sosio (kesan ke atas agama islam)

15
1.0 PENGENALAN Kolonialisme bermaksud penguasaan sesebuah bangsa ke atas bangsa lain sama ada melalui politik, ekonomi mahupun sosial. Kolonial juga biasa disama erti dengan imperialisme. Kolonialisme adalah pengembangan kekuasaan sebuah negara atas wilayah dan manusia di luar batas negaranya serta seringkali mencari dominasi ekonomi dari sumber daya, tenaga kerja, dan pasar wilayah tersebut. J.A Hobson berpendapat bahawa kolonialisme ialah sesuatu bangsa atau negeri mengembangkan kuasa atau pengaruhnya melalui penghijrahan rakyatnya kepada sesuatu kawasan atau jajahan baru ke seberang laut yang belum diterokai atau diduduki oleh orang lain. 1 Manakala, Kamus Dewan mendefinisikan kolonialisme sebagai sebuah dasar atau amalan oleh sesebuah negara meluaskan penguasaannya ke atas sesebuah negara lain. Ia mempunyai persamaan dengan takrifan imperialisme menurut George Nadel, dan Perry Gurtis bermaksud perkembangan kuasa atau kawalan, sama ada secara langsung atau tidak, politik atau ekonomi, oleh sesuatu kerajaan, bangsa atau masyarakat ke atas bangsa atau masyarakat yang lain dan proses ini didukung oleh idea sendiri. Namun begitu, kedua-dua istilah ini sering diguna pakai oleh para sarjana. Kolonialisme British ke atas Tanah Melayu telah memberi kesan ke atas struktur sosioekonomi masyarakat tradisional iaitu masyarakat Melayu. Kesan ke atas struktur masyarakat tempatan yang dahulunya bercorak feudal kini mulai berubah apabila British mula memperkenalkan dasar-dasar baru dalam pentadbiran mereka. Kesan daripada aspek sosial dan ekonomi tidak dapat dipisahkan kerana ia saling berkaitan berdasarkan sistem feudal terdahulu. Kedatangan 1 Cheah Boon Kheang, Kolonialisme di Malaysia dan Negara-negara lain, Fajar Bakti Sdn Bhd; Petaling Jaya; 1990, hlm. 2 1

Upload: nazrul427

Post on 06-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

good

TRANSCRIPT

1.0PENGENALANKolonialisme bermaksud penguasaan sesebuah bangsa ke atas bangsa lain sama ada melalui politik, ekonomi mahupun sosial. Kolonial juga biasa disama erti dengan imperialisme. Kolonialisme adalah pengembangan kekuasaan sebuah negara atas wilayah dan manusia di luar batas negaranya serta seringkali mencari dominasi ekonomi dari sumber daya, tenaga kerja, dan pasar wilayah tersebut. J.A Hobson berpendapat bahawa kolonialisme ialah sesuatu bangsa atau negeri mengembangkan kuasa atau pengaruhnya melalui penghijrahan rakyatnya kepada sesuatu kawasan atau jajahan baru ke seberang laut yang belum diterokai atau diduduki oleh orang lain.[footnoteRef:1] Manakala, Kamus Dewan mendefinisikan kolonialisme sebagai sebuah dasar atau amalan oleh sesebuah negara meluaskan penguasaannya ke atas sesebuah negara lain. Ia mempunyai persamaan dengan takrifan imperialisme menurut George Nadel, dan Perry Gurtis bermaksud perkembangan kuasa atau kawalan, sama ada secara langsung atau tidak, politik atau ekonomi, oleh sesuatu kerajaan, bangsa atau masyarakat ke atas bangsa atau masyarakat yang lain dan proses ini didukung oleh idea sendiri. Namun begitu, kedua-dua istilah ini sering diguna pakai oleh para sarjana. [1: Cheah Boon Kheang, Kolonialisme di Malaysia dan Negara-negara lain, Fajar Bakti Sdn Bhd; Petaling Jaya; 1990, hlm. 2]

