t2 a2 motivasi pelajar

12
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI 2014 HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN NO. MATRIKULASI : 671121075074001 NO.KAD PENGENALAN : 671121075074 NO.TELEFON : 013-4832630 EMAIL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : SEAMOE RECSAM LEARNING CENTRE JALAN SULTAN AZLAN SHAH 11700 GELUGOR

Upload: syahmi-fauzee

Post on 18-Jul-2015

1.312 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: T2 a2 motivasi pelajar

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2014

HBEF 2803

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

NO. MATRIKULASI : 671121075074001

NO.KAD PENGENALAN : 671121075074

NO.TELEFON : 013-4832630

EMAIL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : SEAMOE RECSAM LEARNING CENTRE

JALAN SULTAN AZLAN SHAH

11700 GELUGOR

Page 2: T2 a2 motivasi pelajar

HBEF 2803

Perkembangan Profesionalisme Keguruan

Suzaini Abdullah 671121-07-5074

2

Isi kandungan

1.0 Pengenalan............................................................................................................................. 3

2.0 Faedah yang diperolehi ........................................................................................................... 4

2.1 Meningkatkan ilmu.............................................................................................................. 4

2.2 Tingkatkan pendapatan ....................................................................................................... 5

2.3 Tingkatkan nilai ................................................................................................................... 5

2.3 Meningkatkan Tahap Profesionalime .................................................................................... 6

3.0 Sumbangan guru kepada Kementerian Pendidikan Malaysia...................................................... 7

3.1 Tingkatkan nilai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang komprehensif ...................... 7

3.2 Kepelbagaian Kaedah Mengajar ........................................................................................... 8

3.3 Keceriaan, Interaksi dan Penglibatan Murid .......................................................................... 8

3.4 Motivasi, Minat dan Mencungkil Sikap Ingin Tahu ................................................................. 9

3.5 Kejelasan penyampaian dan penghuraian isi pelajaran .......................................................... 9

3.6 Pengurusan Bilik Darjah ..................................................................................................... 10

4 Kesimpulan.............................................................................................................................. 10

Rujukan...................................................................................................................................... 11

Page 3: T2 a2 motivasi pelajar

HBEF 2803

Perkembangan Profesionalisme Keguruan

Suzaini Abdullah 671121-07-5074

3

1.0 Pengenalan Pendidikan adalah penting dalam kehidupan manusia untuk mencapai matlamat dan hasrat

utama negara. Pendidikan dapat menyatupadukan masyarakat dan berupaya melahirkan

rakyat yang mampu bersaing dengan perkembangan sains dan teknologi masa kini.

Pendidikan merupakan suatu usaha yang berterusan pada setiap individu. Menurut Timbalan

Ketua Pengarah Pendidikan Jabatan Sekolah, Datuk Khairudin Asha’ari (Berita Harian 5 Jun

1998), menyatakan guru bukan siswazah bagi mata pelajaran Sains dan Teknologi serta

Bahasa Inggeris di sekolah menengah berpeluang melanjutkan pelajaran diperingkat Ijazah

pertama apabila Kementerian Pendidikan melaksanakan program pensiswazahan. Langkah

itu adalah antara program yang dirancang oleh Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan

mutu dan kelayakan guru bukan siswazah bagi mata pelajaran terbabit. Kaedah ini juga akan

membolehkan Kementerian Pendidikan memilih guru yang layak untuk diberi peluang

melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah pertama. Menurut Azhar (1996) antara program

tersebut termasuklah kursus dalam perkhidmatan, lawatan sambil belajar, kursus ke luar

negara dan program berkembar antara maktab dan universiti. Menurut Mohamad Najib

Ghafar (1999), pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk

menambahkan lagi pengetahuan semulajadi yang ada padanya supaya dapat hidup dengan

lebih berguna dan lebih selamat lagi. Ee Ah Meng (1997) menyatakan setiap orang tahu

bahawa pendidikan awalan atau permulaan yang sedia ada di dalam diri tidak mencukupi

untuk meningkatkan kelayakan mereka.

