sukan berpasukan forum3

Upload: ngsansan

Post on 02-Jun-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Sukan berpasukan forum3

    1/8

    Sukan berpasukan

    F3

    Prinsip latihan merupakan satu garis panduan untuk atlet-atlet

    menjalani latihan secara berkesan. Antara prinsip-prinsip latihandalam sukan adalah seperti memanaskan badan, ansur maju,kesediaan, kekerapan, jangka masa, perbezaanindividu,kepelbagaian, pengkhususan, intensiti, adaptasi dankebolehbalikan.

    Prinsip-prinsip latihan dalam sukan adalah penting keranaia merupakan proses senaman yang dilakukan secara berulang ulangdan beransur maju di mana ia melibatkan unsur-unsur pembelajarandan penyesuaian diri serta mengelakkan diri daripada mengalami

    kecederaan. Latihan sukan yang dijalankan mengikut prinsip-prinsiplatihan mampu membantu atlet-atlet dalam mencapai kecergasanyang optima.

    Seseorang itu perlu mengetahui dan merancang latihan secarasaintifik dan bersistematik. Latihan yang berjadual dan sistematikakan membentuk jatidiri yang wajar dan berdisplin dalam menguasaisesuatu kemahiran dalam sesuatu permainan serta meningkatkanprestasi mereka. Maka adalah penting seseorang itu mengetahui dan

    mendalami kaedah-kaedah dan jenis-jenis latihan yang sesuai.

    F3

    Prinsip latihan mengandungi langkah-langkah yang perlu diikutisupaya atlet supaya dapat mencapai penyesuaian fisiologi ke arahpeningkatan prestasi yang tinggi. Prinsip latihan melibatkangabungan beberapa prinsip asas latihan sukan iaitu prinsip lebihanbeban, prinsip ansur maju, prinsip perbezaan individu,prinsippengkhususan dan prinsip kebolehbalikan. Prinsip latihan perlu

    dipatuhi bagi mengelakkan pelatih daripada mengalami overtraining(lebihan latihan) yang menyebabkan persembahan prestasi menurun.Preskripsi latihan, jenis dan pemilihan latihan yang tidak sesuaimemberikan kesan negatif terhadap penyesuaian badan(adaptasi)dalam latihan.

  • 8/10/2019 Sukan berpasukan forum3

    2/8

    Bidang sukan merupakan bidang yang profesional dan memerlukanpengurusan yang cekap, saintifik dan sistematik untuk mencapaitahap kemerlangan. Tanpa mematuhi dan mengikuti prinsip-prinsiplatihan yang sistmatik dan saintifik atlet tidak akan dapat mencapaikemajuan dan mutu permainan atau sukan yang bertaraf tinggi.Hanya preskripsi latihan yang baik dan berkesan dapat meningkatkanmutu permainan dan dapat menyesuaikan permainan yangberintensiti tinggi.

    F3

    Selamat sejahtera,

    Prinsip latihan boleh ditakrifkan sebagai rukun yang harus diikuti olehsetiap atlet, jurulatih atau sesiapa sahaja yang ingin menjalani latihan.Ia perlu dijalankan secara bersistematik dan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

    Kepentingan prinsip-prinsip latihan dalam sukan ialah mengelakkankecederaan, kelesuan, kebosanan dan kemerosotan tahapkecergasan sedia ada serta pencapaian kualiti diri dari segi jasmani,mental dan rohani. Selain itu, prinsip-prinsip latihan ini perlu diketahui,

    difahami dan diaplikasikan dengan baik dalam sesuatu programlatihan jangka masa panjang atau pendek yang progresif bagipencapaian objektif latihan yang berkesan.

    Prinsip latihan melibatkan gabungan beberapa prinsip asas latihansukan iaitu prinsip lebihan beban, prinsip ansur maju, prinsipperbezaan individu,prinsip pengkhususan dan prinsip kebolehbalikan.

    Kesimpulannya, prinsip latihan memastikan keselamatan dankesihatan kita dengan mengurangkan risiko untuk kejang otot dan

    terseliur semasa sukan sedang berlangsung.

