pindaan - hasil.gov.my · memperoleh surat kuasa. jika simati ada meninggalkan wasiat, surat jika...

16
PINDAAN Bil. Perkara Mukasurat 1. Jadual Cukai 13 2. Kod Tuntutan : 221 14 3. Kod Tuntutan : 317 15

Upload: buihanh

Post on 15-Aug-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PINDAAN - hasil.gov.my · memperoleh surat kuasa. Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat kuasa dipanggil geran probet ( grant probate

PINDAAN Bil. Perkara Mukasurat

1. Jadual Cukai 132. Kod Tuntutan : 221 14

3. Kod Tuntutan : 317 15

Page 2: PINDAAN - hasil.gov.my · memperoleh surat kuasa. Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat kuasa dipanggil geran probet ( grant probate

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 1 -

Nota ini bertujuan membantu tuan melengkapkan Borang TP bagi Tahun Taksiran 2013. Sila baca nota ini dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan bagi Tahun Taksiran 2013 adalah benar dan lengkap. Semua helaian kerja, rekod dan dokumen tidak perlu disertakan semasa pengembalian Borang TP KECUALI bagi kes pembayaran balik, tuan adalah dikehendaki mengemukakan helaian kerja berikut yang boleh diperoleh daripada buku panduan dalam laman sesawang:

(i) Helaian Kerja HK-3 mengenai tolakan cukai seksyen 51 Akta Kewangan 2007 (dividen); (ii) Helaian Kerja HK-6 mengenai tolakan cukai di bawah seksyen 110 (lain-lain); dan (iii) Helaian Kerja HK-8/HK-9 (jika berkenaan) serta dokumen berhubung dengan potongan cukai

yang telah dibuat di negara asing.

Rekod, dokumen dan helaian kerja yang digunakan dalam pengiraan perlu disimpan selama tujuh (7) tahun bermula dari akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, untuk rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak. Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR DALAM KOTAK yang disediakan dan menggunakan pen mata bulat berdakwat hitam. Ruangan yang tidak berkenaan tidak perlu diisi. Laporkan dalam mata wang Ringgit Malaysia. Amaun cukai di ruangan B35a hingga B36, C35a hingga C36, Bahagian D dan Bahagian E perlu dimasukkan nilai sen, manakala bahagian lain yang melibatkan amaun hanya perlu mengambil kira nilai ringgit sahaja.

SIAPA YANG PERLU MELAPORKAN DAN MENGISI BORANG TP

Apabila seseorang meninggal dunia, harta yang dimiliki disisi undang-undang pada masa kematian dikenali sebagai harta pusaka. Sekiranya harta yang ditinggalkan belum dipindahmilik kepada waris, maka wasi atau pentadbir perlu melaporkan semua punca pendapatan arwah / mendiang dalam Borang TP.

1

2

Isikan nama pemilik harta pusaka sebagaimana yang telah didaftarkan dengan LHDNM. Isikan nombor cukai pendapatan harta pusaka sebagaimana yang telah didaftarkan dengan LHDNM.

<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>? 1 Nama Harta Pusaka H A R T A P U S A K A Z A C H A R Y

0 1 2 3 4 5 6 7 0 0 <>>>>>>>>? No. Cukai Pendapatan TP 2

Page 3: PINDAAN - hasil.gov.my · memperoleh surat kuasa. Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat kuasa dipanggil geran probet ( grant probate

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 2 -

KEDUDUKAN CUKAI

Bahagian ini perlu diisi untuk tujuan mempercepatkan pemprosesan

sahaja) berdasarkan pengiraan cukai di muka surat 7 Borang TP.

BAHAGIAN A: MAKLUMAT HARTA PUSAKA

A1

Domisil di Malaysia Semasa Mati ini berdomisil di Malaysia semasa kematian dan

berdomisil di luar Malaysia.

Domisil bererti kediaman tetap seseorang individu semasa hayatnya. Individu berkenaan juga mempunyai niat untuk menetap di negara tersebut sehingga ke akhir hayatnya.

A2

Negara Domisil Semasa Mati

sekiranya pembayar cukai tidak berdomisil di Malaysia semasa kematian, sila rujuk kepada muka surat 13 nota ini untuk mendapatkan senarai ringkas kod negara atau Lampiran E Buku Panduan untuk senarai terperinci.

A3

Tarikh Kematian

Nyatakan tarikh yang tercatat di dalam sijil kematian.

