penilaian kesan bencana alam ke atas sosio-ekonomi ... · pdf filekajian ini telah ditaja oleh...
TRANSCRIPT
1
Penilaian Kesan Bencana Alam ke atas
Sosio-Ekonomi Penduduk di Kundasang
Daerah Ranau, Sabah
2
Laporan 01: Kluster Sosial & Komuniti:
Penilaian Kesan Bencana Alam ke atas Sosio-Ekonomi
Penduduk di Kundasang, Daerah Ranau, Sabah 2015
Laporan teknikal ini disediakan sebagai sebahagian hasil kajian lapangan yang dijalankan
bersempena Ekspedisi Saintifik UTM@Kundasang (23-28 November 2015)
Febuari 2016
Disediakan oleh: Dr. Khairul Hisyam Kamarudin
Dr. Khamarrul Azahari Razak
Dr. Rozaimi Che Hasan
Sekolah Razak UTM, Unversiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur
Kajian ini telah ditaja oleh geran-geran penyelidikan berikut:
1. “Multi Scale Lidar-Derived Landslide Maps: A New Tool for an Old Problem” (FRGS) – Dr.
Khamarrul Azahari Razak
2. “Development of the First National Landslide Catalogue in Malaysia” (Tier 1) – Dr. Khamarrul
Azahari Razak
© Setiap pandangan yang dinyatakan pada laporan ini merupakan hasil penelitian pengkaji
berdasarkan input dan maklumat yang diperoleh menerusi survei yang dijalankan. Ianya tidak
mencerminkan pendirian rasmi mahupun polisi institusi yang diwakili, kecuali dinyatakan
secara jelas. Foto muka hadapan: ©Ihsan Jabatan Mineral & Geosains Malaysia 2015.
3
Sekalung budi dan terima kasih……
Dr. Ubong Imang, Universiti Malaysia Sabah
Kalsia Matrin, Universiti Malaysia Sabah
Marlizah Yugam, Universiti Malaysia Sabah
Aloysious, Universiti Malaysia Sabah
Nur Fadzlina Aini M. Lehan, Universiti Teknologi Malaysia
Siti Wan Syahidah Wan Ahmad, Universiti Teknologi Malaysia
Norashikin Hasan, LESTARI, Universiti Kebangsaan Malaysia
Che Siti Nor Koh Poh Lee @ Che Mamat, SEADPRI, Universiti Kebangsaan Malaysia
Dr. Rozaimi Che Hasan, Universiti Teknologi Malaysia
Dr. Khamarrul Azahari Razak, Universiti Teknologi Malaysia
Ubong Rozaimi
Hisyam
Aloi
Fadzlina Kalsia
Shikin Mar Syidah
CheSiti
4
Aluan Penghasilan laporan ini bolehlah dianggap sebagai suatu usaha kecil ke arah merekod,
menganalisa, mempersembah serta menyebarluaskan maklumat penting berkaitan kesan
kejadian bencana ke atas kehidupan dan sosio-ekonomi komuniti di Kundasang, daerah Ranau,
Sabah. Bagi mencapai tujuan ini, sejumlah lima (5) buah perkampungan telah dipilih sebagai kes
kajian iaitu Dumpiring Atas, Dumpiring Bawah, Mesilou, Lembah Permai dan Kundasang Lama.
Pemilihan lima kampung ini dibuat setelah menganalisa maklumat awal yang diperoleh berkenaan
kesan langsung bencana terhadap kehidupan penduduk susulan gempa bumi yang berlaku pada
Julai 2015 yang lalu. Susulan gempa kuat yang dicatatkan pada 6.0 skala Ritcher tersebut,
komuniti di semua kampung yang dikaji turut berhadapan dengan pelbagai siri kejadian tanah
runtuh, gelinciran tanah serta aliran banjir lumpur dan batuan.
Sejumlah 93 orang responden dari lima (5) buah kampung telah terlibat di dalam sesi survey
isirumah. Pengumpulan data dan maklumat pula dijalankan dengan menggunakan kaedah
temubual berpandukan borang soal-selidik yang dirangka khusus bagi mencapai objektif kajian ini.
Satu sesi temubual dan survey telah dijalankan bersempena pelancaran Hari Kesedaran Bencana
2015 bertarikh 25 November 2015 dan bertempat di Dewan 1Malaysia, Kem Bina Negara
Kundasang. Beberapa siri lawatan susulan ke setiap kampung juga telah dijalankan bagi
menemubual Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK selain kunjungan “rumah-ke-rumah”
juga dibuat bagi melengkapkan jumlah saiz sampel kajian.
Di pihak pengkaji sendiri, penghasilan laporan ini tentunya sukar direalisasikan tanpa sokongan
dan bantuan oleh pelbagai pihak terutamanya Ketua Ekspedisi Kajian Saintifik UTM@Kundasang
2015, Dr. Khamarrul Azahari Razak (UTM Razak School dan DPPC, MJIIT-UTM) yang telah
bermurah hati membenarkan dua geran penyelidikan beliau digunakan bagi membiayai kos-kos
yang terlibat di dalam kajian ini. Tidak dilupakan, sumbangan dan komitmen tinggi ahli-ahli kluster
kajian sosial dan komuniti terutama Dr. Ubong Imang dan pasukan beliau dari Universiti Malaysia
Sabah (UMS), Urusetia Ekspedisi Saintifik UTM@Kundasang 2015, para penyelidik, wakil
pengurus Kem Bina Negara Kundasang, para pemimpin masyarakat serta responden/penduduk
dari kesemua lima buah kampung yang menghulurkan bantuan sepanjang berlangsungnya
ekspedisi (23-30 November 2015).
Semoga dengan terhasilnya laporan ini ianya kelak dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang
terlibat di dalam memahami situasi yang dihadapi, tahap persediaan dan pengetahuan komuniti
yang terdedah kepada risiko bencana. Selain itu, laporan ini juga turut membentangkan kesan
kejadian bencana terhadap kehidupan sosio-ekonomi dan bagaimana perkongsian ilmu menerusi
kajian ini dapat digunapakai pihak agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri/daerah,
pemimpin masyarakat, kumpulan perniagaan dan bukan perniagaan, badan bukan kerajaan, ahli
akademik, para penyelidik, pentadbir kampung dan masyarakat umumnya bagi menggiatkan
usaha pengurusan dan pengurangan risiko bencana di masa hadapan.
Khairul Hisyam Kamarudin, PhD
Khamarrul Azahari Razak, PhD
Rozaimi Che Hasan, PhD
Kuala Lumpur, Feb. 2016
5
Penilaian Kesan Bencana Alam ke atas Sosio-Ekonomi
Penduduk di Kundasang, Daerah Ranau, Sabah 2015
Kandungan
Aluan
1 Profil sosio-ekonomi responden 7
1.1 1.2
Profil sosio-ekonomi responden Profil responden 1.2.1 Maklumat asas responden 1.2.2 Kategori umur responden 1.2.3 Taraf pendidikan responden 1.2.4 Jenis pekerjaan responden (sebelum dan selepas bencana) 1.2.5 Jumlah pendapatan bulanan isirumah (sebelum dan selepas bencana)
2 Penilaian Kesan Sosio-Ekonomi 18
2.1 2.2
Pengetahuan dan tahap persediaan responden terhadap bencana Pengetahuan responden mengenai bencana 2.2.1 Bentuk bencana alam yang dialami 2.2.2 Punca berlakunya bencana alam 2.2.3 Kesedaran risiko bencana di persekitaran tempat tinggal 2.2.4 Sumber maklumat mengenai bencana 2.2.5 Aksess kepada maklumat (semasa dan selepas bencana) 2.2.6 Keperluan berpindah disebabkan bencana 2.2.7 Penglibatan dalam proses pembuatan keputusan 2.2.8 Tahap persiapan diri sendiri dan komuniti bagi menghadapi bencana 2.2.9 Kualiti perkhidmatan agensi menguruskan bencana
3 Penilaian kesan bencana alam ke atas sosio-ekonomi penduduk 25
3.1 3.2
Penilaian kesan bencana alam ke atas sosio-ekonomi penduduk Bentuk kerugian akibat bencana 3.2.1 Bentuk kerugian ekonomi mengikut kampung 3.2.2 Bentuk kerugian sosial mengikut kampung 3.2.3 Bentuk kerugian alam sekitar mengikut kampung 3.2.4 Penilaian tahap kerugian sosio-ekonomi akibat bencana 3.2.5 Tempat tinggal sementara sekiranya perlu berpindah
6
3 Sambungan
3.3 Bantuan kepada komuniti 3.3.1 Bantuan kepada komuniti selepas bencana 3.3.2 Pihak yang menyalurkan dana/bantuan kepada komuniti 3.3.3 Bantuan sewaktu bencana dari kalangan anggota komuniti 3.3.4 Kebergantungan komuniti kepada bantuan pihak luar 3.3.5 Bentuk sokongan yang diperlukan oleh komuniti (semasa dan selepas bencana)
4 Pengurangan risiko bencana terhadap komuniti 34
4.1 4.2
Pengurangan risiko bencana terhadap komuniti Langkah-langkah yang diambil komuniti 4.2.1 Tindakan segera yang diambil komuniti selepas bencana 4.2.2 Peranan penting yang dimainkan pemimpin/agensi sewaktu menguruskan bencana 4.2.3 Sikap kebersamaan komuniti ketika menghadapi bencana 4.2.4 Halangan dan cabaran yang dihadapi 4.2.5 Langkah-langkah pengurangan risiko bencana 4.2.6 Strategi menghadapi bencana oleh komuniti
5 Rumusan 40
7
Bab 1
PROFIL SOSIO-EKONOMI RESPONDEN
Kajian kesan bencana alam ke atas sosio-ekonomi komuniti memberi tumpuan terhadap lima
(5) buah kampung yang terpilih di Kundasang, daerah Ranau, Sabah iaitu Kampung
Dumpiring Atas, Dumpiring Bawah, Kundasang Lama, Mesilou dan Lembah Permai.
Kampung-kampung ini terletak berdekatan dengan Taman Negara Kinabalu (dan Gunung
Kinabalu) yang terkenal sebagai destinasi pelancongan selain sebagai kawasan penghasilan
dan pengeluaran utama produk sayur-sayuran untuk bekalan ke bandar-bandar besar seperti
Kota Kinabalu dan turut dieksport sehingga ke Sarawak, Labuan dan Brunei.
Pemilihan kampung adalah berdasarkan carian literatur termasuklah hasil kajian yang
dijalankan oleh oleh pihak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) negeri Sabah selain laporan
di media mengenai kampung-kampung yang terjejas secara langsung dengan kejadian
bencana alam terutamanya gempa bumi kuat yang berlaku sekitar 1 Julai 2015. Susulan
gempa, komuniti di kawasan kajian juga dilaporkan mengalami banyak siri gegaran kecil
selain berhadapan pelbagai siri kejadian tanah runtuh, banjir lumpur dan batuan.
Pengiraan saiz sampel berpandukan pendekatan persampelan rawak berstrata (stratified
random sampling, SRS) telah dilakukan sebelum kajian dilaksanakan. Pemilihan pendekatan
survey secara SRS ini dipilih berdasarkan alasan-alasan berikut:
1. Data bagi setiap stratum (sub-kumpulan di dalam komuniti) dapat dianalisa secara
berasingan. Sub-kumpulan ini termasuklah mereka yang terlibat/berpengalaman
dengan aspek-aspek berkaitan bencana, mahupun yang tidak terlibat.
2. Kaedah persampelan ini dapat menyediakan liputan lebih baik berbanding
persampelan rawak ringkas (simple random sampling). Kaedah ini dapat
mengambilkira pendapat atau suara, selain dan menjamin hak untuk terlibat dengan
8
proses perancangan/survey oleh kelompok yang kurang dominan (kumpulan
marginal) di dalam komuniti itu sendiri.
