habbatus sauda bukan sekadar rempah

78

Upload: suhaimi-mohamed-sharif

Post on 25-Jan-2015

6.649 views

Category:

Health & Medicine


5 download

DESCRIPTION

E-book dari Dr Zulkifli MD mengenai habbatus sauda

TRANSCRIPT

Page 1: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah
Page 2: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

1

HABBATUS SAUDA BUKAN SEKADAR REMPAH

Sekadar pengalaman dan pembacaan peribadi

DR ZULKIFLI

MOHAMED SHARIF

(MBBS,Queensland)

September 2013

Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau

mendengar Rasulullah saw

bersabda: “Sesungguhnya

Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh

segala penyakit kecuali Al-Sam”.

Aku bertanya. “Apakah Al-Sam

itu? Baginda menjawab, “Al-

Sam itu ialah maut”

(Riwayat Imam Bukhari

Page 3: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

2

Kandungan PERINGATAN DAN PENAFIAN ......................................... 4

PENGHARGAAN .............................................................. 5

Siapakah Saya? ............................................................... 6

Apa itu Habbatus Sauda (HBS)? ................................... 9

Bilakah Habbatus Sauda ini semakin popular di negara kita ? .................................................................. 11

Bilakah saya sendiri mengenali Habbatus Sauda? .. 14

Contoh penggunaan tradisi HBS: .............................. 18

HBS sebagai makanan tambahan( supplement ). .. 19

Adakah Habbatus Sauda sesuai untuk dijadikan makanan tambahan? Jawapan saya sudah tentu. ......................................................................................... 21

Kandungan Habbatus Sauda (HBS). .......................... 22

Habbatus Sauda (HBS) dan Pesakit saya. ................. 25

Apakah yang saya rasa pesakit perlu lakukan apabila ditimpa musibah penyakit yang ada potensi untuk menjadi berpanjangan ( kronik) ? ................... 26

Penyakit-penyakit kronik yang umum. ....................... 31

Kencing Manis ( Diabetes ). ......................................... 33

Apakah yang saya cadangkan kepada pesakit-pesakit saya? ................................................................. 34

Bagaimana kemungkinan Habbatus Sauda boleh membantu?. .................................................................. 36

Page 4: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

3

Penyakit Darah Tinggi dan Kolesterol Tinggi . .......... 42

Saranan saya secara umum kepada pesakit darah tinggi dan tinggi kolesterol. .......................................... 46

Habbatus Sauda untuk asma, resdung dan Selsema. .......................................................................... 48

Asma (lelah) ................................................................... 49

Saranan kepada penghidap pesakit asma. ........... 52

Resdung ( allergic rhinitis ). ........................................... 54

Adakah Habbatus Sauda boleh membantu resdung? ......................................................................... 56

Habbatus Sauda dan selsema. ................................... 58

Habbatus Sauda dan lain-lain penyakit. ................... 61

Bonus kepada anda. .................................................... 66

Empat Segi Makanan ................................................... 66

PENUTUP .......................................................................... 71

HUBUNGI SAYA ............................................................... 71

Rujukan bacaan ............................................................ 72

Buku bacaan ................................................................. 75

PRODUK DRAZMA WELLNESS ........................................ 76

Page 5: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

4

PERINGATAN DAN PENAFIAN Dengan ebook ini, anda:

Menyalin dan melaksanakan segala teknik yang

dikemukakan.

Mencetak untuk kegunaan sendiri dan orang ramai.

Mengubah isi kandungan ebook ini dengan apa jua

cara sekalipun.

Mengaku ianya ebook daripada anda.

Penafian:

Ebook ini bertujuan untuk menyebarkan ilmu dan

menyampaikan maklumat umum mengenai subjek yang

dibincangkan.

Segala info yang diperolehi di dalam ebook, ini adalah

berdasarkan pengalaman penulis dan juga kajian-kajian di

dalam jurnal yang dinyatakan.

Anda dinasihatkan supaya membaca keseluruhan ebook ini,

Page 6: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

5

PENGHARGAAN Alhamdulillah, sebesar-besar kesyukuran kepada Allah S.W.T

kerana telah memberikan kudrat dan keupayaan kepada saya

sehingga saya mampu menyiapkan ebook “HABBATUS

SAUDA BUKAN SEKADAR REMPAH”.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada ayahanda (Hj.

Mohamed Sharif Muah) dan bonda (Hjh Mukarah Abd Razak)

dan juga isteri tercinta, Saaidah, yang banyak memberikan

sokongan dalam menyiapkan ebook ini.

Tak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak memberikan

tunjuk ajar samaada secara langsung atau tidak.

Semoga panduan ini dapat membantu sesiapa yang mempunyai

masalah kesihatan dan berusaha untuk mencari kesembuhan.

Sebarang teguran dan kritikan daripada anda semua amatlah

dialu-alukan.

Suka saya mengingatkan kepada rakan-rakan, Kesembuhan

adalah datang dari Allah SWT namun usaha penyembuhan

adalah datang dari tindakan kita

Saya doakan kepada pembaca e-book ini sihat,kaya dan

Berjaya dan mendapat keredhaaan Allah SWT.

Zulkifli Sharif

Page 7: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

6

Siapakah Saya? Nama saya Dr. Zulkifli Mohamed Sharif , lulusan Sains

Perubatan dari University Of Queensland , Australia. Terkini

saya bertugas sebagai pengamal perubatan swasta di Klinik

CyberMedik Shah Alam. Latihan saya di sekolah perubatan

sudah semestinya seratus peratus perubatan moden atau juga

dikenali sebagai ilmu Allopathy. Ilmu perubatan yang dianggap

paling anggun ( superior ) di dunia sekarang

Pengenalan.

Pendedahan kepada Habbatus Sauda(HBS) berlaku secara tidak

sengaja 3 tahun dahulu. Tidak pernah terlintas pun bahawa

Habbatus Sauda ini sangat istimewa di sisi agama dan disebut

dalam hadis lantas mengangkat darjat jintan hitam ini kepada

penawar segala sakit kecuali mati.

Page 8: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

7

Saya petik salah satu sahaja dari hadis sahih yang saya temui

tanpa menghuraikan dengan lebih lanjut.

Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau

mendengar Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’

boleh menyembuh segala penyakit

kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah

Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-

Sam itu ialah maut”

(Riwayat Imam Bukhari).

Hadis ini lah yang telah membawa saya menerokai sebahagian

dari kajian-kajian khusus terhadap bahan aktif didalam biji

Habbatus Sauda di journal-journal saintifik yang rupa-rupanya

sangatlah banyak. Kajian-kajian buat masa ini banyak

dilakukan di Asia Barat, India dan Sri Lanka.

Saya hanya menjumpai sedikit sahaja catatan journal dari

negara kita. Di perhatikan juga HBS telah menarik mula minat

para pengkaji barat untuk melihat keberkesanannya terhadap

kanser.

Pengamatan saya sudah ada lebih dari 400 journal saintifik

sudah di terbitkan melibatkan kajian yang dilakukan ke atas

haiwan dan manusia.

Page 9: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

8

Saya menulis buku ini sebagai siri pengenalan kepada

keistimewaan biji-biji hitam ini. Semuga usaha yang tidak

seberapa ini seterusnya menjadi pemangkin kepada

penerimaan orang ramai terhadap kebaikan Habbatus Sauda.

Ini bukan sahaja terhad kepada umat Islam sahaja tetapi untuk

seluruh golongan masyrakat. Rahmat ALLAH itu pastinya

untuk seluruh umat manusia.

Para pembaca diingatkan supaya tidak meningalkan rawatan

sedia ada semasa memakan Habbatus Sauda dan sentiasa

mengikut nasihat perawat anda. Apabila sudah semakin pulih

barulah berbincang dengan pengamal perubatan anda untuk

kemungkinan menurunkan dos ubat-ubatan.

Dalam mencari ikhtiar kesihatan yang sempurna usaha paling

utama ialah merubah gaya pemakanan anda dan meninggalkan

gaya hidup yang tidak memberi manafaat seperti meminum

arak, merokok dan memakan makanan syubhah dan apatah lagi

jelas HARAM. Ini juga bukan buku ugama tetapi oleh kerana

ISLAM itu adalah cara hidup kita perlu merujuk kepada AL

QURAN dan HADIS untuk kelangsungan gaya hidup yang

lebih baik. Semoga dengan jalan yang baik yang kita pilih ini

ALLAH akan sembuhkan penyakit kita.

