bangsa mim – tak hilang di dunia (siri 4)

Upload: azan90

Post on 30-May-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 BANGSA MIM Tak Hilang Di Dunia (Siri 4)

    1/22

    BANGSA 'MIM' tak hilang di dunia (siri 4)

    salam...

    Imbasan artikel lalu,

    ADAM di turunkan selepas bumi di 'bersihkan' dari makhluk-makhluk yang sukamembuat 'perang' yakni di gelar JAN. Azazil yang berasal dari bangsa JAN ini dinaikkan ke langit dan menjadi IBLIS bila dia enggan untuk 'sujud' pada ADAM.Maka, turunlah IBLIS dan kuncunya lalu membentuk pelbagai makhluk di mukabumi yang ketika itu terumbang-ambing tiada pegangan. Lantas ADAM turun

    untuk menjadi khalifah dan membawa semua makhluk itu menuju 'satu umat'lantas dapat membina ketamadunan yang amat hebat. Takkala itu, manusia daribenih ADAM yang di beri ilmu 'pengurusan' di naikkan'pangkat' menjadi raja.

    Para raja-raja ini mampu naik turun di mana sahaja yang menjadi 'matrix' duniamanusia. Kenapa sampai begitu sekali? sudah tentu mereka mampu kerana

    mereka itu khalifah di langit dan di bumi.

    Para raja inilah yang di gelar sebagai dewa-dewi yang mampu melakukanperkara di luar adat manusia. Seandainya, kita mendengar ketamadunan di

    mana-mana planet sekali pun, itulah sisa-sisa 'pemerintahan' waris ADAM yangdi gelar raja@dewa.

    Apapun, misteri dewa-dewi dan mengenai adam-adam ini memberi impak yangbesar kepada pengunjung Nusanaga. Sejak siri 1 hingga 3, ramai yang

    bertanyakan mengenai ADAM, dewa-dewa dan tentang ILMU nama-nama ataudi kenali sebagai ILMU SEGALA ini. Insyallah,

    saya akan terangkan setiap satu darinya selepas misteri Bangsa MIM ini dibongkar sepenuh pada awal tahun 2010 ini.

    http://nusanaga.blogspot.com/2009/12/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-4.htmlhttp://g8.no/images/20070710201833_journey.jpghttp://nusanaga.blogspot.com/2009/12/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-4.html
  • 8/9/2019 BANGSA MIM Tak Hilang Di Dunia (Siri 4)

    2/22

    Untuk artikel kali ini dan selajutnya adalah amat berat untuk di tulis kerana ianyamemerlukan fakta yang benar-benar kukuh. Artikel pada sebelumnya lebih padacerita, mitos, teori dan fakta yang bukti secara fizikalnya sukar untuk di buktikan.Biar bagaimanapun, artikel akan datang akan membongkar 'puzzle-puzzle' yangtelah saya berikan pada anda. Siri bangsa MIM- tak hilang di dunia ini bukanlah

    satu artikel panjang yang di pecah-pecahkan kepada beberapa bahagian, akantetapi lebih pada kelompok data yang harus saya kronologikan agar kita semuadapat melihat siapakah 'melayu' itu sebenarnya.

    .....................................................................

    BANJIR BESAR YANG PALING BESAR

    Sebagaimana yang kita tahu, pada zaman dahulu, pernah terjadi satu banjiryang di anggap telah memusnahakan hampir separuh ketamadunan manusia di

    muka bumi ini. Bukan saja Islam, akan tetapi dalam agam lain juga menyebutperkara yang sama tentang banjir yang hebat ini. Hampir keseluruhan bangsa-

    bangsa di muka bumi ALLAH ini di 'implan'kan memori mengenai banjir besar inimelalui cerita-cerita orang tua, kitab-kitab suci, dan sebagainya.

    Tapi, saya hendak menanyakan kepada anda, kenapa hampir semua bangsadan agama mengatakan tentang BANJIR BESAR... persoalannya, kenapa

    BANJIR? kenapa tidak tsunami, ombak besar, ribut petir atau apa saja yangmelibatkan air dan kemusnahan?

    Jika kita fikir secara mendalam, jika banjir, kita akan teringat tentang hujan lebatseperti musim tengkujuh di pantai timur. Seperti di dalam filem 2012, apa yangkita lihat itu adalah simulasi kepada tsunami dan peristiwa gempa bumi yang

    http://www.ufodigest.com/news/1108/images/2012.jpg
  • 8/9/2019 BANGSA MIM Tak Hilang Di Dunia (Siri 4)

    3/22

    dasyat yang membawa kepadabanjir 'super'.

    Seperi di dalam wikipedia, Banjir bermaksud:"Banjir ialah keadaan air yang menenggelami atau mengenangi sesuatu

    kawasan atau tempat yang luas"

    Limpahan yang tidak dapat di bendung akan menyebabkan sesuatu kawasan itudi naiki air. Arus yang sedang meningkat naik itu akan menyebabkan pergerakan

    di atas dan di bawah air yang besar kemungkinan akan menyebabkan ombakbesar dan tusnami. Banjir yang paling menakutkan ialah banjir yang berpuncadari laut. Seperti yang kita tahu hampir 14 buah pulau dan negara yang akan

    hilang di sebabkan arus laut yang semakin mendadak ini. Ini juga di sebabkanlimpahan air yang semakin tinggi yang berpunca dari ais di kutub utara yangsemakin mencair. Di antara yang di khuatiri hilang adalah Sychelles, Tuvalu,

    Kiribati, dan Palau, serta Maladewa di Samudra Hindia. (klik sini)

    Persoalannya, adakah banjir yang datang dari laut inikah yang menyebabkanbanjir besar pada zaman nabi Nuh a.s dulu? mari kita kaji tentang ini.

    .....................................................................

    BANJIR DI SELURUH DUNIA

    "Dan Nuh berkata: "Naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut namaAllah di waktu berlayar dan berlabuhnya."

    http://kang-adek.blogspot.com/2009/02/14-negara-pulau-dikhawatirkan-akan_17.htmlhttp://www.ohgizmo.com/wp-content/uploads/2007/10/levitron_globe.jpghttp://kang-adek.blogspot.com/2009/02/14-negara-pulau-dikhawatirkan-akan_17.html
  • 8/9/2019 BANGSA MIM Tak Hilang Di Dunia (Siri 4)

    4/22

    Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.""Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung.

    Dan Nuh memanggil anaknya - sedang anak itu berada di tempatyang jauh terpencil: "Hai anakku, naiklah bersama kami dan janganlah kamu

    berada bersama orang-orang yang kafir."

    "Anaknya menjawab: "Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapatmemeliharaku dari air bah!" Nuh berkata: "Tidak ada yang melindungihari ini dari azab Allah selain Allah Yang Maha Penyayang". Dan gelombang

    menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itutermasuk orang-orang yang ditenggelamkan."

