bahan soalan 1

28
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengubah satu dasar pendidikan untuk penambahbaikan sistem pendidikan Malaysia dengan memperkenalkan dasar “Pendemokrasian Pendidikan” yang berteraskan kepada perkataan demokrasi yang membawa kepada maksud yang doktrin iaitu asas penentuan bukan sahaja pembentukan kerajaan tetapi juga sebagai rangka budaya pentadbiran sesebuah negara. Konsep demokrasi merupakan asas dan premis kepada pendemokrasian pendidikan. Pendefinisian konteks pendidikan dalam prospektif negara Malaysia berteraskan kepada konsep yang telah diungkapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK): Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara” (Akta pendidikan, 1996) Bedasarkan kepada definisi diatas, pendemokrasian dapatlah dikonotasikan sebagai prinsip-prinsip dan hak-hak sosial masyarakat manakalam pendidikan pula ialah proses untuk mendidik dan memberi didikan untuk menyemai sifat kemanusiaan disertai nilai-nilai murni dalam diri setiap individu khasnya modal insan negara. Tuntasnya, pendemokrasian pendidikan dapat ditakrifkan sebagai persamaan hak yang sama rata terhadap proses dalam pemerolehan, pengajaran dan pemelajaran pendidikan yang disediakan oleh sesuatu sistem pendidikan di sesebuah negara. Konsep Pendemokrasian Pendidikan Tunggak utama dalam konotasi pendemokrasian pendidikan ialah persamaah hak yang sama rata bagi setiap individu dalam proses pendidikan atau dengan bahasa yang lebih mudah proses pendidikan untuk semua. Dalam mencapai misi kudsi merangka pendidikan yang dapat menjamin kepada pembentukan modal insan yang mampu menggalas tanggungjawab mencapai negara maju tahun 2020, konsep pendemokrasian pendidikan ini perlulah diperlihat dari skop yang lebih luas dengan memperincikan dari segenap apsek.

Upload: nadya-yunus

Post on 30-Nov-2015

44 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

soalan 1

TRANSCRIPT

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengubah satu dasar pendidikan untuk penambahbaikan sistem pendidikan Malaysia dengan memperkenalkan dasar “Pendemokrasian Pendidikan” yang berteraskan kepada perkataan demokrasi yang membawa kepada maksud yang doktrin iaitu asas penentuan bukan sahaja pembentukan kerajaan tetapi juga sebagai rangka budaya pentadbiran sesebuah negara. Konsep demokrasi merupakan asas dan premis kepada pendemokrasian pendidikan.

Pendefinisian konteks pendidikan dalam prospektif negara Malaysia berteraskan kepada konsep yang telah diungkapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK):             “Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”

(Akta pendidikan, 1996)  Bedasarkan kepada definisi diatas, pendemokrasian dapatlah dikonotasikan

sebagai prinsip-prinsip dan hak-hak sosial masyarakat manakalam pendidikan pula ialah proses untuk mendidik dan memberi didikan untuk menyemai sifat kemanusiaan disertai nilai-nilai murni dalam diri setiap individu khasnya modal insan negara. Tuntasnya, pendemokrasian pendidikan dapat ditakrifkan sebagai persamaan hak yang sama rata terhadap proses dalam pemerolehan, pengajaran dan pemelajaran pendidikan yang disediakan oleh sesuatu sistem pendidikan di sesebuah negara.

Konsep Pendemokrasian PendidikanTunggak utama dalam konotasi pendemokrasian pendidikan ialah persamaah

hak yang sama rata bagi setiap individu dalam proses pendidikan atau dengan bahasa yang lebih mudah proses pendidikan untuk semua. Dalam mencapai misi kudsi merangka pendidikan yang dapat menjamin kepada pembentukan modal insan yang mampu menggalas tanggungjawab mencapai negara maju tahun 2020, konsep pendemokrasian pendidikan ini perlulah diperlihat dari skop yang lebih luas dengan memperincikan dari segenap apsek.

Pertamanya, pendemokrasian pendidikan bukannya hanya menjurus kepada pendemokrasian sahaja tetapi persamaan hak serta keterbukaan peluang yang sama rata dalam mendapatan pendidikan yang bermutu. Maksdunya, setiap individu di negara Malaysia berhak mengikuti proses dalam mendapatkan pendidikan yang bermutu serta berkualiti. Intiharnya, pendemokrasian pendidikan ini berkait rapat

dengan peluang serta mutu keseluruhan proses pendidikan dan melibatkan seantero masyrakat.

Keduanya, pendemokrasian pendidikan bukanya berasaskan kepada persamaan hak dan peluang untuk mendapatkan pendidikan sahaja sebaliknya, peluang dan hak yang sama kepada setiap individu untuk mmperolehi pendidikan yang berkualiti. Dengan erti lain, sebarang diskriminasi atau perbezaan tidak boleh diwujudkan terhadap mana-mana peringkat masyarakat dari aspek peluang dan mutu dalam perlaksanaan sistem pendidikan di negara. Penggilapan bakat serta potensi yang terdapat pada setiap individu haruslah di lakukan secara total berterusan untuk mengelakkan keciciran. Menurut Nor Aziah Binti Alias dan Azni Zain binti Ahmed (1995), pendidikan seharusnya merangkumi dan terbuka kepda segenap lapisan masyarakat, bukan sahaja dari aspek geografi, bahkan dari segi golongan jenis  dan sektor ekonomi.

Justeru itu, sistem pendidikan di Malaysia perlulah memastikan tiada mana-mana golongan di negara ini yang tercicir daripada proses untuk mempperolehi pendidikan yang bermutu sekiranya tidak mahu terdapat kepincangan untuk mencapai taraf negara maju pada tahun 2020. Jadi dapat disimpulkan bahawa, pendemokrasian pendidikan dapat dikonotasikan dalam erti kata yang lebih ringkas dan mudah. Ialah keupayaan dan kemampuan sistem pendidikan negara dalam menyediakan peluang untuk mendapatkan pendidikan yang bukan sahaja luas tetapi juga adil dan saksama serta bermutu untuk semua lapisan masyarakat.

Kepentingan Pendemokrasian PendidikanPeranan dasar pendemokrasian pendidikan sebagai wahana dalam

merapatkan  pendidikan sekarang terdapat satu jurang yang besar antara sekolah luar bandar dan sekolah bandar baik dari aspek pretasi, kemudahan peralatan pembelajaran, infrastruktur dan bilangan tenaga pengajar. Faktor geografi yang di pendalaman sering menjadi faktor pelajar luar bandar sering di nak tirikan dan selalu menghadapi masalah kekangan dalam pemberolehan maklumat. Guru dan sekolah dijadikan satu-satunya sumber untuk pelajar luar bandarmendapatkan maklumat sehingga melahirkan pelajar yang ibarat katak bawah tempurung kerana tidak mampu berfikir secara luas dan inovatif seiring dengan isu semasa. Dasar pendemokrasian pendidikan ini ibarat penawar dalam mecungkil dan menggilap pelajar yang jauh di luar bandar. Kelengkapan penyediaan infrastrukur dan kemudahan pembelajaran serta tenaga pengajar mahir yang mencukupi  akan melahirkan pelajar yang mampu mencerna otak untuk berfikir secara induksif dan komprensif. Sekiranya penyediaan kemudahan pembelajaran dari segala aspek disamakan secara rata dan total masalah jurang prerasi pendidikan luar bandar dan bandar dapat diatasi serta ketaksamaan oleh setiap pelajar dalam menikmati pendidikan akan dapat dikecapi. Justeru itu, pendemokrasian pendidikan dapat dijadikan saluran yang merapatkan jurang pendidikan yang dihadapi negara dasawarsa ini memandangkan potensi setiap individu harusalh dikembang dan

dicungkil hingga ke akar umbi kerana siapa yang tahu dalam timbunan kaca terdapat belian yang beharga?