Sememangnya guru-guru perlu bersedia untuk melanjutkan pelajaran supaya tidak

ketinggalan di dalam ilmu pendidikan untuk disampaikan kepada pelajar. Ini disebabkan oleh

inovasi di dalam pengetahuan, teknik, kemahiran dan idea sering berkembang begitu cepat

sejajar dengan perkembangan mengikut perubahan semasa. Guru perlu berubah, membaiki

kelemahan diri dengan menjadi orang yang berilmu dan menyampaikan ilmu-ilmu yang

terbaru. Menurut Abdullah dan Ainon (1998), secara umumnya guru-guru kekurangan dalam

dua hal iaitu kesabaran dan persediaan psikologi dalam menghadapi situasi kelas harian.

Kebanyakan kumpulan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran kerana mereka dahagakan

ilmu pengetahuan untuk kepentingan diri sendiri. Mereka sangat cinta dan sayangkan ilmu

pengetahuan. Kaum guru adalah merupakan satu model yang paling berpengaruh untuk

dicontohi oleh pelajarnya. Pelajar tentunya lebih bersemangat untuk belajar apabila melihat

gurunya sendiri terus menuntut ilmu walaupun telah mempunyai keluarga ataupun yang telah

Page 4: T2 a2 motivasi pelajar

HBEF 2803

Perkembangan Profesionalisme Keguruan

Suzaini Abdullah 671121-07-5074

4

mempunyai pendapatan yang tetap. Kaum guru juga harus sedar bahawa peningkatan

akademik yang diperolehi akan meletakkan diri mereka ke tempat yang lebih baik dari yang

dahulunya. Profesionalisme juga menuntut kaum guru supaya berkembang, meningkatkan

kebolehan dan kemahiran diri, menjadi lebih berpengetahuan, lebih mahir dan lebih

berketrampilan mengikut perkembangan ilmu (Rahimah Ahmad, 1992). Biarpun pengetahuan

kemahiran profesional yang tinggi merupakan ciri yang penting namun jika tidak didukungi

dengan semangat keguruan yang tinggi hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan

Negara sukar dihayati dan dipenuhi sepenuhnya.

2.0 Faedah yang diperolehi

2.1 Meningkatkan ilmu

Selaras dengan ciri-ciri negara maju pihak kerajaan telah membuka mata dunia bahawa

profesion perguruan merupakan salah satu profesion yang dapat menjana pendapatan yang

tinggi. Seramai 420,000 orang guru berpendapatan tinggi selaras dengan negara maju.

Rangka laluan kerjaya untuk guru bagi menikmati kenaikan pangkat amat cepat berbanding

pada masa dahulu. Pangkat yang terakhir bagi profesion perguruan sama taraf dengan

profesor madya tanpa membuat perbentangan kertas kerja atau tesis dan juga jurnal. Dengan

inisiatif kerajaan yang dirangkakan melalui kesatuan guru telah memperjuangkan nasib guru-

guru maka hasilnya telah dirangka dan dilaksanakan. Melalui program pensiswazahan guru,

guru-guru tidak perlu risau tentang penempatan selepas bergelar graduan kerana data setiap

guru sudah dikemaskinikan. Guru-guru akan tetap mengajar di sekolah yang sama walaupun

gred jawatannya sudah berubah.

Dalam menuju era Wawasan 2020 agar membentuk negara maju dalam segenap bidang

khususnya dalam memperkasakan mutu pendidikan bertaraf dunia, kerajaan sedang

menambah bilangan guru-guru siswazah dan mengurangkan guru-guru bukan siswazah agar

hasrat kerajaan dalam menaikkan taraf mutu pendidikan negara tercapai. Usaha guru-guru

bukan siswazah ini melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi adalah selaras

dengan kehendak kerajaan memartabatkan sistem pendidikan ke taraf dunia. Guru-guru ini

sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran serta kemajuan diri ke tahap yang lebih

baik. Ini kerana prestasi guru sentiasa mempengaruhi kualiti perkhidmatan pendidikan di

sesebuah negara. Kerajaan telah membuka peluang seluas-luasnya kepada guru-guru bukan