    "Dan difirmankan: "Hai bumi telanlah airmu, dan hai langit berhentilah," danairpun disurutkan, perintahpun diselesaikan dan bahtera itupun

    berlabuh di atas bukit Judi , dan dikatakan: "Binasalah orang-orang yang zalim ."Ayat 41-44 surah Huud

    Inilah persoalan yang sering di ajukan pada saya. Adakah banjir besar ini

    meliputi seluruh dunia atau hanya merangkumi beberapa tempat sahaja. Untukmendapatkan jawapan itu, mari kita sama-sama mengali data yang ada danmembuat konklusi bersama. Saya tidak mahu anda hanya pandai menadah ilmu

    dan taklid padanya. Saya mahu kita sama-sama bangun dan saling berkongsitanpa ada rasa ego di hati. Insyaallah.

    Baiklah, di antara klue-klue yang di perolehi adalah:-

    1- Hampir seluruh kebudayaan dan agama menceritakan tentang banjir besaryang pernah terjadi di zaman dahulu (klik sini)

    2- Peta pada zaman dahulu bukanlah seperti sekarang. Tambahan pula, EraNuh adalah era di mana kerajaan 'satu umat' masih berkuasa. Terdapat jugabeberapa ketamadunan di tempat lain dan persoalannya, ketamadunan itu turut

    musnah atau masih kekal dan berevolusi?

    3- Di dalam buku stephen oppenheinmer, Model 'Dryas Flood' di katakan yangterbaik untuk menerangkan kejadian banjir-banjir besar yang pernah terjadi pada

    zaman dahulu.Dryas adalah Model yang menerangkan keadaan bumi yang super sejuk yang

    mana menyebabkan pencairan yang mengejut lantas memnyebabkan bumimengalami limpahan banjir. Terdapat 3 zaman di mana peristiwa ini pernah

    berlaku, yakni:

    - oldest dryas yang berlaku sekitar 15,000 tahun lalu dan tidak membawa banjir- older dryas yang berlaku sekitar 14,000 tahun lalu dan berlaku banjir pertama- young dryas yang berlaku sekitar 13,000 tahun lalu dan berlaku banjir kedua

    Di antara tiga fasa ini, yang ketiga itulah yang paling dasyhat. Kejadian suhumenurun di katakan secara mendadak dan paling sekejap berlaku. Ia berakhir

    http://en.wikipedia.org/wiki/Deluge_mythhttp://en.wikipedia.org/wiki/Deluge_myth
  • 8/9/2019 BANGSA MIM Tak Hilang Di Dunia (Siri 4)

    5/22

    pada 11,150 tahun lalu dan juga berlaku secara mengejut. Young dryas adalahmodel penyejukan yang paling mengejut dan membawa bencana.

    Bayangkan kutub utara kita tiba-tiba saja menyejuk sehingga dapat 'membina'bongkah-bongkah ais raksasa dan kemudiannya mencair dengan begitu pantas

    sekali. Kenaikan aras air itu akan menyebabkan aras garam di lautan menjaditidak stabil lantas menyebabkan perubahan cuaca yang mendadak. Besarkemungkinan, akan berlaku ribut petir yang dasyat kemudian di susuli dengangempa bumi akibat ketidakstabilan di bawah tanah akibat mendapan air laut

    yang super berat. Tekanan demi tekanan kepada bumi akan menyebabkan iaberlaku secara total binasa. Ia bukanlah sekadar peristiwa yang boleh di

    permain-mainkan. Bila ia berlaku, ia akan menberi impak pada seluruh dunia.Tiada maaf bagimu!!!

    4- Sebagai muslim, kita perlu melihat Al-quran dalam pengkajian ini. Siapa katailmu sains dan ilmu agama tidak boleh disekalikan. Dek kerana itulah banyak

    pembinaan teknologi memberi kesan negatif pada bumi. Jadi, surah Nohmenceritakan segalanya.

    "Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya : "Berilah kaummuperingatan sebelum datang kepadanya azab yang pedih",

    ayat 1, Surah noh

    "niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,"ayat 11, surah noh

    "Nuh berkata: "Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan seorangpun di antaraorang-orang kafir itu tinggal di atas bumi."

    ayat 26, surah noh

    Bukan hanya surah nuh yang memberi kata kunci mengenai apa yang sedangberlaku pada zaman dahulu, akan tetapi banyak lagi yang menceritakan perkarayang sama, cuma anda harus mengkaji ilmu lain supaya apa yang anda baca itu

    anda akan faham. Kebanyakkan yang saya lihat pada zaman kini, ramai yangmengatakan supaya kita harus kembali pada Al-quran, akan tetapi pada

    hakikatnya mereka tidak melakukan apa-apa. Mereka hanya memandang remehpada orang yang membuat kajian berdasarkan Al-quran dan cuba menghalang

    mereka yang cuba menaikkan islam memlalui keilmuan. Jika anda baca Al-qurandan memahaminya, anda akan lihat banyak persamaan kaum-kaum kafir dan

    musyrik pada manusia di zaman kita ini. Apakah kita tergolong dari kalangan itu?Sedaya upayalah kalian menjauhinya.

    Jadi, daripada sedikit klue-klue yang saya dedahkan ini, apa yang anda semuadapat simpulkan. Adakah banjir besar ini terjadi hanya pada sesuatu kawasan

    atau hampir seluruh dunia?

  • 8/9/2019 BANGSA MIM Tak Hilang Di Dunia (Siri 4)

    6/22

    Jawapan saya...di seluruh dunia.

    .....................................................................

    PELAYARAN DI BAHTERA PALING BESAR

    "Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk ke rumahkudengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan

    janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selainkebinasaan".

    ayat 28, surah nuh

    Seperti yanh saya terangkan pada aritkel dahlu, bahtera ini menyimpan pelbagaispesis haiwan dan golongan manusia beriman kepadaNYA demi penerusan

    kehidupan. Di dalam injil dan kitab-kitab terdahulu (owh..sudah tentu anda akanmelatah dan berkata 'kenapa nak ikut kitab dulu?!) ada mengatakan tentangmakhluk gergasi yang di namakan Nephilim. Di katakan mereka ini telah pun

    mendominasi bumi pada ketika itu dan perangai mereka pun boleh tahan jahat.Di katakan Nephilim ini adalah kombinasi genetik Fallen angle dan manusia.

    Di dalam blog dan forum di barat, mereka menceritakan tentang kajian merekatentang Nephilim ini. Nephilim ini telah pun mendominasi dunia pada ketika itu

    http://dvice.com/pics/solarboat.jpg
  • 8/9/2019 BANGSA MIM Tak Hilang Di Dunia (Siri 4)

    7/22

    dan perang terjadi di mana-mana. Ternyata Nephilim ini adalah golonganperosak sebelum banjir besar itu berlaku.

