strategi-strategi pengajaran sains
TRANSCRIPT
-
7/22/2019 Strategi-strategi Pengajaran Sains
1/19
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
TAJUK 5 STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN SAINS
5.0 SINOPSIS
Strategi pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang guru lakukan dalam
mengendalikan proses pengajaran-pembelajaran dan merujuk kepada kaedah,
pendekatan, teknik dan aktiviti yang dilaksanakan. Guru-guru perlulah bijak
memilih dan menggunakan kaedah yang paling sesuai bagi membantu murid-
murid terutamanya murid-murid berkeperluan khas, dan diri mereka dalam usaha
mencapai objektif pengajaran yang telah dirancangkan. Pemilihan sesuatu
kaedah atau strategi haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya
pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang
hendak disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai
dan sikap yang ingin dipupuk.
5.1 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i. Memahami bagaimana pelajar mempelajari sains dan implikasinya
terhadap pengajaran.
ii. Meningkatkan tahap pengajaran secara inkuiri supaya pembelajaran
murid menjadi lebih berkesan khususnya dalam pemahaman konsep
sains, penguasaan kemahiran saintifik dan penerapan dan pembentukan
sikap dan nilai murni.
iii. Meningkatkan keberkesanan dengan pelbagai kaedah pengajaran sains
rendah seperti simulasi, projek dan eksperimen.
77
-
7/22/2019 Strategi-strategi Pengajaran Sains
2/19
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
5.2 KERANGKA KANDUNGAN
5.3 KANDUNGAN
5.3.1 Kaedah Pengajaran Sains
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan melalui pelbagai
kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti inkuiri, eksperimen, perbincangan,
simulasi, projek, lawatan, kajian lapangan dan eksplorasi. Kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang pelbagai dapat meningkatkan minat murid terhadap
78
STRATEGIPENGAJARAN DAN
PEMBELAJARANSAINS
Inkuiri Eksperimen Hands on Penerokaan PenerokaanAktif
Projek Sains KajianLapangan
Kerjakumpulan
AktivitiMerentas
Kurikulum
Simulasi
Pengubahsuaian Strategi Pengajaran SainsUntuk Murid-Murid Masalah Pembelajaran
KaedahPengajaran Sains
Hubungandengan
kehidupan
Kandungan Bahan Peringkat Lokasi Penilaian
-
7/22/2019 Strategi-strategi Pengajaran Sains
3/19
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
sains, pelajaran sains yang tidak menarik akan membosankan
murid. Pengajaran secara inkuiri-penemuan menjadikan sains sebagai satu
mata pelajaran yang menyeronokkan kerana murid sendiri terlibat secara aktif
dalam proses penyiasatan dan pencarian maklumat.
Guru perlu peka terhadap pelbagai kecerdasan dalam kalangan murid
pendidikan khas. Kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk murid-
murid yang berbeza kecerdasan. Kepelbagaian kecerdasan ini boleh
dihubungkaitkan dengan kebolehan visual dan ruang, verbal linguistik, muzik dan
irama, logikal matematik, kinestatik, perhubungan antara individu, perhubungan
dengan diri sendiri, perhubungan antara insan dengan penciptaNya dan
pemahaman tentang alam sekitar.
Strategi pengajaran sains yang khusus dan sesuai adalah juga diperlukan
untuk murid-murid berkeperluan khas. Guru-guru yang mengajar sains kepada
murid-murid ini perlulah bijak memilih strategi atau kaedah yang sesuai dengan
kekurangan dan kebolehan mereka. Strategi yang digunakan perlu
mengambilkira topik dan bersesuaian dengan aktiviti yang dirancang.
a. Inkuiri
Pendekatan Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik untuk
mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau mendapat
jawapan daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini
memerlukan murid mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis,
merancang aktiviti kajian, manjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya
mendapatkan jawapan dan membuat rumusan.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik
inkuiri iaitu inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka. Inkuiri terbimbing memerlukan
guru membimbing murid menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini
79
-
7/22/2019 Strategi-strategi Pengajaran Sains
4/19
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
sesuai dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah dan menengah, terutama
kepada murid-murid berkeperluan khas. Dalam inkuiri terbuka, murid tidak diberi
sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh murid sendiri. Oleh
itu, ianya sesuai dilaksanakan pada peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti
di universiti. Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi mendapatkan
maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai bidang khususnya bidang
pendidikan.
