun, tidak dinyatakan matan dalam bentuk teks „Arab atau terjemahannya. Walaupun demikian,

hadith dalam bentuk ini adalah kurang. Sebagai contohnya pada perbahasan terakhir dalam masalan

574, al-Marbawi menjelaskan bahawa surah Yasin elok sekiranya dibacakan kepada orang sakit

yang hampir menemui ajal atau bahasa mudahnya sedang nazak. Al-Marbawi menyebutkan;

“Dengan kerana itulah datang beberapa hadith bahawasanya Nabi SAW mengajak

membaca surah Yasin bagi orang yang hampir mati.”31

Daripada carian pengkaji, didapati bahawa terdapat hadith yang menyatakan demikian iaitu;

Maksudnya: “Diriwayatkan daripada Ma„qil bin Yasar telah berkata: Rasulullah SAW

telah bersabda: “Bacakanlah ke atas orang yang hampir mati itu Yasin (surah

Yasin).”32

29 al-Marbawi (1964M/1383H), ibid., h.152.

30 Ibid., h.156.

31 Ibid., h.226.

Page 12: ANALISIS KHAZANAH WARISAN NABAWI: · PDF fileDALAM KITAB TAFSIR SURAH YASIN KARANGAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI ... ilmiah oleh Husna Kamarol Bahrin, iaitu kajian terhadap tafsir al-Marbawi,

12

Keseluruhan bentuk matan hadith dan bilangannya dalam kitab Tafsir Quran Surah Yasin dapat

dirumuskan dalam jadual 2 berikut:

Bil. Bentuk Matan Hadith Dalam

Tafsir Quran Surah Yasin Bilangan Hadith

1. Matan Dengan Teks Arab Dan Terjemahan 54

2. Matan Terjemahan Sahaja 6

3. Matan Hadith Dalam Bentuk Kefahaman Pengarang 1

Jumlah Keseluruhan Hadith 61

Jadual 2: Bentuk Matan Hadith Dalam Tafsir Quran Surah Yasin

Metodologi Penulisan Hadith Kitab Tafsir Surah Yasin

Untuk menjelaskan tentang metodologi penulisan hadith dalam karya Tafsir Quran Surah Yasin ini,

pengkaji tidak akan lagi menyentuh tentang bentuk matan hadith melainkan dilihat kepada beberapa

perkara seperti berikut;

Pertama: Hadith dicatatkan dalam masalah-masalah yang dinomborkan.

Perbahasan dan pentafsiran al-Marbawi terhadap ayat-ayat dalam surah Yasin ini dijelaskan

berdasarkan aturan masalah yang dinomborkan. Daripada keseluruhan karya itu, terdapat 574

masalah yang dikemukakan. Hal ini dinyatakan sendiri oleh al-Marbawi dalam mukadimah

pengarang.

32 Hadith riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya [Kitab al-Jana‟iz, Bab ( يخعهق ب انمشيض ما ), no.hadith 3200]. Abu Hatim

berkata: Maksud ( حاكم يس ,iaitu yang dikehendaki membacanya adalah orang yang hadir menyaksikannya (اقشءا عه م

bukan orang yang nazak (hampir meninggal) itu yang membacakan surah itu. Ia bertepatan dengan sabda Nabi SAW

( ) Maksudnya: “Ajarkan pada orang yang hampir meninggal itu kalimah ,(نقىا محاكم ال إن إال اهلل -Shu„ib al .”(ال إن إال اهلل

Arna‟ut mengatakan hadith ini sanadnya da„if (lemah). Lihat Muhammad bin Hibban bin Ahmad Abu Hatim al-Tamimi

al-Busti (1414H/1993M), Sahih Ibn Hibban bi Tartib Ibn Balban, ditahqiqkan oleh Shu„aib al-Arna‟ut, Beirut:

Muassasah al-Risalah, c.2, j.7, h.269.

