assigment dr kamisan kumpulan hampir siap

29
RANCANGAN PERNIAGAAN ROTI d’ FLY TUJUAN DAN OBJEKTIF PERNIAGAAN Perniagaan Roti d Fly diwujudkan berdasarkan beberapa idea yang dicetuskan melalui situasi semasa yang wujud pada masa kini. Antaranya ialah mengikut kehendak masyarakat semasa yang mementingkan sesuatu yang cepat, mudah dan ringkas. Bersesuaian dengan konsep yang dibawa oleh perniagaan ini, kehendak tersebut mungkin akan dapat dipenuhi. Selain itu, perubahan teknologi yang pesat juga adalah antara cetusan idea untuk mewujudkan perniagaan tersebut di mana aplikasi teknologi terkini yang cuba diterapkan adalah sebuah mesin pintar yang cepat dan canggih yang akan melancarkan urusan perniagaan yang dijalankan. Idea perniagaan Roti d Fly ini juga dicetuskan ekoran daripada percampuran budaya yang berlaku di dalam negara kita terutamanya budaya-budaya dari negara luar yang sememangnya membawa pengaruh yang agak besar kepada masyarakat di Malaysia terutamanya dari segi gaya hidup dan juga makanan. Di samping itu juga, idea mewujudkan perniagaan Roti d Fly tercetus hasil daripada sikap masyarakat yang mementingkan aspek kesihatan dari segi pengambilan makanan yang seimbang untuk gaya hidup yang lebih sihat. Memandangkan konsep perniagaan Roti d Fly adalah perniagaan berasaskan roti, maka bersesuaianlah dengan gaya hidup masyarakat yang mementingkan makanan yang seimbang kerana roti merupakan sebahagian daripada makanan seimbang. Berdasarkan cetusan-cetusan idea ini, perniagaan Roti d Fly dirasakan boleh berjaya kerana perniagaan seumpama ini masih belum diterokai dan diusahakan oleh mana-mana usahawan di Malaysia. Jadi, peluang perniagaan untuk maju adalah tinggi di samping konsep yang di 1

Upload: pshan88

Post on 26-Jun-2015

274 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assigment Dr Kamisan Kumpulan Hampir Siap

RANCANGAN PERNIAGAAN ROTI d’ FLY

TUJUAN DAN OBJEKTIF PERNIAGAAN

Perniagaan Roti d’Fly diwujudkan berdasarkan beberapa idea yang dicetuskan melalui

situasi semasa yang wujud pada masa kini. Antaranya ialah mengikut kehendak masyarakat

semasa yang mementingkan sesuatu yang cepat, mudah dan ringkas. Bersesuaian dengan

konsep yang dibawa oleh perniagaan ini, kehendak tersebut mungkin akan dapat dipenuhi.

Selain itu, perubahan teknologi yang pesat juga adalah antara cetusan idea untuk mewujudkan

perniagaan tersebut di mana aplikasi teknologi terkini yang cuba diterapkan adalah sebuah

mesin pintar yang cepat dan canggih yang akan melancarkan urusan perniagaan yang

dijalankan.

Idea perniagaan Roti d’Fly ini juga dicetuskan ekoran daripada percampuran budaya

yang berlaku di dalam negara kita terutamanya budaya-budaya dari negara luar yang

sememangnya membawa pengaruh yang agak besar kepada masyarakat di Malaysia

terutamanya dari segi gaya hidup dan juga makanan. Di samping itu juga, idea mewujudkan

perniagaan Roti d’Fly tercetus hasil daripada sikap masyarakat yang mementingkan aspek

kesihatan dari segi pengambilan makanan yang seimbang untuk gaya hidup yang lebih sihat.

Memandangkan konsep perniagaan Roti d’Fly adalah perniagaan berasaskan roti, maka

bersesuaianlah dengan gaya hidup masyarakat yang mementingkan makanan yang seimbang

kerana roti merupakan sebahagian daripada makanan seimbang.

Berdasarkan cetusan-cetusan idea ini, perniagaan Roti d’Fly dirasakan boleh berjaya

kerana perniagaan seumpama ini masih belum diterokai dan diusahakan oleh mana-mana

usahawan di Malaysia. Jadi, peluang perniagaan untuk maju adalah tinggi di samping konsep

yang di bawa oleh perniagaan ini sendiri yang menepati kehendak pelanggan yang

1

Page 2: Assigment Dr Kamisan Kumpulan Hampir Siap

mementingkan sesuatu yang mudah, cepat dan berkualiti. Sebagaimana yang diketahui,

Malaysia merupakan destinasi tumpuan pelancong luar negara dan terdapat segelintir daripada

mereka yang tidak memilih makanan berasaskan nasi kerana mereka sudah biasa di negara

sendiri yang menjadikan roti sebagai makanan utama. Selain itu juga, perniagaan Roti d’Fly

merupakan perniagaan yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat tidak mengira umur

kerana sajian roti sesuai dan menepati citarasa semua lapisan masyarakat. Jadi, dirasakan

bahawa perniagaan ini akan berjaya dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Selain konsep perniagaan yang berasaskan roti, Roti d’Fly juga menawarkan satu lagi

tarikan kepada para pelanggan iaitu penggunaan mesin pintar yang mempercepatkan proses

tempahan makanan dan proses pembayaran. Dengan adanya mesin pintar ini, para pelanggan

tidak perlu mengambil masa yang agak lama untuk membuat pesanan makanan dan mesin

tersebut diumpamakan sebagai pengganti pelayan yang mengambil pesanan makanan.

Penggunaan paparan menu yang menarik dan menggunakan skrin sentuhan pasti akan dapat

menarik pelanggan untuk datang ke premis tersebut. Oleh itu, berdasarkan kepada pernyataan-

pernyataan di atas dirasakan perniagaan ini akan berjaya dan akan mendapat sambutan

daripada para pelanggan.

2

Page 3: Assigment Dr Kamisan Kumpulan Hampir Siap

1. MISI PERNIAGAAN

Misi perniagaan Roti d’Fly adalah “Meningkatkan keuntungan, mengembangkan

usahasama dengan beberapa syarikat yang lain serta memastikan pertumbuhan yang

berterusan dari setahun ke setahun melalui pemberian perkhidmatan yang berkualiti di

samping menjamin keselesaan para pelanggan yang berkunjung ke restoran tersebut”.

