soalan rbt3112 nov 2012 edit v3

14
SULIT INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Peperiksaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN Semester 6 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL NO. KOD : RBT3112 TARIKH: November 2012 ANGKA GILIRAN: MASA : 2 Jam 30 Minit IPG KAMPUS : ARAHAN KEPADA CALON 1. Buku soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A : 20 soalan objektif Bahagian B : 4 soalan struktur Bahagian C : 3 soalan esei 2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B dan dua soalan Bahagian C. 3. Jawab soalan: Bahagian A pada kertas saranan jawapan yang disediakan. Bahagian B pada ruang yang disediakan dalam buku soalan. Bahagian C pada kertas jawapan yang disediakan. 4. Semua kertas jawapan hendaklah diikat bersama-sama buku soalan dan diserahkan pada akhir peperiksaan. UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA BAHAGIAN NO. SOALAN/ MARKAH JUMLAH A ( 20 markah ) 1 - 20 B ( 40 markah ) 1a 1b 2a 2b 3a 3b 4a 4b BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 14 HALAMAN BERCETAK DAN 1 HELAI KERTAS SARANAN JAWAPAN

Upload: nur-hanna

Post on 25-Apr-2017

226 views

Category:

Documents

4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Rbt3112 Nov 2012 Edit v3

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Peperiksaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUANSemester 6

PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

NO. KOD : RBT3112 TARIKH: November 2012

ANGKA GILIRAN: MASA : 2 Jam 30 Minit

IPG KAMPUS :

ARAHAN KEPADA CALON1. Buku soalan ini mengandungi tiga bahagian:

Bahagian A : 20 soalan objektifBahagian B : 4 soalan strukturBahagian C : 3 soalan esei

2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B dan dua soalan Bahagian C.

3. Jawab soalan:Bahagian A pada kertas saranan jawapan yang disediakan.Bahagian B pada ruang yang disediakan dalam buku soalan.Bahagian C pada kertas jawapan yang disediakan.

4. Semua kertas jawapan hendaklah diikat bersama-sama buku soalan dan diserahkan pada akhir peperiksaan.

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

BAHAGIAN NO. SOALAN/ MARKAH JUMLAHA

( 20 markah ) 1 - 20

B( 40 markah )

1a 1b 2a 2b 3a 3b 4a 4b

C( 40 markah )

1 2 3

JUMLAH KESELURUHAN

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 11 HALAMAN BERCETAKDAN 1 HELAI KERTAS SARANAN JAWAPAN

Page 2: Soalan Rbt3112 Nov 2012 Edit v3

No. Kod : RBT3112

BAHAGIAN A( 20 markah )

Jawab semua soalan.

1. Anda merupakan guru yang menguruskan Bengkel Kemahiran Hidup dan dipertanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan kesihatan murid di sekolah.

Apakah yang dimaksudkan dengan keselamatan ?

A Perlindungan daripada kerugian harta benda dan manusia

B Sentiasa berhati-hati semasa melakukan sesuatu pekerjaan

C Satu keadaan yang terpelihara atau terhindar daripada bahaya

D Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kemalangan

2. Pengertian yang paling tepat berkaitan konsep keselamatan pekerja ialah

A kesediaan terpelihara atau terhindar daripada bahaya.

B suatu kemalangan yang tidak dirancang dengan keputusan yang tidak boleh diterima.

C pekerja bekerja dalam keadaan terpelihara daripada bencana/bahaya, gangguan dan penyakit pada tubuh badan.

D suatu keadaan yang terhasil akibat perubahan tingkah laku manusia dan reka bentuk persekitaran fizikal supaya dapat mengurangkan kemalangan

3.

Rajah 1Pernyataan Rajah 1 adalah penyebab berlakunya kemalangan yang berpunca dari faktor

A fizikal

B pentadbiran

C pengurusan

D kemanusiaan

4. Alat pemadam api jenis B boleh memadamkan kebakaran yang berpunca

A pendawaian elektrik

B kertas, kayu, tekstil dan fabrik

C minyak, cat, petrol dan thinner

D butana, metana dan LPC (cecair petrol)

2 SULIT

Kepanasan akan mengganggu kecerdasan minda dan penumpuan murid-murid yang boleh meningkatkan bahaya untuk berlaku kemalangan.

Page 3: Soalan Rbt3112 Nov 2012 Edit v3

No. Kod : RBT3112

5. Keselamatan penggunaan mesin sangat diutamakan dalam pencegahan kemalangan di bengkel. Punca utama kemalangan yang disebabkan oleh mesin ialah

A jenis mesin yang digunakan

B susun atur mesin di bengkel

C cara penggunaan mesin yang salah

D cara penyimpanan mesin di dalam stor

6. Sebarang keadaan yang merosakkan fungsi tubuh badan mungkin disebabkan oleh keracunan. Tanda-tanda keracunan dapat dikenalpasti melalui

A mata mengantuk

B kaki tidak boleh berjalan

C pendengaran berkurangan

D simptom seperti sakit perut, loya dan muntah

7. Pelbagai program boleh dilaksanakan supaya amalan keselamatan di kalangan murid-murid dapat diterapkan seawal usia muda. Guru bengkel perlu menerangkan keselamatan melalui