Sains sebagai inkuiri mementingkan murid mempelajari kemahiran proses
sains seperti pemerhatian, membuat inferens dan mengeksperimen. Guru sains
perlu melibatkan murid dalam inkuiri dengan memberi peluang kepada mereka
untuk menanya soalan, menerang sesuatu kejadian atau fenomena, menguji
idea sedia ada dan berkomunikasi apa yang dipelajari.
Oleh itu, inkuiri merupakan salah satu pendekatan penyelesaian masalah
yang disusun khas supaya sesuatu yang ditujukan kepada murid akan menjadi
cabaran kepada mereka untuk menyelidik dan meneliti secara lebih mendalam.
Sebagai guru pendidikan khas bimbingan berterusan sepanjang
pelaksanaan inkuiri amat penting bagi mencapai
Matlamat pendekatan ini adalah untuk membantu murid mengembangkan
kemahiran dan intelek bagi mencari jawapan akibat daripada rasa ingin tahu.
Terdapat lima fasa seperti rajah berikut:
Rajah 1: Fasa Model Inkuiri
80
Fasa satu:Berhadapan dengan masalah
( Menerangkan atur cara inkuiri, Gurukemukakan masalah )
Fasa dua:Mengumpul data
Pemeriksaan benar atau tidak.Periksa objek, keadaan, situasi
bermasalah.
-
7/22/2019 Strategi-strategi Pengajaran Sains
5/19
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
Fasa Satu :
Dalam Fasa Satu, guru perlu mengemukakan situasi masalah yang perlu
diselesaikan oleh murid. Kemudiannya memberikan penerangan susun atur
bagaimana untuk menjalankan inkuiri yang digunakan.
Fasa Dua :
Dalam Fasa Dua pula, ia melibatkan proses mengumpul data. Pegumpulan data
dibuat melalui ujikaji, pemerhatian dan pemeriksaan situasi sebenar. Guru-guru
hendaklah cuba membantu murid dengan mengembangkan jenis maklumat yang
didapati.
81
Fasa Tiga :Pengumpulan data- ujikaji
Asingkan pembolehubah relevenBentuk hipotesis dan
Uji perkaitannya.
Fasa Empat:Menyusun ,merumus, keterangan.Rumus peraturan dan keterangan
Fasa Lima:Analisa Proses Inkuiri.
Analisa Strategi inkuiri danhasilkan yang lebih berkesan
-
7/22/2019 Strategi-strategi Pengajaran Sains
6/19
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
Fasa Tiga :
Dalam Fasa Tiga, murid-murid perlu mengasingkan pembolehubah yang releven
iaitu untuk membentuk hipotesis dan membuat perkaitan tentang sebab dan
akibat masalah berlaku.
Fasa Empat :
Dalam Fasa Empat , guru meminta murid menyusun semua data-data yang telah
mereka perolehi bagi membentuk satu keterangan mengenai kajian mereka.
Fasa Lima
Dalam fasa yang terakhir ini, murid diminta untuk menganalisis corak inkuiri yang
telah mereka hasilkan . Pada fasa ini murid boleh memberikan pelaporan
mengenai kajian yang telah mereka lakukan dalam bentuk penulisan,
gambarajah atau sebagainya.
Model ini adalah merupakan satu pengajaran yang menarik serta
merangsangkan murid-murid kerana mereka memerlukan kreativiti, pemikiran,
penaakulan serta penilaian bagi menyelesaikan masalah dan seterusnyamembuat sesuatu keputusan.
