bersama tpkf...sekiranya semasa solat subuh berjamaah, seorang imam telah meninggalkan qunut atau...

16
Bersama TPKF Cabaran Dan Halangan BUAL BICARA TIPS Rambut Gugur? Personaliti Kampus Segmen perundangan Ubat campurpalsu?? Rencana KPP Integriti PERKHIDMATAN FARMASI KLINIKAL Rambut Gugur? Pakar Bius HUSM

Upload: others

Post on 11-Feb-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Bersama TPKF

    Cabaran Dan Halangan

    BUAL BICARA

    TIPS Rambut Gugur?

    Personaliti Kampus

    Segmen perundangan Ubat campurpalsu??

    Rencana KPP

    Integriti

    PERKHIDMATAN FARMASI KLINIKAL

    Rambut Gugur?

    Pakar Bius HUSM

  • 1

    Dari Meja Ketua Pengarang

    Ketu

    a

    Pn K

    hairu

    l Bar

    iah

    Joha

    n

    Sidan

    g

    Peng

    aran

    g

    Hj A

    dna

    Sudi

    n En

    Eh N

    em a

    /l Ch

    a Ea

    k

    Tugas-tugas khas

    En Izazi Mohd

    Zain

    Grafik & Publisiti

    En. Mohd Has

    rul

    Hisham Semai

    l En. Delle

    min

    Abdullah

    Salam Sejahtera,

    D alam kebasahan hujan pada musim tengkujuh, kesibu-kan menelaah laporan penilaian prestasi, dan ke-

    gembiraan menikmati cuti di akhir tahun ini, FarMedia terus bangkit dan terbit sepertimana dirancangkan den-gan edisi ke-2/2009. Tuaian hasil ini adalah manifestasi kerjasama dan se-mangat kalian semua yang telah ber-jaya dihimpunkan bagi meneruskan kelangsungan terbitnya makalah yang kita sayangi ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua. Kini, mentari tahun 2009 mula beredar, perlahan-lahan meninggalkan kita. Sepanjang siangnya, Jabatan kita telah menelusuri pelbagai kejayaan mahu-pun onak-onak pembelajaran yang berliku dalam usaha kita memartabat-kan yang terbaik buat semua pelang-gan jabatan. Dengan berbekalkan se-mangat kampus lestari, kita mengamal-kan kempen ‘Say No To Plastic’ dengan tidak lagi membekal plastik kepada pesakit untuk mengisi ubat-ubat yang diperolehi daripada farmasi. Kejayaan mengurangkan penggunaan plastik ini bukan sahaja dapat menjimatkan per-belanjaan kewangan malah yang lebih penting ialah mengurangkan bahan buangan berupa plastik yang tidak mudah terbiodegradasi secara semula jadi. Jabatan Farmasi juga pada 2009 tidak dapat lari daripada merasai tempias krisis kewangan yang melanda dunia amnya dan negara khasnya, lalu pelba-gai rancangan penjimatan dibuat serta merta bagi menangani masalah ini. Antara langkah yang telah kita lakukan ialah mengadakan Kempen Pemulan-gan Ubat yang menggalakkan masyara-kat mengembalikan ubat-ubat yang tidak lagi diperlukan ke Jabatan Farmasi. Sambutan yang diterima adalah di luar jangkaan dan sungguh menggalakkan. Selain boleh digunakan semula, ia juga membantu mengelak-kan pengambilan ubat yang tidak sepatutnya oleh pesakit. Selain itu, jabatan juga mengamalkan polisi men-gurangkan inden sebanyak 10% bagi setiap permohonan oleh Unit Kawalan Inventori Dan Stor (Ubat). Ini bertujuan menggalakkan unit pengguna menga-malkan pengurusan bekalan ubat se-cara berhemah. Langkah penjimatan diteruskan dengan menghadkan pem-

    bekalan ubat iaitu bagi tempoh sebu-lan penggunaan sahaja kepada setiap pesakit luar bagi drug-drug terpilih. Semua langkah penjimatan yang telah diambil berjaya membantu mengu-rangkan perbelanjaan dan mengelak-kan pembaziran sumber. Tidak cukup setakat itu, dengan ker-jasama Unit Sistem Maklumat, Pre-scription On-line System (POLS) kini telah diperluaskan ke seluruh Klinik Rawatan Keluarga (KRK) selain Klinik Staf yang telah mengimplemantasikan sistem ini sejak tahun 2008 lagi. Penca-paian demi pencapaian terus kita geng-gami, Jabatan Farmasi kini menawar-kan ujian steroid ke atas ubat-ubatan tradisional dan sebarang ubat yang diragui kandungannya. Steroid yang dapat dikesan setakat ini adalah dexa-methasone, prednisolone dan hydro-cortisone. Perkhidmatan ini telah dikembangkan ke seluruh hospital USM pada tahun ini. Selain itu, perkhidma-tan makmal jabatan Farmasi juga menawarkan khidmat ujian Surface Contamination Detection bagi drug Cyclophosphamide. Ini bertujuan mengesan tumpahan drug sitotoksik dalam makmal bagi menjamin kese-lamatan staf yang menjalankan tugas. Walaupun kejayaan demi kajayaan kita terus kita kecapi dari masa ke masa, namun harus diingat bahawa kedatan-gan tahun baru 2010 menjanjikan lebih banyak cabaran dan seharusnya kita tidak leka dengan pencapaian yang ada. Memandangkan peruntukan ke-wangan yang mungkin berkurang se-banyak 30% pada tahun hadapan, cabaran kita adalah untuk meningkat-kan penjimatan. Salah satu langkah penting yang akan diambil ialah mem-perbanyakkan sediaan-sediaan farmaseutikal yang mana sebelum ini kita membeli sediaan siap guna dari-pada pembekal. Selain itu, telah ditetapkan bahawa tiada peruntukan untuk pembelian peralatan baru dan ruang baru. Oleh itu, dengan sedikit kekangan sumber kewangan, peralatan dan ruang, kita perlu menggunakan segala kemudahan sedia ada secara optima untuk memberikan perkhidma-tan yang bukan sahaja sama seperti tahun ini malah lebih baik dari itu. Mudah-mudahan kita diberi kekuatan untuk menjayakannya.

    Penaung

    Tn. Hj. Zainol

    Abidin Hamid

    Penasihat

    Pn Mariani Hj.

    Yaacob

    Editor

    Hj Azman Mat

    Pengerusi

    Pn Noryati

    Mohammad Nur

    Setiausaha

    Cik Intan

    Farahanah Amran

    Sidang

    Redaksi Farmedia

    1

    Dari Meja Ketua Pengarang

    Grafik & Publisi

    ti

    En. Mohd Has

    rul

    Hisham Semai

    l En. Delle

    min

    Abdullah

    Tugas-tugas khas

    En Izazi Mohd Zain

    Salam Sejahtera,

    D alam kebasahan hujan pada musim tengkujuh, kesibukan menelaah laporan penilaian prestasi, dan kegembiraan

    menikmati cuti di akhir tahun ini, FarMedia terus bangkit dan terbit sepertimana dirancangkan dengan edisi ke-2/2009. Tuaian hasil ini adalah mani-festasi kerjasama dan semangat kalian semua yang telah berjaya dihimpunkan bagi meneruskan kelangsungan terbit-nya makalah yang kita sayangi ini. Sya-bas dan tahniah diucapkan kepada se-mua. Kini, mentari tahun 2009 mula beredar, perlahan-lahan mening-galkan kita. Sepanjang siangnya, Ja-batan kita telah menelusuri pelbagai kejayaan mahupun onak-onak pembe-lajaran yang berliku dalam usaha kita memartabatkan yang terbaik buat se-mua pelanggan jabatan. Dengan ber-bekalkan semangat kampus lestari, kita mengamalkan kempen ‘Say No To Plas-tic’ dengan tidak lagi membekal plastik kepada pesakit untuk mengisi ubat-ubat yang diperolehi daripada farmasi. Kejayaan mengurangkan penggunaan plastik ini bukan sahaja dapat menji-matkan perbelanjaan kewangan malah yang lebih penting ialah mengurangkan bahan buangan berupa plastik yang tidak mudah terbiodegradasi secara semula jadi. Jabatan Farmasi juga pada 2009 tidak dapat lari daripada merasai tempias krisis kewangan yang melanda dunia amnya dan negara khasnya, lalu pelbagai rancangan penjimatan dibuat serta merta bagi menangani masalah ini. Antara langkah yang telah kita laku-kan ialah mengadakan Kempen Pemu-langan Ubat yang menggalakkan masyarakat mengembalikan ubat-ubat yang tidak lagi diperlukan ke Jabatan Farmasi. Sambutan yang diterima adalah di luar jangkaan dan sungguh menggalakkan. Selain boleh digunakan semula, ia juga membantu mengelak-kan pengambilan ubat yang tidak sepatutnya oleh pesakit. Selain itu, jabatan juga mengamalkan polisi men-gurangkan inden sebanyak 10% bagi setiap permohonan oleh Unit Kawalan Inventori Dan Stor (Ubat). Ini bertujuan menggalakkan unit pengguna menga-malkan pengurusan bekalan ubat se-cara berhemah. Langkah penjimatan diteruskan dengan menghadkan pem-bekalan ubat iaitu bagi tempoh sebulan

