bab 4 slide

Upload: bennameer

Post on 03-Apr-2018

271 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    1/38

    BAB 4

    NASIONALISME

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    2/38

    PENGENALAN

    Hans Kahn - gerakan untuk menbentukmasyarakat yang lebih terbuka, bagi menjaminkemerdekaan warganegara dan membebaskanakal dan fikiran.

    R. S. Chavan - sebagai sentimen, loyalty ofsympathy.

    Juga disebut sebagai fahaman kebangsaan -pemikiran dan tindakan yang menunjukkancinta kepada bangsa dan negara.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    3/38

    Bermula di Eropah pada abad ke-18, selepas

    Revolusi Perancis pada 1789.

    Asia Tenggara - wujud dalam abad ke-20.

    Orang Melayu

    perjuangan untuk mendapatkan kembali

    kedudukan unggul dalam negaranya sendiriseperti sebelum kedatangan penjajah.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    4/38

    Tujuan

    membebaskan diri daripada cengkaman kuasaasing. Melahirkan perasaan bersatu padu di antararakyat yang dijajah.

    Selepas merdeka

    perjuangan mempertahankan maruah danmartabat serta kedaulatan negara.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    5/38

    BENTUK DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME

    Perkembangan nasionalisme di Tanah Melayudari sudut masyarakat peribumi (Melayu) danmasyarakat imigran.

    Peribumi - dua bentuk perkembangan;

    gerakan radikal (bersenjata),

    sederhana (tidak bersenjata) - melalui pertubuhandan desakan media massa.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    6/38

    GERAKAN NASIONALISME BERSENJATA

    Bermula Melayu Melaka menentang Portugis dan Belanda, Melayu

    Kedah menentang Siam.

    Penentangan terhadap Inggeris Sosio ekonomi - pengutipan cukai. Kepimpinan - di lihat sebagai mencabar kewibawaan

    pembesar Melayu sebagai pemimpin tradisi tempatan. Campur tangan dalam hal ehwal agama dan adat-adat

    Melayu.

    Gerakan nasionalisme bersenjata berlaku di hampirkebanyakan negeri di Tanah Melayu dan juga diSabah.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    7/38

    Gagal kerana tiada jaringan yang kukuh di kalanganpenduduk di Tanah Melayu dalam menentangpenjajah. berbentuk setempat, sementara dan bergerak secara kecil-

    kecilan.

    Tidak wujud perpaduan dan rasa kekitaan dikalangan penduduk.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    8/38

    Peristiwa penentangan penjajah;

    Sultan Kedah untuk menduduki kembali PulauPinang pada tahun 1789,

    Pemberontakan Dol Said di Naning (1831),

    Pembunuhan J.W.W. Birch (1875),

    Pemberontakan Datuk Bahaman di Pahang (1895),

    Pemberontakan Tok Janggut di Pasir Putih (1915),

    Penentangan Haji Abdul Rahman Limbong diTerengganu (1928).

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    9/38

    Dol Said

    Campur tangan dalam pentadbiran Naning

    Menghalang menyelesaikan kes jenayah di Naning

    Kuatkuasa undang-undang seperti di Melaka

    Menghalang hubungan Naning Belanda Melancarkan pemberontakan terhadap British. (1831

    sehingga 1833).

    Kalah dan menyerah diri pada 4 Februari 1833.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    10/38

    Tok Janggut (Haji Mat Hassan)

    Berlaku di Pasir Putih, Kelantan

    Membakar Pejabat Daerah, kebun-kebun, dankediaman milik pegawai-pegawai British.

    Penasihat British Kelantan dengan bantuan pasukanpolis dari Singapura - Perang Tok Janggut.