Kolonialisme British ke atas Tanah Melayu telah memberi kesan ke atas struktur sosioekonomi masyarakat tradisional iaitu masyarakat Melayu. Kesan ke atas struktur masyarakat tempatan yang dahulunya bercorak feudal kini mulai berubah apabila British mula memperkenalkan dasar-dasar baru dalam pentadbiran mereka. Kesan daripada aspek sosial dan ekonomi tidak dapat dipisahkan kerana ia saling berkaitan berdasarkan sistem feudal terdahulu. Kedatangan kuasa kolonial telah membawa satu perubahan besar terhadap penduduk di Tanah Melayu. Kuasa kolonial ini telah mengambil alih tugas Sultan sebagai pemerintah. Agama Islam yang diamalkan masyarakat Melayu tidak terkecuali mendapat impak daripada legasi kolonial ini. Perubahan telah berlaku dalam kegiatan hidup masyarakat Melayu yang menganuti agama Islam. Cara hidup yang diamalkan orang Islam telah mengalami perubahan daripada bentuk pentadbiran yang dijalankan kuasa Barat. Legasi kolonial ke atas agama Islam telah mempengaruhi corak kehidupan penduduk Islam di Tanah Melayu sama ada dari segi sosial mahupun ekonomi.

2.0KESAN KOLONIALISME KE ATAS AGAMA ISLAM DI TANAH MELAYU2.1Raja kehilangan kuasaSemasa pemerintahan kolonial, raja-raja Melayu telah dipaksa mengikut nasihat para pegawai British dalam semua urusan pentadbiran, kecuali perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Tindakan ini tanpa disedari telah menghakis hak dan kedudukan istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu secara sedikit demi sedikit.Hal ini demikian kerana, sebelum kolonialisme bertapak di Tanah Melayu raja merupakan pemerintah tertinggi dan dianggap sebagai bayangan Allah di muka bumi. Situasi ini terjadi selepas Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 antara Raja Abdullah dan Sir Andrew Clarke. Melalui perjanjian ini menandakan bermulanya penguasaan pihak British terhadap negeri-negeri di Tanah Melayu. Hal ini diteruskan dengan pengenalan Perlembagaan Malayan Union yang dikuatkuasakan pada tahun 1946, bukan sahaja hak keistimewaan orang Melayu tidak disebut malah keistimewaan dan kedudukan yang dimiliki oleh raja-raja Melayu telah dikurangkan sehingga kepada keperluan rasmi dan perkara-perkara kecil sahaja. Segala hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran seperti hal ehwal pentadbiran negeri, hal ehwal pertahanan dan hubungan luar negeri terletak di bawah pengaruh Inggeris. Selain itu, segala urusan pungutan cukai dan kawalan hasil negeri dilakukan mengikut nasihat residen Inggeris. Kehilangan kuasa raja merupakan kesan besar kolonial British daripada aspek politik masyarakat Melayu. Apabila British berjaya mengawal kuasa raja, maka mudah pihak British untuk mengeksploitasi sumber ekonomi.

2.2Pembesar Hilang PengaruhSebelum kedatangan kuasa Barat, pembesar-pembesar Melayu mempunyai kuasa penuh untuk memungut cukai, tetapi keadaan ini berubah apabila segala pungutan cukai dan kawalan hasil negeri diambil alih oleh pihak Inggeris. Hal ini menyebabkan pembesar-pembesar Melayu telah kehilangan kewibawaan sebagai seorang pembesar selain kehilangan punca pendapatan serta pengaruh mereka. Misalnya, pengenalan pelbagai dasar pentadbiran kolonial British di Pahang telah mencabar dan menggugat kekuasaan tradisional yang selama ini dipegang oleh sultan dan pembesar. Kehadiran J. P. Rodger sebagai residen British telah mengambil alih segala tugas pembesar. Kerajaan British telah memperkenalkan Undang-undang Tanah yang boleh menyekat kebebasan pembesar-pembesar Melayu dalam sumber ekonomi mereka. Akibat penguasaan British, Dato Bahaman yang merupakan seorang pembesar di Pahang telah kehilangan kuasa, selain gelaran juga telah dilucutkan serta elaun beliau turut dipotong. Daerah Semantan yang sebelum ini berada di bawah kawalan Dato Bahaman telah dikuasai sepenuhnya oleh pihak British.