Page 5: T2 a2 motivasi pelajar

HBEF 2803

Perkembangan Profesionalisme Keguruan

Suzaini Abdullah 671121-07-5074

5

siswazah menyambung ijazah di universiti-universiti dalam program-program dan latihan

yang diiktiraf oleh kerajaan. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengatur berbagai

program untuk peningkatan ilmu di kalangan para pendidik. Namun begitu masih lagi ramai

para pendidik yang tidak turut serta dalam program yang dianjurkan.

2.2 Tingkatkan pendapatan Guru lepasan ijazah dapat meningkatkan pendapatan dengan memberi perkhidmatan yang

terbaik selaras dengan kehendak kerajaan untuk menghasilkan modal insan yang dapat

memberikan perkhidmatan terbaik standing tuntutan dan cabaran semasa. Peluang untuk

menjadi guru cemerlang atau guru pakar amat terbuka luas kepada guru lepasan ijazah.

Dengan usaha yang gigih, segala impian akan terlaksana. Laluan kerjaya sebagai seorang

guru sangat menarik di mana kerjaya guru berada di tempat yang kedua dalam perkhidmatan

profesion. Guru-guru boleh melalui laluan luar biasa dengan menghasilkan kreativiti dalam

pengajaran dan pembelajaran. Melalui pengajaran dan pembelajaran yang luar biasa guru-

guru dapat mengumpul markah yang tinggi untuk sampai ke peringkat master.

2.3 Tingkatkan nilai Program ini merupakan usaha kerajaan menyokong pembelajaran berterusan di kalangan

penjawat awam untuk menghasilkan modal insan yang dapat memberikan perkhidmatan

terbaik setanding tuntutan dan cabaran semasa. Sebenarnya tanggungjawab mendidik anak

bangsa bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Bila kita menandatangani perjanjian sebagai

seorang pendidik, jatuh bangun sesuatu bangsa terletak di atas bahu kita. Guru-guru harus

bersyukur dengan program yang dilaksanakan oleh kementerian. Guru-guru mendapat tajaan

sepenuhnya selama empat tahun dan mereka akan dipantau oleh kementerian. Hari ini kita

harus berbangga dengan profesion ini kerana pada zaman dahulu kerjaya sebagai seorang

guru dianggap salah satu pekerjaan yang paling rendah. Guru-guru perlu bersyukur kerana

sudah menjadi guru terlatih dan pada masa ini profesion perguruan sudah dinaik taraf ke

peringkat yang lebih tinggi. Pelajar-pelajar lepasan sekolah yang mendapat keputusan yang

cemerlang pada masa sekarang sukar untuk memasuki ke institusi perguruan.

Terlalu ramai yang memohon melalui talian untuk memasuki ke institusi perguruan

sedangkan hanya segelintir sahaja pelajar yang layak akan dipilih memandangkan

kekosongan tempat terlalu terhad. Pada awal tahun 60an, guru dianggap insan yang terpilih

yang didatangkan untuk membawa ilmu dan kemajuan kepada masyarakat setempat.

Page 6: T2 a2 motivasi pelajar

HBEF 2803

Perkembangan Profesionalisme Keguruan

Suzaini Abdullah 671121-07-5074

6

Sumbangan guru sangat besar dan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Pada

masa ini, kaum guru bukan sahaja memberikan ilmu kepada masyarakat malah menjadi

panduan dan rujukan. Kaum guru mengajar masyarakat Melayu berorganisasi dalam bidang

sosial dan arena politik. Guru-guru sekolah Melayu juga meniup, menanam dan

menyemarakkan semangat nasionalisme. Melalui tulisan yang banyak diterbitkan dalam

majalah-majalah yang terhad bilangannya, suara guru dibaca sehingga menimbulkan

kesedaran tentang untung nasib dan ‘survival’ bangsanya yang ketinggalan dalam bidang

ekonomi dan politik, tentang kesedaran pentingnya pendidikan tinggi sebagai satu jaminan

masa depan yang lebih cerah.

Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama, iaitu untuk

mengajar, mendidik dan merubah manusia yang bernama pelajar dari keadaan yang tidak

mengenal huruf, tidak tahu mengira dan tidak boleh membaca kepada celik huruf, bijak

mengira dan menjadi manusia yang berjaya.(Shuib & Johari, 2001) Tetapi persoalannya

kenapakah pandangan masyarakat terhadap guru dan profesionnya telah berubah. Dulu

masyarakat memandang mulia kepada guru, sekarang profesion keguruan seakan terpinggir

dan sudah berada dalam kategori terakhir pemilihan kerja. Adakalanya juga seringkali para

guru menjadi sasaran jika berlaku kepincangan dalam masyarakat.

2.3 Meningkatkan Tahap Profesionalime Wan Zahid (1996) menyarankan bahawa untuk membentuk persekitaran kerja yang baik,

guru perlulah meningkatkan pengetahuan dan memperbaiki kemahiran mereka. Dengan

kepakaran dan kelayakan yang tinggi guru-guru akan dilihat sebagai lebih berkemampuan

dalam memberi sumbangan terhadap pembentukan persekitaran yang sesuai dan kondusif.

Bidang pendidikan kini sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman. Banyak dasar yang

dibuat dahulu ada yang tidak sesuai lagi pada alaf ini. Oleh yang demikian dasar pendidikan

juga berubah walaupun matlamat utama tidak berubah iaitu berdasarkan kepada Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Dengan perubahan tersebut, Kementerian Pendiidikan Malaysia

sentiasa berusaha memastikan mutu pendidikan akan terus dikawal dan sentiasa berada pada

paras yang maksimum telah menjalankan beberapa program khas untuk memastikan ianya

terus berkembang.

Page 7: T2 a2 motivasi pelajar

HBEF 2803

Perkembangan Profesionalisme Keguruan

Suzaini Abdullah 671121-07-5074

7

3.0 Sumbangan guru kepada Kementerian Pendidikan Malaysia Sepanjang perjalanan kita melalui liku zaman transformasi, bukan sedikit cabaran yang

bakal kita hadapi. Bagi para guru, cabaran paling getir adalah bagaimana untuk melonjakkan

kualiti dan ekuiti pendidikan dalam tempoh yang terdekat. Tujuannya ialah, pertama, supaya

sistem pendidikan negara kita mampu melahirkan insan yang berupaya memacu kemajuan

pesat negara dan mengisi keperluan sebuah masyarakat maju. Dan kedua, supaya setiap

murid di negara kita, tanpa mengira kaum, agama, wilayah dan status sosial berpeluang untuk

mengecap nikmat pendidikan yang berkualiti secara adil dan saksama. Lantaran itu, kerajaan

memberikan tumpuan utama kepada usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara secara

menyeluruh. Ini kerana kita tahu bahawa menyediakan pendidikan yang berkualiti untuk

rakyat adalah satu-satunya wadah bagi melahirkan modal insan yang berpengetahuan,

berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif dan berdaya saing. Modal insan inilah yang akan

memacu kemajuan negara kita ke tahap yang lebih tinggi. Di pundak merekalah letaknya

harapan kita untuk melihat kemajuan dan pembangunan negara dijana dengan lebih pesat dan

mapan, demi kesejahteraan dan kemakmuran masa depan kita bersama.

3.1 Tingkatkan nilai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang

komprehensif

Seorang guru harus menepati masa sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru

tidak harus menunggu loceng berbunyi untuk bergerak ke kelas yang akan diajar. Seharusnya

guru perlu bergerak ke kelas 5 minit sebelum loceng berbunyi. Pada masa dulu, guru

menunggu loceng berbunyi untuk bergerak ke kelas. Ini mengambil masa pengajaran dan

pembelajaran sekurang-kurangnya 10 minit. Ini akan merugikan pelajar kerana mereka akan

kehilangan masa yang sangat berharga. Guru juga perlu mempunyai inisiatif untuk mengajar

dan jangan hanya mengharapkan pangkat atau gred yang akan diperolehi.