Page 10: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

9

Apa itu Habbatus Sauda (HBS)? Habbatus Sauda atau dikenali sebagai Jintan Hitam ( black

seed ) adalah biji sejenis tumbuhan berbunga yang tumbuh di

Asia Tengah dan Asia Barat dengan ketinggian 20 – 30

sentimeter.

Ini adalah biji-biji hitam Nigella Sativa

Page 11: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

10

Pada mulanya saya sendiri merasa keliru disebabkan pelbagai

nama yang terpapar diruangan search GOOGLE untuk pokok

berbunga ini. Pada pengamatan saya Habbatus Sauda adalah

makanan yang paling banyak nama di dunia. Ianya disebuat

dengan nama-nama yang berbeza-berbeza. Contoh nama yang

di sebut: Biji Hitam ( Black seed ), Caraway seed, Biji Kalonji

( india ), Black Cumin, Jintan Hitam ( Indonesia ), Biji Barakah

dan banyak lagi sebutan. Nama saintifik untuk biji-biji hitam

ini adalah NIGELLA SATIVA. Nama Habbatus Sauda adalah

nama yang biasa digunakan oleh rakyat Malaysia.

Ini adalah bunga HBS yang mengandungi biji-biji hitam yang banyak ditanam dinegara Asia Barat dan Asia. Tinggi pokok hanya 20-30 sentimeter.

Page 12: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

11

Bilakah Habbatus Sauda ini semakin popular di negara kita ? Habbatus Sauda sudah lama wujud di dalam industri jamu

tradisional dan disebut sebagai Jintan Hitam atau Nigella

Sativa Semen. Saya berpendapat mungkin penduduk

Indonesia lebih dahulu terdedah kepada penggunaan Jintan

Hitam kerana amalan pembuatan jamu yang lebih luas di sana.

Page 13: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

12

Pada pemahaman saya Habbatus Sauda dikeluarkan secara

komersial dalam bentuk kapsul untuk pasaran tempatan

bermula sejak awal tahun 90an lagi dan ianya terus

berkembang dan dikenali. Walaubagaimana pun pada hemat

saya ianya masing asing untuk kebanyakkan masyarakat

Malaysia. Pesakit saya sebagai contoh, hanya segelintir yang

pernah mendengar nama Habbatus Sauda dan sebahagiannya

tidak pernah tahu adanya ia pernah disebut oleh Junjungan

besar Nabi Muhammad S.A.W sebagai penawar kepada sakit

kecuali mati.

Satu fenomena yang agak menarik, Habbatus Sauda juga

makin diterima oleh negara yang majoritinya bukan oarang

Islam dan yang paling istimewa laman sesawang yang

mempromosikan Habbatus Sauda akan merujuk kepada hadis

Nabi Muhamad s.a.w sebagai mukadimah.

Page 14: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

13

Kebanyakkan lawan sesawang ini akan mengaitkan Habbatus

Sauda sebagai ” Prophetic Medicine ” atau ” According to

prophet of Islam black seed can cure diseases except death ”.

Di klinik saya, saranan menggunakan Habbatus Sauda sudah

saya praktiskan kepada semua pelanggan termasuk kanak-

kanak berumur lebih 6 tahun sejak tahun 2011.

Saya sendiri dapat melihat kebaikan yang berlaku pada pesakit-

pesakit yang mengamalkannya. Dalam catatan ini saya akan

merujuk Habbatus Sauda sebagai HBS. Walaupun jumlah

pesakit yang yakin akan khasiat HBS ini amatlah sedikit

berbanding dengan jumlah keseluruhan. .Ini tidak akan

melemahkan jiwa saya untuk terus menceritakan kebaikan

HBS ini sehingga sebahagian besar pesakit saya boleh

menerimanya.

Page 15: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

14

Bilakah saya sendiri mengenali Habbatus Sauda? Saya adalah pengamal perubatan allopathy yang berpegang

kepada prinsip perubatan moden yang di yakini canggih dan

unggul. 13 tahun pengamalan kurang memberi perhatian

kepada kaedah perubatan yang lain. Dahulu saya tidak pernah

yakin bahawa ada jenis makanan yang boleh dikatakan di

kategorikan sebagai herba boleh bertindak dan mempunyai

potensi untuk menyihatkan dan merawat tubuh badan.

Persepi saya sedikit demi sedikit berubah hasil pembacaan

saintifik hasil kajian HBS dan penyakit umum. Seperti yang

pernah disebutkan titik permulan adalah potongan hadis yang

mengaitkan HBS dan kesejahteraan hidup. Saya juga kini

sedar bahawa kesembuhan itu bukan ditangan manusia tetapi

semuanya atas kehendak ALLAH S.W.T.

Firman Allah dalam surah Al-Shu’ara ayat

yang ke 80:

Terjemahan: ” Dan apabila aku sakit, maka

DIA lah yang menyembuhkan penyakitku ”.

Page 16: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

15

Secara peribadi saya sudah mengamalkan pemakanan HBS ini

sejak Disember 2010. Saya mengambil antara 500mg sehingga

2gram HBS setiap hari pada waktu malam sebelum tidur.

Pada tahun yang berikutnya saya terlibat dengan pembangunan

projek penyedian krim untuk melegakan selsema. Krim ini

mempunyai bahan asas utama HBS dan kunyit.

Semasa penyediaan projek ini lebih banyak bacaan kajian yang

saya lakukan dan rentetan-rentetan bacaan ini lebih

meyakinkan minda saya bahawa HBS ini sangat berguna untuk

mereka yang sihat dan yang sedang menderita sakit.

Page 17: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

16

Saya sangat yakin kemungkinan besar dimasa hadapan akan

berlaku perubahan dalam cara rawatan. Kombinasi rawatan

allopathy yang menggunakan ubat berdasarkan proses kimia

dan ubat yang berdasarkan sumber alam seperti HBS dan madu

sebagai penambah baikkan rawatan. Kombinasi sebegini

mungkin berguna untuk merawat penyakit-penyakit umum (

common disease ) seperti darah tinggi ( hypertensive ), kencing

manis ( diabetes), lelah ( asma ) dan penyakit-penyakit kulit.

Ada tiga jenis Habbatus Sauda wujud di pasaran.

1. Biji-biji hitam Habbatus Sauda – yang perlu

dikisar atau dihancurkan.

2. Serbuk habatus sauda diadalam bentuk

persediaan kopi dan kapsul.

3. Minyak Habbatus Sauda yang dibotolkan

4. Minyak Habbatus Sauda yang dikapsulkan.

HBS secara umumnya telah digunakan sebagai ubat sejak

beribu-ribu tahun dahulu. Para pengkaji sejarah menemui

sebotol minyak HBS disamping mayat Firaun ( King

Tutankhamen ). Tabib Firaun menggunakan HBS untuk

menghilangkan sakit perut,sakit kepala, sakit gigi dan demam.

Page 18: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

17

Untuk tujuan rawatan HBS di gunakan samada bersendirian

atau dicampurkan dengan bahan lain seperti madu.

Habbatus Sauda juga digunakan sebagai rempah atau campuran

dalam resepi masakan tradisional dan baru. Di laman sesawang

agak banyak juga ditunukkan resepi makanan yang

mengunakan biji-biji ini. Rasa biji-biji Habatus sauda ini

sedikit pahit dan pedas tetapi minyaknya terasa berlemak dan

sesuai dijadikan sebagai taburan pada salad atau hidangan lauk.

Page 19: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

18

Contoh penggunaan tradisi HBS: 1. Untuk menguatkan badan dan memberi tenaga seperti

yang disebutkan oleh Ibnu Sina di dalam kitabnya ”

The Canon Of Medicine ”.

2. Penyakit yang berkaitan dengan paru-paru seperti lelah

dan batuk

3. Penyakit yang berkaitan dengan perut seperti

penghadaman yang terganggu menyebabkan kembung,

cirit birit dan ketidak selesaan.

4. Untuk merawat dan membunuh cacing di dalam usus.

5. Untuk merawat demam dan selsema.

6. Memulihkan peredaran haid yang tidak teratur

7. Meningkatkan pengeluar susu oleh ibu yang

menyusukan anaknya.

8. Penyakit yang berkaitan dengan hidung terutamannya

resdung.