Page 13: ANALISIS KHAZANAH WARISAN NABAWI: · PDF fileDALAM KITAB TAFSIR SURAH YASIN KARANGAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI ... ilmiah oleh Husna Kamarol Bahrin, iaitu kajian terhadap tafsir al-Marbawi,

13

“...dengan tafsir yang teratur secara baru, yang mudah faham dan senang mengambil

ingat dan mengetahui apa isinya dan masalah-masalahnya, daripada hukum-hukum

syarak dan khabar-khabar dan sebab-sebab turun ayat-ayatnya dan lainnya. Semua

masalah diberi nombor,...”33

Walaupun demikian, hadith-hadith juga dijelaskan dalam masalah-masalah yang dinomborkan

tersebut, tetapi bukan pada semua masalah melainkan masalah-masalah yang dijelaskan berdasarkan

keterangan daripada hadith. Sebagai contohnya, dalam membahaskan dan menjelaskan tentang

Basamallah ( ), terdapat dalam masalah [40] isu tentang menyifatkan Allah SWT

sebagai zat sama ada dibolehkan atau tidak. Oleh itu, al-Marbawi membawa beberapa dalil daripada

hadith yang menjelaskan perkara tersebut. Hadith-hadith tersebut disebutkan dalam empat masalah

selepas itu iaitu masalah bernombor 40, 41, 42, dan 43.34

Perkara ini dapat dikukuhkan lagi apabila al-Marbawi mentafsir ayat 34 dalam surah Yasin. Dalam

pentafsiran itu, al-Marbawi ada menyebutkan tentang syukur terhadap nikmat kurniaan Allah SWT

yang dikaitkan dengan buah-buahan adalah nikmat Allah yang perlu disyukuri. Setelah menjelaskan

dalam tiga masalah iaitu masalah bernombor 266, 267 dan 268, pada masalah bernombor 269,

beliau menyebutkan sebuah hadith Nabi SAW.

Ertinya: “Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi yang bernama al-Mughirah bin

Shu„bah RA katanya: “Telah sembahyang Rasulullah SAW hingga naik bengkak

kelembung dua kakinya. Maka dikata orang baginya: “Ya Rasulullah, adakah tuan hamba

bersusah-susah sendiri sembahyang sampai bengkak dua kaki ini? Pada halnya

sungguhnya telah diampunkan tuhan bagi tuan hamba akan barang yang terdahulu

daripada dosa tuan hamba dan barang yang kemudiannya?” Jawab Rasulullah SAW:

33 al-Marbawi (1964M/1383H), op.cit., h.2.

34 Lihat al-Marbawi (1964M/1383H), ibid., h.12-14.

Page 14: ANALISIS KHAZANAH WARISAN NABAWI: · PDF fileDALAM KITAB TAFSIR SURAH YASIN KARANGAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI ... ilmiah oleh Husna Kamarol Bahrin, iaitu kajian terhadap tafsir al-Marbawi,

14

“Maka adakah tidak sayugianya aku jadi hambanya yang syukur akan tuhan yang

dikurniaNya.”35

Kedua: Matan hadith dicatatkan dalam kurungan khusus diikuti selepas itu terjemahannya.

Dalam mencatatkan matan hadith, al-Marbawi membezakan antara matan hadith berbahasa Arab

dan terjemahannya dengan meletakkan matan dalam kurungan “(....)”sama ada matan berbahasa

Arab tersebut disebutkan matan penuh atau dinyatakan berselang seli antara sebahagian matan

hadith berbahasa Arab dengan terjemahannya bagi hadith yang sama. Ini bermakna al-Marbawi

pada sebahagian hadith, beliau tidak mendatang keseluruhan matan hadith secara serentak, tetapi

diterjemahkan sebahagian hadith dan diikuti bahagian hadith yang lain pada hadith yang sama.