Seseorang guru efektif semestinya mempunyai kecekapan yang mendalam dalam bidang

atau subjek yang diajar. Guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman

yang komprehensif terhadap bidangnya. Guru seharusnya sentiasa meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran dalam subjek diajar agar sentiasa kemaskini, menarik, bertenaga

dan inspirasional. Ada kalanya murid bertanya perkara melebihi sukatan pelajaran atau

kurikulum yang tertera dalam buku teks. Sekiranya guru berkebolehan menjawab dengan

tepat bersama fakta dan bukti kukuh, pasti akan menimbulkan minat, keyakinan dan

kecenderungan murid untuk mengikuti lanjutan pelajaran tersebut. Lebih menarik dan efektif

Page 8: T2 a2 motivasi pelajar

HBEF 2803

Perkembangan Profesionalisme Keguruan

Suzaini Abdullah 671121-07-5074

8

sekiranya guru dapat menghidupkan ilmu berkenaan dan mengaitkan dalam kehidupan murid.

Murid akan melihat dan menilai ilmu yang dipelajari adalah berguna untuk dirinya pada masa

ini dan akan datang. Demikian sebaliknya, jika guru gagal untuk menjawab pertanyaan murid

atau sentiasa menangguhkan jawapan, menyebabkan murid kurang berkeyakinan kepada guru

tersebut dan hilang minat. Lebih-lebih lagi jika guru sentiasa menghalang murid-murid

daripada bertanya.

3.2 Kepelbagaian Kaedah Mengajar Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru

menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang

akan dicapai oleh murid. Guru perlu employ a wide variety of methods untuk menyampaikan

kandungan pelajaran berbentuk teori dan amali. Guru perlu sentiasa mengubahsuai strategi

mengikut jangkaan keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah. Guru yang berhasrat untuk

menjadikan pengajarannya efektif, seharusnya membuat kajian atau penyelidikan mengenai

kaedah yang paling sesuai untuk sesuatu isi pelajaran, topik atau kemahiran. Kajian saintifik

perlu dibuat untuk menilai kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan. Guru perlu

berkemahiran dalam membuat kajian tindakan atau pemerhatian saintifik.

3.3 Keceriaan, Interaksi dan Penglibatan Murid Guru efektif sentiasa berfikir dan merancang aktiviti penglibatan murid-murid dalam

pengajaran. Kemahiran berkomunikasi dan interaksi kependidikan pelbagai hala guru-murid,

murid-murid, dan murid-guru menjadi teras keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Murid akan merasa pendapat dan kehadirannya diperlukan serta dihargai. Murid-murid perlu

mengenali di antara satu sama lain, saling berinteraksi dan menggunakan panggilan baik-baik

serta digemari. Semasa menyampaikan pengajaran guru seharusnya mempunyai pemikiran

positif dan bersangka-suka terhadap murid agar ilmu yang disampaikan diterima dengan hati

terbuka, ikhlas, telus, tulus, berminda ceria dan humur. Memandang terus dan telus terhadap

individu murid dan melihatnya dengan penuh empati. Situasi sedemikian akan dapat

menimbulkan interaksi positif dan konstruktif yang menghasilkan keberkatan ilmu yang

disampaikan demi manfaat jangka pendek dan jangka panjang murid dan guru. Masyarakat

dan negara akan memperolehi manfaat seterusnya.