9. Untuk melegakan sakit belakang dan sendi-sendi.

10. Ia juga digunakan untuk merawat penyakit kulit.

Page 20: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

19

HBS sebagai makanan tambahan( supplement ). Sebelum mengenali Habbatus Sauda sekiranya pesakit saya

bertanyakan perihal makanan tambahan maka dengan kadar

segera saya menyarankan berbagai-bagai jenis vitamin yang

sedia ada di kedai-kedai farmasi-farmasi. Ini termasuklah

vitamin pelbagai (multivitamin), vitamin C, Vitamin B

kompleks dan lain-lain yang kebanyakkan melalui proses kimia

sintesis.

Walaubagaimana persepsi saya berubah sedikit demi sedikit

setelah saya mengenali beberapa jenis makanan semulajadi

termasuk Habbatus Sauda, madu, halba, propolis, ginseng dan

lain-lain. Semua jenis makanan ini saya kategorikan sebagai

makanan berfungsi tinggi ( functional food ).

Page 21: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

20

Makanan berfungsi berdasarkan takrifan adalah kumpulan

makanan bernutrisi tinggi yang menyediakan zat nutrien

melampui makanan biasa dan Habbatus Sauda termasuk di

dalam kategori ini. Contoh komponen yang berfungsi khusus

kepada Habbatus Sauda adalah kumpulan nigellone dan

thymoquinone. Komponen-komponen makanan berfungsi ini

selalunya akan sentiasa di kaji oleh para saintis untuk tujuan

perubatan khusus dan kesihatan umum.

Page 22: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

21

Adakah Habbatus Sauda sesuai untuk dijadikan makanan tambahan? Jawapan saya sudah tentu.

Di topik seterusnya saya cuba meringkas sebahagian dari

kajian yang telah dilakukan terhadap biji-biji hitam ini. Selepas

itu para pembaca buatlah penilaian sendiri samada baik atau

tidak menjadikan Habbatus Sauda sebagai asas pemakanan

tambahan.

Saya mengambil lebih kurang 500 miligram ke 2 gram sehari

Habbatus Sauda sebagai ikthiar untuk kekal sihat disamping

mengamalkan cara pemakanan yang baik. Saya pernah

memakan Habbatus Sauda dalam bentuk kapsul minyak, kapsul

serbuk dan juga minyak Habbatus Sauda yang boleh di minum

terus.

Saya pernah mengunyah biji-biji hitam dan rasanya pahit dan

sedikit pedas. Buat masa ini saya masih belum mencuba

mencampurkannya dengan makanan. Saya juga mengamalkan

pengambilan sesudu madu yang dicampurkan segelas pada

setiap pagi selain makanan sunnah lain yang baik untuk

kesihatan.

Page 23: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

22

Kandungan Habbatus Sauda (HBS). Di bawah adalah komposisi nutrisi umum Habbatus Sauda.

Oil 31-35.5%

Protein 16-19.9%

Carbohydrates 33-34%

Fibre 4.5-6.5%

Ash 3.7-7%

Saponin 0.013%

Moisture 5-7%

Selain komposisi umum ini para saintis telah menjumpai lebih

seratus bahan aktif yang terkandung di dalan biji-biji hitam ini

yang berguna unuk manusia dan masih banyak lagi bahan aktif

lain yang masih tidak diketahui.

Page 24: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

23

Sebahagiannya adalah seperti berikut.

1. Minyak kekal ( fixed oil ) yang mengandungi asid yang

tidak mengenyangkan. Ini termasuk Asid Myristic,

Palmitik, Stearik dan Arachidic. Jenis yang tidak

mengenyangkan yang terdiri daripada Asid Oleik, Linoleic,

Lilolenic dan Eicososadienoic.

Thymoquinone adalalah salah satu contoh bahan aktif di dalam HBS yang menjadi perhatian saintis

Page 25: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

24

2. Minyak mudah meruap (Volatile oil ). Ini termasuk bahan

aktif yang paling banyak di kaji iaitu Thymoquinone

(24.5%) dan Nigelleon.

3. Ia juga mengadungi vitamin A, B, B2, C dan Niacin.

4. Ia mengandungi garam mineral termasuk Kalsium,

Potasium, Besi, Zink, Magnesium dan Selenium. Serta asid

lemak omega 3 dan 6.

Kandungan semulajadi yang baik inilah yang menarik minat

ramai saintis untuk terus mengkaji secara khusus potensi

Habbatus Sauda sebagai agen penyembuhan penyakit.

Habbatus sauda juga dikenal pasti mempunyai sifat anti-

alahan ( anti-histamine ), anti radang ( anti-inflammatory ),

anti oksida, anti tumor dan bersifat menambah baik sistem

immuniti.

Page 26: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

25

Habbatus Sauda (HBS) dan Pesakit saya. Pembacaan peribadi ke atas kajian-kajian positif mengenai

HBS memberi keyakinan kepada saya untuk menyampaikan

kebaikan HBS kepada pelanggan terutamanya yang sedang

menanggung musibah penyakit. Ini masih tidak menjadi

kesalahan dan tidak berlawanan dengan amalan perubatan

semasa. Saya juga simpulkan bahawa Habbatus Sauda juga

sesuai di makan oleh mereka yang sihat sebagai ikthiar

pencegahan penyakit. Ia menjadi bonus juga kerana ini adalah

makanan dan sebahagian rawatan yang disarankan oleh Nabi

Muhammad SAW. Secara tidak langsung pengamalnya juga

akan mengamalkan salah satu sunnah.

Secara tidak langsung kegemaran saya pada pembacaan

mengenai HBS mencetus kecenderungan saya berfikir

mengenai penyakit secara lebih terbuka. Berikut adalah

pandangan saya mengenai perkara ini.

Page 27: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

26

Apakah yang saya rasa pesakit perlu lakukan apabila ditimpa musibah penyakit yang ada potensi untuk menjadi berpanjangan ( kronik) ? Inilah adalah saranan-saranan yang saya akan berikan kepada

pesakit-pesakit kronik yang baru. Saya hanya sebut secara

ringkas sahaja.

1. Bahawa penyakit itu boleh menjadi satu peringatan kepada

kita di dunia ini dan hikmahnya untuk merapatkan diri dengan

ALLAH. Oleh itu kita sebagai manusia seharusnya redha dan

bersabar.

2. Disebutkan beberapa perkara yang boleh membantu kepada

titik kesembuhan. Ini termasuk amalan bersedekah, berpuasa

sunat dan beristigfar ( memohon keampunan dari ALLAH

S.W.T ).

3. Berdoa secara terus menerus tanpa jemu agar

diringankan kesakitan dan berlaku titik penyembuhan

dihujungnya. Oarng alim pernah memberitahu saya

bahawa penyakit itu meringankan dosa.

Page 28: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

27

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan

oleh Aisyah RA: ” Tidak ada satu musibah

pun yang akan menimpa seseorang muslim,

kecuali dihapuskan Allah segala dosanya

sekalipun kerana tercucuk duri”. ( riwayat Al

Bukhari ).

4. Berubah kepada amalan dan gaya hidup yang lebih

baik. Asasnya adalah melihat dan menilai tatacara makan

dan jenis-jenis makanan yang di ambil. Sering berlaku

kekeliruan antara makan secara seimbang dan mencari

keseimbangan dalam pemakanan. Makan secara

seimbang bermaksud mengambil sama rata jumlah jenis

makanan yang utama dalam satu masa. Contoh nasi

separuh lauk separuh. Mencari kesimbangan dalam

pemakanan bermaksud mengetahui secara total

pengkadaran kumpulan makanan yang di ambil untuk

tempoh sehari. Ini bermaksud tidak melebihkan sesuatu

kumpulan makanan dari yang lain.

Page 29: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

28

Contoh pengambilan jumlah pengkadaran sehari adalah

secara kasar, 25% peratus sumber karbohidrat, 25%

sumber sayur, 25% sumber buah-buahan dan tidak lebih

25% sumber protein.

Asasnya adalah bersederhana dalam pengambilan makanan.

Sebagaimana yang diketahui umum punca sebahagian besar

penyakit adalah disebabkan makanan yang masuk kedalam

perut kita. Perut adalah gudang kepada pelbagai penyakit.

Orang yang sakit berkemungkinan perlu berusaha bersungguh-

sungguh untuk tidak memakan makanan yang jelas haramnya

dan juga kumpulan makanan-makanan syubhah ( was-was ).

Ini lebih mudah jika pesakit menjauhi makanan yang terlalu di

proses yang dibungkuskan.

Page 30: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

29

Imam Ahmad berkata bahawa Rasulullah

SAW bersabda:

”Tiada tempat yang lebih buruk yang di

isi oleh bani Adam, melainkan perutnya.

