slide titas bab 4

38
ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU SERTA PERANANNYA DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA 1 mOHD mUIZZUDDIN nIK hAMMDY wAN aIZAT mOHD iZZUDDIN

Upload: terriyaki

Post on 29-Jun-2015

705 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: slide TITAS bab 4

ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU SERTA PERANANNYA

DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

1

mOHD mUIZZUDDINnIK hAMMDY

wAN aIZATmOHD iZZUDDIN

Page 2: slide TITAS bab 4

Pendahuluan

O Islam mempunyai kaitan yang rapat terhadap

perkembangan tamadun manusia termasuklah di Malaysia.

Perkataan Islam itu sendiri berasal daripada perkataan

Arab salima bererti selamat sentosa atau kedamaian.

O Dari perkataan salima ini lahir perkataan aslama yang

bermaksud terpelihara dalam keadaan selamat sentosa. Ia

juga bererti menyerah diri, tunduk patuh dan taat.

2

Page 3: slide TITAS bab 4

ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

O Islam merupakan suatu elemen yang sangat penting

dan signifikan dalam membincangkan tamadun

Melayu.

O Ini kerana, Islam banyak mempengaruhi

perkembangan tamadun Melayu. Kesan dan nilai Islam

dapat ditemui pada hampir segenap aspek dalam

kehidupan masyarakat dan tamadun Melayu.

3

Page 4: slide TITAS bab 4

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU

O Dari segi masa, ada yang menyatakan bahawa kedatangan

Islam ke Alam Melayu bermula pada abad ke lapan Masihi

dan ada yang berpandangan bahawa kedatangan Islam ke

Alam Melayu adalah pada abad ke sembilan Masihi.

O Dari segi sumbernya, ada mengatakan Islam datang secara

langsung dari negeri Arab, ada yang mengatakan dari India

dan ada yang mengatakan dari China.

4

Page 5: slide TITAS bab 4

Islam Datang Dari Tanah Arab

O Di Tanah Melayu terdapat bukti-bukti yang kuat

bahawa agama Islam itu dibawa secara

langsung dari tanah Arab oleh bangsa Arab.

Sebagai contohnya Maharaja Derbar Raja II,

raja Kedah telahpun diislamkan pada tahun 531

H/1136 M, oleh Sheikh Abdullah bin Sheikh

Ahmad al-Qaumiri al- Y amani seorang ulama

berbangsa Arab yang datang dari Yaman

(Abdullah Ishak, 1990 : 60).

5

Page 6: slide TITAS bab 4

O Menurut satu catatan yang ditemui, terdapat sebuah

perkampungan Islam di Sumatera Utara yang diberi

nama 'Tashih' telah ditemui pada tahun 650 Masihi

bersamaan 30 Hijrah. Perkampungan ini dihuni oleh

orang-orang Arab yang datang ke Sumatera pada abad

ke-7 Masihi (Abdullah Ishak, 1990 : 35). S.M. Naquib al-

Attas menegaskan juga bahawa kandungan persuratan

Melayu Islam dengan istilah dan konsep serta tulisan

Jawi yang digunakan menunjukkan sumber Arab atau

Timur Tengah sebagai puncanya (Hashim Musa, 2001:

165).

6

Page 7: slide TITAS bab 4

O Hubungan perdagangan telahpun terjalin antara Alam

Melayu dengan Tanah Arab sejak sebelum kelahiran

Islam lagi dan ia berterusan selepas kelahirannya.

Penyebaran Islam di Tanah Arab telah begitu meluas

dan termasuklah di Yaman yang mempunyai

pelabuhan perdagangan yang penting. Pedagang-

pedagang Islam yang bertumpu di Yaman turut

menjalankan aktiviti perdagangan dengan Asia

Tenggara terutama untuk mendapatkan barangan

seperti kapur barus, kemenyan dan sebagainya.

7

Page 8: slide TITAS bab 4

Islam Datang Dari IndiaO Para sarjana seperti S.Q. Fatimi, Morison Harison, RA. Kern

dan Snouck Hurgronje berpendapat bandar pelabuhan

Gujerat di India memainkan peranan penting dalam

penyebaran Islam melalui perdagangan. Mereka juga

berpendapat ramai pemimpin Abbasiyah dan Umaiyah di

Andalus melarikan diri daripada tindakan pihak berkuasa,

sebagai pelarian politik dan mendapatkan perlindungan di

India dan juga di Alam Melayu.