2. OBJEKTIF PERNIAGAAN

a) Jangka Pendek

Memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat dari aspek pemilihan makanan yang

baik dan sihat.

Menjadikan Roti d’Fly dikenali dan digemari oleh semua lapisan masyarakat di

negara.

Menjadikan Roti d’Fly sebagai sebuah restoran yang menggunakan teknologi terkini

bagi memudahkan urusan jual beli serta menjimatkan penggunaan masa dan tenaga

buruh.

b) Jangka Panjang

Meluaskan perniagaan ke peringkat dunia.

Mewujudkan hubungan kerjasama dengan syarikat-syarikat lain.

Memperkenalkan Roti d’Fly setaraf dengan jenama antarabangsa.

3

Page 4: Assigment Dr Kamisan Kumpulan Hampir Siap

3. PELAN TINDAKAN

a. Tinjauan terhadap mesin dan sambutan terhadap menu.

Sebelum memulakan perniagaan Roti d’Fly, tinjauan sambutan pelanggan terhadap menu

yang ditawarkan perlu dilakukan agar kita dapat menilai sejauhmana penerimaan pelanggan

terhadap menu yang diperkenalkan iaitu dengan melihat respon pelanggan terhadap produk

yang kita tawarkan sama ada diterima atau tidak. Contohnya kita menggunakan beberapa

orang respondan untuk mencuba satu jenis makanan yang berasaskan roti dan melihat respon

mereka terhadap makanan tersebut. Daripada respon yang diperolehi, maka kita akan dapat

membuat keputusan sama ada akan meneruskan perniagaan yang dirancang atau sebaliknya.

Keadaan yang sama juga dilihat pada tinjauan yang dibuat ke atas mesin pintar yang akan

dibeli untuk digunakan di dalam perniagaan tersebut. Tinjauan dilakukan untuk mengetahui

sejauhmana keberkesanan penggunaan mesin tersebut di beberapa premis perniagaan di luar

negara dan jika hasil tinjauan adalah positif, maka dari situlah keputusan untuk pembelian

mesin tersebut dibuat.

b. Menempah mesin dari luar negara serta membuat ujian dari segi keselamatan,

keberkesanan dan kecekapan.

Pembelian mesin dibuat dari New Zealand setelah tinjauan dibuat ke atas beberapa premis

perniagaan yang menggunakan mesin tersebut dan respon yang diperolehi. Mesin tersebut

dibeli pada harga RM 200,000 dan akan digunakan sebagai sistem pesanan yang cepat, mudah

serta canggih. Sebelum itu, mesin tersebut akan diuji terlebih dahulu dari segi keberkesanan,

kecekapan dan keselamatan sebelum digunakan di dalam perniagaan Roti d’Fly.

4

Page 5: Assigment Dr Kamisan Kumpulan Hampir Siap

c. Memilih lokasi perniagaan

Lokasi perniagaan merupakan aspek penting dalam mewujudkan sesebuah perniagaan. Jadi,

lokasi bagi mewujudkan perniagaan Roti d’Fly adalah di kawasan pusat bandar yang

seringkali menjadi tumpuan ramai dan sentiasa dipenuhi dengan komuniti manusia seperti

pelajar universiti, pekerja kerajaan dan pelancong asing. Lokasi tersebut dipilih kerana

kedudukannya yang strategik dan kawasan tersebut mempunyai potensi yang baik untuk

sesebuah perniagaan yang baru diwujudkan dan bertepatan dengan kelainan konsep yang

dibawa, maka secara langsung perniagaan Roti d’Fly akan mendapat sambutan yang

menggalakkan.

d. Melakukan pengubahsuaian bangunan yang disewa

Setelah bangunan kedai disewa, pengubahsuaian akan dilakukan mengikut konsep yang

dibawa oleh perniagaan Roti d’Fly. Pengubahsuaian dilakukan mengikut konsep sebuah

restoran yang dapat menarik perhatian pelanggan yakni dari segi warna yang dipilih serta

susunan perabot di dalam restoran tersebut. Elemen-elemen tersebut juga penting bagi

menarik perhatian pelanggan yang berkunjung ke Roti d’Fly.

e. Membuat pinjaman daripada Bank

Modal perniagaan Roti d’Fly diperolehi daripada simpanan peribadi daripada empat orang

rakan kongsi dan juga pinjaman daripada bank. Setiap rakan kongsi menyumbangkan modal

sebanyak RM 30,000 seorang dan menjadikan jumlahnya sebanyak RM 120,000. Pinjaman

bank yang dibuat adalah sebanyak RM 350,000 dan jumlah tersebut adalah modal yang akan

digunakan untuk membuka perniagaan Roti d’Fly.

5

Page 6: Assigment Dr Kamisan Kumpulan Hampir Siap

f. Mencari pembekal bahan mentah, mengupah pekerja dan membeli peralatan

Proses seterusanya adalah mencari pembekal bahan mentah yang akan digunakan oleh Roti

d’Fly. Pembekal tersebut akan membekalkan bahan mentah tepat pada masanya seperti yang

diminta untuk mengelakkan sebarang kelewatan dan pelbagai lagi masalah lain. Bagi

melancarkan operasi sesebuah perniagaan, pekerja diperlukan untuk melicinkan lagi proses

perniagaan. Sebanyak 20 orang pekerja diperlukan bagi melicinkan proses perniagaan kerana

perniagaan Roti d’Fly beroperasi selama 24 jam dan memerlukan pekerja yang ramai untuk

bertukar-tukar syif. Selain itu, peralatan-peralatan yang diperlukan untuk menjalankan

perniagaan makanan berasaskan roti dibeli dan peralatan tersebut perlulah berkualiti untuk

digunakan dalam jangka masa yang panjang.

g. Menjalankan promosi

Promosi merupakan elemen penting dalam memperkenalkan sesebuah perniagaan kepada

masyarakat dan promosi merupakan langkah awal pengenalan sesebuah perniagaan. Roti

d’Fly akan menjalankan promosi ketika majlis pelancaran diadakan. Promosi yang dilakukan

adalah dengan cara memberikan peluang kepada pelanggan untuk mencuba beberapa menu

yang ditawarkan oleh Roti d’Fly dan publisiti juga dilakukan dengan cara mengiklankan Roti

d’Fly di ruangan iklan di surat khabar dan juga mengedarkan risalah yang memaparkan

beberapa menu yang terdapat di Roti d’Fly sebagai satu cara mempromosikan perniagaan

yang dijalankan.

h. Perniagaan dijalankan

Setelah selesai perkara-perkara di atas diuruskan, perniagaan akan berjalan seperti yang

dirancang menggunakan segala elemen-elemen yang melengkapkan perniagaan tersebut.