3. Kaedah ini dapat membantu tugas pentadbiran, terutama di dalam melatih pembantu
penyelidik (RA). Penyelidik dan RA dapat lebih fokus memandangkan mereka akan
berhadapan dengan kumpulan-kumpulan tertentu dari dalam komuniti (sub-
kumpulan), kelompok wanita, belia, peniaga, pentadbir dan sebagainya.
4. Menerusi kaedah SRS, lebih besar perbezaan ditunjukkan di antara strata, maka lebih
besar tahap kejituan. Ini disebabkan setiap stratum terdiri daripada mereka yang
berpengetahuan/berpengalaman mengenai kejadian bencana di kampung mereka
(semasa dan selepas) dan dijangkakan mereka akan mampu memberikan input,
pendapat, idea dan pandangan lebih baik berkaitan aspek yang dikaji.
Sejumlah 96 responden disasarkan untuk dibanci menerusi mengiraan saiz sampel secara
SRS. Bilangan responden yang paling ramai ialah dari Lembah Permai (30%), diikuti
Dumpiring Bawah (24%), Mesilou (22%), Dumpiring Atas (13%) dan Kundasang Lama (11%)
(Rajah 1).
Rajah 1: Panduan kiraan saiz sampel kajian. Sumber: Pengkaji (2015).
Namun begitu, setelah selesai proses temubual dan “pembersihan borang soal-selidik, hanya
93 borang diterimapakai dan diambil untuk proses analisis. Baki tiga (3) borang pula terpaksa
dikesampingkan buat sementara dari proses analisis data memandangkan responden
tersebut bukan penduduk dari mana-mana perkampungan yang dipilih untuk tujuan kajian ini.
9
Kolaj 1: Foto petempatan/aktiviti pengumpulan data dan maklumat.
1.2 Profil Responden
1.2.1 Maklumat asas responden
Hasil analisa borang soal-selidik mendapati sejumlah 93 orang responden dari lima buah
perkampungan di sekitar Kundasang telah terlibat dengan kajian ini dengan 60 orang (65%)
adalah wanita dan baki 33 orang (36%) adalah lelaki (Jadual 1). Hampir kesemua responden
adalah dari suku kaum Dusun. Majoritinya beragama Islam (97%) selain 2% yang berpegang
kepada kepercayaan nenek-moyang (2%) dan 1% beragama Kristian. Majoriti responden
adalah berkahwin (76%), diikuti hanya 17% yang masih bujang dengan sejumlah kecil adalah
golongan ibu tunggal (4%) dan bapa tunggal (3%). Majoriti respondent (80%) adalah mereka
yang dilahir dan dibesarkan di situ, manakala baki 20% lagi menyatakan mereka berpindah
ke kampung tersebut dari kawasan lain atas faktor perkahwinan dan pekerjaan.
Jadual 1: Maklumat asas responden.
Maklumat Bil. (n) Total (n) % Total (%)
1 Jantina
Lelaki
Perempuan
33 60
36.0 64.0
93 100.0
2 Bangsa
Dusun
Lain-lain
90 3
97.0 3.0
93 100.0
3 Agama
Islam
Kristian
90 1 2
97.0 1.0 2.0
10
Nenek-moyang
93 100.0
4 Status perkahwinan
Bujang
Berkahwin
Ibu tunggal
Bapa tunggal
16 71 4 2
17.0 76.0 4.0 3.0
93 100.0
5 Asal-usul
Dilahir dan dibesarkan di sini
Berpindah ke kampung ini
74 19
80.0 20.0
93 100.0
Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
1.2.2 Kategori umur responden
Secara amnya, sebahagian besar responden adalah dalam kumpulan umur 36 hingga 45
tahun (45%), diikuti umur 26 hingga 35 tahun (18%). Manakala, responden bagi kategori umur
18 hingga 25 tahun dan umur 46 hingga 55 tahun pula masing-masing berkongsi kadar 13%.
Hanya sebanyak 8% responden kajian berumur melebihi 56 tahun dan sejumlah kecil (3%)
pula adalah responden yang berumur di bawah 18 tahun (Rajah 2).
Rajah 2: Kategori umur responden (n=93). Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
1.2.3 Taraf pendidikan responden
Dapatan analisis mendapati majoriti responden memiliki kelulusan akademik tertinggi
sehingga ke peringkat Sekolah Menengah (60%), diikuti 21% lagi berkelulusan sehingga
sekolah rendah (Rajah 3). Peratusan terendah adalah responden yang memiliki sekurang-
kurangnya Ijazah Pertama (3%), diikuti 4% yang berkelulusan sehingga ke peringkat Diploma.
3%
13%
18%
45%
13%
8%
<18 tahun 18-25 thn 26-35 thn 36-45 thn 46-55 thn >56 thn
11
Rajah 3: Tahap pendidikan tertinggi dicapai oleh responden (n=93).
Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
1.2.4 Jenis pekerjaan responden (sebelum dan selepas bencana)
Responden kajian menyenaraikan lima (5) jenis pekerjaan utama yang dilakukan sebelum
dan selepas bencana. Keputusan analisis mendapati pekerjaan sebagai petani
(mengusahakan ladang sayur) dan berniaga mewakili lebih 60% jenis pekerjaan responden.
Manakala baki 40% jenis pekerjaan pula terdiri daripada bekerja sebagai suri rumah sepenuh
masa (<20%), pekerja di sektor perhotelan (2-4%), kakitangan kerajaan dan swasta (masing-
masing sekitar 3-4%) dan yang tidak bekerja (7%) (Rajah 4). Dapatan analisis dilihat
menyokong reputasi kawasan Kundasang sebagai antara tempat penghasilan dan
pengeluaran utama stok dan bekalan sayur-sayuran, dan juga aktiviti perniagaan berkaitan
pertanian di negeri Sabah.
Analisis perbandingan mudah juga dibuat bagi mengenalpasti sekiranya wujud perubahan
jenis pekerjaan responden sebelum dan juga selepas berlakunya bencana (pasca Julai 2015).
Hasil analisis pada Rajah 4 menunjukkan wujudnya penurunan bagi pekerjaan utama iaitu
petani dan peniaga tetapi pada kadar yang kecil (1%) selepas berlakunya bencana. Analisis
juga turut merekodkan berlakunya kenaikan pada kadar yang kecil bagi pekerjaan sebagai
kakitangan kerajaan dan swasta iaitu masing-masing naik sebanyak 1%. Bagi pekerjaan
sebagai suri rumah dan bekerja di hotel pula mencatatkan kenaikan masing-masing sebanyak
2% (Rajah 4).
4%
21%
60%
8%
4%
3%
0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70%
Tiada pendidikan formal
Sek Ren
Sek Men
Sijil
Diploma
Ijazah
12
Rajah 4: Perbandingan jenis pekerjaan responden sebelum dan selepas bencana (n=93).
Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
Berdasarkan hasil analisa perbandingan di atas, didapati berlaku perubahan dari aspek jenis
pekerjaan responden. Pun begitu, perubahan yang dicatatkan adalah sangat kecil dan
mungkin tidak begitu signifikan untuk menggambarkan sebagai kesan langsung oleh kejadian
bencana yang berlaku di kawasan terbabit. Penelitian lanjut adalah diperlukan sebelum
perkaitan yang jelas dapat dibentuk di antara perubahan jenis pekerjaan dan kejadian
bencana.
Rajah 5: Analisis jenis pekerjaan responden sebagai peniaga mengikut kampung (sebelum
dan selepas bencana) (n=93). Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
Analisis terperinci mengikut kampung seperti pada Rajah 5 mendapati bilangan yang bekerja
sebagai peniaga telah berkurangan bagi Kundasang Lama (-2%) dan Dumpiring Atas (-1%).
Manakala berlaku pertambahan Mesilou sebanyak 1%.
7%
16
%
3%
3%
31
%
2%
32
%
7%
18
%
4%
4%
30
%
4%
31
%
T I A D A P E K E R J A A N
S U R I R U M A H
K E R J A K E R A J A A N
K E R J A S W A S T A
P E N I A G A K E R J A H O T E L
P E T A N I
Sebelum bencana Selepas bencana
16%
3%2%
9%
1%
15%
3% 3%
7%
1%
0%2%4%6%8%
10%12%14%16%18%
DumpiringAtas
DumpiringBawah
Mesilou KundasangLama
LembahPermai
Peniaga Sebelum Peniaga Selepas
13
Rajah 6: Analisis jenis pekerjaan responden sebagai petani mengikut kampung (sebelum
dan selepas bencana) (n=93). Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
Analisis mengikut kampung bagi jenis pekerjaan sebagai petani mendapati sedikit penurunan
berlaku bagi Dumpiring Bawah dan Lembah Permai iaitu masing-masing sebanyak (-1%).
Manakala tiada perubahan dicatatkan bagi kampung-kampung lain (Rajah 6).
1.2.5 Jumlah pendapatan bulanan isirumah (sebelum dan selepas bencana)
Selain mengenalpasti perubahan jenis pekerjaan responden (sekiranya ada), analisa
perbandingan mudah turut dibuat bagi melihat sekiranya terdapat perubahan pada
pendapatan bulanan isirumah baik sebelum dan selepas bencana. Hasil analisa data
dipersembahkan pada Rajah 7 di bawah.
Rajah 7: Perbandingan jenis pekerjaan responden sebelum dan selepas bencana (n=93).
Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
Keputusan analisis perbandingan mendapati berlakunya peningkatan yang ketara bagi
kumpulan isirumah yang berpendapatan bulanan di bawah RM500 selepas bencana iaitu
pertambahan sebanyak 24% (Rajah 7) (ditanda anak panah merah). Corak yang berlawanan
iaitu penurunan pula dikesan pada kadar yang berbeza-beza antara 1-6% penurunan bagi
isirumah berpendapatan dari RM501 hingga RM4500 sebulan selepas bencana (ditanda anak
panah ungu). Melihat kepada kedua-dua pola dan corak peningatan dan penurunan ini,
5%
10%11%
1%
5%5%
9%
11%
1%
4%
0%
2%
4%
6%
8%
10%
12%
DumpiringAtas
DumpiringBawah
Mesilou KundasangLama
LembahPermai
Petani Sebelum Petani Selepas
9%
5%
38%
15%
16%
4%
4%
7%
1%
1%
7%
29%
35%
10%
10%
1%
3%
2%
2%
1%
Tiada pendapatan
<RM500
RM501-1000
RM1001-1500
RM1501-2000
RM2001-2500
RM2501-3000
RM3001-4500
RM4501-5000
>RM5001
Selepas bencana Sebelum bencana
14
andaian awal pengkaji adalah ramai keluarga (responden) di kawasan kajian telah terjejas
pendapatan mereka selepas berlakunya bencana. Rajah 8 hingga Rajah 12 memperincikan
hasil analisis perubahan pendapatan bulanan responden mengikut kampung.
Rajah 8: Isirumah berpendapatan bulanan kurang RM500 mengikut kampung (n=93).
Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
Sebelum bencana, isirumah yang berpendapatan bulanan di bawah RM500 hanya
membentuk peratusan yang kecil (1% hingga 2%) untuk semua kampung seperti ditunjukkan
pada Rajah 8. Namun begitu, selepas bencana telah menyaksikan isirumah di bawah kategori
pendapatan di bawah RM500/bulan telah berkembang dengan ketara di semua kampung
yang dikaji. Sebelum bencana, hanya terdapat 1% isirumah berpendapatan di bawah RM500,
di Mesilou (sumber ekonomi utama pertanian), namun bertambah menjadi 10% selepas
bencana. Kampung lain yang turut mengalami peningkatan adalah Dumpiring Atas (5%),
Dumpiring Bawah dan Kundasang Lama masing-masing meningkat sebanyak 4% dan
Lembah Permai 2% (ekonomi lebih pelbagai termasuk bukan pertanian dan pelancongan)
(Rajah 8).