    Bila kita melihat balik pada Surah Nuh, ayat 7:-

    "Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka agar Engkau mengampuni

    mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya danmenutupkan bajunya dan mereka tetap dan menyombongkan diri dengansangat."

    dan surah nuh, ayat 23Dan mereka berkata: "Jangan sekali-kali kamu meninggalkan tuhan-tuhan kamudan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan wadd, dan jangan pula suwwa',

    yaghuts, ya'uq dan nasr ".

    Kita dapat Nephilim bukanlah sedar raksasa, akan tetapi mungkin sebagaisesuatu yang dapat menguasai semua yang berada di bawah penguasaan 'satu

    umat' pada ketika itu. JIka saya kata Nephilim ini adalah para elite pada masaitu, anda bersetuju? Banyak persamaan apa yang berlaku di zaman Nuh dan kitaini.

    Kita di kuasai oleh Hidden Hand dan di katakan berupa 'serpent atau lizard men'.Pada era nuh pula, mereka di kuasai Nephilim dan berupa raksasa yang

    mempunyai sesuatu kekuasaan yang mendominasi. Di tambah pula, pada ketikaitu, umat manusia mulai menyembah berhala yang mereka idolakan dari

    kalangan para raja-raja agung yang terdiri dari waris nabi ADAM yang juga digelar dewa-dewi. Kemudiannya, dengan teknologi serta perkara di luar adat yangdapat mereka lakukan, kesombongan mereka makin terserlah. Demikianlah para

    kafir pada ketika itu terjadi. Di dominasi, di manipulasi dan di exploitasi.Jadi,samakah kita dengan era nabi nuh itu?!

    Berbalik pada pelayan di bahtera paling besar, jika kita amati kata-kata bagindanuh a.s, para manusia yang bersamanya di gelar 'ahli rumah'. Pada ayat 28,

    surah nuh, jelas di katakan sesiapa yang masuki 'rumah' Nuh itu, akan di ampunidosanya. Dan demikianlah 'dosa-dosa' itu

    di ampunkan yakni dengan memulakan kehidupan baru di rumah baru dandaratan baru.

    Di artikel yang lalu, saya ada menerangkan tentang campuran manusia di dalambahtera NUh menghasilakn bangsa pertama di dunia yakni bangsa MIM.

    Sebenarnya, tidak di ketahui nama sebenar bangsa ini. Ada yang mengatakanmerekalah Quraisy kuno yang membawa kepada qurasiy baru yang melahirkan

    nabi muhammad dan seterusnya.

    Pelayaran yang mungkin memakan masa yang cukup lama ini. Bagaimana puladapat melahirkan 'suatu bangsa' dalam tempoh 10 tahun sahaja. Sudah tentu ia

    memakan masa paling cepat 100 tahun perkiraan kini. Jika kita amati secara

  • 8/9/2019 BANGSA MIM Tak Hilang Di Dunia (Siri 4)

    8/22

    mendalam, jika bahtera itu seperti kapal-kapal seperti kini, agaknya, mampukahia bertahan lama meredah ombak dan memberi makan secukupnya pada ahli-

    ahli rumah itu?

    Di katakan, Nabi Nuh adalah seorang yang di perlekehkan kerana telah mencipta

    bahtera di kala bumi sedang nyaman. Sedangkan pada ketika itu, ALLAH telahpun 'menghantar' pentanda-petanda kedatangan azab akibat banjir kepadamereka. Jika di ambil model Dryas dan mana-mana teori penyebab kemusnahan

    alam, sedikit perubahan bumi adalah petanda bagi mereka yang berfikir.

    Nabi Nuh adalah seorang designer dan seorang ahli engineering serta arkitekyang hebat pada ketika itu. DIa tidak mengendahkan ejekan kaum-kaumnya

    yang tidak mahu berfikir itu. Bila tiba bencana, kaum-kaum yang berimanmenaiki bahtera itu. Pelayaran itu kemudiannya menerusi 'gerak-geriNYA' dalam

    menyelamatkan kaum-kaum yang beriman di tempat yang lain seperti yangterkandung dalam mitos-mitos bangsa lain.

    Pendaratan bantera itu kemudiannya di susuli dengan pegerakkan anak-anakNuh a.s (yafidt, Sam dan Ham) lalu membentuk bangsa-bangsa mengikut warna

    kulit. Ada yang mengatakan Yafidt melahirkan bangsa berkulit putih danbergerak menuju ke barat dan utara. Sam melahirkan bangsa berkulit kuning dan

    Ham melahirkan bangsa berkulit hitam (di katakan sebagai sumpahan keranabersetubuh tika bencana).

    Ketiga-tiga waris Nuh ini bergerak dan melahirkan ketamadunan dunia yangsedia kita ketahui seperti Sumeria, akkadian, mayan dan lain-lain. Bukanlah

    mereka yang membuka ketamadunan ini akan tetapi anak cucu kepada mereka-

    mereka inilah yang membukanya. Jadi, di manakah pula bangsa MIM ini.Golongan yang menjadi raja inilah bangsa MIM di setiap ketamadunan itu tadi.Rakyat-rakyat itu pula adalah waris dari golongan beriman yang menaiki

    bahtera nuh itu tadi.

    Bagaimana ini boleh terjadi?Di dalam bahtera nuh itu anak-anak Nuh melahirkan waris mereka masing-

    masing. Umur mereka pada ketika itu juga amat panjang. Anak-anak Nuh itubukanlah turun pada satu tempat akan tetapi berpisah di tiap-tiap daratan kerana

    itulah wasiat NOh. Apakah itu wasiat NOh?Wasiat noh adalah kata-kata kepada warisnya supaya kembali semula ke tanah

    asal mereka yakni pentas sunda yang tenggelam itu. Jadi, demi memenuhiwasiat itu, di setiap pergerakkan waris anak-anak Nuh ini, akan terdirinya

    ketamadunan yang hebat.

    .....................................................................

  • 8/9/2019 BANGSA MIM Tak Hilang Di Dunia (Siri 4)

    9/22

    PERGERAKKAN WARIS NUH YANG HEBAT

    "Sesungguhnya Allah telah memilihAdam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga'Imran melebihisegala umat"

    ayat 33, surah ali-imran

    Waris-waris Nuh ini bergerak menuju ke pentas sunda setelah mendarat didaratan yang cukup jauh dari kampung halaman mereka. Ayat quran di atas

    adalah klue yang harus kita ambil demi membongkar siapakah sebenarnya 'ahlirumah' atau 'ahlul bait' ini. Ahlul bait bukanlah syarif atau syarifah dari golonganarab semata-mata. Kita harus membongkar agar kesenimbungan waris ini dapat

    di jalinkan.