Contohnya, ketika mentafsirkan ayat 56, surah Yasin, terdapat satu hadith dinyatakan dalam

masalah bernombor 431, iaitu disebutkan:

“Sebagaimana tersebut dalam hadith Rasulullah SAW (

) Ertinya: “Bahasanya tiada memetik seseorang dalam Syurga daripada buah kayu

Syurga itu sebiji melainkan tumbuh pada tempatnya seumpamanya.”36

Dalam contoh yang lain, pada masalah bernombor 269, beliau menyebutkan sebuah hadith Nabi

SAW dengan membahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

“Kata Abu „Isa al-Tirmidhi ( ),

Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi yang bernama al-Mughirah bin Shu„bah RA

katanya: “Telah sembahyang Rasulullah SAW hingga naik bengkak kelembung dua

35 Ibid., h.105. Hadith riwayat al-Tirmidhi dalam sunannya [Kitab al-Solah, Bab ( اد ف انصالة no.hadith ,(ما جاء ف االجخ

412], Abu „Isa Muhammad bin „Isa bin Sawrah al-Tirmidhi (2000), Sunan al-Tirmidhi, dalam Mawsu„ah al-Hadith al-

Sharif al-Kutub al-Sittah, al-Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi„, c.3, h.1683. 36

Ibid., h.171. Berdasarkan carian pengkaji, tidak terdapat matan hadith seperti di atas, melainkan terdapat matan dalam

kitab Takrij al-Ahadith wa al-Athar al-Waqi„iyyah karya al-Zaylani dengan matan ( ا إنا ن ا ال يىضع سجم في انجىت ثمش بج مكاو

ا Lihat Jamal al-Din „Abd Allah bin Yusuf bin Muhammad al-Zayla„i (1414H), Takhrij al-Ahadith wa al-Athar .(مثال

al-Waqi„yyah fi Tafsir al-Kashshaf li al-Zamakhshari, ditahqiqkan oleh „Abd Allah bin „Abd al-Rahman al-Sa„d, al-

Riyad: Dar Ibn Khuzaymah, [no.hadith 1166], j.3, h.255.

Page 15: ANALISIS KHAZANAH WARISAN NABAWI: · PDF fileDALAM KITAB TAFSIR SURAH YASIN KARANGAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI ... ilmiah oleh Husna Kamarol Bahrin, iaitu kajian terhadap tafsir al-Marbawi,

15

kakinya. ( ) Maka dikata orang

baginya: “Ya Rasulullah, adakah tuan hamba bersusah-susah sendiri sembahyang sampai

bengkak dua kaki ini? Pada halnya sungguhnya telah diampunkan tuhan bagi tuan hamba

akan barang yang terdahulu daripada dosa tuan hamba dan barang yang kemudiannya?”

Jawab Rasulullah SAW: “Maka adakah tidak sayugianya aku jadi hambanya yang syukur

akan tuhan yang dikurniaNya.”37

Ketiga: Menyatakan sumber ambilan atau rujukan pada sebahagian hadith.

Al-Marbawi ketika mencatatkan sesuatu hadith dalam sesuatu perbahasan yang dijelaskan, beliau

akan menyatakan sumber ambilan atau sumber hadith tersebut daripada kitab-kitab hadith. Namun

demikian, tidak semua hadith dinyatakan sumbernya. Sumber tersebut boleh dikenalpasti apabila al-

Marbawi menyebutkannya sebelum menyebutkan sesuatu hadith atau dicatatkan pada penghujung

hadith selepas terjemahannya.

Sebagai contohnya, dalam masalah bernombor [130], beliau menyebutkan sumber ambilan bagi

hadith yang dinyatakan adalah daripada riwayat Muslim iaitu:

“[130] Masalah: Jamaah yang terpedaya dengan sebab keluar hujah seorang yang

berdalil dengan hadith yang dipotongnya dan dikeratnya, iaitu seperti seorang yang

berdalil dengan satu hadith yang diriwayatkan dia oleh Muslim dalam sahihnya; katanya

( ), Ertinya:

“Bahawasanya Allah Taala tiada memandang ia kepada rupa-rupa sekalian kamu dan

tiada kepada harta-harta sekalian kamu, dan tetapi memandang ia kepada hati sekalian

kamu dengan amal-amal sekalian kamu.”38

Demikian dalam masalah [197], al-Marbawi menyebutkan:

37 Ibid., h.105. Hadith riwayat al-Tirmidhi dalam sunannya [Kitab al-Solah, Bab ( اد ف انصالة no.hadith ,(ما جاء ف االجخ

412]. Lihat al-Tirmidhi (2000), Sunan al-Tirmidhi, dalam Mawsu„ah al-Hadith, op.cit., h.1683. 38

Ibid., h.49. Hadith riwayat Muslim [Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab ( عشض دم احخقاسي خزن ححشيم ظهم انمسهم

مان ), no.hadith 6708], Ibn Majah dan Ahmad.