Kepentingan dasar pendemokrasian pendidikan sebagai asas dalam membasmi pengwujudan kelas sosial di sekolah. Di dalam satu ruang bilik darjah, bolah menempatkan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kelas sosial yang berbeza. Kelas sosial pelajar selalunya dikaitkan dengan latar belakang status ekonomi keluarga pelajar tersebut. Pelajar yang lahir daripada golongan yang ibu bapanya mempunyai kerjaya yang professional akan mendapat perhatian yang lebih banyak dan adakalanya ditatang ibarat minyak penuh oleh pihak sekolah mahupun guru yang menjadi tenaga pengajar dan berperanan untuk menyalur ilmu kepada pelajar. Kerjaya professional ialah kerjaya yang  tergolong di bawah profesian perubatan seperti doktor, perundangan seperti peguam dan pendidikan seperti pensayarah.  Pelajar-pelajar yang berstatus sosial rendah seperti anak kepada pekerja buruh kasar pula akan diabaikan secara tidak lansung seperti kurang diberi perhatian dan pengajaran secara tidak bersungguh-sungguh. Secara tidak lansung di dalam ruang kecil yakni bilik darjah akan berlakunya ketidaksamaan proses pemberoleha ilmu dan pembelajaran. Dasar pendemokrasian pendidikan ini merupakan pembela nasib anak watan yang kurang bernasib baik dari aspek status sosial dan ekonomi ini. Layanan yang sama rata tanpa rasa berat sebelah kepada setiap pelajar haruslah dilakukan agar mereka akan memperolehi ilmu yang bermanfaat serta berkualiti seperti pelajar yang lain. Layanan yang tiada berbeza antara pelajar yang mepunyai status yang tinggi akan memupuk semangat yang tinggi dalam jiwa mereka untuk menuntut ilmu dan pelajar yang kurang berkemampuan akan mampu untuk duduka sama rendah dan berdiri sama tinggi bersama pelajar yang mempunyai taraf sosial tinggi. Justeru itu, dasar pendemokrasian pendidikan mampu membasmi wujudnya kelas sosial di sekolah.

Dasar pendemokrasian pendidikan dalam menyamaratakan peratusan kemasukan pelajar ke Institut Pengajian Tinggi. Merujuk kepada kuota yang ditetapkan peratusan yang telah ditetapkan untuk menetapkan pelajar ke Institut Pengajian tinggi (IPTA) pelajar bumi putera mempunyai peratusan yang lebih tinggi dan berpeluang lebih cerah untuk dimasukkan kedalam mana-mana IPTA. Secara tidak lansung pengwujudan kuota ini telah menimbulkan sedikit diskriminasi terhadap peluang kepada pelajar bukan bumiputera dalam menikmati pendidikan. Peluang pendidikan seharusnya diberi kepada mana-mana pelajar tidak mengira bangsa, agama, warna kulit, geografi dan status sosial dalam mengecapi pendidikan. Sebaliknya penilaian kemasukan haruslah bergantung sepenuhnya kepada kelayakan akedemik dan kokurikulum. Penilaian yang lebih ketat sebegini secara tidak lansung akan meningkatkan kesedaran kepada kaum bumiputera untuk bersaing dengan lebih hebat seterusnya mengejutkan pelajar bumiputera yang acapkali lalai dan tidur dengan lena kerana sentiasa berada pada tahap “zon selesa”. Berpeganglah kepada pepatah “siapa yang berusaha dia akan Berjaya”. Keadilan dalam pemilihan kemasukan IPTA secara tidak lansung akan menyahut

kepada seruan “Satu Malaysia” di mana rakyat Malaysia menjadi bersatu di bawah satu bumbung yang sama dan layanan yang sama dan tidak mempunyai perbezaan. Oleh itu, wujudnya dasar pendemokrasian pendidikan mampu menyamaratakan peratusan kemasukan pelajar ke IPTA di seluruh Malaysia.

Seterusnya, kepentingan dasar pendemokrasian pendidikan dalam memberikan pendidikan induksif kepada pelajar istimewa. Induksif berasal daripada perkataan bahasa Inggeris yang membawa maksud termasuk, merangkumi dan semua. Di bawah konteks pendidikan pula induksif bermaksud setiap individu tidak mengira normal, kelainan upaya, pintar berhak diberi peluang pendidikan umum. Setiap individu berpotensi dikembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu tidak mengira aspek sifat yang ada pada diri individu tersebut. Kanak-kanak yang mempunyai kelain upaya seperti cacat penglihatan haruslah ditempatkan dalam kelas bermasalah dan diberi program pendidikan khas oleh guru. Penyediaan pendidikan khas yang berterusan akan mampu melatih mereka yang kelainan upaya ini dengan kemahiran yang mencukupi kepada mereka untuk berhadapan dengan masyarakat luar. Pendidikan haruslah melatih segenap individu yang merupakan modal insan negara secara total agar mereka mapu menjadi tulang belakang serta benteng yang kuat kepada negara. Memetik kata mantan perdana Presiden Indonesia, Soekarno, “berikan saya sepuluh orang remaja nescaya akan saya gegarkan dunia”. Dari petiakan kata-kata semangat oleh Soekarno ini dapat kita simpulkan betapa besar pundak tanggungjawab modal insan sebagai sumber kekuatan negara. Oleh itu, penggunaan sumber modal insan ini perlulah dimanfaatkan sepenuhnya.

Kepentingan yang terakhir sekali ialah, peranan dasar pendidikan untuk memberi bantuan kepada pelajar yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan. Modal budaya ialah satu aspek yang merangkumi keseluruhan latar belakang termasuk kebudayaan, ilmu pengetahuan, pembawaan dan kemahiran teknik yang ada pada diri setiap individu. Pelajar yang berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan secara tidak lansung akan mengalami masalah sekatan budaya. Sekatan budaya pula bermaksud halangan atau kekurangan modal budaya disebabkan faktor ekonomi individu itu sendiri. Ketidakmampuan dalam menyediakan kemudahan asa seperti, buku rujukan, buku latihan, majalah, kamus dan jurnal menjadikan pelajar tidak mampu untuk menguasai pelajaran dengan sepenuhnya. Kekangan faktor ekonomi ini juga secara tidak lansung boleh menutup minda pelajar kerana mereka tidak mempunyai kemudahan untuk membawa kea rah dunia globalisasi. Kekurangan ini akhirnya menjadikan mengalami sekatan budaya. Perlaksaan dasar pendemokrasian pendidikan haruslah menekankan dengan memberi bantuan kepada pelajar-pelajar yang ibu bapanya kurang berkemampuan. Penyediaan aspek bahan-bahan asas pembelajaran seperti alat tulis, baju dan buku sekolah haruslah dilakukan agar mereka boleh keluar dari konkongan minda tersepit di bawah kotak, kecil dan sempit. Justeru itu, perlaksaan demokrasi pendidikan mampu memberi bantuan kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk terus

menimati pendidikan dan seterusnya mampu memecahkan masalah sekatan budaya yang dihadapi pelajar.