6

Page 7: Assigment Dr Kamisan Kumpulan Hampir Siap

4. ANGGARAN KOS MEWUJUDKAN ROTI d’FLY

Anggaran kos yang diperlukan untuk mewujudkan perniagaan makanan berasaskan roti iaitu

Roti d’Fly adalah dalam lingkungan RM 440,000 di mana jumlah tersebut merangkumi

beberapa perkara yang diambil kira seperti, harga mesin, peralatan, bahan mentah, utiliti

termasuk air dan elektrik dan juga mesin adunan untuk membuat roti.

Perkara Jumlah

Mesin Pintar RM 200,000

Peralatan RM 200,000

Bahan Mentah RM 15,000 (untuk 3 bulan pertama)

Perbelanjaan Utiliti RM 15,000 (untuk 3 bulan pertama)

Mesin Adunan RM 10,000

Jumlah RM 440,000

7

Page 8: Assigment Dr Kamisan Kumpulan Hampir Siap

PENJELASAN MENGENAI PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN

Beberapa sesi temuduga dilakukan setelah borang permohonan jawatan kosong

diedarkan bagi memenuhi keperluan tenaga buruh. Tenaga buruh yang digajikan adalah

mereka yang memiliki pengalaman kerja di mana-mana syarikat ataupun restoran sebelum

bekerja di Roti d’ Fly. Pengambilan tenaga kerja tidaklah memberi keutamaan terhadap

kelayakan akademik sebaliknya memberi tumpuan kepada kemahiran, kecekapan dan

pengalaman kerja. Hal ini kerana, kemahiran dan kecekapan diperlukan bagi melancarkan

segala urusan perniagaan supaya tidak berlaku sebarang kesilapan yang dapat menimbulkan

rasa tidak puas hati pelanggan terhadap perkhidmatan yang dilakukan.

Namun, bukanlah taraf kelulusan akademik tidak langsung diambil perhatian, tetapi

menjadikan aspek ini di tempat kedua kerana akademik juga penting sebagai asas kepada

setiap pekerjaan. Selain itu, kemahiran komunikasi juga turut menjadi faktor penting dalam

proses pengambilan pekerja. Hal ini kerana bekerja di restoran memerlukan seseorang itu

berinteraksi dengan para pelanggan. Kemahiran komunikasi yang baik dapat menarik minat

pelanggan dan secara tidak langsung urusniaga dapat dilakukan dengan baik dan berkesan.

Selain itu, aspek disiplin turut dititikberatkan dalam proses mengambil pekerja-pekerja

restoran. Bagi mereka yang pernah bekerja di mana-mana restoran ataupun syarikat-syarikat

pada sebelum ini, status kehadiran ke tempat kerja perlu disiasat supaya pihak restoran tidak

tersalah mengambil pekerja. Sekiranya prestasi kedatangannya bagus, maka pekerja tersebut

memiliki disiplin yang baik. Tahap disiplin diri pekerja juga dinilai berdasarkan ketepatan

waktu datang dan balik dari tempat kerja. Ketepatan waktu menunjukkan bahawa pekerja

tersebut sememangnya memiliki komitmen yang tinggi terhadap pekerjaan yang dilakukan.

8

Page 9: Assigment Dr Kamisan Kumpulan Hampir Siap

Walaubagaimanapun, pekerja-pekerja yang dipilih untuk mengisi kekosongan jawatan

tetap akan diberi latihan pembangunan supaya kemahirannya dapat ditingkatkan dari semasa

ke semasa terutamanya dari aspek penggunaan mesin supaya seiring dengan perkembangan

teknologi. Beberapa jenis latihan dilakukan seperti latihan sambil bekerja iaitu pekerja akan

mempelajari sesuatu kemahiran dan pekerjaan dengan melakukan kerja itu sendiri dengan

bantuan penyelia. Kaedah pusingan kerja juga boleh dilakukan iaitu dengan menukarkan

pekerja kepada pekerjaan yang lain selepas melakukan pekerjaan yang sama selama beberapa

bulan.

Latihan perantisan juga sesuai dilakukan bagi meningkatkan kemahiran para pekerja

terutamanya pekerja-pekerja baru. Mereka akan diletakkan bersama pekerja yang telah mahir

dan melihat cara mereka bekerja. Secara tidak langsung mereka akan memiliki kemahiran

yang sama dengan pekerja yang telah mahir.

Setiap perniagaan memerlukan kaki tangan ataupun tenaga kerja yang setia dengan

pekerjaannya. Oleh yang demikian, beberapa kaedah dilakukan bagi mengenalpasti tahap

kesetiaan seorang pekerja terhadap pekerjaannya. Antaranya ialah, penggunaan Punch Card.

Penggunaan sistem ini dapat menunjukkan bahawa seseorang pekerja itu sentiasa menepati

waktu kerjanya. Ketepatan waktu ini menunjukkan komitmennya terhadap pekerjaan yang

telah dipertanggungjawabkan. Kebiasaannya, penggunaan CCTV juga dapat memastikan

kesetiaan pekerja-pekerja kerana setiap tingkah laku dan pergerakan pekerja-pekerja dapat

direkod dan dipantau oleh pengurusan atasan. Oleh yang demikian, masalah ponteng kerja

dapat dikenalpasti.

Selain itu, pihak atasan turut membangunkan laman sosial seperti Blog untuk

mendapatkan komen daripada pekerja-pekerja mengenai tahap pekerjaan seseorang pekerja.

