hikayat hang tuah bab 5 slide

Download Hikayat hang tuah bab 5 slide

If you can't read please download the document

Upload: noorhafizah-binti-zulkifli

Post on 12-Apr-2017

381 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

PERUTUSAN MEMINANG KE INDERAPURA DAN KE MAJAPAHIT

NAMA PEMBENTANG:NOORHAFIZAH ZULKIFLI &DK SITI AINUL HAMIZAH BAHASA MELAYU 9186/2 HIKAYAT HANG TUAH BAB 5

SINOPSIS

Mengisahkan tentang Raja Melaka menyuruh Tun Utama dan Tun Bija Sura untuk pergi ke inderapura untuk meminang Tun Teja. Namun ditolak oleh Tun Teja. Patih Kerma Wijaya mengambil kesempatan atas kekecewaan Raja Melaka dengan mencalonkan Raden Mas Ayu sebagai pengganti. Bendehara dan Bentara Tun Tuah mengetuai rombongan peminangan ke Majapahit. Dengan keberanian Tun Tuah, rombongan peminangan berjaya mara ke balai penghadapan dengan mengalahkan 60 perajurit yang diarahkan mengamuk oleh Betara Majapahit. Kagum dengan kecekalan Bentera Tun Tuah, Betara Majapahit mengurniakannya gelaran Penggawa Agung Majapahit. Pinangan juga disambut baik dan diterima.

PERISTIWA PENTING

TUN TEJA1. Tun Utama dan Bija Sura pergi ke Inderapura untuk meminang Puteri Bendehara Seri Buana, Tun Teja. Pinangan Raja Melaka ditolak atas alasan tidak setaraf dengannya.

PERISTIWA PENTING

2. Hang Tuah bersama rombongannya pergi ke Majapahit untuk meminang Puteri Betara Majapahit, Raden Mas Ayu, dengan menggunakan ghali iaitu 'Mendam Berahi'.

RADENMASAYU

KE MAJAPAHIT

PERISTIWA PENTING

3. Mereka disambut dengan penuh adat kebesaran disebabkan mereka dari utusan Melaka yang bertaraf dipandang mulia.

PERISTIWA PENTING

4. Mereka telah diuji kekuatannya dengan dihadapkan 60 orang perajurit yang mengamuk di tengah pasar.

PERISTIWA PENTING

5. Hang Tuah dapat menyembuhkan penyakit Kuda Benua keling yang ada celanya.

PERITIWA PENTING

6. Betara Majapahit mempelawa Hang Tuah berkhidmat dengannya berserta dengan ganjaran sebuah negeri dan 40 orang isteri.

PERISTIWA PENTING

7. Hang Tuah kembali ke Melaka dengan diiringi oleh rombongan Benua Keling.

WATAK

1. HANG TUAH2.PATIHKERMAWIJAYA3.RAJA MELAKA 4. BENDEHARA SERIBUANA5.TUN TEJA6. TUN UTAMA7. TUN BIJA SURA 8. HANG JEBAT9. HANGKASTURI10. HANG LEKIR12. PATIHGAJAHMADA11.HANG LEKIU13. BENDEHARAPADUKARAJA14. BENTARAMAJAPAHIT15. RADEN ARIA16. SANG PERDANASETIA17. RANGGA BAGUNG18. SANGRATNASETIA19. DEMANG GAJAHPERTALA20.60 PERAJURIT

PERWATAKAN HANG TUAH

Seorang pahlawan yang gagah di negeri Melaka.

Mengetuai persiapan peminangan & pembinaan bahtera ' Mendam Berahi '

Hang Tuah & ahli rombongan berjaya mengalahkan 60 Perajurit.

Hang Tuah dianugerahkan gelaran ' Penggawa Agung '

Kehebatan Hang Tuah terselah apabila beliau berjaya mengubati kuda yang tercela.

Hang Tuah mempunyai perwatakan setia pada Raja.

Hang Tuah tidak berasa gentar atau takut menentang musuh.

Hang Tuah mempunyai keperibadian yang mulia

PERWATAKAN PATIH GAJAH MADA

Pembesar di Majapahit

Seorang pembesar yang sangat berpengaruh dipercayai sehinggakan segala nasihatnya diterima oleh Seri Betera tanpa bantahan.

Sangat benci kepada Hang Tuah kerana perasaan cemburunya terhadap kehandalan & kesaktian Hang Tuah.

Sering mencari ikhtiar untuk membunuh Hang Tuah.

Patih Gajah Mada dan Seri Betara berhasrat untuk menguji keberanian pembesar-pembesar Melayu Melaka dan telah mengarahkan 60 orang pengamuk untuk menimbulkan kekacauan di hadapan rombongan utusan peminangan & seterusnya untuk membunuh Hang Tuah.

PERWATAKAN PATIH KERMA WIJAYA

Berketurunan jawa dan bukanlah anak jati negeri Melaka

Dirinya mendapat kepercayaan daripada Raja Melaka dan para Pembesar yang lain.

Telah mengesyorkan Raja Melaka agar berkahwin dengan Raden Galuh Emas Ayu dari Majapahit.

LATAR TEMPAT

MAJAPAHITHang Tuah bersama rombongannya pergi ke MajapahitUntuk meminang Raden Mas Ayu, dengan menggunakan Ghali iaitu Mendam Berahi RUMAH PATIH GAJAH MADAPatih Gajah Mada memanggil 60 perajurit.MELAKA Hang Tuah kembali ke Melaka dengan diiringi oleh rombongan Benua Keling.INDERAPURA Tun Utama dan Tun Bija Sura pergi ke Inderapura untuk meminang Tun Tuja.

KONTEKS PENTING

Bab 5 ( 111-137 )

Maka disambut oleh Bentara Tun Jebat lalu dibacanya dihadapkan raja perlahan-lahan. Setelah baginda mendengar bunyi dalam surat itu maka baginda pun berpaling memandang kepada Bentara Tun Tuah. Maka Tun Tuah pun menyembah seraya berkata, Cih! Bukan orangnya dititahkan itu. Jika Si Tuah gerengan membawa titah tuanya, sehingga putih tulang tiada putih mata! ( hlm : 115-116 )

KONTEKS PENTING

Bab 5 ( 111-137 )

Maka titah Seri Betara pada Patih Kerma Wijaya, Pada bicaraku mari kita cuba utusan Melayu ini, beranikah atau penakutkah ia ini, kerana aku dengar hulubalang yang enam orang datang ini akan ganti mata telinga rajanya dan penaka tubuh rajalah. Jika demikian marilah kita cuba beraninya; kita suruh perajurit enam puluh orang mengiringkan surat dan bingkis tuannya itu; barang yang terlintang di tengah pasar itu suruh bunuh, supaya kita lihat beraninya dan penakutnya.( hlmn : 122-123 )

KONTEKS PENTING

Bab 5 ( 111-137 )Maka sembah Tun Tuah, Daulat Tuanku syah Alam, insya-Allah Taala, denga berkat Daulat Seri Betara dapatlah patik cuba kuda ini; tetapi lamun Sang Perdana Setia dan Sang Ratna Setia mau bertaruh dengan patik.( hlmn : 132 )

UNSUR PENGAJARAN

Jauhilah sifat hasad dengki dan permusuhan di antara sesama manusia kerana ia hanya boleh membawa kepada keburukan.

Membunuh orang atau percubaan hendak membunuh itu hukumnya adalah berdosa besar.

Kita hendaklah ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara dan janganlah suka membuat helah untuk menjatuhkan sesorang kerana perbuatan yang keji itu akan diketahui juga suatu hari nanti.