A4

Wasiat

meninggalkan wasiat sebelum kematian.

A5 Surat Kuasa Mentadbir memperoleh surat kuasa. Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat

kuasa dipanggil geran probet (grant probate) akan dikeluarkan oleh pihak mahkamah atau jika simati tiada meninggalkan wasiat, surat kuasa pentadbir harta pusaka (Letter of Administration) akan dikeluarkan oleh pihak mahkamah.

A6 Tarikh Pemerolehan Surat Kuasa

Nyatakan tarikh yang tercatit di dalam surat kuasa dimana ianya dianggap tarikh perlantikan berkuatkuasa bagi seseorang pentadbir

dibiarkan kosong.

A7

Penyimpanan Rekod rekod.

A8 Alamat Surat- menyurat Wasi / Pentadbir Utama

Alamat di mana dokumen perihal cukai pendapatan perlu disampaikan atau diposkan.

Page 4: PINDAAN - hasil.gov.my · memperoleh surat kuasa. Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat kuasa dipanggil geran probet ( grant probate

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 3 -

A9 Alamat Premis Perniagaan Simati

Nyatakan alamat premis di mana aktiviti perniagaan utama harta pusaka dikendalikan sekiranya simati ada mempunyai tempat berniaga semasa hayatnya dan perniagaan itu masih diteruskan oleh siwaris tanpa menukar nama pemilik perniagaan yang asal.

A10 Alamat di mana rekod harta pusaka disimpan dokumen harta pusaka ini disimpan di alamat surat-menyurat atau

disimpan di alamat lain.

A11 Alamat lain (Jika A10 = 3)

A11a Alamat Laman Sesawang /Blog

Alamat laman sesawang atau blog (jika ada)

A12 Maklumat Wasi/Pentadbir

Isikan maklumat wasi/pentadbir di mana yang berkenaan.

A12a Nama Nyatakan nama penuh wasi/pentadbir seperti yang tertera di kad pengenalan atau pasport.

A12b No. Pengenalan / Pendaftaran*

Isi nombor kad pengenalan/ polis/ tentera sebagai no.pengenalan dan potong jenis pengenalan yang tidak berkenaan.

A12c No. Pasport Isi nombor pasport sekiranya wasi/pentadbir merupakan warga asing yang tidak mempunyai kad pengenalan Malaysia.

A12d No. Cukai Pendapatan

Isi nombor cukai pendapatan setiap wasi/pentadbir, sekiranya ada. Tulis nombor berkenaan dari kanan ke kiri.

A12e No. Telefon

Isi nombor telefon untuk memudahkan pihak LHDNM menghubungi setiap wasi/pentadbir, sekiranya perlu. Sila pastikan maklumat ini adalah betul dan tepat. Maklumat ini akan digunakan untuk tujuan rasmi LDHNM.

Sekiranya terdapat lebih daripada 2 orang yang dilantik sebagai wasi/pentadbir kepada harta pusaka ini, senaraikan maklumat seperti di A12a hingga A12e sebagai lampiran tambahan dan lampiran ini perlulah dikemukakan bersama pengembalian Borang TP.

A13 Maklumat Bank Wasi/ Pentadbir

Maklumat bank dikehendaki sekiranya LHDNM ingin mengkreditkan lebihan bayaran cukai pendapatan, jika ada.

A13a Nama Bank Nyatakan nama bank berkenaan untuk tujuan di atas dan bank ini mestilah beroperasi dalam Malaysia sahaja.

Page 5: PINDAAN - hasil.gov.my · memperoleh surat kuasa. Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat kuasa dipanggil geran probet ( grant probate

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 4 -

BAHAGIAN B: PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

Isi Bahagian Ini Jika Pembayar Cukai Berdomisil Di Malaysia Semasa Kematian (Jika A1=1)

B1 B9

PERNIAGAAN

Keuntungan yang diperoleh dari menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion dikenakan cukai. Perolehan dan keuntungan termasuk terimaan kasar daripada penjualan barang-barang dan terimaan dari pemberian perkhidmatan. Amaun J5 dari Helaian Kerja HK-1 dan amaun L dari Helaian Kerja HK-1D (Buku Panduan yang boleh diperoleh di laman sesawang LHDNM).