Hasil daripada aduan ini, pihak atasan akan membuat pantauan terhadap pekerja terbabit dan

9

Page 10: Assigment Dr Kamisan Kumpulan Hampir Siap

tindakan yang sewajarnya akan diambil. Restoran juga akan menyediakan peti aduan di

kaunter bagi mendapatkan komen daripada pelanggan-pelanggan terhadap layanan pekerja-

pekerja kepada para pelanggan yang berkunjung ke Roti d’ Fly.

Demi memastikan perniagaan ini tidak mendapat ancaman daripada pihak lain, Roti d’

Fly telah mengambil akauntan sebagai editor pengaliran keluar dan masuk wang dan hasil

perniagaan. Hal ini bertujuan untuk mengelak berlakunya penyelewengan dan kesilapan

dalam urusan pengrekodan kewangan perniagaan ini. Selain itu, Roti d’ Fly turut memiliki

peguam tersendiri bagi menasihati segala hal yang melibatkan undang-undang dan peraturan.

Perkara ini dilakukan bagi memastikan segala urusniaga dilakukan secara sah dan tidak

melanggar mana-mana peraturan. Di samping itu, Patent Agent turut diambil sebagai

pelindung dan pemantau terhadap hak cipta yang telah dipatenkan agar tidak diplagiat oleh

mana-mana perusahaan yang lain.

Perniagaan Roti d’ Fly merupakan sebuah perniagaan berbentuk perkongsian.

Perniagaan berbentuk perkongsian dipilih kerana beberapa sebab-sebab tertentu. Sebab yang

paling utama adalah setiap rakan kongsi mempunyai minat yang mendalam terhadap makanan

berasaskan roti kerana perniagaan ini dapat memberi pulangan yang baik pada masa hadapan.

Antara faktor-faktor lain adalah dari aspek pengumpulan modal. Melalui perkongsian, modal

dapat dikumpul dalam jumlah yang besar bagi memulakan perniagaan.

Perniagaan berbentuk perkongsian juga dapat menggabungkan kemahiran dan

kepakaran yang berbeza antara satu sama lain dan seacra langsung dapat melakukan

perbincangan secara khusus antara rakan kongsi. Selain itu, segala risiko dan kerugian

ditanggung bersama-sama dan hal ini dapat mengurangkan bebanan yang dipikul. Semasa

ketiadaan rakan kongsi kerana terlibat dengan hal-hal tertentu, perniagaan masih boleh

diteruskan kerana rakan kongsi lain boleh menguruskannya.

10

Page 11: Assigment Dr Kamisan Kumpulan Hampir Siap

PENJELASAN TERHADAP PRODUK DAN PERKHIDMATAN

1. Deskripsi produk

Restoran Roti d’fly berkonsepkan teknologi terkini iaitu mempunyai mesin pintar untuk

mengambil dan membayar pesanan, mesin ini berasal dari New Zealand dan masih belum

diterokai lagi di pasaran Malaysia. Roti d’fly berorientasikan teknologi berbanding restoran

makanan yang lain lebih berorientasikan buruh. Roti d’ fly mesra kepada pelanggan,

pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk menempah makanan, mereka hanya perlu

menekan butang yang menunjukkan menu yang dikehendaki di mesin pintar yang disediakan

dan secara automatik tempahan mereka akan sampai ke kaunter utama, kaedah ini cepat

mudah dan menjimatkan masa. Pelanggan juga tidak perlu untuk membayar makanan yang

ditempah kerana mereka hanya perlu membayar di mesin dan mesin tersebut akan

menghitung berdasarkan tempahan yang telah dibuat dan pulangan wang jika terdapatnya

baki.

2. Konsep

Konsep ini sudah ada di negara luar tetapi belum tersebar di negara kita , maka kita perlu

mengambil konsep dari luar negara dan dibawa masuk ke dalam negara dan diasimilasi

dengan keadaan dan situasi di Malaysia. Duit yang diperlukan adalah bergantung kepada

kemampuan peniaga sendiri jika mampu mereka boleh pergi sendiri ke tempat yang

mengeluarkan mesin pintar dan tempat yang telah mengaplikasikan teknologi tersebut dalam

perniagaan mereka. Jika usahawan tersebut tidak mahu pergi sendiri mereka boleh

menanyakan kepada pakar atau melayari internet, mereka juga boleh berjumpa konsultan

untuk berbincang tentang konsep yang ingin digunakan dalam perniagaan.

11

Page 12: Assigment Dr Kamisan Kumpulan Hampir Siap

3. Perancangan Masa Depan

Saya telah merancang untuk mematenkan nama, logo dan senarai menu bagi mengelakkan

plagiat daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika kita telah mematenkannya maka

kita boleh mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang cuba melakukan sabotaj

ke atas perniagaan dan hak kita. Paten kita dilindungi oleh undang-undang dan ini dapat

mengekang kegiatan plagiat daripada berlaku.

4. Perbezaan Perniagaan ini dengan Perniagaan lain yang telah berada di pasaran.

Konsep perniaagaan saya berbeza dengan perniaagaan lain. Restoran saya lebih kepada sistem

layan diri berbanding layanan oleh pelanggan dari restoren lain. Konsep ini lebih cepat dan

menjimatkan masa pengguna untuk menempah makanan berbanding menempah makanan

daripada pelayan serta kos kerana dapat mengurangkan kos bagi mengupah pekerja. Roti d’fly

berorientasikan teknologi berbanding restoran makanan yang lain lebih berorientasikan buruh.

Roti d’ fly mesra kepada pelanggan, pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk menempah

makanan, mereka hanya perlu menekan butang yang menunjukkan menu yang dikendaki di

mesin pintar yang disediakan dan secara automatik tempahan mereka akan sampai ke kaunter

utama, kaedah ini cepat mudah dan menjimatkan masa. Pelanggan juga tidak perlu untuk

membayar makanan yang ditempah kerana mereka hanya perlu membayar di mesin dan mesin

tersebut akan menghitung berdasarkan tempahan yang telah dibuat dan pulangan wang jika

terdapatnya baki.

12

Page 13: Assigment Dr Kamisan Kumpulan Hampir Siap

5. Jaminan kepada Pelanggan

Perniagaan kami menawarkan jaminan pulangan sehingga 50 peratus jika makanan atau servis

yang dikenakan tidak menepati cita rasa pengguna. Pengguna boleh mendapatkan kembali

semula wang mereka tanpa perlu melalui birokrasi. Perniagaan kami berasaskan kepada

‘customer is the king and always rights’.

