nota titas bab 1

35
KONSEP TAMADUN 1 PENGERTIAN TAMADUN Madain atau mudun Peradaban manusia Dari pandangan Barat Dari pandangan Islam Madana (bahasa Arab): tinggi budi bahasa & pembukaan bandar 1- Berkaitan dengan pembangunan lahiriah seperti aspek kebudayaan penulisan undang- undang,kesenian,dan perbandaran 2- Pencapaian lahiriah:kemajuan sesebuah masyarakat 3- Pembangunan lahiriah:proses perkembangan tamadun Civilisation (bahasa Greek): bandar 1- Merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. 2- Menurut tokoh,Ibnu Khaldun,beliau melihat dari aspek kehidupan bandar. 3- Menurut Syed Naquib al-Attas: pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan luhur sesebuah masyarakat. Hadarah (bahasa Arab): perilaku kehidupan yang

Upload: nahkoda-aiman

Post on 15-Dec-2015

272 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

titas

TRANSCRIPT

KONSEP TAMADUN

1

PENGERTIAN TAMADUN

Madain atau mudunMadana (bahasa Arab): tinggi budi bahasa & pembukaan bandar Civilisation (bahasa Greek):

bandar

Peradaban manusia

Dari pandangan Barat Dari pandangan Islam

1- Berkaitan dengan pembangunan lahiriah seperti aspek kebudayaan penulisan undang-undang,kesenian,dan perbandaran

2- Pencapaian lahiriah:kemajuan sesebuah masyarakat

3- Pembangunan lahiriah:prosesperkembangan tamadun

1- Merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah.

2- Menurut tokoh,Ibnu Khaldun,beliau melihat dari aspek kehidupan bandar.

3- Menurut Syed Naquib al-Attas: pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan luhur sesebuah masyarakat.

Hadarah (bahasa Arab): perilaku kehidupan yang tinggi

TAMADUN

Menurut Bahasa Arab:

1) Maddana- membuka Bandar atau kota / memperhalus budi pekerti

2) Madani- pembangunan pembandaran dan kehalusan budi pekerti yang terpuji

3) Hadarah- perbuatan duduk di Bandar dan perilaku hidup yang tinggi

4) Tamadun- ciri-ciri hidup di Bandar,dan kota-kota dipanggil mudun yang ada

ciri tamadun

Menurut Epistemologi Bahasa Inggeris:

Civilization- kemajuan dalam kehidupan manusia yang membentuk

peradaban dan tamadun.

Menurut Sarjana Islam:

1) Syed Muhammad Naquib Al-Attas:

- “Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf

kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh

masyrakatnya.”

2) Ibn Khaldun:

- “Pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan

sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya

cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni.”

3) Al-Syirazi:

- perbincangan ttg sesuatu kekuasaan, kehebatan, kemakmuran,kemajuan

sesuatu bangsa,pemerintahan yang berilmu,beradab,kemajuan

industri,pembangunan ekonomi.

2

KONSEP ASAS

3

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

Kewujudan penempatan di sesebuah kawasan yang

disatukan membentuk kota,bandar,madinah atau

kepolisan.

Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih sempurna berbanding

sebelumnya dan peningkatan jangka hayat kehidupan yang

lebih stabil.

Kewujudan sistem organisasi dan institusi social dalam bidang politik,pentadbiran,ekonomi dan pendidikan yang sempurna dan

teratur.

Kemunculan satu bahasa atau beberapa bahasa yang

serumpun dengan satu sistem tulisan yang menjadi perantaraan

komunikasi.

Kewujudan sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral untuk mengatur perlakuan dan tindak tanduk

masyarakat dalam kehidupan.

Peningkatan daya reka cipta dalam penciptaan teknologi dan

pembinaan bagi menyempurnakan lagi keselesaan kehidupan.

TAMADUN ISLAM

pencapaian manusia dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang

berpusat di kota dalam bentuk seni bina, ilmu pengetahuan, sains, teknologi,

kepercayaan, undang-undang dan sebagainya yang berasaskan kepada

akidah, syariah dan akhlak bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.

4

ASAS TAMADUN ISLAM

Keteguhan Akidah Pembentukan akhlak

Mengaplikasikan hukum-hukum Allah (syariah)

1) Rabbani:

- Didasari oleh nilai-nilai ketuhanan dan keagamaan.

- Al-Quran menjadi pegangan hidup.

2) Keseimbangan dan kesempurnaan:

- seimbang antara kerohanian dan kebendaan antara

tanggungjawab ibadah terhadap Allah dan urusan

kehidupan, antara kepentingan individu dan masyarakat

3) Universal:

- tidak terikat, milik semua umat Islam yang berpegang

pada konsep ummah.

4) Ideal dan realistik:

- hakikat kewujudan Allah S.W.T.

5) Tetap dan anjal:

- tidak berubah pada matlamat tetapi bebas pada dari

sudut cara dan teknik perlaksanaannya.

6) Menyeluruh:

- melingkungi semua aspek kehidupan manusia

5

CIRI-CIRI

PRINSIP-PRINSIP

Memelihara agama

Memelihara nyawa dan jiwa

Memelihara akal

Memelihara maruah dan keturunanan

Memelihara harta

Memelihara hak kebebasan

ISLAM DI ASIA TENGGARA

KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DI MAKKAH

6

Zaman Jahiliah

- jangka masa selepas runtuhnya

Empangan Maarib di Sabak

sehingga turunnya wahyu pertama

bermula dari tahun 300 M. hingga

610 M. iaitu selama 310 tahun.

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

-Lahir pada 20 April,tahun 570 M,malam Isnin bersamaan 12 Rabiulawal pada Tahun Gajah.

Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

1) Turunnya wahyu pertama,wahyu kedua.

2) Pengisytiharan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasulullah

Teori Kedatangan Islam ke Asia

1) Teori dari Semenanjung Tanah Arab oleh John Crawford dan disokong oleh Prof.Syed Naquib Al-Attas

2) Teori dari China oleh Emanuel Gadinho Eredia & S.Q.Fatimi

3) Teori dari India oleh Snouck Hurgronje.