Rajah 9: Isirumah berpendapatan bulanan RM501-RM1000 mengikut kampung (n=93).
Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
Keputusan yang bercampur pula dapat dilihat bagi responden yang tergolong dalam kategori
pendapatan bulanan di antara RM501 hingga RM1000 apabila kenaikan kecil dilihat berlaku
bagi Dumpiring Atas dan Dumpiring Bawah, pada kadar masing-masing 1% kenaikan.
Penurunan pula dicatatkan oleh responden dari Mesilou sebanyak 4% dan Lembah Permai
2%1% 1% 1%
0%
7%
5%
10%
5%
2%
0%
2%
4%
6%
8%
10%
12%
DumpiringAtas
DumpiringBawah
Mesilou KundasangLama
LembahPermai
Pendapatan bulanan isirumah mengikut kampung (<RM500)
Sebelum bencana
Selepas bencana
11%
8%9%
3%
7%
12%
9%
5%
3%
6%
0%
2%
4%
6%
8%
10%
12%
14%
DumpiringAtas
DumpiringBawah
Mesilou KundasangLama
LembahPermai
Pendapatan bulanan isirumah mengikut kampung (RM501-RM1000)
Sebelum bencana
Selepas bencana
15
(1%). Kundasang Lama pula tidak mencatatkan sebarang perubahan dan kekal pada paras
3% (Rajah 9).
Rajah 10: Isirumah berpendapatan bulanan RM1001-RM1500 mengikut kampung (n=93).
Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
Berpandukan Rajah 10, didapati tiga (3) buah kampung mengalami penurunan kumpulan
berpendapatan isirumah bulanan di antara RM1001 hingga RM1500 dengan didahului
Kundasang Lama (-3%), diikuti Dumpiring Bawah (-2%) dan Lembah Permai (-1%). Tiada
perubahan pendapatan dicatatkan bagi Dumpiring Atas yang kekal pada kadar 4% dan
Mesilou (0%).
Rajah 11: Isirumah berpendapatan bulanan RM1501-RM2000 mengikut kampung (n=93).
Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
Berpandukan rajah di atas, didapati peratusan responden dari kategori berpendapatan
isirumah di antara RM1501-RM2000 sebulan berlaku di tiga (3) buah kampung iaitu Dumpiring
Atas (-3%), diikuti Dumpiring Bawah (-2%) dan Mesilou (-2%). Manakala, bagi Kundasang
Lama dan Lembah Permai pula tidak menunjukkan sebarang perubahan dengan masing-
masing kekal pada kadar 1% (Rajah 11).
4%
3%
0%
7%
1%
4%
1%
0%
4%
0%0%
1%
2%
3%
4%
5%
6%
7%
8%
DumpiringAtas
DumpiringBawah
Mesilou KundasangLama
LembahPermai
Pendapatan bulanan isirumah mengikut kampung (RM1001-RM1500)
Sebelum bencana
Selepas bencana
8%
4%
2%
1% 1%
5%
2%
0%
1% 1%
0%
1%
2%
3%
4%
5%
6%
7%
8%
9%
DumpiringAtas
DumpiringBawah
Mesilou KundasangLama
LembahPermai
Pendapatan bulanan isirumah mengikut kampung (RM1501-RM2000)
Sebelum bencana
Selepas bencana
16
Rajah 12: Isirumah berpendapatan bulanan RM2001-RM2500 mengikut kampung (n=93).
Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
Sebelum bencana, Mesilou dan Kunadang Lama mencatatkan terdapat isirumah dengan
pendapatan di antara RM2001 hingga RM2500 (Rajah 12). Keadaan selepas bencana
menyaksikan tiada lagi responden dari kategori terbabit di Mesilou dan Kundasang lama.
Satu-satunya kampung yang menunjukkan ada isirumah bagi kategori RM2001 hingga
RM2500 adalah Dumpiring Bawah (1%). Lain-lain kampung kekal dengan 0%.
Dapatan analisis ini dilihat menyokong hasil temubual (kualitatif) yang dijalankan di mana
responden mengakui mereka kehilangan punca pendapatan selepas kejadian gempa dan
tanah runtuh. Hal ini disebabkan mereka yang mengusahakan ladang sayur tidak dapat turun
ke ladang kerana jalan yang rosak (di Mesilou) serta tidak dapat menuai hasil tanaman
disebabkan para pekerja masih trauma dan bimbang dengan keselamatan mereka. Jalan raya
utama yang menghubungkan ladang sayur di Kg. Mesilou ke Pekan Kundasang turut terputus
dan rosak teruk sehingga menyukarkan aktiviti penghantaran bekalan sayur ke pusat
pengumpulan dan jualan. Bagi responden yang bekerja di bidang pelancongan (motel dan
homestay) pula, perniagaan mereka terjejas teruk apabila jumlah kehadiran pelancong
merosot menyebabkan ramai pengusaha pelancongan terpaksa memperlahankan kegiatan
di motel/homestay.
Sekalipun responden menyatakan pendapatan mereka telah terjejas secara langsung selepas
bencana, mereka juga menyatakan bahawa pada ketika ini mereka tidak mempunyai pilihan
lain (iaitu tidak mahu menukar jenis pekerjaan) selain meneruskan jua operasi di
motel/homestay atau dengan mengubahsuai skala operasi pertanian supaya mampu
berhadapan dengan kesulitan yang berlaku.
1.3 Rumusan
Rumusan keseluruhan yang dapat dibuat setelah melihat gambaran keseluruhan dan analisis
terperinci mengikut kampung adalah, terdapat bukti yang boleh digunakan bagi menyokong
bahawa berlakunya penurunan dari segi jumlah pendapatan responden selepas bencana
berlaku. Paling ketara diperhatikan adalah peningkatan peratusan isirumah yang
berpendapatan bulanan di bawah RM500 di setiap kampung (bermaksud bertambahnya
golongan isirumah “miskin” selepas bencana) selain berlakunya penurunan isirumah dengan
0% 0%
2%
1%
0%0%
1%
0% 0% 0%0%
1%
1%
2%
2%
3%
DumpiringAtas
DumpiringBawah
Mesilou KundasangLama
LembahPermai
Pendapatan bulanan isirumah mengikut kampung (RM2001-RM2500)
Sebelum bencana
Selepas bencana
17
pendapatan di antara RM501 hingga RM2500 sebagaimana dibentangkan di atas (ditanda
anak panah ungu). Namun demikian, kajian ini tidak dapat menyimpulkan secara jelas
samaada pertambahan golongan miskin (pendapatan di bawah RM500/bulan) di kawasan
kajian adalah disumbangkan oleh pengurangan pendapatan bagi kategori-kategori selain di
bawah RM500. Justeru, satu penelitian rapid dan secara berkala perlu dijalankan bagi
menghuraikan perkaitan ini secara lebih mendalam iaitu sama ada penurunan pendapatan
penduduk adalah disebabkan oleh bencana atau sebaliknya.
18
Bab 2
PENGETAHUAN DAN TAHAP PERSEDIAAN
RESPONDEN TERHADAP BENCANA
Tujuan utama bab ini adalah untuk mengenalpasti dan melaporkan aspek-aspek yang berkait
dengan tahap kesedaran dan pengetahuan selain tahap persediaan (readiness) responden
kajian mengenai kejadian dan risiko bencana yang terdapat di kampung dan persekitaran
tempat mereka tinggal dan bekerja.
2.2 Pengetahuan responden mengenai bencana
Soalan 11 hingga 20 pada borang soal-selidik mendapatkan maklum balas responden
berkenaan pengetahuan dan persepsi mereka terhadap bencana alam yang berlaku di sekitar
lingkungan tempat mereka tinggal dan bekerja (rujuk Lampiran 1 untuk contoh borang soal-
selidik). Merujuk kepada Rajah 13, majoriti responden mengakui mereka sendiri pernah
terlibat atau berhadapan dengan bencana di persekitaran tempat mereka tinggal dan bekerja
(96%).
Rajah 13: Bilangan responden yang mengakui pernah berhadapan bencana (n=93).
Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015)
2.2.1 Bentuk bencana alam yang dialami
Daripada jumlah yang mengakui pernah berhadapan bencana, sejumlah 87% responden
memilih kejadian tanah runtuh dan gempa bumi (81%) sebagai bentuk bencana alam yang
paling kerap mereka alami, diikuti banjir lumpur (45%) dan ribut/angin kencang (5%) (Rajah
14).
Rajah 14: Bentuk bencana alam yang dialami responden (n=93).
Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015)
96%
4%0%
50%
100%
150%
Ya Tidak
87
%
45
%
81
%
5%
T A N A H R U N T U H B A N J I R L U M P U R G E M P A B U M I R I B U T / A N G I N K E N C A N G
19
2.2.2 Punca berlakunya bencana alam
Apabila diminta untuk menyatakan kemungkinan punca-punca yang mencetuskan bencana
alam di persekitaran kampung mereka, sebahagian besar atau 87% responden menyatakan
ia mungkin berpunca daripada fenomena alam semulajadi. Faktor-faktor lain yang turut
dikenalpasti oleh responden adalah faktor perubahan iklim (42%), diikuti oleh pembangunan
yang tidak terkawal (24%). Baki 5% responden pula tidak memperincikan faktor-faktor lain
yang berkemungkinan mencetuskan bencana (Rajah 15).
Rajah 15: Punca yang menyebabkan berlakunya kejadian bencana alam (n=93).
Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015)
2.2.3 Kesedaran risiko bencana di persekitaran tempat tinggal
Sejumlah 68% responden menyatakan mereka sedia maklum bahawa kawasan tempat
mereka tinggal dan sekitarnya (pekan Kundasang) adalah berisiko terdedah kepada bencana
alam, berbanding 32% yang menjawab tidak pasti (Rajah 16). Keputusan analisa ini turut
disokong oleh input menerusi temubual di mana responden menyatakan hasil pemerhatian
jangka panjang serta pengalaman kebanyakan mereka yang lahir dan membesar di kawasan
terbabit, kejadian gelinciran atau tanah runtuh dan angina kencang merupakan fenomena
yang lazim mereka alami saban tahun. Pun begitu, kesan kemusnahan fizikal dan psikologi
yang dibawa oleh gempa bumi baru-baru ini merupakan sesuatu yang masih baharu untuk
diterima oleh penduduk kampung.
Rajah 16: Status responden yang maklum bahawa petempatan mereka terdedah bencana
(n=93). Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
Responden yang terlibat dengan kajian kemudiannya ditanya beberapa soalan berkaitan
langkah-langkah bagi mengurangkan risiko bencana (disaster risk reduction, DRR) dan hasil
analisis telah dibentangkan pada Jadual 2.
24%
87%
42%
5%
Pembangunan tak terkawal
Femomena semulajadi
Perubahan iklim
Lain-lain
68%
32%
Ya Tidak
20
Jadual 2: Persepsi dan pengetahuan responden berkaitan pengurangan risiko bencana
(n=93).