8

Page 9: slide TITAS bab 4

O Pendapat di atas dibuktikan melalui penemuan batu

nisan Sultan Malikul Salleh, Raja Samudera yang

bertarikh 1297 Masihi. Batu nisan ini didakwa dibawa

dari Gujerat berdasarkan persamaan dari segi reka

bentuk batu nisan di kedua-dua tempat tersebut

(D.G.E. Hall, 1987 : 253). Walau bagaimanapun,

sarjana-sarjana tersebut telah bersetuju Islam dibawa

ke Pasai melalui perdagangan dan batu nisan itu adalah

sebagai buktinya.

9

Page 10: slide TITAS bab 4

Islam Datang Dari ChinaO Menurut sejarah, Islam telah sampai ke China pada zaman

pemerintahan Dinasti Tang iaitu sekitar tahun 650 Masihi

dan Canton menjadi kawasan tumpuan utama para

pendakwah Islam (Azhar, 2000 : 256). Terdapat beberapa

teori yang turut menyokong kedatangan Islam dari China.

Emanuel Godinho De Evedia mengatakan Islam datang ke

Nusantara dari China melalui Canton dan Hainan pada

kurun ke-9 Masihi. Pendapat ini terbukti hasH penemuan

batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu yang terletak

di pantai Timur Tanah Melayu (Othman Soh, T.t : 72). '10

Page 11: slide TITAS bab 4

O Pada tahun 878 Masihi pula telah berlaku

pemberontakan di Canton yang menyebabkan seramai

100 000 orang asing terbunul).. Akibat peristiwa ini

telah menyebabkan ramai orang Arab-Islam yang

melarikan diri ke Kedah dan Palembang. Dalam masa

yang sarna catatan Dinasti Sung pula mengatakan

bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu melalui

sepanjang pantai Laut China Selatan dan dibawa oleh

pedagang-pedagang Islam dari China pada awal977

(Azhar Hj. Mad Aros, 2000: 256).

11

Page 12: slide TITAS bab 4

O Bukti kedatangan Islam dari China dapat dilihat melalui

hubungan perdagangan antara orang-orang Arab dengan

China yang dikatakan telah berlaku sejak sebelum kelahiran

agama Islam lagi. Mereka membawa barang-barang

dagangan seperti mutiara, sutera dan tembikar dari China.

Perdagangan antara Arab dengan China secara tidak

langsung mewujudkan hubungan antara China dengan

Kepulauan Melayu. Menurut laporan orang-orang China

Islam, bahawa orang-orang Arab Islam telahpun datang ke

negara China semasa zaman pemerintahan Maharaja Tai

Tsung dari Dinasti Pang (627-650M) (Abdullah Ishak, 1990 :

65).

12

Page 13: slide TITAS bab 4

KESAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

O Kedatangan Islam telah banyak mencorakkan suasana masyarakat di Alam

Melayu.

O Kesan dan pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu dapat dilihat dalam

beberapa aspek, antaranya:

O Akidah

O Politik

O Sosial

O undang-undang

O Ekonomi

O Kebudayaan

O Bahasa dan sastera

O Kesenian

O Pendidikan dan Ilmu Syariah 13

Page 14: slide TITAS bab 4

Islam dan Pembentukan Tamadun Melayu

O Tamadun Melayu ialah sebuah tamadun yang dibentuk oleh

sekelompok manusia yang dogolongkan secara luas sebagai

kumpulan orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia

Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Alam

Melayu, Nusantara, Tanah Jawi, Gugusan Kepulauan Melayu

dan sebagainya.

O Wilayah ini ditandai dengan dua elemen iaitu bahasa Melayu

sebagai lingua franca dan agama Islam sebagai anutan majoriti

penduduknya. 14

Page 15: slide TITAS bab 4

O Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memantapkan keseluruhan

pandangan semesta Melayu dan berlaku pentakrifan semula

tentangnya.

O Pandangan semesta Melayu yang berpusatkan manusia Melayu (man-

centered) dan kesedaran bahawa seluruh hidup terfokus ke arah

tuhan (god-centered) membuatkan manusia Melayu menyedari serta

meyakini bahawa Allah Yang Maha Berkuasa, Maha Mengasihani.

O Ini seterusnya menjadikan pandangan semesta Melayu juga dibentuk

berasaskan hubungan manusia dengan Allah (hablum minalLah) dan

hubungan dengan sesama manusia (hablum minannas). 15

Page 16: slide TITAS bab 4

Kedudukan Islam dalam PerlembagaanO Kedudukan agama Islam yang telah menjadi sebati dengan kehidupan

masyarakat Melayu khususnya di Negeri-negeri Melayu hanya

berubah selepas kedatangan British ke Tanah Melayu bermula dengan

Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura), Negeri-

negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan

Negeri-negeri Borneo (Sabah dan Sarawak).