    Dibunuh mayatnya diarak di Pasir Putih dan Kota Bharu

    digantung di Padang Merdeka selama beberapa ketika

    sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    11/38

    SEMANGAT NASIONALISME BUKAN BERSENJATA

    Tokoh intelektual tempatan membawa perubahan

    minda melalui media massa, madrasah, sekolah dan

    pusat-pusat pengajian.

    perkembangan pertubuhan Melayu yang bersifat bukan

    politik, separa politik dan yang bersifat politik.

    pengetahuan dan pengalaman mengenai perkembangan

    politik luar negeri.

    perkembangan pertubuhan-pertubuhan kaum bukan

    Melayu - Cina dan India.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    12/38

    Golongan Agama

    Kesedaran nasionalisme berkait rapat dengan gerakan

    pembaharuan / islah Islam yang sedang berkembang di

    Asia Barat

    Syed Jamaluddin Al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh, dan

    Rashid Ridha. Idea pembaharuan dimuatkan dalam majalah-

    majalah yang seperti Al-Manar dan Al-Urwatuk Wuthqa.

    Pelajar-pelajar Melayu di Universiti Al-Azhar menubuhkan

    persatuan kebajikan Al Jamiah Al Khariah untuk menjaga

    kebajikan pelajar-pelajar dan menyatukan mereka.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    13/38

    Kerjasama dalam persatuan Perkumpulan Pemuda

    Indonesia-Malaya (PERPINDO)

    persamaan dari segi rumpun bangsa, agama dan bahasa serta

    keturunan.

    Idea reformasi (islah) yang berkembang di Asia Barat

    dibawa ke Tanah Melayu oleh pelajar lepasan universiti diTimur Tengah seperti Syeikh Mohd Tahir Jalaluddin, Haji

    Abas Mohammad Taha, dan Syed Syeikh Al-Hadi.

    Pandangan reformis - dalam Majalah Al-Iman(1906), Al-Ikhwan (1926) di Singapura, di Pulau

    Pinang Idaran Zaman (1925) dan Saudara (1928)

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    14/38

    Guna media untuk mengkritik bangsa Melayu

    yang masih mengamalkan adat-adat lama dan kolot serta

    bertentangan dengan ajaran Islam.

    Berlaku pertentangan nilai antara Golongan reformis (Kaum

    Muda) dengan (Kaum Tua).

    Kaum Muda di lihat sebagai golongan anti-establishment danmembawakan gerakan pembaharuan Islam

    Reformis Islam

    golongan yang tidak puas hati dengan keadaan masyarakat Islamtelah jauh ketinggalan.

    umat Islam sendiri tidak mengamalkan ajaran Islam dengan

    betul sebagaimana terkandung dalam al-Quran dan hadis.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    15/38

    Kaum Muda melihat ilmu sains dan sistem pendidikan Barat

    lebih efisien untuk kehidupan moden.

    Menubuhkan Pertubuhan Melayo-Muslim sebagai usaha dan

    mengasaskan lebih banyak sekolah moden

    Belajar Bahasa Inggeris, asas matematik, mantik (logik),ekonomi dan perdagangan.

    Sekolah Agama Al-Diniah di Kampung Lalang, Sungai Rengas,

    Perak (1924), diasaskan oleh Syeikh Al-Junid dari Sumatera. Murid-murid didedahkan dengan mata pelajaran perdagangan dari

    segi teori dan amali di kedai-kedai menjual getah dan kedai-kedai

    runcit.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    16/38

    Madrasah juga melahirkan pengusaha-pengusaha Muslimdengan mengeluarkan barangan harian seperti kicap dan

    sabun.

    Haji Wan Mahmud bin Haji Wan Daud (1929)

    salah seorang pengasas Madrasah Muhammadiah, Kota

    Bharu

    menulis buku bahasa Melayu pertama bidang perdagangan Siasah Perniagaan.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    17/38

    Golongan Menengah Melayu

    MPSI (1922) - melahirkan pemikir Melayu yang menjadi

    pelopor kepada gerakan kebangsaan tanah air.

    Harun Amminurashid, Abdul Hadi Husin, Ibrahim Yaakub, Abdul

    Ghafar Baba, Senu Ab. Rahman, Syed Nasir, Pak Sako, Buyong Adil.

    Guru-guru dari MPSI mendapat banyak idea perjuangan

    daripada perkembangan semangat kebangsaan di Indonesia

    - menentang Belanda.