6. Produk / perkhidamatan lain yang boleh dihasilkan

Perkhidmatan lain yang boleh dibangunkan atau dihasilkan daripada perniagaan ini ialah

cyber cafe di dalam restoran, ia juga turut memberi faedah kepada perniagaan kita, kerana

apabila pelanggan masuk untuk melayari internet di cyber cafe mereka akan turut menempah

makanan serta minuman, keadaan ini menguntungkan perniagaan saya dan membawa

keuntungan yang lebih.

PERANCANGAN PELANGGAN RESTORAN ROTI D’ FLY

Restoran Roti d’ Fly dirancang untuk dibuka di lokasi yang menjadi tempat tumpuan

ramai orang iaitu di bandar besar seperti di Kuala Lumpur, Shah Alam, Ipoh dan lain-lain

bandar besar. Pemilihan kawasan atau lokasi yang strategik amat penting kerana perniagaan

ini berasaskan teknologi terkini serta makanan yang ditawarkan adalah berasaskan roti. Oleh

yang demikian, sasaran pelanggan yang paling utama adalah golongan yang bekerja dan sibuk

serta selalu mengejar masa contohnya ahli perniagaan, para artis, model, para pekerja

korporat, pekerja pejabat dan orang-orang yang mempunyai kerjaya di bandar. Walaupun

perniagaan ini sesuai untuk semua lapisan umur dan masyarakat tetapi kita sedia maklum

bahawa orang-orang yang sibuk dan mengejar masa biasanya akan mengunjungi restoran ini

kerana satu tarikan yang unik terdapat pada restoran ini iaitu tempahan makanan dan

minuman melalui mesin pintar yang cepat, pantas serta menjimatkan masa mereka.

13

Page 14: Assigment Dr Kamisan Kumpulan Hampir Siap

Restoran Roti D’ Fly adalah berasaskan roti sebagai menu utama dan perniagaan

seperti ini adalah restoran pertama yang terdapat di Malaysia. Selain itu, restoran ini juga

dijalankan melalui mesin pintar yang digunakan untuk menempah makanan mengikut citarasa

sendiri berserta dengan harga makanan yang dibeli. Kita sedia maklum bahawa para

pelanggan memerlukan makanan sebagai keperluan asas yang utama dan melalui restoran

makanan berasaskan roti ini. Roti dapat menggantikan nasi dalam makanan seharian dan

dapat membekalkan tenaga yang mencukupi serta menyihatkan dan cepat mengenyangkan. Di

restoran ini terdapat banyak pilihan yang menawarkan menu yang berlainan jenis dan melalui

bantuan mesin tempahan yang cepat dan mudah maka orang ramai akan merasa mudah serta

dapat menjimatkan masa mereka.

Sasaran pelanggan adalah tidak mengira lapisan umur iaitu daripada kanak-kanak,

golongan remaja, golongan dewasa dan juga sesuai untuk golongan tua. Bagi kanak-kanak

makanan berasaskan roti ini akan menarik minat mereka melalui hiasan yang cantik dan

menarik di samping pilihan yang sesuai dengan jiwa mereka. Bagi golongan remaja pula,

restoran ini menawarkan harga yang berpatutan dan mampu dibeli oleh mereka kerana

restoran kami menawarkan harga di bawah RM10 sahaja. Selain itu, hidangan menu juga

sesuai untuk golongan remaja yang gemar keluar bersama rakan-rakan dan meminati makanan

berasaskan roti dengan pelbagai perisa dan hiasan yang menarik. Dalam restoran kami juga

menawarkan pelbagai kemudahan seperti tandas, wifi, tempat basuh tangan, cermin dan

keperluan pelanggan yang lain.

Bagi golongan dewasa pula, terutamanya yang sibuk bekerja amat sesuai untuk

mengunjungi dan membeli makanan di restoran ini kerana servisnya yang pantas dan

makanan yang sesuai untuk keperluan serta mengikut citarasa mereka. Di samping itu, roti

cepat mengenyangkan dan tidak akan menggemukkan sesuai dengan selera orang yang

14

Page 15: Assigment Dr Kamisan Kumpulan Hampir Siap

mengamalkan diet makanan yang seimbang dan sihat. Terdapat banyak pilihan menu yang

diinovasiakan melalui penggunaan roti agar para pelanggan dapat membuat pilihan yang

sesuai dengan citarasa mereka. Bagi golongan tua pula, roti yang lembut amat sesuai untuk

dinikmati oleh mereka kerana restoran kami turut menawarkan makanan berasaskan roti

mengikut kehendak dan citarasa golongan ini.

Perniagaan restoran Roti d’Fly kami telah memfokuskan kepada pemetakan

pemasaran berasaskan demografi. Kami memilih pemetakan pasaran secara demografi kerana

kami mengambil kira sasaran pelanggan berasaskan golongan setiap lapisan umur, jantina,

saiz keluarga, gaya hidup sesebuah keluarga, pendapatan, pekerjaan, pendidikan, agama,

bangsa, warganegara dan generasi. Keadaan geografi juga telah diambil kira iaitu pemilihan

lokasi di bandar besar yang mempunyai ramai tumpuan masyarakat. Pemetakan pasaran

mengikut demografi ini amat sesuai dengan konsep perniagaan kami kerana sasaran kami

merangkumi kesemua elemen yang terdapat dalam aspek demografi. Hal ini adalah kerana

restoran Roti d’Fly sememangnya ditawarkan untuk set keluarga, individu, pasangan dan

bebas mengikut kemahuan para pelanggan.

Restauran ini dianggap lebih sesuai terhadap golongan remaja untuk bersantai bersama

teman-teman, melayari internet kerana terdapat kemudahan wifi, tempat menyambut hari lahir

dan sesuatu acara bermakna secara kecil-kecilan. Di samping itu, menu yang ditawarkan amat

sesuai dengan citarasa remaja yang gemar akan makanan seperti yang ditawarkan serta

mampu dibeli oleh mereka kerana harga yang ditawarkan adalah murah sepadan dengan

makanan yang diingini. Selain golongan remaja, bagi golongan yang sibuk bekerja juga akan

tertumpu kepada restoran yang menawarkan perkhidmatan yang cekap dan pantas ini selain

harga yang murah serta menu pilihan yang banyak. Peningkatan ini dapat dilihat melalui

15

Page 16: Assigment Dr Kamisan Kumpulan Hampir Siap

peningkatan permintaan terhadap roti jenama Gardenia kerana roti yang digunakan di

restauran kami adalah keluaran Gardenia.