A kepimpinan melalui teladan

B lawatan sambil belajar di industri berkaitan

C mengadakan kempen keselamatan di kalangan murid-murid

D sentiasa mengadakan perbincangan tahap keselamatan di bengkel

8. Sebuah Bengkel Kemahiran Hidup didapati penguatkuasaan peraturan keselamatan tidak dilaksanakan dengan betul. Faktor utama yang menyebabkan kemalangan di bengkel tersebut adalah disebabkan oleh kelemahan

A pengajaran

B pengurusan

C persekitaran

D kemudahan infrastruktur

9. Pengguna mesti mematuhi undang-undang dan peraturan keselamatan semasa berada di bengkel bagi

A mengelakkan risiko kemalangan jiwa dan kerosakan alatan bengkel

B mengelakkan pengguna dari terdedah dengan alatan yang berbahaya

C mengamalkan keselamatan menjadi tanggungjaawab semua pengguna

D mengingatkan pengguna supaya tidak menyalahgunakan kemudahan

bengkel

3 SULIT

Page 4: Soalan Rbt3112 Nov 2012 Edit v3

No. Kod : RBT3112

10. Di dalam sistem organisasi pengurusan bengkel Kemahiran Hidup, peranan yang dimainkan oleh guru bengkel ialah

A memudah sistem pelaksanaan e-pengurusan bengkel

B mengikut kehendak dan matlamat falsafah pendidikan di bengkel

C meningkatkan mutu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

D memudahkan proses mengurus, mengorganisasi dan merancang amali murid di bengkel

11. Guru bengkel yang mengamalkan pengurusan personel yang baik dapat meningkatkan kepuasan pengajaran amalinya. Ciri yang perlu ada pada pengurusan personel guru bengkel di sekolah adalah

A menyediakan bekalan bahan

B membaikpulih alatan bengkel

C merawat pelajar yang tercedera

D menguruskan pembinaan bengkel

12. Fasa Pertama dalam organisasi dan pengurusan bengkel merupakan perkara berkaitan

A pengendalian kerja

B taklimat agihan kerja

C reka bentuk susun atur bengkel

D tenaga kerja untuk menguruskan bengkel

13. Mesin gergaji tangan didapati bergoyang apabila dihidupkan dan tidak selamat untuk digunakan. Bagaimana cara yang perlu dilakukan terhadap mesin tersebut bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini ?

I Mesin perlu dilupuskan

II Mesin perlu dibaiki semula

III Operasi mesin perlu dihentikan serta merta

IV Meletakkan papan tanda ‘tidak boleh digunakan’

A I,II dan III

B II,III dan IV

C I, III dan IV

D I, II dan IV

4 SULIT

Page 5: Soalan Rbt3112 Nov 2012 Edit v3

No. Kod : RBT3112

14. Reka bentuk bengkel yang efisien perlu menepati kehendak tahap keselamatan yang diperlukan. Tentukan keperluan untuk merekabentuk bengkel tersebut.

A Kayu

B Tandas

C Pelan bangunan

D Warna bengkel yang cantik

15. Mengapakah guru bengkel perlu menyediakan buku rekod keselamatan di bengkel sekolah ?

A Sebagai bahan rujukan guru

B Mudah untuk membuat program keselamatan bengkel

C Sebagai bahan bukti jika berlaku kemalangan kepada murid

D Dapat mengetahui punca murid-murid menerima kemalangan

16. Punca utama kewangan untuk pengurusan bengkel di sekolah diperolehi daripada peruntukan kerajaan untuk setiap murid. Berapakah jumlah peruntukan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup bagi program Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Malaysia bagi seorang murid setahun ?

A RM 40.00

B RM 50.00

C RM 60.00

D RM 70.00

17. Cikgu Nordin telah menerima sebuah mesin ketam berserta invois bernilai RM 2800.00 untuk kegunaan di bengkel Kemahiran Hidup. Borang daftar yang perlu digunakan untuk merekod mesin tersebut ialah borang

A daftar inventori.

B daftar harta modal.

C stok bekalan pejabat.

D pergerakan harta modal

18. Salah satu bahagian di bawah perkhidmatan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ialah

A Bahagian Industri

B Bahaian Pembinaan

C Bahagian Penguatkuasaan

D Bahagian Pertubuhan Keselamatan Sosial

5 SULIT

Page 6: Soalan Rbt3112 Nov 2012 Edit v3

No. Kod : RBT3112

19. Badan yang memberi perkhidmatan latihan dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan industri ialah

A JKKP

B NIOSH

C JKKKH

D PERKESO

20. Sejauhmanakah PERKESO diperlukan untuk melindungi pekerja-pekerja apabila mereka menghadapi sebarang kemalangan di tempat kerja?