Cara penyebaran Islam di Asia.

1) Perdagangan2) Perkahwinan3) Pengislaman raja dan golongan

bangsawan4) Kelahiran Kerajaan Islam5) Peranan pusat kebudayaan6) Peranan mubaligh7) Keistimewaan Islam

TAMADUN CHINA

- Merupakan salah satu tamadun yang tertua di dunia.

- bermula di Huang Ho (utara) dan Yangtze (selatan).

- Budaya yang lahir di dua kawasan ini dikenali sebagai “The Painted Culture”

dan “The Black Pottery Culture”.

a) Zaman Permulaan

- kemunculan dinasti-dinasti seperti Hsia, Shang dan Chou.

- Kemunculan falsafah Confucious, Taoisme, Legalisme dan

The Hundred Schools of Thought.

b) Zaman Pertengahan / Keagungan

- bermula dengan Dinasti Chin, Han dan Tang.

- dikenali sebagai zaman keemasan kerana pencapaiannya

dalam pelbagai bidang seperti sains, kesusasteraan,

pentadbiran, agama dan sebagainya.

c) Zaman Peralihan

- Merujuk kepada kedatangan/pencerobohan orang Gazar ke

atas China.

- Abad ke-13, China ditakluk oleh orang Monggol pada masa

pemerintahan Dinasti Song.

d) Zaman Moden

- Bermulanya pengaruh barat meresap ke dalam

tamadunChina.

- 1839-1842 China telah dikalahkan oleh Barat dalam Perang

Candu.

7

PENGENALAN

LATAR BELAKANG

TAMADUN INDIA

- Negara India terletak di bahagian Selatan benua Asia.

- Keluasan negara India ialah 2,354, 175 km persegi. yang

boleh dibahagikan kepada dua kawasan geografi iaitu:

1) India Utara

2) India Selatan

- Zaman pra sejarah di India dikesan berlaku sejak 100,000 s.m. di benua

Lumeria di Selatan India.

- Antara 10,000 hingga 6,000 s.m. wujud penempatan manusia di kawasan

Kartanaka dan Lembah Ganges di bahagian tengah India.

a) Zaman Kuno (1500 s.m.-1200 m)

- kedatangan orang Aryan dan menguasai beberapa bahagian di India seperti

Lembah Ganges-Jamuna-Doab.

- Perkembangan agama Buddha dan Jainism.

- Pada tahun 320-520 s.m. muncul pula Empayar Gupta yang terkenal dengan

perkembangan kesusasteraan Hindu dan seni bina kuil.

b) Zaman Pertengahan

- Dikenali sebagai zaman Islam di India. Kemasukan Islam telah melahirkan

satu tamadun yang lebih cemerlang.

- Kerajaan Islam yang terkenal ialah kerajaan Sabaktaqin, Ghori, Khilji dan

Mughal.

c) Zaman Penjajahan Barat (mulai 1750)

- Kuasa Eropah yang paling awal tiba di India ialah Portugis (1498) di bawah

Vasco da Gama.

PERSAMAAN ANTARA TAMADUN ISLAM,CHINA DAN INDIA

8

PENGENALAN

LATAR BELAKANG

KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN ISLAM, CHINA DAN INDIA TERHADAP

TAMADUN MALAYSIA.

ASPEK KETERANGAN

KEKELUARGAAN

- Menekankan pembinaan nilai dan etika yang baik.

- Mementingkan nilai kekeluargaan.

KEMASYARAKATAN

- Masyarakat memainkan peranan yang penting dalam sesebuah tamadun.

ALAM SEKITAR

- Alam sekitar perlu dijaga dengan sebaiknya agar tidak menjejaskan kehidupan secara keseluruhan.

PENDIDIKAN

- Mementingkan pendidikan yang bertujuan untuk membentuk peribadi seseorang.

AGAMA- Menekankan konsep ketuhanan.

PEMERINTAHAN- Rakyat perlu mentaati pemerintah.

KEBUDAYAAN- Menjadikan gandum sebagai

makanan ruji.

PERBEZAAN ANTARA TAMADUN ISLAM,CHINA DAN INDIA

ASPEK KETERANGAN

KETUHANAN

1) Tamadun Ialam-wujudnya satu kuasa Pencipta

2) Tamadun India-kepercayaan terhadap pelbagai dewa

EKONOMI

1) Tamadun Islam-menggalakkkan perniagaan

2) Tamadun China-perniagaan ditegah sama sekali

PEMAKANAN

1) Tamadun Islam- makan apa sahaja kecuali yang haram

2) Tamadun India- haram makan daging lembu

9

KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN ISLAM, CHINA DAN INDIA TERHADAP

TAMADUN MALAYSIA.

Interaksi antara tamadun di Malaysia wujud kerana masyarakat Malaysia terdiri

daripada tiga bangsa dominan yang berasal dari kelompok Tamadun Asia. Peribumi

Melayu mewakili pembina Tamadun Melayu, etnik Cina mewarisi Tamadun Cina dari

Tanah Besar Cina dan etnik India mewakili Tamadun India dari Benua Kecil India.

Kepelbagaian bangsa yang mendiami Malaysia pasti memberi pelbagai kesan dalam

hidup bermasyarakat.

DIALOG PERADABAN

10

Kesan Positif:

1) Pertambahan bahasa dan

kosa kata Melayu dalam

pelbagai aspek.

2) Kebudayaan

3) Kesenian

4) Dasar Pendidikan Negara

5) Dasar Integrasi Nasional

6) Bahasa Melayu sebagai

alat perpaduan

Kesan Negatif:

1) Jurang perbezaan ekonomi

2) Kesan sosial

3) Pencapaian yang tidak

seimbang

MAKSUD DIALOG

bermaksud perbincangan atau perundingan antara dua pihak yang bertelingkah

kepentingannya (Kamus Dewan, 2005: 3482). Selain itu berdialog yang

disebutkan dalam Kamus Dewan juga memberi erti bertukar-tukar pendapat atau

pandangan mengenai sesuatu isu secara terbuka.

didefinisikan sebagai tamadun, keadaan serta tingkat

kemajuan pada kehidupan jasmani serta rohani (sesuatu bangsa, masyarakat dsb)

(Kamus Dewan: 2005).

