sudut pandang. wanita dan covid-19 bukan sekadar isu

7
covid19: SUDUT PANDANG 3/20 | 1 APRIL 2020 | NUR HAZWANI HUSIN WANITA DAN COVID-19: BUKAN SEKADAR ISU KESIHATAN IWB VIEWS | WANITA DAN COVID-19: BUKAN SEKADAR ISU KESIHATAN

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SUDUT PANDANG. WANITA DAN COVID-19 Bukan Sekadar Isu

covid19:SUDUT PANDANG 3/20 | 1 APRIL 2020 | NUR HAZWANI HUSIN

WANITA DAN COVID-19: BUKAN SEKADAR ISU KESIHATAN

IWB VIEWS | WANITA DAN COVID-19: BUKAN SEKADAR ISU KESIHATAN

Page 2: SUDUT PANDANG. WANITA DAN COVID-19 Bukan Sekadar Isu

www.iwbselangor.org.my

WANITA DAN COVID-19: Bukan Sekadar Isu Kesihatan. – Petaling Jaya, Malaysia: Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor

Karya ini didapati di bawah Creative Commons Attribution 4.0 Unported licence (CC BY 4.0) https://creativecommons.org/by/4.0/. Di bawah Creative Commons Attribution license, anda boleh untuk menyalin, mengedar, menghantar dan mengambil karya ini termasuk untuk tujuak komersial mengikut atribusi seperti berikut;

Atribusi – Sila rujuk karya ini seperi yang berikut: Nur Hazwani . 2020. WANITA DAN COVID-19: Bukan Sekadar Isu Kesihatan. Petaling Jaya: Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor. Licence: Creative Commons Attributions CC BY 4.0.

Diterbitkan Mac 2020. Diterbitkan oleh Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor at D3-6-1 (first floor), Dana 1 Commercial Centre, Jalan PJU 1A/46, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Office No: +603-7859 6824; E-mel: [email protected]

Segala maklumat mengenai penerbitan dan produk digital Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor boleh didapati di www.iwbselangor.org.my

Alamat e-mel penulis: [email protected]

Page 3: SUDUT PANDANG. WANITA DAN COVID-19 Bukan Sekadar Isu

1

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia kini telah menular kepada lebih daripada 200 buah negara dan wilayah atau territories yang terlibat. 780,508 kes telah dicatat dengan 36,800 bilangan kematian telah dilaporkan sehingga 31 Mac 2020.1 COVID-19 merupakan ancaman global yang tidak pernah berlaku dan menimbulkan cabaran yang besar terhadap sistem tadbir urus negara dan masyarakat. Amalan dan tindakan yang responsif gender adalah penting untuk memastikan bahawa krisis ini tidak memberi kesan signifikan yang lebih kepada wanita berbanding lelaki.

Memetik kata Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), “Respon yang perlu dilaksanakan ketika Pandemik COVID-19 mestilah sensitif dan responsif terhadap gender. Bukan hanya wanita dan kanak-kanak yang merupakan golongan terkesan yang perlu diberi perhatian lebih dalam

hal kesihatan, tetapi 70 peratus barisan petugas kesihatan yang menjaga mereka yang terjejas turut terdiri daripada golongan wanita. Oleh demikian, WHO komited untuk mengguna pakai lensa gender untuk menilai secara berterusan dan menambah baik usaha yang dilaksanakan oleh kami.”

Perubahan mendadak berlaku dalam kehidupan seharian kita ketika pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)2 mula dilaksanakan. Ia memberikan kesan yang berbeza terhadap golongan wanita dan lelaki. Dengan secara tiba- tiba, seluruh ahli keluarga berada bersama sepenuh masa dalam ruangan yang kecil (atau besar), di bawah tekanan ekonomi yang semakin mendesak serta perubahan pendidikan anak-anak yang beralih kepada platform alam maya. Dalam situasi sebegini, dinamik gender yang kita

1 Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, 31 Mac 20202 PKP telah mula dilaksanakan di Malaysia bermula pada 18 Mac sehingga 31 Mac 2020, dan telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Page 4: SUDUT PANDANG. WANITA DAN COVID-19 Bukan Sekadar Isu

2

hadapi seharian boleh membawa kepada hasil dan pengalaman yang sangat berlainan bagi setiap golongan yang berbeza.

