skrip mc hari koko 2011

Upload: snexon-jajan-maria

Post on 12-Oct-2015

53 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PENUTUPAN HARI KOKURIKULUM 2011.Assalammualaikum dan selamat sejahtera.Anda bersama saya, Nur Jannatul Naimah Binti Zainalabidin dan sahabat saya Mohd Syafiq Farhan Bin Saharom pengacara anda pada majlis hari ini. Anda akan bersama kami kurang lebih sejam setengah pada majlis yang bermakna ini. Terima kasih atas kehadiran anda.Mohon perhatian hadirin.Sila matikan telefon bimbit masing-masing atau tukarkannya ke mod senyap. Sila penuhkan tempat kosong di hadapan anda. Untuk makluman, majlis kita pada hari ini akan dihadiri oleh Yang Berbahagia Tuan Pengarah. Untuk hal yang demikian, mohon hadirin untuk bersama-sama berdiri ketika ketibaan Yang Berbahagia dan dif-dif jemputan. Terima kasih.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Pengarah IPG Kampus Bahasa AntarabangsaYang Mulia Raja Azizah Hanim Binti Raja Abd AzizDan dif-dif jemputan Masuk ke dalam dewan. Hadirin dipersilakan berdiri.

HADIRIN MENGAMBIL TEMPAT -

Nyanyian lagu Negaraku.

LAGU NEGARAKU -

Hadirin dipersilakan duduk.Dari Jengka ke daerah Pontian,Terus pula ke Kuala Lipis;Harap semua berikan perhatian,Mohon saya mulakan majlis.

Assalammualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,Segala puji bagi Allah yang memberikan kita rezeki, yang telah melimpahkan pemberian kepada kita, lalu memberikan petunjuk.Salam buat junjungan besar lagi mulia, Nabi Muhammad Sallallah Hualaihiwassalam, serta keluarga dan para sahabatnya.Yang Berbahagia Pengarah IPG Kampus Bahasa AntarabangsaYang Mulia Raja Azizah Hanim Binti Raja Abd Aziz

Yang Berusaha Ketua Unit KokurikulumEncik Baseni Bin JantraKetua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua UnitPensyarah-pensyarah Kanan,Para Pensyarah, Dan hadirin yang dimuliakan.Nuri berkicau di hujung pekan,Membuat sarang di tanah rendah;Kehadiran tuan kami alukan,Kecil tapak tangan nyiru kami tadah.Istana lama jadi warisan,Ukirannya indah tidak terkata,Selamat datang kami ucapkan,Salam dihulur mulakan bicara.

Senandung rindu mendayu,Mengiring langkah yang makin tersungkur,Terlalu jauh pendakian,Begitu tingginya harapan,Bermusim lama mencari,Tak kutemui sampai kini.Namun Alhamdulillah.. bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat kita berhimpun bersama-sama pada petang yang ceria ini untuk menjayakan Majlis Penutupan Hari Kokurikulum bagi tahun 2011 peringkat IPG KBA dan Majlis Perasmian Kelab Ragbi IPG KBA.Bunga mawar cantik tersemat,Dipetik gadis di tepi titi;Doa dibaca memohon rahmat,Semoga majlis sentiasa diberkati.Sebagai pembuka tirai acara, marilah kita bersama-sama menadah tangan memohon restu agar majlis mendapat berkat.Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakanSaudara Mohd Alif Talha Bin TaiporUntuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.