Page 16: ANALISIS KHAZANAH WARISAN NABAWI: · PDF fileDALAM KITAB TAFSIR SURAH YASIN KARANGAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI ... ilmiah oleh Husna Kamarol Bahrin, iaitu kajian terhadap tafsir al-Marbawi,

16

“...seperti yang tersebut dalam hadith yang dikeluarkan dia oleh Muslim dalam sahihnya

dan Abu Dawud dan al-Tirmidhi dalam sunannya katanya (

), Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi

namanya Abi Mas„ud al-Badri RA, katanya: “Telah bersabda Rasulullah SAW: “Barang

siapa yang menunjuk ia atas satu kebajikan maka baginya pahala seperti pahala orang

yang memperbuatnya.”39

Secara rambang, pengkaji mendapati bahawa al-Marbawi banyak merujuk kepada al-Kutub al-

Sittah dalam mengambil hadith sebagai hujah dan dalilnya terhadap keterangan yang dijelaskan.

Walaupun demikian, beliau juga merujuk kepada kitab-kitab hadith yang lain seperti al-Jami„ al-

Saghir oleh Imam al-Suyuti, Kitab Sahih Ibn Khuzaymah oleh Ibn Khuzaymah, kitab Shu„ab al-

Iman oleh al-Bayhaqi dan Kitab al-Hiliyyah oleh Abu Nu„aim.

Keempat: Hadith dapat dibezakan dengan jelas berbanding kenyataan lain melalui ungkapan yang

jelas mewakili hadith.

Perkara ini merujuk kepada ungkapan atau kata-kata yang dicatatkan oleh al-Marbawi untuk

menunjukkan bahawa kenyataan atau keterangan yang disebutkan tersebut adalah hadith. Ungkapan

atau kata-kata tersebut dinyatakan dengan menyebutkan sumber hadith iaitu mewakili kitab-kitab

hadith seperti sahih Muslim, atau riwayat Abu Dawud dan sebagainya, atau menyebutkan

diriwayatkan daripada seorang sahabat, lalu diikuti dengan sabda Rasulullah SAW dan sebagainya.

Antara contoh ungkapan yang digunakan adalah seperti:

1. “...demikianlah tersebut di dalam sahih Muslim, katanya......”40

2. “...dalilnya ialah hadith yang dikeluarkan oleh Muslim dalam sahihnya, katanya:..”41

39 al-Marbawi (1964M/1383H), ibid., h.77. Berdasarkan kepada penelitian pengkaji terhadap hadith, perawi bernama

Abi Mas„ud al-Badri seperti yang dicatatkan oleh al-Marbawi, tidak terdapat pada riwayat Muslim, Abi Dawud dan al-

Tirmidhi. Tetapi nama yang sebenarnya adalah Abi Mas„ud al-Ansari. Mungkin terdapat sedikit kesilapan pada cetakan

pada nama tersebut. Lihat Muslim [Kitab al-Imarah, Bab ( بخيش ه ف أ خالفخ غيشي بمشكب ,(فضم إعاوت انغاص ف سبيم انه

no.hadith 4899]. Lihat Muslim bin al-Hajjaj Abu Husain al-Qusyairi al-Naisaburi (2000M), Sahih Muslim dalam

Mawsu„ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, al-Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi„, c.3, h.1017. 40

al-Marbawi (1964M/1383H), op.cit., h.77, 41

Ibid., h.78,

Page 17: ANALISIS KHAZANAH WARISAN NABAWI: · PDF fileDALAM KITAB TAFSIR SURAH YASIN KARANGAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI ... ilmiah oleh Husna Kamarol Bahrin, iaitu kajian terhadap tafsir al-Marbawi,