PERKONGSIAN

Pembahagian keuntungan / kerugian yang diperoleh dari menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion dikenakan cukai. Amaun E/G/J dari Helaian Kerja HK-1B (Buku Panduan dalam laman sesawang).

ELAUN MODAL

Sebagai ganti kepada tuntutan susut nilai aset. Kadar elaun bergantung kepada jenis aset. Rujuk Helaian Kerja HK-1.2 hingga HK-1.2A

RUGI PERNIAGAAN BAWA HADAPAN

Kerugian perniagaan / perkongsian dari tahun terdahulu yang belum ditolak dan dibawa ke tahun semasa untuk ditolak daripada punca perniagaan / perkongsian sahaja. Amaun B dari Helaian Kerja HK-1.3. Jika amaun B8 lebih besar dari amaun B7, tolakan dibenarkan adalah terhad kepada amaun B7 sahaja. Baki kerugian tahun kebelakangan hendaklah dimasukkan ke ruang G1b Borang TP.

B10

B22

DIVIDEN

Masukkan pendapatan berpunca dari dividen / pengagihan pendapatan daripada syarikat dan amanah unit [selain dari Amanah Pelaburan Harta Tanah (REIT) atau Tabung Amanah Harta (PTF)] yang telah dikenakan cukai atas kadar cukai tahun semasa syarikat iaitu 25%. Helaian Kerja HK-3 perlu disertakan bersama Borang TP sekiranya tuan layak menuntut pembayaran balik seperti di ruangan D7. Amaun C(iii) dari Helaian Kerja HK-3.

FAEDAH

Faedah ialah wang yang dibayar bagi penggunaan wang oleh penghutang atau pembahagian keuntungan kepada pemiutang yang dianggap diterima oleh peminjam. Pendapatan dari faedah hendaklah dimasukkan sebagai pendapatan kasar apabila diterima bagi tempoh asas di mana pendapatan itu pertama kali boleh diterima. Amaun E dari Helaian Kerja HK-5.

Page 6: PINDAAN - hasil.gov.my · memperoleh surat kuasa. Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat kuasa dipanggil geran probet ( grant probate

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 5 -

DISKAUN

Pendapatan ini berpunca daripada pelaburan seperti bil perbendaharaan.

SEWA

Penerimaan dari sewaan rumah, rumah kedai, tanah, loji, mesin, perabot dan lain-lain. Amaun E dari Helaian Kerja HK-4B (Buku Panduan dalam laman sesawang).

ROYALTI

Royalti bermaksud:-

(a) apa-apa jumlah yang dibayar sebagai bayaran untuk penggunaan atau hak untuk menggunakan:

(i) hakcipta, hasilkerja seni atau saintifik, paten reka bentuk atau model, pelan proses rahsia atau formula, jenama atau pita untuk siaran radio atau televisyen atau harta atau hak lain yang serupa;

(ii) pengetahuan atau maklumat tentang hal-hal teknikal, perindustrian, perdagangan atau pengetahuan pengalaman atau kemahiran saintifik;

(b) pendapatan yang diperoleh daripada pindah milik atas mana-mana harta, pengetahuan atau maklumat yang disebut dalam perenggan (a) definisi di atas.

Amaun H dari Helaian Kerja HK-5 (Buku Panduan dalam laman sesawang).

ANUITI

Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat atau badan amanah. Anuiti juga boleh diperolehi dari pelaburan yang melayakkan pelabur menerima bayaran tahunan, sama ada untuk selama-lamanya atau sesuatu tempoh.

BAYARAN BERKALA LAIN

Bayaran yang dibuat berulang kali pada masa-masa tertentu.

APA-APA PEROLEHAN ATAU KEUNTUNGAN LAIN

Pendapatan lain yang tidak termasuk dalam kategori di atas.

Page 7: PINDAAN - hasil.gov.my · memperoleh surat kuasa. Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat kuasa dipanggil geran probet ( grant probate

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 6 -

TAMBAHAN MENGIKUT PERUNTUKAN PERENGGAN 43(1)(c)

Perolehan-perolehan berikut dianggap pendapatan dan diambil kira diperingkat pendapatan agregat.

Perolehan berkaitan dengan perbelanjaan operasi mencarigali di bawah Jadual 4 ACP 1967.

Perolehan boleh diambil kira dalam pengiraan cukai jika tuntutan-tuntutan perbelanjaan telah dibuat.