BACAAN DOA -

Amin amin ya rabbal alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada saudara Mohd Alif Talha Bin Taipor atas bacaan doa itu tadi.Hadirin hadirat yang dihormati,Tujuan utama Kementerian Pelajaran dalam menitikberatkan kokurikulum ialah bagi menghasilkan guru-guru yang cekap dan berkebolehan dalam semua lapangan sama ada bidang akademik mahupun bukan akademik. Justeru, selaras dengan hal tersebut, aspek kokurikulum telah dijadikan sebagai salah satu unsur penting dalam sistem pendidikan perguruan di Malaysia.Melalui konsep Malaysia Cergas melalui empat bidang utama Program Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) iaitu Sukan, Permainan dan Olahraga, Unit Beruniform, Persatuan dan Pengurusan Kokurikulum diharap agar potensi individu secara menyeluruh dapat dibina sejajar ke arah pembangunan modal insan yang terbilang.Yang Berbahagia Tuan serta hadirin sekalian,Kita seharusnya berbangga dengan warisan kesenian tanah air kita. Tanpa warisan ini, maka siapalah kita. Silat dan wayang kulit adalah antara kebanggan kita sebagai warganegara Malaysia. Kedua-dua karya kesenian ini merupakan salah satu cabang kokurikulum tanpa kita sedari. Untuk itu marilah kita bersama-sama menyaksikan persembahan warisan daripada dewata satria dengan persembahan silat dan tae kwan do nya dan seterusnya persembahan wayang kulit asal dari tanah timur. Saksikan.

PERSEMBAHAN SILAT & WAYANG KULIT -Terima kasih diucapkan kepada saudara Mohd Izzat, saudara Solahuddin dan kumpulan The Wayang Kulit Crew atas persembahan pembukaan itu tadi. Yang Berbahagia Tuan serta hadirin sekalianTentunya sebahagian besar daripada kita tertanya-tanya akan pengisian Hari Kokurikulum yang diuar-uarkan ini. Untuk itu, sama-samalah kita saksikan cebisan intuisi maya melalui persembahan multimedia ilham kreatif daripada PISMP Kajian Sosial (B) Kohot 6 Ambilan Januari 2011. Saksikan.

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA -

Yang Berbahagia Tuan serta hadirin sekalianBegitulah tadi pengisian secara ringkas Hari Kokurikulum. Sememangnya tidak dinafikan sahsiah pelatih yang bersepadu dapat dibentuk melalui penglibatan secara terus dalam aktiviti yang dijalankan serta mewujudkan semangat ketahanan dan daya pemikiran yang positif dalam menghadapi cabaran dan tugas. Terima kasih buat warga kerja yang bertungkus lumus menyiapkan persembahan multimedia itu tadi.Bagi memulakan persada ucapan pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan saudara Mokhsin B. Abdul Ghaffar, mewakili pelajar IPG KBA bagi menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya, mempersilakan.

UCAPAN WAKIL PELAJAR -

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara Mokhsin atas ucapan itu tadi.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkap majlis jika tiada yang berbicara.Di sini ada putera puteri yang mendaulatakan bangsa,Di sini ada pendidik yang tiada kenal erti putus asa,Di sini ada pengetua yang berjasa,Di sini ada pemimpin yang berjiwa mulia.Khabar sudah bendang ke langit. Khabar sudah rebak ke bumi. Isik-isik dah berbunyi. Iyang-iyang dah mengiang. Yang jauh kami jemput dengan destar. Yang dekat kami jemput dengan tepak. Untuk menyempurnakan majlis pada hari ini, majlis dengan penuh hormat mempersilakan Yang Berbahagia Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa AntarabangsaYang Mulia Raja Azizah Hanim Binti Raja Abd AzizBagi menyempurnakan persada ucapan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Hari Kokurikulum 2011 peringkat IPG KBA dan Perasmian Kelab Ragbi IPG KBA.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tuan.

UCAPAN PENGARAH & GIMIK PERASMIAN -

Penyerahan tshirt IRC oleh saudara Asamuddin kepada Yang Berbahagia Tuan Pengarah.