Bagi membantu meningkatkan lagi keuntungan perniagaan dan pelanggan, maka

perniagaan restoran kami turut menggunakan khidmat orang yang berpengalaman dalam

perniagaan seperti perunding perkhidmatan dan perniagaan, konsultan, akauntan, peguam dan

juga penasihat perniagaan iaitu pihak bank. Melalui tips-tips perniagaan yang diberikan, maka

kami dapat memperbaiki kelemahan dan seterusnya mampu bersaing serta mengembangkan

sayap perniagaan Restoran D’Fly di peringkat antarabangsa. Khidmat daripada golongan ini

amat penting kerana mereka sudah biasa dengan selok belok perniagaan serta mampu

meramal perkara yang akan berlaku pada masa akan datang serta perkara yang mempengaruhi

untung dan rugi sesebuah perniagaan yang dijalankan. Mereka tidak hanya memberi nasihat

dalam bidang perniagaan semata-mata kerana terdapat aspek lain yang turut penting dan

menjamin kepada jangka hayat perniagaan seperti cara pengurusan sumber manusia,

kewangan, keadaan ekonomi dan pasaran, cara menguruskan hutang, kos bahan mentah dan

sebagainya.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada pemilihan pelanggan terhadap

restoran De Fly iaitu penggunaan mesin pintar sebagai penggerak kepada operasi dapat

menjimatkan masa pelanggan. Hal ini adalah kerana para pelanggan yang datang hanya

menempah makanan melalui mesin tempahan yang mengandungi kesemua menu yang

ditawarkan berserta gambar dan harga. Bagi menempah makanan yang dikehendaki para

pelanggan hanya perlu klik pada makanan tersebut kerana mesin tersebut menggunakan skrin

sentuhan. Selain itu, makanan yang kami tawarkan juga mementingkan kesemua zat makanan

yang seimbang, tidak berkalori tinggi, tidak berlemak tinggi serta menyihatkan.

16

Page 17: Assigment Dr Kamisan Kumpulan Hampir Siap

Saiz hidangan yang dikehendaki juga boleh dipilih oleh para pelanggan mengikut

kemahuan mereka. Restoran kami juga menawarkan menu yang pelbagai daripada pencuci

mulut, hidangan roti dan sebagainya serta disediakan dalam bentuk hidangan yang menarik

dengan harga yang murah dan dijamin sedap sehingga mampu menaikkan selera pelanggan.

Perniagaan restoran Roti d’Fly juga akan mendapat sambutan ramai pelanggan tidak mengira

umur, bangsa dan jantina dan juga mampu menarik minat para pelancong asing yang datang

ke Malaysia untuk mencuba sendiri makanan yang mudah untuk ditempah dan dibuat pilihan.

PESAING

i) Senaraikan pesaing-pesaing perniagaan kamu

Dunkin Donut

-Perniagaan berasaskan donut

Secret Recipe

-Perniagaan berasaskan kek dan makan barat

Old Town White Coffee

-Perniagaan berasaskan minuman kopi

Big Apple

-Peniagaan berasaskan Donut.

ii) Analisis saiz, keuntungan, dan cara operasi pesaing-pesaing

Dunkin Donut

Saiz : mempunyai cawangan yang banyak, pelanggan sedia ada sudah ramai

17

Page 18: Assigment Dr Kamisan Kumpulan Hampir Siap

Keuntungan : keuntungan yang tinggi kerana telah beroperasi lama dan telah

lama buat promosi yang lebih meluas

Cara promosi :mempunyai banyak pilihan donut kerana menyediakan pelbagai

perisa, telah lama bertapak dan telah dikenali ramai.

Secret Recipe

Saiz : mempunyai cawangan yang banyak, pelanggan sedia ada sudah ramai

Keuntungan :keuntungan yang tinggi kerana telah beroperasi lama dan telah lama

buat promosi yang lebih meluas

Cara promosi : menyediakan pelbagai jenis kek dan turut menyediakan set makanan

barat serta cyber cafe.

iii) Kekuatan dan kelemahan

a) Dunkin Donut

Kekuatan

Mempunyai kopi dan donut yang berkualiti, dihasilkan semenjak 1980.

Mempunyai banyak cawangan, mempunyai francais – 8 835

Sajian berasaskan donut dan mempunyai pelanggan setia

Menu yang enak dan menepati citarasa pengguna.

18

Page 19: Assigment Dr Kamisan Kumpulan Hampir Siap

Kelemahan

Menu yang terhad hanya tawarkan donut sahaja– jika menu menu berasaskan Roti

d’Fly banyak menu berasaskan roti. Walaupun sistemnya cepat semasa proses

pembelian, tetapi pelanggan perlu ke kedai lain untuk membeli air, Pelopor bukan

orang Malaysia, Malaysia hanya cawangan sahaja, Jika Roti d’Fly ditubuhkan,

menjadi perniagaan pertama di Malaysia. Minuman yang ditawarkan

kebanyakannya jenis kopi - kepelbagaian adalah terhad. Boleh menyebabkan

pelanggan bosan kerana tiada tawaran lain dan mungkin akan mengurangkan

pelanggan sedia ada.

b) Secret Recipe

Kekuatan

Mempunyai cawangan di seluruh Malaysia, Singapura, Thailand, China,

Filipina, Pakistan, Brunei dan Australia.

Perniagaan berasaskan kek seperti kek keju, coklat dan juga sajian barat

seperti spageti.

