slot pelajaran harian

4
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Kelas : Tabika KEMAS Pangsapuri Seri Cahaya Tarikh : 31 Julai 2014 Hari : Khamis Masa : 60 minit Bil. Murid : 25 orang Tema : Tumbuh-tumbuhan Subtema : Bunga Tunjang utama : Sains dan Teknologi Standa rd Kandungan : ST 3.3 Meneroka bahagian- bahagian tumbuhan iaitu daun, bunga, buah serta pertumbuhan anak benih Standard Pembelajaran : ST 3.3.2 Membandingkan bunga berdasarkan ciri berikut : a) Warna b) Saiz c) Bau Objektif pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat : 1- Membezakan antara warna, saiz dan bau bunga. 2- Mengenali ciri-ciri bunga. Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah mengenali bunga dan boleh membaca perkataan

Upload: noriyanie

Post on 27-Sep-2015

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SLOT PENGAJARAN

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Kelas: Tabika KEMAS Pangsapuri Seri CahayaTarikh: 31 Julai 2014Hari: KhamisMasa : 60 minitBil. Murid : 25 orangTema : Tumbuh-tumbuhanSubtema : BungaTunjang utama : Sains dan TeknologiStandard Kandungan : ST 3.3 Meneroka bahagian-bahagian tumbuhan iaitu daun, bunga, buah serta pertumbuhan anak benihStandard Pembelajaran : ST 3.3.2 Membandingkan bunga berdasarkan ciri berikut :a)Warnab)Saizc)BauObjektif pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :1-Membezakan antara warna, saiz dan bau bunga.2-Mengenali ciri-ciri bunga.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah mengenali bunga dan boleh membaca perkataan

Penerapan nilai : Sayangi Tumbuh-tumbuhan seperti Bunga.

Bahan Bantu Mengajar : Beberapa jenis bunga seperti Bunga Raya, Bunga Mawar, Bunga Matahari dan Bunga Kertas.

Masa/LangkahIsi PelajaranAktivitiCatatan/BBM/Nilai

Set Induksi(5 minit)Teka-teki Guru meminta murid meneka apa yang akan guru papar pada skrin komputer

BBM : Gambar bunga Komputer

Langkah 1(20 minit)Memadan gambar dan perkataan Guru memperkenalkan beberapa jenis bunga serta nama bunga melalui paparan skin kepada murid. Guru memadankan gambar bunga dan kad perkataan (nama bunga) kepada murid. Murid diminta untuk memadan gambar dan perkataan di papan putih.

BBM :- Gambar bunga (pelbagai jenis bunga- Kad Gambar- Kad Perkataan

Langkah 2(10 minit)Membandingkan warna, saiz dan bau Guru menunjukkan bunga yang hidup (sebenar) Guru menerangkan kepada murid warna, saiz dan bau bunga yang ada. Guru meminta murid untuk memegang dan meneroka bunga yang telah diberikan.BBM : Bahan maujud (pelbagai jenis bunga)

Langkah 3(20 minit)Bersoaljawab

Contoh soalan : Apakah warna Bunga Raya? Adakah Bunga Mawar berbau wangi? Apakah saiz Bunga Matahari?

Guru bersoaljawab dengan murid. Murid membuat latihan yang telah disediakan dengan bimbingan guru

BBM : Slide

Penutup(5 minit)Menyanyi lagu Bunga Mawar

Lirik laguKu tanam pokok bunga,Bunga mawar namanya,Ku siram dan ku baja,Lama besar jadinya.

Ku petik bunga mawarKu letak di kepala,Ku jalan sini sanaHarum wangi baunya Guru memaparkan nyanyian lagu bunga pada skrin komputer. Guru menyanyikan lagu Ke Taman Bunga sambil memegang bunga. Murid menyanyikan lagu tersebut dengan bimbingan guru.

BBM : Lirik lagu Bunga Mawar