2.3Campur Tangan British Dalam Sistem Pemerintahan Bercorak Islam Di Tanah MelayuSetelah campur tangan oleh pihak British, pentadbiran dan hal ehwal Islam mengalami perubahan. Walaupun British telah mengecualikan agama Islam dan adat Melayu daripada pengaruh British, namun begitu, pada hakikatnya British telah campur tangan dalam pentadbiran agama dan Undang-undang Islam di negeri-negeri Melayu melalui peranan Penasihat dan kedudukan Residen British. Contohnya, dalam pentadbiran agama Terengganu dalam tahun 1912M, sebelum meluluskan Undang-undang Nikah Cerai Bil 6/1340, persetujuan daripada Penasihat British, iaitu Humpreys, perlu diminta terlebih dahulu.[footnoteRef:2] Oleh kerana urusan pentadbiran Islam terikat dengan pentadbiran negara, penjajah British didapati telah melantik para pegawai daripada kalangan anak-anak Melayu yang berpendidikan Barat atau mereka yang diberikan kursus di Barat. Namun begitu, anak-anak Melayu Islam ini tidak diberi jawatan yang tinggi kecuali setelah mendapat persetujuan kolonial British. Manakala anak Melayu yang berpendidikan agama atau mendapat pendidikan di Timur Tengah langsung tidak dipedulikan.[footnoteRef:3] [2: Tuan Ruhani Tun Shriff, Pentadbiran Agama Islam Di Terengganu Dari Tahun 1911-1930-an. Jurnal Jabatan Sejarah (JEBAT), 1984, hlm.145.] [3: Berhanundin Abdullah, Sejarah Pengaruh Adat dan Barat dalam Pentadbiran Islam di Malaysia. Malaysia dari segi SEJARAH (Malaysia in History), 1999, hlm. 81-86.]

3.0 KESAN LEGASI KOLONIALISME TERHADAP CARA HIDUP ISLAM

3.1 EkonomiKedatangan kolonial ke Tanah Melayu terutamanya British telah membawa perubahan kepada kehidupan masyarakat. Masyarakat Melayu yang menganuti agama Islam tidak terlepas daripada mendapat kesan daripada penjajahan ini. Cara kehidupan umat Islam mulai berubah bukan sahaja dari aspek ekonomi malah turut berubah dari aspek sosial. Legasi kolonial ini telah menguasai ekonomi lalu mencorakkan ekonomi mengikut kehendak mereka sehingga membawa impak kepada cara hidup Islam.3.1.1 Perubahan dalam mata wang IslamMata Wang telah pun diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah pada Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu, penggunaan mata wang adalah terhad di kawasan pelabuhan sahaja. Mata wang di Tanah Melayu pada zaman tradisinya bukanlah sekadar unit untuk membuat urusan pembelian atau pertukaran barang. Mata Wang tersebut turut berperanan dalam memperkembangkan agama Islam. Contohnya, pada tahun 1710, Sultan Kedah iaitu Sultan Muhammad Jiwa Zainal Syah II telah mengeluarkan mata wang emas yang dinamakan kupang. Pada mata wang kupang tersebut terdapatnya tulisan adil syah yang membawa maksud raja yang adil.[footnoteRef:4] [4: Ismail Hussein et al., Tamadun Melayu: Jilid Tiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995, hlm. 1347.]

Perkataan adil pada permukaan mata wang kupang itu menjadi simbol kepada pemerintahan raja yang adil sebagaimana dikehendaki dalam Islam. Namun kedatangan kuasa dan pedagang barat telah memperkenalkan pelbagai jenis mata wang. Pada tahun 1580, wang perak Sepanyol telah diedarkan dan mata wang ini digunakan di Tanah Melayu selama 300 tahun. Semasa kolonial British memerintah, bentuk mata wang semakin berubah iaitu kepada bentuk mata wang kertas dollar. Perubahan ini berlaku pada akhir abad ke-19 apabila Negeri-negeri Selat mengalami kekurangan mata wang Sepanyol. Masalah ini telah menyebabkan pedagang-pedagang British merayu kepada kerajaan British supaya mata wang British digunakan. Oleh hal yang demikian, British telah mengambil tindakan dengan memperkenalkan mata wang dollar Negeri-negeri Selat pada tahun 1903. Pada tahun 1904, mata wang dollar diterima sebagai media pertukaran sah di Negeri-negeri Selat. Jika dilihat pada mata wang dollar yang digunakan itu, tidak terdapatnya unsur Islam sebagaimana mata wang kupang yang tertulis adil syah. Nilai Islam yang meliputi cara hidup umat Islam pada mata wang telah dihilangkan oleh penjajah. Mata wang Tanah Melayu yang berbentuk emas, perak dan tembaga telah berubah kepada wang kertas yang tidak mempunyai unsur Islam sebagaimana sebelum pemerintahan kolonial.