Norma gender menetapkan bahawa kehidupan ketika PKP khususnya, akan menjadi hal yang jauh lebih terbeban buat wanita. Penetapan peranan gender yang sendeng menyebabkan golongan wanita lebih cenderung untuk mengambil tugas menjaga keluarga mereka, siang dan malam tanpa mengira waktu, selain bertungkus lumus menyiapkan tugasan yang diberikan oleh majikan. Dalam dunia dan ekonomi yang semakin mencabar, tugas untuk mencari pendapatan di luar bukan hanya terbeban di bahu lelaki malah wanita juga kini telah bersama-sama keluar bekerja di luar (atau di rumah) bagi memberi sokongan kepada ekonomi keluarga, namun wanita di negara kita masih lagi terikat dengan tanggungjawab dan bebanan berganda (double burden). Berbeza dengan Malaysia, baru-baru ini, Kerajaan Mexico telah menyeru golongan lelaki di negara mereka yang sedang berada di rumah ketika Pandemik COVID-19 ini untuk mengambil sebahagian daripada tanggungjawab atau tugas mengurus kan rumah, seperti mengelap lantai dan membasuh baju dan tidak dibiarkan kepada hanya wanita untuk menguruskannya.3

Tanpa sebarang pengecualian, keganasan terhadap wanita juga telah lama menjadi epidemik dalam masyarakat. UN Women menyatakan secara purata, global mengalami sebanyak 137 kematian wanita akibat keganasan.4 Menurut laporan WHO, 1

daripada 3 wanita di dunia pernah mengalami keganasan fizikal mahupun seksual sepanjang hidup mereka.5 Statistik keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak di Malaysia turut dilihat semakin meningkat khususnya ketika pelaksanaan PKP. Talian Kasih telah merekodkan peningkatan sebanyak 57 peratus panggilan dengan menerima lebih daripada 1,800 panggilan semenjak PKP mula dilaksanakan.

Pendapatan ekonomi golongan wanita turut terjejas teruk kerana sebahagian besar daripada wanita bertugas di sektor yang informal. Masih ramai pekerja yang telah diberhentikan kerja atau diberi cuti tanpa gaji sepanjang pelaksanaan PKP. Walaupun pelbagai insentif telah disediakan oleh kerajaan bagi mengekang tindakan seperti ini, namun hakikatnya, masih ramai pekerja wanita di sektor informal menerima kesannya.

Antara cadangan dan langkah penting yang boleh diambil bagi membentuk landskap yang lebih seimbang dan inklusif khususnya ketika Pandemik COVID-19:

hal kesihatan, tetapi 70 peratus barisan petugas kesihatan yang menjaga mereka yang terjejas turut terdiri daripada golongan wanita. Oleh demikian, WHO komited untuk mengguna pakai lensa gender untuk menilai secara berterusan dan menambah baik usaha yang dilaksanakan oleh kami.”

Perubahan mendadak berlaku dalam kehidupan seharian kita ketika pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)2 mula dilaksanakan. Ia memberikan kesan yang berbeza terhadap golongan wanita dan lelaki. Dengan secara tiba- tiba, seluruh ahli keluarga berada bersama sepenuh masa dalam ruangan yang kecil (atau besar), di bawah tekanan ekonomi yang semakin mendesak serta perubahan pendidikan anak-anak yang beralih kepada platform alam maya. Dalam situasi sebegini, dinamik gender yang kita

3 https://www.nst.com.my/world/world/2020/03/578988/mexican-men-covid-19-lockdown-told-help-housework4 https://www.unwomen.org/en/what-we-do/ending-violence-against-women/facts-and-figures5 https://www.who.int/news-room/feature-stories/detail/violence-against-women

Page 5: SUDUT PANDANG. WANITA DAN COVID-19 Bukan Sekadar Isu

3

1. Memastikan ketersediaan Data Pecahan Jantina (Sex-Disaggregated Data - SDD) dan analisa gender. Tanpa adanya SDD, data yang disediakan memberikan kita hanya sebahagian daripada kisah impak ke atas wanita dan lelaki. SDD amat penting untuk kita menganalisa perbezaan kadar jangkitan, kadar kematian, impak ekonomi, beban tugasan, halangan akses yang diperolehi oleh wanita dan juga kadar penderaan, keganasan domestik / rumahtangga untuk tindakan selanjutnya.

2. Melibatkan penyertaan wanita dalam semua peringkat dan pembuatan keputusan. Pandemik COVID-19 ini bukan hanya menyerang golongan tertentu sahaja. Wanita perlu dilibatkan dalam proses perancangan dan pembuatan keputusan terutama sekali bagi mereka yang menerima kesan secara langsung dari pandemik ini seperti wanita yang bertugas di barisan hadapan, pekerja domestik dan adalah

lebih baik sekiranya pekerja migran tiada rumah dan aset akan disita dalam tempoh ini buat mereka yang terkesan wanita turut dilibatkan dalam proses tersebut. Input, pendapat dan sumbangan idea mereka adalah penting untuk perancangan tindakan pengurusan krisis pandemik yang menyeluruh.

