kejuhudan sheikh idris al-marbawi dalam usaha

11
The Annual International Qur’anic Conference 2011 1 KEJUHUDAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI DALAM USAHA MENGHASILKAN TAFSIR QURAN AL-MARBAWI Oleh: Khadher bin Ahmad Sedek bin Ariffin Dr. Munirah@ Monika Abdul Razak Abstrak: Sheikh Idris al-Marbawi adalah ulama ulung Nusantara yang telah banyak memberi sumbangan dalam bidang keilmuan merangkumi bidang tafsir, hadith, perkamusan dan lain-lain. Salah satu usaha yang telah direncana oleh beliau adalah usaha untuk menghasilkan karya tafsir al-Quran 30 juzuk yang diberi nama Tafsir Quran Marbawi. Usaha ini dapat dibuktikan melalui penemuan manuskrip dan rangka kerja beliau dalam menghasilkan karya tafsir tersebut serta penghasilan tafsir al-Quran mengikut surah atau juzuk tertentu seperti Tafsir Quran Marbawi Surah Yasin dan Tafsir Quran Marbawi Juzuk Alif Lam Min, yang menjadi sandaran awal usaha ini. Oleh itu, artikel ini berusaha untuk mendedahkan usaha awal al-Marbawi dalam merencana dan membentuk kerangka bagi menghasilkan Tafsir Quran Marbawi yang lengkap 30 juzuk sebagai melambangkan kesungguhan dan komitmen beliau yang tinggi dalam mencurahkan ilmu dalam bentuk penghasilan karya-karya penulisan khususnya dalam bidang tafsir al-Quran. Pengenalan Sheikh Idris al-Marbawi adalah tokoh terkenal di alam Melayu yang telah memberi banyak sumbangan dalam perkembangan ilmu-ilmu Islam melalui penulisan dan penghasilan karya- karya rujukan setempat seperti dalam bidang tafsir, perkamusan, hadith dan syarahnya, percetakan dan lain-lain lagi. Artikel ini berusaha untuk menjelaskan dan membahaskan satu daripada sumbangan al-Marbawi dalam bidang tafsir melalui usaha beliau untuk menghasilkan karya tafsir lengkap 30 Juzuk al- Quran yang diberi nama Tafsir Quran Marbawi. Usaha dan kejuhudan al-Marbawi untuk menghasilkan karya tafsir lengkap ini dapat dibuktikan melalui penemuan manuskrip atau cacatan tangan al-Marbawi dalam membentuk rangka dan membuat draf awal tafsir tersebut. 1 Bahkan usaha dan kejuhudan al-Marbawi ini dapat dibuktikan lagi melalui penghasilkan kitab 1 Manuskrip cacatan tangan al-Marbawi ini disimpan di Arkib Negeri Perak yang belum dilabelkan dengan nombor rujukan tertentu dan ia masih disimpan dalam kotak khusus. Pengkaji telah melihat dan mengambil salinan draf tafsir ini yang asal sepertimana catatan al-Marbawi melalui kunjungan pengkaji ke Arkib Negeri Perak pada 18 Ogos 2010, antara jam 11.30 pagi hingga 5.00 petang.

Upload: lykhanh

Post on 09-Dec-2016

247 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEJUHUDAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI DALAM USAHA

The Annual International Qur’anic Conference 2011

1

KEJUHUDAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI DALAM USAHA MENGHASILKAN TAFSIR QURAN AL-MARBAWI

Oleh:Khadher bin Ahmad

Sedek bin AriffinDr. Munirah@ Monika Abdul Razak

Abstrak:

Sheikh Idris al-Marbawi adalah ulama ulung Nusantara yang telah banyak memberi sumbangan dalam bidang keilmuan merangkumi bidang tafsir, hadith, perkamusan dan lain-lain. Salah satu usaha yang telah direncana oleh beliau adalah usaha untuk menghasilkan karya tafsir al-Quran 30 juzuk yang diberi nama Tafsir Quran Marbawi. Usaha ini dapat dibuktikan melalui penemuan manuskrip dan rangka kerja beliau dalam menghasilkan karya tafsir tersebut serta penghasilan tafsir al-Quran mengikut surah atau juzuk tertentu seperti Tafsir Quran Marbawi Surah Yasin dan Tafsir Quran Marbawi Juzuk Alif Lam Min, yang menjadi sandaran awal usaha ini. Oleh itu, artikel ini berusaha untuk mendedahkan usaha awal al-Marbawi dalam merencana dan membentuk kerangka bagi menghasilkan Tafsir Quran Marbawi yang lengkap 30 juzuk sebagai melambangkan kesungguhan dan komitmen beliau yang tinggi dalam mencurahkan ilmu dalam bentuk penghasilan karya-karya penulisan khususnya dalam bidang tafsir al-Quran.

