slide (dasar awam bab 3)

Upload: tenwu-azhar-ii

Post on 01-Jun-2018

266 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Slide (Dasar Awam Bab 3)

    1/21

    BAB 3FAKTOR DALAM PEMBUATAN

    DASAR AWAM

      NAMA  : JEFFERY SIANO.MATRIK : 224444

    &

      NAMA : AZHAR BIN MUHAJIMNO.MATRIK : 224389

  • 8/8/2019 Slide (Dasar Awam Bab 3)

    2/21

    PENGENALAN

     Pembentukan dasar sesebuah kerajaan menentukan arah tuju pentadbiran negaratersebut.

     Pentadbiran Malaysia-aktor utama yang terlibat dalam pembentukan dasar datang

    daripada orang-orang politik atau pihak eksekutif.

     Penglibatan aktor-aktor lain juga kian ketara dengan perkembangan semasa dan

     globalisasi.

     Peranan pentadbir awam dan pihak profesional yang lain kini menjadi perhatian pihak

     eksekutif untuk pembentukan dasar yang lebih berkesan.

     Aktor tidak rasmi yang lain seperti kumpulan berkepentingan,pihak media,masyarakat

    dan individu tertentu juga kian dianggap penting sebagai sumber dalam pembentukandasar awam negara.

    Walaupun begitu,sumber-sumber tersebut masih dikawal oleh sumber utama iaitu

     eksekutif ataupun ahli politik.

  • 8/8/2019 Slide (Dasar Awam Bab 3)

    3/21

     AKTOR-AKTOR DASAR

    (POLICY ACTORS)

    Pihak yang terlibat dalam pembuat dasar digelar sebagai aktor

    dasar.

     Aktor dasar merupakan individu atau kumpulan individu yang

    bertanggungjawab atau mempunyai kuasa atau hak dalam

    menggubal dan perlaksanaan sesuatu dasar.

    Terbahagi kepada dua

      -Aktor rasmi.

      -Aktor tidak rasmi.

  • 8/8/2019 Slide (Dasar Awam Bab 3)

    4/21

     AKTOR RASMI

     Terdiri daripada Ahli-Ahli Parlimen,Menteri-Menteri, Timbalan Menteri danMenteri Besar atau Perdana Menteri serta timbalan-timbalannya.

    Peringkat negeri, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri serta ahli-ahli Dewan

    Undangan Negeri juga

    dianggap sebagai aktor-aktor dalam membuat dasar.

    Selain itu, pegawai-pegawai kerajaan dari peringkat yang tertinggi iaitu A

    hinggalah ke peringkat kanan serta kumpulan satu dianggap mereka yangterlibat sama dalam membuat dasar.

     Terdapat dua kategori aktor rasmi iaitu aktor utama atau primer dan aktor

    pelengkap atausupplementary.

  • 8/8/2019 Slide (Dasar Awam Bab 3)

    5/21

     Aktor primer ialah aktor yang mendapatmandat secara

    langsung daripada Perlembagaan dalam proses sesuatudasar.

    Mempunyai kuasa merumuskan dasar-dasar dan

    mempunyai kuasa terhadap dasar yang diluluskan

     Aktor supplementary pula mendapat mandat daripada

    aktor primer.

    Contohnya polis yang mendapat mandat daripadaParlimen melalui Akta Polis.

  • 8/8/2019 Slide (Dasar Awam Bab 3)

    6/21

     AKTOR RASMI YANG TERLIBAT

    PARLIMENditubuhkan oleh Perlembagaan yang berkuat kuasa pada Hari Merdeka.

    Parlimen merupakan suatu badan yang terpenting berdasarkan kuasa yangdimiliki olehnya.

    Mengikut Tun Mohamad Suffian (1976), dari semasa ke semasa apabila

    kerajaan yang ditubuhkan oleh parti yang mempunyai lebih suara hendak

    meluluskan sesuatu undang-undang baru, meminda atau memansuhkan

    undang-undang lama, maka Parlimen akan dipanggil bersidang.