PENYERAHAN TSHIRT IRC -

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan kesudian merasmikan majlis olehYang Berbahagia Pengarah IPG Kampus Bahasa AntarabangsaYang Mulia Raja Azizah Hanim Binti Raja Abdul Aziz.Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, untuk makluman hadirin, KELAB RAGBI IPG KBA (IRC) Ditubuhkan secara rasmi pada 15/10/2010. Bilangan ahli berdaftar: 36 Pengerusi : Mohamad Hazman Ghazali Menaung Kelab Typhoon El-nino & El-nina yang diketuai oleh Mohd Aisamudin Kejohanan yang disertai: Kejohanan Ragbi 10 side Raja melewar kali kedua dan ketiga. Kejohanan Ragbi 10 side Piala Pengarah IPG Ilmu Khas 2010 & 2011. Kejohanan Ragbi Nomad 10s Kepong. Liga Kesatuan Ragbi Selangor. Pencapaian: Johan Kategori Shied Raja Melewar kali ketiga. Johan Kategori Plate Kejohanan Ragbi 10 side Piala Pengarah IPG Ilmu Khas,. Pemain terbaik perlawanan akhir IPIK 10S. (Jazuli Khalil Bin Mohd Nor) IRC bakal menubuhkan Kelab Penyokong dan membuka penyertaan kepada semua pelajar. Penyertaan adalah amat dialu-alukan. Hubungi pengurus kelab: Mohd Safuan Jusoh di fb atau talian 013 3926319.Bersarang merbah di Kuala Langat,Manis madunya pabila dimakan;Suasana meriah bertambah hangat,Persembahan istimewa kami tampilkan.Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersembahkan kepada anda persembahan istemewa daripada pelajar KPLI Ambilan Januari 2011.

PERSEMBAHAN PELAJAR KPLI -

Terima kasih diucapkan kepada para pelajar KPLI atas persembahan istemewa itu tadi.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah untuk pertandingan bola jaring, bola baling dan bola tampar peringkat IPG KBA. Untuk itu, majlis menjemput Yang Berusaha Ketua Unit Kokurikulum, Encik Baseni Bin Jantra diiringi oleh En. Ramlan untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

1. Pertandingan Bola Jaring:- Ketiga: Kumpulan Agogo- Naib Johan: Kumpulan The Devil Wears Prada- Johan: Kumpulan Fresh Cut

2. Pertandingan Bola Baling (L):- Ketiga: Kumpulan Teratai Layu- Naib Johan: Kumpulan Tasik Madu- Johan: Kumpulan Warga Emas

3. Pertandingan Bola Tampar:- Ketiga: C 5 - Naib Johan: Al Madu- Johan: Syukur 21Terima kasih diucapkan kepada Encik Baseni Bin Jantra dan Encik Ramlan atas penyampaian hadiah itu tadi.Seterusnya, dipersilakan saudara Eizhar Idris dan saudari Anizzah Ali untuk menyampaikan persembahan. Dipersilakan.

PERSEMBAHAN NYANYIAN -

Terima kasih saudara Eizhar Idris dan saudari Anizzah Ali atas kehebatan vokal yang dipersembahkan itu tadi.Agenda seterusnya diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan ragbi, badminton, sijil-sijil TESL dan sijil tunas samudera kapal layar diraja. Untuk itu, majlis menjemput Yang Berusaha Ketua Unit Kokurikulum, Encik Baseni Bin Jantra diiringi Encik Baharudin Bin Hassan untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.1. Ragbi:- Pasukan ragbi IPBA telah menyandang gelaran johan plate Kejohanan Ragbi 10 Sebelah Piala Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas Kategori IPG pada 24 dan 25 September 2011 yang lalu. Untuk itu, dijemput ahli pasukan ragbi IPBA untuk menerima hadiah. Dipersilakan.......1.MOHD AISAMUDDIN BIN MAT HASSAN (kapten)B. ED Y4