Pengenalan

Sheikh Idris al-Marbawi adalah tokoh terkenal di alam Melayu yang telah memberi banyak sumbangan dalam perkembangan ilmu-ilmu Islam melalui penulisan dan penghasilan karya-karya rujukan setempat seperti dalam bidang tafsir, perkamusan, hadith dan syarahnya, percetakan dan lain-lain lagi.

Artikel ini berusaha untuk menjelaskan dan membahaskan satu daripada sumbangan al-Marbawi dalam bidang tafsir melalui usaha beliau untuk menghasilkan karya tafsir lengkap 30 Juzuk al-Quran yang diberi nama Tafsir Quran Marbawi. Usaha dan kejuhudan al-Marbawi untuk menghasilkan karya tafsir lengkap ini dapat dibuktikan melalui penemuan manuskrip atau cacatan tangan al-Marbawi dalam membentuk rangka dan membuat draf awal tafsir tersebut.1

Bahkan usaha dan kejuhudan al-Marbawi ini dapat dibuktikan lagi melalui penghasilkan kitab 1 Manuskrip cacatan tangan al-Marbawi ini disimpan di Arkib Negeri Perak yang belum dilabelkan dengan nombor rujukan tertentu dan ia masih disimpan dalam kotak khusus. Pengkaji telah melihat dan mengambil salinan draf tafsir ini yang asal sepertimana catatan al-Marbawi melalui kunjungan pengkaji ke Arkib Negeri Perak pada 18 Ogos 2010, antara jam 11.30 pagi hingga 5.00 petang.

Page 2: KEJUHUDAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI DALAM USAHA

The Annual International Qur’anic Conference 2011

2

Tafsir Quran Marbawi Surah Yasin dan Tafsir Quran Marbawi Juzuk Alif Lam Min yang merujukan kepada tafsiran terhadap surah dan juzuk yang terpilih.

Biodata Ringkas Sheikh Idris al-Marbawi

Allahyarham Syeikh Mohd Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi adalah seorang ulamak besar yang tidak asing lagi bukan saja di Nusantara malahan di Mesir dan Makkah terutamanya dalam bidang Bahasa Arab, Ilmu Hadis, Tafsir dan Fiqah.2

Beliau telah dilahirkan pada tahun 1893 dan secara tepatnya pada tahun 28 Zulkaedah 1313 Hijrah di Makkah.3 Setelah lama berada di Makkah, keluarganya mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia iaitu pada tahun 1913 bersamaan tahun 1333 Hijrah. Sekembalinya ke Tanah Melayu, Allahyarham Syeikh Mohd Idris al-Marbawi mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Lubuk Merbau, Perak. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di beberapa buah sekolah pondok di Kuala Kangsar, Kedah, Bukit Mertajam dan Kelantan. Sejak dari kecil lagi, al-Marbawi telah menunjukkan kemampuan akademiknya yang memberangsangkan. Ketika berusia sepuluh tahun, beliau telah menamatkan pengajian hafalan al-Quran. Ketika berusia 10 tahun juga, beliau telah mampu menghafaz sebanyak 10 juzuk Al Quran di samping beberapa buah kitab lain.4

Kecenderungan ilmiah yang tertambat kukuh dalam jiwanya telah mendorong beliau menuntut ilmu di pondok-pondok yang merupakan institusi pendidikan Islam yang terpenting di alam Melayu pada ketika itu. Antaranya Pondok Syeikh Wan Muhammad di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Pondok Tuan Hussain Al-Masudi, di Kedah, Pondok Syeikh Ahmad Fatani di Bukit Mertajam dan Pondok Tok Kenali di Kelantan.

