soalan sastera excel spm

Upload: jaklin-empol

Post on 14-Apr-2018

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Soalan Sastera Excel Spm

    1/8

    SULIT

    NAMA:.......................................................KELAS : .....................................................

    ANGKA GILIRAN : .................................

    IC : ..............................................................

    JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH

    SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2215/1

    EXCEL 2 TINGKATAN 5

    KESUSASTERAAN MELAYU

    20112 Jam 30 Minit Dua jam tiga puluh minit

    UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA

    BAHAGIAN SATU SOALAN MARKAH DIPEROLEHI

    SOALAN SUBJEKTIF

    RESPONS TERHAD

    40 MARKAH

    10

    BAHAGIAN DUA Jawab dan Pilih Satu Soalan Sahaja Bagi Setiap Bahagian A.B dan C

    60 MARKAH SOALAN MARKAH DIPEROLEHI

    BAHAGIAN A PILIHAN %

    Puisi TradisionaL

    Prosa Klasik

    BAHAGIAN B PILIHAN %

    Puisi Moden

    Drama

    BAHAGIAN C PILIHAN %Cerpen

    Novel

    2215/1 Hak cipta Jabatan Pelajaran Sabah [ Lihat sebelah]

    SULIT 2215/1

  • 7/30/2019 Soalan Sastera Excel Spm

    2/8

    BAHAGIAN SATU(40 Markah)

    Jawab semuasoalan

    1. Elok manis indah rupanya,terlalu halus barang katanya,sangatlah bijak akan akalnya,

    dalam istana sukar bandingnya.

    (Dipetik daripada teks Seuntai Kasih Secebis Harapan)

    (a) Apakah jenis puisi di atas?

    (1 markah)

    (b) Berikan dua ciri puisi di atas.(2 markah)

    (c) Nyatakan satu jenis gaya bahasa dalam rangkap puisi di atas.

    (1 markah)

    2.

    (a) Nyatakan peristiwa yang menyebabkan suasana sedih dalam petikan di atas.(2 markah)

    (b) Berikan satu gaya bahasa berserta contoh yang terdapat dalam petikan.

    (2 markah)

    3. Berdasarkan cerita Hikayat Nakhoda Muda, berikan dua contoh peristiwa unsur kasihsayang.

    (4 markah)

    Maka gemuruhlah bunyi tangis orang dalam istana itu seperti batu roboh bunyinya.

    Setelah demikian maka berbunyilah nobat negara merangu nafiri antara ada dengantiada merayun hati segala yang mendengar dia

    (Dipetik daripadaHikayat Nakhoda Muda)

  • 7/30/2019 Soalan Sastera Excel Spm

    3/8

    4. Senaraikan contoh gaya bahasa dalam petikan sajak di atas

    (a)Sinkope(b)Inversi(c)Asonansi(d)Hiperbola

    (4 markah)

    5.

    Berikan dua pengajaran yang hendak disampaikan dalam petikan di atas.

    (4 markah)6.

    Nyatakan hutang yang hendak dibayar oleh Imran dan apakah bentuk bayaran tersebut?

    (4 markah)

    7.

    Nyatakan dua cadangan dalam petikan di atas?

    (4 markah)

    di tanganmu pendayung membelah segarakau rentasi benua layari buana

    di bibir seorang wali kau menarimenebar harum wangi agama samawi

    (Dipetik daripada sajakPengelana Waktuoleh Ruzaini Yahya)

    RATNASARI: Jangan sesekali buruk sangka pada sesiapa. Kita mesti bijak menimbang danmenerima. Perlu kenal hati budi dan helah muslihat sesama manusia, supaya kita tidak mudah

    tertipu dan terpedaya.

    (Dipetik daripadaDrama Muzikal Kampung Baru oleh Hatta Azad Khan)

    ZAHID: Kau membayar terlalu mahal dengan harga tindakan bodoh tanpa berfikir dulu,

    Imran.

    IMRAN: Tapi Zahid, aku ingin mengotakan janji aku. Aku rasa bertanggungjawab walau

    semahal manapun harganya. Aku buat ini demi maruah dan janji aku pada gadismalang itu.

    (Dipetik daripada drama Menggapai Pelangi oleh Taha Abd Kadir)

    Tak berkahwinlah sumandak-sumandak di kampung ini kalau cadangan ini diterima.

    Bantah Encik Lihun yang menjadi AJK Kebudayaan.

    (Dipetik dari cerpen Tagung, ms 106)

  • 7/30/2019 Soalan Sastera Excel Spm

    4/8

    8.

    (a)Apakah bunyi jeritan yang didengarnya?(2 markah)

    (b) Nyatakan satu teknik plot yang digunakan dalam petikan di atas.

    (2 markah)

    9.

    (a)Apakah tujuan kedatangan Nek Siah berjumpa dengan Soleha?

    (2 markah)

    (a) Apakah jawapan yang dinantikan oleh Nek Siah daripada Soleha? (2 markah)

    (b)Kemukakan satuteknik penceritaan yang digunakan dalam petikan di atas.

    (2 markah)

    10. Berdasarkan novel Dari Lembah ke Puncak karya Ghazali Lateh, berikan empat

    perwatakan Mak Teh.(4 markah)

    Deria pendengarannya tiba-tiba dicuit oleh bunyi jeritan yang datang dari hulu sungai itu.