    penggunaan sahaja kepada setiap pesa-kit luar bagi drug-drug terpilih. Semua langkah penjimatan yang telah diambil berjaya membantu mengurangkan per-belanjaan dan mengelakkan pemba-ziran sumber. Tidak cukup setakat itu, den-gan kerjasama Unit Sistem Maklumat, Prescription On-line System (POLS) kini telah diperluaskan ke seluruh Klinik Rawatan Keluarga (KRK) selain Klinik Staf yang telah mengimplemantasikan sistem ini sejak tahun 2008 lagi. Penca-paian demi pencapaian terus kita geng-gami, Jabatan Farmasi kini menawarkan ujian steroid ke atas ubat-ubatan tra-disional dan sebarang ubat yang diragui kandungannya. Steroid yang dapat dikesan setakat ini adalah dexa-methasone, prednisolone dan hydro-cortisone. Perkhidmatan ini telah dikembangkan ke seluruh hospital USM pada tahun ini. Selain itu, perkhidmatan makmal jabatan Farmasi juga menawar-kan khidmat ujian Surface Contamina-tion Detection bagi drug Cyclophos-phamide. Ini bertujuan mengesan tum-pahan drug sitotoksik dalam makmal bagi menjamin keselamatan staf yang menjalankan tugas. Walaupun kejayaan demi kejayaan terus kita kecapi dari masa ke masa, namun harus diingat bahawa kedatangan tahun baru 2010 menjanji-kan lebih banyak cabaran dan seharus-nya kita tidak leka dengan pencapaian yang ada. Memandangkan peruntukan kewangan yang mungkin berkurang sebanyak 30% pada tahun hadapan, cabaran kita adalah untuk meningkat-kan penjimatan. Salah satu langkah penting yang akan diambil ialah mem-perbanyakkan sediaan -sediaan farmaseutikal yang mana sebelum ini kita membeli sediaan siap guna dari-pada pembekal. Selain itu, telah ditetapkan bahawa tiada peruntukan untuk pembelian peralatan baru dan ruang baru. Oleh itu, dengan sedikit kekangan sumber kewangan, peralatan dan ruang, kita perlu menggunakan segala kemudahan sedia ada secara optima untuk memberikan perkhidma-tan yang bukan sahaja sama seperti tahun ini malah lebih baik dari itu. Mu-dah-mudahan kita diberi kekuatan un-tuk menjayakannya

    Ketua Sidang Pengarang.

    Penaung

    Tn. Hj. Zainol Abidin

    Editor

    Hj Azman Mat

    Pengerusi

    Pn Noryati

    Mohammad Nur

    Setiausaha

    Cik Intan

    Farahanah Amran

    Sidang

    Redaksi Farmedia

    Penasihat

    Pn Mariani Hj. Yaacob

    Ketua

    Pn Khairul Bariah Johan

    Sidang

    Pengarang

    Hj Adnan Sudin

    En Eh Nem

    a/l Cha Eak

  • 2

    Rencana TPKF

    T erlebih dahulu saya ingin man-gucapkan syabas kepada sidang pengarang FARMEDIA atas usaha gigih yang berterusan

    sehingga berjaya menerbitkan edisi kedua majalah ini. Demikian juga kepada semua penyumbang yang men-jadikan majalah ini cukup bernilai seba-gai medium perhubungan, pengasah bakat penulisan dan penyubur nilai pro-fesionalisma dalam kalangan kita. Tahun 2009 merupakan tahun penuh cabaran dan kejayaan bagi kita. Selain menghadapi pengharapan pe-langgan terhadap perkhidmatan berkualiti, kita juga berhadapan dengan tuntutan pihak universiti yang mengharapkan perbelanjaan ubat-ubatan dapat dikurangkan. Justeru, pel-bagai jenis audit telah dilakukan dan, alhamdulillah, semuanya berakhir den-gan kejayaan. Tidak dapat dinafi-kan, audit kualiti MS ISO 9001:2008 oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. adalah sesuatu yang amat biasa bagi kita. Audit itu berakhir bukan sahaja tanpa Laporan Ketidakpatuhan (NCR), malah juga tanpa sebarang Laporan Pemerhatian di jabatan kita. Penilaian (Skim Akreditasi Makmal Malaysia) ke arah persijilan ISO 15189:2007 kali pertama pula hanya menemui 5 NCR minor yang telah pun diambil tindakan pembetulan. Bilangan NCR ini adalah antara yang terkecil dalam kalangan makmal-makmal lain yang mengambil bahagian. Jabatan kita juga telah dikun-jungi tiga orang juruaudit dari Jabatan Audit Negara untuk melaksanakan Audit Overview. Seusai tugas mereka selama empat hari, pasukan ini melaporkan bahawa pengurusan perolehan dan pen-storan di Jabatan Farmasi dilaksanakan dengan cemerlang. Mereka men-yarankan agar staf Jabatan Farmasi diberikan kepercayaan sebagai pence-ramah dan fasilitator bengkel penguru-

    san stor yang perlu dijalankan oleh HUSM bagi melatih staf unit lain yang terbabit dengan pengurusan stor unit masing-masing. Lebih mendebarkan, apabila Jabatan Farmasi terpaksa menyambut kehadiran task force dari Pulau Pinang yang datang dengan tujuan mengkaji pengurusan perolehan dan penggunaan ubat-ubatan di HUSM. Kajian selama empat hari oleh lima orang pegawai itu dibuat ekoran perbelanjaan pembelian ubat-ubatan pada tahun 2007 dan 2008 begitu tinggi. Hasil kajian telah diben-tangkan kepada Naib Canselor.

    Kajian yang cukup terperinci itu merumuskan bahawa proses perolehan ubat-ubatan kita dijalankan dengan baik. Walaupun perbelanjaan tahun 2008 besar, kuantiti ubat-ubatan yang dibeli lebih banyak sehingga menjimat-kan pembelian sebanyak RM 3.22 juta wang Universiti. Sebenarnya, faktor paling utama perbelanjaan tersebut disumbang oleh penggunaan ubat yang terlalu banyak. Pasukan itu juga men-ghidu masalah preskripsi bertindih den-gan ramalan kerugian kos sebenar RM 8 juta setahun. Pada masa yang sama, Jabatan Farmasi dengan sokongan pihak Pengu-rusan HUSM telah mengambil berbagai-bagai langkah untuk membendung mo-mentum peningkatan perbelanjaan tersebut. Antara langkah yang dimak-sudkan ialah membekukan kemasukan ubat-ubat baru ke dalam Drug Formu-

    lary, menggunakan keluran generik, menjalankan kempen Kembalikan Ubat Anda, memperbanyakkan ubat-ubat yang dibeli secara tender dan seba-gainya. Langkah-langkah dengan tujuan sama juga telah diambil di peringkat unit. Hasilnya, perbelanjaan ubat tahun ini telah dapat dijimatkan lebih RM 10 juta berbanding tahun sebelumnya. Adalah disedari bahawa cabaran-cabaran ini amat menagih pen-gorbanan dan sumbangan fikiran, masa serta tenaga semua staf. Hakikatnya, sumbangan dan pengorbanan tersebut telah membuahkan hasil. Semoga sum-bangan dan pengorbanan itu akan terus ditingkatkan pada masa hadapan. Se-

    CABARAN DAN KEJAYAAN Oleh : Haji Zainol Abidin Hamid

    Tahun 2009 merupakan tahun penuh cabaran dan kejayaan bagi kita. Selain menghadapi pengharapan pelanggan ter-h a d a p p e r k h i d m a t a n berkualiti, kita juga berhada-pan dengan tuntutan pihak universiti yang mengharapkan perbelanjaan ubat-ubatan da-pat dikurangkan.

    FADHILAT SOLAT BERJAMAAH. Sujud Sahwi- Wajib bagi setiap makmum muafakat bersama imam pada perbuatan dan tidak wajib makmum muafakat bersama imam pada meninggalkannya. Maksudnya adalah seperti berikut:- 1. Apabila seseorang makmum yang menuruti imam dalam solat berjamaah maka mereka mesti tahu hak masing-masing supaya solatnya tidak terbatal dan sentiasa sah. Dalam perkara sujud sahwi ini, seseorang makmum mesti mengikut imam melaksanakan sujud sahwi walaupun beliau mungkin mengetahui atau mungkin tidak mengetahui apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh imam semasa bersolat jemaah. Makmum tidak boleh bertindak keluar dari mengikuti perbuatan imam lantaran dia tidak lihat sebarang kecacatatan semasa solat tersebut. Sekiranya dia bertindak demikian maka batallah solat makmum tersebut dan wajib baginya melakukan solat sekali lagi.

    2. Sekiranya semasa solat subuh berjamaah, seorang imam telah meninggalkan qunut atau meninggalkan perkara-perkara sunat ab’adh yang lain tetapi beliau tidak melaksanakan sujud sahwi, maka solat tersebut adalah sah. Namun begitu, sunat bagi makmum melakukan sujud sahwi selepas imam memberi salam.

    Oleh: HMAS.

  • Rencana

    I ntegriti ialah prinsip berpegang teguh kepada keikhlasan dan mem-punyai keadaan kukuh yang sepadu serta tidak berpecah – belah atau

    bercerai-berai. Integriti juga perlu mem-punyai unsur konsistensi. Misalnya integ-riti seseorang itu meliputi sikap dan per-angainya yang konsisten di antara tinda-kan, pertuturan, dan kegiatan lain. Integriti bersifat budaya diri dan ia menjadi teras dalam pekerjaan se-hingga boleh membina budaya kerja yang berasaskan akauntabiliti dan kualiti dan dapat menghasilkan kecemerlangan. Ini adalah kerana kesan budaya peker-jaan berintegriti boleh menghasilkan pekerjaan yang baik, produktif yang berkualiti dan imej organisasi yang berwi-bawa dan cemerlang. Gerakan pemantapan integriti hendaklah dicetuskan dan didorong oleh pucuk pimpinan. Pembudayaan etika dan integriti individu harus melalui satu proses seumur hidup. Nilai-nilai dalam integriti ialah :

    Amanah, jujur, kebolehpercayaan dan sentiasa menjaga kepentingan awam tanpa mengambil kesempatan untuk diri sendiri.

    Mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan kemahiran yang mencu-kupi bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab.

    Dapat melaksanakan tugas dengan penuh integriti dan sentiasa ber-pegang kepada kejujuran intelek (intelectual honesty), ikhlas dan tanpa menyembunyi maklumat penting.

    Sebahagian besar dari isu integ-riti di peringkat individu berkisar dalam lingkungan peranan peribadi, nilai hidup-nya, serta perwatakannya. Dari kacamata Islam, sifat-sifat Nabi Muhammad SAW, iaitu siddiq (berkata benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana) boleh dijadikan asas integriti pada peringkat individu. Ianya berkisar kepada pentingnya amanah untuk mengelak rasuah, salahguna kuasa, serta menjalankan tugas dengan baik dan berdedikasi. Integriti menentukan sama ada seseorang sanggup melakukan salah laku.

    Orang berintegriti setia sepenuhnya dan tidak berpura-pura. Individu berintegriti tidak ada apa untuk disembunyikan atau ditakutkan. Akhirnya nanti, integriti me-nentukan sama ada seseorang itu dapat hidup gembira atau mempunyai jiwa tidak tenteram. Dalam lain perkataan, kesan amalan pematuhan integriti ialah seseorang itu dihormati dari sudut kewi-bawaan diri (kredibiliti) dan harga diri (digniti).

    Aspek personaliti yang paling penting untuk kejayaan adalah SIKAP. Sikap boleh menunjukkan nilai seseo-rang. Sikap boleh ditunjukkan melalui tingkahlaku, idea, keutamaan, respon, reaksi, pencapaian, tidak berkerjasama dan sebagainya. Sikap amanah dan jujur ini melambangkan integriti individu terbabit. Sebarang penyimpangan dari-pada tanggungjawab adalah perbuatan khianat dan mencemar integriti. Sesungguhnya peranan individu adalah amat penting untuk menjayakan tanggungjawab serta mencapai wawasan dan misi pejabat atau institusi kita. Per-anan pemimpin pula amatlah penting dalam memperkukuhkan usaha mening-katkan integriti atau sebaliknya. Peranan pemimpin secara kasarnya ialah mewu-judkan satu suasana di mana budaya berintegriti itu dapat diamalkan dan

    berkembang subur dari satu masa ke satu masa hingga menjadi budaya korpo-rat (Corporate culture) untuk sesebuah institusi itu. Pelaksanaan dan penye-larasan program integriti masing-masing juga harus dilakukan melalui Jawa-tankuasa Nilai Dan Etika yang sedia wu-jud. Proses pembudayaan integriti akan mengambil masa, namun demikian usaha telahpun dibuat oleh Jabatan Farmasi untuk memupuk budaya integriti di kalangan kakitangan secara menyelu-ruh. Proses pembudayaan ini seha-rusnyalah menjangkau semua golongan kakitangan. Pendekatan dalam meningkat-kan integriti hendaklah melibatkan per-jalinan kekuatan pelbagai komponen ‘dari bawah’ yang bekerjasama sesama sendiri serta penggemblengan kekuatan tersebut dengan ‘pihak atas’. Di antara pelbagai komponen itu terdapat timbal balas yang berterusan. Sementara ‘pihak atas’ memberikan bimbingan dan menunjukkan teladan mengenai integriti, ‘pihak bawah’ pula memberikan sokon-gan, maklum balas dan kawalan kepada ‘pihak atas’. Dengan cara ini, gerakan pemantapan integriti meningkatkan di-namika dan kekuatannya. Di antara amalan untuk pengukuhan in-tegriti ialah:

    Penerapan nilai-nilai islam, budaya kerja berkualiti dan kod etika kerja

    Pematuhan Piagam Pelanggan dan MS ISO 9000:2008

    Menjalankan pengauditan

    Penerapan nilai-nilai murni seperti benar, bijaksana, adil, telus dan syu-kur sebagai amalan.

    Hanya dengan demikian, barulah kejayaan yang dicapai dapat dilestarikan, kesejahteraan pekerja dapat dipelihara dan ditingkatkan.

    Integriti bersifat budaya diri dan ia menjadi teras dalam pekerjaan sehingga boleh mem-bina budaya kerja yang berasas-kan akauntabiliti dan kualiti dan dapat menghasilkan kecemer-langan.

    Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu (Al– Baqarah : 216) Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak (An-Nisaa : 19)

    INTEGRITI Oleh : Pn Mariani Yaacob

    3

  • Bual Bicara

    4

    P erkhidmatan farmasi klnikal di Hos-pital Universiti Sains Malaysia (HUSM) adalah suatu yang boleh dikatakan agak baharu jika diband-

    ingkan dengan hospital-hospital besar yang lain. Menyedari kepentingannya yang amat signifikan dalam proses perawatan pesakit, perkhidmatan ini perlu mengalami proses penambahbaikan dari masa ke semasa bagi memastikan kelestariannya di sebalik cabaran dan kekangan yang ada. Perkhidmatan farmasi klinikal adalah salah satu cabang dalam perkhidmatan farmasi terutama di wad-wad yang mempunyai pesa-kit-pesakit kritikal atau mempunyai komor-biditi (penyakit-penyakit lain) yang memung-kinkan ubat-ubatan perlu dipreskripsikan dengan sedikit pengubahsuaian dos dan ad-ministrasi. Secara kuantitinya, bilangan pegawai farmasi klinikal yang diperuntukkan ke wad-wad kriti-kal ini memainkan peranan yang amat penting kerana ia secara langsung berkadaran dengan skop bilangan pesakit yang dapat dilawati. Jadual 1 menunjukkan perbandin-gan secara kuantiti pegawai farmasi klinikal yang terdapat di Hospital Universititi Sains Malaysia (HUSM), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Jadual 1: Bilangan pegawai farmasi klinikal

    Antara tugas utama yang dimainkan oleh seseorang pegawai farmasi klinikal ialah :

    Rondaan wad (ward round) bersama pengamal perubatan daripada pelbagai disiplin

    Kaunseling pesakit dalam wad (bedside counselling)

    Rondaan wad antibiotik (antibiotic ward round)

    Perbincangan kes/jurnal

    Kaunseling pesakit di klinik khas (ie.warfarin, diabetik, berhenti merokok dan renal)

    Kemaskini formulari

    Kaunseling ubat-ubatan khas seperti lenalidomide, remicape, sandostatin LR

    Rondaan ke wad baik untuk pesakit kritikal (Rawatan intensif dan High-dependency Unit) mahu pun pesakit dalam yang lain meru-pakan satu elemen terpenting dalam perkhid-matan farmasi klinikal. Ini kerana nasihat dan cadangan secara langsung dapat diberikan kepada pengamal perubatan bertugas dan perubahan baik dari segi dos, kaedah admin-istrasi, kekerapan dan lain-lain dapat dilaku-kan dengan lebih tepat dan cepat. Selain itu, kehadiran pegawai farmasi klinikal di wad dapat memberikan kaunseling ubat-ubatan yang sesuai kepada pesakit-pesakit tertentu seterusnya meningkatkan komplian pesakit terhadap ubat-ubatan mereka apabila mereka pulang ke rumah nanti. Jadual 2 menunjukkan penempatan pegawai farmasi klinikal di wad. Jadual 2: Penempatan pegawai farmasi klini-kal di wad

    Peningkatan bilangan pegawai farmasi kini memberikan impak yang positif dalam bidang farmasi klinikal, kerana dijangkakan bilangan wad yang terlibat dengan perkhidmatan farmasi klinikal dapat dikembangkan ke lebih banyak wad yang lain. Amalan di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), rondaan wad anti-biotik dijalankan bersama Pakar Perubatan penyakit berjangkit (Infectious Disease Physi-cian) dan Clinical Microbiologis. Disebabkan ketiadaan Infectious Disease Physician di HUSM, aktiviti ini tidak dapat dijalankan,

    namun masih dijalankan juga seadanya di ICU oleh pegawai farmasi klinikal bersama Clinical Microbiologist dan Pakar Anaestesiologi. Kaunseling pesakit di klinik khas seperti klinik warfarin, klinik renal dan klinik berhenti merokok merupakan satu lagi perkhidmatan farmasi klinikal yang belum terdapat di HUSM. Namun demikian langkah permulaan telah dibuat apabila kaunseling pesakit di Klinik Diabetes HUSM akan dimulakan pada tahun 2010. Perkembangan perkhidmatan farmasi klinikal di HUSM kini amat memberangsangkan. Ber-banding dahulu yang hanya bertempat di ICU, kini perkhidmatan tersebut telah diperluas-kan ke wad 8 Selatan (High Dependency Unit) dan Perkhidmatan Sakit Akut (Acute Pain Service). Dalam kerangka memperkasakan perkhidma-tan farmasi di HUSM, farmasi klinikal seharus-nya diletakkan sebagai satu elemen yang mesti diberikan perhatian dan keutamaan. Selaras dengan penjenamaan USM sebagai Universiti Apex, sewajarnya pacuan keluk pembelajaran pematangan farmasi klinikal di HUSM harus lebih pantas atau setidak-tidaknya komparatif dengan pusat-pusat penyedia perkhidmatan kesihatan yang lain di Malaysia.