Kelemahan

Harga yang ditawarkan mahal – sasaran kepada kelas atasan

Tempat yang esklusif – mewah

c) Old Town White Coffee

Kekuatan

Pelbagai hidangan, menarik

Harga yang pelbagai- mengikut pakej

19

Page 20: Assigment Dr Kamisan Kumpulan Hampir Siap

Mempunyai banyak cawangan- 13 negara contohnya Canada, Ireland dan

Hong Kong

Membuat kerja amal – Old Town Coffee Children Care Fund

Kelemahan

Tampak terlalu eksklusif – bangunan tampak mewah

Menu yang ditawarkan agak mahal

d) Pizza Hut

Kelemahan

Pakej yang ditawarkan terhad tidak menepati kehendak individu

Perlu makan ketika panas kerana jika makanan tersebut sudah sejuk kulaiti rasa

makanan tersebut sudah kurang sedap

Kekuatan

Menu yang banyak

Benyak pilihan – pakej sajian

Ada servis hantaran dan pesanan melalui alam maya

e) Faktor untuk berjaya

melalui analisis ini, harga memainkan peranan penting, harga perlulah berpatutan

apabila berpatutan semua lapisan masyarakat boleh membeli.

1. Sasaran pelanggan

Perlulah menyeluruh, supaya dapat pelanggan yang ramai.

20

Page 21: Assigment Dr Kamisan Kumpulan Hampir Siap

2. Cara penyediaan

Perlulah lengkap supaya pelanggan tidak perlu ke tempat lain contohnya

untuk membeli minuman dan lain-lain.

3. Pemilihan konsep

Tidak terlalu eksklusif, kerana akan menakutkan golongan biasa untuk

masuk dan membantutkan hasrat mereka untuk membeli.

f) Keunikan roti d’fly

Restoran Roti d’fly berkonsepkan teknologi terkini iaitu mempunyai mesin pintar untuk

mengambil dan membayar pesanan, mesin ini berasal dari New Zealand dan masih belum

diterokai lagi di pasaran Malaysia. Roti d’Fly berorientasikan teknologi berbanding

restoran makanan yang lain lebih berorientasikan buruh. Roti d’Fly mesra kepada

pelanggan, pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk menempah makanan, mereka

hanya perlu menekan butang yang menunjukkan menu yang dikendaki di mesin pintar

yang disediakan dan secara automatik tempahan mereka akan sampai ke kaunter utama,

kaedah ini cepat, mudah dan menjimatkan masa. Pelanggan juga tidak perlu untuk

membayar makanan yang ditempah kerana mereka hanya perlu membayar di mesin dan

mesin tersebut akan menghitung berdasarkan tempahan yang telah dibuat dan pulangan

wang jika terdapatnya baki.

21

Page 22: Assigment Dr Kamisan Kumpulan Hampir Siap

RANCANGAN UNTUK PENYELIDIKAN PASARAN

Pasaran merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam fungsi sesebuah

perniagaan. Hal ini kerana, sesuatu produk yang dihasilkan akan dikenali oleh pengguna

dengan adanya pasaran. Penyelidikan pasaran penting sebelum sesebuah perniagaan

dijalankan untuk mengetahui maklumat-maklumat mengenai pasaran agar produk yang

dihasilkan dapat dipasarkan. Sebelum melakukan penyelidikan mengenai pasaran serta

elemen-elemen yang berkaitan, maklumat sedia ada mengenai pengguna, pesaing dan juga

pasaran diperlukan sebagai maklumat tambahan kepada kajian yang akan dijalankan. Bagi

perniagaan Roti d’Fly, maklumat sedia ada adalah penting sebelum sesebuah penyelidikan

dijalankan. Bagi pengguna, kita perlu mengetahui citarasa mereka kerana setiap pengguna

memiliki citarasa yang berlainan di mana terdapat segelintir pengguna yang memilih roti

sebagai menu pilihan dan ada juga yang tidak menggemari roti untuk dijadikan makanan

pengganti kepada nasi. Maka dari situ, dapatlah kita lihat, citarasa pengguna perlu diselidiki

terlebih dahulu sebelum sesuatu rancangan perniagaan itu dihasilkan.

Dari segi pasaran pula, kita perlu mengetahui siapakah sasaran pasaran yang kita akan

sasarkan bagi produk serta perniagaan yang dijalankan. Hal ini kerana, pemetakan pasaran

perlu dilakukan mengikut beberapa kriteria seperti demografi atau geografi. Sebagai contoh,

jika pemetakan dibuat menggunakan demografi dari segi peringkat umur, kita perlu melihat

sejauhmana pemetakan tersebut akan berjaya dilakukan. Contohnya, golongan remaja

merupakan golongan yang gemar memilih makanan yang mudah, cepat, kurang kolestrol dan

juga menarik.

Jadi, pemetakan tersebut sesuai dengan konsep perniagaan yang dibawa oleh Roti

d’Fly. Manakala pemetakan pasaran berdasarkan geografi pula meletakkan lokasi sebagai

fokus untuk melakukan proses memasarkan produk perniagaan kita. Lokasi yang disasarkan

22

Page 23: Assigment Dr Kamisan Kumpulan Hampir Siap

haruslah strategik dan menjadi tumpuan ramai agar produk yang dihasilkan dapat dipasarkan

dan mendapat sambutan daripada para pelanggan. Pesaing kepada perniagaan perlu diketahui

agar kita dapat bersaing secara sihat dari segi produk, layanan dan juga perkhidmatan yang

ditawarkan. Dengan mengetahui tentang kelemahan serta kekuatan pesaing, kita dapat

membuat perbandingan dengan perniagaan yang akan kita jalankan sebagai satu langkah

untuk mengekalkan perniagaan kita di pasaran.

Maklumat sedia ada hanya sekadar penambahan kepada maklumat yang akan dicari

melalui penyelidikan. Maklumat yang masih diperlukan adalah mengenai perkembangan

teknologi terkini yang akan digunakan untuk memastikan perniagaan berjalan dengan lancar

menepati pelan yang telah dirangka. Teknologi adalah elemen penting yang mengerakkan

perniagaan kerana aplikasi teknologi dijadikan sebagai sistem utama yang akan dapat

memabantu proses perniagaan dari segi penjimatan masa, tenaga buruh dan akan menjadikan

pengurusan lebih strategik. Jadi, perlu bagi seseorang usahawan untuk mengetahui

perkembangan teknologi yang berlaku di dunia bagi mengenalpasti kebaikan yang wujud hasil

daripada penggunaan teknologi tersebut dan barulah penyelidikan dilakukan ke atas teknologi

tersebut.