2.ALIFF NAJMIE BIN MOHD KHALIDPISMP Y1

3.AMIR HAMZAH BIN RAMLIPISMP Y1

4.ANDERSON REYNOLD ROBERT & EMIVYKPLSPM 2010

5.AZROY BIN NORAZLAN MAHENDRANKPLSPM 2010

6.JAZULI KHALIL BIN MOHD NORKPLSPM 2010

7.MOHAMAD SYAMER BIN AHMAD SHUKRIPISMP KS C6

8.MUHAMMAD FAIZ BIN SUHAIMIKPLSPM 2010

9.MOHD AIZAD BIN RASEDIKPLSPM 2010

10.MOHD HARITH BIN MOHD YUSOFKPLSPM 2010

11.MUHAMMAD FAIZ BIN ROSLIKPLSPM 2010

12.MOHD HAZMAN BIN GHAZALIPISMP Y1

13.MOHD SYAFIQ BIN AHMADPPISMP 2011

14.ABDUL AZIZ BIN MOHD TAHAPISMP Y1

2. Singapore Ultimate Open 2011 (17 & 18 September 2011) - Mohd Faizul Ikhwan Bin Mohamed Nor

3. Badminton:- Perseorangan Lelaki: Naib Johan: Muhammad Redzuan Bin Kamarudin Johan: Muhammad Razif Bin Abu Hasan

- Perseorangan Perempuan: Naib Johan: Sharmyn Lim Sandurai Johan: NoorHikhmah Binti Datu Mokhsan- Beregu Lelaki: Naib Johan: Allen ak Davis & Dennissius Loikoh Johan: Mohd Juwaidi Bin Ilyas & Muhammad Redzuan Bin Kamaruddin- Beregu Perempuan: Naib Johan: Jo Quen Elip & Siti Aisyah Natrah Menuil Johan: NoorHikhmah Binti Datu Mokhsan & Lam Hiu Yang

4. Sijil Kursus Perguruan Aktiviti Kokurikulum di Pangkor Village Resort, Pasir Bogak: - Mohd Mohsan bin Abd Ghafar 5. Sijil Tunas Samudera Kapal Layar Diraja: - Sadruddin Shahril Bin Azmei - Amariah LopezMajlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Baseni Jantra dan Encik Baharudin Hassan atas penyampaian hadiah itu tadi.Majlis diteruskan dengan persembahan koir oleh kumpulan koir 1.3 dan KSA. Dipersilakan.

PERSEMBAHAN KOIR -

Begitulah persembahan hebat daripada kumpulan koir itu tadi. Terima kasih diucapkan.Jikalau tadi kita telah disajikan dengan persembahan vokal berkumpulan dan persembahan vokal duet, kini marilah kita bersama-sama menyaksikan persembahan daripada artis pujaan IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, saudara Azerul Hassim. Dipersilakan.

PERSEMBAHAN VOKAL INDIVIDU -

Terima kasih diucapkan kepada saudara Azerul Hassim. Kini, majlis diteruskan dengan penyampaian Hadiah Pertandingan Tenis Staf IPG KBA diikuti Anugerah Khas Kokurikulum IPG KBA bagi kategori staf sokongan, pensyarah dan pelajar. Untuk makluman, Unit Latihan dalam Perkhidmatan telah menjalankan kursus asas tenis untuk staf sokongan IPG KBA selama 16 jam yang telah dalam bulan April hingga Jun 2011. Seramai 20 orang telah terlibat termasuk tiga orang pensyarah. Pensyarah GERKO Tenis iaitu Encik Baharudin Bin Hassan telah dilantik sebagai jurulatih semasa kursus dijalankan. Di akhir kursus, satu perlawanan tenis telah diadakan bagi acara perseorangan lelaki dan perempuan serta acara beregu lelaki dan perempuan. Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Pengarah IPG KBA, Yang Mulia Raja Azizah Hanim Binti Raja Abd Aziz diiringi Ketua Unit GERKO, Sukan dan Unit Beruniform, Encik Baseni Bin Jantra untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. Mohon para pemenang untuk kekal di atas pentas bagi sesi fotografi.1. Tenis:- Perseorangan lelaki: Naib Johan: Mohd Fazi Abd Rahman Johan: Azli Bin M. Yusof- Perseorangan perempuan: Naib Johan: Cik Norsyimah Bt Idris Johan: Puan Halimatussadiah Hj Md Jan- Beregu Lelaki: Naib Johan: Rosli dan Azmi Johan: Mohd Fazi Abd Rahman & Aidil- Beregu perempuan: Naib Johan: Cik Zurina & Cik Badariah Johan: Cik Norsyimah Bt Idris & Puan Halimatussadiah Hj Md Jan2. Sijil Penyertaan dan Pingat Kursus Asas Tenis.1.BAHARUDIN BIN HASSAN (JURULATIH)