    Menurut Perkara 44, secara rasminya Parlimen mempunyai kuasa

    perundangan Persekutuan atau kuasa Kerajaan Persekutuan untuk membuat

    undang-undang.

    Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan

    Rakyat.

  • 8/8/2019 Slide (Dasar Awam Bab 3)

    7/21

     Yang Di-Pertuan Agong(YDPA)

     Yang di-Pertuan Agong (YDPA) merupakan sebahagian daripada Parlimen.

    berperanan sebagai memberi titah ucapan kepada mana-mana satu Majlis

    Parlimen atau kepada kedua-dua Majlis Parlimen secara bersama.

    Peranan utama YDPA ialah memanggil mesyuarat parlimen.

    Secara umumnya, raja-raja di Malaysia kelihatannya tidak terlibat di dalam

    pembuatan dasar.

    peranan YDPA memastikan dasar yang diwujudkan adil untuk kesemua

    pihak terutama untuk kesejahteraan rakyat dan seterusnya keamanan negara

  • 8/8/2019 Slide (Dasar Awam Bab 3)

    8/21

    Perdana MenteriPerdana Menteri ialah aktor utama dalam sesebuah kerajaan yang

    memerintah.

    Di Malaysia, sehingga hari ini kebanyakan dasar yang dilaksanakan dibentuk

    dan digubal oleh pemimpin utama negara iaitu Perdana Menteri.

    Dasar pertama yang telah diperkenalkan selepas merdeka di bawah

    pemerintahan Tunku Abdul Rahman ialah Dasar Pro-Barat.

    seterusnya Tunku Abdul Rahman telah memperkenalkan dasar pertama yang

    berkaitan dengan pembangunan sosioekonomi di Tanah Melayu melalui

    Rancangan Malaya Pertama (RM1) untuk tempoh 1956 hingga 1960.

    RM1 ini bermatlamatkan membangunkan sektor ekonomi di luar bandar bagi

    merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara luar bandar dan bandar

    serta mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan masyarakat luar bandar.

    Seterusnya Tunku telah meneruskan dasar tersebut di bawah Rancangan

    Malaya Kedua (RM2) untuk tempoh 1961 hingga 1965.

  • 8/8/2019 Slide (Dasar Awam Bab 3)

    9/21

    . Di bawah Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak, dasar awam Malaysiaditeruskan dengan Rancangan Malaysia yang Pertama (RM-1) (1966 – 1970).

    Seterusnya Tun Abdul Razak telah meneruskan Rancangan Malaysia yang kedua (RM2) bagi

    tempoh 1971 hingga 1975.

    RM2 merupakan rancangan yang berasaskan kepada keadaan negara yang masih mengalami

    kemiskinan.

    Dalam rancangan ini, Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan. DEB telah diperkenalkan

    pada tahun 1970 bertujuan untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi yang wujud antara

    kaum dan wilayah bagi mencapai perpaduan negara.

    Seterusnya pentadbiran negara Malaysia telah diteruskan oleh Perdana Menteri ketiga iaitu

    Tun Hussein b. Dato’ Onn.

    Beliau telah memberi penekanan terhadap DEB di bawah Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3).

     Antara penekanannya ialah menjamin keselamatan negara dengan memberi penekanan kepada

    pembasmian kemiskinan, menyemai rasa tanggungjawab rakyat untuk memelihara keamanan

    negara, menyedarkan rakyat supaya bersatu dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang

    akan mengancam negara dan mengingatkan rakyat betapa pentingnya berpegang kepada

    prinsip-prinsip rukun negara untuk menjamin perpaduan negara di masa hadapan.

  • 8/8/2019 Slide (Dasar Awam Bab 3)

    10/21

    Dasar-dasar negara telah diperkenal dan dilaksanakan dengan giatnya pada zaman pemerintahan

    Perdana Menteri yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memerintah negara sejak tahun

    1981 hingga 2003.