3.1.2 Penerapan unsur ribaDalam Islam, unsur riba adalah dilarang dan haram bagi umat Islam yang mengamalkannya. Menurut Abdul Muhaimin Mahmood, riba ialah sebarang tambahan dalam barangan tertentu (ribawi) dan tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh. Kedatangan kolonial British telah membawa pengenalan perlakuan yang bertentangan dengan ajaran Islam iaitu riba. Bagi mencapai matlamat kapitalis mereka, bank-bank perdagangan asing telah ditubuhkan antaranya Standard Chartered Bank pada tahun 1875 dan Algene Bank Negerland NV pada tahun 1888.[footnoteRef:5] Bank-bank ini diterajui oleh doktrin yang dibawa oleh penjajah berdasarkan sistem konversial. Sistem konversial merupakan sistem perbankan zaman ini yang mengamalkan riba dalam kegiatannya. Sistem konvensionel merupakan sistem perbankan zaman kini yang mengamalkan riba dalam kegiatannya. Sistem yang bertentangan dengan cara hidup Islam ini kemudiannya diterapkan dalam penubuhan bank-bank tempatan terawal seperti Kwong Yik Bank Bhd pada tahun 1913 dan The Pacific Bank Bhd pada tahun 1922. Pengenalan sistem berunsurkan riba dalam urusan bank merupakan idea ahli teologi St. Thomas Aquines. Aquines berpendapat bahawa pengembangan wang melalui pembayaran dan penerimaan bunga dapat meningkatkan aktiviti ekonomi. Idea tersebut seterusnya memberikan idea kepada Abu Hamid Al-Ghazali. Beliau mengemukan idea bahawa wang boleh berperanan dalam ekonomi tanpa melibatkan riba. Bermulanya disini, sistem kewangan tanpa riba telah diwujudkan supaya cara hidup Islam dapat dikekalkan. Akhirnya, institusi kewangan Islam telah ditubuhkan di Tanah Melayu antaranya Lembaga Tabung Haji pada tahun 1963. [5: Mohd. Taib Osman dan A. Aziz Deramin, Islam di Alam Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, hlm. 194-198.]

3.1.3 Ekonomi KapitalisMenurut Karl Marx, kapitalisme adalah sebagai sistem ekonomi yang berprinsipkan hak milik peribadi dan persaingan yang bebas. Di Tanah Melayu, sistem ekonomi kapitalis telah membawa perubahan besar dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat Islam tidak terlepas daripada mendapat kesan daripada ekonomi kapitalis yang diamalkan oleh penjajah ini. Kolonial British yang bertapak di Tanah Melayu giat mengaut keuntungun untuk kepentingan sendiri. Usaha yang dilakukan adalah melemahkan bangsa melayu dalam ekonomi dengan membawa masuk bangsa asing luar untuk bekerja. Buruh asing berbangsa Cina diimport untuk bekerja di lombong, buruh India bekerja di ladang-ladang getah manakala buruh Indonesia di ladang tebu dan getah.[footnoteRef:6] Bagi masyarakat Melayu Islam pula, kebanyakan mereka menjalankan pertanian dan menjadi nelayan. Penduduk Melayu yang tinggal di kampung-kampung atas pecah-perintah British menyebabkan kehidupan mereka mundur. Ini adalah sebagaimana kehendak British yang ingin mengukuhkan kedudukannya sebagai pemerintah dan pemegang kuasa ekonomi Tanah Melayu. [6: P. Sivarajan dan S. Malar Arasi, Sejarah Sosio Ekonomi Malaysia Sehingga 1970, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., 2012, hlm. 44.]