    F3

    Kepentingan prinsip-prinsip latihan dalam sukan adalah untuk mengelakkan kecederaan

    dan meningkatkan prestasi, murid patutlah mematuhi prinsip-prinsip

  • 8/10/2019 Sukan berpasukan forum3

    3/8

    latihan kecergasan.Di samping itu , prinsip latihan adalah perlakuan yang

    mempengaruhi proses penglibatan dan pelaksanaan dalam suatu sukan yang

    dilaksanakan secara terancang bagi mengelakkan sebarang kecederaan, kebosanan

    dan kelesuan. Tujuan utama prinsip sukan dipatuhi ialah supaya dapat meningkatkan

    kecergasan dan kemahiran atlet serta mengelakkan kecederaan dan kelesuan kepada

    atlet. Selain itu, membantu otot kita menjadi lebih fleksibel ke tahap lebih daripada biasadan juga membolehkan kita bersedia dari segi psikologi serta penting bagi mengelakan

    atau mengurangkan berlakunya kecederaan otot.

    F3

    Saya bersetuju dengan pandangan cikgu iaitu prinsip memanaskan badan dapatmengelakkan dan mengurangkan berlakunya kecederaan pada otot. Kecederaandalam sukan sering berlaku kerana atlet-atlet termasuk jurulatih tidakmengamalkan prinsip latihan yang betul bagi mencegah kecederaan. Prinsiplatihan yang betul harus dijalankan untuk mencegah kecederaan, kesilapan

    teknik akan membawa kecederaan.Beberapa prinsip latihan bagi mencegahkecederaan dalam sukan amat diperlukan seperti memanaskan badan, ansurmaju, intensiti, pengkhususan dan lain-lain lagi. Prinsip-prinsip ini perludiamalkan oleh atlit bagi mengelakkan diri daripada kecederaan dalam aktivitiyang disertai atau dalam pertandingan yang disertai.

    Memanaskan badan mempunyai banyak kelebihan. Antaranya membantuperjalanan darah ke otot, perjalanan oksigen, menggalakkan metabolism sel,mempercepatkan impulse sistem saraf dan melembutkan lagi tisu lembut. Iadapat mengurangkan kecederaan pada otot dan tendon serta meminimumkankesakitan otot.

    Latihan yang dirancang secara sistematik berdasarkan prinsip-prinsip latihanakan memberi faedah dan kesan latihan kepada pelakunya. Jika latihandilakukan sesuka hati dan tidak mematuhi prinsip-prinsip latihan, kesan-kesannegatif boleh berlaku kepada tubuh badan dari segi fizikal, termasuk kecederaanakibat salah amalan.

    F3

    Saya bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh cikgu.Prinsip Latihan sememangnya merupakan prinsip asas bagi programlatihan untuk pelatih. Prinsip latihan ini adalah sebagai garis panduanuntuk pelatih menjalani latihan bagi mencapai objektif secara

  • 8/10/2019 Sukan berpasukan forum3

    4/8

    berkesan yang disasarkan. Prinsip latihan perlu dipatuhi bagimengelakkan pelatih daripada mengalami overtraining (lebihanlatihan) yang menyebabkan persembahan prestasi menurun. Latihanyang membawa faedah kepada pelatih perlu mengikut beberapaprinsip atau garis panduan. Prinsip latihan terdapat langkah-langkahyang perlu diikuti supaya pelatih dapat mencapai penyesuaianfisiologi ke arah peningkatan prestasi yang tinggi. Kesan positif dapatdicapai iaitu pelatih akan lebih berkebolehan untuk melakukan kerjalebih kekal lama,beradaptasi dengan beban latihan denganbaik,menghadapi stres dengan baik,boleh menghadapi latihan yangberintensiti tinggi dan menghadapi pertandingan dengan lebih kerap.Seseorang itu perlu mengetahui dan merancang latihan secarasaintifik dan bersistematik. Latihan yang berjadual dan sistematikakan membentuk jatidiri yang wajar dan berdisplin dalam menguasai

    sesuatu kemahiran dalam sesuatu permainan serta meningkatkanprestasi mereka. Maka adalah penting seseorang itu mengetahui danmendalami kaedah-kaedah dan jenis-jenis latihan yang sesuai.

    F3

    Salam sejahtera, saya bersetuju dengan pandangan andabahawa prinsip latihan merupakan satu garis panduan untuk atlet-atlet menjalani latihan secara berkesan. Ia amat penting dalamlatihan sukan kerana untuk memperolehi hasil yang maksimun.

    Secara amnya, kita memahami bahawa prinsip-prinsip ini adalahseperti memanaskan badan. Setiap latihan hendaklah dimulakandengan sesi memanaskan badan (warming up) dan diakhiri dengansesi melegakan badan (cooling down). Maka, memanaskan badanadalah sangat penting untuk merangsangkan sistem fisiologi badansupaya dapat adaptasi dengan peningkatan fungsi-fungsimetabolisme yang akan berlaku apabila atlet melakukan aktiviti fizikalyang lebih berat daripada biasa. Adaptasi ini akan membolehkan atletbersedia dari segi psikologi dan juga penting bagi mengelak dan

    mengurangkan berlakunya kecederaan otot. Di samping itu,kekerapan latihan akan menjamin peningkatan kecergasan fizikal kita.Adalah dicadangkan bahawa sekurang-kurangnya tiga kali seminggusudah mencukupi bagi seseorang individu untuk mengekalkankecergasan dan kesihatannya pada setiap masa.