Melihat kepada kemampuan akademik dan minatnya kepada ilmu Islam, ayahanda beliau mengesyorkan beliau agar menyambung pengajian ke timur tengah sama ada ke Mesir ataupun kembali semula ke Mekah. Lalu, pada tahun 1924, beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau sempat bertugas sebagai guru agama di Perak sebelum menyambung pengajiannya ke Universiti al-Azhar.5

Di Mesir, beliau menggondol kejayaan yang membanggakan dengan memperoleh ijazah 'Aliyah (tertinggi) dari Universiti al-Azhar. Sebenarnya, al-Marbawi merupakan anak kelahiran Perak yang pertama meneroka pengajian Islam di Mesir.

Ketokohan dan Sumbangan Sheikh Idris al-Marbawi 2 Mustaffa Abdullah (2009), Khazanah Tafsir Di Malaysia, Bentong, Pahang: Book Pro Publishing Service, h.83 3 Ibid.4 http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2143.0 pada 6 Disember 20105 Mustaffa Abdullah (2009), Khazanah Tafsir Di Malaysia, Op.Cit. h.84

Page 3: KEJUHUDAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI DALAM USAHA

The Annual International Qur’anic Conference 2011

3

Sebagai angkatan pertama yang baru mengenal suasana di sana, al-Marbawi mendapati masalah komunikasi dengan bahasa Arab menjadi masalah utama dalam kalangan anak Melayu. Bermula dari sinilah timbul idea untuk menyusun sebuah kamus Arab-Melayu dan usaha tersebut telah dimulakan secara kolektif bersama lima orang lagi rakannya. Tetapi usaha tersebut terpaksa disiapkan bersendirian lantaran penarikan diri rakan-rakannya. Walaupun bersendirian, beliau tetap nekad untuk menyiapkan kamus tersebut.

Akhirnya, kamus Arab-Melayu tersebut yang terkenal sebagai 'Kamus al-Marbawi' itu, berjaya disiapkan pada tahun 1927.6 Kamus itu diulang cetak berpuluh-puluh kali kerana sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan pelajar Asia Tenggara. Kamus al-Marbawi menjadi terkenal sehingga ke hari ini. Kejayaan menyusun kamus ini telah menjadi langkah pertama kepada al-Marbawi untuk mengorak langkah seterusnya dalam penghasilan karya Islam yang lain.

Karya-karya al-Marbawi yang dihasilkan adalah melebihi 20 buah buah dalam pelbagai disiplin ilmu Islam. Ini sekaligus membuktikan ketokohan al-Marbawi dalam pengajian ilmu-ilmu Islam.Walau bagaimanapun, kemasyhurannya lebih ditonjolkan dalam dunia persuratan Arab-Melayu berbanding disiplin ilmu yang lain. Apatah lagi, beliau pernah dianugerah Ijazah Kehormatan Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1980. Anugerah yang diterima ini sebagai mengenang jasa yang diberikan oleh beliau dalam bidang persuratan Arab-Melayu.7

Selain kamus Arab-Melayu, al-Marbawi juga telah menghasilkan karya yang penting dalam bidang hadith. Antara tulisan beliau dalam bidang ini ialah Bahr al-Madhi yang merupakan ringkasan dan ulasan kepada Sunan al-Tirmidhi. al-Marbawi juga turut menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu kitab Bulugh al-Maram iaitu sebuah karya hadith yang disusun berdasarkan bidang Fiqh oleh seorang tokoh Hadith tersohor iaitu Ibn Hajar al-Asqalany.8

Dalam bidang Tafsir al-Quran pula, beliau telah menulis Tafsir Surah Yasin, Tafsir al-Quran al-Marbawi, Tafsir al-Quran Nur al-Yakin, Terjemahan Tafsir Fath al-Qadir, Tafsir Juz Amma, Tafsir Al-Fatihah, dan sebuah karya berjudul Quran Bergantung Makna.

Selain bidang tersebut, al-Marbawi juga telah menghasilkan tulisannya dalam bidang Fiqh, Aqidah, dan Falsafah. Antara tulisan beliau ialah kitab Asas Islam, Kitab Nizam al-Hayah, Kitab Pati Hukum-hukum Ibadah, Kitab Usul Islam Pada Membicarakan Mengambil Air Sembahyang, sebuah ensiklopedia yang dinamakan sebagai Kamus Segala Ilmu, karya berjudul Punca Agama, Perbendaharaan Ilmu, dan banyak lagi.