    Bilangan preskripsi swa pen-gubatan di HUSM bagi tempoh Januari – Oktober 2009

    Bulan Bilangan preskripsi

    Januari 1189

    Februari 1053

    Mac 1133

    April 1161

    Mei 1010

    Jun 1007

    Julai 1020

    Ogos 1241

    September 1000

    Oktober 1084

    Jumlah 10,898

    Hospital Bilangan

    HUSM 2

    HRPZII 11

    PPUKM 8

    HKL ~20

    Wad/hospital

    H. USM

    H. RPZII

    PP UKM

    H. KL

    ICU / / / /

    CCU/CRW

    0 / / /

    HDU/Geriatrik

    / 0 / 0

    NICU/Pediatrik

    0 / / 0

    Medikal 0 / / /

    Surgikal 0 / 0 /

    Orto pedik

    0 0 0 /

    A & E 0 0 0 /

    FAKTA

    PERKHIDMATAN FARMASI KLINIKAL

  • Bicara Kemusykilan Bersama Tok Tengoh

    Berita Unit

    S oalan. Staf Jabatan Farmasi amat ramai iaitu lebih 100 orang. Masalah bagi saya ialah ada juga orang bertanya tentang staf Farmasi tetapi ramai yang saya tidak kenal jadi tidak dapat hendak menolong. Ralat juga jika tidak dapat mem-bantu kerana kita sesame staf Farmasi. Se-kurang-kurang dapat mengenali Pegawai Farmasi dan tempat kerja sudah memadai.

    J awapan. Sebagai maklumat staf Jabatan Farmasi ber-jumlah seramai kurang lebih 150 orang terma-suk Pegawai Farmasi (29 orang). Pen. Pegawai Farmasi (56 orang) dan Pegawai Farmasi Provi-sional (10 orang). Selebihnya adalah kategori kumpulan sokongan yang terdiri daripada Pen. Pegawai Sains (4 orang), Pembantu Makmal (5 orang), Pen. Pegawai Tadbir (1 orang), Pem-bantu Tadbir Perkeranian/Operasi (17 orang), Pembantu Tadbir Kesetiausahaan (2 orang), Pekerja Awam (19 orang) dan Pembantu Am Pejabat ( 2 orang). Jumlah ini tidak termasuk pelajar dan pelatih Farmasi yang menjalani latihan di Jabatan Farmasi. Secara amnya penempatan bagi Pegawai Farmasi tidak termasuk pengurusan adalah seperti berikut : 1)Unit Farmasi Pesakit Luar (UFPL) Pn. Jasmani Mohamad Pn. Zainon Omar (Kaunseling)

    En. Mohd Roslan Muhammad Jamil Cik Intan Farahanah Amran En. Mohd Sabrie Mohd Nawawi 2)Unit Farmasi Satelit (UFS) Cik Hjh. Noraini Ariffin Pn. Nur Delaida Mohd Nawi En. Mohd Hanif Abdul Rahman En. Tuan Umar Tuan Ismail Pn. Norhasliza Ramlee Cik Nur Aida Murni Mohamad 3)Unit Maklumat Drug (UMD) Pn. Zalina Zahari Pn. Khairul Bariah Johan (Klinikal) Pn. Nur Shufiza Ibrahim (cuti belajar) 4)Unit Pendispensan Aseptik (UPA) En. YM. Tuan Roslli Tuan Yusof (Onkologi) Pn. Asmalailey Mohamad (TPN) En. Mohd Hasrul Hisham Semail (IVAdd) 5)Unit Radiofarmasi (URF) Cik Nor Suriana Mohd Yusof 6)Unit Pemonitoran Drug Terapeutik (UPDT) En. Dellemin Che Abdullah 7)Unit Penyediaan Farmaseutikal (UPF) Cik Nik Azira Nik Ab. Ghani 8)Unit Pentadbiran Dan Kewangan (UPDK) Pn. Azrina Ariff

    9)Unit Kawalan Inventori dan Stor (UKIDS(Ubat)) Cik Nor Hafizah Hamzah 10)Unit Kawalan Inventori dan Stor (UKIDS (Alat)) Pn. Noryati Mohammad Nur 11)Pegawai Farmasi Provisional (PRP) Nik Muhibul Fikry Nik Muhammad Md. Farhan Ab. Rahman Nur Hazirah Kamaruddin Mohd Azreen Mustafa Raja Muhd Khairulanuar Raja Ismail Ahmad Bazli Ahmad Zikrilah Nabilah Ismail Nurul Atiqah Awang Lah Najwa Hasmi Falina Md. Husin Kuong Khei Chong Komen Editor: Dicadangkan supaya setiap staf baru yang melapor diri di Jabatan Farmasi, samada staf Pengurusan atau staf sokongan diberikan sesi lawatan kesemua unit di Jabatan Farmasi. Dalam sesi lawatan tersebut, bolehlah diperke-nalkan kepada semua staf yang berada di unit-unit di Jabatan Farmasi. Tanggungjawab terse-but bolehlah diberikan kepada salah seorang daripada ahli Jawatankuasa Latihan Jabatan Farmasi.

    5

    Unit Penyediaan Farmaseutikal (UPF) adalah sinonim dengan penyediaan sediaan farmaseutikal dan pembekalan ubat-ubatan ke klinik-klinik dan unit tertentu selain wad. Sepanjang tahun 2009, UPF telah meneliti dan membaiki beberapa aspek bagi memantapkan lagi mutu perkhidmatan unit. sebagai menyahut cabaran dan misi pihak Universiti secara amnya dan pihak pentadbiran Jabatan Farmasi secara khususnya,

    Bermula Februari 2009, UPF telah menjalankan kajian dan pembangunan (R&D) berhubung penyediaan Chlorhexidine Gynae 1%. Daripada R&D tersebut, teknik sediaan Chlorhexidine Gynae 1% telah diubahsuai bagi menghasilkan sediaan yang bermutu dan memenuhi spesifikasi (disahkan oleh Ketua Jururawat Unit O&G). Pada bulan Mac, sediaan ini mula disediakan dan dibekalkan.

    Selain itu, UPF juga telah menghasilkan sediaan Hydrocorti-sone Cream ( berbanding dengan pembelian sediaan siap ) yang mem-bawa kepada penjimatan yang besar jumlahnya. Jadual di sebelah menunjukkan hasil penjimatan yang telah dilakukan oleh pihak UPF (bagi 2 jenis sediaan).

    Penjimatan daripada penyediaan sendiri sediaan-sedian terse-but telah memenuhi sasaran rutin unit, iaitu untuk mengoptimakan perbelanjaan tahunan hospital. Selain itu, beberapa penambahbaikan lain telah dan sedang dijalankan, namun tidak dapat disertakan dalam ruangan yang terhad ini.

    PENJIMATAN CHLORHEXIDINE GLUCONATE GYNAE 1%

    PENJIMATAN HYDROCORTISONE CREAM

    6 Bulan Penggunaan

    (12/04/09-13/10/09) 239 kg

    Kos pembelian sediaan RM 36 per kg

    Kos pembuatan sediaan RM6.40 per kg

    Penjimatan kos RM 29.60 per kg

    Penjimatan per 6 bulan penggunaan RM 7074.40 per 6 bulan

    6 Bulan Penggunaan (14/05/09

    -23/11/09) 67 kg

    Kos pembelian sediaan RM 2.90 per 15 g

    Kos pembuatan sediaan RM 0.65 per 15 g

    Penjimatan kos RM 2.25 per 15 g

    Penjimatan per 6 bulan penggunaan RM 10,050 per 6 bulan

    UNIT PENYEDIAAN FARMASEUTIKAL

  • 6

    Segmen Kualiti

    1. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan se-bagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada ma-kanan.

    2. Tiada satu pun jam di kasino perjudian di Las Vegas. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi-penjudi dengan taruhan mereka..

    TAHUKAH

    ANDA

    Pengerusi: Dr Hjh Norul Badriah Hassan Setiausaha: Pn. Khairul Bariah Johan Fungsi:

    Menggalak dan menerap etika serta nilai-nilai murni bagi memperkukuhkan tahap keunggulan modal insan.

    Membantu menjayakan konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI) di peringkat jabatan.

    Aktiviti:

    Mengadakan tazkirah kepada staf Jabatan Farmasi secara berkala. Penceramah bagi tazkirah terdiri daripada kakitan-gan hospital atau jemputan luar. Senarai tazkirah yang telah diadakan adalah seperti berikut:

    AL-FATIHAH: PEMANGKIN SIFAT-SIFAT TERPUJI DAN AKHLAK MULIA

    PENGARUH MAKANAN KEPADA PEMBENTUKAN AKHLAK

    SOLAT & SEDEKAH MENJANA KEPERIBADIAN MULIA

    FORUM: KERJASAMA KE ARAH PENINGKATAN KUALITI PERKHIDMATAN

    BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN SIRI I: BERKENALAN DENGAN AL-QURAN

    BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN SIRI II: BUKTI AL-QURAN DARI TUHAN

    Satu forum yang julung kali diadakan telah berjaya dijalankan dan ahli panel/pengerusi terdiri daripada pelbagai kategori staf. Forum yang bertajuk ‘Kerjasama Ke arah Peningkatan Kualiti Perkhidmatan’ telah diadakan pada 18/8/09. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk mengem-bangkan ilmu yang bermanfaat berkaitan bidang agama dan umum agar dapat diaplikasikan dalam pekerjaan mahupun dalam amalan seharian. Selain itu ia juga memberi peluang kepada staf untuk memberikan pendapat dan menimba pengalaman sebagai penceramah/ahli panel dan seterusnya dapat mengasah bakat staf untuk bercakap di khalayak ramai (public speaking)

    JAWATANKUASA PENGHAYATAN NILAI DAN ETIKA

    Celaka Iblis kerana 5 perkara Bahagianya Nabi Adam kerana 5 perkara.

