soalan esei pengajian a2 (tabdir urus yang baik)

2
Soalan Esei PENGAJIAN AM Tadbir urus yang baik sentiasa mendatangkan pelbagai kelebihan kepada negara dan rakyat. Jelaskan. Kombinasi Jawaban: 2+3 @ 3+2 Isu Soalan: Tadbir Urus Yang Baik Fokus Isu 1 : Kelebihan Kepada Negara Fokus Isu 2: Kelebihan Kepada Rakyat Tadbir urus yang baik dapat meningkatkan keupayaan negara bagi mencapai matlamat negara serta membawa kebaikan kepada semua pihak. Tadbir yang baik mendatangkan kebaikan kepada negara dan rakyat. Negara yang ditadbir urus dengan baik akan meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan. Organisasi kerajaan dapat menyelesaikan pelbagai permasalahan rakyat dengan adalah prosedur dan polisi yang jelas. Pemantapan integriti melahirkan sumber manusia yang cekap dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan secara efisien. Urusan di kaunter-kaunter perkhidmatan kerajaan menjadi sitematik dengan adanya piagam pelanggan dan polisi yang dipatuhi setiap kakitangan kerajaan. Selain itu, tadbir urus yang baik dapat meningkatkan imej negara. Tadbir urus baik dapat meningkatkan keselamatan negara di samping menjaga kedaulatan negara. Kemakmuran dan kesejahteraan ini meningkatkan imej Malaysia di persada dunia. Malaysia turut dijadikan negara contoh oleh negara lain dalam pentadbiran. Sebagai contoh, pelaksanaan Islam Hadhari menjadi contoh kepada negara Islam yang lain. Kecekapan pentadbiran ini menunjukkan Malaysia berupaya menyelesaikan pelbagai pertikaian atau masalah dalaman negara dengan baik. Tadbir urus baik bukan sahaja membawa manfaat kepada kerajaan melahan rakyat juga mendapat faedah daripadanya. Antara kebaikannya ialah kesejahteraan rakyat akan meningkat. Pembangunan negara berjalan lancar kerana negara ditadbir urus dengan baik. Pembangunan ekonomi, politik dan sosial yang baik membolehkan rakyat hidup dalam keadaan harmoni. Perkhidmatan awam yang semakin baik memudahkan rakyat hidup mencapai kemajuan pelbagai bidang. Maka, tadbir urus yang baik dapat meningkatkan kesejahteraan penduduk. Seterusnya, tadbir urus yang baik turut memudahkan urusan orang ramai. Perkhidmatan kerajaan yang cekap memudahkan urusan di kaunter-kaunter jabatan kerajaan. Rakyat tidak perlu menunggu dalam tempoh yang panjang. Perkhidmatan dalam talian juga memudahkan rakyat berurusan dengan pelbagai organisasi. UTC dan RTC turut memberikan kemudahan yang banyak

Upload: augustin-kumbang

Post on 14-Apr-2017

160 views

Category:

Education


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan esei pengajian a2 (tabdir urus yang baik)

Soalan Esei PENGAJIAN AM

Tadbir urus yang baik sentiasa mendatangkan pelbagai kelebihan kepada negara dan rakyat.

Jelaskan.

Kombinasi Jawaban: 2+3 @ 3+2

Isu Soalan: Tadbir Urus Yang Baik

Fokus Isu 1 : Kelebihan Kepada Negara

Fokus Isu 2: Kelebihan Kepada Rakyat

Tadbir urus yang baik dapat meningkatkan keupayaan negara bagi mencapai matlamat

negara serta membawa kebaikan kepada semua pihak. Tadbir yang baik mendatangkan kebaikan

kepada negara dan rakyat.

Negara yang ditadbir urus dengan baik akan meningkatkan kecekapan pentadbiran

kerajaan. Organisasi kerajaan dapat menyelesaikan pelbagai permasalahan rakyat dengan adalah

prosedur dan polisi yang jelas. Pemantapan integriti melahirkan sumber manusia yang cekap

dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan secara efisien. Urusan di kaunter-kaunter

perkhidmatan kerajaan menjadi sitematik dengan adanya piagam pelanggan dan polisi yang

dipatuhi setiap kakitangan kerajaan.

Selain itu, tadbir urus yang baik dapat meningkatkan imej negara. Tadbir urus baik dapat

meningkatkan keselamatan negara di samping menjaga kedaulatan negara. Kemakmuran dan

kesejahteraan ini meningkatkan imej Malaysia di persada dunia. Malaysia turut dijadikan negara

contoh oleh negara lain dalam pentadbiran. Sebagai contoh, pelaksanaan Islam Hadhari menjadi

contoh kepada negara Islam yang lain. Kecekapan pentadbiran ini menunjukkan Malaysia

berupaya menyelesaikan pelbagai pertikaian atau masalah dalaman negara dengan baik.

Tadbir urus baik bukan sahaja membawa manfaat kepada kerajaan melahan rakyat juga

mendapat faedah daripadanya. Antara kebaikannya ialah kesejahteraan rakyat akan meningkat.

Pembangunan negara berjalan lancar kerana negara ditadbir urus dengan baik. Pembangunan

ekonomi, politik dan sosial yang baik membolehkan rakyat hidup dalam keadaan harmoni.

Perkhidmatan awam yang semakin baik memudahkan rakyat hidup mencapai kemajuan pelbagai

bidang. Maka, tadbir urus yang baik dapat meningkatkan kesejahteraan penduduk.

Seterusnya, tadbir urus yang baik turut memudahkan urusan orang ramai. Perkhidmatan

kerajaan yang cekap memudahkan urusan di kaunter-kaunter jabatan kerajaan. Rakyat tidak perlu

menunggu dalam tempoh yang panjang. Perkhidmatan dalam talian juga memudahkan rakyat

berurusan dengan pelbagai organisasi. UTC dan RTC turut memberikan kemudahan yang banyak

Page 2: Soalan esei pengajian a2 (tabdir urus yang baik)

kepada penduduk Malaysia. Selain itu, rakyat dapat melakukan pelbagai urusan walaupun

sepelas waktu pejabat.

Tadbir urus yang baik dapat menggalakkan budaya dan nilai yang baik dalam kalangan

rakyat. Hal ini demikian kerana tadbir urus baik dapat mengurangkan amalan rasuah dalam

kalangan masyarakat. Setiap rakyat mendapat peluang yang sama dalam pengagihan ekonomi

dan dilayan sama rata menurut perlembagaan. Hal ini mengelakkan pergaduhan antara kaum di

samping mengurangkan tunjuk perasaan ataupun mogok. Tadbir urus yang mementingkan

integriti dan akauntabiliti akan mendidik masyarakat supaya mengamalkan sikap yang positif.

Kesimpulannya, tadbir urus yang baik dapat memudahkan urusan pelbagai pihak di

samping dapat mengurangkan masalah ekonomi, politik dan sosial.