stail g

4
FASA PRA IMPAK 1) Dalam fasa pra impak, guru akan memberi satu set soalan atau masalah untuk murid. 2) Arahan yang diberikan berbentuk lisan atau secara bertulis. Masalah yang diberikan berkaitan dengan objektif pembelajaran. 3) Murid menerima masalah atau soalan yang diberikan oleh guru. Murid akan menyelesaikan masalah yang diberi oleh guru dengan idea dan pendekatan sendiri. FASA IMPAK 1) Peranan guru adalah hanya memantau setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid. 2) Guru bertindak sebagai fasilitator dan memberi ruang kepada murid untuk menyelesaikan masalah mereka dengan sendiri. 3) Murid pula cuba menyelesaikan masalah dengan idea sendiri dan mampu menyelesaikan masalah yang diberikan. Murid berfikir secara kreatif. FASA PASCA IMPAK 1) Guru boleh memberi jawapan dan membandingkan jawapan tersebut dengan jawapan murid. 2) Guru menghasilkan keputusan atau rumusan dengan betul dan tepat daripada perbincangan murid. 3) Murid pula akan memastikan jawapan disemak dengan jawapan guru dan murid lain

Upload: cyti-wawa

Post on 16-Dec-2015

216 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PJ

TRANSCRIPT

FASA PRA IMPAK1) Dalam fasa pra impak, guru akan memberi satu set soalan atau masalah untuk murid.2) Arahan yang diberikan berbentuk lisan atau secara bertulis. Masalah yang diberikan berkaitan dengan objektif pembelajaran.3) Murid menerima masalah atau soalan yang diberikan oleh guru. Murid akan menyelesaikan masalah yang diberi oleh guru dengan idea dan pendekatan sendiri.

FASA IMPAK1) Peranan guru adalah hanya memantau setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid.2) Guru bertindak sebagai fasilitator dan memberi ruang kepada murid untuk menyelesaikan masalah mereka dengan sendiri.3) Murid pula cuba menyelesaikan masalah dengan idea sendiri dan mampu menyelesaikan masalah yang diberikan. Murid berfikir secara kreatif.

FASA PASCA IMPAK1) Guru boleh memberi jawapan dan membandingkan jawapan tersebut dengan jawapan murid.2) Guru menghasilkan keputusan atau rumusan dengan betul dan tepat daripada perbincangan murid.3) Murid pula akan memastikan jawapan disemak dengan jawapan guru dan murid lain akan memperbaiki jawapan yang diberi.

KRITERIA1) Dalam stail ini, hanya mempunyai satu tindak balas yang betul.2) Ia merupakan suatu proses pembuktian secara praktikal dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.3) Tumpuan yang khusus serta idea iaitu bergantung kepada struktur dari aspek tingkah laku, pertuturan yang digunakan bagi memperkenalkan tugasan yang diberikan kepada murid.4) Tindak balas perlakuan mewakili analisis lakuan secara mekanikal. Stail ini juga membawa kepada rangkaian lakuan yang lebih spesifik.5) Stail ini memerlukan murid membuat penemuan inkuiri dengan menghadkan tindakan yang dilakukan.

KEBAIKAN1) Murid dapat membina pelbagai perlakuan yang sesuai dengan keupayaan diri mereka dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan.2) Lakuan serta kemahiran yang dibina melalui keupayaan diri sendiri akan membentuk pembelajaran yang berkesan terhadap murid.3) Murid lebih yakin dan seronok melakukan aktiviti pembelajaran tanpa terlalu terikat dengan arahan atau idea daripada guru.4) Mampu membina domain psikomotor yang mantap dalam diri murid. Berupaya membentuk domain kognitif yang mantap dan kritis.5) Murid akan berasa seronok apabila berjaya melakukan aktiviti dengan cara yang betul dan akan membentuk domain afektif yang baik.6) Melahirkan lebih banyak idea daripada murid melalui kaedah cuba jaya yang dilakukan oleh setiap murid.7) Hubungan di antara guru dan murid akan menjadi lebih akrab.8) Murid berpeluang melakukan penemuan baru tanpa bantuan daripada guru dalam menyelesaikan masalah yang diberikan

KELEMAHAN1) Hanya murid yang bijak sahaja akan mendapat faedah berbanding murid yang kurang bijak.2) Murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran akan ketinggalan jika tidak mendapat bimbingan daripada guru.3) Murid akan berasa bosan apabila tidak mampu menyelesaikan masalah dan akan hilang tumpuan semasa aktiviti pengajaran berlangsung.4) Masa bagi guru untuk memantau setiap murid adalah terhad. Kesannya, aktiviti murid sukar dikawal.5) Perbezaan kemampuan individu dalam sesebuah kumpulan akan mewujudkan jurang perbezaan 6) Tidak semua tugasan sesuai dengan kaedah pengajaran stail G.