     Antara dasar yang telah diperkenalkan di bawah kepimpinan beliau ialah Dasar PersyarikatanMalaysia iaitu Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyat ialah pekerja dan pemegang

    saham.

     Dasar Kependudukan Negara pula bermatlamatkan rakyat Malaysia akan mencapai seramai 70 juta

    orang bagi menyokong ke arah negara maju.

    Dasar penerapan nilainilai Islam ialah sebagai wadah menerapkan budaya kerja yang selari dengan

    ajaran Islam.

    Dasar Pandang ke Timur pula bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai etika kerja yang positif di

    kalangan kakitangan awam dan rakyat Malaysia dengan merujuk kepada negara Jepun dan Korea.

    Dasar penswastaan diketengahkan pula sebagai satu usaha mengurangkan beban kewangan kerajaan

    dalam menjana projek-projek pembangunan.

    Untuk memajukan industri negara, Dasar Perindustrian Negara telah diperkenalkan.

    Beliau juga ingin menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020 dengan melancarkan

    Wawasan 2020.

    Dalam menjayakan hasrat tersebut beberapa dasar baru telah diperkenalkan. Antaranya DasarWawasan Negara dan Dasar Sosial Negara.

  • 8/8/2019 Slide (Dasar Awam Bab 3)

    11/21

    Perdana Menteri yang kelima telah dilantik dengan rasminya pada 31

    Oktober 2003.

    Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi pemimpin negara yang kelima

    Malaysia.

    Pada awal pentadbiran beliau, belum ada dasar-dasar baru yang

    diperkenalkan.

  • 8/8/2019 Slide (Dasar Awam Bab 3)

    12/21

    .

    Menteri-Menteri/ Eksekutif

    Menurut K. Ramanathan, 1989, secara umumnya parti politik boleh didefinisikan

    sebagai kumpulan dalam negeri yang ahli-ahlinya bergabung untuk menguasai

    teraju pemerintahan dan memerintah sesebuah negara.

    Manakala Sigmund Neuman, 1980, pula mendefinisikan parti politik sebagai

    organisasi yang bersendi dengan organisasi politik, masyarakat perantaraan, begitu

     juga dengan sesiapa yang ada kaitan dengan kawalan kuasa, kerajaan dan sesiapayang bertanding untuk mendapat lebih sokongan daripada kumpulan lain atau

    kumpulan yang menyimpang pandangan daripada yang lain.

    Melalui definisi yang dinyatakan, jelas menunjukkan bahawa ahli politik

    berperanan penting dalam pentadbiran sesebuah negara terutamanya

    parti politik yang memegang pentadbiran negara tersebut.

    Oleh itu,secara keseluruhannya pendapat Joseph La Palombara dan Myron

    Weiner (dalam K. Ramanathan, 1989), yang menyatakan parti politik

    ialah organisasi yang mementingkan kestabilan dan penekanan

    meneruskan kestabilan pimpinan.

  • 8/8/2019 Slide (Dasar Awam Bab 3)

    13/21

    . Maksud politik sukar didefinisikan secara jelas kerana bidang politik adalah

    luas.

    K.Ramanathan (2000), politik dianggap sebagai pengkajian tentang

    pemerintahan ataupun tinjauan tentang kegiatan yang melibatkan semua

    perkara yang berhubung kait dengan pemerintahan, iaitu bentuk, struktur, fungsi

    dan dasar-dasar kerajaan.

    Manakala menurut Geoffrey K. Robert (dlm. Ramanathan, 2000), istilah politikbukan sahaja digunakan untuk menandakan sesuatu jenis aktiviti tetapi juga ia

    digunakan untuk menjelaskan pengkajian aktiviti berkenaan.

    Lantaran itu, sesuatu politik itu diwujudkan oleh sekumpulan individu sebagai

    pemain utama untuk sebarang aktiviti politik dan kerajaan

    Oleh itu, untuk menjayakan sesebuah kerajaan, satu parti politik diperlukan

    untuk memimpin sesebuah negara.

