sudah hampir dua tahun tuk mat meninggalkan aku

1
Sudah hampir dua tahun Tuk Mat meninggalkan aku. Dia pergi buat selama- lamanya. Waktu itu aku baru melangkah ke tahap dua sekolah rendah. Tuk Mat amat istimewa bagiku. Aku tidak pernah melupakannya. Imbasan peristiwa lalu masih segar dalam ingatanku. Namanya selalu kusebut apabila kesunyian. Aku terasa seolah-olah Tuk Mat berada di sisiku. Begitulah kasih sayang dan rapatnya aku dengan Tuk Mat. Aku merenung gambarku bersama-sama Tuk Mat. Alangkah manjanya aku memeluk bahu Tuk Mat. Tuk Mat kelihatan begitu ceria dengan senyumannya. Hanya potret inilah yang tinggal untuk mengubat rinduku pada Tuk Mat. Selama ini, pada Tuk Mat tempat aku bermanja. Tuk Matlah yang menyara aku. Segala perbelanjaan persekolahanku ditanggungnya. Peristiwa sedih ini berlaku kira-kira tujuh tahun yang silam. Ibu berkahwin lain setelah kematian bapa. Ibu melahirkan Khairul Nizam. Sesungguhnya kehadiran orang baru dalam hidup ibu menyebabkan aku jauh hati. Aku melarikan diri dan meninggalkan ibu. Mujur Tuk Mat faham. Beliau mengajak aku tinggal bersama-sama dengannya. Selepas itu, ibu ada juga datang memujukku. Tetapi Tuk Mat berkeras untuk terus menjagaku. Tuk Mat benar-benar menyayangi aku. Setiap hari beliau menghantar dan mengambil aku dari sekolah dengan motosikalnya. Sepanjang ingatanku, tidak pernah Tuk Mat melukakan hatiku. Beliau sentiasa bersabar melayan segala kerenahku. Walaupun kadangkala aku ini kepala angin, Tuk Mat tidak pernah memarahiku apatah lagi memukulku. Sebaliknya, Tuk Mat banyak memberikan nasihat kepadaku. Hingga kini, kata- kata itu masih segar dalam ingatanku. Kenangan dan kemesraanku bersama Tuk Mat amat payah untuk kulupakan. Memori ini telah sebati dengan jiwaku. Tanpa kusedari, air mataku berlinangan di pipi. Aku benar-benar rindu akan kasih sayang Tuk Mat. Doaku, semoga Tuk Mat damai di alamnya. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya atas roh Tuk Mat. 1. Apakah hubungan Khairul Nizam dengan penulis? 2. Apakah yang dilakukan oleh penulis apabila terkenangkan Tuk Mat? 3. Penulis telah menceritakan tentang kehidupannya bersama-sama Tuk Mat, berapakah usia penulis sekarang? 4. Mengapakah penulis berasa sedih sehingga mengalirkan air mata?

Upload: lienamus

Post on 10-Nov-2015

228 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sajak

TRANSCRIPT

Sudah hampir dua tahun Tuk Mat meninggalkan aku. Dia pergi buat selama-lamanya. Waktu itu aku baru melangkah ke tahap dua sekolah rendah. Tuk Mat amat istimewa bagiku. Aku tidak pernah melupakannya. Imbasan peristiwa lalu masih segar dalam ingatanku.

Namanya selalu kusebut apabila kesunyian. Aku terasa seolah-olah Tuk Mat berada di sisiku. Begitulah kasih sayang dan rapatnya aku dengan Tuk Mat. Aku merenung gambarku bersama-sama Tuk Mat. Alangkah manjanya aku memeluk bahu Tuk Mat. Tuk Mat kelihatan begitu ceria dengan senyumannya. Hanya potret inilah yang tinggal untuk mengubat rinduku pada Tuk Mat.

Selama ini, pada Tuk Mat tempat aku bermanja. Tuk Matlah yang menyara aku. Segala perbelanjaan persekolahanku ditanggungnya. Peristiwa sedih ini berlaku kira-kira tujuh tahun yang silam. Ibu berkahwin lain setelah kematian bapa.

Ibu melahirkan Khairul Nizam. Sesungguhnya kehadiran orang baru dalam hidup ibu menyebabkan aku jauh hati. Aku melarikan diri dan meninggalkan ibu. Mujur Tuk Mat faham. Beliau mengajak aku tinggal bersama-sama dengannya. Selepas itu, ibu ada juga datang memujukku. Tetapi Tuk Mat berkeras untuk terus menjagaku.

Tuk Mat benar-benar menyayangi aku. Setiap hari beliau menghantar dan mengambil aku dari sekolah dengan motosikalnya. Sepanjang ingatanku, tidak pernah Tuk Mat melukakan hatiku. Beliau sentiasa bersabar melayan segala kerenahku. Walaupun kadangkala aku ini kepala angin, Tuk Mat tidak pernah memarahiku apatah lagi memukulku. Sebaliknya, Tuk Mat banyak memberikan nasihat kepadaku. Hingga kini, kata-kata itu masih segar dalam ingatanku.

Kenangan dan kemesraanku bersama Tuk Mat amat payah untuk kulupakan. Memori ini telah sebati dengan jiwaku. Tanpa kusedari, air mataku berlinangan di pipi. Aku benar-benar rindu akan kasih sayang Tuk Mat. Doaku, semoga Tuk Mat damai di alamnya. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya atas roh Tuk Mat.

1. Apakah hubungan Khairul Nizam dengan penulis?

2. Apakah yang dilakukan oleh penulis apabila terkenangkan Tuk Mat?

3. Penulis telah menceritakan tentang kehidupannya bersama-sama Tuk Mat, berapakah usia penulis sekarang?

4. Mengapakah penulis berasa sedih sehingga mengalirkan air mata?