    Boedi Utomo, Sarekat Islam, Partai Komunis Indonesia,Muhammadiah, Partai Nasional Indonesia.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    18/38

    Tokoh MPSI seperti Zainal Abidin Ahmad, Buyong Adil, Ibrahim

    Yaakub dan lain-lain lagi telah menubuhkan dua buah

    persatuan;

    (i) Ikatan Pemuda Semenanjung (1929)

    (ii) Ikatan Semenanjung Borneo (1930)

    ditubuhkan secara sulit dan bekerjasama dengan beberapa

    pertubuhan politik Indonesia seperti Partai Nasional

    Indonesia yang dipimpin oleh Sukarno.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    19/38

    Pengetua MPSI, O.T. Dussek,

    banyak memberi dorongan kepada pelajar-pelajar

    mengenai kepentingan kemajuan dan pendidikan.

    Sedar dan prihatin terhadap kemunduran bangsa Melayu

    terutamanya dalam pendidikan. Bersimpati terhadap cabaran-cabaran yang terpaksa

    dihadapi oleh bangsa Melayu.

    Memberi kelonggaran kepada guru-guru di maktab untuk

    mengembangkan idea-idea politik Berminat dan cenderung terhadap kebudayaan dan

    bahasa Melayu.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    20/38

    Gerakan nasionalisme di MPSI tidak berkekalan;

    Kerajaan British menempatkan tokoh-tokoh pendidik muda

    ke kawasan berlainan dan sukar untuk berhubung antara

    satu sama lain.

    1927, Abdul Hadi Husin ditukarkan ke Kelantan dandiberikan jawatan sebagai Nazir.

    1936, O.T. Dussek dipencenkan dan kembali ke England.

    1939, Harun Aminurrashid dinaikkan pangkat sebagai

    Pengarah Pelajaran Melayu dan ditugaskan ke Brunei.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    21/38

    Menyebarkan semangat nasionalisme akhbar seperti

    Warta Malaya dan Majlis.

    1938 - menubuhkan parti politik Melayu pertama,

    Kesatuan Melayu Muda (KMM) diasaskan oleh Ibrahim Yaakub.

    Dilabel sebagai radikal oleh British dan dianggap sebagai parti

    berhaluan kiri.

    Menuntut kemerdekaan dari Inggeris dan menubuhkan

    Kesatuan Malaya Raya - menggabungkan Tanah Melayu

    dengan Indonesia.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    22/38

    Ogos 1939, Kongres Melayu di Kuala Lumpur.

    Tertubuhnya Persatuan Melayu SeMalaya - langkah

    pertama untuk menyatukan semua orang Melayu.

    British mengesyaki ahli-ahli KMM telah bekerjasamadengan Jepun.

    1940 KMM diharamkan.

    Ibrahim Yaakub dan 150 ahli telah ditangkap

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    23/38

    4.4.3 Golongan Bangsawan Melayu

    Kolej Melayu Kuala Kangsar (1905),

    dibina khusus bagi menempatkan anak-anak pembesar-pembesar

    Melayu Tujuan utama - memberikan latihan kepada anak-anak golongan

    bangsawan Melayu untuk mengisi jawatan-jawatan penting dalam

    pentadbiran Inggeris.

    Melahirkan tenaga birokrat Melayu yang akan melaksanakan dasar-

    dasar British. Simbol kebanggaan yang bersifat elit.

    Simbol status bagi pembesar-pembesar Melayu.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    24/38

    Tokoh penting MCKK Dato Onn Jaafar

    Raja Chulan Raja Abdullah

    Muhammad Eunos Abdullah

    merupakan golongan yang menyokong British

    mempunyai pemikiran yang lebih terbuka dan di lihat oleh

    British sebagai lebih liberal, agak sederhana dan bolehdibawa berunding.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    25/38

    Walaupun pro British, mengemukakan banyak

    tuntutan terhadap British

    Mengambil lebih banyak langkah untuk memperbaiki taraf

    hidup orang Melayu,

    Memberikan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada

    orang Melayu di dalam jabatan kerajaan.

    Melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti termasuk ke

    Oxford dan Cambrigde.

    Mengkritikan British mengenai kemasukan masyarakat

    imigran secara berleluasa ke Tanah Melayu - akan

    mengancam peluang-peluang yang sepatutnya dikecapi

    oleh orang Melayu. Kritikan disalurkan melalui akhbar

    seperti Warta Malaya.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    26/38

    1926, Kesatuan Melayu Singapura (KMS) ditubuhkan

    oleh Eunos Abdullah.