Hendaklah manusia mengisi perutnya

secukupnya ( yang layak ) untuk

menegakkan tulang rusuknya. Dan jika is

terpaksa melakukannya, sebaiknya

perutnya diisi sepertiga makanan,

sepertiga untuk minuman dan sepertiga

untuk udara pernafasannya.”

Page 31: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

30

5. Berikhtiarlah untuk berubat dalam apa-apa bentuk rawatan

sekalipun selagi tidak melanggar syariah dan bersifat baik. Ini

termasuk mencari kesembuhan mengunakan perubatan modern

( allopathy ), homepathy, perubatan herba serta perubatan

Islam yang khusus. Untuk umat Islam seharusnya menjadikan

rawatan perubatan Islam sebagai satu ikhtiar untuk

kesembuhan. Emosi yang stabil dan jiwa yang tenang adalah

salah satu elemen yang penting untuk kesembuhan. Ini boleh

dicapai dengan mengamalkan doa-doa dan potongan ayat-ayat

Al-Quran yang diajar.

6. Berikhtiar dengan mengambil makanan berfungsi baik yang

telah di kaji oleh para saintis dan sesuai dengan penyakit

diabetes. Syarat asas adalah makanan, herba atau rempah ini

mestilah HALAL pada syariah Islam. Kumpulan makanan ini

termasuk jenis-jenis makanan-makanan yang tersebut secara

khusus di dalam Al Quran dan Hadis seperti Habbatus Sauda,

madu dan sebagainya.

Page 32: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

31

Penyakit-penyakit kronik yang umum. Penyakit-penyakit yang lazim di negara kita

1. Kencing Manis ( diabetes )

2. Darah tinggi ( hypertension )

3. Kolesterol tinggi ( Hypercholestreamia )

4. Asma serta selsema.

5. Penyakit kulit

Page 33: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

32

Sumber: http://www.umlib.um.edu.my/umnews/70-risiko_n2-160613.jpg

Page 34: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

33

Kencing Manis ( Diabetes ). Diabetes adalah penyakit kronik yang semakin lazim sekarang.

Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS)

menunjukkan kira-kira 2.6 juta penduduk Malaysia menghidap

diabetes pada tahun 2011. Bilangan ini makin bertambah pada

kadar yang tinggi. Contohnya dari tahun 2006 sehingga 2011

penambahan kes baru adalah 31 peratus. Ini seiring dengan

bertambah peratusan rakyat yang mengalami masalah obesiti.

Secara ringkas penyakit DIABETES ini disebabkan:

1. Kekurangan pengeluaran Insulin oleh organ pankreas.

Insulin adalah rembesan hormon yang mengawal paras

gula dalam plasma(cecair) darah.

2. Kurangnya sensitiviti reseptor sel tubuh terhadap

Insulin ( Insulin resistance ) yang akhirnya

menyebabkan sel tubuh badan ini gagal mengambil

molekul gula dalam darah dengan cekap.

Paras gula dalam darah yang tinggi secara perlahan-lahan akan

merosakkan berbagai sistem dalam badan dan akhirnya

merosakkan organ yang utama seperti buah pinggang dan

jantung. Tanda-tanda awal diabetes termasuk selalu membuang

air kecil terutamanya diwaktu malam, sentiasa haus dan di

dalam keletihan yang luar biasa.

Page 35: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

34

Apakah yang saya cadangkan kepada pesakit-pesakit saya? Lazimnya saya akan menawarkan ubat-ubatan moden yang

membantu tubuh badan untuk menstabilkan paras gula dalam

darah dalam kepekatan yang di kira sihat. Pada keadaan-

keadaan tertentu sekiranya diperlukan saya akan menyarankan

pengunaan Insulin yang memerlukan perhatian yang lebih.

Pesakit juga harus menukar amalan makanan yang boleh

membantu tubuh mengawal paras gula dengan lebih baik untuk

mengurangkan komplikasi kesan diabetes untuk jangkamasa

panjang.

Pada pengamatan saya pesakit diabetes perlu dahulu

1. Mengenali dan memahami penyakit tersebut sebaik mungkin

melalui pembacaan dan perbincangan dengan ahli-ahli

perubatan yang merawatnya. Ini sudah tentu tidak terhad

kepada perubatan allopathy sahaja.

2. Mengubah makanan sebaik mungkin dan sesuai dengan

penyakit. Pesakit perlu memahami asas makan dan makanan.

Untuk umat Islam ianya menjadi lebih mudah dengan merujuk

terus kepada tatacara adab dan amalan Nabi Muhammad s.a.w.

Page 36: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

35

Terlalu banyak ketidakfahaman ( misconception ) yang berlaku

menyebabkan pesakit diabetes merasa kecewa kerana terlalu

banyak sekatan pada jenis-jenis makanan yang boleh diambil.

Tiada sekatan ke atas pesakit kencing manis untuk memakan

buah-buahan bertenaga rendah seperti tembikai, nenas dan

buah naga.

3. Menerima rawatan dan mematuhi temujanji bertemu

pengamal perubatan secara berkala untuk tujuan pemantauan

kesihatan. Sudah menjadi amalam para doktor untuk mengenal

pasti tanda komplikasi penyakit pada peringkat awal.

Menjadikan Habbatus Sauda sebagi amalan makanan.

Ianya baik untuk membantu rawatan. Untuk orang dewasa

saya menyarankan penggunaan 2 gram sehari sekali makan

atau dalam pecahan dua kali sehari. Atau cara kiraan lain

adalah 40 miligram bagi setiap kilogram berat.

Page 37: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

36

Bagaimana kemungkinan Habbatus Sauda boleh membantu?. Dari pemahaman saya hasil dari pembacaan kajian ke atas tikus

dan manusia Habbatus Sauda membantu dengan dua cara:

1. Berkemungkinan boleh membantu membaiki sel

pankreas yang rosak seperti yang ditunjukkan pada

kajian tikus. Tikus yang diberikan sejenis bahan kimia

yang merosakkan tissu pankreas dan diberikan sejumlah

dos minyak ekstrak Habbatus Sauda. Disebabkan

kerosakan ini maka paras gula pada tikus tersebut akan

meningkat. Didapati semasa kajian paras gula menurun

dan pada penghujungnya. Biopsi pankreas

menunjukkan pembaikan pada tissu pankreas yang

dirosakkan.

2. Meningkatkan sensitviti reseptor sel kepada tindakan

Insulin seterusnya pengambilan gula ke dalam sel.

Kajian ke atas manusia ( kajian kecil ) juga

meninjukkan paras kawalan gula yang lebih baik pada

kumpulan yang di berikan kapsul Habbatus suda 2 gram

sehari berbanding kumpulan yang menerima ubat

placebo ( kumpulan yang tidak diberikan kapsul HBS

sebenar ).

Page 38: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

37

3. Membantu melindungi organ penting seperti buah

pinggang dan jantung dari kerosakan akibat tekanan

oksidatif yang tinggi akibat penyakit diabetes.

Ini adalah contoh kajian ilmiah yang telah dijalankan.

a). Kajian yang dijalankan keatas 94 pesakit diabetes di

College Of Medicine , King Faisal di University Dammam,

Arab Saudi , menunjukkan penggunaan dos 2 gram bagi setiap

kilogram berat pesakit mungkin sangar berguna sebagai

rawatan sokongan (aduvant therapy ) kepada ubat diabetes (

hypoglycaemic agent ).

b)Ini adalah petikan di dalam kajian asal yang dilakukan oleh

penyelidik di Department of Pharmacology, J. N. Medical

College, Aligarh Muslim University, Aligarh, India.

“N. sativa has a beneficial effect on fasting

blood glucose, total cholesterol, and LDL

cholesterol. More research is required to find

out the various mechanisms by which N. sativa

acts on the various components of the metabolic

syndrome. N. sativa is a remedy that may prove

to be useful in the prevention and treatment of

the Insulin resistance syndrome “.

Page 39: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

38

Banyak lagi kajian-kajian lain dijalankan samada keatas

sampel tikus dan juga ujian klinikal terhadap manusia.

Pesakit sebenar.

Encik Man berumur 58 tahun menghidap penyakit kencing

manis, darah tinggi dan lemah jantung. Beliau mengambil 14

jenis ubat-ubatan termasuk injeksi Insulin dua kali sehari dan

menerima rawatan susulan setiap 3 bulan. Pada peringkat awal

semasa lawatan ke rumah beliau dalam keadaan lemah , pucat (

anaemia ) dan sesak nafas berikutan daya tahan kepada aktiviti

sangat rendah ( poor effort tolerance ). Tidak banyak yang

beliau boleh lakukan selain dari berbaring dan duduk.