17

3. “...telah diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi SAW namanya Abu Hurayrah RA,

katanya telah bersabda Rasulullah SAW:...”42

4. “Bermula dalilnya ialah hadith yang diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi SAW

yang bernama Abu Sa„id al-Khudri RA, katanya:....”43

5. “...demikian tersebut dalam hadith Rasulullah SAW begini....”44

Kelima: Menyatakan nama perawi al-„Ala (perawi Sahabat) pada hadith.

Contohnya dalam masalah bernombor [28], al-Marbawi mendatang dalil daripada hadith tentang

harus menamakan Allah SWT sebagai “شيء”, iaitu bermakna sesuatu. Sebelum menyebutkan

hadith, dinyatakan bahawa hadith tersebut diriwayatkan oleh seorang Sahabat bernama„Imran bin

al-Hasin.

“Sabda Nabi SAW pada hadith Sahabatnya yang bernama „Imran bin al-Hasin RA,

katanya: “Telah bersabda Nabi SAW ( ), “Ada Tuhan pada halnya

tiada ada sesuatu lain daripadanya.”45

Akan tetapi terdapat juga hadith yang tidak menyebutkan nama perawi Sahabat. Antara hadith yang

tidak dinyatakan nama perawi tertinggi (al-„Ala) adalah seperti hadith yang disebutkan dalam

masalah bernombor [7], [11], [12] dan [15].46

Daripada penelitian terhadap keseluruhan 61 hadith, pengkaji dapat menyatakan bahawa terdapat 44

hadith yang dinyatakan nama perawi tertinggi (Sahabat), dan bakinya 17 tidak disebutkan nama

42 Rujuk hadith dalam masalah bernombor 391. Lihat Ibid., h.152.

43 Rujuk hadith dalam masalah bernombor 394. Lihat Ibid., h.153.

44 Rujuk hadith dalam masalah bernombor 414. Lihat Ibid., h.163.

45 Lihat Ibid., h.9. Daripada carian pengkaji, hadith ini riwayat al-Bukhari dalam sahihnya [Kitab Bad‟ al-Khal, Bab ( ما

حعان ل انه انز يبذأ انخهق ثم يعيذي ) جاء ف ق ) ), no.hadith 3191], Lihat Abu „Abd Allah Muhammad bin Isma„il al-Bukhari

al-Ja„fi selepas ini al-Bukhari (2000), Sahih al-Bukhari dalam Mawsu„ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, al-

Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi„, c.3, h.258. 46

Ibid., h.4-6.

Page 18: ANALISIS KHAZANAH WARISAN NABAWI: · PDF fileDALAM KITAB TAFSIR SURAH YASIN KARANGAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI ... ilmiah oleh Husna Kamarol Bahrin, iaitu kajian terhadap tafsir al-Marbawi,

18

perawi tersebut. Bahkan, ada hadith yang disebutkan lebih daripada seorang perawi tertinggi yang

meriwayatkan hadith tersebut.47

Lihat jadual 3 dibawah.

Bil. Penyataan Nama Perawi Dalam Hadith Bilangan Hadith

1. Hadith yang dinyatakan nama perawi tertinggi (sahabat) 44

2. Hadith yang tidak disebutkan nama perawi 17

Jumlah Keseluruhan Hadith 61

Jadual 3: Bilangan Hadith Mengikut Catatan Nama Perawi Yang Dinyatakan

Keenam: Menyebutkan kualiti hadith pada sebahagian hadith

Al-Marbawi ketika mencatatkan hadith dalam karya beliau, tidak lupa untuk menyebutkan kualiti

hadith iaitu taraf hadith sama ada daripada hadith yang diterima atau ditolak sebagai hujah. Namun

demikian, beliau tidak menyatakan pada keseluruhan hadith kecuali hadith yang diriwayatkan oleh

al-Tirmidhi dalam sunannya, beliau menaqalkan pendapat al-Tirmidhi terhadap hadith tersebut.