Cabaran Dalam Pelaksanakan Dasar Pendemokrasian PendidikanSekiranya diteliti terhadap rangka kepentingan dasar pendemokrasian

pendidikan ini tidak akan terlihat sedikit cela terhadap niat murni untuk melahirkan modal insan bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan namun harus dilihat darpada propekstif cabaran yang bakal ditempuhi kelak.

Pertamanya, diteliti dari sudut cabaran kewangan dan kemudahan pengendalian dalam melaksakan pendemokrasian terhadap pelajar luar bandar dan bandar tanpa mengira dari aspek geografi untuk mengelakkan wujudnya jurang pendidikan yang terlalu tinggi. Seperti yang diketahui bahawa kos dalam penyelanggaran untuk mewujudkan kemudahan dan prasarana di sekolah bandar adalah memerlukan kos yang lebih murah berbanding dengan sekolah luar bandar. Kos penyelenggaraan yang tinggi ini juga disebabkan oleh kekangan faktor geografi. Kawasan pendalaman yang mempunyai masalah pengangkutan seperti masih menggunakan jalan air sebagai perhubungan, jalan raya yang belum siap sepenuhnya mmembawa kepada kesukaran untuk mengangkut peralatan untuk pembianaan infrsruktur serta kemudahan yang mencukupi kepada pelajar. Disebabkan faktor kesukaran dalam pengangkutan menyebabkan kerajaan perlu menyediakan bajet yang tinggi untuk satu projek bagi membuat satu kemudahan infrastuktur seperti menyediakan lebih banyak banggunan agar murid-murid lebih selsesa belajar.

 Selain daripada itu, faktor geografi juga menymbang kepada kurangnya kemasukan tenaga pengajar yang mahir ke kawasan pendalaman terutamanya guru wanita. Acapkali didengari di media massa samada media cetak seperti surat khabar, majalah, mahupun media elektronik seperti televisyen dan radio yang menceritakan tentang seorang guru maut dibunuh, dirogol dan bunuh dan tidak kurang juga yang meninggal dunia disebabkan lemas. Isu-isu seperti ini menjadikan para guru tidak berani untuk menagajar ke pendalaman memandangkan kepada pemasalahan yang membabitkan nyawa bak kata pepatah “hilang duit boleh dicari hilang nyawa tiada gantinya”. Pertaruhan nyawa acapkali melunturkan semangat para guru terutamanya guru-guru baru terus mengajar di pendalaman. Masalah kesukaran dalam mencari makanan semakin melunturkan semangat guru untuk mengajar di dalam “hutan belantara” dan lebih memilih bandar yang di hujani dengan banggunan pencakar langit dipenuhi pelbagai kemudahan. Justeru itu, penghasilan guru yang mempunyai komitmen tinggi serta semangat sedia menghadapi pelbagai cabaran perlulah dilakukan agar tenaga pengajar mahir mampu dihantar di sekolah pendalaman.

Cabaran yang seterusnya dalam perlakasanaan pendemokrasian pendidikan ialah tahap kesedaran ibu bapa pelajar sendiri terhadap pendidikan. Kebanyakkannya, pelajar yang lahir daripada keluarga yang berteraf sosial tinggi mempunyai pengetahuan serta kesedaran yang lebih tinggi terhadap pelajaran

berbanding ibu bapa yang mempunyai taraf sosial yang rendah. Contohnya, semasa penyemakkan kertas ujian pelajar, guru selalunya akan lebih berhati-hati dalam menyemak kertas jawapan pelajar yang ibu bapanya mempunyai pendidikan yang tinggi kerana sebarang kesilapan atau kecuaian yang dilakukan oleh guru akan memberi impak serta padah kerana setiap kecuaian akan dipertikaikan oleh ibu bapa mereka dan akhirnya kepercayaan mereka tehadap kemampuan guru akan hilang. Secara tidak langsung wujudnya sedikit berat sebelah kerana sekiranya berlaku kesilapan kertas jawapan pelajar yang ibu bapanya kurang kesedaran tentang kepentingan pendidikan ibu bapa mereka tidak akan mempertikaikan kerana percaya sepenuhnya terhadap kreadibiliti seorang guru. Selain itu juga, guru akan menjadi pesalah tegar sekiranya gagal untuk memberi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam. Sekiranya keadaan ini berterusan nescaya demokrasi pendidikan sukar untuk di laksanakan. Oleh itu, pentingnya penerapan kepentingan ilmu kepada ibu bapa agar mereka memberi perhatian lebih terhadap pendidikan anak-anak mereka.

Sistem kuota juga menjadi batu penghalang dalam melaksanakan dasar pendemokrasian pendidikan. Di negara Malaysia kebiasaanya akan meletakkan kuota dalam menyekat peratus kemasukan samada kuota kemasukan ke IPTA atau pemilihan kemasukan ke dalam Sektor Perkhidamatan Awam. Kewujudan sistem kuota ini secara tidak lansung akan menyekat pendemokrasian terhadap hak sama rata serta peluang dalam mendapatkan perkhidmatan pendidikan bermutu. Sistem kuota ini berasaskan kepada perlembagaan hak-hak keistimewaan bumi putera yang tidak boleh disangkal mahupun digubal demi melindungi hak keistimewaan bumi putera. Sementelah mengetahui bahawa ketidakmampuan kaum bumiputera dalam mengatasi kaum bukan bumiputera menyebabkan kepentingan sistem kuota untuk memastikan kaum bumi putera boleh mndapat tempat dalam IPTA dan mengecapi pendidikan ke aras yang lebih tinggi. Selain daripada itu, untuk mengelakkan IPTA dimonopoli oleh kaum bukan bumiputera menjadikan peranan kuota pemilihan ini sangat penting untuk terus mengangkat dan menjulang kaum bumi putera agar mampu menjadi pelapis negara yang berguna. “Melayu mudah lupa” seperti yang pernah diperkatakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohammad, menyebabkan kaum bumi putera perlu dibimbing dengan sebaiknya agar mampu bersaing secara sihat dan sama rata dengan rakyat bukan bumi putera.