    Kita telah mengetahi tentang Waris ADAM yang melahirkan raja-raja (khalifah)agung yang bertaraf dewa-dewi. Dan kemudiannya, ilmu segala itu di wariskanpula pada waris Nuh yang terselamat dan melahirkan ketamadunan yang sukardi jawab sepenuhnya pada zaman kini. Jadi, marilah kita selesaikan puzzle ini

    sebelum kita beralih arah ke waris Ibrahim pula. Tapi, jika anda mahu lebihpemahaman, saya ajurkan anda untuk pergi ke Mistis Files

    dan membacanya sehingga tamat kerana di situ sudah di terangkan tentangpergerakkan waris IBRAHIM ini. Cuma, ada sedikit pertelingkahan tentang lokasidan jarak masa yang berlaku. Biar apapun, misteri bangsa MIM yang melahirkan

    rumpun melayu kian terbongkar.

    Berbalik pada topik waris nuh dan pergerakkannya, kita harus mengali di dalam

    http://mistisfiles.blogspot.com/2009/03/alter-terahsia-bangsa-melayu-bhg-1.htmlhttp://giveattentiontoreading.files.wordpress.com/2008/08/foot-steps-on-rippled-sand.jpghttp://mistisfiles.blogspot.com/2009/03/alter-terahsia-bangsa-melayu-bhg-1.html
  • 8/9/2019 BANGSA MIM Tak Hilang Di Dunia (Siri 4)

    10/22

    Al-quran tentang kisah pergerakan waris-waris ini. Di dalam Al-quran, banyak dikisahkan mengenai nabi dan kaumnya yang engkar. Akan tetapi, pernahkah kitamendalami dan mengkaji dari segi genetik dan 'family tree' para nabi ini. Untuk

    mempermudahkan pemahaman anda, mari kita menkaji surah Al-araf yangbermaksud 'tinggi' atau 'atap' ini.

    Apa yang di maksudkan dengan tinggi atau atap ini adalah, ada sesuatu daritanah paling tinggi yang menjurus kepada evolusi atau pemecahan bangsa-bangsa yang bermula dari satu keturunan sahaja. YA, apa yang saya mahu

    maksudkan ialah, ADAM dan anak cucunya sebelum banjir besar menetap ditanah yang cukup tinggi.

    Jika di lihat dari sudut sains dan geologi, nusantara adalah bekas tapak tanahtinggi dan penuh dengan gunung berapi. Tanah-tanah yang kita diami kini adalahpuncak-puncak tertinggi selepas banjir besar mulai surut. Jika di fikirkan secara

    logik, andai kata tanah itu rendah,

    sudah sama sekali tanah itu tidak akan muncul-muncul. Tapi, mesti anda hairan,kenapa hanya pentas sunda yang melahirkan nusantara ini sahaja yangtenggelam sedangkan tanah lain tidak begitu. Tambahan pula, tadi saya katakanbahawa seluruh dunia mengalami banjir yang cukup hebat. Tidakkah keduanya

    bertentangan?! Jawapannya ialah, kita harus kembali kepada apa penyebabberlakunya peristiwa banjir itu. Ada yang mengatakan tentang tercetusnya

    peperangan antara ketamadunan (tambahan pula Nephilim yang memanipulasi).Ada juga yang mengatakan tentang berlakunya hujan ais dari bulan kedua bumiyang telah 'melarikan diri'. Hal ini telah di buktikan oleh para saintis. Bulan itu di

    gelar"3753 Cruithne". Pada zaman dahulu, bumi juga mempunyai gegelang aisseperti planet zuhal akibat penarikan graviti yang tinggi oleh kedua-dua bulan

    yang bumi ada. Apabila berlaku sesuatu di angkasa(tanda yang ALLAH berikan sebelum berlakunya banjir besar - surah nuh ayat 1)

    Apabila banjir berlaku, di dalam bahtera yang besar itu, berlakunya perjanjian'ahli rumah' di mana, manusia-manusia yang berasimilasi itu akan di pimpin olehwaris-waris nabi nuh a.s sebagai raja-raja mereka. Bila banjir surut, anak-anak

    nabi nuh di turunkan di tempat yang berasingan dengan pengikut masing-masing. Mereka membina ketamadunan yang hebat di sepanjang perjalanan

    mereka menuju ke pentas sunda dengan harapan IBU TANAH itu akan di jagakembali.

    "Lalu mereka mendustakan Nuh, maka Kami selamatkan dia dan orang-orangyang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami jadikan mereka itupemegangkekuasaan dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayatKami. Maka perhatikanlah bagaimana kesesudahan orang-orang yang diberi

    peringatan itu."Ayat 73, surah yunus

    Darah keturunan Nuhlah yang menjadi raja dan bangsawan sehingga

    http://en.wikipedia.org/wiki/3753_Cruithnehttp://en.wikipedia.org/wiki/3753_Cruithne
  • 8/9/2019 BANGSA MIM Tak Hilang Di Dunia (Siri 4)

    11/22

    menerbitkan raja-raja agung di ketamadunan yang hebat. Akan tetapi, semakinlama semakin mereka lupa akan wasiat itu. Cuma segolongan yang 'ingat'

    sahaja akan meneruskan perjalanan mereka menuju 'the promised land'. Hal inidi tambah pula dengan penyembahan berhala akibat dari pemujaan dewa-dewiserta raja-raja agung pada zaman dulu kala. Dek kerana itulah turunnya para

    rasul dan nabi untuk memberi peringatan dan amaran tentang kesalahan merekayang berat itu.

    Dari surah Al-araf, di terangkan secara baik tentang susur galur kenabian inibermula dari ADAM, NUH dan seterusnya. Daripada klue yang kita dapat pada

    surah Al-Imran ayat 33, empat keluarga inilah yang membentuk sesuatu dikemudian hari. Jadi untuk itu, marilah kita menelusuri zaman-zaman selepas

    banjir Nuh.

    .....................................................................

    ERA PARA RASUL DAN NABI

    "Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu ; maka apabila telah datangwaktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak

    dapat memajukannya"

    http://www.noao.edu/image_gallery/images/d3/FullMoon.jpg
  • 8/9/2019 BANGSA MIM Tak Hilang Di Dunia (Siri 4)

    12/22

    ayat 34 surah al-araf

    "Tiap-tiap umat mempunyai rasul; maka apabila telah datang rasul mereka,diberikanlah keputusan antara mereka dengan adil dan mereka tidak dianiaya."

    ayat 47 surah yunus

    Kedua-dua ayat di atas sudah cukup bagi menerangkan tentang apa yangsebenarnya sedang terjadi pada era selepas banjir besar nuh. Memanglah pada

    awal permulaan ketamadunan, manusia ketika itu sudah pasti cukup berimankerana golongan yang di selamatkan dari banjir besar itu adalah golongan yang

    beriman. Tapi, anak cucu mereka yang mengidolakan atau menyembah raja ataudewa-dewa pada ketika itu. Golongan inilah yang akhirnya membentuk agama

    penyembah berhala yang di terangkan di dalam Al-quran. Hampir setiap pelusukdunia menyembah berhala ini.