O Undang-undang Inggeris dilaksanakan di negeri-negeri Melayu melalui

piagam Keadilan I (1807), Piagam Keadilan II (1826) dan Piagam

Keadilan III (1855).

O Residen-residen Inggeris juga dilantik untuk menasihati para Sultan di

dalam perkara-perkara pentadbiran kecuali dalam perkara-perkara

mengenai agama dan adat istiadat Melayu.16

Page 17: slide TITAS bab 4

O Dalam konteks perlembagaan Malaysia pada masakini, dalam

Perlembagaan Persekutuan Malaysia jelas memberitahu

bahawa :

“Islam adalah agama rasmi persekutuan, tetapi agama lain

boleh diamalkan dengan bebas di dalam aman dan harmoni

di dalam mana-mana bahagian jua di dalam persekutuan ini.”

17

Page 18: slide TITAS bab 4

O Menurut Perkara 3(1), Islam telah dinyatakan sebagai agama

rasmi persekutuan Malaysia. Dalam masa yang sama, agama-

agama lain juga bebas dipraktikkan dan diamalkan.

O Kesan daripada peruntukan Perlembagaan Persekutuan ke

atas agama Islam dalam perkara 3(1) iaitu agama Islam

sebagai agama Persekutuan ialah :

18

Page 19: slide TITAS bab 4

O Bahawa seorang Melayu itu adalah seorang yang beragama

Islam, lazimnya bercakap di dalam Bahasa Melayu dan

mengikut istiadat Melayu.

O Melayu dan Islam adalah unsur yang bercantum dan tidak

boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan

Perlembagaan.

O Yang DiPertuan Agong dikalangan raja-raja di negeri Melayu

dan di dalam setiap perlembagaan negeri termasuk

Perlembagaan Negeri Johor. Mestilah berbangsa Melayu,

beragama Islam dan berketurunan raja.19

Page 20: slide TITAS bab 4

O Di dalam sumpah memegang jawatan Yang DiPertuan Agong

baginda mengangkat sumpah dengan didahului dengan lafaz

Wallahi, Wabillahi dan Watallahi yang merupakan lafaz

sumpah yang dikehendaki dalam agama Islam.

O Yang DiPertuan Agong adalah ketua agama Islam di negeri

Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah

Persekutuan iaitu negeri yang tidak mempunyai Raja.

20

Page 21: slide TITAS bab 4

O Raja dan Sultan di negeri-negeri beraja ialah ketua agama

Islam bagi negeri masing-masing.

O Dalam menjalankan tugas sebagai ketua agama mereka

mempunyai budi bicara dan tidak terikat dengan nasihat

Majlis Mesyuarat Negeri.

O Sultan dari segi praktikalnya semasa bertugas dibantu dan

dinasihati oleh Majlis Agama Islam Negeri.

21

Page 22: slide TITAS bab 4

O Walaubagaimanapun, sebagai satu perlindungan tambahan

terhadap status agama Islam sebagai agama rasmi

Malaysia, Perkara 11(4) ada menegaskan bahawa Undang-

undang Negeri dan Undang-undang Persekutuan bagi

Wilayah Persekutuan dan Labuan, boleh menjalankan dan

menguatkuasakan pengawalan dan penghalangan terhadap

apa-apa seruan, dakwah mahupun sebaran agama-agama

lain keatas penganut-penganut Islam.

22

Page 23: slide TITAS bab 4

O Perkara 38(2)(b) pula memperuntukkan bahawa Sultan di

dalam Majlis Raja-Raja adalah ketua-ketua agama Islam dan

bertanggungjawab ke atas adat istiadat Islam.

O Perkara 3(2) pula menegaskan bahawa Yang di-Pertuan

Agong menjadi ketua agama bagi negeri-negeri yang tidak

mempunyai Sultan. Kedudukan Islam sebagai agama rasmi

Malaysia seperti mana di dalam Perkara 3(1) di atas adalah

amat jelas, diperkuatkan dengan Perkara 11(4) yang

menghalang sebarang penyebaran agama lain kepada

orang-orang Islam.

23

Page 24: slide TITAS bab 4

O Walaubagaimanapun, maksud Islam sebagai agama rasmi

negara disini haruslah diperjelaskan. Ini ialah kerana, agama

rasmi di sini bukanlah bererti Islam dan segala prinsip-

prinsipnya yang terkandung di dalam al-Quran, as-Sunnah

dan sumber-sumber lain diaplikasikan secara menyeluruh di

dalam segenap pelusuk hal ehwal kenegaraan sebagaimana

definisi Islam mengikut syarak.