Walaupun begitu, terdapat hadith riwayat al-Tirmidhi yang tidak disebutkan taraf.

Contohnya pada masalah bernombor [568] yang menyebutkan tentang hati al-Quran, al-Marbawi

mendatang hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi.

Ertinya: “Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi SAW namanya Anas bin Malik

RA, kata: “Telah bersabda Rasulullah SAW: “Bahawasanya bagi tiap-tiap sesuatu itu

hati dan hati al-Quran itu surah Yasin. Dan barang siapa yang membaca ia akan surah

Yasin nescaya suratkan tuhan bagi pahala bacaannya seperti membaca sepuluh kali

47 Contohnya pada hadith dalam masalah bernombor 67, al-Marbawi menyatakan hadith yang dinyatakan tersebut

adalah riwayat Anas bin Malik dan „Aishah RA. Lihat ibid., h.22.

Page 19: ANALISIS KHAZANAH WARISAN NABAWI: · PDF fileDALAM KITAB TAFSIR SURAH YASIN KARANGAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI ... ilmiah oleh Husna Kamarol Bahrin, iaitu kajian terhadap tafsir al-Marbawi,

19

dengan tiada surah Yasin.” (Kata Abu Isa) al-Tirmidhi: Bermula hadith ini hadith

gharib.”48

Selain itu, beliau juga tidak menyatakan taraf bagi hadith-hadith yang diriwayat oleh al-Bukhari dan

Muslim dalam sahih mereka. Hal ini telah diketahui bahawa kedua-dua sumber tersebut adalah

terdiri daripada hadith-hadith yang sahih sahaja yang telah disepakati oleh para ulama. Selalunya al-

Marbawi akan menyatakan dahulu riwayat hadith seperti “diriwayat oleh Muslim dalam sahihnya”,

lalu diikuti dengan menyatakan hadith. Pada akhir hadith setelah dinyatakan terjemahannya, beliau

tidak menyatakan taraf hadith tersebut.49

Ketujuh: Menjadikan Hadith Qudsi Sebagai Hujah

Al-Marbawi juga memetik hadith Qudsi sebagai dalil terhadap keterangan yang dinyatakan. Ketika

mentafsirkan ayat 68 surah Yasin, dalam masalah bernombor [494], terdapat satu hadith Qudsi

disebutkan;

“Seperti diriwayatkan pada hadith Qudsi: ( ), Bermula

uban itu cahaya Ku, maka malu Aku membakar cahaya Ku dengan api neraka Ku.”50

Aspek Takhrij Hadith Dalam Kitab Tafsir Surah Yasin

Berdasarkan kepada penelitian terhadap kitab, al-Marbawi tidak mentakhrijkan hadith-hadith yang

dicatatkan sebagai dalil atau hujah dalam permasalahan dan keterangan yang dikemukakan. Namun

begitu, pada sebahagian hadith, terdapat hadith-hadith yang dinyatakan sumbernya secara ringkas

iaitu sama ada merujuk kepada kitab-kitab sunan dan sahih, atau kitab-kitab hadith yang lainnya.

Antara sumber-sumber kepada hadith-hadith yang dinyatakan dipetik daripada al-Kutub al-Sittah

(iaitu Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Dawud, Sunan al-Tirmidhi, Sunan al-Nasa‟i dan

48 Lihat Ibid., h.224. Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dalam sunannya [Kitab Fada‟il al-Quran, Bab ( ما جاء ف

no.hadith 2887]. Lihat al-Tirmidhi (2000), Sunan al-Tirmidhi, dalam Mawsu„ah al-Hadith, op.cit., h.1941 ,(فضم يس49

Rujuk masalah bernombor 156. Terdapat hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim yang jelas dinyatakan

oleh al-Marbawi. Namun, beliau tidak menyatakan taraf hadith itu sepertimana beliau menaqalkan pendapat al-Tirmidhi

terhadap kualiti sesuatu hadith yang diriwayatkannya. Lihat Ibid., h.47. 50

Ibid., h.199.