Berikut adalah beberapa perkara yang saya sarankan.

1. Terus mengambil ubat-ubatan dan mengikut susulan.

2. Berdoa tanpa putus dan yakin selain mati setiap

penyakit mesti ada titik penyembuhan atau sekurang-

kurangnya pembaikan.

3. Menukar gaya makan.

a. Meninggalkan terus gula putih

b. Bersarapan sempurna dan membuang terus

makanan terlebih proses dari kilang seperti

biskut, kek, jajan dan mengantikan dengan

Page 40: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

39

makanan sebenar seperti kurma atau kismis

sekiranya lapar antara tempoh makan.

c. Memulakan semula memakan buah bertenaga

rendah tempatan seperti nenas dan betik. Contoh

buah bertenaga tinggi adalah pisang dan durian

yang boleh sedikit mengugat paras gula dalam

darah.

d. Makan sekadar cukup dan berpuasa sunat

sebagai amalan.

4. Pada asalnya saya memberi dua miligram minyak

sebuckthorn ( extract seabuckthorn ) gram yang

kemudiannya di susuli dengan pengambilan HABBATUS

SAUDA sebanyak 2 ke 3 gram sehari.

Page 41: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

40

Kesan pembaikan terhadap kesihatan secara perlahan

bertambah baik dalam tempoh selepas 3 bulan. Paras gula

yang stabil dan penurunan keperluan terhadap Insulin serta

paras hemoglobin ( darah ) yang lebih baik dan

pengurangan ubat darah tingg dan pengekalan ubat lemah

jantung. Yang paling mengembirakan pesakit adalah

peningkatan aktiviti normal yang ketara tanpa sekatan

seperti memandu kereta, melaungkan azan dan bergerak

bebas di rumah sendiri ).

Kesan positif pemakanan Habbatus Sauda tidak akan

berlaku pada waktu pendek. Panduan saya adalah

berdasarkan kajian yang selalu mencecah 90 hari sebelum

analisa dijalankan semua.

Page 42: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

41

Page 43: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

42

Penyakit Darah Tinggi dan Kolesterol Tinggi . Pada pandangan saya, semakin bertambah bilangan pesakit

muda yang mengalami kenaikan tekanan darah semasa rehat

( resting blood pressure ). Sebahagian besarnya sudah

mempamerkan tekanan darah tingi yang agak luar biasa dengan

bacaan di dalam zon pra-hipertensi ( pre-hypertension ) dengan

tekanan darah diastolik sekitar 80-90mmhg dan sistolic 130-

140mmhg. Polar yang sangat membimbangkan kerana pesakit-

pesakit saya ini masih berumur di bawah 30 tahun.

Tekanan darah tinggi dan tinggi kolesterol dalam darah

majoritinya disebabkan gaya hidup yang tidak sihat. Secara

kasarnya gaya hidup masyarakat Malaysia sekarang sudah jauh

berubah dari landasan asalnya dan dikatakan lebih moden.

Gaya pengambilan makanan juga tidak berkecuali. Tidak

semestinya perubahan membawa kebaikan.

Page 44: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

43

Pada pandangan saya perubahan itu berlaku begini:

1. Pemilihan makanan yang bercelaru, melebihkan

sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang baik seperti

buah-buahan dan sayur-sayuran. Masyarakat sekarang sudah

melebihkan pengambilan protein haiwan melebihi makanan

yang lain. Pengambilan protein yang tinggi didalam diet

dibuktikan mempunyai kaitan dengan peningkatan kes-kes

penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit

autoimun dan kanser.

2. Pengambilan gula putih yang jauh lebih tinggi.

Pengambilan gula putih berlebihan telah dikaitkan dengan

berbagai-bagai penyakit endokrin. Budaya teh tarik,

pengunaan air berkarbonat, biskut, kek yang semakin lazim

sekarang telah meningkat kadar penggunaan pengguna sehari.

Kepercayaan bahawa gula putih adalah makanan sumber

tenaga utama adalah kepercayaan umum yang tidak bain dan

memudaratkan sistem tubuh untuk jangka panjang

3. Peningkatan pengambilan makanan segera dan makanan

yang terlalu diproses oleh kilang seperti komersial daging

burger dan hotdogs. Semakin banyak restauran makanan

segera yang tumbuh melata untuk dinikmati oleh orang ramai.

Pengambilan hotdogs dikaitkan dengan peningkatan risiko

Page 45: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

44

kanser darah pada kanak-kanak sebanyak sembilan kali ganda.

Pengambilan makanan proses yang banyak menggunakan

minyak ”hydrogenated oil ” meninggikan risiko kenaikan

kolesterol.

4. Kehidupan anak-anak muda yang semakin pasif dan

tidak melakukan aktiviti-aktiviti bersenam. Ini selaras dengan

peningkatan jumlah peratusan rakyat Malaysia yang obese (

gemuk ). Budaya merokok juga tidak pernah kurang

popularitinya.

Amalan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat

menyebabkan proses negatif berlaku secara berterusan pada

tubuh penghidap penyakit ini. Penghujungnya akan berlaku

komplikasi seperti penyumbatan salur darah arteri secara

perlahan ( artherosclerosis ) , peningkatan tahap serum

cholesterol , kerosakan buah pinggang dan jantung. Sistem

tubuh terus-menerus menerima tekanan oksidatif dan

keradangan yang menyebabkan meningkatnya risiko penyakit

jantung ( Ischaemic heart diseases ).

Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga menyebabkan

risiko penyakit angin ahmar meningkat.

Page 46: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

45

Tidak banyak kajian ke atas manusia yang menghubungkan

penggunaan HBS dan kesannya kepada tekanan darah. Banyak

kajian hanya dilakukan ke atas haiwan seperti tikus dan arnab

makmal. Kajian atas manusia menggunakan sampel yang agak

kecil. Walaubagaimanapun semua kajian menunjukkan kesan

positif HBS kepada penghidap darah tinggi tahap biasa ( mild

hypertension ) dan juga terhadapa profile lipid. Ini termasuk

pengurangan LDL ( kolesterol tidak baik ) dan paras

Triglyceride.

Untuk pesakit darah tinggi dan tinggi kolesterol dalam darah

saya sarankan jumlah pengambilan Habbatus Sauda antara 2

gram hingga 3 gram berterusan untuk tempoh 3 bulan.

Dalam tempoh itu pemantaun perlulah dilakukan tanpa

meninggalkan ubat-ubatan sedia ada.

Page 47: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

46

Saranan saya secara umum kepada pesakit darah tinggi dan tinggi kolesterol.

1. Menukar kepada gaya hidup yang lebih baik. Untuk

pesakit yang mempunyai tekanan darah tinggi

dinasihatkan tidak melakukan senaman yang berat

selagi tekanan darah itu tidak distabilkan.

2. Mengamalkan makanan yang baik termasuk mengambil

buah-buahan yang lazimnya kaya dengan sumber

mineral potassium. Mineral ini membantu tubuh

mengawal tekanan darah dan sangat penting sebagai

makanan otot jantung. Mengurangkan pengambilan

lauk haiwan dan meningkat pengambilan sayura-

sayuran sudah pasti akan meningkatkan pemakanan

berserat tinggi. Makanan berserat tinggi mampu

membantu pesakit menurunkan paras kolesterol yang

tinggi.

3. Meninggalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti

merokok, minum arak dan memakan makanan yang

haram serta was-was.

4. Mendapatkan rawatan dan mematuhi susulan. Seperti

penyakit-penyakit lain pemeriksaan darah dan air

kencing akan dilakukan setahun sekali.

Page 48: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

47

Page 49: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

48

Habbatus Sauda untuk asma, resdung dan Selsema. Saya mengabungkan ketiga-tiga penyakit ini kerana ia yang

mempunyai mekanisma penyakit asas serangan yang hampir

serupa sama tetapi berbeza manifestasi.

• Pendedahan kepada agen alergen ( agen alahan )

menyebabkan tubuh badan bertindak balas

dengan mengeluar komponen yang

mengalakkan alahan ( allergic reaction )

Tindakbalas menyebabkan pelepasan mediator

histamine yang tinggi yang seterusnya

menyebabkan tindakbalas radang yang

menyebabkan ketidak seimbangan tubuh badan

dan terhasilnya serangan.