6 Ibid. h.857 Ibid.8 Ibid.

Page 4: KEJUHUDAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI DALAM USAHA

The Annual International Qur’anic Conference 2011

4

Kitab yang paling tersohor yang telah dihasilkan oleh al-Marbawi ialah Kamus Arab-Melayu dan kitab Bahr al-Madhi. Kedua-dua kitab ini digunakan sehingga ke hari ini. Antara keistimewaan kedua-dua hasil karya beliau ini adalah seperti berikut:-

Kamus ini merupakan kamus dwibahasa Bahasa Arab dan Bahasa Melayu. Ia disusun dalam 2 jilid, iaitu jilid yang pertama bermula daripada huruf alif sehingga za'. Manakala jilid yang kedua bermula daripada huruf `ain sehingga ya'. Kamus ini mengandungi 18, 000 kata entri Arab dan 700 gambar. Ianya dicetak oleh Matba`ah Mustafa al-Babiy al-Halbi Wa Awladih di Mesir. Kamus ini menjadi rujukan pelajar di Malaysia bagi setiap peringkat sama ada peringkat rendah, menengah mahu pun universiti.

Kitab Bahr al-Madhi merupakan salah satu sumbangan terpenting beliau dalam pengajian Hadith di Malaysia. Bahr al-Madhi ialah kitab hadith bertulisan jawi terbesar dan antara yang terawal pernah wujud di alam Melayu. Karya ini amat padat dan mendalam, bahkan dikatakan telah menampung kekosongan karya asli dalam bidang ilmu hadith di rantau ini. Karya ini memuatkan ulasan dan huraian hadith dalam bentuk fikah, aqidah, tasawuf, dan muamalat.

Kelainan dan keistimewaan kitab ini amat jelas, apatah lagi ulasan al-Marbawi mengikut acuan dan suasana masyarakat Malaysia. Karya ini memberikan nafas baru kepada pemahaman hadith-fiqh secara mendalam di samping mendidik masyarakat Malaysia tentang hubungan yang earat antara kedua-duanya.

Atas sumbangan dan jasanya yang besar dalam bidang keagamaan dan persuratan, maka pada tanggal 5 Julai 1980, Allahyarham dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada enam tahun berikutnya iaitu pada pada 1 Muharram 1408H beliau dinobatkan pula sebagai tokoh Maal Hijrah Malaysia yang pertama iaitu pada tahun 1408 Hijrah.9

Tanggal 13 Oktober 1989 bersamaan 13 Rabiul Awal 1409 Hijrah telah meninggalkan kesedihan kepada rakyat Malaysia yang dahagakan ilmu dan sumbangan al-Marbawi apabila beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Besar Ipoh pada jam 8.40 pagi. Pemergiannya pada usia 96 tahun itu telah disemadikan di pusara Kampung Lubuk Merbau, Perak.10

Sandaran Awal al-Marbawi Dalam Mentafsirkan al-Quran 30 Juzuk

9 http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2143.0 pada 6 Disember 2010, Op.Cit.10 Mustaffa Abdullah (2009), Khazanah Tafsir Di Malaysia, Op.Cit. h.83

Page 5: KEJUHUDAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI DALAM USAHA

The Annual International Qur’anic Conference 2011

5

(Ustaz Sedek)

Usaha Awal al-Marbawi Dalam Menghasilkan Tafsir Quran Marbawi

Sebelum artikel ini memperincikan perbahasan terhadap kejuhudan dan ketekunan al-Marbawi dalam usaha beliau untuk menghasilkan karya Tafsir Quran Marbawi (Lengkap 30 Juzuk), didapati bahawa telah terdapat usaha awal yang telah dilakukan oleh beliau sebelum membentuk rangka kerja dan draf kepada karya tafsir tersebut. Usaha awal yang dimaksudkan adalah penghasilan dua karya tafsir iaitu tafsiran kepada keseluruhan ayat dalam surah al-Fatihah dan surah al-Baqarah yang dinamakan Tafsir Quran Marbawi Juzuk Alif Lam Min dan tafsiran kepada keseluruhan ayat dalam surah Yasin yang dinamakan Tafsir Quran Marbawi Surah Yasin. Penghasilan kedua-dua kitab tafsir ini adalah usaha awal al-Marbawi dalam memulakan pentafsiran kepada keseluruhan ayat-ayat al-Quran.

