pengertian & sejarah kefardhuan solat balasan terhadap orang yang meninggalkan solat

20
Pengertian & Sejarah Kefardhuan Solat Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat Tempat Larangan Mengerjakan Solat Syarat Sah Solat Pakaian yang boleh digunakan untuk bersolat Rukun-rukun Solat Perkara yang membatalkan Solat Siri 1 BIJAK SOLAT Program Intensif Kemahiran Solat Tahun 6 Pasca UPSR 2008 لاة ص ق ج ي ب

Upload: mahola

Post on 24-Feb-2016

228 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

بيجق صلاة. BIJAK SOLAT. Program Intensif Kemahiran Solat Tahun 6 Pasca UPSR 2008.  Pengertian & Sejarah Kefardhuan Solat Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat Tempat Larangan Mengerjakan Solat Syarat Sah Solat Pakaian yang boleh digunakan untuk bersolat Rukun-rukun Solat - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

Pengertian & Sejarah Kefardhuan Solat Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat Tempat Larangan Mengerjakan Solat Syarat Sah Solat Pakaian yang boleh digunakan untuk bersolat Rukun-rukun Solat Perkara yang membatalkan Solat

Siri 1

BIJAK SOLATProgram Intensif Kemahiran Solat Tahun 6 Pasca UPSR 2008

بيجق صالة

Page 2: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

BIJAK SOLATبيجق صالة

Sabda Rasulullah saw..

Page 3: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

Sketsa

BIJAK SOLATبيجق صالة

"Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya

solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan)

keji dan mungkar" (Al-Ankabut : 45)

Page 4: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

TAKRIF SOLAT

BIJAK SOLATبيجق صالة

Dalam bahasa Arab, solat digunakan dengan makna BERDOA untuk kebaikan. Firman Allah SWT:

“Dan berdoalah untuk mereka, sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka.”

(Surah at-Taubah : 103)

Istilah Fuqaha’ : Ia adalah satu kalimah yang digunakan dengan makna – Perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam. Ia dinamakan solat kerana ia mengandungi pengertian kalimah tersebut dan doa merupakan sebahagian besar perkara yang terdapat dalam solat.

Page 5: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

 Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang 

diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia 

ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan 

kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat 

tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut 

diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula 

dikerjakan. 

SEJARAH SOLATSUBUH :Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

BIJAK SOLATبيجق صالة

TERBITAN OLEH : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2009

Page 6: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

ZOHOR :Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan

padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah

Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.Rakaat pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan.Rakaat kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan

dukacitanya dan juga anaknya.Rakaat ketiga : Tanda bersyukur dan memohon akan

keredhaan Allah SWT.Rakaat keempat : Tanda bersyukur kerana korbannya

digantikan dengan tebusan kibas.

BIJAK SOLATبيجق صالة

Page 7: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

ASAR :

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun.

Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus

lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama : Kelam dengan kesalahan.Rakaat kedua : Kelam dengan air laut.Rakaat ketiga : Kelam dengan malam.Rakaat keempat : Kelam dengan perut ikan Nun.

BIJAK SOLATبيجق صالة

Page 8: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

MAGHRIB :Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan

dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat

kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

BIJAK SOLATبيجق صالة

Page 9: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

ISYAK :Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi

Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya

penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang

akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya.Rakaat kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya

Nabi Harun.Rakaat ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun.

Rakaat keempat : Tanda dukacita terhadap anak Firaun

BIJAK SOLATبيجق صالة

Page 10: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

HIKMAH SOLAT

BIJAK SOLATبيجق صالة

Mengingatkan manusia kepada identitinya yang sebenar iaitu hamba kepada Allah SWT.

Jiwa manusia sentiasa merasakan bahawa tidak ada yang memberi bantuan dan nikmat yang sebenarnya melainkan Allah.

Manusia dapat menggunakan sebahagian daripada masa solatnya untuk bertaubat kepada Allah daripada dosa-dosa yang telah dilakukan.