Dalam menjayakan usahanya, British cuba mengukuhkan pemikiran golongan ulama yang berpandangan sempit yang melihat agama hanya sebagai persiapan untuk akhirat tanpa memperhitungkan soal-soal duniawi.[footnoteRef:7] Golongan ini merupakan individu yang berpengaruh di kampung-kampung. Tindakan ini menyebabkan orang Melayu terus ketinggalan dalam ekonomi berbanding bangsa lain. Bagi mengelakkan keadaan ini berterusan, golongan ulama yang berilmu pengetahuan kritis telah muncul dalam usaha mengubah cara hidup penduduk Islam. Mereka berpendapat kemunduran masyarakat umat Islam di Tanah Melayu berpunca daripada kegagalan masyarakat Islam memahami dan mematuhi lunas-lunas yang ditetapkan dalam Islam. Kesedaran ini kemudiannya telah memperbaiki kedudukan orang Melayu di Tanah Melayu bermula pada permulaan abad ke-20. Namun begitu, reaksi buruk ditunjukkan rakyat akibat ikutan cara ulama tradisional sehingga mengatakan mereka cuba memesongkan ajaran Islam yang sebenar. Kesannya reformasi Islam termasuklah dalam aspek ekonomi di Tanah Melayu terbantut dan ekonomi kapitalis terus digiatkan. [7: Mahayudin Haji Yahaya, Islam di Alam Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, hlm. 197.]

3.2 Sosial

3.2.1 Penyebaran agama kristianSebelum kedatangan kuasa asing, masyarakat Melayu lebih cenderung kepada agama Islam, namun segalanya berubah apabila kuasa asing mula menguasai Tanah Melayu. Kedatangan mereka bukan sahaja atas dasar ekonomi semata-mata malah mereka juga mengaku secara tegasnya dengan mengatakan bahawa mereka juga menggalas Beban Orang Putih yang kononnya bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Asia yang dikatakan tidak bertamadun dengan membawa masuk mubaligh-mubaligh untuk menyebarkan agama Kristian di Tanah Melayu. Zaman penjajahan Britsh di Tanah Melayu pada abad ke-18, lebih menggalakkan perkembangan semua ajaran mazhab-mazhab Kristian. Gereja-gereja Katolik yang tertindas semasa zaman penjajahan Belanda telah kembali berfungsi. Kebanyakkan penganut agama Kristian semasa British ini terdiri daripada orang-orang Cina dan India, golongan imigran inilah yang memainkan peranan penting dalam penyebaran agama Kristian di semenanjung Tanah Melayu. Perkembangan-perkembangan ini telah merangsang pertambahan penganut agama kristian katholik di semenanjung, pada tahun 1841 penganutnya sebanyak 3200 orang dan meningkat kepada 18000 orang pada tahun 1890, manakala pada tahun 1908 penganutnya meningkat kepada 24,000 orang. Perkembangan agama Kristian ini adalah disebabkan pergerakan aktif misionari katolik disamping menubuhkan institusi-institusi pelajaran, sosial dan kebajikan di semenanjung Malaysia.