    1. Tidak mengakui dosa-dosa diri sendiri.

    2. Tidak pernah merasa menyesal. 3. Tidak rela dan bersedia

    mencela diri sendiri. 4. Tidak berazam untuk bertaubat 5. Telah putus harapan dengan

    nikmat Allah.

    1. Telah mengaku segala dosanya.

    2. Telah menyesal terhadap kesalahan dahulunya.

    3. Mencela diri sendiri kerana jahil.

    4. Bertaubat segera apabila berbuat berdosa.

    5. Tak pernah putus dengan rahmat Allah.

    Sember rujukan: Kitab Nasihat Sepanjang Hayat.

    Tazkirah Perdana Jabatan Farmasi

    Ceramah Berkenalan Dengan Al-Quran

    Cenderahati Diberikan Pada

    Penceramah

    AHLI JAWATANKUASA PENGHAYATAN NILAI DAN ETIKA

  • 7

    Personaliti Kampus

    P rofesor (Dr.) Nik Abdullah Nik Mohamad dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 20 hb. Oktober 1959. Beliau menerima pendidikan

    awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Ismail (I) dan Sekolah Inggeris Gelugor (Pulau Pinang), sebelum meneruskan pelajaran menengah di Penang Free School, SMK Sultan Ismail dan St. John Institution. Beliau seterusnya menyambung pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia di dalam bidang perubatan pada tahun 1985. Profesor Nik Abdullah telah berumah tangga dengan Hajah Zuraidah Alias dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata. Puteri sulung mereka kini sedang menuntut dalam tahun akhir falkulti pergigian di Universiti Airlangga Indonesia. Anak kedua (lelaki) beliau pula mengikuti program perubatan tahun empat di Kolej Universiti Cyberjaya (CUCMS) dan anak bongsu (lelaki) kini berumur hampir tujuh belas tahun dan sedang menuntut di tingkatan lima, Sekolah Menengah Dato’ Ahmad Maher. Selepas menamatkan pengajian beliau, bertugas sebagai doktor siswazah di Hospital Universiti Sains Malaysia. Beliau seterusnya dilantik sebagai pensyarah pelatih USM pada tahun 1987 di dalam bidang anestesiologi dan ditaja oleh USM untuk melanjutkan pengajian kepakaran ke Hospital Universiti Ghent, Belgium. Beliau juga mengikuti program sub-bidang kepakaran perubatan penjagaan intensif (intensive care medicine). Setelah tamat program kepakaran di Universiti Ghent, beliau mengambil inisiatif sendiri dengan menduduki peperiksaan kepakaran anestesiologi anjuran European Academy of Anaesthesiology. Beliau telah lulus kedua-dua bahagian peperiksaan tersebut dan dianugerahkan Diplomate, European Academy of Anaestesiology serta diberi pengiktirafan sebagai pakar anestesiologi dan rawatan rapi di 42 negara di benua Eropah. Sehingga kini, Profesor Nik Abdullah masih merupakan satu-satunya pakar bius di Malaysia yang memperolehi kelayakan dan kejayaan ini. Setelah menamatkan pengajian kepakaran pada tahun 1994, Profesor Nik Abdullah kembali ke tanah air dan memulakan tugas sebagai pensyarah di Jabatan Anestesiologi Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) dan Hospital USM. Perkhidmatan utama beliau adalah pembiusan kepada pesakit di dewan bedah dan perawatan pesakit kritikal di Unit Rawatan Rapi. Beliau juga aktif mengajar dan menyelia calon siswazah, pra- siswazah dan kakitangan para - medik di dalam bidang yang berkaitan. Di samping itu, beliau juga terlibat di dalam

    mengendalikan kursus cardio-pulmonary resuscitation (CPR) kepada para pelajar perubatan, jururawat, jururawat pelatih dan pembantu perubatan. Beliau diberi tanggungjawab untuk mengetuai Jabatan Anestesiologi dari 1998 sehingga tahun 2006. Antara aktiviti yang diusahakan termasuklah mewujudkan Klinik Pra-Operatif, Perkhidmatan Perawatan Kesakitan Akut, Unit Penjagaan Selepas Pembiusan dan merancang pembinaan surgical intensive care. Beliau juga mengetuai program Sarjana Perubatan (Anestesiologi) dan terlibat secara langsung di dalam penghasilan ratusan pakar bius yang kini bertugas di seluruh negara. Beliau turut terlibat sebagai ahli jawatankuasa ad-hoc di dalam penubuhan perkhidmatan kardiotorasik dan pusat kelecuran di HUSM, berperanan sebagai AJK Farmasi & Terapeutik HUSM, AJK Pengajian Siswazah dan beberapa jawatankuasa di peringkat pusat tanggungjawab dan juga universiti.

    Profesor Nik Abdullah telah dipilih untuk mengikuti program Japanese Society for the Promotion of Science (JSPS). Pada tahun 1998, beliau dilantik sebagai Felo Penyelidikan (Graduate University of Tokyo) dan mendalami bidang perawatan kesakitan selepas pembe-dahan di Jichi Medical School selama enam bulan, iaitu di bandar Minamikawachi-machi (daerah Tochigi). Beliau menjalankan penye-lidikan bertajuk Preemptive Analgesic Effect of Intravenous Ketamine and Fentanyl on Postop-erative Pain dan The effects of Nicorandil on Adrenaline Induced Cardiac Arrhythmias in Rats under Halothane Anaesthesia dan The Effects of Magnesium Sulphate on Arrhythmic Threshold in Rats under Halothane Anaesthe-sia Induced with Adrenaline. Setahun ke-mudian, beliau sekali lagi dijemput ke tempat yang sama untuk mengikuti program pertu-karan jangka pendek JSPS bertajuk Cardiac Function and Electrophysiology sebagai pen-syarah pelawat.

    Pada bulan Oktober 2000, Profesor Nik Abdullah telah dilantik sebagai International Fellow of American Association for Respiratory Care and American Respiratory Care Foundation, Amerika Syarikat di mana beliau turut dijemput untuk melawati beberapa pusat kecermerlangan bidang respiratori dan diminta memberi beberapa ceramah. Selain daripada mendapat jemputan memberi ceramah di Amerika Syarikat dan di dalam negara, Profesor Nik Abdullah juga turut dijemput memberi ceramah di luar negara seperti di Seoul (Korea), Karachi (Pakistan), Agra (India) dan Jogjakarta (Indonesia). Beliau juga dilantik sebagai pemeriksa luar untuk peperiksaan akhir bidang anestesiologi dan rawatan rapi anjuran The Royal College of

    Physician and Surgeon Pakistan (CPSP). Beliau adalah pakar di dalam penjagaan pesakit terutamanya mereka yang mengidap penyakit respiratori dan memerlukan bantuan pernafasan di unit rawatan rapi dan turut aktif di dalam persatuan yang berkaitan. Profesor Nik Abdullah terlibat di dalam persatuan Asia Pacific Association for Respiratory Care (APARC) dan dilantik menganggotai the Board of Medical Adviser (2000) sebelum di beri peranan berada di dalam the Board of Director (mulai 2002) untuk persatuan tersebut. Walaupun sibuk dengan tugasan yang diberikan, Profesor Nik Abdullah masih sempat bergiat aktif dalam persatuan dan badan sukarela di dalam negeri. Beliau dilantik sebagai ahli council, Kolej Anestesiologi, Akademi Perubatan Malaysia dan pernah dilantik sebagai ahli exco Malaysian Society of Anaesthesiologists (Critical Care Section). Beliau juga merupakan Presiden, Persatuan Pegawai Bersekutu, Pertahanan Awam Malaysia (cawangan Kelantan) dan kini berperanan sebagai pengerusi, conjoint board bidang anestesiologi. Semasa di USM, Profesor Nik Abdullah melibatkan diri di dalam penyelidikan dan memperolehi geran untuk menjayakan beberapa penyelidikan. Beliau juga terlibat di dalam penyelian calon terutamanya mereka yang mengikuti program sarjana perubatan dan sarjana sains. Di atas usaha gigih beliau, Profesor Nik Abdullah dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Madya pada tahun 2000. Mulai tahun 2007, Profesor Nik Abdullah dipertanggungjawabkan sebagai Timbalan Dekan untuk membantu Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan di dalam urusan pengajian siswazah dan latihan iktisas. Pada tahun 2008, Profesor Nik Abdullah diberi kenaikan pangkat ke jawatan profesor di dalam bidang anestesiologi dan rawatan rapi. Beliau juga dianugerahkan Certificate of Appreciation of Services (1996 dan 2003) dan Certificate of Excellence Services (1997 dan 2004) oleh Universiti Sains Malaysia. Atas peranan dan jasa beliau kepada negara, pada tahun 2005 Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan telah berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan (Bentara), B.S.K. kepada Profesor Nik Abdullah.