Pendidikan yang terlalu berorientasikan peperiksaan menjadi penghalang daripada memberi pendidikan yang induksif kepada pelajar istimewa. Jika dilihat kepada sistem pendidikan yang terlalu menekankan aspek kecermelangan dalam peperiksaan awam menjadikan nilai pendidikan sebenar seperti yang termaktub dalam falsafah pendidikan kebangsaan sukar untuk dicapai. Pelajar diajar menghafal ilmu untuk diluahkan dalam peperiksaan awam yang akan dihadapi tanpa mengetahui nilai sebenar terhadap penghayatan ilmu pengetahuan. Kegairahan dalam melahirkan pelajar bijak menghafal menyebabkan pelajar istimewa keupayaan selalu disisihkan di dalam pendidikan. Walaupun tidak dapat disangkal

bahawa kerajaan telah membina sekoalah khas namun bilangan sekolah khas yang dibina ini terlalu sedikit dan selalunya hanya terdapat satu sekolah untuk satu negeri. Bagaimana pula nasib mereka nun jauh di pendalaman yang mempunyai anak yang kelainan upaya atau masalah keupayaan lain? Akhirnya pelajar khas ini hanya ditempatkan disekolah biasa yang tidak mempunyai kelengkapan peralatan mengajar dan guru yang mahir. Guru di sekolah biasa pula tidak dapat menunmpukan perhatian terhadap pelajar khas kerana kurang kemahiran dan juga terlalu sibuk untuk menyiapkan pelajar dengan bekalan untuk menghadapi peperiksaan awam. Akhirnya pelajar tersebut terus terpinggir dan ditindas di dalam kelas. Kurangnya perhatian guru terhadap pelajar khas kerana terlalu memnumpukan perhatian terhadap kecemerlangan peperiksaan awam menjadikan sukar untuk mencapai demokrasi pendidikan.

Nilai kejujuran pihak sekolah, guru, dan ibu bapa dalam melaksanakan bantuan terhadap pelajar. Pertama sekali kita melihat dari aspek nilai kejujuran pihak sekolah dan guru dalam melaksanakan pemilihan pelajar yang memerlukan bantuan. Kesibukan yang dirasakan oleh pihak sekolah dan guru menjadikan mereka mengambil jalan pintas dengan membuat pemilihan secara rambang tanpa menyelidiki tahap kelayakan sesuai seperti yang diminta untuk memenuhi kriteria kelayakan menerima bantuan. Hasilnya, kebanyakkan pelajar yang berkemampuan mendapat bantuan dan pelajar yang memerlukan tidak mendapatkan bantuan yang diperlukan. Contohnya pemberian komputer riba “Satu Malaysia”, oleh kerana banyak pelajar yang diminta untuk penerimaan kemudahan tersebut jadi pemilihan hanya dilakukan secara rambang sahaja. Hasilnya, pelajar yang mempunyai keluarga taraf ekonomi tinggi akan mempunyai dua komputer riba dalam masa yang sama. Secara tidak lansung, berlaku pembaziran dan pelajar yang tidak mampu berterusan tidak mempunyai kemudahan seperti ini. Nilai kejujuran pada ibu bapa pula ialah kejujuran dalam borang pengisian maklumat diri pelajar terutamanya dari aspek pendapatan bulanan. Disebabkan ibu bapa tidak bekerja dibawah kerajaan jadi mereka mengurangkan anggaran pendapatan bulanan untuk mendapatkan sebarang bantuan kerajaan. Jadi walaupun terdapat komitmen dan kejujuran yang tinggi oleh pihak sekolah, tetapi ketidak adilan turut berlaku kerana berlakunya ketidakjujuran dalam pengisian borang maklumat diri pelajar. Oleh itu nilai kejujuran amat penting untuk wujudkan pendemokrasian pendidikan.

Implikasi Kegagalan Dalam Melaksanakan Dasar Pendemokrasian Pendidikan

Kegagalan dalam pelaksanaan pendemokrasian pendidikan akan membawa impak negatif yang besar terhadap inidividu, masyarakat dan negara sementelah meneliti dan memahami bertapa pentingnya dasar pelaksanaan pendemokrasian pendidikan. Implikasi kegagalan perlaksanaan dapat dikupas dan dipecah kepada tiga komponen terbesar iaitu, individu, masyrakat dan negara.

Dari prospektif impak kepada individu merujuk kepada aspek pelajar. Impak terbesar terhadap implikasi kegagalan dalam melaksanakan pendemokrasian

pendidikan ialah sukarnya untuk menghasilkan modal insan berkualiti dan beminda kelas pertama. Ketiadaan peluang dan hak yang sama rata dalam mngecapi pendidikan akan mengurang pengcungkilan bakat serta potensi sebenar pada murid tersebut. Pelajar merupakan modal insan yang paling berharga dan bakal menjadi tiang serta tonggak utama peneraju negara. Sekiranya pelajar tidak diberi dan dilatih dengan ilmu serta kemahiran yang mencukupi mereka berkemungkinan menyumbang kepada peratus yang beban yang terpaksa ditanggung negara. Kurangnya penerapan pendidikan akan menggalakan mereka terkancah dalam gejala tidak sihat seperti merompak, mencuri, menghisap dadah dan sebagainya. Jika situasi ini berlaku, negara akan kekurangan modal insan yang berguna dan menyumbang kepada generasi pelapis pemimpin negara Malaysia. Namun apa yang berlaku kepada negara sekiranya lebih banyak rakyat pelapis tidak mempunyai ilmu mencukupi ini? Adakah mereka mampu menjadi tonggak utama kekuatan negara?

Perspektif masyarakat pula menyumbang kepada implikasi yang besar sekiranya kegagalan dalam perlaksaan penemokrasian pendidikan. Pertama sekali dilihat dari sudut pengekekalan ikatan perpaduan. Seperti yang diketahui, bumiputera terdiri daripada orang melayu dan orang asli dan orang bukan bumiputera pula ialah terdiri daripada kaum india dan cina. Pendidikan pula merupakan satu tali yang menjadi penghubung kepada ikatan perpaduan kerana hanya melalului pendidikan perpaduan dapat diterapkan. Semangat patriotism dapat dibina dan dikukuh melalui pendidikan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Sekiranya pendemokrasian pendidikan sukar untuk diterpakan ini bermaknsa masih terdapat jurang komunikasi antara kaum dan seterusnya jika modal insan tanpa nilai perpaduan yang utuh dilahirkan nescaya sukar untuk mengekalkan ketamadunan seperti sekarang memandangkan bangsa Malaysia yang pelbagai. Pentingnya penerapan dasar pendemokrasian pendidikan dilaksanakan agar tiada jurang dalam perpaduan.