Prinsip-Prinsip Model Inkuiri
Terdapat beberapa prinsip yang perlu diketahui oleh guru sebelum
melaksanakan model inkuiri di dalam pengajaran . Ini sangat penting untuk
memastikan kaedah yang digunakan. Ini benar-benar mampu menghasilkan satu
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Prinsip pertama yang perlu diberi tumpuan oleh guru ialah mereka perlu
memilih topik kajian yang terdapat dalam sukatan dan mengikut objektif
pelajaran. Ini penting agar proses pengajaran itu nanti sesuai dengan tahap
82
-
7/22/2019 Strategi-strategi Pengajaran Sains
7/19
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
kemampuan mereka . Objektif pengajaran guru akan mempunyai matlamat yang
perlu dicapai oleh murid.
Prinsip kedua ialah penyediaan alatan. Guru perlu menyediakan alatan yang
sesuai dan mencukupi sebelum memulakan sesuatu kajian. Alatan yang tidak
sesuai serta tidak berfungsi akan menggangu kelancaran proses pembelajaran
murid. Oleh yang demikian para guru perlu memastikan alatan sentiasa dalam
keadaan baik, berfungsi, sesuai dan mencukupi.
Prinsip ketiga ialah peranan yang dimainkan oleh guru. Guru perlu berbincang
dengan murid mengenai tujuan kajian dibuat. ini akan dapat memberikan
pengetahuan awal kapada murid apa yang perlu mereka lakukan. Guru perlu
juga memastikan murid-murid memahami langkah-langkah untuk menjalankan
kajian.
Prinsip yang keempat ialah guru perlu mengelak daripada memberi jawapan
atau memberitahu murid jawapan dan kesimpulan yang diharapkan. Dalam
peringkat ini, guru perlu memberi kebebasan kepada murid dalam setiap
jawapan atau kesimpulan yang mereka berikan.
Guru juga perlu memastikan agar aktiviti dibuat oleh murid sendiri.
Kegagalan guru memastikan kajian dibuat oleh murid akan memberikan impak
yang besar kepada proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru juga
perlu mengawal murid agar mereka tidak menyeleweng dari kaedah kajian. Guru
harus sentiasa peka dan mudah mengesan kesilapan yang dilakukan oleh murid
serta membuat peneguran kepada murid. Ini penting supaya murid tidak
terpesong daripada matlamat dan objektif kajian.
Sebaik sahaja kajian selesai dijalankan, guru perlu mengadakan
perbincangan dengan murid. Dalam perbincangan ini, guru boleh mendengar
keputusan dan kajian murid di samping bertukar-tukar pendapat, pandangan dan
83
-
7/22/2019 Strategi-strategi Pengajaran Sains
8/19
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
pengalaman. Setiap pandangan daripada murid hendaklah diterima dan diberi
perhatian . Guru boleh membuat kesimpulan atau keputusan.
Kebaikan
Terdapat beberapa kebaikan bagi model ini yang boleh dimanfaatkan oleh
murid-murid. Di antaranya ialah :-
1. Model ini berasaskan strategi pemusatan murid. Murid melibatkan diri
dalam aktiviti pembelajaran sepenuhnya
2. Menghasilkan pemahaman yang lebih mendalam terhadap rumusan atau
generalisasi yang dibuat.
3. Menimbulkan minat murid serta naluri ingin tahu murid terhadap aktiviti
pembelajaran yang dilakukan.
4. Memberi peluang kepada murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran
secara bebas.
5. Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh murid-murid akan
kekal lama.
6. Menggalakkan murid berfikir secara saintifik dan rasional.
Kelemahan
1. Model ini hanya sesuai kepada murid tahap dua di sekolah rendah.
2. Model ini memerlukan penggunaan masa yang panjang.
3. Murid yang kurang pengalaman terutama murid pendidikan khas akan
menghadapi kesulitan untuk mendapatkan hasil kajian yang tepat
b. Eksperimen
Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran
sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau
84
-
7/22/2019 Strategi-strategi Pengajaran Sains
9/19
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
idea sains yang tertentu. Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen
dijalankan.Semasa menjalankan eksperimen murid mengaplikasikan kemahiran
berfikir, kemahiran proses dan kemahiran manipulatif.
Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen
adalah seperti berikut:
1. Mengenal pasti masalah
2. Membuat hipothesis
3. Merancang eksperimen:
- mengawal pemboleh ubah.
- menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan
- menentukan langkah-langkah untuk menjalankan eksperimen
- kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data
4. Melakukan eksperimen
5. Mengumpul data
6. Menganalisis data
7. Mentafsirkan data
8. Membuat kesimpulan
9. Membuat laporan
(Rujuk Tajuk 3 Keterangan lanjut mengenai kemahiran proses sains)
85
-
7/22/2019 Strategi-strategi Pengajaran Sains
10/19
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
c. Aktiviti Hands on
Pendekatan hands on memerlukan murid-murid terlibat secara aktif bukan
secara pasif yang hanya mendengar kuliah atau menonton filem sahaja. Aktiviti
hands-on mendedahkan murid-murid kepada aktiviti sebenar. Dalam aktiviti ini
murid boleh menyelesaikan tugasan di dalam atau luar bilik darjah. Aktiviti ini
mendedahkan murid-murid untuk melalui kehidupan sebenar. Melalui aktiviti ini
murid mendapat maklum balas kepada kejayaan mereka, dan dapat menguji
apa yang telah mereka pelajari.
d. Penerokaan
Penerokaan adalah suatu tindakan mencari untuk tujuan penemuan sumber atau
maklumat. Kaedah penerokaan memfokuskan penglibatan murid dalam
membentuk konsep dan kefahaman mengenai sesuatu perkara. Kaedah
penerokaan sesuai digunakan dalam pembelajaran yang melibatkan inkuiri
penemuan, pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah,
simulasi dan kaedah pembelajaran kajian masa depan.
Kaedah penerokaan mempunyai kebaikan tersendiri dan dapat memberi
kebaikan kepada murid dan guru. Kebaikannya kepada murid ialah ia dapat
memupuk pemikiran kreatif murid dan penyelesaian masalah sebenar. Ia juga
dapat memberi peluang kepada murid melibatkan diri secara mendalam
terhadap kandungan pelajaran disamping memberi peluang kepada mereka
dalam menentukan hala tuju dan kemajuan pelajaran mereka. Kaedah
penerokaan juga memberi kebaikan kepada guru dimana ia memberi peluang
kepada guru untuk menerapkan strategi-strategi pembelajaran berasaskan teori
pembelajaran konstruktivisme.
86
-
7/22/2019 Strategi-strategi Pengajaran Sains
11/19
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
e. Penerokaan Aktif
Seseorang yang menjalankan penerokaan aktif berusaha untuk menemui
sesuatu yang baru untuk dirinya. Ini juga boleh dijadikan sebagai eksperimen.
Murid-murid berupaya menjalankan penerokaan aktif apabila mereka diberi
kesempatan dalam pembelajaran secara hands on. Mereka memerlukan bahan
yang sesuai untuk dimanipulasi, masalah yang mengagumkan, bantuan dan
bimbingan, serta mereka perlu diberi kebebasan yang mencukupi untuk
membandingkan idea-idea serta membentuk penemuan pembelajarannya
sendiri. Dalam proses penerokaan aktif aspek-aspek kognitif, afektif dan
psikomotor digunakan oleh murid-murid.
