soalan perkembangan kanak-kanak

Upload: adam-borhan

Post on 09-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 soalan perkembangan kanak-kanak

    1/3

    MUHAMMAD ADAM BIN BORHAN

    910428-08-5483

    PISMP BAHASA MELAYU (B)

    1) Huraikan secara ringkas lima (5) aspek potensi manusia mengikut fitrah kejadian

    manusia.

    a) Perkembangan intelek

    - Intelek merupakan daya upaya atau potensi untuk memahami sesuatu hal

    yang menggambarkan kemampuan seseorang dalam berfikir atau bertindak

    secara abstrak, kesanggupan mental untuk memahami, mengamati,

    menghubungkan suatu kemampuan secara efektif.

    b) Perkembangan emosi

    - Emosi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Ada

    perkara atau benda yang dialami seseorang mendatangkan rasa senang dan

    ada perkara yang tidak menyenangkan. Kadangkala perasaan ini menjadi

    matlamat yang hendak dicapai seseorang. Lazimnya apabila sesuatu

    pengalaman emosi menambahkan keseronokan kepada pengalamannya

    sehari-hari, menjadi penggerak kepada tindakan dan memberikan makna

    kepada bentuk tindakan yang diambilnya. Emosi juga mempengaruhi

    persepsi dan tingkah laku seseorang terhadap alam sekelilingnya dan

    seterusnya menentukan corak penyesuaian yang akan diambil.

    c) Perkembangan jasmani

    - Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan danperkembangan. Perkembangan adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu

    sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata

    perubahan sudah berlaku yang melihatkan sifat berlainan daripada peringkat

    yang terdahulu.

    EDU 3102

    PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EN SAZALI SAIDIN)

  • 8/7/2019 soalan perkembangan kanak-kanak

    2/3

    MUHAMMAD ADAM BIN BORHAN

    910428-08-5483

    PISMP BAHASA MELAYU (B)

    d) Perkembangan sosial

    - Perkembangan sosial merupakan satu proses perkembangan yang

    membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara

    yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Hal ini kerana

    perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan

    kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian

    sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan-peraturan sosial yang

    diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial. Contohnya, mereka mempelajari

    cara pemaparan emosi yang sesuai, dan cara mentafsir tingkah laku dan

    pernyataan emosi orang lain dengan tepat.

    e) Perkembangan rohani

    - Wujud tetapi tidak dapat diperhati secara fizikal dan mendorong manusia

    mencipta serta mencari sistem kepercayaan

    2) Huraikan secara ringkas empat implikasi kejadian manusia dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran.

    a) Pendidikan menyediakan ruang dan peluang bagi memperkembangkan potensi

    individu

    b) Persekitaran pembelajaran yang kondusif

    c) Guru berperanan dalam menyerlah potensi yang terpendam iaitu sifat-sifat yang

    ada dan perlu digilap. Maka guru dan sekolah perlu:-

    - Menyediakan pelbagai aktiviti kognitif untuk menggilap potensi intelek kanak-

    kanak

    EDU 3102

    PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EN SAZALI SAIDIN)

  • 8/7/2019 soalan perkembangan kanak-kanak

    3/3

    MUHAMMAD ADAM BIN BORHAN

    910428-08-5483

    PISMP BAHASA MELAYU (B)

    - Aktiviti ko-kurikulum dapat mengembangkan bakat, sahsiah dan emosi yang

    baik.

    d) Merancang strategi untuk mengembangkan potensi pelajar

    e) Mengenalpasti potensi-potensi yang ada pada pelajar

    f) Memberi motivasi kepada pelajar untuk meneruskan potensi-potensi

    yang ada

    g) pada pelajar

    h) Guru mesti menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan perkembangan

    kanak- kanak

    EDU 3102

    PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EN SAZALI SAIDIN)