Al-Marbawi tidak mentafsirkan ayat mengikut susunan surah walaupun pada awalnya beliau memulakan pentafsiran bagi ayat-ayat daripada surah al-Fatihah dan surah al-Baqarah dan diikuti pula dengan surah Yasin. Beliau cenderung untuk mentafsirkan ayat-ayat daripada surah-surah yang mudah dan surah yang telah menjadi amalan bacaan di kalangan anggota masyarakat khususnya di alam Melayu iaitu surah Yasin. Hal ini menunjukkan bahawa beliau seorang yang sangat memerhati tindak tanduk masyarakat dan berusaha untuk membantu mereka khususnya melalui penghasilan karya yang dapat menarik perhatian dan minat mereka untuk membaca serta merujuknya sebagai panduan.

Pertama: Penghasilan Karya Tafsir Quran Marbawi Juzuk Alif Lam Min

Karya ini adalah usaha awal al-Marbawi untuk menghasilkan karya tafsir yang lengkap 30 juzuk.Karya ini adalah tafsiran lengkap al-Marbawi terhadap keseluruhan ayat dalam surah al-Baqarah. Oleh sebab itu juga, karya ini dinamakan dengan Tafsir Quran Marbawi Juzuk Alif Lam Min. al-Marbawi telah menyiapkan tafsiran pada surah al-Baqarah pada malam Isnin, 22 Rabiul Awal 1357H.11 Walaupun demikian, ia telah mula dicetakan dan diterbitkan bermula pada bulan Safar 1357H bersamaan dengan April 1938M oleh Matba‘ah Marbawiyyah di Azhar, Kaherah, Mesir.12

Kedua: Penghasilan Karya Tafsir Quran Marbawi Surah Yasin

11 Muhammmad Idris al-Marbawi al-Azhari (1357H/1938M), Tafsir Quran Marbawi Juzuk Alif Lam Min, Kaherah: Matba‘ah Marbawiyyah, c.1, h.204.12 Ibid., h.i.

Page 6: KEJUHUDAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI DALAM USAHA

The Annual International Qur’anic Conference 2011

6

Karya ini adalah karya tafsir yang dihasilkan selepas penghasilan karya Tafsir Quran Marbawi Juzuk Alif Lam Min walaupun selepas penghasilan karya ini terdapat lagi usaha lain yang dilakukan oleh al-Marbawi seperti usaha penterjemahan kitab tafsir dari bahasa Arab ke bahasa Melayu seperti Tafsir Surah Yasin Bahasa Melayu yang dipetik daripada tafsiran oleh Imam al-Shawakani dalam kitab Tafsir Fath al-Qadir al-Jami‘ Bayn Fanny al-Riyawat wa al-Dirawat min ‘Ilm al-Tafsir. Tafsir Surah Yasin Bahasa Melayu telah sempurna diterjemahkan pada akhir bulan Rejab 1353H dan telah dicetak dan diterbitkan oleh al-Matba‘ah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuh pada tahun 1935M.13

Sedangkan Tafsir Quran Marbawi Surah Yasin telah diselesaikan tafsirannya pada malam Sabtu, 12 Ramadhan 1386H bersamaan dengan 24 Disember 1966M ketika al-Marbawi berusia 73 tahun.14 Akan tetapi, tafsir ini telah diterbitkan dahulu sebelum al-Marbawi menyelesaikan keseluruhan tafsirannya dalam surah Yasin. Karya ini telah diterbitkan oleh al-Matba‘ah al-Anwar, Kaherah, dengan cetakan pertama pada bulan Sya‘ban 1383H bersamaan dengan Januari 1964M, iaitu dua tahun sebelum al-Marbawi menyelesaikan keseluruhan tafsirannya pada surah tersebut.15

Daripada kedua-dua karya di atas, pengkaji dapat menyatakan bahawa al-Marbawi telah memulakan usaha beliau dalam bidang tafsir khususnya tumpuan beliau untuk menghasilkan sebuah karya tafsir yang lengkap melalui penghasilan kepada kedua-dua karya tersebut. Bahkan,beliau secara jelas melabelkan kedua-dua tafsir ini dengan judul “Tafsir Quran Marbawi”.