    Terdapat beberapa fasa pergerakan yang dapat di kesan melalui surah Al-arafini. Surah ini telah menyusun kronologi kenabian mengikut zaman dan genetik.Jadi, marilah kita mengikuti sirah kenabian melalui surah ini:-

    1- Nabi HUD dan Kaum AadAyat 65-72: 7

    Di dalam ayat 69, "Dan ingatlah oleh kamu sekalian di waktu Allah menjadikankamu sebagai pengganti-pengganti sesudah lenyapnya kaum Nuh"

    jelas menunjukkan bahawa Nabi Hud adalah antara generasi selepas Nabi Nuhyang mewarisi keilmuan dan teknologi dari ERA ADAM.

    2- Nabi Salleh dan Kaum TsamudAyat 73-89: 7

    3- Nabi Luth dan kaumnyaAyat 80-84: 7

    4- Nabi Syuib dan kaum MadyanAyat 85-93: 7

    Kaum Madyan ini di kaitkan dengan anak Qeturah, isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s.

    5- Nabi Musa dan Bani Isreal serta FiraunAyat 103-169: 7

    Kisah nabi musa dan bani israel ini amat menarik untuk di kaji. Berikut adalahayat yang mempunyai 'key point' dalam pengkajian ini:-

    -105:7mengenai bani isreal minta di lepaskan (bani israel pada tika ini adalah status

    hamba pada para firaun)-133:7

  • 8/9/2019 BANGSA MIM Tak Hilang Di Dunia (Siri 4)

    13/22

    berlakunya taufan belalang, kutu dan katak sebagai tanda-136:7

    firaun mengejar Nabi Musa dan bani israel dan di tenggelamkan-137:7

    "Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian

    timur bumi dan baratnya yang telah berkah padanya"-142-148:7kisah nabi Musa berjumpa tuhan dan pada ketika itu juga samiri dan bani israel

    menyembah patung anak lembu-155:7

    Nabi musa memilih 70 dari pengikutnya untuk meneruskan perjalanan-160:7

    12 suku kaum bani israel di pecahkan mengikut 'bahagian' masing-masing (Nabimusa dan 70 yang terpilih meneruskan perjalanan)

    -163-166: 7Kisah kaum di suatu negeri di tepi laut yang di sumpah menjadi monyet (dari

    mana perkataan 'orang hutan' bermula?)-169: 7Generasi sesudah kaum nabi Musa yang akan mewarisi taurat dan mengambil

    dunia dan tidak puas dengan itu (masonic dan sekutunya)

    Daripada klue-klue di atas, apa yang anda semua dapat? Rasanya, banyak yangakan terlintas di fikiran anda. Tapi, benda utama yang saya ingin ceritakan

    kepada anda ialah, TIAP UMAT MEMPUNYAI BATAS WAKTU. Lihatlah bangsaatau umat yang mempunyai genetik marker yang sama seperti kaum Aad,

    Tsamud, Madyan dan lain-lain mempunyai batas waktu atau senang kata - dibinasakan.

    Inilah perjanjian atau alastubirabbikum. Tiap sesuatu mempunyai ajal. Baikmanusia, haiwan, jin, setan, dajjal, angin, air, bumi dan lain-lain. Begitu jugadengan umur umat dan masa itu sendiri. Inilah perjanjian terbesar di dalam

    perbinaan 'dunia'. Tiap sesuatu mempunyai batas waktu.

    Jadi, apa perkaitan Bangsa MIM- takkan hilang di dunia, sedangkan setiap umatatau bangsa itu akan musnah atau di hapuskan, baik cina, india, yahudi, orang

    putih dan sebagainya. Mari kita meneruskan perjalanan kita ini ke babseterusnya.

    .....................................................................

  • 8/9/2019 BANGSA MIM Tak Hilang Di Dunia (Siri 4)

    14/22

    ERA IBRAHIM

    Nabi ibrahim adalah anak kepada seorang pengukir berhala yang terkenal -uzair.Nabi Ibrahim datang dari tanah Kanaan dan mendapat hidayah apabila dia

    mencari-cari siapakah yang membina langit dan bumi ini. Akhirnya dia mendapattahu dan dengan hati yang nekad, dia menentang ayahnya dan kerajaannya.

    Tapi, bukan itu yang saya mahu ceritakan.

    Pada zaman ini, ada suatu golongan di gelar"patriarchs" ataupun golongan"bangsawan' yang membina keluarga dan mempunyai negarakota sendiri.NabiIbrahim adalah salah seorang daripada golongan itu. Di pendekkan cerita, Nabi

    Ibrahim memasuki ketamadunan awal mesir dan di tahan olehFiraun. Firauncuba mengoda isteri baginda, Sarah akan tetapi dengan kebijaksanaan SARAH,

    Firaun melepaskan Sarah dan menghadiahkan 'puterinya'sendiri untuk di nikahi. Wanita itu adalah HAJAR.Ada pendapat jugamengatakan, baginda mempunyai seorang lagi isteri yang bernama

    QETURAH.Bagaimanapun, ada yang mempertikaikan kewujudan QETURAH ini.Ada juga yang mengatakan HAJAR dan QETURAH adalah orang yang sama.

    Sebagaimana kita ketahui, SARAH melahirkan ISHAQ. Daripada ISHAQ,lahirnya YAAKUB yang mempunyai 11 orang anak termasuklah Nabi YUSUFa.s. Nabi Yaakub inilah di gelar sebagai ISREAL. Bani israel bermaksud anak-anak yaakub kerana dari yaakub inilah lahirnya ramai lagi nabi-nabi lain. Antaraanak-anak Yaakub adalah Reuben/Rehaven, Simeon/Shiman, judah/Yahudah,Issachar/yissachar, Zebulun, Dan, naphtahi, Gad, asher, Levi, Bunyamin dan

    Joseph/Yusuf.Daripada mereka-mereka inilah lahirnya sukuan dalam Bani israel.Bunyamin dan Yusuf adalah bersaudara di bawah satu ibu. Manakala lainnya

    http://www.mazzaroth.com/ChapterFour/AbramsTransformationToAbraham.htmhttp://saskatoonsrilanka.files.wordpress.com/2009/01/helping-hand.jpghttp://www.mazzaroth.com/ChapterFour/AbramsTransformationToAbraham.htm
  • 8/9/2019 BANGSA MIM Tak Hilang Di Dunia (Siri 4)

    15/22

    dari ibu yang lain dan cukup dengki pada Yusuf. Akibat dari itu, yusuf di bawa kemesir dan pelbagai ujian di temphinya

    termasuklah di penjara. Akhirnya, dia di lepaskan dan menjadi gabenor diketamadunan mesir ketika itu. Saudara-saudaranya meminta ampun dan mereka

    semua hidup bahagia. Tapi, ada satu ayat yang cukup menarik untuk di kaji.