Page 20: ANALISIS KHAZANAH WARISAN NABAWI: · PDF fileDALAM KITAB TAFSIR SURAH YASIN KARANGAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI ... ilmiah oleh Husna Kamarol Bahrin, iaitu kajian terhadap tafsir al-Marbawi,

20

Sunan Ibn Majah), kitab al-Jami„ al-Saghir oleh Imam al-Suyuti,51

Kitab Sahih Ibn Khuzaymah

oleh Ibn Khuzaymah52

, kitab Shu„ab al-Iman oleh al-Bayhaqi53

dan Kitab al-Hiliyyah oleh Abu

Nu„aim54

beberapa kitab lain.

Walaupun demikian, al-Marbawi tidak menyatakan secara terperinci maklumat hadith seperti kitab

dan bab hadith daripada sumber-sumber tersebut. Namun begitu, pada sebahagian hadith, beliau

menyebutkan taraf hadith khususnya daripada riwayat al-Tirmidhi dan al-Hakim. Contohnya, hadith

dalam masalah bernombor [68], daripada tiga hadith yang dinyatakan, al-Marbawi menyebutkan

bahawa salah satu daripada hadith tersebut diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lalu

pada akhir hadith beliau mencatatkan berikut:

“Bahawasanya hadith sahih atas syarat Bukhari dan Muslim”55

Oleh yang demikian, ketika mencatat dan menukilkan hadith-hadith Nabi SAW, al-Marbawi tidak

konsisten dalam menyatakan sumber hadith serta taraf hadith-hadith tersebut. Pada sebahagian

hadith disebutkan sumbernya walaupun secara ringkas, dan pada sebahagian yang lain tiada

sebarang maklumat sumber dan taraf hadith tersebut.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada keseluruhan kajian dan penelitian terhadap metodologi penulisan hadith di

dalam karya Tafsir Surah Yasin karya al-Marbawi ini, pengkaji dapat menyatakan bahawa, al-

Marbawi mempunyai metodologi yang tersendiri ketika mencatatkan dan menukilkan hadith-hadith

tersebut. Bahkan menjadi sesuatu yang istimewa apabila perbahasan di dalam kitab itu diletakkan

nombor berdasarkan masalah. Setiap masalah yang bernombor tersebut, bukan hanya tafsiran ayat

51 Lihat hadith yang disebutkan dalam masalah bernombor 119, di mana pada penghujung keterangan, al-marbawi

mencatatkan rujukan atau sumber bagi hadith itu, iaitu dari kitab -Jami„ al-Saghir oleh Imam al-Suyuti. Lihat Ibid.,

h.44. 52

Lihat hadith yang disebutkan dalam masalah bernombor 68, di mana terdapat tiga hadith yang dicatatkan. Tetapi dua

daripada hadith tersebut dinyatakan oleh al-Marbawi bahawa ia dikeluarkan oleh Ibn Khuzaymah dan lainnya. Lihat

Ibid., h.23. 53

Lihat hadith yang disebutkan dalam masalah bernombor 82, iaitu hadith yang dicatatkan tersebut dinyatakan oleh al-

Marbawi sebagai hadith riwayat al-Bayhaqi dalam kitabnya Shu„ab al-Iman. Lihat Ibid., h.28. 54

Lihat hadith yang disebutkan dalam masalah bernombor 81. Lihat Ibid., h.27-28. 55

Ibid., h.23.

Page 21: ANALISIS KHAZANAH WARISAN NABAWI: · PDF fileDALAM KITAB TAFSIR SURAH YASIN KARANGAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI ... ilmiah oleh Husna Kamarol Bahrin, iaitu kajian terhadap tafsir al-Marbawi,

21

sahaja atau keterangan ayat, tetapi hadithh-hadith juga diletakkan dalam masalah yang bernombor.

Penomboran tersebut telah memudahkan semua para pembaca untuk merujuk kepada permasalahan

yang sesuai.