Rujuk kepada perenggan 43(1)(c), perenggan 16 Jadual 4 ACP 1967 untuk membuat pengiraan pendapatan dan diambil kira dalam menentukan pendapatan agregat.

Simpan pengiraan dengan teratur untuk semakan.

RUGI PERNIAGAAN TAHUN SEMASA

Kerugian perniagaan tahun semasa boleh ditolak daripada jumlah pendapatan agregat/terkumpul (ruang B17). Contoh: kerugian perniagaan pada tahun 2013 ditolak daripada pendapatan agregat bagi tahun 2013. Amaun E dari Helaian Kerja HK-1.3. Jika amaun B18 lebih besar dari amaun B17, tolakan dibenarkan adalah terhad kepada amaun B17 sahaja.

PERBELANJAAN MENCARIGALI - JADUAL 4 DAN PERENGGAN 44(1)(b)

Seseorang yang menanggung perbelanjaan dalam mencari atau mendapat akses kepada simpanan galian dalam suatu kawasan yang layak, boleh memilih untuk menuntut sebagiai potongan. Amaun ini terhad kepada B19 Borang TP. Baki yang tidak boleh diserap (jika ada) dimasukkan ke ruang J2 Borang TP.

B22

ANUITI KENA DIBAYAR / BAYARAN BERKALA

Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat yang melayakkan waris menerima bayaran tahunan, sama ada untuk selama-lamanya atau sesuatu tempoh. Jika simati tidak meninggalkan wasiat, bayaran anuiti tidak wujud. Ciri-ciri utama anuiti ialah ianya merupakan bayaran tahunan dan berulang. Sesuatu bayaran anuiti itu tidak semestinya dalam amaun yang tetap.

Page 8: PINDAAN - hasil.gov.my · memperoleh surat kuasa. Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat kuasa dipanggil geran probet ( grant probate

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 7 -

B24 B30 DERMA DAN HADIAH

HADIAH WANG KEPADA KERAJAAN / KERAJAAN TEMPATAN YANG DILULUSKAN

Hadiah wang tunai kepada Kerajaan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan. Subseksyen 44(6)

HADIAH WANG KEPADA INSTITUSI ATAU ORGANISASI DILULUSKAN Hadiah wang kepada institusi / organisasi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri. Proviso subseksyen 44(6)

HADIAH WANG ATAU KOS SUMBANGAN MANFAAT KEPADA AKTIVITI SUKAN ATAU BADAN SUKAN YANG DILULUSKAN

Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada aktiviti sukan yang diluluskan oleh Menteri atau badan sukan yang diluluskan oleh Pesuruhjaya Sukan yang dilantik di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997. Subseksyen 44(11B)

HADIAH WANG ATAU KOS SUMBANGAN MANFAAT KEPADA PROJEK BERKEPENTINGAN NEGARA YANG DILULUSKAN

Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada projek berkepentingan negara yang diluluskan oleh Menteri Kewangan. Subseksyen 44(11C)

Terhad kepada 7% daripada pendapatan agregat di ruang B17

HADIAH ARTIFAK, MANUSKRIP ATAU LUKISAN Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada Kerajaan berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Muzium Malaysia atau Ketua Pengarah Arkib Negara. Subseksyen 44(6A)

HADIAH WANG UNTUK KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN ATAU KEPADA PERPUSTAKAAN Sumbangan wang yang tidak melebihi RM20,000 bagi menyediakan kemudahan perpustakaan awam, perpustakaan sekolah/institusi pendidikan tinggi. Subseksyen 44(8)

HADIAH LUKISAN KEPADA BALAI SENI LUKIS NEGARA ATAU BALAI SENI LUKIS NEGERI Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau mana-mana balai seni lukis negeri berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri. Subseksyen 44(11)

ZAKAT PERNIAGAAN

Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat di B17. Subseksyen 44(11A)

B33

PELEPASAN DIRI

Pelepasan diri layak diberikan kepada pentadbir harta pusaka yang mentadbir harta pusaka kepada seseorang individu yang berdomisil di Malaysia semasa kematiannya. Kelayakan ini dibenarkan kepada pentadbir harta pusaka tanpa mengira sama ada pentadbir tersebut adalah seorang pemastautin atau tidak. Amaun potongan adalah sama dengan amaun yang layak diberi dalam pelepasan diri untuk kes individu iaitu RM 9,000.