1) sebagai perundingan,interaksi positif antara dua pihak, komunikasi dua

hala atau lebih.

2) berlaku lantaran berlakunya anjakan paradigma yang diakibatkan oleh

perkembangan sains dan teknologi yang begitu pesat.

3) untuk memupuk persefahaman dan pengertian,

4) berkongsi perspektif dalam menyelesaikan masalah dalam pelbagai

aspek,

5) bertoleransi sesama rakan dialog yang berlainan peradaban.

BERTAMADUNKAH KITA?

11

MAKSUD PERADABAN

KEPENTINGAN DIALOG PERADABAN

Malaysia sebuah negara yang unik dari segi populasi dan komposisi kaum.

Kaum-kaum utama yang menyemarakkan perkembangan dan pembangunan Malaysia

ialah Melayu, Cina, dan India. Walaupun begitu masyarakat Malaysia dapat hidup

dengan harmoni, aman, dan damai. Konsep 1 Malaysia, `Rakyat Didahulukan,

Pencapaian Diutamakan’ yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana

Menteri, Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak merupakan satu cara yang sangat bijak

bagi menangani masalah jurang antara kaum yang pernah berlaku pada sedikit masa

dahulu. Buktinya, seruan oleh beliau ini mendapat reaksi positif dan sambutan yang

menggalakkan daripada seluruh rakyat Malaysia. Rata-rata berpuas hati dengan

konsep yang diwujudkan ini bersesuaian dengan objektifnya sendiri yang

melambangkan visi negara untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan

mempunyai semangat cinta akan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan

Rukun Negara selain dari mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama,

bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara

Bangsa.

Masyarakat kita pada hari ini sudah membangun dan boleh dianggap

lebihbertamadun berbanding dahulu. Buktinya melalui konsep tamadun dari sudut

pandangan Islam yang merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Ini

bermaksud sesebuah masyarakat mahupun negara akan dianggap bertamadun

sekiranya terdapat banyak pembangunan yang dicipta dan bersifat maju dari setiap

aspek seperti ekonomi, ilmu pengetahuan, masyarakat, pekerjaan dan banyak lagi.

Menurut tokoh,Ibnu Khaldun,beliau melihat dari aspek kehidupan bandar. Ibnu Khaldun

merupakan orang pertama yang membuat kajian khusus tentang tamadun pada kurun

ke-14 dalam bukunya al-Muqaddimah li Kitab al-'ibar wa Diwan al-Mabtada' wa al-

Khabar fi Ayyam al-'Arab wa al-'Ajam wa al-Barbar. Beliau menggunakan perkataan

'umran’ sebagai merujuk kepada 'tamadun' yang kita fahami sekarang. Umran memberi

pengertian kawasan tanah di mana sekumpulan masyarakat yang tinggal menetap di

suatu tempat itu dalam keadaan yang berkembang subur lagi makmur. Menurut

seorang lagi tokoh iaitu, Syed Naquib al-Attas tamadun bererti pencapaian tahap

tatasusila yang tinggi dan kebudayaan luhur sesebuah masyarakat. Terdapat banyak

lagi istilah bahasa Arab yang merujuk kepada makna tamadun seperti madana, madain,

12

mudun dan hadarah. Dari sudut pandangan Barat pula, tamadun berkaitan dengan

pembangunan lahiriah seperti aspek kebudayaan penulisan undang-

undang,kesenian,dan perbandaran. Pencapaian lahiriah ialah kemajuan sesebuah

masyarakat manakala pembangunan lahiriah ialah proses perkembangan tamadun.

Menurut bahasa Greek, perkataan civilization bererti bandar yang turut berkaitan

dengan makna tamadun.

Terdapat pelbagai ciri untuk menentukan sejauh mana ketamadunan itu

mencapai tahapnya. Ciri asas yang pertama ialah kewujudan penempatan di sesebuah

kawasan yang disatukan membentuk kota,bandar,madinah atau kepolisan.

Penempatan yang ada membuktikan kewujudan sesebuah masyarakat sekaligus

menjadikannya sebuah tempat dan masyarakat yang bertamadun. Ciri yang kedua ialah

kewujudan sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral untuk

mengatur perlakuan dan tindak tanduk masyarakat dalam kehidupan. Melalui sistem

perundangan, seseorang individu dapat dibentuk akhlaknya sekaligus menjadikannya

mencapai tahap individu yang bertamadun dengan memaparkan nilai-nilai perilaku yang

tinggi dan terpuji. Ciri yang ketiga ialah peningkatan kualiti kehidupan yang lebih

sempurna berbanding sebelumnya dan peningkatan jangka hayat kehidupan yang lebih

stabil. Ciri seterusnya ialah kewujudan sistem organisasi dan institusi social dalam

bidang politik,pentadbiran,ekonomi dan pendidikan yang sempurna dan teratur. Sistem

organisasi ini memudahkan pengurusan sesebuah masyarakat supaya lebih terjaga dan

terjamin selain dari menjadikan kehidupan berorganisasi lebih teratur. Ciri yang kelima

pula ialah kemunculan satu bahasa atau beberapa bahasa yang serumpun dengan satu

sistem tulisan yang menjadi perantaraan komunikasi. Kominukasi juga penting dalam

melahirkan masyarakat bertamadun kerana dengan adanya komunikasi, menjadikan

masyarakat lebih mudah untuk berinteraksi dan menjadikan diri lebih bertamadun. Ciri

tamadun yang terakhir ialah peningkatan daya reka cipta dalam penciptaan teknologi

dan pembinaan bagi menyempurnakan lagi keselesaan kehidupan. Buktinya kini, kita

lebih bertamadun melalui penciptaan pelbagai jenis alat teknologi dan pembinaan.