A Memastikan keselamatan sosial dan ekonomi semua rakyat Malaysia yang bekerja

B Menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan vokasional kepada pekerja

C Membayar pampasan kepada pekerja dan tanggungannya apabila berlaku kejadian luar jangkaan semasa bekerja

D Memberi perlindungan sepanjang hayat kepada pekerja dan keluarga mereka yang menghadapi kejadian kemalangan di luar jangkaan

6 SULIT

Page 7: Soalan Rbt3112 Nov 2012 Edit v3

No. Kod : RBT3112 Angka Giliran :

BAHAGIAN B( 40 markah )

Jawab semua soalan.

1. a. Jelaskan tiga elemen utama tingkah laku beserta contoh yang perlu bagi

mewujudkan keadaan selesa dan selamat di dalam bengkel.

i. _________________________________________________________

_________________________________________________________

ii. _________________________________________________________

_________________________________________________________

iii. _________________________________________________________

_________________________________________________________

[6 markah]

b. Beberapa langkah keselamatan boleh diambil bagi mengurangkan risiko

kebakaran di dalam bengkel. Rangkakan langkah-langkah keselamatan

tersebut ketika menggunakan peralatan elektrik ketika di dalam bengkel.

i. _________________________________________________________

_________________________________________________________

ii. _________________________________________________________

_________________________________________________________

iii. _________________________________________________________

_________________________________________________________

iv. _________________________________________________________

_________________________________________________________

[4 markah]

7 SULIT

Page 8: Soalan Rbt3112 Nov 2012 Edit v3

No. Kod : RBT3112 Angka Giliran :

2. a. Terangkan tiga cara mengawal kebisingan mesin atau alatan dapat dilaksanakan.

i. _________________________________________________________

_________________________________________________________

ii. _________________________________________________________

_________________________________________________________

iii. _________________________________________________________

_________________________________________________________

[6 markah]

b. Jelaskan beberapa contoh faedah yang boleh diperolehi hasil daripada amalan keselamatan bengkel sekolah.

i. _________________________________________________________

_________________________________________________________

ii. _________________________________________________________

_________________________________________________________

[4 markah]

8 SULIT

Page 9: Soalan Rbt3112 Nov 2012 Edit v3

No. Kod : RBT3112 Angka Giliran :

3. Pengurusan bengkel yang baik dapat mengurangkan kemalangan di dalam bengkel.

a. Oleh itu, jelaskan dengan contoh bagaimana pengurusan kebersihan (housekeeping) yang baik dapat dirancangkan.

i. _________________________________________________________

_________________________________________________________

ii. _________________________________________________________

_________________________________________________________

iii. _________________________________________________________

_________________________________________________________

iv. _________________________________________________________

_________________________________________________________

[4 markah]

b. Huraikan secara ringkas aspek ruang, pencahayaan dan pengudaraan semasa mereka bentuk sesebuah bengkel.

i. _________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

ii. _________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

iii. _________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

[6 markah]

9 SULIT

Page 10: Soalan Rbt3112 Nov 2012 Edit v3

No. Kod : RBT3112 Angka Giliran :

4. a. Berikan contoh dua sumber kewangan yang digunakan pihak sekolah untuk

membeli keperluan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

Kemahiran Hidup.

i. _________________________________________________________

_________________________________________________________

ii. _________________________________________________________

_________________________________________________________

[2 markah]

b. Perolehan bermaksud mendapatkan sesuatu barangan atau perkhidmatan

dengan mengikuti tatacara yang telah ditetapkan oleh Perbendaharaan.

Bincangkan perbezaan antara perolehan yang boleh dibuat secara sebut

harga dengan perolehan yang boleh dibuat secara tender.

____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_______________________________________________________________

[8 markah]

10 SULIT

Page 11: Soalan Rbt3112 Nov 2012 Edit v3

No. Kod : RBT3112

BAHAGIAN C( 40 markah )

Jawab dua soalan sahaja.

1. Banding bezakan antara tugas guru dengan tugas ‘formen’ berdasarkan carta organisasi bengkel sekolah serta wajarkan lima prinsip organisasi dalam membantu menjadikan pengurusan bengkel yang cekap.

[20 markah]

2. Ilmu dan pengalaman yang diperolehi pelajar di bengkel sekolah sebenarnya sedikit sebanyak dapat membantu mereka di alam pekerjaan. Sehubungan dengan itu huraikan dengan tepat prinsip-prinsip pengurusan dan pengendalian bengkel yang efisien sesuai dengan situasi bengkel di tempat kerja.

[20 markah]

3. Pengurusan berkaitan keselamatan dan kesihatan di bengkel melibatkan pelbagai pihak seperti kerajaan, pemilik premis, pentadbir sekolah dan sebagainya. Jika di peringkat sekolah, guru boleh menyediakan peraturan-peraturan bengkel termasuklah peraturan mengawal pergerakan peralatan dibengkelnya dengan menyediakan buku rekod peminjaman alatan. Manakala di peringkat kerajaan pula telah ditubuhkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan(JKKP) untuk menjaga kepentingan pekerja-pekerja. Oleh itu, anda dikehendaki menunjukkan contoh satu muka surat buku rekod peminjaman alatan beserta lajur-lajurnya yang perlu disediakan oleh guru dan seterusnya ringkaskan enam dasar JKKP yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

[20 markah]

© Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2012

11 SULIT