    PAKAR BIUS HUSM Profesor (Dr.) Nik Abdullah Nik Mohamad

  • Segmen Ilmu

    METHADON

    Pendahuluan

    Penyalahgunaan dadah adalah merupakan masalah utama

    negara dan juga sebagai satu beban kesihatan yang besar. Sehingga

    Disember 2006, terdapat 76,389 kes jangkitan HIV, 12,505 kes AIDS

    dan 9,154 kematian akibat AIDS telah dilaporkan. Diunjurkan sera-

    mai 300,000 warga Malaysia akan dijangkiti HIV menjelang tahun

    2015 sekiranya tiada langkah-langkah pencegahan dan intervensi

    yang berkesan diambil segera. Untuk tujuan tersebut Kementerian

    Kesihatan Malaysia telah mengorak langkah memulakan Program

    Pengurangan Kemudaratan (Harm Reduction Programme) seperti

    Program Pertukaran Jarum & Picagari (Needle & Syringe Exchange

    Programme) dan Program Terapi Gantian dengan Methadone untuk

    penagih dadah secara suntikan.

    Definisi

    Terapi gantian adalah merupakan salah satu pendekatan Penguran-

    gan Kemudaratan yang diberikan kepada penagih dadah. Ianya ber-

    maksud menggantikan dadah yang lebih kuat seperti heroin dan

    morfin dengan ubatan dari kumpulan yang sama seperti Methadone

    di bawah preskripsi dan pengawasan dan kaunseling yang sis-

    tematik.

    Objektif

    Mengurangkan risiko HIV/AIDS dan kejadian penyakit berjang-

    kit (Hepatitis B, Hepatitis C) di kalangan penagih dadah yang

    berkongsi jarum suntikan.

    Mengurangkan kadar kematian kesan dari ‘overdose’

    Meningkatkan tahap kesihatan dan fungsi psikososial di kalan-

    gan penagih dadah termasuk keupayaan mereka untuk menda-

    pat dan mengekalkan mutu kerja serta meningkatkan keyaki-

    nan dan untuk kembali kepada masyarakat.

    Mengurangkan kejadian jenayah yang berkaitan dengan dadah

    (drug-related crime) di kalangan penagih.

    Faedah program terapi gantian dengan Methadone

    Methadone diberi secara oral (melalui mulut). Ini menjadikan

    penagih dadah di bawah rawatan Methadone, kurang risiko

    kepada jangkitan HIV/AIDS kerana tiada risiko dan perkongsian

    jarum suntikan dadah.

    Mengurangkan risiko penyakit berjangkit yang lain yang dikait-

    kan dengan perkongsian jarum suntikan yang tercemar seperti

    Hepatitis B, Hepatitis C, Septicaemia, Phlebitis, Myocarditis,

    Endocarditis dan lain-lain.

    Meningkatkan kesejahteraan kesihatan dan mutu kehidupan

    pengguna dadah dengan cara mereka menyisihkan diri dari-

    pada tabiat menggunakan dadah.

    Membantu menstabil dan mengembalikan kehidupan normal

    penagih dadah

    Terapi gantian dapat mengawal gejala penarikan (withdrawal)

    dan ketagihan atau rasa gian (craving)

    Penglibatan dalam Program Terapi Gantian mendedahkan

    pesakit kepada sistem kesihatan dan memberi peluang kepada

    mereka untuk menjaga kesihatan secara umum seperti menda-

    pat diagnosis awal penyakit lain, ujian dan kaunseling untuk

    HIV dan rujukan bagi perkhidmatan tambahan.

    Terapi gantian boleh dijadikan komponen penting pendekatan

    berorientasikan komuniti kerana lazimnya rawatan ini diberi

    secara rawatan pesakit luar.

    Kadar pengekalan pesakit yang tinggi dapat dicapai – pesakit

    berpeluang menangani isu-isu seperti masalah kesihatan, psi-

    kologi, keluarga, perumahan, pekerjaan, kewangan dan undang

    -undang.

    Terapi gantian membantu mengawal keadaan kesihatan dan

    persekitaran sosial pengguna dadah seterusnya mencapai mat-

    lamat jangka masa panjang yang diingini seperti rawatan peny-

    isihan atau menahan diri.

    PERLAKSANAAN PROGRAM TERAPI GANTIAN DENGAN

    METHADONE DI MALAYSIA

    Setiap pesakit akan menjalani saringan dan perlu mematuhi

    kriteria yang telah ditetapkan sebagaimana Carta Alir “Standard

    Operating Procedure” Program Terapi Gantian dengan Metha-

    done.sebelum diterima masuk ke dalam program ini.

    Setiap pesakit yang mengikuti program ini akan diberikan kad

    pengenalan (ID) pesakit di mana setiap nombor pendaftaran akan

    mewakili pengenalan diri pesakit. Nombor pendaftaran untuk setiap

    pesakit adalah unik dan menunjukkan pusat rawatan pesakit terse-

    but. Kad ID pesakit ini juga tidak boleh disalahguna dan ditukar hak-

    milik. Pemegang kad tidak akan terlepas daripada tindakan undang-

    undang sekiranya didapati terlibat dalam penyalahgunaan dadah

    sepanjang tempoh rawatan.

    1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK. YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar didunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

    2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

    3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? Benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan kalori yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

    4. Kebanyakan lipstick yang dipakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

    TAHUKAH

    ANDA

    8

    PROGRAM TERAPI GANTIAN METHADON

  • Ubat

    campurpa

    lsu

    Tahun 2009

    Tahun 2008

    Senarai ini dikemaskini pada Oktober 2009 Sumber : Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan

    Bil Nama produk No. pendaftaran (MAL) Bahan kimia yang dikesan

    1 Phyto-Hape MAL05101774T Sibutramine

    2 Phyto Shape MAL20051399TE Sibutramine

    3 Etumax Eurycoma Active Plus MAL05101707T Sildenafil analogue

    4 Loong Choo Brand Reh Bih Ho Herbal Tea

    MAL20001175T Paracetamol

    5 Jinglida MAL07031203T Aminotadalafil

    6 Bodybeaus MAL06030982TCS Sibutramine

    7 Eng Luan Codyceps, Chuanbei Plus Cough Pill 3.5gm

    MAL19992654TC Diphenhydramine

    8 Senna Plus Capsule 400mg MAL06100615TC Sibutramine

    Bil Nama produk No. pendaftaran (MAL) Bahan kimia yang dikesan

    1 Ju Purt Jen Chin Yen (Cap Fuu

    Cheng) MAL19971673T Ephedrine

    2 Bionex MAL20041038TC Sibutramine

    3 Edoly Kapsul MAL07090970T Chlorpheniramine

    4 Pronoton MAL20033871T Sildenafil & analogue

    5 Venergy capsule 300mg MAL04125617T Sildenafil analogue

    6 ML Spring Returns MAL06121139T Sildenafil analogue

    7 ML Viraken capsule MAL05041920T Sildenafil analogue

    8 Tribulus Plus capsule 400mg MAL06081348TC Sildenafil analogue

    9 Epimedi Plus capsule 400mg MAL06100617T Sildenafil analogue

    10 Primalex MAL06121124T Sildenafil analogue

    11 Spartan MAL06121203TC Sildenafil analogue

    12 Xiao Tang Ling MAL20031850T Glibenclamide

    13 Xanthium plus MAL06100693TC Ibuprofen & Budesonide

    14 Slimway Herbs MAL19992643T Sibutramine

    Segmen Perundangan

    PEMBATALAN PENDAFTARAN PRODUK SEMULAJADI (TRADISIONAL) ATAS ISU CAMPURPALSU

    P ara pengguna dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk semulajadi (tradisional) seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut didapati mengandungi bahan kimia, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk semulajadi (tradisional). Penggunaan produk semulajadi (tradisional) yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.

    Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.

    9

  • 10

    Segmen Tips

    SOSEK-SOSEK

    P ejam celik, pejam celik, Jabatan Farmasi yang seusia dengan Hospital USM telah mengalami ra-mai tukar ganti staf kerana berpencen, bertugas di tempat baru, sambung belajar dan seterusnya menjawat jawatan yang lebih baik, berniaga, menjadi surirumah sepenuh masa, mengorak langkah jauh ke luar negara, tukar profesion, tin-dakan disiplin, meninggal dunia, berhijrah ke institusi lain, balik bertugas berhampiran kampung halaman, masalah kesihatan dan lain-lain. Dok kira-kira tu lebih daripada 30 orang staf yang ter-libat. Rasanya lebih baik kita abadikan nama-nama mereka di atas ‘board’. Setuju tak !! Siapa mengenali mereka ini ? Asyik dok tilik staf yang telah meninggalkan Jabatan Farmasi, jangan lupa pulak pada yang hampir akan mening-

    galkan kita semua yang masih muda-muda ini. Sesiapa yang nak pencen tu jangan dok fikir nak sambung lagi tau !........He….he……sekarang bukan lagi zaman Pak Lah, ni dah zaman Najib. Kalau zaman Pak Lah, bolehlah sambung-sambung mungkin sampai 65 tahun kot! Kutuk tu kutuk juga tapi apa-apa hal pun “Jasamu Tetap Dikenang”. Syukur kepada Allah kerana telah mengurniakan mereka sebagai staf Jabatan Farmasi, HUSM. Alhamdulil-lah….. Mulai sekarang, rasanya bolehlah fikirkan apa-apa yang hendak ditinggalkan kepada Jabatan Farmasi. Perkara-perkara yang baik sebagai jariah. Juga kepada staf yang muda ini bolehlah menuntut ilmu-ilmu yang ada pada mereka seperti McGyver, Tok Ayah, Abe Jo, Almanan. Jangan tuntut ilmu lain sudahlah !.....