    Membimbing masyarakat Melayu Singapura untuk

    memajukan diri dalam lapangan politik, ekonomi,

    pendidikan, dan kemasyarakatan.

    1935, Kesatuan Melayu Selangor ditubuhkan Raja Sir

    Uda dan Tengku Ismail.

    Negeri-negeri lain turut menubuhkan parti politik.

    bersifat elit dan tidak menyeluruh.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    27/38

    4.5 PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ZAMAN

    PENDUDUKAN JEPUN

    Pendudukan Jepun selama lebih tiga tahun (1942-1945)

    Layanan kaum yang berbeza-beza melahirkan semangatnasionalisme yang berbeza di kalangan mereka.

    Anak Melayu berpeluang menceburi bidang pentadbiran

    memberikan keyakinan mengenai keupayaan untuk mentadbir tanahair sendiri.

    peluang ini tidak diperolehi semasa pemerintahan Inggeris dahulu.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    28/38

    Ahli-ahli KMM yang ditahan British dibebaskan.

    KMM membantu Jepun sebelum kemasukan mereka ke negara ini.

    Ibrahim Yaakub dilantik sebagai ketua KMM dan diberikan

    jawatan penting dalam pentadbiran.

    Jepun mengharamkan KMM

    Konsep Melayu Raya dan hubunngan KMM dengan Malayan People

    Anti-Japanese Army (MPAJA)

    Pejuang Melayu yang selama ini kagum dan menyokong Jepun kecewa

    dan mula sedar bahawa mereka tersilap langkah kerana penyokongJepun.

    Jepun sebenarnya tidak jujur terhadap orang-orang Melayu

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    29/38

    Semangat kebangsaan kaum Cina sebelum perang

    banyak tertumpu kepada tanah asal mereka.

    kurang berminat dalam politik tempatan - motif utama

    penghijrahan kerana kepentingan ekonomi dan tidak

    bercadang untuk menetap di Tanah Melayu.

    memperlihatkan minat terhadap fahaman komunis

    semakin meluas - menubuhkan kongsi-kongsi gelap dan

    parti-parti politik seperti Kuomintang dan Parti Komunis

    yang sealiran dengan perkembangan politik di China

    sendiri.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    30/38

    Fahaman komunis di Tanah Melayu

    pengaruh dari Parti Komunis China (Communist Party of

    China CPC)

    arahan dari Biro Komunis Antarabangsa Bagi Timur Jauh

    (Comintern).

    bergerak selari dengan Parti Komunis China. bermula

    (1923) mlalui sekolah-sekolah Cina di Tanah Melayu.

    Main School (Sekolah Utama) yang ditubuhkan di sekitar

    tahun-tahun 1926 hingga 1927merupakan badan

    eksekutif terpenting dalam perkembangan ideologi

    komunis di Tanah Melayu.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    31/38

    30 April 1930, Parti Komunis Malaya ditubuhkan

    gabungan dua pertubuhan Cina yang terkenal di Tanah

    Melayu, iaitu Parti Komunis Nanyang dan Kesatuan

    Sekerja Nanyang (Nanyang General Labour Union).

    dikendalikan secara langsung oleh Comintern dan bukan

    lagi oleh China.

    Sokongan kuat masyarakat Cina terhadap PKM

    tidak puas hati mereka terhadap kerajaan pada masa itu.

    sering beranggapan bahawa mereka perlu mendapat

    peluang lebih daripada apa yang mereka telah perolehi

    akan mendapat keutamaan sekiranya PKM memerintah

    negara ini.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    32/38

    PKM

    bercita-cita menegakkan sebuah Kerajaan Republik Soviet

    Malaya

    melancar pemberontakan bersenjata

    British tolak Perlembagaan Rakyat oleh barisan parti politik

    kiri All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) dan Pusat

    Tenaga Rakyat (PUTERA) yang di dalangi oleh PKM.