• Sumber alergen termasuklah virus, protein

kacang dan haiwan, debunga, hama dan juga

habuk. Segelinter manusia alah kepada perkara

yang agak aneh seperti suhu sejuk, suhu terlalu

panas dan sinaran UV matahari.

Page 50: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

49

Mari kita lihat satu persatu penyakit ini.

Asma (lelah) Asma adalah penyakit kronik paru-paru yang selalu bermula

pada umur yang lebih muda. Perokok yang tegar mengalami

masalah lelah tetapi selalunya ia bukan asma tetapi paru-paru

berair ( chronic obstructive lung disease ). Penyakit yang

seperti sama tetapi tidak serupa. Pesakit asma semasa serangan

berlaku penyempitan pada salur pernafasan yang kecil

menyebabkan bunyi angin bersiul semasa menarik nafas. Ini

menyebakan gejala pesakit merasa sempit dada, sukar bernafas

dan mengeluarkan banyak kahak serta meyebabkan mearasa

lelah dan lemas. Tanpa rawatan segera ia boleh membawa maut

kerana berlakunya kekurangan oksigen yang sangat penting

untuk tubuh.

Asma terjadi kerana paru-paru yang sangat sensitif pada

alergen di sekitar kita. Sensitiviti ini menyebabkan proses

alahan dan radang mudah berlaku. Kedua-duanya

menyebabkan rengsangan (inflammation) dan alahan ( allergic

reaction ) dan seterusnya mennyempitkan saluran darah.

Page 51: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

50

Rawatan.

Rawatan untuk pesakit asma pada dasarnya terbahagi kepada:

1. Rawatan pencegahan menggunakan persediaan steroid

sama ada dalam bentuk semburan ( inhaler ) atau penyedian

pil untuk meredakan tindakan histamin dan agen keradangan.

2. Rawatan semasa berlaku serangan menggunakan ubat

yang mengembangkan ruang salur udara yang sempit

(broncodialator ) dalam bentuk semburan (inhaler and

nebuliser ) dan pil.

Page 52: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

51

Berdasarkan kajian yang ada HBS boleh membantu pesakit

asma untuk mengurangkan serangan. Satu kajian kecil ke atas

29 pesakit menunjukkan kesan yang positif.

Ini apa yang saya fahami dari pembacaan pada kajian-kajian

yang ada.

1. Nigellon adalah bahan aktif dalam Habbatus Sauda

yang mempunyai sifat mengembangkan saluran

pernafasan yang menyempit ( bronchodialator effect )

dan anti histamin yang baik untuk mengurangkan

rembesan mukus paru-paru yang berlebihan dan

bertindak mengurangkan keradangan.

2. Thymoquinone mempunyai sifat anti radang yang

tinggi yang baik untuk meredakan serangan. Ianya juga

bersifat anti oksida yang baik untuk membantu tubuh

berfungsi dengan baik semasa serangan penyakit.

3. Sifat Habbatus Sauda yang bersifat anti bakteria dan

anti virus membantu melindungi pesakit asma yang

mengalami serangan dari kuman.

Page 53: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

52

Saranan kepada penghidap pesakit asma.

1. Mengenali penyakit asma melalui pembacaan dan

bertanya kepada ahli perubatan.

2. Menjauhi penyebab datangnya serangan ( alergen )

yang mungkin sumbernya dari makanan, debunga,

bahan kimia, protein pada bulu binatang, habuk dan

faktor lain seperti cuaca hujan.

3. Mendapatkan rawatan secara berkala dan mengikuti

arahan rawatan sebaiknya. Kekerapan serangan adalah

indikator kepada tahap pemyakit. Fokus kepada usaha

untuk mengurangkan serangan kepada satu atau dua

kali setahun. Untuk kanak-kanak menjadi tanggung

jawab kepada ibu-bapa untuk memastikan kesihatan

anak-anaknya dan tidak menangguhkan rawatan.

Sebahagian besar kanak-kanak akan sembuh

sepenuhnya dari penyakit ini dengan izin ALLAH.

4. Tidak merokok, mengurangkan pengambilan gula

putih, mengurangkan pengambilan air minuman

komersial yang mengandungi peratusan gula yang

tinggi. Amalan makanan yang baik juga boleh

membantu mengurangkan serangan. Makanan yang

bersifat anti radang selalunya datang dari kumpulan

Page 54: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

53

tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan dan sayur-

sayuran. Sebaliknya makanan yang terlalu diproses,

gula dan sumber protein haiwan selain ikan laut dalam

adalah sumber makanan yang boleh mendatangkan

radang ( pro inflammatory foods ).

5. Mengamalkan pemakanan yang dibuktikan berkesan

baik untuk paru-paru dan ini termasuk mengamalkan

pemakanan madu dan Habbatus Sauda sebagai ikhtiar

kepada kesembuhan.

Jumlah Habbatus Sauda yang boleh diambil

1. Untuk orang dewasa samada minyak atau serbuk didalam

kapsul. Jumlah pengambilan adalah DUA gram sehari.

Dalam bentuk minyak Habbatus Sauda adalah satu sudu

makan.

2. Untuk yang berumur 3 tahun ke sehingga 12 tahun atas

dos adalah 0.1 mmls per kilogram berat.

Atau , 3- 5 tahun , 1 sudu teh minyak Habbatus Sauda

5-6 tahun – 1 setengah sudu teh.

Page 55: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

54

Resdung ( allergic rhinitis ). Resdung pada pandangan masyarakat awam bermaksud selalu

bersin, gatal hidung , muka, sekitar mata dan telinga. Bahasa

mudah untuk resdung adalah selsema yang berpanjangan dan

mengganggu aktiviti seharian pesakitnya tanpa di sertai dengan

demam atau jangkitan. Jerawat secara umum juga dianggap

sebahagian manisfestasi penyakit resdung.

Pada pandangan sains perubatan resdung itu merujuk kepada

dua diagnosis:

1. Allergic Rhinitis – Rongga hidung menjadi terlalu

sensitif kepada persekitaran termasuk habuk,

debunga dan makanan tertentu menyebabkan

selsema, kegatalan hidung dan bersin yang

berpanjangan.

2. Sinusitis – Sinus adalah rongga yang terdapat pada

tenggorak muka yang dipenuhi oleh udara dan

rembesan untuk tujuan pelembapan. Setiap sinus

akan dihubungkan sesama sendiri dan tekak oleh

terowong-terowong kecil. Ia bertujuan untuk

menyamakan tekanan dan sebagai laluan rembesan.

Rembesan yang keterlaluan menyebakan terowong

tersumbat, rembesan dijangkitan kuman seterusnya

menyebabkan demam, bersin dan sakit kepala.

Page 56: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

55

Ilustrasi sinus.

Rawatan perubatan moden memerlukan pesakit mengambil

ubat-ubatan anti histamin dalam bentuk semburan ( spray ) dan

juga pil. Sesetengah pesakit akan diberikan semburan ( spray )

yang mengandungi steroids untuk mengurangkan alahan dan

radang. Untuk kes-kes yang agak teruk pembedahan

membuang lapisan tebal membran hidung dilakukan untuk

mengurangkan gejala resdung. Tisu yang dibedah selalunya

Page 57: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

56

akan dihantar untuk pemeriksaan lanjut untuk memastikan

tiada sel-sel kanser.

Resdung ini walaupun tidak merbahaya tetapi ianya amat

menyusahkan pesakit. Resdung dan selsema adalah

penyebabkan utama kepada ketidak hadiran orang dewasa ke

tempat kerjaa serta pengajian lanjutan dan kanak-kanak yang

ke sekolah.

Adakah Habbatus Sauda boleh membantu resdung?

Konsep asasnya adalah apa sahaja yang mempunyai sifat anti

histamin, anti radang dan anti oksida boleh membantu pesakit

resdung mempunyai kualiti hidup yang lebih baik dengan

serangan yang tidak kerap. Habbatus Sauda mempunyai sifat-

sifat ini.

Di pengkalan data kajian sains terdapat banyak abstrak jurnal

kajian yang berkaitan. Antaranya kajian yang telah dilakukan

ke atas 188 pesakit di Tikrit Teaching Hospital yang

mempunyai symptom resdung yang biasa dan sederhana teruk

bermula dari tahun 2009 hingga 2010. Sebahagianya

menerima kapsul placebo (tiada Habbatus Sauda) dan

Page 58: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

57

sebahagianya diberikan kapsul sebenar. Analisa akhir dari

kajian menunjukkan kesan pembaikan simptom kepada

pemakan-pemakan Habbatus Sauda berbanding dengan yang

memakan pil placebo sahaja. Ianya kemudian di lihat amat

berkesan untuk merawat penghidap resdung tahap biasa dan

sederhana ( mild to moderate allergic rhinitis ).