  • 8/10/2019 Sukan berpasukan forum3

    5/8

    F3

    Saya setuju dengan pendapat cikgu bahawa prinsip-prinsip latihandalam sukan adalah penting kerana ia merupakan proses senamanyang dilakukan secara berulang ulang dan beransur maju di mana iamelibatkan unsur-unsur pembelajaran dan penyesuaian diriserta mengelakkan diri daripada mengalami kecederaan. Latihansukan yang dijalankan mengikut prinsip-prinsip latihan mampumembantu atlet-atlet dalam mencapai kecergasan yang optima.

    Selain daridapa itu, tujuan utama seseorang atlet menjalani latihanfizikal adalah membaiki dan meningkatkan komponen-komponendalam kecergasan dan dapat mengelakkan diri daripada mengalamikecederaan. Peluang untuk tercedera hanya dapat dikurangkan

    apabila atlet memiliki koordinasi otot saraf yang baik, otot rangkayang kuat serta imbangan badan yang stabil dan tidak cepat lesuapabila menjalani aktiviti fizikal.

    Komponen-komponen fizikal atau sistem tenaga adalah berbezaantara satu sukan dengan sukan yang lain. Latihan fizikal yangdijalankan perlulah khusus kepada kehendak individu atau kehendaksesuatu sukan yang diceburi. Sekiranya individu lemah dalam dayatahan kardiovaskular, maka kaedah latihan yang dapat meningkatkankomponen ini perlulah diberikan. Dengan demikian latihan perlu

    mengenakan beban melebihi had biasa untuk meningkatkan prestasikomponen kecergasan yang dikehendaki.

    F3

    Salam sejahtera. Secara umumnya, kita mengetahui bahawa latihanyang membawa faedah kepada atlet atau pelatih perlu mengikutbeberapa prinsip atau garis panduan. Prinsip latihan mengandungi

    langkah-langkah yang perlu diikuti supaya atlet atau pelatih dapatmencapai penyesuaian fisiologi ke arah peningkatan prestasi yangtinggi. Prinsip-prinsip latihan yang perlu diberi perhatian semasalatihan adalah seperti tambah beban, ansur maju, kebolehbalikan,perbezaan individu, pemulihan, adaptasi, kekhususan danpelbagaian latihan.

  • 8/10/2019 Sukan berpasukan forum3

    6/8

    Maka, prinsip-prinsip latihan memainkan peranan yang pentingsemasa merangka program latihan beberapa prinsip latihan perludiikuti untuk memperolehi hasil yang maksimun. Di antaranyakepentingan prinsip-prinsip latihan dalam sukan adalah seperti:

    Memanaskan badan adalah penting untuk merangsangkansistem fisiologi badan supaya dapat adaptasi denganpeningkatan fungsi-fungsi metabolisme yang akan berlakuapabila atlit melakukan aktiviti fizikal yang lebih berat daripadabiasa. Adaptasi ini akan membolehkan atlit bersedia dari segipsikologi dan juga penting bagi mengelak dan mengurangkanberlakunya kecederaan otot.

    Ansur maju dalam program latihan fizikal hendaklah bersifatprogresif. Ia merujuk kepada peningkatan kesukaran latihan

    yang beransur-ansur. Kadar peningkatan hendakalahberdasarkan kepada keupayaan individu. Ini dilakukan secaraberansur-ansur sesuai dengan pencapaian fizikal seseorangatlit yang menjalani latihan. Seseorang jurulatih pula perlumengetahui bahawa jangka masa latihan yang diperlukan bagiseseorang atlit untuk berada dalam keadaan fizikal yang terbaikialah 6 hingga 8 minggu.

    Tambah beban mempunyai perkaitan yang rapat dengan ansurmaju. Sistem latihan yang direka bentuk hendaklahmengenakan tekanan dalam jangka masa yang sesuai supayadapat mengadaptasi dengan beban kerja yang berlebihan. Olehitu latihan perlu mengenakan beban melebihi had biasa untukmeningkatkan prestasi komponen kecergasan fizikalyanghendak ditingkatkan.