Soalan Nilai min Catatan
1 Saya merasakan boleh mengagak bencana akan berlaku
2.29 Tidak setuju
2 Bencana alam merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan
4.11 Bersetuju
3 Rumah saya dibina kukuh dan mampu bertahan dikala gempa
2.56 Tidak setuju ke arah tak pasti
4 Tempat tidur saya dibina kukuh dan selamat
2.82 Tidak setuju ke arah tak pasti
5 Saya menyediakan beg kecemasan bencana
3.26 Tak pasti
6 Saya tahu tempat yang selamat untuk berlindung
3.53 Tak pasti ke arah bersetuju
7 Adalah perlu berkongsi pengalaman berhadapan bencana
4.45 Bersetuju
8 Saya yakin kerajaan menyediakan kemudahan mencukupi bagi menghadapi bencana
3.54 Tak pasti ke arah bersetuju
9 Saya yakin kerajaan akan memulihkan kawasan saya selepas bencana
3.82 Tak pasti ke arah bersetuju
10 Saya tahu agensi mana perlu dihubungi untuk bantuan
3.82 Tak pasti ke arah bersetuju
11 Saya tahu kepentingan aktiviti pengurangan risiko bencana
4.02 Bersetuju
Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
Nota:
Nilai min 1.0 mewakili “sangat tak setuju”; nilai min 5.0 mewakili “sangat setuju”.
Berpandukan Jadual 2, majoriti responden bersetuju dengan tiga pernyataan berikut iaitu:
“perkongsian pengalaman mengenai langkah yang dibuat sewaktu berhadapan bencana
adalah perlu” (nilai min=4.45), diikuti pernyataan “bencana alam merupakan sesuatu yang
tidak dapat dielakkan” (4.11) dan pernyataan “aktiviti pengurangan risiko bencana diketahui
sebagai penting” (4.02).
Kajian turut mendapati aspek pengetahuan responden mengenai “tempat yang selamat untuk
berlindung”; “tahap keyakinan kepada kerajaan untuk membantu memulihkan komuniti dan
menyediakan kemudahan yang diperlukan” serta “agensi yang perlu dihubungi bagi
mendapatkan bantuan” menunjukkan nilai min >3.5 dan boleh dianjak menghampiri nilai 4.0
(setuju).
Penelitian terhadap persediaan fizikal termasuklah “pembinaan rumah dan bilik tidur yang
tahan gempa” dan “kit persediaan bencana” pula dilihat masih rendah dengan nilai min berada
di antara 2.5 hingga 3.3 (tidak bersetuju dan tidak pasti).
2.2.4 Sumber maklumat mengenai bencana
Apabila ditanya mengenai sumber penduduk memperoleh maklumat mengenai bencana yang
berlaku di sekitar tempat mereka tinggal, 57% responden menyatakan pihak berkuasa
sebagai sumber utama yang menyalurkan maklumat berkaitan kejadian bencana yang.
Manakala, 37% lagi memilih medium televisyen dan radio sebagai sumber utama maklumat
dan baki 6% memperoleh maklumat yang disebarkan menerusi aplikasi Wssap dan Facebook
(Rajah 17).
21
Rajah 17: Sumber maklumat mengenai bencana (n=93).
Sumber: Kajian Lapangan (Nov. 2015).
Dapatan analisa di atas menunjukkan bahawa fungsi dan peranan yang dimainkan oleh pihak
kerajaan menerusi pelbagai agensi baik di peringkat persekutuan, negeri mahupun daerah
adalah sangat releven bagi menyalurkan maklumat yang pantas dan tepat mengenai sesuatu
kejadian bencana kepada penduduk setempat. Manakala, peranan sumber maklumat lain
termasuklah TV dan radio, selain aplikasi pintar menerusi Facebook dan Wssap perlu
dipertingkatkan selari dengan teknologi semaa serta dapat diintegrasikan secara lebih holistik
sebagai sebahagian strategi agensi pengurusan bencana di masa hadapan.
2.2.5 Aksess kepada maklumat (semasa dan selepas bencana)
Responden turut ditanya tentang persepsi mereka terhadap aksess kepada maklumat
sewaktu bencana dan juga selepas terjadinya bencana. Majoriti responden menjawab mereka
memperoleh aksess yang luas terhadap maklumat baik semasa bencana (69%) dan juga
selepas kejadian bencana (67%). Kurang 20% responden pula menyatakan mereka
berhadapan dengan aksess yang sangat terhad terhadap maklumat. Hanya kurang 15% lagi
menyatakan mereka tidak memiliki aksess kepada maklumat baik semasa mahupun selepas
bencana (Rajah 18).
Rajah 18: Aksess kepada maklumat semasa dan selepas kejadian bencana (n=93)
Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015)
Maklumbalas oleh responden ini juga dilihat konsisten dengan jawapan mereka terhadap
soalan awal berkaitan “sumber maklumat berkaitan bencana” (sub-seksyen 2.2.4). Maklum
balas ini disifatkan sebagai suatu yang positif kerana ia menunjukkan bahawa komuniti yang
tinggal di kawasan yang terdedah dengan risiko dan ancaman bencana juga sebenarnya
mendapat aksess yang baik dan meluas kepada maklumat yang diperlukan, baik semasa
bencana mahupun selepas bencana. Maklumat yang diperoleh ini kemudiannya dapat
57%37%
6%
Pihak berkuasa TV, Radio Wssap, FB
69%
18%
13%
67%
19%
14%
Ya, akses yang luas
Sangat terhad
Tiada akses
Selepas bencana Semasa bencana
22
digunakan bagi membantu komuniti merancang dan meneruskan usaha-usaha meminimakan
risiko bencana ke atas harta benda, nyawa ahli keluarga dan anggota komuniti mereka.
2.2.6 Keperluan berpindah disebabkan bencana
Apabila ditanya berkenaan kehendak untuk berpindah ke kawasan yang baharu disebabkan
risiko dan ancaman bencana yang diterima, kebanyakan responden menjawab mereka
“terfikir tetapi tidak mampu untuk berpindah” (52%) (Rajah 19). Alasan yang diberi adalah
kerisauan terhadap keselamatan nyawa ahli keluarga secara jangka panjang. Namun untuk
mereka berpindah buat masa sekarang, adalah tidak mungkin memandangkan kos yang
terlibat adalah di luar kemampuan kewangan mereka. Sejumlah 34% responden pula
menjawab mereka “tidak terfikir untuk berpindah” kerana berpandangan tempat/kampung
inilah sahaja yang mereka miliki selain telah boleh menerima hakikat bahawa risiko dan
ancaman bencana adalah sebahagian daripada cabaran yang perlu dilalui dalam kehidupan
harian mereka di situ. Hanya sekitar 14% responden menjawab mereka “terfikir dan mahu
berpindah” ke kawasan baharu yang kurang berisiko bencana (Rajah 19).
Rajah 18: Persepsi responden terhadap kemungkinan untuk berpindah ke kawasan baharu
bagi mengelak kesan bencana (n=93). Sumber: Kajian Lapangan (Nov. 2015).
Bagi responden yang belum terfikir untuk berpindah pada Rajah 19, antara alasan yang
dibangkitkan adalah “tiada pilihan disebabkan tidak memiliki tanah” di luar daripada
lingkungan kediaman/kampung yang mereka diami sekarang ini (59%). Diikuti alasan kedua
iaitu “sudah biasa dan boleh mengadaptasi keadaan sedemikian” (35%) manakala baki 6%
lagi menjawab proses pemindahan (jika berlaku) bakal “melibatkan kos yang tinggi” di mana
ianya pasti di luar kemampuan kewangan mereka sekarang ini (Rajah 20).
Rajah 20: Alasan yang diberi oleh responden yang enggan berpindah (n=34).
Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015)
14%
52%
34%
Terfikir & mahu pindah
Terfikir tapi tak mampu pindah
Tak terfikir untuk pindah
35%
59%
6%
Sudah biasa dengan keadaan begitu
Tiada pilihan / tiada tanah
Libatkan kos yang tinggi
23
2.2.7 Penglibatan dalam proses pembuatan keputusan
Kajian soal-selidik mendapati 53% responden menyatakan mereka tidak dilibatkan secara
langsung di dalam proses pembuatan keputusan dalam hal-hal berkaitan bencana di
peringkat komuniti mereka (Rajah 21). Diikuti 34% yang menyatakan mereka telah dilibat
sama di dalam proses pembuatan keputusan dan baki 13% pula menyatakan mereka tidak
pasti dengan status penglibatan di dalam pembuatan keputusan.
Rajah 21: Penglibatan dalam proses pembuatan keputusan dan perancangan dalam hal
berkaitan bencana di peringkat komuniti (n=93).
Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
2.2.8 Tahap persiapan diri sendiri dan komuniti bagi menghadapi bencana
Hasil analisis menunjukkan 33% responden tidak begitu pasti tentang tahap persediaan diri
sendiri dan juga komuniti mereka (34%) di dalam menghadapi situasi bencana (Rajah 22).
Peratusan yang menyatakan diri dan komuniti mereka sebagai “bersedia” juga dilihat tinggi
dengan masing-masing mencatatkan 25% dan 34% pemilihan. Bersandarkan pemerhatian
pengkaji terhadap minat dan komitmen yang ditunjukkan oleh para responden di dalam survey
ini, tahap persediaan individu dan komuniti memiliki potensi untuk digerakkan ke kanan (iaitu
ke kategori bersedia dan sangat bersedia) di masa hadapan.
Rajah 22: Penilaian tahap persiapan diri sendiri dan komuniti bagi menghadapi bencana
(n=93). Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
34%
53%
13%
Ya Tidak Tak pasti
13% 12%
33%
25%
17%14%
8%
34% 34%
10%
0%
5%
10%
15%
20%
25%
30%
35%
40%
Sgt takbersedia
Tak bersedia Tak pasti Bersedia Sgt bersedia
Persediaan diri Persediaan komuniti
24
2.2.9 Kualiti perkhidmatan agensi menguruskan bencana
Kebanyakan responden dilihat berpuas hati (50% + 15% = 65%) dengan kualiti agensi yang
menguruskan komuniti semasa dan selepas bencana dengan 50% responden memilih kualiti
perkhidmatan agensi sebagai “berkesan” dan baki 15% memilih sebagai “sangat berkesan”.
Hanya sebilangan kecil responden menjawab “tidak begitu berkesan” (5%), manakala 2% lagi
memilih “sangat tidak berkesan” (Rajah 23).
Rajah 23: Persepsi responden terhadap kualiti perkhidmatan agensi menguruskan bencana
(n=93). Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
2%
5%
28%
50%
15%
0% 10% 20% 30% 40% 50% 60%
Sgt tak berkesan
Tak begitu berkesan
Tak pasti
Berkesan
Sgt berkesan
25
Bab 3
PENILAIAN KESAN BENCANA ALAM KE ATAS SOSIO-
EKONOMI PENDUDUK
Bab ini mengupas kesan bencana dari konteks ekonomi, sosial dan fizikal/alam sekitar. Selain
itu, aspek berkaitan jenis-jenis bantuan yang disalurkan kepada komuniti yang terkesan oleh
kejadian bencana alam juga turut dibincangkan.
3.2 Bentuk kerugian akibat bencana
Berpandukan Rajah 24, responden telah memilih tiga bentuk kerugian ekonomi yang
ditanggung kesan kejadian bencana iaitu “hilang mata pencarian” (60%), diikuti “kerosakan
harta benda” (46%) dan “pelaburan menurun kesan kejatuhan bilangan pelancong” (39%).
Dapatan analisis ini dilihat selari dan menyokong data yang telah diperoleh pada Rajah 7
(pendapatan responden) yang dihuraikan seperti pada Bab 1.
60%
46%
39%
Hilang mata pencarian
Kerosakan harta benda
Pelaburan jatuh/pelanconganmenurun
Bentuk kerugian ekonomi
85%
0%
1%
7%
54%
Trauma
Hilang upaya/cacat
Hilang nyawa (ahli keluarga)
Hilang tempat tinggal
Rosak infrastruktur
Bentuk kerugian sosial
44%
66%
45%
31%
Produk pelancongan musnah
Struktur tanah pertanian rosak
Pencemaran sungai
Rosak flora dan fauna
Bentuk kerugian alam sekitarRajah 24: Bentuk kerugian
ekonomi yang ditanggung
responden akibat bencana (n=93).