Tamadun Islam berkisar di sebalik tiga istilah utama iaitu umran, hadarah,

madaniyyah. Tamadun Islam bermaksud pencapaian manusia dalam bidang

kerohanian dan kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk seni bina, ilmu

13

pengetahuan, sains, teknologi, kepercayaan, undang-undang dan sebagainya yang

berasaskan kepada akidah, syariah dan akhlak bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.

Terdapat lima sumber bagi tamadun Islam iaitu pertama, Al-Quran, sebuah mukjizat

yang menerangkan tatacara bagaimana manusia yang diamanahkan oleh Allah SWT

sebagai khalifah bagi membentuk serta mentadbir alam sejajar dengan kehendak Allah

SWT.. dan kedua, hadis, menjelaskan dan menerangkan perkara berkaitan perintah

dan larangan Allah SWT di dalam Al-Quran. Sumber ketiga ialah ijmak,qiyas,istihsan,

keempat melalui akal fikiran dan terakhir, penemuan baru. Tamadun Islam berkembang

pada mulanya di Mekah. Ia bermula setelah runtuhnya Empangan Maarib di Sabak

sehingga turun wahyu pertama bernula dari tahun 300 Masihi sehingga 610 Masihi iaitu

selama 310 tahun. Islam semakin giat disebarkan selepas kelahiran Nabi Muhammad

s.a.w. yang berketurunan pemimpin Mekah. Terdapat dua cara penyebaran Islam di

Mekah iaitu melalui rahsia dan secara terbuka. Ada yang dapat menerima dan tidak

kurang juga yang menentang. Kedatangan Islam ke Asia Tenggara mempunyai tiga

teori. Teori pertama dikemukakan oleh John Crawford dan disokong oleh Profesor Syed

Muhammad Naquib Al-Attas yang menyatakan Islam datang dari Semenanjung Tanah

Arab. Teori kedua datang dari China oleh Emanuel Gadinho dan S.Q.Fatimi. Teori

ketiga dikemukakan oleh Snouck Hurgronje yang menyatakan Islam datang dari India.

Kesemua teori ini mempunyai bukti masing-masing. Perkembangan Islam di Asia

Tenggara tersebar melalui tujuh cara iaitu perdagangan, perkahwinan, pengislaman

raja dan golongan bangsawan, kelahiran kerajaan Islam, peranan pusat kebudayaan,

peranan mubaligh dan terakhir ialah keistimewaan Islam itu sendiri.

Tamadun China merupakan salah satu tamadun yang tertua di dunia. Tamadun

China bermula di Huang Ho (utara) dan Yangtze (selatan). Budaya yang lahir di dua

kawasan ini dikenali sebagai “The Painted Culture” dan “The Black Pottery Culture”.

Pada zaman permulaan tamadun China, beberapa dinasti telah muncul seperti Hsia,

Shang dan Chou. Pada masa ini, sistem pemerintahan beraja feudal menjadi amalan

manakala peperangan merupakan ciri utama pada tahap ini. Pada masa tersebut juga,

telah muncul falsafah Confucious, Taoisme, Legalisme dan The Hundred Schools of

Thought. Selepas itu, muncul zaman pertengahan ataupun dipanggil zaman

keagungan. Tahap ini bermula dengan Dinasti Chin, Han dan Tang. Tahap ini juga

14

dikenali sebagai zaman keemasan dalam tamadun China kerana pencapaiannya dalam

pelbagai bidang seperti sains, kesusasteraan, pentadbiran, agama dan sebagainya.

Kemudian muncul zaman peralihan dimana merujuk kepada kedatangan atau

pencerobohan orang Gazar ke atas China. Pasa masa ini, negara China buat pertama

kalinya diperintah oleh orang luar. Pada abad ke-13, China ditakluk oleh orang Monggol

pada masa pemerintahan Dinasti Song. Zaman terakhir pada tamadun China ialah

zaman moden yang memperlihatkan zaman cabaran kepada China. Pada masa

tersebut, pengaruh barat telah meresap ke dalam tamadun China. Akhirnya, pada 1893

sehingga 1842, China telah dikalahkan oleh Barat dalam Perang Chandu. Kemudian

Barat telah memperkenalkan konsep ``Most Favored Nation’’. Tidak lama kemudian,

China telah mengadakan pemulihan negara dengan melancarkan ``Gerakan

Menguatkan Diri” pada tahun 1861 sehingga 1895 dan ``Reformasi Seratus Hari” pada

1898 tetapi gagal.

Tamadun India mempunyai tiga tahap perkembangan iaitu zaman kino, zaman

pertengahan, dan zaman penjajahan Barat. Zaman pra sejarah di India dikesan berlaku

sejak 100,000 s.m. di benua Lumeria di Selatan India. Antara 10,000 hingga 6,000 s.m.

wujud penempatan manusia di kawasan Kartanaka dan Lembah Ganges di bahagian

tengah India. Sekitar 3,000 s.m. penemuan kesan-kesan tamadun Lembah Indus yang

merangkumi kawasan-kawasan Mohenjodaro di daerah Montgomery. Penemuan

arkeologi membuktikan masyarakat di Lembah Indus sudah mencapai tamadun yang

tinggi. Zaman kuno pada tamadun ini bermula pada 1500 sebelum Masihi sehingga

1200 Masihi. Ianya menyaksikan kedatangan orang Aryan dari Asia Tengah dan

menguasai beberapa bahagian di India seperti Lembah Ganges-Jamuna-Doab.