Implikasi dari aspek masyarkat yang berada di luar bandar tetap ketinggalan dalam aspek kepentingan ilmu pengetahuan. Sekiranya masyarakat luar bandar tidak mendapat pendedahan tentang pendidikan mereka akan terus diabaikan dalam dunia semakin maju ini. Kurangnya pendedahan ilmu akan mengurangkan tahap kecekapan kemahiran mereka dalam melakukan sebarang kerja. Masyarakat minda kelas pertama juga sukar untuk diwujudkan kerana tiadanya ilmu pada mereka dan masalah budaya tersekat juga akan terus menular kerana tiada kesedaran dan pendedahan peri penting ilmu. Masyarakat akan terus mundur kerana tidak berlaku sebarang transormasi terhadap minda yang mempengaruhi segenap aspek, cara hidup, pembawaan diri, pencarian ekonomi dan sebagainya. Masyarakat ini kakan tetap menjadi beban tanggunangn negara kerana tidak mampu mengangkat diri sendiri natijah dari kekurangan pendidikan. Justeru itu, pelaksanaan dasar pendemokrasian pendidikan harus dilaksanakan untuk megurangkan beban negara

Melihat dari sudut implikasi terhadap negara ialah kegagalan mencapai misi kudsi negara maju dan wawasan 2020. Pembentukan modal insan yang berguna

bermula dari penglahiran masyarakat minda kelas pertama. Penglahiran masyarakat minda kelas pertama bermula dari aspek pemerolehan ilmu indidvidu. Sekiranya berlauku kegagalan dalam melahirkan masyarakat minda kelas pertama yang dihasilkan daripada pembelajaran yang ifektif dan berkesan. Sekiranya terdapat pelajar yang tidak mendapat peluang mengecapi peluang pendidikan yang bermutu perkembangan minda dan potensi mereka sukar untuk dibentuk dengan sebaiknya kerana tidak berlaku pengembngn potensi. Justeru itu dalam hasrat mengapai negara maju, pembentukan minda melalui pendidikan berterusan haruslah dilakukan.

Kesimpulanya, dasar pelaksanaan Pendemokrasian Pendidikan merupakan asas kepada generatif dalam melakukan transformasi penghasilan pendidikan yang lebih berkesan, adil, dan saksama dalam aspek hak dan peluang penyediaan peluang mengcapi pendidikan yang bermutu. Seiring dengan pelaksanaan akta pengwajiban ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah merupak satu dari cara Kementerian Pendidikan dalam memastikan setiap individu dibekalkan dengan pendidikan yang berkualiti. Penekanan kepada kesedaran kerajaan Malaysia tentang peri pentingnya pendidikan menjadikan pendidikan selalunya menjadi satu tonggak yang sentiasa diutamakan. Mengambil daripada tauladan Perang Dunia Kedua, apabila Jepun telah hancur menjadi debu setelah bandaraya utamanya Hiroshima dan Nagaski telah dibom oleh pihak Amerika. Namun kini negara Jepun jauh maju dan membangun kerana mereka turut menekankan aspek kepentingan pendidikan. Justeru itu, negara Jepun haruslah dijadikan satu entiti mithali atau satu aras ukuran dalam mencapai wawasan 2020.

EDU3109 GURU DAN CABARAN SEMASA - Bab 1 : Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

BAB 1   ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA

1)    Pengenalan;·      usaha untuk mewujudkan kesatuan dan perpaduan dalam sebuah negara

berbilang agama dan budaya merupakan suatu perkara yang mencabar.·         penekanan kepada perpaduan dalam kepelbagaian dan keterangkuman

(inklusif)·         pastikan kesaksamaan untuk semua,khususnya dalam bidang pendidikan.·         Pendidikan adalah kepentingan awam dan mempunyai peranan yang  sangat

penting untuk memupuk integrasi antara kaum.·        memerlukan tindakan secara holistik agar masyarakat memperoleh mutu

pendidikan yang setara·    pendidikan adalah bersifat futuristik dalam menghadapi masa depan yang

penuh saingan.

2)    INTEGRASI NASIONAL;

·         Akibat keretakan integrasi nasional·         Perbezaan budaya dan agama·         Ketidakpuasan hati·         Kedudukan Geografi

3)    Cabaran mewujudkan satu sistem sosial;

·         Agama dan kebudayaan·         Dasar Penjajah British·         Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan·         Amalan ekonomi yang berlainan·         Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik

4)    Halangan Integrasi Nasional;

·         Perbezaan budaya dan agama·         Dasar Penjajahan·         Sistem Pendidikan·         Amalan Ekonomi·         Perbezaan politik

5)    Pupuk Integrasi Nasional Melalui Dasar Pelajaran;

·         Sistem Pendidikan Kebangsaan·         Agenda Memperkasakan SK·         Penerapan Nilai·         Mata Pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan·         Konsep Sekolah Wawasan

·         Aktiviti Kurikulum dan Kokurikulum·         Perkasakan bahasa Kebangsaan·         Pemantapan Aktiviti·         Pupuk Kefahaman·         Dasar Pelajaran kebangsaan

-menggunakan sukatan pelajaran,-buku teks, peperiksaan,-pakaian seragam,-sistem latihan guru dan-bahasa penghantar yang sama

6)    Usaha bagi memastikan matlamat perpaduan kaum dan integrasi nasional terus dipelihara dan diperkukuhkan;

·         melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan·         menjadikan agenda memperkasakan SK·       menerapkan nilai jati diri, budi bahasa dan seni budaya dilaksanakan secara

sisipan dalam tajuk-tajuk mata pelajaran yang bersesuaian.·         memperkenalkan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan pada tahun

2003·         memperkenalkan Konsep Sekolah Wawasan·   melaksanakan beberapa aktiviti bagi menerapkan semangat patriotisme

secara berterusan melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

7)    Pupuk Integrasi Nasional Melalui RIMUP;·         Modul Aktiviti Kecemerlangan Akademik·         Modul Aktiviti Kesukanan dan Permainan·         Modul Aktiviti Kokurikulum·         Modul Aktiviti Khidmat Masyarakat·         Modul Aktiviti Meningkatkan Patriotisme

8)    Tindakan KPM Untuk Pupuk Integrasi Nasional;

·         Sekolah sebagai alat perpaduan·         Sistem persekolahan yang sama·         Penggunaan Bahasa Melayu·         Pendedahan kepada nilai·         Seminar/forum

9)    Penglibatan Komuniti Setempat Untuk Pupuk Integrasi Nasional;

·         Program Permuafakatan Masyarakat·         Hari Keluarga·         Acara Kebudayaan·         Sambutan Perayaan·         Aktiviti Kokurikulum·         Bulan Kemerdekaan·         Lawatan ziarah·         Bina Insan

10) Melalui aktiviti yang dijalankan tersebut, secara keseluruhannya diharapkan akan dapatmencapai objektif seperti yang berikut;

·         meningkatkan kefahaman pelajar mengenai kepelbagaian kebudayaan masyarakat Malaysia.

·         menimbulkan rasa hormat terhadap kebudayaan dan adat resam pelbagai kaum.

· menanamkan kesedaran bahawa unsur kebudayaan adalah penting untuk menyemarakkan suasana harmoni dan semangat toleransi antara kaum.

·   menyemai dan memupuk nilai-nilai mulia yang dapat menjalinkan hubungan silaturahim antara pelajar berlainan latar belakang, agama, budaya dan adat resam.

11) PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN;

·         Semua dapat hak yang sama·         Sekolah dapat kemudahan yang sama·         Sekolah Wawasan,kongsi kemudahan·         Sekolah satu aliran·         Amalan kehidupan·         Peluang pendidikan yang sama·         Persamaan hak·         Peluang yang luas·         Pembangunan sumber manusia

12) Tumpuan Dalam Pendemokrasian Pendidikan;

·         Basmi buta huruf·         Pendidikan universal·         Penyediaan infrastruktur·         Guru terlatih yang mencukupi·         Pra sekolah untuk semua

13)  Strategi pelaburan dalam bidang pendidikan·   Pendidikan asas perlu disediakan kepada semua kanak-kanak dan orang

dewasa sesuai dengan sumber yang ada. Dalam jangka masa panjang sistem pendidikan formal dan tidak formal perlu dibangunkan pada setiap peringkat pendidikan.