Pendekatan penerokaan aktif mementingkan pengalaman murid secara
langsung dan berpusatkan murid. Pendekatan ini sebagai suatu proses yang
dapat meningkatkan pembelajaran sains, melaksanakan proses sains dan
membentuk sikap terhadap sains.
f. Projek Sains
Projek merupakan pengubahsuaian daripada kaedah penyelesaian masalah
yang dikemukakan oleh John Dewey. Projek merupakan satu kaedah di mana
aktiviti dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu
tujuan atau menyelesaikan sesuatu masalah. Projek biasanya mengambil masa
yang panjang dan ianya boleh dilaksanakan di dalam atau di luar waktu
persekolahan. Kaedah projek melibatkan murid secara aktif dalam merancang
dan melaksanakan aktiviti sesuai dengan tajuk yang dikaji. Kemahiran saintifik
dan kemahiran berfikir banyak diberi penekanan dalam kaedah ini. Kaedah
projek juga memerlukan murid berdisiplin, tabah dan sabar dalam menjalankan
aktiviti yang dirancang.
87
-
7/22/2019 Strategi-strategi Pengajaran Sains
12/19
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
Projek boleh dijalankan mengikut keperluan tajuk yang diajar. Selain itu
projek boleh diadakan mengikut minat murid, atau untuk mengadakan pameran
sains. Tugas guru adalah menyediakan pilihan projek yang realistik, memberi
garis panduan, mencadangkan bentuk persembahan, dan memantau kemajuan
pelaksanaan dari semasa ke semasa. Murid perlu merekod setiap proses dan
perubahan yang berlaku sepanjang pelaksanaan projek. Murid khas sering
didedahkan dengan projek sains seperti berkebun, bertukang memelihara
haiwan dan sebagainya.
g. Kajian Lapangan
Kajian lapangan merupakan satu kaedah di mana aktivitinya dilakukan di luar
bilik darjah seperti di tepi kolam, taman botani, rimba rekreasi, stesen kaji cuaca,
zoo dan tempat-tempat lain yang sesuai. Murid-murid dapat melihat sendiri
tempat-tempat dan peristiwa-peristiwa yang berkaitan sains dalam persekitaran
mereka. Kaedah ini biasanya menarik minat murid dan memberi peluang untuk
mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertanggungjawab dan
berdisiplin.
Kaedah ini memberi pengalaman hands-on dan minds-on kepada murid
dan ianya adalah sesuai digunakan untuk mengajar topik-topik yang berkaitan
dengan alam haiwan, alam tumbuhan dan persekitaran. Melalui pendedahan
kaedah ini, murid mengalami pengalaman sebenar dan dapat membina konsep
dengan lebih jelas
Sebelum kajian lapangan diadakan, persediaan berikut perlu dijalankan:
i. Jelas tentang tujuan lawatan, biasanya untuk menarik minat murid-murid
terhadap pelajaran baru, atau untuk mendapat maklumat tambahan, atau
meninjau aplikasi prinsip sains.
88
-
7/22/2019 Strategi-strategi Pengajaran Sains
13/19
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
ii. Semak dasar sekolah tentang prosedur seperti kebenaran ibu bapa,
penjadualan bas sekolah, temu janji dengan pihak yang ingin dilawati.
iii. Guru terlebih dahulu perlu melawat sendiri tempat lawatan supaya senang
untuk merancang aktiviti.
iv. Guru perlu merancang senarai soalan atau tujuan, dan maklumat latar
belakang untuk membantu murid-murid membuat permerhatian.
v. Menetapkan peraturan tingkah laku dan keselamatan terutama bagi
murid-murid berkeperluan khas.
vi. Di tapak, pastikan setiap murid sempat melihat dan mendengar, serta
bertanya soalan. Sekiranya kelas terlalu besar, bahagikan kepada
beberapa kumpulan. Pastikan setiap guru ada dalam setiap kumpulan.
vii. Selepas kembali ke kelas, adakan refleksi atau penilaian tentang kajian
yang dilaksanakan.
Kajian lapangan bagi murid-murid berkeperluan khas menghadapi banyak
cabaran, contohnya pengangkutan ke tapak kajian dan murid-murid bermasalah
penglihatan perlukan orientasi kepada persekitaran baru. Kerjasama adalah
penting diantara guru, murid-murid dan pembantu untuk memastikan kajian
lapangan ini berjaya.