3.2.2Sistem Pendidikan Masyarakat MelayuBagi Masyarakat Melayu, pendidikan agama Islam merupakan pendidikan yang wajib diberikan kepada anak-anak. Ia bermula dengan pendidikan tidak formal iaitu, belajar di surau, masjid dan rumah guru. Pendidikan Masyarakat Melayu terus berkembang kepada sistem Sekolah Pondok. Perkembangan Sekolah pondok ini melibatkan beberapa buah negeri seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu Pada kurun ke-19. Mata pelajaran yang diajar ialah tauhid, tafsir, fekah, dan hadis. Sekolah pondok ini kemudian berkembang kepada Madrasah. Di Negeri-Negeri Selat, kumpulan agama yang dikenali sebagai Kaum Muda memainkan peranan penting dalam mengembangkan sistem madrasah ini. Setelah berlakunya kolonialisme, British telah memperkenalkan sistem pendidikan Vernakular yang berasaskan kaum iaitu Kaum Melayu, Cina dan India. Sistem ini memberi kesan dan menyebabkan orang Islam dengan orang bukan islam tiada kesepaduan. Fahaman Sekularisme yang berorientasikan kebendaan serta cara hidup Barat yang bebas telah mempengaruhi orang Islam atau masyarakat Melayu, khususnya golongan elit dan bangsawan yang mempunyai latarbelakang Pendidikan Inggeris. Raffles adalah pelopor kepada sistem sekular di Tanah Melayu kerana beliau yang mencadangkan agar bahasa Melayu diasingkan daripada pelajaran Al-Quran atau agama Islam. Kesan daripada keadaan ini menyebabkan penggunaan tulisan jawi beransur-ansur menjadi lemah.[footnoteRef:8] [8: Ishak Saat, Malaysia 1945-2000, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 2009, hlm 214. ]

3.2.2 Agama Dan Adat Istiadat MelayuWalaupun dikatakan bahawa soal-soal agama dan adat istiadat Melayu telah diserahkan kepada raja-raja Melayu, namun dari segi praktiknya, pihak British merupakan yang menguasai Majlis Negeri. Soal pelantikan, pemecatan, gaji para Kadi dan Mufti ditentukan oleh Majlis Negeri yang terpaksa melalui pengesahan Gabenor sebelum dilaksanakan. Penubuhan Majlis Agama negeri adalah rancangan British dengan alasan supaya pentadbiran agama Tanah Melayu berjalan dengan lancar. Namun masalah yang wujud dalam hal ini adalah, tentang pentadbiran dan perjalanan Majlis Agama dilaksanakan oleh golongan sekular yang tidak tahu tentang agama Islam itu sendiri. Golongan Raja-Raja tidak memberikan sebarang bantahan tentang rancangan sekularisme British ini kerana mereka telah ditempatkan dalam kedudukan yang tinggi iaitu sebagai ketua agama di negeri masing-masing.[footnoteRef:9] [9: Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia 1800-1963, Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn Bhd, 2002, hlm 209.]

3.2.3 Golongan Ulama Kaum Tua dan Kaum MudaDalam usaha untuk melemahkan orang Melayu, British telah cuba memperkukuhkan golongan ulama yang sempit pandangannya tentang agama dan melihat agama hanya sebagai persiapan untuk menghadapi alam akhirat. Golongan ini amat berpengaruh di kampung-kampung. Di samping itu muncul pula, terdapat golongan ulama yang mempunyai ilmu pengetahuan Islam yang lebih luas dan yang kritis tentang kehidupan dan hal mengenai Masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Para ulama ini berpendapat bahawa keruntuhan dan kemunduran masyarakat Islam yang berlaku adalah disebabkan oleh kegagalan mereka untuk memahami dan mematuhi lunas-lunas dalam agama Islam itu sendiri. Kesedaran golongan ulama ini adalah bermula pada awal abad ke-20. Hasil daripada kesedaran ini maka lahirlah Majalah al-Imam di Singapura pada tahun 1906 yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad Abduh, Sheikh al-Hadi dan Haji Abbas Md Taha. Mereka ini merupakan golongan reformasi iaitu pembebasan fikiran dan kesedaran yang membelenggu masyarakat Islam di Tanah Melayu ketika awal abad ke-20. Perasaan kesedaran ini dibawah dari Timur Tengah yang dipimpin oleh Syeikh Muhammad Abduh, Rashid Rida yang menerbitkan majalah al-manar. Pihak British menggelar para ulama yang bersifat reformis ini sebagai kaum Muda, manakala yang bukan bersift reformis digelar sebagai Kaum Tua.

Kewujudan istilah kaum muda ini telah menimbulkan reaksi yang negatif terhadap rakyat kerana terikut-ikut dengan cara ulama tradisional ataupun Ulama kaum Muda. Istilah yang British wujudkan ini telah cuba mempengaruhi rakyat supaya tidak terpengaruh dengan Golongan Muda tersebut kerana mereka dianggap telah memesongkan ajaran agama Islam Sebenar. Pihak British dan pengikutnya termasuk golongan elit tidak bersetuju dengan tindakan ulama Kaum Muda ini kerana mereka ini telah cuba untuk menyedarkan masyarakat Melayu tentang pemisahan agama dalam semua aspek termasuklah aspek sosial.[footnoteRef:10] [10: Mahayudin Haji Yahaya, op.cit., hlm. 196-198.]