    C aranya adalah dapat-kan daun lidah buaya, dan ambil lendirnya sahaja. Kemudian,

    campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga ba-han ini dimasukkan ke dalam pengisar elektrik (blender) dan kisar menggunakan sedikit air (sedikit sahaja). Setelah itu sa-pukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pasti-kan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 minit, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa. Bagi mereka yang

    mempunyai masalah kelemu-mur, syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya, hmmmm.... anda akan dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering. Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu. Sumber: Petuamelayu

    S a b d a N a b i S.A.W. - Harta dan pengaruhnya. Sesungguhnya di dalam mengumpulkan harta, 5 perkara akan kamu lalui : 1. Merasai penat-lelah ketika berusaha memperolehinya. 2. Sentiasa lalai-leka mengingati Allah ketika mencarinya. 3. Didampingi perasaan takut kehilangan dan dirampas

    darinya. 4. Mungkin bersifat bakhil yang tercetus darinya. 5. Terpisah diri dengan orang-orang Soleh dengan sebabnya. Sesungguhnya harta juga boleh memberi 5 perkara kebaikan apabila kamu memiliknya. 1. Merasai tenang semasa kamu menguruskannya. 2. Banyak bersyukur dan berzikir kepada Allah kerana

    rezekinya. 3. Merasa aman tenteram kerana halal dan kebaikan

    bersamanya 4. Amat beruntung kerana dimuliakan kerananya. 5. Boleh berbakti kepada orang Soleh sepanjang hayatnya. Oleh: Sidang pengarang Farmedia.

    MUHASABAH DIRI RAMBUT GUGUR??

    A.Shukor Hamid Haslina Zuraini Shukri Hisham Azizul Rohaiza Gan ZainalLajat Arifin Syed Azhar Jamaluddin Fuad Saad Arifin Shaari Aziz Abu Rasuna Dewa Subra Halilol Badruddin Wan Noriah Zulkifli Wahab Angsoommuddin Mohd. Nor Burhannor Zahari Mohamad Mohd Noor Norul Badriah Ahmad Tajudin Azmi Nik Wel Bazli Yuslan H.P. Wong Kak Yah

  • 11

    Segmen Sampaikan

    Kepada : Cikgu Ucapan : Tahniah dah jadi OKB! Daripada : Orang Miskin

    Kepada : Semua Staf farmasi Ucapan : Perasan tak, rata-rata staf Jabatan Farmasi telah memiliki lebih dari sebuah kereta. Dua buah kereta adalah kebiasaan. Ada yang telah memiliki tiga atau empat buah kereta. Kepada sesiapa yang mampu tu bolehlah tam-bah !!! Tidakkah kite sume takut fenomena tambah-menambah ni !! Manalah tahu, fenomena tambah-menambah ini berlarutan dan menyebabkan wabak B1N1 2 merebak. Awas !! Jika ianya merebak topeng muka, Tamiflu, kuaran-tin dan sebarang vaksin sudah tidak menjadi dan tidak mujarab. Oleh itu, langkah pencegahan mulai sekarang adalah yang terbaik. Daripada : Dr. B1N1 2

    Kepada : CHE HA (NORIHA) Ucapan : Boleh ke nak acu, cuba, try, test Exora sekejap !! Daripada : Ixora Kempunan

    EXORA

    Kepada : Sabrie, Azira dan Aida, Ucapan : Selamat datang ke Jabatan Farmasi. Semoga dapat menunjukkan presa-tasi yang membanggakan. Kepada : En. Hakim, Ucapan : Banyak beli tanah? Nak berniaga ker?

    Kepada : Azrina dan Zalina, Ucapan : Selamat menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga. Semoga ditambahkan lagi rezeki.

    Kepada : Tn. Hj. Zainol, Ucapan : Bila nak naik rumah baru? Jangan lupa buat kenduri ye.... Daripada : Anak Buah JF

    Kepada : Hajah Jasmani, Hajah Asmalailey dan Hajah Namimas, Ucapan : Selamat kembali dari mengerjakan haji. Semoga telah memperoleh haji mabrur. Daripada : Haji Lama.

    Kepada: Aida, Zira dan Sabrie Ucapan : Tahniah ler, akhirnya impian menjadi kenyataan nak keje kat HUSM. Keje elok-elok ye… Daripada: Orang muda

    Kepada: Zalina Ucapan : Tahniah,…tahniah…kena dua kali ucap, untuk dua kali event, dapat dua kali makan…hehehe. Daripada: Tukang Ucap

    Kepada: Staf UPDT Ucapan : Kawe mengucapkan ribuan terima kasih kepada staf UPDT terutama En. Dell, Abe Joe, kak Bayah, Cik Yani, Lobo, Harun Din, Pok Teh, Thamby, Abu dan OKU..........he....he...he.he di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada kawe semenjak kawe mula bertugas di UPDT. Semoga hubungan mesra dan kekeluargaan ini berkekalan untuk selamanya. Insyaa Allah Daripada : Pok gGee (Abe gG)

    Kepada: Staf UPDT & UPF Ucapan: Terima kasih atas ker-jasama yang telah anda semua tunjukkan pada tahun 2009. Semoga Tahun depan kerjasama itu dapat dikuatkan lagi dengan halatuju yang baru dan lebih banyak inovatif dapat dilakukan. Syabas !!!!! Daripada: Penyelaras UPDT &UPF

    Kepada: Bakal Staf UPF 2010 Ucapan: Kepada bakal staf UPF 2010 bersedialah dalam menghadapi aktiviti yang semakin meningkat. Daripada: Ore Lamo

    Kepada: Pn Mariani, Kak Lailey, Che Normah, Kak Tie dan Kak Rosmah Ucapan: Pejam-celik pejam celik dah hampir setahun kita bersama. Mohon maaf dan terima kasih di atas sokon-gan, dorongan serta nasihat yang diberikan dan semoga kita terus maju ke hadapan dengan jayanya Kepada: Tn Rosli, Abe Mie, Che’, Mie, Abe Harun, Wee Ucapan : Salam 1 Malaysia, 1 Farmasi, 1 UPA, 1 Hati, 1 Pantri. Bersama kita jadikan UPA 1 unit yang disegani Daripada: MH2

    Kepada: Yang Berkenaan... Ucapan : Tahniah kerana mendapat anugerah Maal Hijrah USM 2009. Daripada: DCA

    http://rds.yahoo.com/_ylt=A0S020of_C5LjloAp.KjzbkF/SIG=124rt5m24/EXP=1261456799/**http%3A/www.husmar.org/images/maal%2520hijrah.jpg

  • 12

    Karya Staf

    PANTUN

    Kayu bakar dibuat arang

    Arang dibakar memanaskan diri

    Jangan mudah menyalahkan orang

    Cermin muka lihat sendiri

    Maksud: Cuba lihat kekurangan diri kita sendiri.

    Masuk hutan pakai sepatu

    Takut kena gigitan pacat

    Kalau kita selalu bersatu

    Apa kerja mudah dibuat.

    Maksud: Kerja secara berpasukan membawa menafaat. Dikumpulkan oleh: Mariani Yaacob

    JENAKA PENDEK Ingatkah lagi anda pada iklan Petronas semasa setiap kali hari raya? Iklan tersebut menceritakan seorang anak yang bertan-yakan kepada bapanya mengenai seekor burung yang dijum-pai oleh ayahnya. Burung tersebut ialah burung murai. Si bapa tanpa jemu jemu menjawab soalan si anak walaupun diajukan dengan soalan yang sama. Kini si anak mula buat perangai kembali dengan menanyakan nama seekor binatang iaitu siput babi Anak : Apa itu abah? Abah : Siput babi, nak Anak : Apa dia bah? Abah : Siput babi, anakku (dengan nada lembutnya) Anak : Apa bah? Abah : Siput babi, nak Dipendekkan cerita si anak bertanyakan ayahnya berpuluh-puluh kali dengan soalan yang sama sehingga mencabar kesa-baran ayahnya. Akhirnya ayahnya menjawab dengan penuh perasaan geram Anak : Apa tu, bah? Abah : Itulah siput, babiiii Anak : Ooo barulah tau Moral : Jangan terlalu tunjukkan kebodohan yang boleh men-imbulkan kemarahan orang lain dan orang yang pemarah haruslah belajar mengawal emosi Nukilan IMZ

    APABILA PESAKIT PANDAI MENGIRA Pada suatu hari seorang pelajar uni-versiti menemubual sepuluh orang pesakit di Klinik Pakar Perubatan untuk menyiapkan tugasan yang bertajuk, “Kesan Penggunaan Drug Viagra”. Melalui fail rekod pesakit, pelajar dapat mengenalpasti pesakit yang pernah mengambil ubat terse-but. Pelajar mula menyoal; Pelajar : “ P ak c i k , ba g a i ma n a selepas makan ubat ni?” sambil menunjukkan kotak Viagra. Pesakit : “Oh! Bagooosss, Aku raso macam muda semula” Selepas itu pelajar menemuramah pesakit berikutnya. Sembilan pesakit telah memberi jawapan yang hampir sama. Akhirnya, sampailah giliran pesakit yang ke10. Pelajar : “Pakcik, bagaimana selepas ambil ubat ni?” Pesakit ke10: “Biasa sajo, tak raso ngano-ngano” Bagi pelajar, ini satu kelainan. Mungkin penemuan baharu agaknya dan mula tertarik dengan pesakit tersebut. Pelajar terus menyoal; Pelajar : “Pakcik ambil ubat ikut nasihat doktor tak?” Pesakit ke10: “Ubat, ambilll..... Tapi

    aku simpan sajo, tak berani make. Aku tengok jiran sebelah rumah telan dua biji, terus sakit dada dan mati selalu. Aku takut......!”