Sumber: Kajian lapangan (Nov.
2015).
26
Bagi bentuk kerugian sosial pula, majoriti responden memilih faktor “trauma” (85%), diikuti
kerosakan pada insfrastruktur sosial yang menjejaskan kehidupan penduduk (54%). Bentuk
kerugian lain yang turut dipilih tetapi tidak dianggap signifikan adalah “kehilangan tempat
tinggal” (7%) dan “kehilangan nyawa di kalangan ahli keluarga” (1%).
Manakala, faktor kerosakan struktur tanah pertanian pula dipilih sebagai antara bentuk
kerugian alam sekitar yang utama oleh responden dengan 66% pilihan, diikuti 45% responden
yang memilih faktor “pencemaran sungai” oleh kejadian banjir lumpur dan aliran batuan di
Mesilou. Sejumlah 44% responden pula memilih “kerosakan produk pelancongan” dan 31%
menjawab “kerosakan flora dan fauna” sebagai bentuk kerugian alam sekitar rentetan
kejadian bencana alam yang berlaku.
Dapatan analisa ini dilihat konsisten dan selari dengan hasil laporan-laporan yang lepas
menerusi berita di akhbar serta laporan teknikal mengenai kesan bencana ke atas penduduk
di Kundasang.
3.2.1 Bentuk kerugian ekonomi mengikut kampung
Hasil analisis terperinci mengikut kampung menunjukkan bagi isu kehilangan sumber
pendapatan/mata pencarian sebagai bentuk kerugian ekonomi paling utama hampir di
kesemua kampung. Didapati Dumpiring Atas adalah kampung paling terjejas dari segi punca
pencarian pendapatan, diikuti Mesilou dan Dumpiring Bawah. Kampung Dumpiring Atas juga
merekodkan kerugian tertinggi bagi resokan harta benda disebabkan bencana dan penurunan
jumlah pelaburan termasuklah kehadiran pelancong (Rajah 25).
Rajah 25: Analisis bentuk kerugian ekonomi mengikut kampung.
Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
3.2.2 Bentuk kerugian sosial mengikut kampung
Maklumat analisis mengikut kampung mendapati tiga bentuk kerugian berikut telah dikongsi/
dinyatakan oleh responden di semua kampung iaitu trauma, hilang upaya/cedera dan
kerosakan infrastruktur sosial. Manakala isu kehilangan tempat tinggal disebabkan rumah
yang didiami telah rosak telah dinyatakan oleh responden dari Dumpiring Atas, Dumpiring
Bawah dan Mesilou (Rajah 26).
14
12 12
98
11
9
5
7
4
15
78
6 6
0
2
4
6
8
10
12
14
16
Dumpiring Atas DumpiringBawah
Mesilou Kundasang Lama Lembah Permai
Hilang pencarian Pelaburan turun Rosak harta benda
27
Rajah 26: Analisis bentuk kerugian sosial mengikut kampung.
Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
3.2.3 Bentuk kerugian alam sekitar mengikut kampung
Isu yang dilihat paling dominan di setiap kampung mengenai aspek alam sekitar adalah
kerosakan struktur tanah pertanian rentetan kejadian bencana yang berlaku. Hal ini ketara
memandangkan petempatan seperti Dumpiring Atas, Dumpiring Bawah dan Kundasang Lama
terletak di lereng bukit dengan kegiatan ekonomi utama adalah pertanian tanah tinggi.
Kejadian gempa bumi dan tanah runtuh telah merosakkan struktur tanah pertanian penduduk
selain mengganggu sistem saliran yang dibina dan mungkin memerlukan tempoh yang
panjang untuk diperbaiki. Isu pencemaran sungai dan kemusnahan habitat akuatik pula
dibangkitkan responden dari Mesilou yang terjejas teruk oleh kejadian banjir lumpur dan aliran
batuan selepas gempa dari Sungai Mesilou sehingga ke daerah Ranau (Rajah 27).
Rajah 27: Analisis bentuk kerugian alam sekitar mengikut kampung.
Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
13 1311
6 6
1 2 20 00 0 0 0 0
29
1816
14 14
24
15 14 1311
0
5
10
15
20
25
30
35
Dumpiring Atas Dumpiring Bawah Mesilou Kundasang Lama Lembah Permai
Infra rosak Hilang tmpt tinggal Hilang nyawa Cedera Trauma
8
2
8
56
10
4
11
8 8
17
12
10
12
8
12
9
11
3
6
0
2
4
6
8
10
12
14
16
18
Dumpiring Atas Dumpiring Bawah Mesilou Kundasang Lama Lembah Permai
Habitat flora & fauna Pencemaran sungai Tanah tani rosak Produk pelancongan rosak
28
3.2.4 Penilaian tahap kerugian sosio-ekonomi akibat bencana
Berdasarkan penilaian yang dibuat oleh responden kajian, majoriti elemen kerugian baik
ekonomi, sosial mahupun alam sekitar dianggap berada pada tahap yang agak serius dengan
nilai min adalah di antara 3.0 hingga 3.95. Hanya terdapat dua elemen pada aspek sosial
yang mana tahap kerugian dianggap tidak serius iaitu “hilang upaya/cacat” (nilai min 2.47)
dan “hilang nyawa dikalangan ahli keluarga” (2.56). Hanya elemen “kerosakan pada struktur
tanah pertanian” sahaja dianggap sebagai kerugian yang serius oleh responden dengan nilai
min 4.08 (Jadual 3).
Jadual 3: Penilaian tahap kerugian mengikut kategori oleh responden (n=93).
Elemen Nilai min
Catatan
Kerugian ekonomi
1 Hilang mata pencarian 3.80 Agak serius
2 Kemusnahan harta benda 3.47 Agak serius
3 Penurunan pelaburan / kehadiran pelancong 3.87 Agak serius
Kerugian Sosial
1 Trauma / rasa tidak selamat 3.95 Agak serius
2 Hilang upaya / cacat 2.47 Tidak serius
3 Hilang nyawa (dikalangan ahli keluarga) 2.56 Tidak serius
4 Kehilangan tempat tinggal 3.06 Agak serius
5 Kerosakkan infrastruktur 3.78 Agak serius
Kerugian alam sekitar
1 Kemusnahan produk pelancongan 3.59 Agak serius
2 Kerosakkan struktur tanah pertanian 4.08 Serius
3 Pencemaran sungai 3.63 Agak serius
4 Kemusnahan habitat flora dan fauna 3.70 Agak serius
Sumber: Kajian Lapangan (Nov. 2015).
Nota:
Nilai min 1.0 mewakili “sangat tidak serius”; Nilai min 5.0 mewakili “sangat serius”.
3.2.5 Tempat tinggal sementara sekiranya perlu berpindah
Berpandukan soal-selidik, sejumlah 58% responden menyatakan mereka mempunyai tempat
tinggal sementara iaitu dengan menumpang di rumah saudara-mara sekiranya perlu
berpindah di sewaktu tempoh bencana. Manakala, 40% responden pula menjawab mereka
akan menggunakan kemudahan tempat tinggal sementara di pusat-pusat pemindahan yang
disediakan agensi berkaitan. Hanya sejumlah kecil iaitu 2% menyatakan mereka memiliki
rumah kedua di kawasan lain yang boleh digunakan sebagai tempat tinggal sementara
seandainya mereka terpaksa berpindah sewaktu tempoh bencana (Rajah 28).
29
Rajah 28: Tempat tinggal sementara penduduk sekiranya terpaksa berpindah sewaktu
bencana (n=52). Sumber: Kajian lapangan (2015).
3.3 Bantuan kepada komuniti
3.3.1 Bantuan kepada komuniti selepas bencana
Berdasarkan Jadual 4, didapati majoriti responden bersetuju mereka telah menerima bantuan
yang disalurkan oleh pihak luar selepas kejadian bencana (85%), berbanding hanya 15%
yang menyatakan tidak menerima mahupun tidak pasti sama dengan sumber bantuan yang
dihulurkan pelbagai pihak luar selepas bencana.
Jadual 4: Bantuan kepada komuniti selepas bencana oleh pihak luar.
Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Valid Ya, ada 79 84.9 84.9 84.9
Tiada 5 5.4 5.4 90.3
Tidak pasti 9 9.7 9.7 100.0
Total 93 100.0 100.0
Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
Manakala, bentuk bantuan yang dihulurkan pula diperincikan pada Rajah 29.
Rajah 29: Bentuk bantuan yang disalurkan oleh pihak luar kepada komuniti selepas
bencana (n=80). Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
Di antara bentuk bantuan yang lazimnya disalurkan adalah bekalan air bersih untuk minuman
dan bekalan makanan (59%). Manakala, terdapat responden yang menyatakan bahawa
58%
40%
2%
Rumah saudara-mara
Pusat pemindahan
Rumah kedua
13%
17%
1%
59%
10%
0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70%
Air minuman
Makanan
Ubatan
Makanan & Air bersih
Lain-lain
30
mereka hanya mendapat bekalan air minuman sahaja (13%), diikuti makanan sahaja (17%)
dan ubat-ubatan (1%). Baki 10% responden pula tidak memperincikan jawapan mereka
(Rajah 29). Kesimpulannya, peranan pihak luar daripada komuniti dilihat penting di dalam
menyalurkan bantuan yang diperlukan oleh komuniti selepas kejadian bencana.
3.3.2 Pihak yang menyalurkan dana/bantuan kepada komuniti
Hasil analisis mendapati terdapat pelbagai pihak telah terlibat menyalurkan bantuan kepada
komuniti sewaktu bencana iaitu daripada agensi-agensi kerajaan (70%), diikuti bantuan oleh
badan-badan bukan kerajaan (NGOs) (26%). Hanya sekitar 4% pula bantuan disumbangkan
oleh pertubuhan/ahli politik setempat (Rajah 30).
Rajah 30: Pihak yang terlibat menyalurkan dana/bantuan kepada komuniti.
Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
Penyaluran bantuan pihak luar kepada komuniti mengikut kampung ditunjukkan pada Rajah
31.
Rajah 31: Pihak yang terlibat menyalurkan dana/bantuan mengikut kampung.
Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
19%
6%
45%
4%
26%
0%
10%
20%
30%
40%
50%
AgensiPersekutuan
AgensiNegeri
AgensiDaerah
Ahli Politik NGO
14
16
3
0
21
0
3
10
9
1 12 2
10
5
10
3
0 0
3
0 00
2
4
6
8
10
12
14
16
18
Dumpiring Atas DumpiringBawah
Mesilou Kundasang Lama Lembah Permai
Agensi daerah Agensi negeri Agensi persekutuan NGO Ahli politik
31
3.3.3 Bantuan sewaktu bencana dari kalangan anggota komuniti
Hasil maklum balas responden mendapati kebanyakan mereka (56%) ada menerima bantuan
dari kalangan ahli dalam komuniti sendiri. Tiga pihak telah dikenalpasti terlibat menyalurkan
bantuan kepada mereka iaitu rakan-rakan sekampung (38%), diikuti jiran terdekat (35%) dan
juga saudara-mara mereka sendiri (27%). Manakala 21% responden lagi menyatakan mereka
tidak dibantu dan baki 23% pula menyatakan tidak pasti pihak mana yang memberikan
bantuan kepada mereka iaitu sama ada disumbang pihak luar atau oleh mereka yang di dalam
komuniti (Rajah 32). Pun begitu, penemuan ini boleh dianggap sebagai perkembangan yang
positif kerana ia menggambarkan masih wujud keprihatinan dan rasa mengambil berat di
kalangan anggota dalam komuniti semasa bencana.
