slide bab 13 blog cikgugeog

20
diakan Oleh : Aien Rzk, Blog cikgugeog

Upload: aien-razak

Post on 19-Jun-2015

1.780 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Slide bab 13 blog cikgugeog

Disediakan Oleh : Aien Rzk, Blog cikgugeog

Page 2: Slide bab 13 blog cikgugeog

Memberi banyak sumbangan seperti menyediakan : peluang pekerjaan, meningkatkan taraf hidup, menambahkan pendapatan negara,meningkatkan infrastruktur, mengurangkan import, memindahkan teknologi dan menggalakkan proses pembandaran.

Page 3: Slide bab 13 blog cikgugeog

Kegiatan ekonomi telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk.Banyak penduduk bekerja dalam sektor perkhidmatan, perindustrian (Pembuatan), sektor perniagaan dan pertanian.kepesatan kegiatan ekonomi telah menurunkan kadar pengangguran.Kadar pengangguran pada tahun 2003, hanya 3.5%.

Page 4: Slide bab 13 blog cikgugeog

jenis pekerjaan yang paling banyak di jalankan di Malaysia ialah sebagai jurujual yang menyumbangkan sebanyak 15% daripada semua pekerjaan.Diikuti oleh pekerjaan sebagai operator, juruteknik, petani, tukang, dan lain-lain.

Page 5: Slide bab 13 blog cikgugeog
Page 6: Slide bab 13 blog cikgugeog

Pendapatan purata penduduk Malaysia telah meningkat, hasil kemajuan dalam kegiatan ekonomi.Pendapatan penduduk Malaysia telah meningkat 3 kali ganda antara tahun 1971 hingga 2003.Kini kebanyakan penduduk Malaysia mampu memiliki rumah kediaman, kereta, dan komputer.

Page 7: Slide bab 13 blog cikgugeog

Peningkatan pendapatan per kapita (purata pendapatan bagi setiap penduduk dalam setahun) menyebabkan:

meningkatnya kuasa beli pendudukTaraf kesihatan dan pendidikan juga meningkatPenduduk mampu membeli makanan yang lebih berzat dan berkhasiatPenduduk mampu menghantar anak untuk melanjutkan pengajian tempatan dan luar negaraMembolehkan hampir semua penduduk menikmati pelbagai kemudahan seperti bekalan elektrik, air, da pengangkutan dan perhubungan.

Page 8: Slide bab 13 blog cikgugeog

Pendapatan negara diperoleh daripada hasil eksport, cukai, dan keuntungan daripa perniagaan.Tukaran wang aisng diperoleh daripada barangan yang dieksport.Pada tahun 2003, jumlah pendapatan eksport Malaysia ialah RM343.5 bilion.Kebanyakan daripada pendapatan ini adalah hasil eksport barangan elektrik dan elektronik.

Page 9: Slide bab 13 blog cikgugeog

Barangan eksport lain yang menghasilkan pendapatan negara ialah hasil pertanian, perlombongan, dan perkhidmatan.Barangan buatan Malaysia yang bermutu tinggi dan mempunyai harga berpatutan mendapat sambutan baik di pasaran dunia.Cukai dikenakan ke atas barangan import, eksport dan hasil cukai pendapatan.Keuntungan daripada perniagaan pula diperoleh daripada syarikat milik negara seperti PETRONAS serta pelaburan kerajaan dalam syarikat seperti Tenaga Nasional Berhad dan Plus Berhad.

Page 10: Slide bab 13 blog cikgugeog
Page 11: Slide bab 13 blog cikgugeog

Pembangunan dan perkembangan kegiatan ekonomi negara telah menyumbang kepada peningkatan infrastruktur.Pertambahan pendapatan negara telah membolehkan peningkatan kemudahan, pengangkutan dan perhubungan seperti jalan raya, jalan kereta api, lapangan terbang dan kemudahan telekomunikasi.Contohnya pembinaan lebuh raya Utara-Selatan.Sektor perlancongan adalah sumber pendapatan pertukaran asing kedua besar di Malaysia.Perkembangan sektor perloncongan telah menyumbang kepada peningkatan taraf pengangkutan udara.Perkembangan perniagaan dan perdagangan antarabangsa pula telah menyumbang kepada peningkatan infrastruktur di pelabuhan seperti Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Page 12: Slide bab 13 blog cikgugeog

Perkembangan kegiatan ekonomi dapat mengurangkan pergantungan negara terhadap barangan import.Malaysia mengimport pelbagai jenis barangan modal seperti jentera dan mesin, barangan perantaraan seperti komponen kereta , dan barangan pengguna seperti makanan.Peratus import barangan negara telah berkurangan , iaitu daripada 6.2% (1995) kepada 5.6% (2000).