24

Page 25: slide TITAS bab 4

O Sebaliknya, kedudukan Islam sebagai agama rasmi dalam

Perkara 3(1) adalah dalam bentuk yang lebih kecil dan

terbatas kepada beberapa aspek kehidupan seperti, aqidah

iaitu kepercayaan, ibadah khusus seperti sembahyang,

puasa, zakat, haji serta beberapa aspek khusus kehidupan

masyarakat Islam seperti pernikahan, penceraian, waqaf,

harta pusaka serta beberapa kesalahan lain seperti berzina,

minum arak dan lain-lain.

25

Page 26: slide TITAS bab 4

Keterbatasan …O Hakikat bahawa maksud agama rasmi di dalam Perkara 3(1) hanya

terbatas kepada beberapa perkara tertentu sahaja dapat

dibuktikan seterusnya melalui Perkara 160 yang jelas tidak

memasukkan Undang-Undang Syarak di dalam definisi dan

undang-undangnya.

O Kedudukan Islam menurut Perkara 3(1) perlembagaan hanya

terhad kepada perlaksanaan Islam di dalam beberapa aspek

kemasyarakatan umat Islam sahaja seperti hal kekeluargaan, hal

ketuhanan dan keimanan dan beberapa aspek lain sahaja.

26

Page 27: slide TITAS bab 4

O Jadual kesembilan di dalam senarai keduanya yang

mendefinisikan bidang kuasa Badan Penggubal

Undang-undang Negeri (State Legislature) juga telah

menyenaraikan aspek-aspek lain yang mana badan

penggubal undang-undang negeri boleh mengubal

Undang-undang atau Enakmen-enakmen hukum syarak

di negeri-negeri masing-masing.

27

Page 28: slide TITAS bab 4

O Makna agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan juga jelas

terbatas daripada perlaksanaan Sistem Perundangan Malaysia

yang jelas sebagai ambilan daripada sistem Perundangan

Negara-negara lain seperti England dan Australia.

O Banyak di antara undang-undang negara ini yang mengambil

contoh undang-undang di England seperti pengamalan Undang-

Undang Common Law (undang-undang Lazim) dan Equity.

28

Page 29: slide TITAS bab 4

O Ini bermakna kejelasan penggunaan hukum syarak tidak

wujud dalam undang-undang dan Perlembagaan

Persekutuan Malaysia bahkan ambilannya adalah dari sistem

Perundangan negara-negara Sekular.

O Selain itu, terdapat Akta-Akta Persekutuan yang

bertentangan dengan hukum syarak seperti Trustees Act,

Age of Majority Act, dan sebagainya yang masih lagi terpakai

kepada orang Islam dan bukan Islam di Malaysia.

O Bidang kuasa Mahkamah Syariah pula masih lagi terhad

kepada kes di mana kedua-dua pihak adalah Islam dan tidak

berkuasa ke atas orang bukan Islam. 29

Page 30: slide TITAS bab 4

PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

O Malaysia kini adalah sebuah negara bangsa berbentuk

persekutuan yang terdiri daripada komponen 14 buah negeri.

O Kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa sebenarnya

merupakan lanjutan daripada kemunculan kerajaan-kerajaan

Melayu lebih awal.

O Kerajaan-kerajaan Melayu tersebut juga merupakan

kesinambungan daripada beberapa buah kerajaan atau pusat

tamadun Melayu yang pernah wujud di Alam Melayu seperti

Srivijaya, Temasik, Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Johor

Riau-Lingga dan sebagainya.30

Page 31: slide TITAS bab 4

Sistem Perundangan Tradisional

O Melaka : Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka.

O Johor : Undang-undang Johor, Undang-undang Tubuh Negeri

Johor 1895.

O Pahang : Undang-undang Pahang.

O Kedah : Undang-undang Kedah.

O Perak : Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang

Keturunan Daripada Turun Negeri Perak.

O Terengganu : Perlembagaan Negeri Terengganu, 1911.

O Negeri Sembilan : di Sungai Ujong, Rembau, Johol dan Jelebu.

31

Page 32: slide TITAS bab 4

Agama Islam dan Adat-adat Istiadat Melayu

O Islam merupakan elemen penting dalam tamadun Melayu.

O Secara khusus, Islam dan adat Melayu menjadi salah satu

struktur terpenting kemelayuan dalam tamadun Malaysia.