Solat akan menjadi makanan / pengisian yang berterusan kepada aqidah keyakinan kepada Allah di dalam hati.

“Maka yang demikian itu (iaitu mandi lima kali sehari di sungai yang mengalir) umpama solat lima waktu. Allah

menghapuskan kesalahan-kesalahan (dosa) dengan menunaikannya.”

Sabda Rasulullah saw..

Page 11: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

BIJAK SOLATبيجق صالة

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini

bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu

Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda,

apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Page 12: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

BIJAK SOLATبيجق صالة

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu

mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Page 13: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

BIJAK SOLATبيجق صالة

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah

dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :

• Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah. • Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya. • Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

Page 14: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

TEMPAT LARANGAN BERSOLAT

“Aku diberi lima perkara yang tidak diberi kepada mana-mana Nabi sebelumku…

(salah satu antara lima itu) … dan dijadikan bumi dan seluruh tanahnya masjid dan suci.

Maka di mana sahaja aku berada, aku akan menunaikan solat padanya.”

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

BIJAK SOLATبيجق صالة

Sabda Rasulullah saw..

Page 15: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

TEMPAT LARANGAN BERSOLATTempat pembuangan najis atau tempat najis.

Tempat penyembelihan binatang – bagi mengelakkan najis binatang.Kawasan perkuburan – bagi mengelakkan najis danmenghadap kubur.Di tengah-tengah jalanraya kerana hati akan sentiasaSibukkan orang dan kenderaan yang lalu-lalang.Bilik air, kerana ia tempat perlindungan syaitan.Tempat perteduhan binatang, kerana baunya yang kuatakan mengganggu solat.Di atas Kaabah.

BIJAK SOLATبيجق صالة

Page 16: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

SYARAT SAH SOLAT

Beragama Islam.Baligh.Suci daripada hadas.Suci seluruh anggota badan, pakaian dan tempat.Menutup aurat. Aurat bagi wanita, seluruh tubuhnyakecuali muka dan kedua tapak tangannya. Sedangkan aurat bagi laki-laki ialah antara pusat dan lutut.Telah masuk waktu solat yang telah ditentukan.

Menghadap ke arah kiblat.

BIJAK SOLATبيجق صالة

Page 17: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

CONTOH PAKAIAN UNTUK BERSOLAT

BIJAK SOLATبيجق صالة

Page 18: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

RUKUN SOLAT MENURUT MAZHAB SYAFI’I

Niat.

Takbiratul Ihram.

Berdiri tegak bagi yang mampu ketika solat fardhu. Manakala bagi yang tidak mampu, disebabkan sakit & sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring, terlentang atau dengan isyarat.Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.

Rukuk dengan tomakninah.

Membaca selawat ke atas Nabi pada tasyahud akhir.

Membaca salam yang pertama.

I’tidal dengan tomakninah.

Sujud dua kali dengan tomakninah.

Duduk antara dua sujud dengan tomakninah.

Duduk tasyahud akhir dengan tomakninah.

Membaca tasyahud akhir.

Tertib. Ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

Page 19: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

Jika salah satu rukunnya tidak dikerjakan / sengaja ditinggalkan.

Berlaku hadas kecil dan hadas besar.

Terkena najis secara langsung yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian /tempat solat.Berkata-kata dengan percakapan luar solat dengan 2 perkataan yang boleh difahami.Terbuka auratnya dengan sengaja.

Mendahului imamnya.

Makan dan minum walaupun hanya sedikit.

Mengubah niat ketika sedang bersolat.

Membelakangi kiblat.

Menambah rukun.

Murtad.

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

Bergerak besar berturut-turut sebanyak 3 kali seperti melangkah / berjalan.

Tertawa terbahak-bahak. Senyum tidak membatalkan solat.

Page 20: Pengertian &  Sejarah Kefardhuan Solat  Balasan Terhadap Orang Yang Meninggalkan Solat

BIJAK SOLATبيجق صالة