    Peristiwa Darurat 1948

    titik tolak penting dalam perkembangan politik masyarakat

    Cina di Tanah Melayu.

    perkembangan ideologi komunis di Tanah Melayu berkait

    secara langsung dengan soal perkauman.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    33/38

    Jawatan Kuasa Perhubungan Kaum

    Ditubuhkan bagi mengalihkan tumpuan dan sokongan

    masyarakat Cina terhadap PKM yang disifatkan sebagai

    parti orang Cina,

    British telah menggalakkan pemimpin-pemimpin Cina

    menubuhkan parti politik Cina yang sah.

    Februari 1949, Malayan Chinese Association (MCA) telah

    ditubuhkan dan diketuai oleh Tan Cheng Lock.

    Parti alternatif bagi orang Cina bagi mengurangkan

    sokongan masyarakat ini terhadap PKM.

    Saluran bagi mengemukakan tuntutan dan kepentingan

    mereka terhadap British.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    34/38

    Semangat nasionalisme orang India juga mengikut

    pergerakan politik di negara asal mereka, India.

    Mahatma Ghandhi - mempengaruhi pemikiran masyarakat

    India di Tanah Melayu - agak berpelajaran.

    Semasa pendudukan Jepun Indian National Army (INA) ditubuhkan - kerjasama Jepun

    dengan Subhas Chandra Bose.

    membenarkan Tanah Melayu dijadikan pusat gerakan bagi

    INA. kerjasama ini lebih berupa sokongan kuat Jepun terhadap

    rakyat India - membebaskan negara mereka daripada

    British.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    35/38

    Jepun telah mengeksploitasi dan memperalatkan

    pemimpin-pemimpin India

    Subhas Chandra Bose menekankan bahawa tujuan utama

    gerakan INA adalah untuk membebaskan India daripada

    British. Gunakan cogankata ChaloDelhi (Pergi ke Delhi)

    untuk menaikkan semangat nasionalisme di kalanganburuh India.

    INA dengan kerjasama Indian Independence Leagua telah

    membentuk kerajaan sementara.

    sukarelawan INA mencapai jumlah 16,000 orang.

    penubuhan pasukan tentera wanita India - The Rani of Jhenshi.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    36/38

    Perang Dunia Kedua tamat

    kaum India terus memperjuangkan kepentingan politik mereka

    selari dengan perkembangan politik di India yang sedangmenuntut kemerdekaan dari British.

    bermatlamatkan kemenangan bagi perjuangan kebangsaan di

    India dan menjaga kepentingan masyarakat India di TanahMelayu. Di samping itu, mereka juga turut bersama-sama

    memperjuangkan kepentingan politik dengan kaum-kaum lain di

    negara ini.

    Dengan sokongan dan dorongan daripada pemimpin di India

    sendiri - Ogos 1949, Kongres India Tanah Melayu atau Malayan

    Indian Congress (MIC) ditubuhkan - John A. Thivy sebagai Yang

    Dipertua Kongres pertama.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    37/38

    PENUBUHAN PARTI PERTUBUHAN MELAYU BERSATU (UMNO)

    Orang Melayu bersatu menentang cadangan Malayan Union

    pada tahun 1945.

    1 Mac 1946, persidangan pertubuhan Melayu di Kelab Sultan

    Sulaiman Kampung Baru.

    selama tiga hari dan dihadiri oleh semua persatuan di tanah air

    termasuklah Persatuan Orang Asli.

    bersetuju bergabung - Kongres Melayu Se-Malaya yang

    dipengerusikan oleh Dato Onn bin Jaafar.

    11 Mei 1946 Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malays

    National Organisation (UMNO) ditubuhkan.

  • 7/29/2019 BAB 4 SLIDE

    38/38

    KESIMPULAN

    Semangat nasionalisme di Tanah Melayu agak perlahan

    berbanding negara-negara lain di Asia Tenggara.

    Faktor pelbagai bangsa, agama, dan adat resam menyebabkan

    proses pembentukan dan penyatuan kesedaran politik lambat

    berlaku.

    KMM tidak mampu bertahan lama kerana tekanan British.

    UMNO berjaya menyatukan orang Melayu, bekerjasama dengan

    Inggeris dan parti-parti bukan Melayu.

    Nasionalisme merupakan satu proses untuk membentuk dan

    memperkukuhkan identiti sebuah negara dan bangsa yang bebas

    merdeka.