    Untuk mengekalkan pemerintahan sesebuah negara, ahli-ahli politik yang

    memerintah akan memastikan setiap dasar yang mereka gubal dan laksanakan

    perlulah mendapat keabsahan ataupun legitimasi daripada rakyat.

  • 8/8/2019 Slide (Dasar Awam Bab 3)

    14/21

     Melalui dasar yang dilaksanakan, maka ahli politik dapat

    memperkukuhkan kedudukan parti mereka sekiranya dasar tersebut dapat

    menjaga kepentingan rakyat.

    Menurut amalan demokrasi yang telah diamalkan di Malaysia, pemilihan

    bagi ahli politik sama ada ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri

    dibuat melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali.

    Biasanya, parti-parti politik akan memilih calon mereka untuk bertanding

    sama ada di peringkat Parlimen atau DUN.

    Menurut Ahmad Atory (1996), pada praktiknya, tiap-tiap bahagian UMNO

    mengemukakan nama-nama calon untuk menjadi calon ahli Parlimen

    kepada Presiden Parti dan keputusan muktamad akan dibuat oleh Presiden.

    Secara praktiknya, pemilihan calon wakil rakyat lebih banyak ditentukan

    oleh Ahli-Ahli UMNO Bahagian, Ahli-Ahli Jawatankuasa Peringkat Bahagian

    yang menentukan seseorang bakal calon itu.

    Bagi jawatan Ahli Dewan Negara (DN) pula, pemilihan dibuat bukanmelalui pilihan raya tetapi dipilih oleh YDA dan juga oleh PM.

  • 8/8/2019 Slide (Dasar Awam Bab 3)

    15/21

    BIROKRAT / PENTADBIR AWAMKumpulan pelaksana dasar tersebut dikenali sebagai Birokrat ataupun

    pentadbir. Golongan pentadbir awam ini bertanggungjawab ke arah

    melaksana dan menentukan berjaya atau tidak sesuatu undang-undang

    atau dasar yang telah ditetapkan oleh pentadbir atau ahli-ahli politik.

    Menurut Ahmad Atory (1990), secara teorinya, golongan birokrat bersikap

    berkecuali (neutral) dalam hal-ehwal politik. Di Malaysia, golongan ini

    tertakluk di bawah Perintah Am Bab D yang melarang mereka melibatkan

    diri secara aktif dengan parti politik.

  • 8/8/2019 Slide (Dasar Awam Bab 3)

    16/21

     AKTOR TIDAK RASMI

     Aktor tidak rasmi tidak mempunyai kuasa yang sah untuk memutuskan

    sesuatu dasar. Aktor tidak rasmi ini menjadi sumber tambahan dengan

    memberi maklumat serta cadangan yang tertentu untuk aktor rasmi

    mengenai dasar.

     Aktor tidak rasmi ini menjadi sumber tambahan dengan memberi

    maklumat serta cadangan yang tertentu untuk aktor rasmi mengenai

    dasar yang akan, sedang dan telah dilaksanakan.

     Agensi Swasta  Agensi swasta merupakan salah satu aktor tidak rasmi yang penting

    dalam mempengaruhi persekitaran dasar telah dilaksanakan.

      Dalam menjayakan sesuatu dasar selalunya agensi swasta

    difokuskan untuk menjayakan dasar utama ekonomi yang sepatutnya

    diwujudkan untuk meneruskan usaha ke arah kemakmuran dan

    ekonomi yang bersaing

  • 8/8/2019 Slide (Dasar Awam Bab 3)

    17/21

    Media

      Media ialah satu alat penyampaian maklumat semasa yangdigunakan oleh pihak tertentu untuk memastikan maklumat

    tersebut disebarkan secara meluas. Awal permulaaan penulisan,

    media yang digunakanhanyalah sekadar media cetak. Tetapi

    dengan perkembangan semasa kini, pelbagai bentuk media telah

    diwujudkan, seperti media elektronik danmedia melalui teknologiterkini yang dikenali sebagai teknologimaklumat.