·  Untuk meningkatkan produktiviti dan memperluaskan ekuiti sosial, peluang pendidikan perlu disediakan tanpa mengira perbezaan jantina, latar belakang etnik dan status sosioekonomi.

·    Sistem pendidikan perlu cuba meningkatkan kecekapan dalaman dalam pengurusan.

·   pengagihan dan penggunaan sumber sedia ada untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan.

·    Pendidikan patut mempunyai kaitan dengan kerja dan persekitaran dalam usaha untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti pendidikan, pengetahuan dan kemahiran perlu untuk perkembangan ekonomi, sosial dan lain-lain.

14)  Rumusannya: Tumpuan Bank Dunia Dalam Pendidikan

·         Pendidikan asas·         Pendidikan wajib untuk semua·         Kecekapan dalam pengurusan·          Pengagihan sumber·         Keperluan dengan pasaran kerja

15) Pendidikan Negara·         Pelbagai peringkat·         Kurikulum yang sama·         Penubuhan sekolah agama rakyat·         Peningkatan bilangan pelajar ke university·         Pendidikan swasta·         Pendidikan untuk semua·         Pengagihan sumber kewangan·         Pendidikan sawarjagat·         Pertambahan guru dan bilangan kelas·         Pendidikan Bertaraf Dunia·         Pendidikan berterusan·         Pendemokrasian pendidikan·         Pendidikan berkualiti

16) TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO;·           Tonggak Pendidikan UNESCO adalah berdasarkan kepada;

                                I.            pelajar belajar untuk tahu                              II.            belajar untuk membuat                            III.            belajar untuk menjadi apa                            IV.            belajar untuk hidup bersama

17) Kejayaan Sekolah Menurut UNESCO;·           Pengurus punyai kuasa autonomi·           Memperkasakan kapasiti·           Struktur terurus·           Ukuran prestasi·           Pemantauan prestasi·           Kawalan sumber·           ketelusan

18)  Menurut laporan Unesco (2005), kuasa autonomi bagi menguruskan perjalanan sekolah secara keseluruhannya;

·  pengurusan sekolah mesti mempunyai strategi untuk memperkasa kapasiti dan kepemimpinannya.

·    sekolah perlu mempunyai maklumat tentang prestasinya untuk mengukur kekuatan, kelemahan dan prioritinya.

·         sekolah memerlukan struktur yang terurus dan professional.·  kerajaan pusat perlu terus memainkan peranan kritikal terutamanya dari

segi pemantauan prestasi sekolah.·         sekolah perlu mengawal sumber-sumber.·         pengurusan sekolah mesti telus.

19)  Tujuan Tonggak Pendidikan UNESCO;

·         Memenuhi keperluan pembelajaran asas·         Membentuk wawasan·         Akses kepada universal·         Focus terhadap pembelajaran·         Perluaskan skop·         Penambahbaikan persekitaran·         Perkukuhkan perkongsian·         Pembangunan dasar·         gerakkan sumber·         perpaduan antarabangsa

20) Dasar KPM dan kaitannya dengan Tonggak Pendidikan UNESCO;·         Perkembangkan potensi individu·          Tingkatkan kreativiti·         Sistem pendidikan yang cekap·         Pusat kecemerlangan pendidikan·         Tingkatkan martabat pendidikan

21) Tujuan KPM untuk membentuk pembangunan insan yang seimbang adalah seperti yang berikut;

·         Memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

·         Meningkatkan kreativiti , inovasi dan budaya ilmu pelajar.·         Membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat.·         Menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf

dunia.·         Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.·          Meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa.

22) Pembangunan Modal Insan KPM;·         Perkembangkan potensi·         Punyai pelbagai kemahiran·         Bentuk peribadi·         Kemahiran berkomunikasi·         Kemahiran ICT·         Pembelajaran sepanjang hayat·         Nilai yang tinggi

23) Cabaran KPM adalah untuk menyediakan generasi muda Malaysia dengan seluas-luas peluang dengan cara;

·         memperkembangkan potensi diri bagi setiap pelajar.·         melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai kemahiran.·         membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan

mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia, selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

24) Pembangunan modal insan juga termasuk melengkapkan diri pelajar dengan;

·         kemahiran komunikasi berkesan.·         kebolehan menggunakan ICT dengan baik.·         berfikir secara kreatif dan kritis.·         mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

·         nilai yang tinggi supaya berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.

25) Pendidikan Berterusan;·         Institusi diperbanyakkan·         Bekalkan kemahiran·         Memenuhi guna tenaga sumber manusia·         Ahli masyarakat yang berfungsi·         Pemahaman kritikal·          Bijak menggunakan masa lapang·         Belajar sukarela·         Sedar kepada biografi·          Merancang kerja·         Perkembangan bakat·         Bentuk konsep kendiri

26) Beberapa alasan mengapa trend tersebut wujud dalam kalangan masyarakat;

·     Memberi peluang orang dewasa yang kekurangan pendidikan di peringkat sekolah tinggi untuk memperoleh kemahiran yang diperlukan supaya dapat berfungsi dengan lebih berkesan dalam masyarakat dan pekerjaan.

·         Memperoleh kemahiran pekerjaan peringkat tinggi.·     Memperoleh kemahiran yang diperlukan bagi menjadi seorang ahli

masyarakat yang berfungsi lebih efisien dan dapat menjadi seorang pengguna yang lebih pintar.

·     Membangunkan pemahaman kritikal daripada masalah-masalah yang wujud dalam masyarakat serta berupaya mengambil bahagian secara aktif dalam masyarakat dengan tujuan mencapai keadilan sosial.

·         Membangunkan sikap menggunakan masa lapang dengan kreatif bagi memperoleh pengetahuan yang diperlukan.

·         Membangunkan sikap belajar secara sukarela.·  Membantu orang dewasa menjadi lebih sedar pada biografi sendiri dalam

hubungannya dengan masyarakat secara keseluruhannya.·     Membantu orang dewasa dalam merancang kerjaya dan mencapai matlamat

yang bererti.· Membolehkan individu membangunkan kelebihan-kelebihan terpendamdan

mempertingkatkan konsep kendiri individu tersebut.

27) Pendidikan Seumur Hidup adalah bertujuan untuk;·      Menyediakan dan memberi galakan latihan dalam teknologi tinggi dengan

memberi penekanan kepada kepelbagaian kemahiran.· Membangunkan program latihan yang berinovasi bagi memenuhi keperluan

pengetahuan dalam industri.·         Mewujudkan program e-Latihan.·       Mewujudkan persekitaran yang mesra kepada pembelajaran di semua agensi

dalam perkhidmatan awam.·      Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pendidikan

dewasa dan Pendidikan Berterusan.·   Menggubal polisi bagi menggalakkan penggunaan sekolah, kolej komuniti,

masjid, dewan orang ramai dan bangunan awam dan persendiran bagi program Pendidikan Berterusan.