Page 9: PINDAAN - hasil.gov.my · memperoleh surat kuasa. Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat kuasa dipanggil geran probet ( grant probate

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 8 -

B35

B36

PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN Cukai ke atas yang pertama Sesuaikan amaun di B34 Borang TP (pendapatan bercukai) dengan banjaran pendapatan bercukai yang disediakan di dalam jadual cukai (muka surat 13 nota penerangan ini).

Cukai ke atas baki Contoh:

Pendapatan bercukai di B34: RM15,550 Guna pengiraan di kategori C jadual cukai seperti berikut: Cukai ke atas RM10,000 yang pertama RM100.00 Cukai ke atas baki RM5,550 atas kadar 2% RM111.00 Jumlah cukai yang dikenakan RM211.00 Masukkan di ruang B35a dan B35b dalam Borang TP seperti berikut:

BAHAGIAN C: PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

Isi Bahagian Ini Jika Pembayar Cukai TIDAK BERDOMISIL Di Malaysia Semasa Kematian (Jika A1=2)

C1 C30 Rujuk kepada nota dalam Bahagian B di ruangan B1 hingga B30 Sekiranya C23 C23. Derma dan hadiah dari C31 yang tidak boleh ditolak, tidak boleh dibawa ke hadapan.

C33

_

C34

Penerangan mengenai pendapatan faedah dan royalti boleh dirujuk kepada nota dalam Bahagian B di ruangan B10 hingga B22. Bagi pembayar cukai yang tidak berdomisil di Malaysia semasa kematian, pendapatan ini dicukai daripada jumlah kasar.

PENDAPATAN KELAS KHAS DI BAWAH SEKSYEN 4A

Pendapatan-pendapatan berikut bagi seseorang yang bukan pemastautin di Malaysia dianggap terbit dari Malaysia dan boleh dikenakan cukai:

amaun yang dibayar untuk perkhidmatan yang diberi oleh

1 1 1 0 0

1 0 0 0 0 1 0 0 0 0

2 1 1 0 0

5 5 5 0 0 2

->>_>>_>>?

->>_>>_>>? <?

B36

Cukai ke atas yang pertama

Cukai ke atas baki

JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN (B35a + B35b)

Atas Kadar (%)

B35

B35a

PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN (Rujuk jadual kadar cukai yang disediakan)

->>_>>_>>_>?

->>_>>_>>_>?

, , ,

, , ,

, , ,

, , ,

.

.

, , , . ->>_>>_>>_>?

B35b

B36

Page 10: PINDAAN - hasil.gov.my · memperoleh surat kuasa. Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat kuasa dipanggil geran probet ( grant probate

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 9 -

seseorang berkaitan dengan penggunaan harta atau hak yang dipunyainya, atau pemasangan atau pengendalian apa-apa loji, mesin atau alat-alat lain yang dibeli daripada orang itu;

amaun yang dibayar sebagai balasan bagi nasihat teknikal, bantuan atau perkhidmatan-perkhidmatan yang diberi berkaitan dengan pengurusan teknikal atau pentadbiran bagi apa-apa skim, projek, ventur atau perusahaan saintifik, perindustrian atau perdagangan; atau

sewaan atau bayaran lain yang dibuat di bawah apa-apa perjanjian atau persetujuan bagi penggunaan apa-apa harta alih.

PENDAPATAN LAIN Pendapatan-pendapatan dari sumber lain sebagaimana dinyatakan di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK) antara negara-negara yang terlibat di mana pendapatan berkenaan adalah tertakluk kepada kadar cukai lain.

C35 _

C36

PENGIRAAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

Pembahagian pendapatan bercukai mengikut ketetapan kadar cukai masing-masing

Rujuk Lampiran F Buku Panduan untuk senarai kadar cukai bagi pendapatan-pendapatan berkenaan. Sekiranya ada negara atau kadar cukai yang tidak terdapat dalam senarai ini, sila rujuk dalam laman sesawang atau PPPDK negara berkenaan untuk senarai yang terkini.

Contoh: Pembayar cukai berdomisil di Australia semasa kematian dan harta pusaka ini menerima pendapatan faedah dan royalti.

Jumlah pendapatan yang tertakluk kepada kadar cukai 25% di C35a: RM50,500 Pendapatan faedah yang tertakluk kepada kadar cukai 15% di C35f: RM10,000 Pendapatan royalti yang tertakluk kepada kadar cukai 10% di C35d: RM25,000 Masukkan di ruang C35a, C35d, C35f dan C36 dalam Borang TP seperti berikut:

->>_>>_>>_>? <>_>>_>>_>>?