Saya sendiri akan menyarankan agar pesakit asma agar

mengambil Habbatus Sauda sebagai rawatan sokongan

(complimentary treatment) kepada rawatan sedia ada.

Walaupun jumlah pesakit saya yang mengamalkannya masih

kecil, dan tiada pengumpulan data dilakukan, tetapi mereka

memberi maklumbalas yang sangat positif dengan berkurangan

serangan setelah mengambilnya untuk beberapa minggu.

Untuk pesaakit saya berumur 15 tahun ke atas saya

sarankan mengambil Habbatus Sauda 2 hingga 3 gram

sehari berterusan untuk mengurankan serangan di samping

penggunaan ubat-ubatan yang sedia ada. Untuk kanak-kanak

atas 5 tahun lebih baik gunakan minyak di dalam botol. Dos

minyak habbatus sauda 0.1 mls per kg

Page 59: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

58

Habbatus Sauda dan selsema. Tiada kajian ilmiah yang mengaitkan pengunaan HBS dan

selsema (common cold ) mungkin kerana kajian lebih

ditumpukan kepada resdung. Walaubagaimanapun memang

tercatat didalam buku-buku mengenai perubatan lama perihal

pengunaan HBS sebagai salah satu cara rawatan.

Buku doktor Hassan Syamsi Baasya meringkaskan tatacara

bagaimana HBS digunakan untuk merawat selsema.

Antaranya:

1. Sesudu besar minyak HBS ditambah ke dalam air

yang mendidih dan pesakit menghidu wap yang

naik dalam keadaan kepala dibungkus dengan kain

pada waktu pagi dan malam

2. Para sahabat disebut sebagai merawat selsema

dengan mengambil 21 biji HBS dan diletakkan

didalan sehelai perca kain kemudian direndam

dalam air sehingga pagi. Kemudian hidung

dititiskan dengan airnya esok pagi.

3. Ibnu Qaiyyim Al-Jauzi RA mengunakan HBS yang

ditumbuk halus dan dimasukkan kedalam kain lalu

diikat dan dicium secara berterusan.

Page 60: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

59

Pihak saya di klinik menggunakan cara yang agak berbeza

menggunakan teknologi sains sedia ada dengan membuat

rumusan yang mengandungi HBS dan kunyit lalu disapukan

sedikit pada kawasan tiga segi hidung untuk mengurangkan

gejala selsema.

Anda juga boleh juga menggunakan Habbatus Sauda untuk

melegakan batuk. Caranya sapukan minyak Habbatu Sauda di

dada dan belakang dada dan meminum sebahagian minyak ini

seperti dos yang tersebut di atas.

Page 61: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

60

Page 62: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

61

Habbatus Sauda dan lain-lain penyakit. Terlalu banyak kajian yang dijalankan untuk mengenal potensi

sebenar Habbatus Sauda. Cara saintis mencari fokus kajian

tidak susah. Apa yang dilakukan ialah mengkaji secara ilmiah

kegunaan asal Habbatus Sauda itu sejak beribu-ribu tahun

dahulu. Dalam dunia kajian ia sentiasa di mulakan dahulu ke

atas haiwan samada tikus, arnab dan khinzir. Sekiranya saintis

ini yakin akan keselamatan bahan yang di kaji barulah kajian

klinikal dilakukan ke atas manusia.

Di bawah adalah contoh-contoh kegunaan Habbatus Sauda

yang sedang di kaji.

1. Peranan Habbatus Sauda untuk melindungi organ

penting terutamanya buah pingang dan hati semasa

tikus di beri rawatan cisplatin, agen Kemoterapi yang

digunakan untuk merawat kanser. Cisplatin mempunyai

banyak kesan sampingan termasuk menyebabkan

peningkatan tekanan oksidatif sepanjang rawatan.

Tekanan oksidatif yang tinggi boleh menyebabkan

kerosakan organ dan ini mungkin boleh dibendung

dengan memakan Habbatus Sauda semasa rawatan .

Page 63: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

62

Kebaikan Habbatus Sauda untuk mengurangkan ”perfusion

and reperfusion iscahemic injury” akibat berlaku

penyumbatan saluran darah ( artero sclerosis ). Ini adalah

kecedaraan tissu akibat salur darah yang tersumbat untuk

beberapa ketika dan terbuka semula saluran , Saintis

melihat kecedaraan yang lebih besar setelah saluran darah

terbuka semula. Contoh keadaan ini berlaku pada pesakit

yang menderita angin ahmar (stroke) dan serangan jantung.

Didapati Habbatus Sauda mempunyai potensi untuk

membantu mengurangkan kecedaraan sekiranya ia dimakan

sebelum musibah itu berlaku.

2. Keupayaan Habbatus Sauda meningkat ketahanan

tubuh kepada penyakit. Kajian menunjukkan

pengambilan Habbatus Sauda meningkatkan jumlah T

helper ( sel penolong limfosit ), sel yang bertindak

sebagai komander perang sel darah putih terhadap

jangkitan. Juga dibuktikan memakan HBS boleh

meningkat jumlah pengahasilan NKF ( natural killer

factor ), satu elemen penting dalam sistemn pertahanan

tubuh untuk melawan jangkitan dan pertumbuhan sel-

sel kanser baru.

Page 64: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

63

3. Lebih 150 kajian sudah dijalankan sejak tahun 1959

terhadapa potensi HBS untuk membantu Osteporosis

dan mempercepatan proses penyembuhan tulang yang

patah. Walau bagaimana pun semua kajian-kajian ini

hanya dilakukan pada haiwan. Setakat yang saya tahu

tiada kajian ke atas manusia lagi.

4. Toksikologi Habbatus Sauda. Kajian keatas kesan

keracunan pada sampel tikus sudah di jalankan.

Pengambilan sebanyak 2 ml untuk setiap kilogram berat

dibuktikan tidak membawa kesan negarif sebaliknya

membawa kesan yang baik kepada organ buah pinggan

dan hati. Pengambilan serbuk sehingga 2gram bagi

setiap kilogram berat untuk sehari juga tidak

5. Kajian sejak tahun 2004 menunjukkan kesan positif

Habbatus Sauda untuk membantu merawat ketagihan

kepada dadah opiat termasuk morphine. Penagih yamg

menggunakan Habbatus Sauda kurang mengalami

simptom ketagihan ( withdrawal symptoms ) semasa

tempoh bebas.

Page 65: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

64

6. Satu kajian yang di lakukan pada tahun 1979

menunjukkan keupayaan Habbatus Sauda untuk

mengalakkan pengeluaran susu ibu. Tetapi tidak banyak

kajian secara formal dilakukan untuk mengesahkannnya

selepasnya, Kebanyakkan laman sesawang yang

mempromosikan Habbatus Sauda menyarankan

penggunaannya untuk ibu menyusukan berdasarkan

kegunaanya secara tradisi sejak zaman berzaman.

Di ruang alam maya terdapat laman-laman sesawang yang

menceritakan bagaimana cara tradisi HBS digunakan untuk

merawat penyakit.

Begitulah serba sedikit perkongsian saya mengenai kebaikan

penggunaan dan kajian-kajian moden Habbatus Sauda.

Perkembangan terkini akan saya kongsikan pada catatan yang

akan datang.

Sekali lagi saya doakan pembaca sihat,kaya dan berjaya dunia

dan akhirat.

Page 66: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

65

“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang

indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat

(atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta

minumlah, dan jangan pula kamu melampau;

sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang

yang melampaui batas”. (Al-A'raaf 7:31)

Page 67: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

66

Bonus kepada anda. Disertakan pada cetakan ini segi empat makanan untuk

rujukan pemakanan pembaca.

Empat Segi Makanan

Page 68: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

67

Empat segi makanan ini sesuai digunakan oleh umat Islam dan

juga yang bukan Islam. Secara ringkas penerangan mengenai

empat segi makanan adalah seperti berikut.

1. Kotak luar menerangkan 4 kumpulan makanan yang

besar yang memerlukan keseimbangan di dalam

pengambilannya. ¼ bahagian sayur-sayuran, ¼

bahagian buah-buhan, ¼ sumber protein dan ¼ sumber

tenaga selalunya datang dari kumpulan yang kaya

dengan karbohidrat.