Penguasaan orang Aryan ini dikenali sebagai zaman Vedile. Zaman ini pula

dibahagikan kepada dua zaman iaitu Vedile Awal (1500 s.m. – 100 s.m) dan Vedile

Akhir (1000 s.m. – 500 s.m.) Interaksi antara orang Aryan dengan penduduk tempatan

melahirkan budaya Indo-Aryan. Pada tahun 321 s.m. muncul pula Dinasti Maurya

diasaskan oleh Chandragupta Maurya dan dibantu oleh anaknya Asoka. Mencapai

kegemilangan dalam pelbagai bidang dan yang lebih penting dalam perkembangan

agama Buddha dan Jainism. Pada tahun 320-520 s.m. muncul pula Empayar Gupta

yang terkenal dengan perkembangan kesusasteraan Hindu dan seni bina kuil. Pada

15

masa ini juga lahir kerajaan-kerajaan kecil seperti Chera, Cola dan Pandhya. Bagi

zaman pertengahan pula, dikenali sebagai zaman Islam di India. Kemasukan Islam

telah melahirkan satu tamadun yang lebih cemeralang. Kerajaan Islam yang terkenal

ialah kerajaan Sabaktaqin, Ghori, Khilji dan Mughal. Peringkat terakhir ialah Zaman

Penjajahan Barat (mulai 1750). Kuasa Eropah yang paling awal tiba di India ialah

Portugis (1498) di bawah Vasco da Gama. Kedatangan mereka kerana kepentingan

perdagangan, politik, dan agama kristian. Kedatangan penjajah ini telah membawa

masyarakat India menerima pengaruh pemodenan dan budaya barat seperti agama

Kristian, bahasa Inggeris dan cara hidup barat.

Terdapat perbezaan dan persamaan di antara tamadun. Persamaan dan

perbezaan dapat dilihat dalam konteks wujudnya budaya dan nilai-nilai sejagat yang

berkongsi bersama antara manusia di dalam sesebuah tamadun. Ini kerana dalam

sesebuah tamadun, nilai-nilai dan budaya kesejagatan ini diamalkan oleh masyarakat

sebagai budaya dan nilai hidup masing-masing. Dalam memperkatakan tentang

tamadun juga adalahlebih mudah mencari perbezaan dan perbezaan masing-masing.

Perbezaan dan persamaan antara tamadun boleh dilihat dari aspek-aspek yang

berbeza antaranya ialah alam sekitar, kekeluargaan dan kemasyarakatan, idea

intelektual, teologi dan pendidikan.

Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kompenan yang sewajarnya hidup

dengan manusia. Oleh itu, kebanyakan tamadun bersetuju alam sekitar penting dan

perlu dijaga untuk manusia hidup di dunia seperti dalam Tamadun Cina ajaran

Konfucianisme menyatakan adalah penting bagi manusia menjaga keharmonian alam

sekitar dengan tidak melakukan sesuatu yang merosakkan unsur alam kerana ia akan

menjejaskan sistem kehidupan secara keseluruhannya. Dalam Tamadun Islam pula,

ajaran islam menjelaskan tentang kepentingan alam sekitar kerana kurniaan Allah

S.W.T yang dapat digunakan untuk faedah dan kepentingan kehidupan manusia. Malah

tugas manusia sebagai khalifah Allah S.W.T di muka bumi ini adalah untuk mentakbir

ala mini dengan sebaiknya. Tidak ada perbezaan yang didapati tentang kepentingan

menjaga alam sekitar ini. Semua tamadun bersetuju untuk menjaga alam sekitar

dengan baik. Namun yang mungkin berbeza adalah masyarakat setiap tamadun dari

segi ketelusan untuk menjaga alam sekitar berdasarkan masyarakat setiap tamadun. Ini

16

kerana ada masyarakat tamadun yang sanggup merosakankan alam sekitar dengan

kerakusan mereka mencipta kemodenan.

Dari segi kekeluargaan dan kemayarakatan pula, semua tamadun

menitikberatkan pembinaan nilai dan etika yang baik dalam sebuah masyarakta yang

bertamadun dan ianya bermula daripada institusi kekeluargaan. Dalam Tamdun

Cina,keluarga merupakan unit asas. Ajaran Konfusianisme yang menjadi asas kepada

Tamadun Cina memberi penekanan penting kepada hubungan kasih sayang dan hirarki

kuasa dalam hubungan sesama manusia. Bagi ajaran ini, kasih sayang antara manusia

ini kan mewujudkan ketenteraman dan harmoni. Kesetiaan dan pertalian yang erat juga

merupakan konsep kekeluargaan yang penting. Melalui konsep ‘li’ menekankan lima

jalinan khusus iaitu hubungan maharaja dengan rakyat, hubungan bapa dengan anak,

hubungan abang dengan adik, hubungan suami dengan isteri dan hubungan kawan

dengan kawan. Dalam Tamadun Islam juga memberi kepentingan kepada keluarga.

Islam memberi panduan pembentukan keluarga sejak dari peringkat asas lagi bagi

membentuk keluarga yang diingini. Setiap individu mesti memahami tanggungjawab

dan hak-hak berikut, hak dan tanggungjawab suami, hak dan tanggungjawab isteri, hak

dan tanggungjawab bapa, hak dan tanggungjawab ibu, hak dan tanggungjawab anak.

Dalam Tamadun India turut mementingkan kekeluargaan dan kemasyarakatan.

Pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk system sokongan yang

berbentuk fizikal dan kerohanian disamping dapat penerus zuriat.

Idea intelektual yang lahir oleh golongan intektual dalam sesebuah tamadun juga

ada persamaan dan perbezaan tertentu. Dalam Tamdun Cina, tokoh falsafah Kung Fu

Tze telah memperkenalkan Kod 17 melalui ajaran konfinianisme sebagai satu kod etika

atau panduan bagimelahirkan pemimpin yang baik dan bertanggunngjawab. Tokoh

islam dari Tamadun Islam seperti Abu Nasir al-Farabi atau al-Ghazali turut mempunyai

idea melahirkan kerajaan yang baik dan bertanggungjawab. Menurut Abu Nasir al-

Farabi dalam bukunya Madianah Al-Fadhilah telah menggariskan cara-cara seharusnya

pemerintah memainkan peranan bagai mewujudkan sebuah pemerintahan yang baik

melalui sikap pemimpin yang telus, jujur, dan bertaqwa pada Allah S.W.T. sebagai

syarat penting kepada kewujudan kerajaan yang diingini. Dalam Tamadun India,

Kautilya turut membincangkan cirri-ciri kepimpinan yang saksama dan adil.