    Bunyi jeritan yang semakin mendekati tempat duduknya itu berlarutan dan jelas mengandunginada cemas.

    (Dipetik dari cerpen Seekor Manusia, Seorang Binatang, ms 55)

    Soleha masih termenung. Sudah dua kali Nek Siah yang datang bertandang mengharapkan

    jawapannya tetapi dia masihbelum bersedia menjawab.

    (Dipetik dari novelJeriji Kasih, oleh Ramlah Abd Rashid ms 206)

  • 7/30/2019 Soalan Sastera Excel Spm

    5/8

    BAHAGIAN DUA

    (60 Markah)

    Bahagian A

    (Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)

    Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2

    1. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan

    Kami tak mahu keadaan begini,azab sengsara di abad ini.

    Kami kehausan kami kelaparan,di medan perang mayat berkaparan.

    Mengapalah perang terus meletus,

    suara kedamaian sering diutus.

    Memohon kasih mengharap sayang,

    aman bahagia sukar ditayang.

    Hulurlah bantuan berilah harapan,

    demi kebahagiaan masa hadapan.

    Kasihan kanak-kanak menjadi mangsa,

    Susah derita hidup terseksa.

    Seuntai kasih secebis harapan,

    berhati bersih berbudi bersopan.

    Pada para pemimpin yang berkuasa,

    pastikan penghuni alam aman sentosa.

    MOHD SIDEK MOHD DOLLAH

    (a)Huraikan lima keindahan bahasa dalam puisi di atas. (10 markah)(b) Jelaskan lima persoalan yang terdapat dalam puisi di atas. (10 markah)

  • 7/30/2019 Soalan Sastera Excel Spm

    6/8

    2. Berdasarkan prosa Hikayat Nakhoda Muda dalam Seuntai Kasih Secebis Harapan,jawab soalan-soalan yang berikut:

    (a) Huraikan lima unsur kemanusiaan dalam cerita tersebut. (10 markah)

    (b) Jelaskan lima ciri cerita penglipulara yang terdapat dalam cerita ini. (10 markah)

  • 7/30/2019 Soalan Sastera Excel Spm

    7/8

    Bahagian B

    (Puisi Moden dan Drama)

    Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4

    3. Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.Sketsa Pengemis Kecil Pada Landskap Kota Raya

    i.

    Ada sebekas harap meraih sejuta ratap

    daripada warga kota yang manusiawi

    di jari anak kecil terkandung kudratdi hari akan kucil tergantung hasrat

    - demi desakan kantung menyumbang keperluan

    - demi detakan jantung menyambungkehidupan!

    Pengalaman adalah payung ketabahannya

    Menempuh hujan ujian yang tajamKeredaan adalah bakal usahanya

    Merempuh hutan beban yang kelam.

    Betapa sarat mata mengeluh

    Sarat lagi rasa mengaduh!

    ii.Silih ganti hari masih pengemis kecil

    Melukis wajah penghayatannya yang sirna

    Dengan seberus harapan mewarnai sejuta ratap.

    Hanya jambangan doa putih mampu kurangkai

    Melingkar mengitari laman hayatmu-sekadar insaf merawat simpati!

    CHULAN CHIN 1993

    (a)Huraikan maksud rangkap pertama dan kedua. (8 markah)(b) Jelaskan empat gaya bahasa dalam sajak. (8 markah)

    (c) Nyatakan perasaan penyajak. (4 markah)

    4. Berdasarkan drama Menggapai Pelangi oleh Taha Abd Kadir dalam Anak Global,jawab soalan-soalan yang berikut:

    a. Jelaskan empat persoalan dalam drama tersebut. (8 markah)b. Huraikan tiga perwatakan Norasma. (6 markah)

  • 7/30/2019 Soalan Sastera Excel Spm

    8/8

    c. Bincangkan tiga mesej yang hendak disampaikan dalam drama tersebut. (6 markah)Bahagian C

    (Cerpen dan Novel)

    Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6

    5. Berdasarkan cerpen Tagung oleh Witer Gunik dalam Madu Ilmu, jawab soalan-soalanberikut.

    (a) Bincangkan lima perwatakan datuk dalam cerpen ini. (10 markah)(b) Jelaskan lima pengajaran yang hendak disampaikan oleh pengarang dalam cerpen

    ini. (10 markah)

    6.

    (a)Jelaskan punca Syed Mustafa marah dalam petikan di atas? (6 markah)(b)Huraikan lima perwatakan Syed Mustafa dalam novel ini. (10 markah)(c)Nyatakan dua teknik penceritaan dalam petikan di atas. (4 markah)

    KERTAS SOALAN TAMAT

    Syed Mustafa menampar pipi kanan anaknya dengan belakang telapak tangan

    kanannya, Syed Fariz tersasar ke meja berkerusi enam di tengah rumah., Dia masihtegar, tidak mengelak mahupun meraung kesakitan, hanya memegang pipi yang masihpanas berapi.

    Anak tak tahu untung, aku bekerja siang malam untuk kesenangan kau, ini balasan

    kau pada aku! Dia marah.

    (Dipetik daripada novelJeriji Kasih, oleh Ramlah Abd Rashid)