      Menurut McQuail (1994), media mempunyai tiga pengaruh besar iaitu,

    kuasa media, integrasi sosial dan pengetahuan awam. Melalui kuasa

    media, beliau juga menyatakan kepercayaan terhadap kuasa media

    berdasarkan pemerhatian tentang pencapaian yang memberangsangkan

    dan kesan peranannya terutama melalui akhbar.

  • 8/8/2019 Slide (Dasar Awam Bab 3)

    18/21

    KUMPULAN BUKAN KERAJAAN

    Kumpulan Bukan Kerajaan (NGO) ialah sebuah badan yang tidak

    berasaskan keuntungan politik mahupun kepentingan awam.

    Melihat kepada aktiviti yang dijalankan, mereka cuba menarik

    perhatian rakyat supaya lebih peka dan aktif terhadap sesuatu

    isu dalam sesebuah negara. NGO juga aktif dalam

    memperjuangkan sesuatu perkara atau isu di dalam sesebuahnegara. Keanggotaan NGO terbuka kepada sesiapa sahaja

    Di Malaysia, NGO sering memainkan peranan dalam

    mempengaruhi sesuatu pembentukan dasar. Mereka

    memperjuangkan sesuatu perkara bagi memastikan masyarakat

    mendapat hak mereka. Antara badan NGO yang aktif membantu

    masyarakat ialah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

  • 8/8/2019 Slide (Dasar Awam Bab 3)

    19/21

    KUMPULAN BERKEPENTINGAN

     Tujuan kumpulan berkepentingan ini diwujudkan bagimewakilikepentingan golongan-golongon tertentu untuk kepentingan ahli

    ahlinya. kumpulan berkepentingan meainkan peranan yang

    penting dalam pembentukan sesuatu dasar awam. kuasa yang

    mereka miliki bergantung kepada jenis pemerintahan Sesebuah

    negara sama ada negara demokratik, diktator, negara maju,membangun atau mundur.

     Di Malaysia, Persatuan Pengguna (FOMCA) antara kumpulan

    berkepentingan yang memainkan peranan dalam menjaga hak-

    hak pengguna bagi rakyat Malaysia. FOMCA merupakan sebuahpertubuhan sukarela yang tidak mementingkan keuntungan,

    bukan politik dan pertubuhan sivik. FOMCA bekerja rapat

    dengan kerajaan dan badan bukan kerajaan di peringkat

    kebangsaan dan antarabangsa dalam memberikan maklumat,

    pendidikan dan perlindungan pengguna.

  • 8/8/2019 Slide (Dasar Awam Bab 3)

    20/21

    INDIVIDU AWAM

    peranan individu awam dalam penglibatan

    mereka untuk sesuatu pembentukan dasar awam

     jarang dibincangkan serta diberi perhatian.

    Sebenarnya seseorang individu awam boleh

    melibatkan diri secara langsung dalam prosespembuatan keputusan.

    Dalam negara demokrasi seperti Malaysia,

    sebenarnya individu awam boleh mempengaruhisesuatu dasar apabila mereka mempunyai hak

    untuk mengundi.

  • 8/8/2019 Slide (Dasar Awam Bab 3)

    21/21

    KESIMPULAN

    Penggubalan dan pelaksanaan dasar awam

    selaras dengan nilai-nilai sosioekonomi dan

    politik negara. Selain itu, sesuatu dasar awam

    dibentuk berdasarkan sumbangan dan

    penglibatan kerajaan, pihak swasta, media,kumpulan berkepentingan dan masyarakat

    keseluruhannya. Kerajaan Tidak mampu

    merealisasikan sesuatu dasar awam sekiranya

    tidak mendapat input serta sokongan daripadapihak lain seperti media, NGO, badan

    berkepentingan dan individu