Rajah 32: Bantuan semasa bencana dari kalangan anggota komuniti (n=93).
Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015)
Manakala jenis bantuan yang disalurkan oleh komuniti pula adalah pelbagai termasuklah
bantuan bekalan makanan (31%), diikuti makanan dan air minuman (27%), bekalan air
minuman sahaja (18%) dan ubat-ubatan (2%). Sejumlah 22% tidak memperincikan bentuk
bantuan yang diterima namun hasil temubual menunjukkan sumbangan berbentuk kewangan
(wang belanja) turut dihulurkan rakan dan saudara-mara sewaktu mereka berhadapan ujian
bencana tersebut (Rajah 33).
Rajah 33: Bentuk bantuan yang salurkan oleh anggota dalam komuniti (n=51).
Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
Ada56%Tiada
21%
Tak pasti23%
18%
31%
27%
2%
22%
0% 5% 10% 15% 20% 25% 30% 35%
Air minuman
Makanan
Makanan & Air minuman
Ubatan
Lain-lain (wang belanja)
32
3.3.4 Kebergantungan komuniti kepada bantuan pihak luar
Hasil analisis mendapati majoriti responden (33% + 32% = 65%) menyatakan mereka banyak
bergantung kepada bantuan pihak luar semasa mengharungi tempoh sukar selepas bencana
(Rajah 34). Hal ini tidaklah mengejutkan jika mengambilkira impak bencana terhadap
kehidupan mereka terutama dari segi ekonomi - penurunan ketara jumlah pendapatan
bulanan isirumah selepas bencana seperti yang dilaporkan pada Rajah 7 sebelum ini.
Rajah 34: Kebergantungan komuniti terhadap bantuan pihak luar (n=93).
Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
Analisis mengikut kampung juga telah dijalankan dan hasilnya dibentang pada Rajah 35.
Rajah 35: Kebergantungan komuniti terhadap bantuan pihak luar mengikut kampung.
Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
Berdasarkan rajah di atas, lebih ramai responden dari Mesilou memilih “tidak bergantung”
kepada bantuan pihak luar sewaktu bencana berbanding lain-lain kampung di kawasan kajian.
Manakala, sebilangan besar responden dari Dumpiring Atas dan Lembah Permai pula
menjawab mereka “bergantung” kepada bantuan yang disalurkan oleh pihak luar. Bagi
Dumpiring Bawah pula, kebanyakan responden menjawab mereka “sangat bergantung”
kepada bantuan pihak luar (Rajah 35).
4%
11%
20%
33% 32%
0%
5%
10%
15%
20%
25%
30%
35%
Sgt takbergantung
Takbergantung
Tidak pasti Agakbergantung
Sgtbergantung
3
0
1
0 0
1 1
6
1 1
7
3
2
6
1
12
5
3
1
7
6
9
4
6
5
0
2
4
6
8
10
12
14
Dumpiring Atas Dumpiring Bawah Mesilou Kundasang Lama Lembah Permai
Sgt tak bergantung Tak bergantung Tak pasti Bergantung Sgt bergantung
33
3.3.5 Bentuk sokongan yang diperlukan oleh komuniti (semasa dan selepas bencana)
Hasil analisis berkaitan bentuk sokongan yang diperlukan oleh komuniti semasa dan selepas
bencana dibentangkan pada rajah di bawah.
Rajah 36: Bentuk sokongan yang diperlukan oleh komuniti semasa dan selepas bencana
(n=93). Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
Hasil analisis mendapati terdapat dua peringkat sokongan telah dinyatakan oleh responden
iaitu: (1) semasa dan selepas bencana, dan (2) selepas bencana sahaja (Rajah 34). Di antara
bentuk sokongan yang diperlukan sewaktu dan selepas bencana adalah air minuman, tempat
untuk berlindung, makanan dan ubat-ubatan. Manakala, bentuk sokongan yang diperlukan
selepas bencana adalah dalam bentuk sokongan moral/kaunseling (75%), diikuti sokongan
bantuan alatan dan kelengkapan pertanian dan kewangan dengan masing-masing dipilih
dengan kadar 74%.
Rajah 37: Bentuk sokongan yang diperlukan oleh komuniti selepas bencana mengikut
kampung. Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
90%
90%
88%
72%
0%
0%
0%
88%
90%
84%
67%
75%
74%
74%
0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80% 90% 100%
Air minuman
Tempat berlindung
Makanan
Ubatan
Moral/Kaunseling
Bantuan pertanian
Kewangan
Selepas bencana Semasa bencana
24
13
16
9
5
26
13
16
9
3
23
1413
108
22
12
79
10
27
1514
13
7
27
1615
1311
27
1715
11 11
0
5
10
15
20
25
30
Dumpiring Atas Dumpiring Bawah Mesilou Kundasang Lama Lembah Permai
Kewangan Bantuan pertanian Moral/kaunseling Ubatan Makanan Tmpt berlindung Air
34
Bab 4
PENGURANGAN RISIKO BENCANA TERHADAP
KOMUNITI
Bab ini mengupas langkah-langkah dan strategi yang diambil oleh komuniti serta pihak-pihak
yang bertanggungjawab bagi mengurus dan mengurangkan risiko bencana ke atas komuniti
dan persekitaran kehidupan mereka. Antara aspek yang dibincangkan adalah meliputi
tindakan segera yang diambil komuniti selepas bencana, amalan kebersamaan komuniti,
halangan/cabaran yang dihadapi bagi memulihkan komuniti serta langkah-langkah yang
diambil oleh komuniti dan agensi semasa dan selepas bencana.
4.2 Langkah-langkah yang diambil komuniti
4.2.1 Tindakan segera yang diambil komuniti selepas bencana
Apabila ditanya berkenaan langkah atau tindakan segera yang telah diambil komuniti sebaik
mengharungi bencana, majoriti responden (74%) memilih “mengadakan mesyuarat
tergempar” sebagai tindakan segera yang telah diambil, diikuti tindakan “mewujudkan tabung
bantuan bencana” (71%) serta melaksanakan “kerja gotong-royong” (61%) (Rajah 38). Baki
42% responden menyatakan mereka mengadakan pertemuan bersama ahli politik setempat
bagi meluahkan perasaan mereka selain cuba mendapatkan bantuan-bantuan segera yang
diperlukan. Hanya 4% menjawab mereka segera bersatu dalam doa sebagai tindakan segera
mengharungi kehidupan pasca bencana (Rajah 38).
Rajah 38: Tindakan segera yang diambil komuniti selepas bencana (n=93).
Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
4.2.2 Peranan penting yang dimainkan pemimpin/agensi sewaktu menguruskan bencana
Hasil analisis data menunjukkan terdapatnya pola yang menarik apabila majoriti responden
menjawab ketua kampung (atau wakil pentadbiran kampung mereka) adalah pihak yang
paling tidak memainkan peranan penting menguruskan hal-hal berkaitan bencana (Rajah 39).
Situasi ini berbeza apabila responden memilih agensi kerajaan (Polis, Bomba, RELA, JPAM)
dan swasta sebagai pihak yang memainkan peranan penting dengan masing-masing kadar
masing-masing 68% pemilihan. Hanya 34% responden pula menyatakan badan bukan
kerajaan (NGOs) sebagai berperanan penting sewaktu bencana. Keputusan analisis ini
sebenarnya dijangka oleh pengkaji memandangkan telah terdapat respon yang sama oleh
4%
74%
61%
71%
42%
0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80%
Bersatu dalam doa
Mesyuarat tergempar
Gotong-royong
Tabung bencana
Bertemu ahli politik
35
responden apabila ditanya persepsi mereka terhadap bantuan yang disalurkan oleh agensi
seperti dibincangkan pada Rajah 30.
Rajah 39: Pihak-pihak yang memainkan peranan sewaktu menguruskan bencana (n=93).
Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
4.2.3 Sikap kebersamaan komuniti ketika menghadapi bencana
Apabila ditanya mengenai persepsi terhadap sikap/amalan kebersamaan di kalangan anggota
dalam komuniti ketika menghadapi ujian bencana, majoriti responden (33% + 31% = 64%)
menyatakan komuniti mereka masih bekerjasama dengan baik. Hanya peratusan kecil sahaja
(4%) yang telah menyatakan sebaliknya (Rajah 40).
Rajah 40: Persepsi responden terhadap sikap kebersamaan komuniti ketika menghadapi
bencana (n=93). Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
Analisis terperinci mengikut kampung mendapati semangat kebersamaan adalah tinggi bagi
Kundasang Lama, Lembah Permai dan Dumpiring Atas. Manakala, aspek kebersamaan juga
dilihat memuaskan bagi Dumpiring Bawah. Bagi Mesilou pula, semangat kebersamaan
menunjukkan keputusan yang bersampur di antara kumpulan yang menyatakan wujud
kerjasama dengan yang menyatakan tiada kerjasama di kalangan ahli dalam komuniti (Rajah
41).
13%
68% 68%
34%
87%
32% 32%
66%
0%
20%
40%
60%
80%
100%
Ketua kampung Agensi kerajaan Agensi swasta NGO
Berperanan penting Tidak
4%
12%
20%
33%
31%
0% 5% 10% 15% 20% 25% 30% 35%
Sgt tak bekerjasama
Tak bekerjasama
Tak pasti
Ada kerjasama
Bekerjasama erat
36
Rajah 41: Persepsi responden terhadap sikap kebersamaan komuniti ketika menghadapi
bencana mengikut kampung. Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
Secara umumnya, kesemua kampung yang dikaji menunjukkan amalan kebersamaan yang
tinggi dikalangan anggotanya dan ianya merupakan suatu perkembangan yang positif untuk
mempromosikan langkah-langkah pencegahan dan pengurangan risiko bencana (disaster rick
reduction, DRR) bagi komuniti di masa hadapan.
4.2.4 Halangan dan cabaran yang dihadapi
Berkenaan bentuk halangan dan cabaran utama yang dihadapi responden di dalam
memulihkan keluarga dan komuniti mereka setelah kejadian bencana pula, majoriti responden
memilih faktor ekonomi sebagai elemen yang perlu dibantu. Sekitar 74% responden
menyatakan bahawa kekangan kewangan merupakan halangan yang paling utama, diikuti
kelemahan penjanaan pendapatan isirumah disebabkan pergantungan kepada hanya satu
sumber/kegiatan ekonomi (single source of income) iaitu pertanian (56%) (Rajah 42).
Rajah 42: Halangan dan cabaran yang dihadapi untuk memulihkan keluarga dan komuniti
selepas bencana (n=93). Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
2
1 1
0 0
1
4
6
0 0
8
6
0
2
3
7
5
6
5 5
11
2
3
7
6
0
2
4
6
8
10
12
Dumpiring Atas Dumpiring Bawah Mesilou Kundasang Lama Lembah Permai
Sgt tak bekerjasama Tak bekerjasama Tak pasti Bekerjasama Sgt bekerjasama
74%
56%
18%
18%
20%
36%
46%
40%
20%
24%
0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80%
Sumber kewangan terhad
Sumber ekonomi tak pelbagai
Sukar dapat kerjasama komuniti
Kepimpinan lemah
Kerenah birokrasi
Kekurangan maklumat
Kurang latihan persediaan
Tiada pelan tindakan
Kurang penglibatan komuniti
Kurang guna teknologi
37
Selepas faktor ekonomi diambilkira, barulah pertimbangan-pertimbangan lain menyusul
terutama yang berkait dengan persediaan dan pengurusan bencana. Ini termasuklah aspek
“kekurangan latihan persediaan menghadapi dan mengurus bencana” (46%), “ketiadaan
pelan tindakan yang khusus bagi menghadapi bencana oleh komuniti” (40%), “cabaran
mendapatkan maklumat berkaitan risiko bencana secara mudah dan meluas” (36%) dan
“kekangan penggunaan teknologi bagi memulihkan kualiti tanah pertanian” (24%).