5.0ANALISISPenjajahan British di tanah Melayu memberikan banyak kesan sama ada positif dan negatif kepada dua aspek utama iaitu sosial dan ekonomi. Kesan tersebut telah membawa perubahan yang besar kepada cara hidup penduduk tanah Melayu terutamanya yang beragama Islam. Matlamat 3G iaitu gold, god and glory yang diamalkan oleh penjajah-penjajah barat telah menjadi faktor yang utama perubahan yang berlaku di tanah Melayu. Dalam aspek god atau gospel iaitu agama, penjajah-penjajah barat khasnya British merasa bahawa mereka mengalas beban orang putih yang kononnya bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Asia yang dikatakan tidak bertamadun. Hal ini telah dilakukan dengan melakukan penyebaran agama Kristian ke tanah Melayu dengan membawa masuk mubaligh-mubaligh untuk menyebarkan agama Kristian di tanah Melayu.. Penyebaran agama Kristian yang dilakukan oleh British di tanah Melayu ini telah memberi kesan yang negatif kepada agama Islam di tanah Melayu khasnya kepada cara hidup orang-orang Islam di tanah Melayu. Antaranya ialah dalam aspek pendidikan, sekolah-sekolah agama mula dilemahkan dan seterusnya telah menjadikan penggunaan tulisan jawi beransur-ansur lemah. Dalam aspek ekonomi pula, unsur pembaratan mula berlaku, yang mana ekonomi kapitalisme mula digunakan di tanah Melayu. Melalui dasar ekonomi kapitalisme ini, unsur-unsur riba mula berkembang dan ia bukan sahaja bertentangan dengan unsur-unsur agama Islam malah ia juga telah membawa penindasan kepada penduduk tanah Melayu khasnya yang beragama Islam. Walau bagaimanapun, penjajahan ini juga telah membawa kesan yang positif kepada agama Islam yang dianuti oleh masyarakat Melayu yang mana telah munculnya kebangkitan-kebangkitan yang memperjuangkan agama Islam dan masyarakat Melayu dengan munculnya kaum muda.6.0KESIMPULANSecara keseluruhannya, kedatangan British ke Tanah Melayu yang bermula sejak kurun ke-18 sehingga kurun ke-19 memang pada dasarnya adalah bertujuan untuk memonopoli kekayaan hasil bumi di Tanah Melayu. Di samping itu, hal ini juga boleh dilihat bahawa kolonialisme yang berlaku telah memberi kesan yang besar kepada agama Islam yang menjadi satu cara hidup di kalangan masyarakat tanah Melayu. Ia telah membawa perubahan kepada corak hidup masyarakat yang beragama Islam khasnya. Unsur-unsur pembaratan juga jelas kelihatan dan kesannya telah melemahkan agama Islam di tanah Melayu.

RUJUKANBerhanundin Abdullah. 1999. Sejarah Pengaruh Adat dan Barat dalam Pentadbiran Islam di Malaysia. Malaysia dari segi SEJARAH (Malaysia in History)

Cheah Boon Kheang. 1990. Kolonialisme di Malaysia dan Negara-negara lain, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Ishak Saat. 2009. Malaysia 1945-2000, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd

Ismail Hussein. 1995. Tamadun Melayu: Jilid Tiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mahayudin Haji Yahaya, 2001. Islam di Alam Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia 1800-1963, Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn Bhd

Mohd. Taib Osman dan A. Aziz Deramin. 2001. Islam di Alam Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

P. Sivarajan dan S. Malar Arasi. 2012. Sejarah Sosio Ekonomi Malaysia Sehingga 1970, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.,

Tuan Ruhani Tun Shriff. 1984. Pentadbiran Agama Islam Di Terengganu Dari Tahun 1911-1930-an. Jurnal Jabatan Sejarah (JEBAT)11