Pendapatan Bercukai Kadar (%) Cukai Yang Dikenakan

2 5 0 0 0 0

25 C35a

Pendapatan kasar tertakluk kepada kadar cukai lain

, , , . , , , 1 2 6 2 5 0 0 5 0 5 0 0

C36 ->>_>>_>>_>? , , , . JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN (C35a hingga C35g) C36

1 5 0 0 0 0

2 5 0 0 0

1 0 0 0 0

1 6 6 2 5 0 0

10 C35d <>_>>_>>_>>? ->>_>>_>>_>? , , , , , , . 15 C35f <>_>>_>>_>>? ->>_>>_>>_>? , , , , , , .

Page 11: PINDAAN - hasil.gov.my · memperoleh surat kuasa. Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat kuasa dipanggil geran probet ( grant probate

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 10 -

BAHAGIAN D : CUKAI KENA DIBAYAR / DIBAYAR BALIK

D1 D7

Jumlah cukai yang dikenakan adalah dari ruang B36 dalam Bahagian B atau dari ruang C36 dalam Bahagian C. TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 51 AKTA KEWANGAN 2007 (DIVIDEN)

Sertakan pengiraan di Helaian Kerja HK-3 sekiranya harta pusaka ini layak menuntut pembayaran balik seperti di ruang D7 Borang TP. Amaun D dari Helaian Kerja HK-3.

TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 110 (LAIN-LAIN)

Sila buat pengiraan di Helaian Kerja HK-6 untuk tolakan cukai seksyen 110 ke atas lain-lain pendapatan seperti faedah, royalti, pendapatan seksyen 4A dan pendapatan daripada amanah. Sertakan dokumen berkenaan bersama Helaian Kerja HK-6 sekiranya layak menuntut pembayaran balik.

Amaun B dari Helaian Kerja HK-6

PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 132

Tolakan cukai berhubung dengan pendapatan dari Malaysia yang dikenakan cukai di Malaysia dan juga di luar Malaysia. Rujuk Lampiran F Buku Panduan untuk menentukan negara-negara yang memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali dengan Malaysia. Rujuk Jadual 7 ACP 1967 dan Helaian Kerja HK-8 (Buku Panduan dalam laman sesawang) untuk membuat pengiraan kredit.

PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 133

Tolakan cukai berhubung dengan pendapatan dari Malaysia yang dikenakan cukai di Malaysia dan juga di luar Malaysia. Negara-negara ini tidak memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali dengan Malaysia. Rujuk Jadual 7 ACP 1967 dan Helaian Kerja HK-9 (Buku Panduan dalam laman sesawang) untuk membuat pengiraan kredit.

BAHAGIAN E: KEDUDUKAN CUKAI TAHUN TAKSIRAN 2013

ansuran yang telah dibuat bagi pendapatan tahun taksiran semasa ke ruang E2. Baki cukai kena dibayar hendaklah dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan. Gunakan Slip Pengiriman Bayaran (CP501) yang dilampirkan bersama borang apabila membuat bayaran di kaunter bayaran LHDNM atau menggunakan slip bayaran yang disediakan oleh pihak bank sekiranya membuat bayaran di kaunter CIMB Bank Berhad (CIMB), Public Bank Berhad (PBB), Malayan Banking Berhad (Maybank) Affin Bank Berhad (ABB) dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat).

Bagi harta pusaka yang TIDAK menjalankan perniagaan, tempoh akhir untuk menjelaskan baki cukai kena dibayar ialah pada 30 April 2014. Jika harta pusaka menjalankan perniagaan, bayaran mesti dijelaskan selewat-lewatnya pada 30 Jun 2014.

Page 12: PINDAAN - hasil.gov.my · memperoleh surat kuasa. Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat kuasa dipanggil geran probet ( grant probate

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 11 -

BAHAGIAN F: PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN YANG BELUM DILAPORKAN

F1

F3

Masukkan jumlah pendapatan yang diterima berkenaan sesuatu tahun terdahulu yang belum dilaporkan sebelum ini. Contoh: dividen yang dibayar dalam tahun 2012 tetapi baucar hanya diterima dalam tahun 2013.

Gunakan lampiran berasingan sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi.