Untuk menghadapi masalah ini, perlulah ada pengubahsuaian bergantung
kepada keprluan mereka, contohnya:
i. Tapak lawatan perlulah sesuai untuk dibuat kajian
ii Pengangkutan yang sesuai diperlukan untuk ke tapak lawatan.
iii. Perlukan lebih masa untuk menyiapkan kajian lapangan
iv. Perlukan ruang parking yang sesuai bagi mereka.
v. Perlu ada orientasi bagi murid-murid yang bermasalah penglihatan.
vi. Perlulah melibatkan aktiviti berkumpulan.
89
-
7/22/2019 Strategi-strategi Pengajaran Sains
14/19
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
vii. Bahan-bahan bercetak perlulah bersaiz besar, dalam Kerjasama adalah
penting diantara guru, murid-murid dan pembantu untuk memastikan
kajian lapangan ini berjaya.
h. Kerja Kumpulan
Pembelajaran secara kumpulan merupakan strategi pengajaran berpusatkan
murid. Murid boleh menjalankan aktiviti pembelajaran melalui kumpulan
mengikut kebolehan, murid juga dapat menguasai kemahiran tertentu mengikut
kadar pembelajaran yang sepadan dengan kebolehan mereka. Terdapat dua
cara membentuk kumpulan, iaitu berdasarkan kebolehan/pencapaian yang
sama, dan kedua kumpulan pelbagai kebolehan/pencapaian.
Jenis-jenis kumpulan ialah:
a. Mengikut kebolehan
i. Satu kumpulan kecil murid cerdas
ii. Satu kumpulan kecil murid sederhana
iii. Satu kumpulan kecil murid lambatb. Pelbagai kebolehan
i. Cerdas, sederhana dan lambat dalam satu kumpulan kecil,
ii. Cerdas, sederhana dan lambat dalam satu kumpulan kecil
iii. Cerdas, sederhana dan lambat dalam satu kumpulan kecil
Aktiviti ini menolong murid memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas dan
mengembangkan pemikiran yang kreatif dan kritis. Kerja dalam kumpulan
membawa kesan yang positif terhadap pencapaian akademik, harga diri, saling
hormat menghormati dan tingkah laku bekerjasama jika perlaksanaannya
dijalankan dengan betul. Dalam kerja kumpulan, guru perlu merancang aktiviti
dan menyediakan bahan yang diperlukan. Pengawasan guru amat penting agar
kerja kumpulan dilaksanakan dengan berkesan.
90
-
7/22/2019 Strategi-strategi Pengajaran Sains
15/19
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
i. Aktiviti Merentas Kurikulum
Aktiviti-aktiviti merentas kurikulum merupakan suatu usaha untuk mengukuh dan
memperkayakan lagi matapelajaran-matapelajaran dalam pelajaran sains
supaya sains dapat dipelajari dengan lebih bermakna oleh murid-murid.
Disamping itu aktiviti-aktiviti merentas kurikulum berupaya mengiat lagi proses
pembelajaran bagi mata pelajaran lain. Setiap aktiviti bagi matapelajaran sains
perlu dikaitkan dengan matapelajaran lain bagi membolehkan murid turut
menguasai kemahiran tertentu bagi matapelajaran lain.
Antara aktiviti-aktiviti merentas kurikulum yang terdapat dalan pelajaran sains
adalah:
i) nilai merentas kurikulum
ii) bahasa merentas kurikulum
iii) pendidikan alam sekitar merentas kurikulum
iv) sains dan teknologi merentas kurikulum
j. Simulasi
Simulasi adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kerap
digunakan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Ia
diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan tujuan menyelesaikan
satu-satu masalah yang benar-benar wujud dalam keadaan yang terkawal.
Kaedah simulasi berupaya atau mampu membangkitkan suasana belajar yang
memberangsang dan menyeronokkan. Kaedah ini juga berkesan untuk
digunakan dalam pengajaran domain afektif.