Selain daripada itu, maklumat mengenai citarasa pelanggan juga masih diperlukan

walaupun maklumat yang sedia ada menyatakan mengenainya. Maklumat citarasa pelanggan

penting untuk membolehkan sesebuah perniagaan mengenalpasti citarasa yang sesuai untuk

dipadankan dengan konsep yang di bawa oleh perniagaan dan daripada maklumat tersebutlah

maka sesebuah perniagaan dapat membuat keputusan dalam proses perniagaannya dan

maklumat yang diperiolehi akan dapat membantu kami membuat sebarang perancangan

berkaitan dengan perniagaan di samping sebagai panduan sebelum kami menubuhkan

perniagaan Roti d’Fly.

23

Page 24: Assigment Dr Kamisan Kumpulan Hampir Siap

Bagi memperolehi jawapan kepada persoalan serta maklumat yang ingin diperolehi,

penyelidikan perlu dilakukan untuk membolehkan maklumat tersebut diperolehi dan

digunakan sebagai panduan dalam merangka rancangan sesebuah perniagaan. Penyelidikan

mengenai pengguna, pesaing serta pasaran dapat dilakukan melalui beberapa alternatif kajian

seperti soal selidik, sampel dan memberi peluang kepada pengguna merasa makanan yang

diberikan dan sejurus selepas pengguna merasa makanan tersebut pendapat setiap daripada

mereka akan diperolehi sebagai maklumat yang akan membantu perniagaan dalam membuat

sebarang perancangan perniagaan. Bagi penyelidikan menggunakan borang soal selidik, kami

akan mengedarkan borang kepada beberapa responden untuk menjawab beberapa soalan yang

disediakan dan seterusnya daripada jawapan responden itulah maklumat yang diingini akan

diperolehi sedikit demi sedikit sehiggalah kepada penyelidikan yang lebih meluas.

Penyelidikan seperti yang diterangkan di atas hanyalah tertumpu secara kepada

beberapa elemen yang diselidiki tetapi bagi penyelidikan yang lebih meluas, kami

menjalankan kajian mengenai geografi dan juga demografi yang dilihat dari sudut pasaran

produk Roti d’Fly. Penyelidikan tersebut bertujuan untuk melihat bagaimana kedua-dua faktor

tersebut memainkan peranan dalam peningkatan permintaan pelanggan terhadap produk yang

ditawarkan oleh sesebuah perniagaan contohnya seperti perniagaan kami iaitu, Roti d’Fly.

Contohnya, kajian dilakukan terhadap faktor geografi yang dikatakan memainkan peranan

dalam meningkatkan permintaan terhadap produk yang ditawarkan.

Geografi merujuk kepada lokasi sesebuah perniagaan tersebut dijalankan sama ada di

kawasan tumpuan ataupun tidak. Bagi perniagaan Roti d’Fly, lokasi yang dipilih adalah pusat

bandar di mana dari segi geografinya, lokasi tersebut amat strategik dan sesuai terutamanya

bagi perniagaan yang baru dibuka kerana lokasi tersebut menjadi tumpuan ramai dan akan

24

Page 25: Assigment Dr Kamisan Kumpulan Hampir Siap

dapat mempengaruhi peningkatan dalam permintaan terhadap produk yang ditawarkan oleh

Roti d’Fly.

Melihat pada faktor demografi pula, kajian dilakukan terhadap umur, jantina,

pekerjaan, bangsa dan juga kelas sosial. Kajian dilakukan dengan melihat sejauhmana setiap

elemen dalam demografi ini memainkan peranan dalam meningkatkan permintaan terhadap

produk yang ditawarkan oleh Roti d’Fly. Contohnya, jika kajian dilakukan menggunakan

faktor umur, kita akan lihat cara pemilihan makanan yang dibuat oleh seorang remaja. Remaja

merupakan golongan yang gemar memilih makanan yang mudah, ringkas, kurang kolestrol

dan juga menarik. Jadi Roti d’Fly menawarkan pilihan yang bertepatan dengan citarasa yang

diinginkan oleh remaja. Dari aspek kesihatan pula, roti adalah sajian yang sihat kerana dapat

menggantikan nasi yang kebiasaanya menjadi makanan ruji penduduk Asia termasuk

Malaysia.

Penyelidikan terhadap beberapa elemen yang berkaitan dengan pasaran ini akan

dijalankan selama 4 bulan sebelum kami menjalankan perniagaan Roti d’Fly. Peruntukan

masa yang dibuat adalah berdasarkan kepada penyelidikan yang dilakukan dan kos

penyelidikan tersebut adalah dalam anggaran sebanyak RM 30,000 dan kos tersebut meliputi

kos seperti kos pengangkutan dan beberapa kos yang terlibat sewaktu penyelidikan diadakan

dalam tempoh yang ditetapkan. Dalam tempoh tersebut segala maklumat yang dinginkan oleh

perniagaan Roti d’Fly akan diperolehi dan penyelidikan yang dijalankan mendapat bantuan

dari segi khidmat nasihat daripada golongan professional seperti peguam, pihak bank dan juga

Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi membolehkan perniagaan dijalankan mengikut rangka

yang betul dan seperti dirancang. Setelah 4 bulan penyelidikan secara meluas dijalankan oleh

beberapa individu yang akan menubuhkan Roti d’Fly dan maklumat yang diperlukan telah

diperolehi, maka bermula daripada situlah perniagaan dapat membina pasaran bagi

25

Page 26: Assigment Dr Kamisan Kumpulan Hampir Siap

memasarkan produk yang dihasilkan oleh perniagaan Roti d’Fly yang membawakan konsep

makanan serta sajian berasaskan roti.

RUMUSAN

Roti d’Fly merupakan sebuah perniagaan yang masih belum diterokai oleh mana-mana

usahawan dan konsep yang dibawa oleh perniagaan kami belum lagi dicuba oleh mana-mana

usahawan di Malaysia dan kerana itulah menyebabkan kami merasakan perniagaan kami akan

berjaya dan dapat berkembang di seluruh negara. Di samping itu juga, konsep yang kami

bawa memperkenalkan kepada para pelanggan tentang aplikasi teknologi terkini yang

sememangnya menjadi aspek utama yang ditekankan pada abad ke-21 ini.

26