    Bunyamin dan Yusuf ini mempunyai sesuatu tanda di badan mereka atau genetikyang membawa kepada generasi selepas mereka. Cuba perhatikan ayat 12surah Yusuf. Yahudi yang ada sekarang adalah hasil asimilasi daripada bani

    Judah dan Benjamin. Nabi Musa yang membawa dan menyelamatkan bani Israeldari penghambaan itu adalah dari sukuan LEVI.Kita telah ketahui bahawa Nabi

    Musa membawa 70 pengikutnya yang beriman menuju sesuatu tempat. Dikatakan, 70 orang inilah di kenali sebagai 'the lost tribe' oleh para yahudi. 'Thelost tribe' ini di katakan dari bani Manaseh dan Ephrahim, dari darah keturunan

    Nabi Yusuf a.s.

    Isteri kedua Nabi Ibrahim, Hajar pula melahirkan bangsa arab yang kita ketahui

    kini. Akan tetapi, arab terdapat pelbagai suku kaum juga. Apa yang pasti NabiMuhammad s.a.w adalah dari bani Quraisy. Ada yang menceritakan pada sayatentang terdapat bani Quraisy kuno sebelum bercampur dengan waris HAJARyang melahirkan QURAISY BARU. Hal ini saya tidak dapat pastikan lagi dan

    kepada sesiapa yang mempunyai maklumat, silalah berkongsi. Daripada NabiMuhammad, lahirlah Fatimah dan berkahwin dengan ALI r.a, kemudiannya

    melahirkan HASSAN dan HUSSIN. Daripada mereka inilah 'ahli rumah' mulakedengaran semula. Ternyata, ahlul bait ini berpunca dari waris QURAISY

    KUNO yang mungkin dari kalangan BAHTERA NUH itu. Ahlul bait kemudiannyadi buru oleh para pembenci dan lari ke nusantara. Kita harus tahu bahawa arab

    mempunyai banyak kaum dan keturunan dan

    mereka tidak bersatu padu. Lihatlah timur tengah sekarang, meskipun negaraarab lain sedang berperang, orang arab lainnya tidak mahu membantu saudaramereka di atas nama 'ARAB', bahkan membenarkan musuh melalui ruang udara

    lagi. Jadi, status ahlul bait ini tidak di gemari oleh orang arab tambahan lagiianya dari keturunan QURAISY yang terang lagi nyata turun dari kalangan 'ahli

    rumah' Bahtera Nuh.

    Isteri ketiga Nabi Ibrahim, Qeturah pula melahirkan ramai anak. Ada yang katalima dan ada yang kata enam. Bagaimanapun, anak-anak QETURAH ini

    melahirkan generasi yang hebat dan kuat. Antara nama-nama mereka ialah;Medan, Zimran, Shuah, Yokshan dan Madyan. Peristiwa kaum Madyan dan nabi

    Syuib itulah yang berasal dari QETURAH ini. Nabi Syuib adalah golonganbangsawan yang berasal dari darah keturunan MADYAN dari QETURAN +

    IBRAHIM. Dek kerana itulah keluarga Nabi syuib di sanjung tinggi akan tetapiNabi syuib di benci kerana menghalang para jutawan dan hartawan daripadamenipu dalam perniagaan. Ternyata Kaum Madyan adalah kaum yang suka

    berniaga. Selain dari itu, bangsa seperti AKKADIAN, BABYLON dan CHELDEAadalah antara dari susur galur QETURAH ini.

  • 8/9/2019 BANGSA MIM Tak Hilang Di Dunia (Siri 4)

    16/22

    Daripada MADYAN ini juga, lahirlah suatu bangsa baru yang di namai ARYAN.Lahirnya ARYAN ini adalah apabila CYRUS THE GREAT menakluki MADYAN

    dan mengabungkannya dengan bangsa PARSI. Proses asimilasi ini berjaya danARYAN di katakan bangsa yang kuat peribadinya. CYRUS THE GREAT ini pula

    di katakan sebagai ISKANDAR ZULKARNAIN. DI dalam HIKAYAT SEJARAH

    MELAYU, para raja-raja melayu berketurunan Iskandar zulkarnain. Makanya,raja melayu dari keturunan cyrus the great dan ARYAN. Bagaimana ini bolehterjadi?

    ARYAN kemudiannya terpecah kepada dua yakni golongan ARYAN TIBETANdan golongan ARYAN INDIA KUNO. Golongan ARYAN INDIA KUNO inilah yang

    melahirkan bangsa KEMBOJA ASLI yang mana mendapat penentangan danmelarikan diri lalu menduduki INDO-CHINA. Golongan ARYAN TIBETAN pulamelalui tibet dan menetap di sana lalu menjadi ketua agama Hanif pada ketika

    itu. Seterusnya mereka meneruskan perjalanan menuju YUNNAN dan menuju keIndo-China juga. Maka, dua golongan ini bertemu di satu tempat yakni di

    NUSANTARA.

    .....................................................................

    ERA KELUARGA AL-IMRAN

    "Katakanlah: "Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkankepada kami dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya'qub, dananak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, 'Isa dan para nabi dari

    Tuhan mereka. Kami tidak membeda-bedakan seorangpun di antara mereka danhanya kepada-Nyalah kami menyerahkan diri."

    ayat 84, surah ali-imran

    http://www.laconicsoftware.com/fire-wallpapers/family-of-hearts-of-flame-wallpaper/family-of-hearts-of-flame-wallpaper-1920x1200.jpg
  • 8/9/2019 BANGSA MIM Tak Hilang Di Dunia (Siri 4)

    17/22

    frasa Al-Imran ini adlah berasal dari ahlul imran yakni keluarga imran. Daripadakeluarga ini lahirlah Musa dan Harun yang mana menentang kejahatan firaun

    yang telah lupa daratan dan mengaku sebagai tuhan. Penentangan demipenentangan berlaku dan akhirnya firaun di kalahkan. Daripada keturunan Ali

    Imran ini juga lahirlah wanita yang mana melahirkan NABi ISa a.s. Nabi Isa a.s

    yang telah di khianati oleh bangsanya sendiri di naikkan ke langit dan akan turunsemula ketika saat kebangkitan akhir zaman akan bermula.