91
-
7/22/2019 Strategi-strategi Pengajaran Sains
16/19
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
Kaedah simulasi boleh dilaksanakan melalui main peranan, permainan
dan penggunaan model. Dalam main peranan, murid melakonkan sesuatu
peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan.
Permainan pula mempunyai peraturan-peraturan yang harus dipatuhi. Murid
bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami proses
membuat keputusan. Model boleh digunakan untuk mewakili objek atau keadaan
sebenar. Murid dapat membayangkan situasi tersebut dan seterusnya
memahami konsep dan prinsip yang dipelajari.
Langkah-langkah penting kaedah simulasi ialah:
i. Menjelaskan objektif
ii. Merancang dan mewujudkan situasi simulasi.
iii. Mengadakan perbincangan untuk merumuskan isi pelajaran.
5.3.2 Pengubahsuaian Strategi Pengajaran Sains Untuk Murid-Murid
Masalah Pembelajaran
Murid-murid berkeperluan khas memiliki gaya belajar, tahap kekuatan dan
kelemahan yang berbeza. Pengubahsuaian dalam strategi pengajaran dan
penilaian serta kurikulum yang disediakan, akan mengalakkan murid-murid
berkeperluan khas mengembangkan kefahaman yang lebih baik terhadap
konsep-konsep sains. Pengubahsuaian yang perlu dilakukan adalah terhadap
kandungan, bahan, peringkat, lokasi, penilaian dan hubungan dengan
kehidupan.
Kandungan kurikulum sains diubahsuai dengan mengambil kira jenis
keupayaan murid. Ianya perlulah yang ringkas khusus untuk memenuhi
keperluan murid-murid yang mengalami pelbagai kecacatan kurang upaya, iaitu
92
-
7/22/2019 Strategi-strategi Pengajaran Sains
17/19
-
7/22/2019 Strategi-strategi Pengajaran Sains
18/19
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
Pengubahsuaian penilaian juga perlu dilakukan terhadap murid-murid
berkeperluan khas. Murid yang mempunyai kesulitan menulis penilaian boleh
dilakukan seperti ujian lisan dan juga penyelesaian masalah. Bagi murid-muridyang boleh mengambil ujian biasa, masa tambahan diperlukan untuk
memastikan bahawa mereka mempunyai peluang untuk menyelesaikan soalan.
Format ujian alternatif seperti jawapan ringkas, aneka pilihan, lisan dan esei
perlulah bersesuaian dengan keperluan mereka.
Dalam Teras 4 dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
memperlihatkan kesungguhan pihak kerajaan membantu murid berkeperluan
khas iaitu merapatkan jurang pendidikan antara murid-murid normal berdasarkan
kesesuaian dan keperluan mereka. Sebagai seorang guru, kita perlu memberi
peluang kepada murid-murid ini untuk belajar sepertimana rakan sebaya yang
lain. Adalah menjadi tanggungjawab seorang guru bagi memastikan anak
muridnya mencapai tahap akademik semaksima mungkin sesuai dengan
kemampuan dan kesanggupan mereka. Merancang pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan keperluan murid berkeperluan khas adalahsudah menjadi tanggungjawab guru pendidikan khas.
94
-
7/22/2019 Strategi-strategi Pengajaran Sains
19/19
(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
Latihan 1.
Latihan 2.
95
Dengan memilih satu tajuk kecil dalam SukatanPelajaran Sains Murid Berkeperluan Khas, tulis satu
Persediaan Mengajar Harian dengan menggunakansatu kaedah yang dinamakan. Terangkan mengapakaedah ini dipilih untuk tajuk berkenaan.
a. Dengan merujuk kepada strategi penyepaduanunsur sains ke dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu, terangkan bagaimana STRUMdapat dijayakan dalam pelajaran murid-muridbermasalah pembelajaran.
b. Senaraikan tiga cara untuk memupuk sikap saintifikdan nilai murni dalam Kurikulum Sains murid-muridbermasalah pembelajaran.