2. Kotak kedua menerangkan sub makanan yang berzat

tetapi tidak diperlukan dalam kuantiti yang banyak

untuk berfungsi dengan baik didalam tubuh badan

manusia

3. Kotak pada lapisan ketiga menunjukkan elemen

makanan yang penting. Air dan udara yang kita tidak

boleh hidupnya. Menjadi tanggung jawab umat Islam

dan masyarakat seluruhnya untuk memelihara udara

dan air. Garam dan garam minerals serta berjenis-jenis

gula semulajadi yang wujud di alam ini untuk kegunaan

tubuh manusia.

Page 69: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

68

4. Lapisan yang keempat adalah intipati pada cara

pemakanan

a. Makanan yang di ambil mesti dipastikan

HALAL. Tiadalah makanan yang HARAM itu

baik untuk tubuh badan dan ini termasuk ubat-

ubatan. Sekiranya kita berpegang teguh kepada

perkara ini maka terhindar lah kita dari gejala-

gejala pemakanan yang tidak elok seperti

meminum arak dan memakan binatang buas

serta makanan-makanan yang terlalu di proses

yang belum tentu halal dan haramnya. HALAL

menjadi titik tumpu kepada empat segi makanan

ini.

Page 70: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

69

Firman Allah SWT yang bermaksud;

” Hai orang-orang yang beriman, makanlah diantara rezeki

yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah

kepada ALLAH, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu

menyembah. Sesungguhnya ALLAH mengharamkan bagi mu

bangkai, darah, daging babi dan binatang yang (ketika

disembelih ) disebut (nama) selain ALLAH. Tetapi barang

siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya), sedang ia tidak

menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka

tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya ALLAH Maha

Pengampun lagi Maha Penyayang ”

(Surah Al-Baqarah: 172-173)

Page 71: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

70

b. Menjaga adab semasa makan adalah penting dan

ini dengan jelas ditunjukkan oleh Nabi

Muhammad SAW.

c. Amalan pemakanan yang baik juga penting

untuk meneruskan ikhtiar untuk sihat di luar

meja makan.

d. Ada makanan yang di sebut di dalam Al quran

dan sunnah nabi yang pastinya memberi

kebaikan kepada manusia. Makanan seperti

madu boleh didapati dimana ceruk dunia.

e. Ilmu pengetahuan manusia mengenai

pemakanan semakin bertambah dan makanan-

makanan yang mempunyai nilai perubatan di

letakkan di dalam kumpulan makanan istimewa

iaitu kumpulan makanan berfungsi tinggi (

functional foods ).

Keterangan yang lebih mendalam akan saya kupaskan dalam

buku yang seterusnya. Semoga usaha ini mendapat keberkatan

dan di berikan masa dan kesihatan untuk melakukannya.

Page 72: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

71

PENUTUP Tahniah! Kini anda telah berada di penghujung ebook

“Habbatus Sauda bukan Sekadar Rempah”. Diharapkan

ebook ini sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Sekali lagi saya ingatkan, e-book ini adalah Sekadar

Pengalaman dan Pembacaan Peribadi.

HUBUNGI SAYA

Jika terdapat sebarang soalan, cadangan, komen atau kritikan,

sila kemukakan melalui berikut:

Nama : Dr. Zulkifli Sharif

Email : [email protected]

Facebook : zulsa69

Blog : http://www.habbatussauda.my

Facebook : http://www.facebook.com/saudaoil

Page 73: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

72

Rujukan bacaan

1. Rahsia Perubatan Habatus Sauda’ oleh Doktor Hassan

Syamsi Baasya. Al hidayah Pulications. CetakanThe

Black Seed Nigella sativa Linnaeus - A Mine for Multi

Cures:

2. A Plea for Urgent Clinical Evaluation of its Volatile

Oil. Kamal El-Din Hussein El-Tahir Ph D, Dana M

Bakeet. Department of Pharmacology, College of

Pharmacy, King Saud University Riyadh Saudi Arabia

2010.

3. Rujukan laman sesawang: www.imanproducts.com.

4. Effect of Nigella sativa seeds on the glycemic control

of patients with type 2 diabetes mellitus. AO Bamosa,

H Kaatabi, FM Lebdaa, AM Elq. - Indian J Physiol,

2010. Department of Physiology, College of Medicine,

King Faisal University, Dammam, Saudi Arabia.

[email protected].

5. Nigella Sativa inhibits intestinal glucose absorption and

improves glucose tolerance in rats. Bouchra Meddah,

Robert Ducrocb, Moulay El Abbes Faouzi, Bruno Etoc,

Lahcen Mahraouic, Ali Benhaddou-Andaloussia,d,

Louis Charles Martinea, Yahia Cherrah, Pierre Selim

Page 74: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

73

Haddad. Journal of Ethnopharmacology 121 (2009)

419–424

6. Effect of Nigella sativa oil on various clinical and

biochemical parameters of Insulin resistance syndrome.

Ahmad Najmi, Mohammad Nasiruddin, Rahat Ali.

Khan, and Shahzad F. Haque. Int J Diabetes Dev Ctries.

2008 Jan-Mar; 28(1): 11–14. Department of

Pharmacology, J. N. Medical College, Aligarh Muslim

University, Aligarh, India.

7. Evaluation of Therapeutic Efficacy of Nigella sativa

(Black Seed) for

8. Treatment of Allergic Rhinitis .Abdulghani Mohamed

Alsamarai, Mohamed Abdul Satar and Amina Hamed

Ahmed Alobaidi .Departments of Medicine and

Biochemistry, Tikrit University College of Medicine.

Tikrit.Iraq.

9. The possible prophylactic effect of Nigella sativa seed

extract in asmatic patients. Boskabady MH, Javan H,

Sajady M, Rakhshandeh H. Fundam Clin Pharmacol.

2007 Oct;21(5):559-66. Department of Physiology,

Ghaem Medical Centre, Mashhad University of

Medical Sciences, Mashhad 91735, Iran.

Page 75: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

74

10. Immunomodulatory and theraupetic properties of

Nigella Sativa L. Seed (review). International

Immunopharmacology 5 (2005) ms 1749-1770.

Mohamed Labib Salem. Department of surgery,

Medical University of South Carolina, USA.

11. Pengantar Pengubatan Islam. Jilid 1. Tuan Guru Dato’

Haron Din.

12. Antihypertensive effect of Nigella Sativa seed extract in

patients with mild hypertension. Dehkordi FR,

Kamkhah AF. Fundam Clin Pharmaco ( 2008).

Aug:22(4) 447-452. Department Internal Medicine and

Cardiology and Medicinal Plant Research Centre.

School of Medicine, Shahrekord , Iran. (Abstract

citation ).

13. Clinical Evaluation of Nigella Sativa seeds for the

treatment of hyperlipidaemia: A randomized, placebo

controlled clinical trial. Sabzghabaee et al. Med Arch

2012;66(3):198-200. Isgahan Cilinical Toxicology

Research Centre, Isfahan University of Medical

Sciences. Iran.

14. Effects of Nigella sativa against osteoporosis.

International Journal of Pure & Applied Bioscience. 1

Page 76: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

75

(2): 6-14 (2013). Rukshar Ansari and Neha Gheek Batra.

Department of Biotechnology, The IIS University,

Jaipur-302020, Rajasthan, India

15. Anticancer Activity of Nigellasativa (Black Seed) — A

Review. The American Journal of Chinese Medicine

(2011), Vol. 39, No. 6, 1075–1091. Mohammad Akram

Randhawa and Mastour Safar Alghamdi. Department of

Pharmacology, College of Medicine. University of

Dammam, Dammam, Saudi Arabia

Buku bacaan 1. 365 tips sihat gaya Rasulullah. Dr Mohammad Ali

Toha. PTS millenia sdn bhd. 2009

2. Perubahan Cara Nabi pasti sihat. Dr Muhammad Bin

Abdullah. InTeam Publishing sdn bhd. 2012

3. Mukjizat Perubatan Nabi. Mahir Hassan Mahmud

Muhammad. Synergy Media.

4. Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit. Asdullah Al-

Faruq.Kemilau Publika sdn bhd. 2012.

Page 77: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

76

PRODUK DRAZMA WELLNESS

Page 78: Habbatus Sauda Bukan Sekadar Rempah

2013 HABBATUS SAUDA- BUKAN SEKADAR REMPAH

77