    Pelajar : “Habis, doktor suruh dia makan berapa biji?” Pesakit ke10: “ K a t o i s t e r i

    keduanya, dia tak ikut doktor. Dia kiro ikut bilangan isteri, dua biji terus ditelannya, nak tambah power biar macam enjin turbo, konon”

    Pelajar : “Patutlah maut, pecah enjin......!Pakcik makanlah sebiji, ikut nasihat doktor” Pesakit ke10: “Tok seea, doktor tak

    leh tipu aku, aku ni pandai Ilmu Hisab. Kiro dua biji doh

    boleh mati satu nyawa, jadi kalu aku make satu biji hari ni ertinya doh ½ nyawa

    aku mati. Esok sebiji lagi, habislah aku. Aku ni nok hidop, dia t a k h i d o p takpolah...!”

    Pelajar : “Pulak dahhhhh....! ado

    jugak lagu niii......” Setelah siap tugasan dan dihantar kepada pensyarah, pelajar tersebut menulis pula sebuah rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana itu ialah: “Kenalilah Ubat Anda, Viagra Bukan Enjin Turbo”. (Moral kisah ini ialah: Ubat tidak memberi sebarang makna bila minda sukar diperbetulkan, hanya pembaziran wang kerajaan) Oleh: Virus//:E-6

    The Window A young couple moves into a new neighborhood. The next morning, while they are eating breakfast, the young woman sees her neighbor hang the wash outside. “That laundry is not very clean”, she

    said. “She doesn’t know how to wash correctly. Perhaps she needs better laundry soap.” Her husband looked on, but remained silent. Every time her neighbor would hang her wash to dry, the young woman would make the same comments. About one month later, the woman was surprised to see a nice clean wash on the line and said to her husband: “Look! She has learned how to wash correctly. I wonder who taught her this.” The husband said: “I got up early this morning and cleaned our windows!” And so it is with life: What we see when watching others, depends on the purity of the window through which we look. Before we give any criti-cism, it might be a good idea to check our state of mind and ask ourselves if we are ready to see the good rather than to be looking for something in the person we are about to judge. And oh yes! I almost forgot…. I see you today much clearer than I did yesterday… And you? Wishing you a nice day… Author : Sergimage Translation: Prema Adapted by: 3388

    Cuitan Kata Penawar Duka

  • 13

    Karya Staf

    The Road Not Taken

    Two roads diverged in a

    yellow wood,

    And sorry i could not travel

    both

    And be one traveler, long I

    stood

    And looked down one as far as I could

    To where it bent in the undergrowth

    Then took the other, as just as fair,

    And having perhaps the better claim

    Because it was grassy and wanted wear,

    Though as for that the passing there

    Had worn them really about the same

    And both that morning equally lay,

    In leaves no step had trodden black

    Oh, I kept the first for another day !

    Yet knowing how way leads on to way,

    I doubted if I should ever come back

    I shall be telling this with a sigh

    Somewhere ages and ages hence:

    Two roads diverged in a wood, and I –

    I took the one less traveled by,

    And that has made all the difference. Adapted by 3388

    ALKISAH................. Buah cempedak di luar pagar Ambil galah tolong jolokkan Pantun ini sekadar gurauan

    Mana yang salah tolong maafkan

    Sorong papan tarik papan Buah keranji di dalam perahu

    Khabarnya En Dell nak buat soalan Boleh tak tangguhkan dulu????

    Dua tiga kucing berlari

    Mana nak sama si kucing belang Kalau memang En Dell nak bagi

    Bagilah soalan yang senang-senang

    Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tiga Soalan nanti janganlah susah Nanti kami semua ternganga

    Pisang emas dibawa belayar

    Masak sebijik di atas peti Jasa En Dell tak dapat dibayar Tapi bagi lah can kali ni????

    Kalau ada sumur di ladang

    Dapat kami menumpang mandi Ini bukan satu sindiran

    Tapi sebenarnya kami nak tunjuk yang ni...hehehe

    MAKA BERMULANYA...........

    Buah cempedak di luar pagar Ambil galah tolong jolokkan

    Banyak soalan asyik berlegar Datang ke TDM apa tujuan???

    Sorong papan tarik papan Buah keranji dalam perahu

    TDM tu tempat kajian Paras ubat yang tertentu

    Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tiga

    Sampel dihantar berwarna merah Kepekatan ubat akan dikira

    Hancur badan dikandung tanah

    Budi yang baik dikenang jua Sampel yang datang diterima sudah

    Jangan lupa catat masanya

    Setelah sampel siap disaring

    Setiap maklumat akan dicatat Darah dan plasma perlu diasing

    Supaya bacaan diukur tepat

    Sampai sudah proses kedua Pensampelan dibuat sesudahnya Kalau tak silap perkiraan hamba

    Orang putih kata control namanya

    Sebelum sempat mulakan kerja Perlu dicatat masa mula Reagen ape harus diguna Berapa pula kuantitinya

    Pensampelan dibuat dengan cermat Keselamatan diri harus diutamakan

    Keputusan yang dicetak harus disemat Dalam fail pesakit yang disediakan

    Asal tanah kami datang

    Ke tanah jua kami pulang Upf adalah tempat sediaan

    Bermacam ubat yang dipesan

    Berbagai jenis ubat disedia Kebersihan diri harus dijaga Setiap ubat ada resepinya Mesti dibuat ikut formula

    Sebelum kita mula bekerja Dua benda jangan dilupa

    Sarung tangan dan topeng muka Bukan sekadar hiasan saja

    Bila berkerja harus berjaga

    Takut sediaan tertumpah pula Sediaan yang siap mesti dilabel

    Nama dan tarikh perlu ada

    Ada bermacam jenis ubat Dari tablet hinggalah sirap

    Setiap pengeluaran hendak dibuat Mesti dicatat dalam ‘bincard’

    Sudah panjang kami mengarang Setiap yang mula ada penamat Hanya ini dapat kami coretkan Moga –moga dapat manfaat

    Nukilan: IKA,IKAH,IEDA,INA

    Found somewhere……………have a nice day NO SPEAKAH DE ENGLISH A bus stops and 2 italian men get on. They sit down and engage in an animated conversation. The lady sitting next to them ignores them at first, But her attention is galvanized when she hears one of them say the following: “Emma come first. Den I come Den two asses come together. I come once-a-more! Two asses, they come together again I come again and pee twice. Then I come one lasta time” The lady can’t take this any more, ‘You foul-mouthed sex obsessed pig’ she retorted indig-nantly ‘In this country, we don’t speak alaoud in public Places about our sex lived’ ‘Hey, coola down lady’ said the man. ‘Who talkin’ about sex? I’m justa tellin’ my frienda how to spell ‘Mississippi’.’

    TRTY/UPA

    Tiada Kata Seindah Bahasa

  • 14

    Peristiwa Di Jabatan Farmasi

    Provisional Registered Pharmacist

    ( P RP ) 2008 / 2009

    Jamuan perpisahan

    pelajar-pelajar Diplo

    ma Farmasi UiTM

    Tazkirah Perdana Jabatan Farmasi 2009

    Jamuan perpisahan pelajar-pelajar Diploma FarmasiMAHSA

    Jasa preseptor tid

    ak dilupai ...

    Antara pelajar-pelajar Diploma Farmasi UiTM yang membuat sangkutan di Jabatan Farmasi

    TPKF bersama dengan Pengarah Hospital dalam jamuan Hari Raya Jabatan Farmasi

    Sibuknya…membuat persiapan bagi jamuan Hari Raya jabatan.

    Antara tetamu yang hadir dalam jamuan Hari Raya jabatan

    Staf mengambil peluang bergambar dengan Pengarah Hospital

    Lawatan pengurusan ke Unit Penyediaan Farmaseutikal

    Staf UPDT memberi penerangan kepada juri sempena Pertandingan Kualiti Katogeri

    Makmal DiagnostikTerbaik

  • Perkembangan Terkini Di Jabatan Farmasi

    Cik Nur Aida Murni Mamamad B.Pharm (Hons)USM

    Cik Nik Azira Nik Ab Ghani B.Pharm (Hons)UKM

    En Mohd Sabrie Mohd Nawawi B.Pharm (Hons)USM

    Majalah FarMedia mengalu-alukan kedatangan staf baru Jabatan Farmasi Pegawai Farmasi U41

    Provisional Registered Pharmacist (PRP)

    Nurul Atiqah Awang Lah

    (UKM)

    Nur Hazirah Kamarudin

    (UiTM)

    Md Farhan Ab Rahman

    (UiTM)

    R. Mohd Khairulanuar R. Ismail (UIAM)

    Khong Khei Chong (IMU)

    Nabilah Ismail (UKM)

    Najwa Hasnifalina Md Husin

    (UKM)

    N. Muhibul Fikry N. Muhammad

    (UIAM)

    Mohd Azreen Mustapa (UIAM)

    Mohd Zulhilmi Zamri Adibah Adani Ab Rahim

    Penolong Pegawai Farmasi U29 Pembantu Makmal C17

    En Fauzi Man

    Tahniah dan Bersama Kita Mengekalkan Status Kecemerlangan USM

    Ahmad Bazli Ahmad Zikrileh

    (UIAM)