O Islam dan adat Melayu merupakan struktur yang saling

melengkapi dan berintegrasi ke dalam wadah kemelayuan. Islam

terus menjadi teras bagi identiti Melayu.

O Dalam perlembagaan, orang Melayu didefinisikan sebagai orang

yang berbahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan

beragama Islam.

32

Page 33: slide TITAS bab 4

Agama Islam dan Adat-adat Istiadat Melayu

O Agama Islam dijadikan salah satu daripada asas bagi

mengiktiraf seseorang sebagai berbangsa Melayu. Begitu

juga dengan perlantikan sultan bagi setiap negeri, sultan

dimestikan beragama Islam.

O Sultan juga diberikan peranan yang besar dalam

mengetuai agama Islam di setiap negeri di Tanah Melayu.

33

Page 34: slide TITAS bab 4

Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera

O Keistimewaan orang Melayu juga telah menjadi satu asas dalam

perkembangan ketuanan orang Melayu penerajuan dan pemilikan

negara Malaysia.

O Keistimewaan ini telah diperuntukan dalam perlembagaan

Persekutuan Malaysia dalam Perkara 153.

O Di samping peruntukan perlembagaan memberikan keistimewaan

orang Malayu, perlembagaan Malaysia juga memberikan perakuan

dan pengiktirafan terhadap undang-undang adat yang dilaksanakan di

kalangan orang Melayu.

O Namun demikian undang-undang adat ini tidak dapat mengatasi atau

melangkah kuasa Perlembagaan Persekutuan Malaysia.34

Page 35: slide TITAS bab 4

Semangat Kebangsaan dan Jati Diri Kebangsaan

O Tamadun Melayu yang ditunjangi oleh kekuatan pegangan terhadap agama Islam

sebenarnya telah banyak memberikan sumbangan kepada semangat juang di

kalangan cendikiawan-cendikiawan Melayu dalam memperjuangkan hak orang

Melayu dan juga kebebasan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan.

O Di bawah pemerintahan British semangat kebangsaan untuk berjuang

mempertahan dan membebaskan tanah Melayu telah bermula seawal 1900

dengan diketuai oleh beberapa orang pemikir dan cerdik pandai yang

memperolehi pendidikan tinggi dalam bidang pengajian Islam daripada Universiti

Al-Azhar Mesir dan juga daripada beberapa universiti di Timur Tengah yang lain.

O Mereka ini telah menggunakan bahasa Melayu sebagai wahana dalam

menyampaikan buah fikiran dalam beberapa majalah dan akhbar seperti al-Imam,

Neracha dan al-Ikhwan. 35

Page 36: slide TITAS bab 4

Penerapan Nilai-nilai Islam dan kesan-kesannya

O Penerapan nilai-nilai Islam yang telah menjadi akar umbi kawalan

terhadap semua dasar dan polisi yang dijalankan oleh kerajaan telah

menampakkan lagi kepada kita peranan agama Islam dalam

pembentukan negara Malaysia.

O Nilai-nilai Islam yang suci dan universal telah dapat diterima oleh

semua bangsa majmuk yang tinggal dalam negara ini.

O Nilai-nilai Islam yang berasaskan tauhid dan mencakupi semua aspek

hidup manusia telah menjadi satu mekanisme kawalan dan panduan

bagi kakitangan kerajaan dalam menjalankan tugas mereka.

Keistimewaan agama Islam yang menjadi identiti bangsa Melayu telah

menjadikan tamadun Melayu sebagai asas tamadun Malaysia.

36

Page 37: slide TITAS bab 4

Pendekatan Sistem Perbankan Islam dalam Era Globalisasi

O Dalam menghadapi era globalisasi masakini pendekatan ekonomi

negara dimantapkan lagi dengan sistem Perbankan Islam yang

dimulakan pada 1983.

O Sekalipun sistem konvensional tetap wujud di Malaysia, namun

Sistem Perbankan Islam kini semakin popular termasuk juga kepada

golongan bukan Islam.

37

Page 38: slide TITAS bab 4

PENUTUP

O Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membentuk wajah baru

dan memperkukuhkan identiti Melayu yang sebelumnya dibayangi

oleh elemen-elemen yang rapuh dan tidak kekal.

O Dengan berindentitikan Islam, bangsa Melayu akan dapat

menjayakan pepatah ’tidak Melayu hilang di dunia’.

O Kejituan tamadun Melayu yang berasaskan agama Islam inilah yang

telah berjaya membentuk satu lakaran perjalanan bangsa Melayu di

Tanah Melayu terutama di Malaysia. 38