Page 13: Slide bab 13 blog cikgugeog

Berikut langkah-langkah yang dijalankan oleh kerajaan untuk mengurangkan import : Sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

digalakkan meningkatkan pengeluaran barangan modal perkilangan tempatan dan barangan perkilangan tempatan dan barangan perantaraan.

Mengeluarkan bahan mentah atau bahan separuh siap dengan lebih cekap untuk bersaing dengan barangan import yang lebih murah.

Menggalakan peningkatan pengeluaran sektor pertanian seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ternakan dan perikanan.

Page 14: Slide bab 13 blog cikgugeog

Pemindahan teknologi merujuk kepada pemindahan kepakaran, kemahiran, dan teknik dari sebuah negara ke negara lain melaui proses pembelajaran, latihan, pengalaman, dan peniruan.Terdapat dua cara berlakunya pemindahan teknologi di Malaysia iaitu melalui latihan pekerja dan latihan sambil bekerja.Kerajaan Malaysia dengan kerjasama syarikat asing telah melatih pekerja separuh mahir dan mahir tempatan untuk memajukan sektor perkilangan dan perlombongan petroleum dan gas asli negara.Untuk memajukan lagi kegiatan ekonomi. Peralatan seperti mesin dan alatan moden diimport.Malaysia banyak mendapat pemindahan teknologi moden dari negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat.

Page 15: Slide bab 13 blog cikgugeog

Teknologi moden telah menyumbang dalam sektor industri seperti memasang kereta, pengeluaran barangan elektrik dan elektronik melalui syarikat multinasional.Pemindahan teknologi ini dapat meningkatkan pengeluaran, mengeluarkan produk yang berdaya saing, serta berutu tinggi.Di Malaysia pemindahan teknologi berlaku juga melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D)/Antara agensi-agensi yang menjalankan R&D adalah seperti Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC), Institut Piawaian Malaysia (SIRIM), dan Institut Mikroelektronik dan Sistem Malaysia (MIMOS).

Page 16: Slide bab 13 blog cikgugeog

Malaysia juga menjalankan R&D dengan negara-negara lain. Contohnya : MPOB bekerjasama dengan negara China dan

Turki untuk menghasilkan minnyak masak yang lebih bermutu.

Perusahaan Otomobil Nasional (PORTON) melalui Lotus Engineering bekerjasama dengan iran dan negara China untuk menghasilkan kereta yang bermutu .

Page 17: Slide bab 13 blog cikgugeog

Kegiatan ekonomi turut menyumbang kepada proses pembandaran di Malaysia.

Pertambahan dan perkembangan kegiatan ekonomi dan menyebabkan peluang pekerjaan bertambah, menggalakkan migrasi ke kawasan ini, meningkatkan jumlah penduduk, dan infrastruktut bertambah.

Kegiatan pertanian telah menggalakkan pertambahan pusat pengumpulan pertanian. Contohnya : Ringlet di Tanah Tinggi Cameron, Keningau di Sabah, dan Bandar Tenggara di Johor.

Page 18: Slide bab 13 blog cikgugeog

Perlombongan petroleum dan gas asli telah menyumbang kepada perkembangan bandar Miri, Kerteh, dan Bintulu.Penduduk berpindah dari kawasan luar bandar ke kawasan perindustrian yang mewujudkan banyak peluang pekerjaan.Contohnya, Shah Alam dan Petaling Jaya di Selangor, Bayan Lepas di Pulau Pinang, dan Likas-Kepayang di Sabah.Peratus penduduk yang tinggal di bandar yang telah meningkat hasil perkembangan pesat bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Geogetown, dan Johor Bahru.

Page 19: Slide bab 13 blog cikgugeog

Bandar-bandar ini berfungsi sebagai pusat pe.ntadbiran, pengangkutan, pelancongan, pendidikan, dan perniagaan.Perkembangan kegiatan ekonomi menyebabkan pertambahan penduduk dan fungsi-sungsi yang menyumbangkan kepada proses pembandaran yang pesat.Contohnya bandar raya Kuala Lumpur yang berpenduduk kira-kira 1.3 juta orang, merupakan bandar raya yang moden serta mempunyai pelbagai fungsi

Page 20: Slide bab 13 blog cikgugeog

Good Luck