BAHAGIAN G: MAKLUMAT PENDAPATAN PERNIAGAAN

G1

G3e

Cara pengiraan dan maklumat terperinci berkenaan bahagian ini boleh didapati dalam Helaian Kerja Buku Panduan Borang TP yang boleh diperoleh dari laman sesawang.

BAHAGIAN H: PERBELANJAAN KHAS, POTONGAN SELANJUTNYA DAN POTONGAN DUA KALI

Gunakan kod tuntutan yang disediakan di muka surat 14 nota penerangan ini.

BAHAGIAN J: TUNTUTAN INSENTIF

J1 J2

ELAUN PENINGKATAN EKSPORT PERKHIDMATAN

Rujuk kepada perkara 2, 3 dan 6 Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 9) 2002 [P.U. (A) 57] dan Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (Pindaan) 2006 [P.U. (A) 275] untuk menentukan kelayakan. Gunakan Helaian Kerja HK-1D untuk pengiraan.

PERBELANJAAN JADUAL 4

Baki perbelanjaan yang tidak dapat diserap sepenuhnya dalam tahun semasa (baki hantar hadapan) hendaklah dimasukkan ke ruang ini.

BAHAGIAN K: MAKLUMAT KEWANGAN HARTA PUSAKA

K1

K50

Bahagian ini hanya perlu diisi sekiranya harta pusaka ini mempunyai punca pendapatan perniagaan.

Masukkan butiran seperti yang disediakan dalam Akaun Perdagangan dan Untung Rugi serta Kunci Kira-Kira bagi tahun semasa dalam ruangan yang berkenaan sahaja.

BAHAGIAN L: MAKLUMAT PENDAPATAN YANG DIKECUALIKAN

L1

L5 Bahagian ini hanya perlu diisi sekiranya harta pusaka ini mempunyai punca pendapatan yang dikecualikan cukai pendapatan dalam tahun semasa.

Page 13: PINDAAN - hasil.gov.my · memperoleh surat kuasa. Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat kuasa dipanggil geran probet ( grant probate

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 12 -

AKUAN PENTADBIR HARTA PUSAKA

Isikan nama tuan selaku wasi/pentadbir kepada harta pusaka ini. Jika harta pusaka ini mempunyai lebih dari seorang wasi/pentadbir, hanya salah seorang daripada mereka yang perlu melengkapkan ruangan ini. Walau bagaimanapun, kesemua wasi/pentadbir adalah bertanggungjawab secara bersama ke atas urusan percukaian simati.

Potong jenis pengenalan yang tidak berkenaan dan isikan nombor pengenalan yang berkaitan. Nyatakan tarikh borang nyata ini dilengkapkan.

Borang nyata yang tidak diperakui dan ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan akan dikembalikan kepada tuan. Penalti akan dikenakan jika berlaku kelewatan dalam mengembalikan semula borang nyata ini kepada LHDNM.

MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANG MENYEDIAKAN BORANG NYATA INI

Bahagian ini perlu diisi, diperakui dan ditandatangani oleh ejen/wakil cukai yang menyediakan borang nyata ini sekiranya pentadbir harta pusaka menggunakan khidmat mereka.

Page 14: PINDAAN - hasil.gov.my · memperoleh surat kuasa. Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat kuasa dipanggil geran probet ( grant probate

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 13 -

JADUAL CUKAI

KATEGORI BANJARAN PENDAPATAN

BERCUKAI (a)

PENGIRAAN RM (b)

KADAR % (c)

CUKAI RM (d)

A 0 - 5,000 5,000 pertama 0 0

B 5,001 - 10,000 5,000 5,000

pertama berikutnya

2

0 100

C 10,001 - 20,000 10,000 10,000

pertama berikutnya

2

100 200

D 20,001 - 35,000 20,000 15,000

pertama berikutnya

6

300 900

E 35,001 - 50,000 35,000 15,000

pertama berikutnya

11

1,200 1,650

F 50,001 - 70,000 50,000 20,000

pertama berikutnya

19

2,850 3,800

G 70,001 - 100,000 70,000 30,000

pertama berikutnya

24

6,650 7,200

H Lebih 100,000 100,000 pertama setiap ringgit berikutnya

26

13,850 ..............

KOD NEGARA

Sebahagian negara-negara yang dikenalpasti. Tuan boleh merujuk kepada Lampiran E Buku Panduan Borang TP untuk mendapatkan senarai lengkap.