17

Terdapat juga persamaan dan perbezaan dari sudut teologi bagi tamadun-

tamadun ini. Teologi adalan aspek tamadun spiritual yang penting bagi sesebuah

masyarakat. Kepercayaan kepada tuhan merukan pegangan setiap agama. Semua

agama membincangkan mengenai konsep monoteisme. Namun demikian, manisfestasi

konsep monoteisme Kristian, Yahudi, Hinduis dan Islam adalah berbeza. Semua agama

dikembangkan oleh nabi-nabi yang mendapat wahyu dari Allah S.W.T. kecuali agama

hinduis. Agama Hinduis agak kabur dan tidak mempunyai pengasas ataupun nabi.

Agama yang ada nabi mempunyai persamaan tentang konsep hidup selepas mati dan

balasan diakhirat,konsep syurga, neraka, hari perhitungan dan pembalasan juga sama.

Sementara itu, Buddhisme bukanlah satu doktrin agama ataupun metafizik tetapi

merupakan sebuah ajaran moral dan etika. Disamping itu wujud juga perbezaan antara

agama Hindu dengan Buddhisme seperti konsep reinkarnasi ataupun penjelmaan

semula kerana konsep ini hanya terdapat dalam agama Hindu. Asalnya konsep ini

hanya digunakan untuk penjelmaan dewa-dewa Hindu tetapi perkembangan sejarah

Hindu kini memperlihatkan bahawa konsep ini juga dikaitkan dengan manusia.

Pendidikan umumnya memperlihatkan kemajuan sesebuah masyarakat

bertamadun. Ini kerana penghasilan artifak yang maju dan terkini oleh sesebuah

tamadun itu bergantung kepada sejauhmana masyarakat dalam tamadun itu mengusai

ilmu pengetahuan. Oleh itu semua tamadun mementingkan pendidikan kerana ia juga

melambangkan peribadi seseorang individu. Dalam Tamadun Islam konsep tauhid

memainkan peranan penting dalam transformasi manusia. Manakala dalam ajaran

Hindu transfomasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.

Secara konklusinya jelas terdapat perbezaan dan persamaan dalam setiap

tamadun. Seharusnya kita perlu menanam dan menjadi pendorong untuk kita bersikap

lebih menghormati, bekerjasama, bertoleransi kea rah kewujudan keamana dan

kesejahteraan manusia di dunia ini. Ini kerana dengan mengetahui persoalan-

persoalan dasar berkaitan dengan ilmu ketamadunan memberi peluang kepada semau

manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang lebih pada masa

akan datang

Interaksi bermaksud hubungan, pertamuan, komunikasi dan lain-lain yang

berlaku antara kelompok, masyarakat dan seterusnya negara. Interaksi antara tamadun

18

berlaku bertujuan untuk mengurangkan kekurangan dan meningkatkan kelebihan

supaya tamadun menjadi lebih stabil dan semakin membangun. Setiap tamadun

mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi, melalui interaksi antara

tamadun pada peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan dapat

memastikan kelansungan tamadun masing-masing. Bersikap terbuka dan menerima

sebarang perubahan dari pengaruh tamadun lain sebenarnya akan memastikan

kesimanbungan dan kelansungan sesebuah tamadun itu.

Antara contoh-contoh interaksi dalam Malaysia ialah bahasa, kesenian,

kebudayaan, dan kesusasteraan. Interaksi antara tamadun wujud berdasarkan faktor

kepimpinan, peranan dari para ulama, geografi, perkahwinan, perdagangan, dan misi

politik.Kewujudan interaksi seperti ini dilihat telah melahirkan kesan-kesan positif dan

negatif. Tamadun yang wujud di Malaysia pada hari ini adalah hasil daripada interaksi

yang wujud di sepanjang sejarah dari dulu hingga kini. Interaksi antara tamadun yang

berlaku dari pelbagai aspek telah membangunkan tamadun di negara kita membentuk

sebuah tamadun yang berjaya.

Terdapat beberapa kesan positif daripada interaksi antara tamadun di Malaysia

dari sudut bahasa dan membentuk istilah-istilah lain dalam bahasa Melayu telah

meningkatkan pertambahan bahasa dan kosa kata Melayu dalam pelbagai aspek.

Contohnya istilah yang wujud yang diambil dari bahasa Cina ialah mesua, cincau,

taugeh, kuaci, kucai, tauhu, kine am (sayur kering), lai (buah), tocang, kekwa (bunga),

gincu, tahil, angklong, candu, pangkin, loceng, sampan, beca, sempua, cawan, tekoh,

dacing, taukeh, mahjong. Terdapat juga istilah dalam bahasa Melayu yang diambil dari

hasil interaksi dengan tamadun India. Antaranya ialah, bhumi (bumi), bhasa(bahasa),

nagaram(negara), danda (denda), dan akasah(angkasa). Terdapat juga istilah yang

telah digunakan yang berasal dari interaksi antara tamadun Malaysia dengan tamadun

islam iaitu iman, taubat, solat, redha, fikir, akhir dan faham. Hasil gabungan daripada

istilah-istilah tersebut telah meningkatkan pertambahan bahasa dan kosa kata Melayu

dalam pelbagai aspek. Jika bahasa Melayu tidak menerima istilah dari bahasa yang

lain, maka bahasa Melayu mengalami kelemahan dalam merujuk sesuatu benda seperti

bahasa atau perkataan dalam bidang ilmu.

Selain daripada itu, interaksi antara tamadun juga telah menyumbangkan kesan

19

posotif dari sudut kebudayaan, adat resam dan hiburan. Contoh kesan interaksi antara

tamadun Melayu dan India telah mewujudkan amalan seperti wanita hamil perlu

membawa pisau bagi melindungi diri dari semangat jahat dan prinsip ini mempunyai

persamaan dengan tamadun India yang membawa pisau bertujuan untuk mengelakkan

dari sihir atau hantu-hantu yang jahat. Selain itu, dari sudut hiburan terdapat persamaan

antara tamadun Melayu dengan Tamadun India seperti ronggeng, boria, wayang kulit

dan mak yong. Selain itu, interaksi dari sudut kebudayaan dan kesenian dengan

tamadun Cina dengan ketara dapat dilihat melalui wujudnya komuniti Baba dan

Nyonya. Baba dan Nyonya menetap kebanyakannya di Melaka sejak awal kurun ke-17.