Page 9: T2 a2 motivasi pelajar

HBEF 2803

Perkembangan Profesionalisme Keguruan

Suzaini Abdullah 671121-07-5074

9

3.4 Motivasi, Minat dan Mencungkil Sikap Ingin Tahu Murid-murid boleh digalakkan untuk mengemukakan soalan, pendapat dan menunjukcara

perlakuan. Penglibatan murid-murid secara aktif akan menimbulkan minat yang tinggi dan

berazam untuk terus berada dalam pembelajaran. Guru perlu mencari faktor-faktor yang

boleh menimbulkan minat dalam pengajaran. Ada kalanya faktor ini berbeza-beza di antara

satu kumpulan atau kelas murid. Apabila guru berjaya mencetuskan minat murid-murid,

mereka bukan saja akan terlibat secara aktif, bahkan sentiasa menunggu-nunggu kedatangan

guru berkenaan. Ramai penyelidik psikologi mendapati bahawa minat atau kecenderungan

merupakan faktor utama penglibatan serius murid dalam sesuatu pembelajaran. Diandaikan

semut yang naik ke puncak Gunung Kinabalu kerana minat dan dorongan terdapatnya gula

atau manisan di Puncak Low.

3.5 Kejelasan penyampaian dan penghuraian isi pelajaran Ramai penonton terpesona dengan persembahan dan jalan cerita yang menarik serta

mudah difahami. Mereka sanggup menunggu beberapa jam sehingga cerita tamat walaupun

bahasa yang dituturkan tidak difahami sepenuhnya. Justeru, penyampaian guru yang jelas dan

mudah difahami oleh murid akan menjadikan mereka lebih beminat dan mengikuti

pembelajaran sehingga tamat. Kepelbagaian dalam gaya penyampaian dan bahasa yang

mudah difahami serta formula yang tahu aplikasi akan menjadikan pembelajaran murid

bertambah komited dan efektif. Guru seharusnya mengetahui taraf kebolehan bahasa murid,

pencapaian pengetahuan, dan kefahaman aplikasi sesuatu teori atau formula. Imam Al-

Ghazali mengingatkan agar guru menggunakan bahasa yang mudah, penerangan yang jelas,

dan perbincangan isi pelajaran yang di dalam pengetahuan dan kemahiran murid yang diajar.

Guru perlu mengelakkan daripada menggunakan bahasa dan penerangan yang berliku-liku,

berbelit-belit, perkataan sukar, dan bombastik. Ini bererti penyampaian berbeza di antara

murid sekolah rendah dengan sekolah menengah, murid pintar dengan sederhana, dan murid

normal dengan pendidikan khas. Kepelbagaian gaya bahasa dan penerangan yang jelas akan

memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru

seterusnya dapat meningkatkan prestasi pembelajaran. Sebagai kesediaan awal murid-murid

perlu dicerna dan mahirkan kefahaman mereka dalam aspek bahasa seperti yang ditunjangkan

dalam objektif KBSR.

Page 10: T2 a2 motivasi pelajar

HBEF 2803

Perkembangan Profesionalisme Keguruan

Suzaini Abdullah 671121-07-5074

10

3.6 Pengurusan Bilik Darjah Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amat berkait rapat dengan pengurusan bilik

darjah yang berdisiplin, susunan meja dan kerusi yang bersuasana belajar, persekitaran

harmoni keilmuan, dan keceriaan wajah ilmuan. Lantaran sedemikian akan membolehkan

guru melaksanakan perancangan pengajaran dengan berkesan dan pencapaian pembelajaran

maksimum. Bilik darjah merupakan medan peranan, tanggung jawab dan amanah seseorang

guru dalam melaksanakan akauntabiliti profesionnya. Seseorang guru dikategorikan sebagai

efektif apabila pengajaran yang disampaikan mendatangkan kesan positif di kalangan pelajar.

Tahap efektif guru lazimnya dikaitkan dengan tahap pencapaian pelajar sama ada dalam

perolehan pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan apresiasi. Semua ini menjadi key

performance index terhadap keterampilan guru dan guru efektif. Guru berkebolehan

menjangkau perlakuan yang akan berlaku semasa pengajaran, berjenaka deduktif, dan

menggunakan kehadirannya dalam bilik darjah dengan terbaik dan sepenuh kebaikan. Aspek

ini ditekankan oleh Levin dan Lockheed (1991) dalam sintesisnya mengenai “Effective

Schools in Developing and Underdeveloped Countries” mengatakan faktor terpenting yang

memberi input positif kepada pencapaian pelajar di negara maju ialah ‘proses pembelajaran’

di bilik darjah.