Akhir sekali aspek sosial dan perhubungan turut dimasukkan sebagai halangan dan cabaran
memulihkan keluarga dan komuniti. Antaranya termasuklah “kurangnya penglibatan komuniti”
(20%), “kerenah birokrasi dalam mengurus hal berkaitan bantuan kepada komuniti” (20%)
serta kelemahan pemimpin/organisasi kampung dan kesukaran mendapat kerjasama anggota
dalam komuniti dengan masing-masing dinilai pada kadar 18% oleh responden.
4.2.5 Langkah-langkah pengurangan risiko bencana
Sebagai tambahan kepada usaha pengurangan risiko bencana sebagaimana yang telah
dikupas pada sub-seksyen 3.2.2 (tempat tinggal sementara jika perlu berpindah), tambahan
lima (5) soalan lagi telah diajukan kepada responden yang mana mereka mungkin, sedang
atau telah melaksanakan langkah-langkah yang tersebut. Hasil kajian kemudiannya dianalisa
dan dibentangkan pada jadual di bawah.
Jadual 5: Langkah-langkah pengurangan risiko bencana terhadap komuniti.
Soalan (n) Total (n)
% Total (%)
1 Diberi latihan / pendedahan kesedaran bencana
Ya
Tidak
24 69
26.0 74.0
93 100.0
2 Komuniti memiliki sistem amaran awal bencana
Ya
Tidak
5 88
5.0
95.0
93 100.0
3 Cara pemantauan di kawasan berisiko dibuat
Dibuat sendiri penduduk
Dibuat sepenuhnya oleh agensi
Kerjasama agensi dengan penduduk
Tiada pemantauan dibuat
14 22 55 2
15.0 24.0 59.0 2.0
93 100.0
4 Komuniti memiliki peta/pelan kawasan risiko bencana
Ya
Tiada
14 79
15.0 85.0
93 100.0
5 Komuniti mewujudkan AJK khas bencana
Ya, ada
Tiada
Tidak pasti
23 34 36
25.0 36.0 39.0
93 100.0
Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
38
Berpandukan hasil analisis pada Rajah 5, terdapat beberapa elemen atau aspek penting
berkaitan langkah pengurangan risiko bencana oleh komuniti yang wajar mendapat perhatian
pelbagai agensi/pihak yang terlibat iaitu:
i. Majoriti responden (74%) menyatakan mereka tidak mendapat latihan mahupun
pendedahan berkaitan pengurangan risiko bencana.
ii. Majoriti responden (95%) menyatakan komuniti mereka tidak memiliki system amaran
awal bencana.
iii. Kaedah pemantauan di kawasan-kawasan yang berisiko bencana (terutama tanah
runtuh) dijalankan secara bersama oleh penduduk tempatan dan agensi-agensi
kerajaan yang terlibat (59%).
iv. Majoriti responden (85%) menyatakan komuniti mereka peta/pelan kawasan berisiko
bencana.
v. Hanya sejumlah kecil (25%) responden berpendapat komuniti mereka mewujudkan
AJK khas bagi melihat isu-isu berkaitan dan menguruskan risiko bencana setempat.
Pada pendapat pengkaji, maklum balas yang diberikan oleh responden kajian ini perlulah
dilihat dan dianggap sebagai peluang kepada usaha-usaha penambahbaikan pada masa
hadapan, oleh pelbagai agensi yang terlibat di dalam pengurangan risiko bencana. Ini
termasuklah keperluan bagi merangka dan mewujudkan suatu sistem amaran awal (early
warning system) yang efektif bagi pengurusan dan pengurangan risiko bencana, dan
cadangan peta/pelan kawasan berisiko bencana bagi kampung-kampung di sekitar
Kundasang-Ranau yang berisiko terhadap pelbagai jenis bencana alam. Dengan adanya
sistem amaran awal dan peta kawasan berisiko bencana tersebut, usaha ke arah melahirkan
komuniti celik maklumat dan sedar tentang bencana serta langkah-langkah yang seharusnya
diambil bagi mengurangkan kesan buruk dan risiko pada masa hadapan mampu dicapai.
4.2.6 Cadangan strategi menghadapi bencana oleh responden
Hasil analisis menunjukkan terdapat tujuh (7) cadangan telah dikemukakan oleh responden
dan ianya dibentangkan pada Rajah 43.
Rajah 43: Cadangan strategi menghadapi bencana oleh responden (n=93).
Sumber: Kajian lapangan (Nov. 2015).
59%
61%
67%
50%
42%
68%
46%
0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80%
Menyediakan sistem amaran awal
Sedia peta kaw berisiko
Ubah kaedah ptanian
Tidak tebang pokok
Baik pulih saliran
Guna teknologi
Sedia kit kecemasan
39
Antara cadangan utama responden adalah menggalakkan penggunaan teknologi terkini di
dalam aktiviti pengurusan dan pengurangan risiko bencana di kawasan kajian (68%). Ini
termasuklah mempertimbangkan penggunaan aplikasi telefon pintar seperti Wssap dan
sistem pesanan tingkas (sms) bagi menyalur dan menyebarkan maklumat terkini dengan cara
lebih pantas dan dipercayai kepada komuniti di kawasan berisiko bencana. Selain itu,
penggunaan teknologi juga digalakkan bagi pembangunan semula kemudahan fizikal selepas
bencana termasuklah membaiki jalan raya, sistem bekalan air, elektrik, telekomunikasi dan
jambatan yang rosak/terjejas dengan bencana.
Sekitar 67% responden pula mencadangkan supaya amalan pertanian sedia ada (di kawasan
tanah tinggi) diubah supaya lebih mesra alam terutama mengutamakan pemeliharaan struktur
tanah dan cerun. Langkah ini mungkin dapat mengurangkan skala kerosakkan struktur tanah
sekiranya bencana berulang pada masa hadapan. Lain-lain cadangan yang turut dinyatakan
oleh responden termasuklah “memetakan kawasan yang berisiko bencana” (61%), diikuti
keperluan “menyediakan sistem amaran awal bencana” (59%) selain mengurangkan amalan
menebang pokok dan kawasan hutan bagi pertanian (50%). Cadangan-cadangan yang perlu
diberikan perhatian juga termasuklah “penyediaan kit kecemasan bencana” (46%) dan
“memperbaiki system saliran dan perparitan di kampung” (42%).
40
Bab 5
RUMUSAN
Berikut dirumuskan beberapa penemuan utama kajian:
i. Kejadian bencana tidak banyak mempengaruhi/menukar jenis pekerjaan, namun telah
memberikan impak terhadap pendapatan bulanan isirumah responden, yang
mengalami penurunan yang signifikan.
ii. Majoriti responden adalah mereka yang terlibat dan terdedah secara langsung dengan
pelbagai siri bencana alam yang berlaku di persekitaran tempat mereka tinggal. Empat
bentuk bencana alam telah dikenalpasti berdasarkan pengalaman mereka iaitu tanah
runtuh, banjir lumpur, gampa bumi dan rebut/angin kencang.
iii. Majoriti responden menyatakan mereka mendapatkan akses yang luas kepada
maklumat semasa dan selepas kejadian bencana di mana pihak berkuasa dikenalpasti
sebagai pihak yang paling berperanan penting di dalam menyalurkan maklumat yang
diperlukan kepada penduduk kampung yang terlibat. Selain itu, saluran maklumat lain
termasuklah televisyen, radio dan komunikasi telefon pintar menerusi aplikasi Wssap
dan Facebook.
iv. Majoriti responden memberikan maklum balas positif terhadap kualiti perkhidmatan
agensi-agensi pengurusan bencana yang menyalurkan pelbagai jenis bantuan seperti
bekalan air minuman, makanan selain menguruskan tempat perlindungan sementara
kepada penduduk yang terjejas sewaktu bencana.
v. Responden turut menyatakan pelbagai bentuk kerugian yang terpaksa ditanggung
disebabkan bencana yang melanda dari aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Kerosakkan struktur tanah pertanian merupakan salah satu isu penting yang
dibangkitkan responden memandangkan ianya berkait rapat dengan kegiatan ekonomi
utama penduduk di semua kampung yang dikaji iaitu pertanian tanah tinggi.
vi. Kebergantungan responden kajian terhadap bantuan pihak luar adalah tinggi selepas
berlakunya bencana. Majoriti responden menyatakan ada menerima bantuan yang
dihulurkan selepas bencana yang dihulurkan oleh pihak-pihak luar (agensi kerajaan,
badan korporat, ahli politik dan pertubuhan bukan kerajaan). Di antara bentuk bantuan
yang utama adalah bekalan air minuman dan makanan.
vii. Di antara bentuk sokongan yang diperlukan responden semasa bencana adalah
bekalan air minuman, tempat perlindungan sementara, makanan dan juga ubatan.
Manakala tambahan dari bentuk sokongan yang dinyatakan tadi, selepas bencana
pula termasuklah bantuan kewangan dan pertanian serta kaunseling.
viii. Komuniti menunjukkan kerjasama erat di dalam mengharungi ujian bencana. Di antara
langkah segera yang diambil apabila berlakunya bencana adalah dengan
mengadakan mesyuarat tergempar bagi merangka tindakan yang bersesuaian, diikuti
melancarkan tabung bencana. Selain itu, penduduk juga akan segera menjalankan
gotong-royong pembersihan dan pembaikian infrastruktur utama yang rosak serta
bertemu pemimpin politik tempatan mengadukan masalah mereka.
41
ix. Di antara bentuk halangan dan cabaran yang terpaksa dihadapi responden untuk
memulihkan keluarga dan komuniti mereka adalah faktor kekangan kewangan.
Justeru, selain bantuan segera dalam bentuk makanan, minuman dan tempat
perlindungan, penyaluran bantuan kewangan juga perlu difikirkan bagi membolehkan
penduduk yang terjejas bangkit meneruskan kehidupan dan memperbaiki kerosakan
yang terjadi.
x. Responden melontarkan beberapa cadangan yang bernas bagi mengurus dan
mengurangkan risiko bencana pada masa hadapan termasuklah penggunaan
teknologi untuk komunikasi dan membaikpulih kerosakan. Lain-lain cadangan adalah
dengan mengubah amalan pertanian kepada lebih mesra alam dan sensitive terhadap
pemeliharaan cerun dan saliran. Penyediaan sistem amaran awal dan peta kawasan
risiko bencana juga turut dibangkitkan responden.
42
Lampiran 1
43
Nama:
Dumpiring Atas
Dumpiring Bawah
Mesilou
Kundasang Lama
Lembah Permai
Lain-lain (nyatakan):
PENGANJUR: Disaster Preparedness and Prevention Center Malaysia-Japan International Institute of Technology UTM RAZAK School of Engineering and Advanced Technology
Kaji selidik ini dijalankan sebagai sebahagian daripada fasa pengumpulan data bagi Ekspedisi Penyelidikan
Kundasang oleh Konsortium Penyelidikan diketuai UTM 2015 bersama-sama pelbagai agensi serta institusi.
Kerjasama Tuan/Puan terlibat dan mengemukakan maklumat amatlah dihargai. Segala maklumat yang diperoleh
dianggap SULIT dan hanya digunakan bagi tujuan ilmiah/akademik semata. Terima kasih.