Selain itu, seni bina masjid seperti masjid Tanjung Kling dan Masjid tengkera

mempunyai ukiran yang berbentuk seperti pagoda. Dalam bidang seni lukis dan

kaligrafi dalam tamadun Melayu yang menggunakan cat minyak adalah menyerupai

dengan tamadun Cina. Kesan interaksi kebudayaan,kesenian,adat resam dan hiburan

ini telah memberi kesan positif seperti tamadun Melayu menjadi lebih menarik,indah

dan pelbagai.

Interaksi antara tamadun memberi kesan yang positif dengan semua dasar

pendidikan negara mengetengahkan aspek memupuk perpaduan dan kesepakatan

antara masyarakat dalam pendidikan seperti yang terdapat dalam penyata Barnes,

penyata Fenn-Wu, Undang-undang Pelajaran 1952, penyata Razak, penyata Rahman

Talib, Dasar pendidikan Kebangsaan dan lain-lain dasar berhubung isu pendidikan.

Melalui interaksi sebegini dapat meningkatkan lagi perpaduan antara kaum lain dan

dapat juga mengelakkan berlaku persengketaan.

Dasar integrasi nasional yang diwujudkan adalah untuk membentuk identiti

nasional dalam kalangan kaum yang pelbagai dan berbeza dari segi kebudayaan,

sosial, dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Pada 27 Oktober 1990,Malaysia telah

menubuhkan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

Kementerian telah memberi kesan seperti meningkatkan perpaduan masyarakat,

membangunkan masyarakat orang asli,memajukan dan membantu penglibatan wanita

dalam pembangunan negara.

Bahasa Melayu merupakan alat perpaduan. Kesannya ialah bahasa Melayu akan

menggalakkan komunikasi antara kaum yang berbeza untuk berkomunikasi dan

20

seterusnya akan mengekalkan interaksi antara kaum terus berlaku. Bahasa Melayu

merupakan bahasa rasmi negara (perkara 152) dan digunakan dalam acara rasmi dan

setiap individu tanpa mengira latar belakang kaum mesti belajar menggunakannya.

Terdapat juga kesan negatif melalui interaksi antara kaum ini. Antaranya ialah

berlaku jurang perbezaan antara ekonomi. Semasa pemerintahan penjajah, mereka

tidak mengambil berat tentang kebajikan dan masalah rakyat tempatan. Malahan pihak

penjajah lebih mementingkan golongan imigran berbanding rakyat tempatan. Hal ini

menyebabkan rakyat tempatan hidup dalam kemiskinan dan kesusahan manakala

golongan imigran hidup dalam kemewahan dan kesenangan.

Antara kesan negatif lain terhadap interaksi antara tamadun di Malaysia ialah

dari aspek sosial, jurang perbezaan yang berlaku dalam sektor ekonomi turut

mempengaruhi sosial. Pengaruh daripada ekonomi moden telah menjadikan

masyarakat Melayu peribumi dan struktur masyarakat berubah kepada kompleks dan

berkelas-kelas. Kesan negatif ini juga seperti mewujudkan susun lapis dan kelas

masyarakat yang berlandaskan lunas perkauman.

Kesan negatif yang lain juga adalah pencapaian yang tidak seimbang seperti

yang terdapat dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Sistem pendidikan penjajah telah

mewujudkan sekolah mengikut kaum dan ditempatkan berasingan mengikut tempat

tinggal masing-masing. Pengasingan ini telah menyebabkan perpaduan antara kaum

tidak berlaku dan mengelakkan dari lahir semangat perpaduan dan nasionalisme serta

patriotisme antara masyarakat. Selain itu,pengasingan dari sudut pendidikan ini telah

menyebabkan interaksi antara kaum kurang berlaku seterusnya akan menyebabkan

tamadun tidak membangun dan mundur. Hal ini,memberi peluang kepada penjajah

untuk terus berkuasa dan menakluki tanah Melayu. Sebagai rakyat Malaysia, kita

seharusnya berusaha gigih bagi mencapai yang terbaik untuk negara selain dari

mencurahkan setia dan bakti sebagai seorang rakyat yang sayang akan negara.

Hari ini pakar bidang sejarah menggelarkan zaman ini sebagai Zaman Dialog

(The Age of Dialogue yang menggantikan Zaman Monolog yang telah pun berlalu).

Pertukaran ini berlaku lantaran berlakunya anjakan paradigma yang diakibatkan oleh

perkembangan sains dan teknologi yang begitu pesat. Dalam konteks Barat juga dialog

telah menjadi satu keperluan baru akibat kesedaran yang muncul mengenai betapa

21

pelbagainya masyarakat manusia di dunia ini dari segi geografi, budaya dan agama.

Dan seperti yang telah dijelaskan, kesedaran mengenai kepelbagaian ini berlaku oleh

sebab berkembangnya teknologi ICT dan teknologi transportasi misalnya yang

membuatkan dunia semakin kecil. Perkataan ‘dialog’ ialah istilah bahasa Inggeris,

dialogue. Maksud perkataan tersebut ialah pertama, perbicaraan, perbualan,

percakapan, kedua pertukaran pendapat, dan ketiga tanya jawab. Berasaskan maksud

tersebut, dialog boleh diertikan sebagai “suatu percubaan antara dua belah pihak yang

berlainan pendapat, kepercayaan atau pandangan untuk melakukan satu aktiviti

pertukaran pendapat, dengan tujuan menambahkan pengetahuan, meningkatkan

kefahaman dan seterusnya membolehkan wujudnya sikap saling memahami antara

kedua-dua belah pihak”. Perkataan ‘peradaban’ pula didefinisikan sebagai

tamadun,keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani serta rohani bagi

sesuatu bangsa, masyarakat dan sebagainya, menurut Kamus Dewan keluaran tahun

2005. Justeru, Dialog peradaban adalah suatu perbincangan yang dilakukan oleh dua

pihak atau lebih, yang mempunyai pandangan yang berbeza. Tujuan utamanya adalah

untuk saling belajar antara satu sama lain sehingga pihak masing-masing dapat

mengubah pandangannya dan meningkatkan kefahaman agamanya. Dialog bukanlah

satu pendebatan.