Kejuhudan Sheikh Idris al-Marbawi Dalam Membentuk Kerangka Awal Tafsir Quran Marbawi 30 Juzuk

Berhubung dengan kejuhudan dan ketekunan al-Marbawi untuk menghasilkan karya Tafsir al-Quran yang lengkap 30 juzuk, beliau telah menghasilkan dan merangka draf awal sebelum melengkapkan sepenuhnya. Walaupun begitu, beliau tidak sempat untuk menyelesaikan tafsiran tersebut melainkan hanya mentafsirkan beberapa surah sahaja seperti dihasilkan Tafsir Quran Marbawi Surah Yasin dan Tafsir Quran Marbawi Juzuk Alif Lam Min. Namun, beliau telah merangka dengan baik berdasarkan kepada penemuan catatan atau draf awal bagi karya tafsir

13 Anwar Ridwan Zakaria (2007), “Kitab Idangan Guru Sahih al-Bukhari wa Muslim: Satu Kajian Dari Aspek Metodologi Huraian Hadith”, (Disertasi Sarjana, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, h.115-116.14 Al-Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi al-Azahri (1964M/1383H), Tafsir Quran Marbawi Surah Yasin, Mesir: Matba‘ah al-Anwar, c.1, h.226.15 Abdul Rashid Ahmad dan Khadher Ahmad (2010), “Analisis Khazanah Warisan Nabawi: Metodologi Penulisan Hadith Dalam Kitab Tafsir Surah Yasin Karangan Sheikh Idris Al-Marbawi” (Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Warisan Nabawi Kali Kedua (SWAN 2010), anjuran Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, USIM pada 28-29 Julai 2010), h.4.

Page 7: KEJUHUDAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI DALAM USAHA

The Annual International Qur’anic Conference 2011

7

tersebut. Draf ini menjadi bukti kejuhudan dan ketekunan al-Marbawi untuk menghasilkan karya tafsir al-Quran di alam Melayu.

Ciri-ciri dalam kerangka awal Tafsir Quran Marbawi adalah seperti berikut:

i. Membentuk Draf Awal Tafsir Quran Marbawi

Al-Marbawi dalam menghasilkan karta tafsir 30 Juzuk ini telah membentuk satu draf awal atau kerangka awal yang disusun dan ditulis pada suatu buku catatan berbentuk note pad bersaiz A4. Draf ini adalah dalam bentuk cacatan tangan al-Marbawi sendiri yang ditulis menggunakan pen berdakwat basah berwarna hitam dan merah serta pensil untuk catatan maksud perkataan al-Quran.

Dalam draf awal tafsir ini, masih belum terdapat tafsiran terhadap ayat-ayat al-Quran yang telah dicatatkan oleh al-Marbawi melainkan hanya terjemahan maksud kepada beberapa perkataanatau ayat dalam al-Quran sahaja. Akan tetapi telah terdapat catatan beberapa ayat al-Quran daripada beberapa surah yang dipilih oleh beliau. Pengkaji mendapati bahawa dalam menulis dan mencatatkan ayat-ayat al-Quran, al-Marbawi tidak mengikut susunan dari awal surah hingga akhir surah, tetapi beliau memilih surah-surah yang tertentu dan ditulis pada ruang yang disediakan. Beliau agar membiarkan kosong bagi halaman yang belum dicatatkan ayat-ayat al-Quran tersebut. Ini bermakna, dalam rangka atau draf awal ini, al-Marbawi telah membuat persediaan rapi untuk menyusun tafsirnya ini.16