    Secara kesimpulannya, program latihan yang dirancanghendaklah menjurus kepada matlamat yang hendak dicapai. Latihanyang dirancang perlu melibatkan aktiviti-aktiviti yang dapatmempertingkatkan kekuatan dan daya tahan otot, kelenturan

    (fleksibiliti) dan lain-lain aspek kecergasan fizikal.

    F3

    Saya menyokong pendapat cikgu bahawa prinsip asas dalam latihan adalah penting kepadasemua murid kerana ianya merangkumi semua langkah-langkah daripada mudah kepadakompleks sehingga sempurna. Langkah-langkah tersebut tidak boleh diabaikan yang disebabkan

  • 8/10/2019 Sukan berpasukan forum3

    7/8

    oleh keunikannya dalam setiap permainan atau acara sukan yang berbeza. Langkah-langkahsebaik-baiknya berunsur bimbingan kepada para ahli sukan untuk membimbing merekamancapai tujuan sukan atau prestasi yang tinggi dalam sukan. Tambahan lagi, prinsip latihansukan dijalankan dan didedahkan kepada ahli sukan berkenaan pada masa tertentu supayamereka tidak mengalami keadaan cicir terhadap teknik yang pernah dikuasai oleh mereka.

    F3

    Salam Sejahtera

    Menurut Sarjit Singh dan Sheikh Kamaruddin (1988), latihan berertisatu persediaan untuk mencapai tapak yang kukuh manakalakecergasan menggambarkan tahap keupayaan seseorang individuuntuk berfungsi dengan cekap dan berkesan tanpa cepat berasa letih

    dan lesu. Pelaksanaan latihan harus memperhatikan prinsip-prinsiplatihan untuk mendapatkan prestasi yang optimal.

    Prinsip-prinsip latihan merupakan garis panduan yang perludiambilkira dalam sesuatu perancangan dan pelaksanaan latihan.Prinsip-prinsip latihan ini perlu diketahui, difahami dan diaplikasikandengan baik dalam satu program latihan jangkamasa panjang ataupendek yang progresif bagi pencapaian objektif latihan yangberkesan. Tujuannya adalah untuk mengelakkan diri daripadamengalami kecederaan di samping dapat meningkatkan serta

    membaiki komponen-komponen dalam kecergasan.

    Setiap pelatih harus memperhatikan prinsip-prinsip latihan supayatidak ada kesenjangan dalam pencapaian prestasi atlet yangdibinanya. Kekurangan penggunaan prinsip-prinsip latihanmengakibatkan tidak tercapainya prestasi yang optimal yangdiharapkan dari pelaksanaan program latihan yang telah disusun.Selain itu, semasa menjalani latihan fizikal ini, atlet-atlet harusmengetahui secara mendalam prinsip-prinsip latihan supaya apayang dilaksanakan nanti berkesan dan memberi manfaat pada dirisendiri.

    Kesimpulannya, setiap individu haruslah menjalani latihan yangberpanjangan dan sistematik. Prinsip-prinsip latihan dalam sukanperlu difahami dan dilaksanakan oleh jurulatih mahupun atlet agarmereka dapat melakukan latihan bagi membolehkan mereka

  • 8/10/2019 Sukan berpasukan forum3

    8/8

    mendapat pencapaian yang cemerlang.

    Attachment : No File Attach...

    F3

    Salam sejahtera,

    Pencapaian objektif atau matlamat sesuatu latihan fizikal sama ada untukmeningkatkan kecergasan, menguasai sesuatu kemahiran atau menguasaipergerakan motor bergantung kepada banyak faktor. Salah satu yang sangatpenting yang mempengaruhi pencapaian tersebut ialah keupayaan

    mengkategorikan sesuatu perlakuan mengikut tahap-tahap kesukaran daripadatahap kesukaran yang rendah kepada tahap kesukaran yang tinggi secaraberperingkat-peringkat. Seterusnya ia akandilaksanakan sebagai latih tubisecara berulang-ulang mengikut tahap-tahap kesukaran yang telah ditentukansecara berperingkat-peringkat.

    Prinsip ansur maju adalah berasaskan idea bahawa latihan harus dijalankanpada tahap-tahap yang sentiasa meningkat bersesuaian dengan proses. Iapenting untuk menyesuaikan badan kepada rangsangan senaman. Tedapat duabentuk latihan dalam teori ansur maju iaitu mempelajari pergerakan yang senangdahulu sebelum melakukan pergerakan yang susah dan melakukan pergerakan

    yang mudah sebelum melakukan pergerakan yang lebih kompleks.