3.Memastikan pendekatan dimensi dan lensa gender diguna pakai dalam peruntukan dan pengagihan sumber. Peruntukan dan pengagihan sumber seperti belanjawan perlu disasarkan mengikut keperluan setiap golongan. Perlu sentiasa ingat di minda bahawa kelompok yang berlainan mempunyai keperluan yang berbeza. Pengagihan sumber perlulah menepati keperluan golongan yang disasarkan agar sumber dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

4.Memberi perhatian lebih kepada golongan wanita yang bertugas di barisan hadapan. Barisan petugas

Page 6: SUDUT PANDANG. WANITA DAN COVID-19 Bukan Sekadar Isu

4

hadapan yang mempunyai lebih kurang 70 peratus petugas wanita6 seperti doktor, jururawat dan pembantu perubatan perlu diberi perhatian serta sokongan yang lebih semasa krisis pandemik ini melanda. Sebagai contoh penyediaan taska sementara untuk anak-anak-anak petugas barisan hadapan adalah penting untuk mengurangkan beban berganda dan membina persekitaran yang menyokong selain daripada insentif tambahan.

5. Memastikan perkhidmatan dan ban-tuan perlindungan yang berterusan disediakan bagi mangsa keganasan terhadap wanita. Selain talian hotline, kita perlu mula memikirkan langkah baharu bersama-sama NGO berkaitan bagi menyediakan perkhidmatan dalam situasi krisis pandemik yang melanda kini apatah lagi ketika PKP dilaksanakan.

6. Kesedaran gender yang lebih meluas perlu diberikan kepada masyarakat. Pemimpin, insitusi dan media perlu memainkan peranan yang lebih meluas dalam mempromosi kesedaran gender ke dalam masyarakat. Mesej yang lebih jelas mengenai peranan gender yang sendeng berlaku dalam sistem patriarki selama ini perlu dihebahkan agar ia dapat diperbetulkan dengan segera. Setiap pasangan turut boleh memainkan peranan dengan berkongsi tanggungjawab dan tugas (shared responsibility) dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga dan anak-anak.

7. Pelan Pemulihan Jangka Masa Pendek dan Panjang yang responsif gender, berdasarkan keperluan yang berbeza bagi wanita dan lelaki perlu

dirangka. Pada akhirnya, masyarakat perlu pulih setelah pandemik ini berakhir. Pelan Pemulihan tersebut perlu dirangka dengan baik dengan kerjasama daripada pihak awam dan swasta serta semua golongan agar kita dapat membina masyarakat yang berdaya tahan tinggi untuk menghadapi situasi atau krisis yang mencabar pada masa akan datang.

Pandemik COVID-19 ini boleh dijadikan peluang sebaiknya untuk kita mula mengarusperdanakan gender (Gender Mainstreaming) ke dalam tadbir urus dan kehidupan seharian agar kesaksamaan gender dan keadilan sosial dapat dicapai dalam masyarakat.

Page 7: SUDUT PANDANG. WANITA DAN COVID-19 Bukan Sekadar Isu

© 2020 IWB. All rights reserved.Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor

D3-6-1 First Floor, Dana 1 Commercial CentreJalan PJU A1/46, 47301 Petaling Jaya, Selangor

www.iwbselangor.org.myReg №: 1218559-P

Institut Wanita Berdaya, IWB telah di tubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk merangka polisi dan strategi yang membawa kepada pemberdayaan dan kemajuan wanita demi merealisasikan Negeri Selangor yang inklusif, lestari dan adil.

Matlamat utama IWB adalah untuk meningkatkan status sosio- ekonomi wanita di Selangor dan mempercepatkan keupayaan wanita dalam kepimpinan dan pembuatan keputusan.

Institut Wanita Berdaya juga merupakan landasan bagi memenuhi keperluan wanita Selangor secara inklusif termasuk merangka dasar dan mengkaji institusi keluarga serta kanak- kanak.

iwbselangor

@iwbselangor

Institut WanitaBerdaya Selangor

dirangka. Pada akhirnya, masyarakat perlu pulih setelah pandemik ini berakhir. Pelan Pemulihan tersebut perlu dirangka dengan baik dengan kerjasama daripada pihak awam dan swasta serta semua golongan agar kita dapat membina masyarakat yang berdaya tahan tinggi untuk menghadapi situasi atau krisis yang mencabar pada masa akan datang.

Pandemik COVID-19 ini boleh dijadikan peluang sebaiknya untuk kita mula mengarusperdanakan gender (Gender Mainstreaming) ke dalam tadbir urus dan kehidupan seharian agar kesaksamaan gender dan keadilan sosial dapat dicapai dalam masyarakat.