Borang kaji selidik ini terdiri daripada 5 muka surat bercetak termasuk muka hadapan
Saya adalah penduduk Kampung (tandakan “√“ pada jawapan):
BORANG KAJI SELIDIK
AGENSI PENGURUSAN BENCANA
NEGARA
No Siri:
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
44
BORANG SOAL SELIDIK
Kajian Komuniti Berdaya Tahan dan
Persediaan Menghadapi Bencana
MAKLUMAN: Soal-selidik ini adalah sebahagian
daripada fasa pengumpulan data bagi Ekspedisi
Penyelidikan Kundasang oleh Konsortium
Penyelidikan diketuai UTM 2015. Kerjasama
Tuan/Puan terlibat dan mengemukakan maklumat
amatlah dihargai. Segala maklumat yang diperoleh
dianggap SULIT dan hanya digunakan bagi tujuan
ilmiah/akademik semata. Terima kasih.
Koordinator: Dr. Khairul Hisyam
Kamarudin ([email protected] / 019-
2659841)
BAHAGIAN 1: PROFIL RESPONDEN
1. Jantina:
Lelaki
Perempuan
2. Bangsa:
3. Agama:
4. Kategori umur:
<18 tahun
18 – 25 tahun
26 – 35 tahun
36 – 45 tahun
46 – 55 tahun
> 55 tahun
5. Taraf perkahwinan:
Bujang
Berkahwin
Lain-lain
6. Tahap pendidikan tertinggi dicapai:
Tiada pendidikan formal
Sekolah rendah
Sekolah menengah
Sijil
Diploma
Ijazah Sarjana
7. Pekerjaan (tandakan “√” pada jawapan):
Sebelum
bencana
Jenis
Pekerjaan
Selepas
bencana
Jenis
Pekerjaan
Tidak bekerja Tidak bekerja
Suri rumah Suri rumah
Staf kerajaan Staf kerajaan
Staf swasta Staf swasta
Berniaga Berniaga
Kerja hotel Kerja hotel
Bertani Bertani
Lain-lain:
Lain-lain:
(nyatakan sebab jika pekerjaan anda berubah):
8. Asal-usul?
Lahir& membesar di sini
Berpindah ke sini
(asal mana, sejak bila berpindah &
sebab)
9. Maklumat Isirumah:
Nama Hubungan Umur Pendidikan Pekerjaan Tinggal
bersama?
45
10. Purata pendapatan bulanan (RM)
Sebelum bencana
Selepas
Bawah RM500
RM501 – RM1090
RM1091 – RM1500
RM1501 – RM2000
RM2001 – RM2500
RM2501 – RM3000
RM3001 – RM4500
RM4501 – RM5000
Lebih RM5001
BAHAGIAN 2: PERSEPSI &
PENGETAHUAN MENGENAI BENCANA
SETEMPAT
11. Adakah anda pernah terlibat dengan
kejadian bencana alam sepanjang menetap
di kampung ini?
Ya
Tidak
12. Jika YA, sila nyatakan bentuk bencana
alam tersebut (boleh pilih lebih dari 1
jawapan).
Tanah runtuh, kekerapan setahun:
Banjir lumpur, kekerapan setahun:
Gempa bumi, kekerapan:
Kebakaran hutan, kekerapan
Lain-lain (nyatakan):
13. Pada pendapat anda, apakah punca
tercetusnya kejadian-kejadian tersebut?
Pembangunan yang tak terkawal
Fenomena semulajadi/musim hujan
Perubahan iklim
Lain-lain (nyatakan):
14. Pengetahuan saya mengenai bencana
setempat:
(tandakan “ √ “ pada jawapan pilihan anda)
1=sangat tak setuju ; 5=sangat setuju
Saya dapat merasakan yang saya tahu
bila bencana boleh berlaku..........
Satu sedar bahawa bencana sesuatu
yang tak dapat dielakkan.....................
Rumah saya dibina kukuh dan mampu
bertahan dikala gempa..........
Tempat tidur saya adalah selamat
semasa dan selepas
gempa.......................
Saya menyediakan beg kecemasan jika
dilanda gempa.......................
Jika terjadinya bencana, saya tahu di
mana tempat berlindung....
Adalah penting berkongsi pengalaman
berkaitan bencana..................
Saya tahu kerajaan menyediakan
kemudahan mencukupi bagi
menghadapi bencana....
Saya yakin kerajaan akan memulih dan
membangunkan semula kawasan kami
selepas bencana......................
Saya tahu agensi mana yang perlu
dihubungi bagi dapatkan
bantuan............
Saya tahu kepentingan aktiviti
pengurangan risiko bencana di
kalangan
penduduk................................
15. Apakah bentuk kerugian yang dialami
anda/ keluarga setelah bencana (pilih >1
jawapan)?
Ekonomi:
Hilang mata pencarian
Kerosakan harta benda
Pelaburan/pelancong merosot
Sosial:
Trauma dan rasa tidak selamat
Hilang upaya/kecacatan
Hilang nyawa (keluarga)
Hilang tempat tinggal
Kerosakan infrastruktur
Ekologi:
Kemusnahan produk pelancongan
Kerosakan struktur tanah pertanian
Pencemaran sungai/habitat ikan
Kemusnahan habitat-flora
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
46
16. Apakah ukuran tahap keseriusan bencana
dan kesannya terhadap komuniti (boleh >1
jawapan)?
(1=sangat tak serius / 5=sangat serius)
E1: Mata pencarian........................
E2: Harta benda..............................
E3: Pelaburan/pengunjung.............
S1: Trauma.....................................
S2: Hilang upaya............................
S3: Hilang nyawa...........................
S4: Tempat tinggal.........................
S5: Infrastruktur.............................
Ec1: Produk pelancongan..............
Ec2: Struktur tanah........................
Ec3: Pencemaran............................
Ec4: Habitat ..................................
17. Adakah anda telah sedia maklum yang
kawasan anda terdedah kepada
bencana/gempa bumi?
Ya (Nyatakan sumber maklumat)
Tidak
18. Adakah anda terfikir untuk berpindah ke
lokasi lain yang dirasakan lebih selamat?
Ya, terfikir dan mahu pindah
Ya, terfikir tapi tak mampu pindah
Tak terfikir untuk berpindah
(nyatakan alasan untuk tidak berpindah):
19. Adakah anda mempunyai aksess yang luas
kepada maklumat bencana SEMASA
bencana dan SELEPAS bencana?
Ya (Sumber: )
Sangat terhad (Sumber: )
Tidak ada aksess maklumat
20. Adakah anda dilibatkan dengan proses
perancangan/pembuatan keputusan mengenai komuniti dan isu-isu bencana?
Ya
Tidak
Tidak pasti
BAHAGIAN 3: LANGKAH/STRATEGI
MITIGASI TERHADAP BENCANA
21. Adakah anda pernah diberi
latihan/pendedahan kesedaran bencana?
Ya
Tidak
Jika YA, sila nyatakan: Nama latihan Tahun
dibuat
Tujuan
latihan
Penganjur
1)
22. Adakah komuniti anda memiliki suatu
sistem amaran awal bencana?
Ya (namakan):
Tidak
Jika YA, siapakah yang mencadangkan sistem
tersebut dan bagaimana ianya berfungsi
(ringkas)
23. Bagaimanakah pemantauan terhadap
kawasan-kawasan berisiko bencana ini
dilakukan?
Dibuat sendiri oleh komuniti
Dibuat sepenuhnya agensi kerajaan
Secara kerjasama komuniti & agensi
Tiada pemantauan dilakukan
24. Adakah komuniti anda memiliki
pelan/peta yang menunjukkan kawasan-
kawasan berisiko berlakunya bencana?
Ya
Tidak ada
Jika YA, sila nyatakan: Nama
pelan/peta
Siapa
sediakan
Tahun
dibuat
Maklumat
utama peta
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
47
25. Adakah komuniti mewujudkan
jawatankuasa khas bagi menguruskan
aspek bencana? “√” Jawapan Bila
tubuh
Siapa ahli
Ya
Tidak ada
Tidak pasti
26. Adakah anda mempunyai pilihan tempat
tinggal lain (sementara) sekiranya anda
dikehendaki berpindah akibat bencana?
Ada (Nyatakan: )
Tidak ada
27. Sekiranya risiko bencana masih wujud dan
anda sendiri enggan berpindah, apakah
strategi yang telah dan sedang
anda/komuniti anda ambil demi melindungi
keluarga dan harta benda? “√” Contoh tindakan Catatan (bila
mula)
Sediakan sistem amaran
awal bencana
Kenalpasti dan sediakan
pelan/peta kawasan risiko
Mengubah amalan
pertanian (mesra alam)
Tidak menebang
hutan/pokok
Membaikpulih saliran dan
struktur tanah
Gunakan teknologi terkini
(binaan tahan gempa, etc)
Sediakan bekalan (air,
makanan, ubatan)
Tiada tindakan
Lain-lain (nyatakan)
a.
b.
28. Adakah anda/komuniti diberikan bantuan
selepas bencana dari pihak luar? “√” Jawapan Nyatakan bentuk
bantuan
Pemberi
Ya
Tidak
ada
Tak pasti
29. Adakah anda menerima sokongan dan
bantuan dari dalam kalangan komuniti
anda? “√” Jawapan Nyatakan bentuk
bantuan/sokongan
Pemberi
Ya
Tidak
ada
Tak pasti
30. Apakah TIGA bentuk sokongan dan
bantuan yang benar-benar anda/komuniti
perlukan semasa dan selepas bencana? Semasa bencana Selepas bencana
1.
2.
3.
1.
2.
3.
31. Apakah bentuk tindakan segera diambil
oleh komuniti secara bersama untuk
mengurus kesan bencana?
Tidak ada (buat hal sendiri)
Bersatu dalam doa
Mesyuarat
Gotong-royong
Menubuh tabung bencana
Berjumpa badan kerajaan/ahli
politik/pihak luar untuk mendapat
bantuan
Lain-lain (nyatakan: ______________)
32. Pendapat anda tentang kebergantungan
anda/komuniti kepada bantuan dari pihak
luar semasa berhadapan dengan bencana.
(1=sangat tidak bergantung / 5=sangat
bergantung)
33. Bagaimana anda menilai tahap persediaan
anda sendiri bagi menghadapi situasi
bencana?
(1=sangat tidak bersedia / 5=sangat
bersedia)
34. Bagaimana anda menilai tahap persediaan
komuniti anda bagi menghadapi situasi
bencana?
(1=sangat tidak bersedia / 5=sangat
bersedia)
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
48
35. Pendapat anda terhadap mutu/kualiti
perkhidmatan agensi yang terlibat
menguruskan bencana dan kecemasan.
(1=sangat tidak berkesan / 5=sangat
berkesan)
36. Siapakah yang memainkan peranan utama
memimpin komuniti ketika anda/komuniti
berhadapan bencana?
Tidak ada (Sendiri-sendiri)
Ketua kampung dan AJK
Agensi kerajaan
Agensi swasta
NGO
Lain-lain (Nyatakan:
)
37. Pendapat anda tentang sifat kebersamaan
komuniti sewaktu berhadapan dengan
bencana dan mengurus kesan bencana. (1=sgt tak bekerjasama / 5=sgt berkerjasama)
38. Apakah halangan dan cabaran yang anda
hadapi untuk memulihkan
keluarga/komuniti selepas bencana? “√” Contoh jawapan Disebabkan oleh…..
Sumber kewangan yang
terhad
Kegiatan ekonomi berasas
satu sumber (tanah/alam)
Sukar mendapat kerjasama
anggota komuniti
Kempimpinan yang lemah
dan tidak proaktif
Kerenah birokrasi dalam
menyalurkan bantuan
Kekurangan pendedahan /
maklumat
Kekurangan latihan sebagai
persiapan/persediaan
Tiada pelan tindakan khas
menghadapi bencana
Komuniti tidak dilibat
secara langsung
Tidak terdedah dengan
teknologi terkini
39. Apakah harapan anda untuk masa hadapan?
- SOALAN TAMAT, TERIMA KASIH -
1 2 3 4 5
1 2 3 4 5
49
50