    Terdapat kod-kod atau klue-klue di sini. Musa dan Harun adalah salingbersaudara dan menumpaskan Firaun yang mana telah memperhambakan BaniIsrael. Maka, berkat pertolongan ALLAH s.w.t, mereka berjaya melarikan diri dan

    firaun tenggelam di laut merah. Nabi Musa dan kaumnya itu melalui laut yangterbelah dan sampai ke satu daratan yang mana kaum di situ menyembah

    berhala. Ternyata jarak yang di lalui oleh mereka bukanlahjarak yang dekat akan tetapi agak berjauhan kerana empayar mesir raya amat

    luas ketika itu. Pada pengamatan saya, mungkin Nabi Musa telah pun

    tiba di INDIA atau pun tanah Nusantara. Apapun, DIA maha mengetahui.Meskipun demikian, mesti ada orang yang tidak mahu mempercayainya keranatiada bukti kukuh. Pernahkah anda mendengar frasa "the lost tribe of jews"?

    Pengkaji sejarah di seluruh dunia sedia maklum bahawa terdapat 12 bani israelyang bertebaran di muka bumi dan akhirnya membentuk yahudi. Kemudiannya

    dari yahudi, membentuk zionis yang berkitabkan TALMUD sesat itu.Bani yang di katakan hilang itulah yang tidak dapat di jejaki sehingga tiba masaDIA mahu mengangkatnya kembali. Bani yang hilang ini adalah pengikut Nabimusa dan Nabi Harun yang setia serta beriman. Mereka tidak mengikuti baniisrael yang lainnya yang dahagakan tanah. Inilah yang terjadi pada saat ini di

    mana ZIonis cuba merampas PALESTINE meskipun dulu mereka lari dari

    berperang dengan bangsa asal Palestine.

    Seterusnya, mengenai Nabi ISA a.s, baginda telah di khianati oleh bani israeldan di angkat ke langit. Kluenya di sini adalah, baginda 'di larikan' dari bangsayang di khabarkan akan 'musnah' pada akhir zaman di tangan baginda sendiri.

    Ayat quran sudah cukup memberitahu kita bahawa terdapat kod-kod yang harusdi kaji demi kebangkitan masa hadapan. Tapi, kebanyakkan kita takut untuk

    lakukan demikian kerana risau 'tercalar iman'?!Apakah dengan mengkaji quran, iman dan taqwa akan tercalar dan hilang?

    Bukankah jika di kaji, maka lagi banyak akan menyakinkan kita pada ISLAM.ISLAM itu mudah tapi ummatnyalah yang menyusahkannya.

    Jadi, nampakkah anda tentang kesenimbungan antara 'dahulu', 'kini' dan 'masadepan'?

    .....................................................................

  • 8/9/2019 BANGSA MIM Tak Hilang Di Dunia (Siri 4)

    18/22

    PEMBINAAN BANGSA MIM - takkan hilang didunia

    Kita semakin menghampiri kepada kemuncak tajuk. Segala puzzle hampirselesai. Cuma tinggal sedikit saja lagi mengenai misteri bangsa MIM ini. Apakahitu MIM dan apa kaitannya dengan MELAYU pula. Mari kita selesaikan misteri ini

    dengan secepat mungkin dan dengan padat.

    Seperi yang saya terangkan sebelum ini, Wasiat Nuh menyuruh bangsa MIM dananak cucunya menuju ke pentas sunda yang tenggelam. Ini kerana, Pentas

    sunda adalah tanah paling tinggi dan di kenali sebagai IBU TANAH. Tiap perkaramempunyai 'center' atau tempat kelahiran. Begitu juga dengan tanah. Tanahtelah berkembang dari daratan pentas sunda yang ketika itu hanya ada satubenua semata-mata. Pentas sunda tetap di situ akan tetapi seperti yang saya

    beritahu tadi, tiap perkara harus ada batasnya. Jadi, pentas sunda harus 'mati'.Tapi, penciptaan dunia dan akhirat mempunyai 'LAW' dia tersendiri. Tiap yang'mati' akan 'bangkit' kembali. Seperti manusia yang mati, akan di bangkitkan di

    alam barzah dan kemudiannya di alam akhirat. Tapi sebenarnya, Alam barzah ituhanyalah 'pit stop' atau hentian semata-mata. Begitu jugalah semua perkara.

    Sebelum di bangkitkan semula, akan ada 'hentian seketika' sebelum kebangkitansepenuhnya berlaku.

    http://www.masternewmedia.org/images/passionate-design_id820440_size400.jpg
  • 8/9/2019 BANGSA MIM Tak Hilang Di Dunia (Siri 4)

    19/22

    "Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyakgenerasi yang telahKami binasakan sebelum mereka, padahal telah Kami teguhkan kedudukan

    mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikankepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikansungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka

    karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasiyang lain."Ayat 6 surah al-anaam

    Jika musnah sesuatu bangsa atau kaum itu, akan bangkit sesuatu kaum darikaum yang di binasakan itu dengan yang lebih baik. Kita adalah generasi dari

    kaum-kaum yang telah di musnahkan kerana itu adalah sunnahtullah. Tapi, kitaharus ingat bahawa tiap kaum dan bangsa baik yang ada sekarang tetap akan

    mengalami proses yang serupa andai kata mereka tidak kembali ke jalanALLAH. Tapi, ada suatu bangsa ini tidak akan musnah selama-lamanya.Bangsa ini adalah bangsa MIM. Kenapa tidak dapat di musnahkan..hebat

    sangatkah?!

    Ya, cukup hebat. MIM ini harus wujud kerana itu adalah 'perintah' pada ADAMdan warisnya sehinggalah dunia di kiamatkan. Boleh di katakan bangsa yang

    terakhir akan 'mati' adalah bangsa MIM. Jadi, apakah sebenarnya bangsa MIMini. Mari kita selesaikan bongkah blok yang terakhir ini.

    Mari kita imbas kembali dari ERA NuH, ERA IBRAHIM dan perjalananseterusnya.

    Pada Era Nuh, anak cucu Nabi Nuh akan menjadi raja-raja agung dan memimpinmanusia di kala itu. Di dalam bahtera itu, terdapat suatu bangsa yang sudah

    asimilasi akibat lamanya pelayaran itu. Bangsa itu di namai Bangsa MIM atauQuraisy Kuno (wallahuaklam). Tapi, selepas beberapa ribu dan ratusan tahun,kucar kacir mulai berlaku. Penyembahan berhala mulai berlaku di sana sini. Iaseolah-olah mengulangi kejadian pada ERA ADAM dahulu yang mana terdapat

    mereka yang menyembah DEWA-DEWI dari waris ADAM yang di beri ILMUSEGALA ini.

    Darah keturunan yang sepatutnya menjadi raja di buru dan di bunuh. BangsaMIM mulai berpuak-puak dan membentuk suku kaum masing-masing. Akhirnyapelbagai bangsa wujud akan tetapi ia di khianati dengan penyembahan sesama

    makhluk yang sepatutnya tidak berlaku. Dari situlah bencana mulai berlaku.Bangsa-bangsa ini di hapuskan dan di ganti dengan bangsa yang lebih baik.