2.HALIMATUS SAADIAH BINTI MD JAN

3.MARKHANTAN A/L MURUGIAH

4.HAMIZAN BIN MOHAMMAD SHAARI

5.WAN AHMAD NASIR BIN WAN ALI

6.ABDUL RAHIM BIN KAMARUDIN

7.ZURINA FANSURI BINTI ZAMAN HURI

8.ROSLI BIN MAT JINUN

9.NORSYIMAH BINTI IDRIS

10.MOHD FAZI BIN ABDUL RAHMAN

11.MOHD DAINI BIN MD. SAAD

12.MOHD AIDIL BIN ABDUL HAZES

13.HISHAMUDDIN BIN TUMIRAN

14.BASENI BIN JANTRA

15.BADARIAH BINTI MOHAMED

16.AZMI BIN KARI

17.AZLI BIN MOHD YUSOF

3. Pingat dan Sijil Kepegawaian Kejohanan Karate Remaja Kebangsaan: Encik Varugheese Chacko - Ketua pasukan hoki Kementerian Pelajaran Malaysia di Pertandingan Hoki Sukan Muhibbah di Singapura (Pasukan Malaysia menjadi Johan) - Mewakili pasukan MESCA dalam Liga Hoki Kuala Lumpur. - Bertugas sebagai pegawai dalam Kejohanan Karate Remaja Kebangsaan.4. Anugerah Khas Kokurikulum:- Kategori Staf Sokongan: Abd Rahim Bin Kamarudin- Kategori Pensyarah: Dr. Lawrence Alloysius Aria- Kategori Pelajar Lelaki: Faris Syimir Bin Rozaini * Anak kelahiran Alor Setar * Nombor 3 dlm acara larian 1500 m KAGUM 2007 * Johan Olahraga Tahunan IPBA 2011 * tempat 36 Climbmathon Kinabalu 2011 daripada 288 orang (masa: 4 jam 21 minit 30 saat daripada masa yang ditetapkan 4 jam 30 minit)- Kategori Pelajar Perempuan: Noor Najeha Binti Abdul Rahman * Johan Pidato Pandu Puteri Peringkat Kebangsaan

Seterusnya, pihak GERKO telah bermurah hati untuk menyampaikan hadiah kepadapara peserta yang membuat persembahan istimewa pada hari ini. Dengan itu, hadiah untuk persembahan terbaik diberikan kepada KPLI Ambilan Januari 2011.Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Pengarah serta Encik Baseni atas kesudian menyampaikan hadiah itu tadi.

Para hadirin yang dihormati,Bagi menutup tirai majlis pada hari ini, marilah kita bersama-sama mengalunkan lagu IPBA. Untuk itu, diminta Yang Berbahagia Tuan dan hadirin sekalian untuk berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu tersebut.

LAGU IPBA -

Asap api embun berderai,Patah galah berderai semalu;Niat hati tak mahu bercerai,Namun masa cemburu selalu.Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan, Umpama berkayuh telah sampai ke haluan,Umpama berjalan telah sampai di destinasi.Sebelum tirai majlis dilabuhkan, moleklah kiranya saya bagi pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Unit Kokurikulum serta semua pihak yang telah menyumbangkan apa jua sumbangan berbentuk wang, tenaga, masa idea dan keringat. Majlis turut memohon kemaafan atas segala keterlanjuran, kepincangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini berlangsung.Bunga sakura si bunga Jepun, Ditanam nyonya berpohon-pohon;Tersilap tersalah harap diampun,Terkasar bahasa maaf dipohon.Sekian, wabillah... dan moga berjumpa lagi.Mengumumkan pergerakan keluar Yang Berbahagia Pengarah dan dif-dif jemputan. Hadirin dipersilakan berdiri.