·     Melancarkan Kempen Kebangsaan mengenai kepentingan pendidikan seumur hidup.

28) Rumusannya; Pendidikan Seumur Hidup;·         Galakan dalam teknologi·         Pembangunan pgram latihan·         E-learning·         Persekitaran yang mesra·         Penggunaan institusi·         Kempen di peringkat kebangsaan

29) Globalisasi Dalam Pendidikan;·         Cabaran globalisasi dalam pendidikan adalah dari segi yang berikut;·          Keperluan terhadap pembelajaran berterusan.·         Inovasi dalam pelaksanaan kurikulum·         Penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat.·         Pengurusan pendidikan.·          Pembentukan jati diri pelajar.·         Kualiti guru.

30) Perlu kepada perubahan kurikulum;·         Antara perubahan yang dapat diperhatikan adalah  seperti yang berikut;

1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia2. Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru.

31)  Persediaan menghadapi persaingan global iaitu dari segi;·           Mempunyai budaya pembelajaran sepanjang hayat.·      Mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa

antarabangsa.·  Meguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan

seharian.·  Bersedia dari segi kognitif untuk tugasan yang kompleks dan mencabar,

menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru.·  Menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi sosial, politik dan

budaya.

32) Kesan Globalisasi Pendidikan;·           Pembelajaran sepanjang hayat

·            Kebolehan berkomunikasi·            Kemahiran teknologi·           Kesediaan kognitif·           Warganegara bertanggungjawab33) Cabaran Globalisasi;

·           Kesediaan guru·           Kurang rasa kepunyaan·           Pertambahan beban·           Kekurangan sokongan pengurusan·            Pengurusan pendidikan·           Sikap guru·           Perbezaan tahap pengetahuan·           Perubahan yang kerap·           Penggunaan teknologi·           Pembentukan jati diri·           Budaya sekolah·           Perkembangan profesionalisme guru

34) Pembelajaran Berbantu Komputer;·           Perisian latih tubi·           Perisian tutorial·           Perisian simulasi·           Perisian permainan·           Perisian penyelesaian masalah

35) Pengurusan Maklumat Sekolah Menurut Rahmad Sukor (2006);·           Permudahkan urusan·           Tingkatkan kecekapan·           Kurangkan beban·           Jimatkan masa·           Penempatan pelajar·           Pengagihan jadual waktu guru dan pelajar·           Pengagihan sumber·           Rekod stok dan inventori

36) Perkembangan Profesionalisme Guru;·           Memimpin perubahan·           Utamakan daya pengeluaran·           Perkembangan semasa·           Perkembangan teknologi·           Perubahan inovasi

37) Cabaran membentuk Perkembangan Profesionalisme Guru;·           Berupaya memimpin perubahan di sekolah di mana guru itu bertugas.·           Mengutamakan daya pengeluaran tinggi dalam bidang kerjayanya.·           Sentiasa mengikuti peredaran masa.·           Memahami perkembangan teknologi.·           Mempunyai sifat berani, mahu mencuba idea baru dan inovatif

38)  Fuller (1975) dalam kajian perkembangan profesionalisme guru mengkategorikan tingkah laku guru kepada tiga tahap iaitu;

·         Tumpuan Berkaitan Peribadi

·         Tumpuan Berkaitan Tugas·         Tumpuan Berkaitan Kesan.

39) Hall dan Loucks (1978) pula dalam kajian lanjutnya telah memurnikan klasifikasi tumpuan tersebut kepada tahap berikut;

·           Tumpuan Tiada Berkaitan: Guru tidak mahu mengambil tahu apa-apa perubahan yang berlaku di sekolah.

·           Tumpuan Berkaitan Peribadi: Guru melihat keupayaan diri sendiri untuk melaksanakan sesuatu tugas terutama dari segi kemahiran dan pengetahuannya. Aspek lain yang diberi tumpuan adalah berkaitan keluarga, kesihatan dan penggunaan masa senggangnya.

·           Tumpuan Berkaitan Tugas: Guru cenderung untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan sentiasa berusaha menghasilkan yang terbaik terutama dari segi pengajaran dan pembelajaran.

·  Tumpuan Berkaitan Kesan: Guru mempunyai visi yang jelas terhadap peranannya sebagai pendidik secara holistik dalam konteks kemajuan pelajar, kebolehlaksanaan kurikulum dan implikasi kurikulum terhadap kemajuan negara.

40) Impak Globalisasi Kepada Perkembangan Profesionalisme Guru;·           Berdaya saing·           Hubungan sumber pendidikan·           Kemahiran berbahasa·           Komunikasi rentas budaya·           Produk dan perkhidmatan·           Keupayaan nilai antarabangsa·           Peningkatan bilangan institusi·           Penyebaran teknologi·           Cita rasa global

41) Kesan Negatif Globalisasi;·           Negara lemah ditindas·           Ketidakadilan perkongsian·           Pemantauan yang mendalam·           Permintaan pasaran tenaga kerja·           Meminggirkan bahasa melayu·           Terbuka kepada persaingan tidak sihat·           Pengkomersilan pendidikan·           Penafian pendemokrasian pendidikan·           Penghayatan ilmu terhakis

42) Kepelbagaian Budaya; ·           Perlu keadilan·           Peluang pendidikan kepada semua·           Pupuk melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum·           Program sekolah berkembar

43) Merujuk kepada Dasar Pernyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia (2001), proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut beberapa prinsip yang digariskan. Antaranya adalah seperti yang berikut;

·         Pendekatan, kaedah dan teknik yang dipelbagaikan dengan melibatkan pelajar secara aktif.

·   Berpandukan bahan-bahan sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan pelajar.

·         Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan.

44)  Kepelbagaian sosio budaya pelajar haruslah ditangani dengan bijak. Oleh yang demikian, berikut adalah beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan untuk menjayakan isi tersebut, antaranya adalah seperti yang berikut;

·   Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.

· Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.

·    Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.

·    Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti kearah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju.

·         Memastikan pelantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat.

·         Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak.

·  Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan.

·         Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan perkembangan semasa.

·    Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman.

·       Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman.

·    Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai bahasatermasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa ibunda.

·         Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang keciciran.·  Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan

mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima termasuklah sijil dan Diploma Muadalah (diploma berkembar).

45) Cadangan Tangani Kepelbagaian Sosiobudaya;·         Sekolah kebangsaan sebagai peneraju·         Kelayakan pelajar jadi penentuan·         Pindaan akta·         Tingkatkan kemudahan·         Tingkatkan mutu pendidikan guru

·         Peluang latihan·         Biasiswa kepada yang berkelayakan·         Kuasai pelbagai bahasa

46) Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK);

·         Suasana lebih kondusif·         Mudah hasilkan bahan·         Kepelbagaian media·         Maklumat pelbagai

47) Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat iaitu;·  teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk

suntingan dengan menggunakan teknologi.·         memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.·  proses berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat

digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

48) Perubahan Teknologi Maklumat;·         Kuasa penggerak·         Pelaksanaan·         Pemudahan bertindak·         Kaedah perubahan·         Permulaan perubahan

49) Implikasi TMK;·    penggunaan komputer dalam sistem organisasi yang mampu merubah cara

kerja dan penyesuaian pekerja dengan sesuatu tugasan.·    menjadikan sesuatu keputusan yang ingin dilaksanakan oleh

organisasi menjadi lebih terancang dan telus terutama organisasi yang mempunyai maklumat yang banyak dan terdapat perkara kerahsian.