Nama Negara Kod Negara Nama Negara Kod

Negara Nama Negara Kod Negara

Australia AU Iran (Islamic R.O.) IR Philippines PH

Bangladesh BD Iraq IQ Saudi Arabia SA

Brunei BN Japan JP Singapore SG

Cambodia KH Korea, D.P.R. KP South Africa ZA

Canada CA Korea, R.O. KR Sri Lanka LK

China CN Laos, D.P.R. LA Taiwan TW

Denmark DK Malaysia MY Thailand TH

Hong Kong HK Myanmar MM United Kingdom GB

India IN New Zealand NZ United States US

Indonesia ID Pakistan PK Vietnam VN

Nota: R.O. = Republic of;

Page 15: PINDAAN - hasil.gov.my · memperoleh surat kuasa. Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat kuasa dipanggil geran probet ( grant probate

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 14 -

KOD TUNTUTAN TUNTUTAN / PERBELANJAAN KHAS

Kod Tuntutan

101 Peralatan untuk pekerja kurang upaya, atau belanja pengubahsuaian/penambahbaikan premis perniagaan bagi kemudahan pekerja kurang upaya

102 Terjemahan atau penerbitan buku yang diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka 103 Perbelanjaan perpustakaan (maksimum RM100,000) 104 Perbelanjaan kebajikan 105 Perbelanjaan pusat penjagaan kanak-kanak untuk pekerja sendiri 106 Penubuhan kumpulan kesenian yang diluluskan

107

Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian, kebudayaan dan warisan tempatan serta negara-negara asing: terhad RM500,000 bagi keseluruhan perbelanjaan terhad RM200,000 bagi penajaan kesenian, kebudayaan dan warisan dari negara asing

110 Perbelanjaan penyelidikan saintifik 114 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan teknologi maklumat 116 Sumbangan bagi membiayai perubatan atau rawatan penyakit serius 117 Latihan amali kepada individu bukan pekerja 120 Pelaburan dalam syarikat modal teroka 121 Hadiah komputer peribadi baru dan fi langganan jalur lebar bulanan kepada pekerja 122 Kos membangunkan laman jaring 137 Potongan bagi pelaburan dalam syarikat berstatus BioNexus 140 Potongan bagi perbelanjaan sebelum memulakan perniagaan yang berhubungan dengan

pengambilan pekerja 141 Potongan bagi manfaat dan pemberian daripada majikan kepada pekerja 144 Pendaftaran perbelanjaan cap dagangan dan paten

146 Potongan bagi sumbangan kepada Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat(Kumpulan Wang PPS)

148 Potongan bagi perbelanjaan fi francais 149 Potongan bagi perbelanjaan untuk mendapatkan pensijilan 1-InnoCERT

154 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan faedah dan kos sampingan dalam memperoleh pinjaman bagi projek terbengkalai

POTONGAN SELANJUTNYA Kod Tuntutan

201 Premium insurans bagi pengimportan kargo 202 Penggajian bagi pekerja kurang upaya 204 Premium insurans bagi pengeksportan kargo 205 Bayaran pengangkutan bagi eksport keluaran berasaskan rotan dan kayu 208 Premium insurans bagi kredit eksport 212 Potongan bagi bayaran pengangkutan dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung Malaysia 216 Potongan bagi promosi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia 217 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan saraan pekerja 218 Potongan bagi kos latihan kepada pekerja 219 Potongan premium bagi insurans kredit eksport berasaskan konsep takaful 221 Potongan bagi penyediaan taman asuhan kanak-kanak

Page 16: PINDAAN - hasil.gov.my · memperoleh surat kuasa. Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat Jika simati ada meninggalkan wasiat, surat kuasa dipanggil geran probet ( grant probate

Nota Penerangan Borang TP Sistem Taksir Sendiri

- 15 -

POTONGAN DUA KALI

Kod Tuntutan

301 Perbelanjaan hasil untuk penyelidikan yang diluluskan 302 Bayaran bagi penggunaan perkhidmatan institut atau syarikat penyelidikan yang diluluskan,

syarikat penyelidikan dan kemajuan atau syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak. 306 Perbelanjaan untuk menggalakkan eksport perkhidmatan profesional 317 Potongan bagi sumbangan tunai kepada Dana Bantuan Pelajar Miskin 1Malaysia