Dialog peradaban amat penting untuk menjamin perkembangan tamadun yang

harmoni di Malaysia. Dalam konteks tamadun Malaysia, dialog antara budaya atau

peradaban bertujuan untuk menjelaskan asas-asas kewujudan budaya (the foundation

of the way of being of the participating cultures) yang mengambil bahagian di dalam

pembinaan tamadun Malaysia tersebut. Pada tahun 1999 di dalam The Islamic

Symposium on Dialogue, negara-negara OlC telah menerbitkan sebuah deklarasi

mengenai dialog peradaban. Deklarasi ini telah diterima pula sebagai satu resolusi

semasa Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu yang telah mengisytiharkan

tahun 2001 sebagai tahun Dialog Antara Peradaban Sedunia. Di antara lain deklarasi

yang dikemukakan ke persada dunia oleh negara-negara Islam ini telah dipandu oleh

ajaran-ajaran dan nilai-nilai agama Islam mengenai kebolehan manusia, keadilan,

toleransi, meraikan kepelbagaian umat manusia serta peningkatan dialog untuk saling

memahami berdasarkan sifat saling menghormati. Justeru, dialog peradaban amat

22

penting bagi menjamin sesebuah masyarakat yang harmoni, lebih-lebih lagi Malaysia

dimana rakyatnya berbilang kaum. Dengan dialog peradaban, konflik dan

pertembungan antara peradaban akan dapat di selesaikan. Oleh sebab itu, langkah-

langkah yang sistematik perlu dijalankan pada peringkat global dan lokal untuk

menerapkan nilai-nilai murni menerusi dialog antara peradaban. Sesungguhnya

perbezaan antara peradaban-peradaban bukanlah satu masalah tetapi satu peluang

untuk kita mendekati, mengenali, berinteraksi, bersefahaman dan bekerjasama serta

bertoleransi membina sebuah masyarakat yang aman dan harmonis.

Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa berdialog adalah satu

“tanggungjawab” bagi orang-orang Malaysia hari ini. Memahami hakikat ini YAB

Perdana Menteri kita telah menekankan betapa penting dan perlunya diadakan Dialog

Antarabangsa sebagai satu-satunya jalan mencari keamanan di dalam dunia yang

dipenuhi kebencian, kecurigaan dan keganasan khususnya selepas peristiwa

September 11 tahun 2001. Beliau menekankan bahawa hanya melalui dialog akan

dapat ditanamkan rasa penghargaan, pemahaman dan penerimaan yang sebenar akan

hakikat pelbagainya peradaban, budaya dan agama di dunia ini di samping sebab-

sebab sebenarnya terorisme wujud. Satu aspek dialog peradaban Malaysia hari ini ialah

usaha mengadakan pelbagai seminar dan bengkel menjelaskan gagasan Islam Hadhari

contohnya. Dengan mengambil contoh daripada pucuk pimpinan kita, kita dapat melihat

pelbagai pihak di dalam negara telah mengatur langkah dan menjalankan program bagi

menjayakan cita-cita murni tersebut. Secara tidak langsung, hal ini dapat meningkatkan

penghormatan terhadap konsep teras tamadun Malaysia. Bersesuaian dengan objektif

dialog peradaban menurut Laporan Persidangan Antarabangsa, dialog peradaban

penting bagi mewujudkan sikap saling memahami terhadap nilai, norma, pengalaman

sejarah dan realiti kebudayaan yang wujud. Selain itu, ianya penting bagi melahirkan

sikap toleransi terhadap pemikiran peradaban yang lain. Ini merujuk terhadap aktiviti

sedia mendengar dari peradaban orang lain. Seterusnya, bagi mewujudkan sikap

lapang dada dan keterbukaan terhadap pandangan semesta orang lain dengan

akomodasi dalam perspektif diri. Dengan itu, dialog peradaban dapat menghalang

daripada terjadinya konflik di peringkat antarabangsa, nasional dan peringkat tempatan

melalui pengurangan kesalahfahaman dan ketidakpercayaan. Ia juga mempunyai

23

potensi yang sangat besar untuk menyelesaikan ekonomi semasa dan masa depan,

sosial dan masalah-masalah politik melalui perkongsian pengalaman seterusnya dapat

mencari penawar kepada pelaksanaannya.

Sebagai kesimpulannya, sesebuah tamadun sebenarnya bergantung kepada ciri-

ciri dan sikap sesebuah masyarakat yang dipamerkan selain daripada dasar

pembangunan sesebuah negara. Bagi mengekalkan ciri-ciri dan dianggap bertamadun,

kita mestilah sentiasa menjaga perilaku diri di samping berusaha teguh untuk menjaga

nama baik negara. Secara tidak langsung, kita dapat menyahut slogan “Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” sekaligus konsep 1 Malaysia dapat dicapai.

BIBLIOGRAFI

Zuraini Hj.Jamil @ Osman dan Ahmad Yunus Kasim, 2006. Modul Titas-

Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Perak: Penerbit Universiti

24

Pendidikan Sultan Idris.

Ong Loo Chen, Dianne Khoo, dan Norhaslinda Harun, 2006. Vvisi Baru

Emas Sejarah Tingkatan 4 dan Lima, Shah Alam: SNP Panpac (M)

Sdn.Bhd

http://writer.zoho.com/public/kamalshah/Kuliah-1--Konsep-Tamadun-

Islam1/fullpage

http://titas-haba.blogspot.com/2008/12/topik-3-interaksi-pelbagai-

tamadun.html

http://zaadut-taqwa.blogspot.com/2005/07/pengenalan-ilmu-

ketamadunan.html

http://cikgumini.lefora.com/2009/04/26/konsep-tamadun/

http://myais.fsktm.um.edu.my/5543/1/2-

Peranan_Dialog_Peradaban_di_dalam_Wacana_Tamadun_Malaysia.pdf.

http://ummatanwasatan.net/?p=213

25

26