·   mampu untuk mengawal selia dengan lebih terancang dan tersusun tanpa wujud kekhilafan dalam perlaksanaannya.

·    kemampuan sistem komputer yang mempunyai internet dan perkembangan sistem komunikasi juga akan lebih menjurus kearahberkomunikasi secara interpersonal dan bukan secara bersemuka yang lazim dilaksanakan dalam organisasi.

50) Komputer Dalam Pendidikan;·         Pendidikan jarak Jauh·         Reformasi dalam pendidikan·         Mudah beri maklumbalas·         Sebagai bahan pengajaran pembelajaran·         Alat komunikasi·         Memudahkan pemahaman

51) GEJALA SOSIAL;·         Pengkelasan masalah sosial boleh dipecahkan kepada 3 Bahagian iaitu;

                                     I.            Jenis kesalahan jenayah seperti mencuri basikal, melawan guru, bertumbuk sesama pelajar, berjudi dan mencuri kertas soalan ujian.

                                   II.            Jenis kesalahan gengsterisme seperti menjadi ahli kumpulan geng, mengutip duit ‘pau’ daripada pelajar lain, mencari gaduh dengan kumpulan lain, memaksa kumpulan lain untuk menjadi ahli kumpulan dalam geng dan berkelakuan seperti samseng.

                                 III.            Jenis kesalahan kurang sopan dan biadab seperti menghisap serta menyimpan rokok, mengganggu pelajar perempuan, melawan pengawas, bising dalam bilik darjah, minum serta menyimpan minuman keras, berbohong, berambut panjang, mengeluarkan kata-kata lucah, menonton dan menyimpan filem lucah dan lain-lain.

52) Punca Gejala Sosial;·         Globalisasi dan modenisasi·         Keruntuhan institusi keluarga·         Media-massa·         ICT·         Kelemahan undang-undang·         Sikap remaja·         Sikap ibu bapa

53) Kesan Negatif;·         Kepada individu sendiri·         Menjejaskan Negara·         Keruntuhan nilai agama

54) Tangani Gejala Sosial;·         Peranan ibu bapa·         Peruntukan undang-undang·         Pendekatan akademik·         Didikan agama·         Peranan ahli masyarakat

55) Kesimpulan;Antara cabaran yang perlu ditangani dan diatasi adalah seperti yang berikut;·         pemupukan Integrasi Nasional·         melaksanakan Pendemokrasian Pendidikan·         menjadikan Tonggak Pendidikan UNESCO sebagai panduan·         menghadapi Globalisasi Dalam Pendidikan dengan jayanya·         menangani Kepelbagaian Budaya dengan penuh berhemah·       menggunakan Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan

sepatutnya·    berjaya mengatasi setiap Gejala Sosial yang berlaku dalam kehidupan

masyarakat di negara ini.

IMPAK

Pendemokrasian Pendidikan merupakan suatu proses mendemokrasikan pendidikan supaya setiap individu diberikan peluang dan hak yang sama untuk mendapat pendidikan serta kemudahan yang disediakan. Dengan kata lain, di bawah proses mendemokrasikan pendidikan , setiap individu diberi peluang yang sama untuk mendapat pendidikan dan hak memilih jenis sekolah untuk belajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, keistimewaan, jantina, kaum , agama atau latar belakangnya.

Kepentingan pendekmokrasian pendidikan jelas diperlihatkan apabila ia dapat membasmi masalah buta huruf dalam kalangan penduduk dalam negara-negara kurang maju, keadaan ini dibuktikan dengan pelaksanaan sistem pendidikan melalui pendemokrasian yang memberi pendidikan kepada semua masyarakat di luar bandar. Selain itu, pendemokrasian pendidikan juga dapat merapatkan jurang pencapaian akademik kerana ketidaksamaan peluang dalam pendidikan. Jurang pencapaian akademik dipengaruhi oleh perbezaan kelas sosial, perbezaan sosialisasi bahasa dan perbezaan lokasi dan luar bandar.

 Mengikut kajian Pierre Bourdieu (1930), ahli sosiologi pendidikan dari Perancis, pencapaian persekolahan seseorang individu adalah berkait rapat dengan latar belakang kebudayaan ibu bapanya, dan tahap pendidikan ibu bapa adalah lebih banyak mempengaruhi pencapaian persekolahan anak mereka daripada kedudukan kerjaya mereka dalam masyarakat. Isu ini juga

dapat meningkatkan keprihatinan masyarakat terhadap pendidikan serta perkembangan terkini dan seterusnya menimbulkan minat mereka terhadap pendidikan secara amnya dan khususnya terhadap pendidikan anak-anak mereka.

Maka, tidak akan wujud lagi alasan tidak menghantar anak-anak ke sekolah disebabkan desakan hidup. Seterusnya, pendemokrasian pendidikan turut memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan pendidikan untuk masa depan diri serta kepentingannya dalam menentukan kelangsungan atau kesinambungan kegemilangan negara. 

Slogan “satu Malaysia” mempunyai kesinambungan dengan pendemokrasian pendidikan ini. “satu Malaysia” mendahulukan rakyat dalam segala aspek tidak mengira kaum dan bangsa terutamanya dalam pendidikan. Sistem pendidikan selama ini tidak pernah mengabaikan mana-mana golongan masyarakat sama ada golongan buta, cacat pendengaran dan bisu serta kanak-kanak ‘down syndrome’ juga mendapat pendidikan dalam negara.

Oleh sebab itu, kewujudan institusi pendidikan swasta dan pelbagai jenis sekolah iaitu SK, SKJ(C), SKJ(T) dan sebagainya merupakan sebahagian daripada agenda pendemokrasian pendidikan. Tidak cukup dengan itu, langkah sokongan untuk memantapkan lagi pelaksanaan agenda pendemokrasian pendidikan dalam aspek ini iaitu bantuan buku-buku teks melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pemberian biasiswa oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain agensi bagi mereka yang layak bertujuan agar kemiskinan tidak dijadikan alasan seseorang itu tidak mendapat pendidikan yang sewajarnya.

Hal ini jelas memperlihatkan langkah kerajaan untuk membangunkan pendidikan dalam kalangan rakyat supaya tidak ada lagi golongan yang hilang dalam arus pendidikan terutamanya generasi yang akan menjadi peneraju pucuk pimpinan kelak.

Oleh sebab itu, pendekatan, pelaksanaan dan amalan pendemokrasian pendidikan haruslah dinilai dengan membuat perbandingan dengan negara-negara yang lebih maju agar hasrat kerajaan untuk membentuk sistem pendidikan bertaraf dunia akan terlaksana.