    Maka, kitalah generasi di zaman ini menunggu-nunggu detik'mati' bangsa-bangsa seperti yang di beritahu dalam Al-quran.

    Seperkara lagi, meskipun banyak bangsa di hapuskan, akan tetapi akan terdapatmereka yang di selamatkan. Golongan yang di selamatkan inilah golongan

    beriman yang di pimpin oleh para nabi yang juga mempunyai ILMU SEGALA ini.Tapi tidak semua bangsa pada zaman dahulu yang di hapuskan. Ada juga yang

  • 8/9/2019 BANGSA MIM Tak Hilang Di Dunia (Siri 4)

    20/22

    berevolusi dan menjadi bangsa pada zaman ini seperti bangsa eropah yangbermula dari golongan Babarian.

    Kemudiannya, pada ERA IBRAHIM, isteri-isteri baginda yang datang dari darahketurunan yang mulia banyak melahirkan bangsa yang menjadi induk pada masa

    kini. Seperti yang kita ketahui, Hajar melahirkan ARAB, Sarah melahirkan Baniisreal dan eropah dan QETURAH melahirkan bangsa pahlawan seperti Babylon,Akkadian, Cheldea dan ARYAN.

    .....................................................................

    DI SINI BERMULA, DI SINI BERTEMU, DI SINIBERAKHIR

    "Takkan MELAYU hilang di DUNIA"

    hang tuah

    Inilah frasa yang di sebut oleh Laksamana Hang Tuah dan ia bagai di paku padamemori setiap 'melayu' yang melayu pada zaman kini. Hang Tuah adalah

    http://www.buy-sell-bulgaria.com/newsletter/uploaded/start-button.png
  • 8/9/2019 BANGSA MIM Tak Hilang Di Dunia (Siri 4)

    21/22

    seorang pendekar (bukan pesilat) yang mendapat ilmu yang tinggi dari guru-gurubeliau yang amat hebat dalam hal agama dan kebatinan. Biasanya, suatu

    perkataan itu akan terus di lupakan dan terus berkubur dek masa. Akan tetapi,frasa dari Hang Tuah ini bagai suatu wasiat yang harus kita 'tepati'. Maka, dek

    kerana itulah tiap kali musuh dair luar datang menyerang, tiap kali itu jua

    kebangkitan akan di rasai.

    Apapun, sebelum kita memasuki bab terbaru itu, mari kita selesaikan bongkahklue yang terakhir ini. Seperti yang saya katakan tadi, tiap bangsa ada 'matinya'

    dan di ganti dengan yang lebih baik. Yang mengantikan itu pula adalah golonganberiman yang di pimpin oleh para nabi

    dan rasul sehinggalah sekarang. ERA IBRAHIM adalah era terakhir di manapercambahan bangsa berlaku selepas ERA NUH. Dari IBRAHIM lahirlah bangsaARAB, ISRAEL, EROPAH, ARYAN dan banyak lagi. Memang patutlah baginda

    di gelar sebagai BAPA BANGSA.

    Bangsa Aryan dari keturunan QETURAH telah bertemu di Indo-China,Nusantara.Manakala, bangsa arab pula di temukan dengan aktiviti perdagangandan perkahwinan campur sejak era kesultanan melayu lagi. Bangsa Israel yangterpilih pula di bawa oleh Nabi Musa dan ianya tidak di ketahui kerana terang

    dan jelas golongan mereka ini di gelar sebagai 'the lost tribe'. Kalau sudah 'lost'bagaimana pula dapat di bongkar. Jika, tak dapat di bongkar, kenapa pula ramai

    bercerita mengenai ini. HAHAHA...jangan bimbang, inilah di katakan 'MASASUDAH TIBA'. Jika anda mengkaji hadis nabi mengenai kebangkitan bermula

    dari timur di akhir zaman, ada hadis menyebut mengenai 'apa saja yang disembunyikan akan jelas sejelasnya'.

    Selain dari itu, bangsa cina juga berasimilasi di NUSANTARA sejak dulu kalalagi. Bangsa India juga begitu. Bangsa Eropah pula telah datang selepas erakolonial dan perkahwinan campur terus berlaku. Sebagai contoh, ACEH adalahfrasa dari konsonan Arab, Cina, English dan Hindu (India). Maka, bercampurlah

    segala bangsa dari jurai IBRAHIM dan MUHAMMAD di NUSANTARA ini.

    Dek kerana itulah apabila di tanya, siapa itu melayu, maka semua pening keranaada yang berwajah cina, orang putih, arab dan sebagainya di nusantara ini. Jadi,

    siapakah bangsa MIM itu? Rasanya anda sudah tentu dapat mengagakjawapannya. Bangsa MIM itu adalah

    "Bangsa campuran yang tiada berbangsa tetap dari juraikenabian"...Bagaimana harus 'mati' sedangkan asimilasi bangsa MIM ini

    sentiasa 'updated' sehinggakan ianya tiada berbangsa. Jadi, adakah kita bolehkatakan MELAYU itu adalah bangsa MIM seperti mana di dalam BAHTERA NUH

    itu? Anda sendiri yang jawab. Saya sudah memberi pelbagai data dan kini,andalah yang mempromosikannya agar wasiat NABI MUHAMMAD tentang

    kebangkitan dari TIMUR ini benar-benar terjadi.

    .....................................................................

  • 8/9/2019 BANGSA MIM Tak Hilang Di Dunia (Siri 4)

    22/22

    Artikel hadapan akan membincangkan kod-kod yang terdapat di sekitar kitamengenai bangsa MIM ini. Selain itu, apakah kaitannya bangsa MIM terbaru ini

    dengan masa depan. Apakah pula cabaran yang terpaksa di hadapi oleh bangsaMIM terbaru ini. Bangsa MIM adalah bangsa 'ahli rumah' dari bahtera nabi noh,

    maka apa kod yang membuktikan kita inilah bangsa MIM yang sebenarsedangkan yahudi dan amerika juga bangsa asimilasi?! Apa pula maksudMelayu itu dan kaitannya dengan MIM ini. Apakah peranan kita demi

    kebangkitan timur seperti di wasiatkan oleh NABI MUHAMMAD seperti manawasiat ADAM dan NUH sebelum ini? Saksikan segalanya di dalam artikel

    BANGSA 'MIM' tak hilang di dunia (siri akhir) pada masa akan datang. Sekianwassalam

    ...................

    rujukan:-

    -Al-QURAN dan hadis-EDEN in the east, STEPEHN OPPENHEIMER

    -ATLANTIS; FINALY FOUND, Prof Arysio Santos-Hikayat Inderapura

    -Hikayat Merongmahwangsa-Hikayat Sejarah Melayu-cerita-cerita orang tua