ii. Membentuk Kerangka Dalaman Setiap Helaian

Dalam setiap helaian yang disusun, al-Marbawi membentuk satu ruang khusus dibahagian tengah helaian tersebut khusus untuk mencatatkan ayat-ayat al-Quran yang ditulis dengan selang satu baris. Ruang tersebut digariskan dalam bentuk segiempat. Manakala bahagian luar petak atau segiempat tersebut pula dikhususkan untuk catatan bagi tafsiran ayat-ayat yang dicatatkan pada ruang segiempat tersebut. Manakala bagi selang baris pada ayat-ayat al-Quran pula, dikhususkan untuk catatan makna bagi setipa perkataan dari ayat-ayat al-Quran itu. Sedangkan jika cacatan ayat al-Quran tersebut bermula dengan surah yang baru, maka al-Marbawi membuat pengasingan antara surah melalui pembentukan kotak kecil yang dicatatkan nama surah, jumlah ayat dan jenis ayat sama ada Makiyyah atau Madaniyyah dalam bahasa Arab berserta terjemahannya.17

16 Rujuk kepada Tafsir Quran Marbawi dalam bentuk manuskrip catatan tangan yang dihasilkan oleh al-Marbawi. Draf ini tersimpan di Arkib Negeri Perak yang masih tiada nombor rujukan.17 Iaitu merujuk kepada tempat penurunan ayat-ayat dalam surah tersebut yang diturunkan sama ada di Mekah atau di Madinah selepas hijrah Rasulullah SAW.

Page 8: KEJUHUDAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI DALAM USAHA

The Annual International Qur’anic Conference 2011

8

Rajah 1: Catatan Nama Surah, Jenis dan Bilangan Ayat Pada Sesuatu Surah

Manakala untuk tafsiran ayat, al-Marbawi telah menyediakan satu ruangkan khusus untuk beliau menulis dan mencatatkan tafsiran bagi ayat-ayat yang dicatatkan dalam segiempat atau kerangka pada setiap helaian. Tafsiran itu adalah tafsiran bagi tujuh baris ayat al-Quran yang dicatatkan dalam ruang segiempat tersebut kecuali bagi helaian yang bermula dengan surah yang baru. Manakala ruang untuk catatan tafsiran bagi ayat-ayat tersebut adalah pada ruang sekeliling segiempat yang dicatatkan tersebut. Lihat Rajah 2 dibawah:

Page 9: KEJUHUDAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI DALAM USAHA

The Annual International Qur’anic Conference 2011

9

Rajah 2: Ruang Yang Disediakan Oleh Al-Marbawi Untuk Mencatatkan Tafsiran Bagi Ayat-Ayat Al-Quran Dalam Segiempat

iii. Menulis dan Mencatatkan Ayat-ayat al-Quran Beserta Barisnya

Dalam rangka awal yang dihasilkan oleh al-Marbawi, beliau telah berusaha untuk menulis dan mencatatkan ayat-ayat al-Quran dengan menggunakan tulisan tangan. Tulisan ayat-ayat al-Quran tersebut disertakan dengan barisnya termasuk ungkapan “Basmallah” serta penomboran pada setiap ayat. Lihat pada Rajah 2 di atas.

Melalui penelitian pengkaji terhadap manuskrip tulisan tangan al-Marbawi beliau hanya sempat untuk mencatatkan ayat-ayat al-Quran sebanyak 23 surah sahaja iaitu surah al-Waqi‘ah, al-Hadid, al-Mujadalah, al-Harsh, al-Mumtahanah, al-Saff, al-Jum‘ah, al-Munafiqun, al-Taghabun, al-Tallaq, al-Tahrim, al-Mulk, al-Haqq, al-Ma‘arij, Nuh, al-Jinn, al-Muzammil, al-Mudaththir, al-Qiyamah, al-Dahr (al-Insan), al-An‘am dan al-A‘raf. Pengkaji mendapati bahawa surah al-An‘am dan al-A‘raf dicatatkan pada helaian akhir berbanding surah sebelum itu. Keseluruhan surah-surah tersebut belum sempat diterjemahkan dan ditafsirkan ayat-ayatnya melainkan pada sebahagian ayat sahaja terdapat terjemahan ayat dan tafsiran ringkas.

iv. Menterjemahkan Ayat al-Quran Mengikut Setiap Kalimah (Terjemahan Pra Kata)