4 Kesimpulan Profesion keguruan adalah merupakan satu profesion yang sangat mulia. Jasa dan

sumbangan yang diberikan oleh warga pendidik untuk melahirkan masyarakat yang berilmu,

beriman dan mengamalkan nilai-nilai yang baik tidak harus dipandang rendah oleh

masyarakat. Pemilihan profesion ini sebagai bidang terakhir untuk diceburi adalah satu

tanggapan yang salah. Masyarakat harus sedar cabaran dan bebanan tugas yang dihadapi oleh

golongan guru sebelum mengambil jalan mudah dengan memandang rendah golongan ini.

Usaha Kementerian Pendidikan untuk memartabatkan profesion ini perlu dipandang tinggi.

Tanpa guru siapalah kita hari ini. Harapan Kementerian Pendidikan Malaysia agar guru-guru

lepasan ijazah dapat membangunkan pendidikan negara dan tidak akan ketinggalan serta

dapat bersaing dengan negara-negara maju di dunia. Kita juga berharap anak-anak didik kita

dapat menjadi wakil yang berkaliber standing dengan negara luar di mana mereka berani

memberi pendapat kerana berilmu dan mempunyai kewangan yang kukuh. Akhir kata hasrat

Page 11: T2 a2 motivasi pelajar

HBEF 2803

Perkembangan Profesionalisme Keguruan

Suzaini Abdullah 671121-07-5074

11

kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berwibawa akan tercapai di mana berjaya

meningkatkan ilmu dan pendapatan negara di peringkat antarabangsa.

Rujukan Abu Zahari Abu Bakar (1998). “Mamahami Psikologi Pembelajaran”. Petaling Jaya : Fajar

Bakti Sdn. Bhd.

Amir Awang (1986). “Teori-teori pembelajaran.” Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Bakhtiar Mansor (1993), “Perguruan : Satu Perspektif Perkembangan Kerjaya” dalam Jurnal

Pengurusan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

Crow & Crow(1981). “Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan”. Kuala Lumpur. Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Ee Ah Meng (1997). “ Psikologi Pendidikan 1: Psikologi Perkembangan”. Shah Alam :

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Habibah Elias dan Rahil Hj. Mahyuddin (1990). “Psikologi Pembelajaran.” Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Baru, (1989), Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Kamus Dewan. (1990).Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Koh, Boh Bon(1975). Sikap Ibubapa Terhadap Pencapaian Rendah Murid – murid Satu

Budaya”. Jurnal Pendidikan ,Jilid 5, 77-79. Lee Shok Mee (1991). “Asas Pendidikan

Psikologi dalam Bilik Darjah” Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Mohd Majid Konting (1994). “ Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

Mohd Najib Abdul Ghafar (1997). “Pembinaan dan Analisis Data: Ujian Bilik Darjah”.

Skudai: Universiti Teknologi Malaysia

Shuib Dirwan & Johari Seman (2001), “Profesyen Keguruan Di Malaysia, Sejauh Manakah

Martabatnya Kini?”, dalam Bestari Koleksi Guru Johor, JPN Johor, hlm 40 – 48.

Page 12: T2 a2 motivasi pelajar

HBEF 2803

Perkembangan Profesionalisme Keguruan

Suzaini Abdullah 671121-07-5074

12

Wan Mohd Zahid Noordin, bekas KPM, Sedutan Ucapan Sempena Majlsi Perasmian

Seminar Pendidikan anjuran JPN JOhor di UTM pada 23 Mac 1998.

Yazid Abdul Manap (2001), “Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab

Bersama”, dalam Bestari Koleksi Guru Johor, JPN Johor, hlm 15 – 33.