Oleh yang demikian, pujian harus diberikan kepada al-Marbawi selaku tokoh yang berwibawa dan

telah membawa satu pembaharuan ke arah perkembangan ilmu-ilmu Islam khususnya ke arah

menjadi ia sesuai dan bertepatan dengan kehendak setempat dan semasa.

Bibliografi dan Rujukan

Anwar Ridwan Zakaria (2007), “Kitab Idangan Guru Sahih al-Bukhari wa Muslim: Satu Kajian

Dari Aspek Metodologi Huraian Hadith”, (Disertasi Sarjana, Jabatan al-Quran dan al-

Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

Faisal Ahmad Shah (2007), “Metodologi Penulisan Mohamed Idris al-Marbawi Dalam Bahr al-

Madhi”, (Tesis PhD, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti

Malaya, Kuala Lumpur).

Husna Kamarol Bahrin (2008), “Hadith Dalam Tafsir Al-Marbawi : Suatu kajian Dalam Aspek

Penggunaannya”, (Latihan Ilmiah, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Bahagian Pengajian

Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya).

Ibn Hibban, Abu „Isa Muhammad bin „Isa bin Sawrah al-Tirmidhi (1417H), Sunan al-Tirmidhi,

ditahqiqkan oleh Muhammad Nasir al-Din al-Albani al-Riyad: Maktabah al-Ma„arif li al-

Nashr wa al-Tawzi„.

Khadher Ahmad (2009), “Analisis Bentuk-Bentuk Matan Hadith Dalam Kitab-kitab Jawi

Nusantara: Penentu Arah Dalam Takhrij Hadith”, (Kompilasi Kertas kerja yang

dibentangkan dalam Seminar Takhrij Hadith Nusantara: Realiti dan Keperluan Dalam

Masyarakat Islam, pada 30 dan 31 Disember 2009, di Akademi Pengajian Islam, Universiti

Malaya Kuala Lumpur).

Mahani Mokhtar (1990M), “Syeikh Muhammad Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi: Sejarah dab

Sumbangannya Di Bidang Penulisan”, (Latihan Ilmiah Jabatan Pengajian Islam, Fakulti

Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya).

Marbawi, Al-Sheikh Muhammad Idris al- al-Azahri (1964M/1383H), Tafsir Quran Marbawi Surah

Yasin, Mesir: Matba„ah al-Anwar.

Page 22: ANALISIS KHAZANAH WARISAN NABAWI: · PDF fileDALAM KITAB TAFSIR SURAH YASIN KARANGAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI ... ilmiah oleh Husna Kamarol Bahrin, iaitu kajian terhadap tafsir al-Marbawi,

22

Muhammad bin Abdul Rahman (2003), “Sumbangan Syeikh Idris al-Marbawi: Suatu Kajian

Terhadap Kitabnya Bahr al-Madhi, Tumpuan Kepada Bab Niat,” (Disertasi Sarjana, Jabatan

Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

Muhammad bin Hibban bin Ahmad Abu Hatim al-Tamimi al-Busti (1414H/1993M), Sahih Ibn

Hibban bi Tartib Ibn Balban, ditahqiqkan oleh Shu„aib al-Arna‟ut, Beirut: Muassasah al-

Risalah.

Murshida Kasim (2002), “Amalan-amalan leksikografi terhadap pemberian makna : satu kajian kes

terhadap kata kerja dalam Kamus Idris Al-Marbawi”, (Latihan Ilmiah, Jabatan Bahasa

Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

Nasruddin Saleh (1980), “Idris al-Marbawi Popular Kerana Kamus”, dalam Utusan Qiblat,

bil.(121), September 1980.

Zayla„i, Jamal al-Din „Abd Allah bin Yusuf bin Muhammad al- (1414H), Takhrij al-Ahadith wa al-

Athar al-Waqi„yyah fi Tafsir al-Kashshaf li al-Zamakhshari, ditahqiqkan oleh „Abd Allah

bin „Abd al-Rahman al-Sa„d, al-Riyad: Dar Ibn Khuzaymah.

Mawsu„ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, al-Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi„.