Al-Marbawi dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran mendahului dengan memberi makna atau terjemahan bagi setiap perkataan bagi ayat-ayat al-Quran yang disebutkan sebagai “Terjemahan Pra Kata”. Pendekatan terjemahaan mengikut setiap perkataan atau “Terjemahan Pra Kata” ini adalah pendekatan yang diperkenalkan oleh al-Marbawi. Ia dapat dibuktikan melalui usaha awal beliau yang mentafsirkan surah Yasin. Dalam Tafsir Quran Surah Yasin, al-Marbawi mencatatkan ayat pada ruang di atas berserta dengan maknanya berbahasa Melayu mengikut perkataan dari ayat-ayat al-Quran tersebut. Pengkaji mendapati bahawa al-Marbawi juga cuba untuk mengaplikasikan pendekatan terjemahan mengikut perkataan dalam Tafsir Quran Marbawi yang lengkap.

Pendekatan yang sama dilakukan oleh al-Marbawi dalam usaha untuk menghasilkan karya tafsir lengkap 30 Juzuk yang telah diletakkan dengan nama “Tafsir Quran Marbawi”. Walaupun demikian, dalam rangka awal yang dihasilkan oleh al-Marbawi hanya terdapat beberapa perkataan sahaja yang diterjemahkan oleh beliau. Kebanyakan ayat-ayat al-Quran yang ditulis masih belum diterjemahkan sepenuhnya. Lihat contoh pada rajah 4 dibawah.

Page 10: KEJUHUDAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI DALAM USAHA

The Annual International Qur’anic Conference 2011

10

Rajah 3: Terjemahan Pada Perkataan Bagi Ayat-Ayat al-Quran

v. Sistem Penomboran Bagi Halaman dan Juzuk al-Quran

Dalam rangka Tafsir Quran Marbawi, beliau juga mencatatkan sendiri melalui tulisan tangan beliau nombor bagi setiap halaman. Bahkan, pada setiap halaman juga dicatatkan nama bilangan juzuk yang diselang seli dengan nama surah. Ini bermakna, pembaca akan mudah untuk mengenalpasti dan membezakan antara setiap surah dan setiap juzuk yang dibacakan. Lihat Rajah 5 berikut. Pengkaji mendapati bahawa pada catatan juzuk kelapan dan kesembilan yang terdiri daripada surah al-An‘am dan al-A‘raf terdapat perbezaan dengan surah-surah sebelumnya dari sudut penomboran halaman, penulisan bilangan juzuk, penamaan surah pada segiempat yang mengandungi catatan ayat-ayat al-Quran dan bentuk segiempat dengan dua lapisan garis. Lihat Rajah 5 dibawah dan Rajah 2 di atas.

Page 11: KEJUHUDAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI DALAM USAHA

The Annual International Qur’anic Conference 2011

11

Rajah 5: Nama Juzuk dan Nama Surah Yang Ditulis Secara Selang Seli Antara Setiap Halaman

Kesimpulan

Berdasarkan kepada huraian dan perbincangan di atas, jelas memperlihatkan kejuhudan dan ketekunan yang dimiliki oleh seorang tokoh bernama Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi khusus daripada sudut usaha beliau untuk menghasilkan sebuah karya tafsir yang lengkap mentafsirkan keseluruhan 30 juzuk al-Quran. Melalui usaha beliau menghasilkan karya tafsir berjudul Tafsir Quran Marbawi Juzuk Alif Lam Min dan Tafsir Quran Marbawi Surah Yasinadalah bukti yang jelas bahawa al-Marbawi sangat berharap untuk melengkapkan keseluruhannya tafsiranya sendiri. Bahkan, melalui draf atau kerangka yang telah dirangka sendiri oleh al-Marbawi melalui catatan tangan beliau dengan menulis ayat-ayat al-Quran berserta baris, membentuk rangka untuk catatan tafsiran, menyusun dengan cantik dan sebagainya seperti yang dijelaskan sebelum ini, dapat memperlihatkan lagi kewibawaan yang dimiliki oleh seorang tokoh ulama Nusantara ini.

Walaupun, karya tafsir ini tidak dapat disiapkan sepenuhnya dengan lengkap, namun ia telah menjadi bukti terhadap keupayaan, keilmuan, kegigihan, ketekunan dan kejuhudan seorang tokoh bernama Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi.