teks mc majlis penyampaian sijil

Upload: norfazihan-osman

Post on 09-Mar-2016

1.427 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

teks mc

TRANSCRIPT

TEKS MC MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL & HADIAH 2015SK. RANTAU PANJANG, SIBU

MASAACARATEKSCATATAN

Persediaan dan ketibaan murid dan ibubapaSelamat pagi dan salam sejahtera . Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke majlis hari ini. Untuk makluman tuan dan puan, majlis akan bermula sebentar lagi. Dijemput tuan-tuan dan puan-puan mengambil tempat. Majlis juga memohon kerjasama daripada hadirin sekalian untuk meletakkan telefon bimbit anda dalam mod senyap sepanjang majlis ini berlangsung. Sekali lagi, dijemput semua utk mengambil tempat bagi melancarkan lagi majlis ini. Dan mohon kerjasama dari semua hadirin untuk sama-sama berdiri sebaik sahaja ketibaan tetamu terhormat, YDP PIBG SK Rantau Panjang, En Mathew ak Penghulu Maja sebagai tanda aluan.Fazihan

KetibaanMengumumkan ketibaan Yang Berusaha Encik Mathew ak Penghulu Maja, YDP PIBG SK Rantau Panjang masuk ke dewan. Ramadhan

Nyanyian lagu NegarakuBagi memulakan acara, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku dengan iringan muzik.Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput para hadirin sekalian untuk berdiri bagi menghormati nyanyian lagu Negaraku.****LAGU NEGARAKU****Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.Fazihan

PembukaanDaun layu di tengah gurun,Nampak jalur pohon cemara;Tradisi Melayu turun temurun,Pantun ditutur pembuka bicara.

Hari ini menugal jagung,Hari esok memetik peria;Hari ini kita berkampung,Meraikan majlis penuh ceria.Ramadhan

Fazihan

ProtokolYang Berusaha, En. Matthew Maja, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Rantau Panjang, Sibu, **Yang Berusaha En Wan Sarbini Wan Ehi, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Pelajar Islam, SK Rantau Panjang, Sibu, Yang Berusaha, Encik Saidal Bin Mat, Guru Besar SK Rantau Panjang Sibu**Yang Berusaha Encik _______________________________________,Naib Yang Dipertua PIBG SK Rantau Panjang, Sibu.Yang Dihormati, Tuai-tuai rumah, Penolong-penolong kanan, Guru-guru, Ibubapa dan seterusnya anak-anak murid yang dikasihi sekalian.Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat juga kita berhimpun bersama-sama dalam majlis yang bermakna ini, iaitu, Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah bagi sesi 2015 Sekolah kebangsaan Rantau Panjang, SibuBagi pihak jawatan kuasa sambutan majlis anugerah dan seluruh warga SK Rantau Panjang, Sibu, kami mengalu-alukan kedatangan para jemputan, ibubapa dan murid-murid ke majlis ini.Ramadhan

Bacaan doaKalau pergi Tanjung Keramat,Anak manis jangan diangkat;Bersama kita memohon rahmat,Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput Al-fadhil Ustaz Mohamad bin Abdullah, untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.***BACAAN DOA***Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohamad atas bacaan doa itu tadi. Fazihan

Ucapan wakil muridHadirin sekalian, Untuk tidak melengahkan masa lagi, majlis dengan segala hormatnya menjemput wakil murid SK Rantau Panjang, adik Rosalinda dari Tahun 6B untuk memberikan sedikit ucapan. Majlis mempersilakan.***UCAPAN WAKIL MURID***Terima kasih adik Rosalinda atas ucapan yang telah diberikan. Ramadhan

Ucapan GBHadirin sekalian, Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya, Tak guna jika ada dayung tiada perahunya, Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.

Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan mempersilakan Encik Saidal Bin Mat, Guru Besar SK Rantau Panjang untuk menyampaikan ucapan alu-aluannya.Majlis dengan segala hormatnya menjemput..***UCAPAN***Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik Saidal bin Mat atas ucapan alu-aluannya sebentar tadi.Fazihan

Ucapan PerasmianTerbang di awan burung jentayu,Di atas papan batang jerami;Tampillah tuan kami menunggu,Bersama ucapan kata perasmi.

Seterusnya, bagi menyempurnakan upacara kita pada pagi yang berbahagia ini, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Encik Mathew Ak Penghulu Maja, YDP PIBG SK. Rantau Panjang untuk menyampaikan ucapan beliau seterusnya merasmikan HARI PENYAMPAIAN SIJIL & HADIAH SK. RANTAU PANJANG bagi sesi 2015. ***UCAPAN***Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Mathew Ak Penghulu Maja atas ucapan perasmian itu tadi. Dengan itu, maka rasmilah sudah HARI PENYAMPAIAN SIJIL & HADIAH SK. RANTAU PANJANG bagi sesi 2015 ini. Ramadhan

Persembahan Murid Tahun 6B(Tarian Sumazau)Awan bersua citra berkisah, Ukiran sukma kilauan kelisa,Bingkisan perutusan selesai sudah,Persembahan pelajar menyusul pula.

Para hadirin yang dihormati,Kita semarakkan majlis kita pada pagi yang indah ini dengan persembahan Tarian Sumazau yang akan dipersembahkan oleh murid Tahun 6B, SK Rantau Panjang. Persembahan ini adalah dibawah bimbingan dan tunjuk ajar Puan Sabrina. Dipersilakan .***PERSEMBAHAN***Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada para murid Tahun 6B di atas persembahan yang sungguh menghiburkan kita tadi.Fazihan

Graduan PrasekolahUcapan sudah perasmian sudah persembahan pun sudah,Sekarang tibalah masa untuk penyampaian sijil dan hadiah.

Hadirin hadirat sekalian, Tibalah kita di acara yang dinanti-nantikan iaitu Penyampaian Sijil dan Hadiah bagi Tahun 2015 untuk anak-anak didik Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Sibu.Majlis kita pada hari ini dimulakan dengan Penyampaian Sijil dan Hadiah untuk Prasekolah.Bagi menyempurnakan majlis, dengan ini dijemput En Saidal Bin Mat untuk mengiringi Encik Mathew ak Penghulu Maja untuk menyampaikan Sijil dan Hadiah kepada penerima.Dipersilakan.

Diumumkan NAMA GRADUAN PRASEKOLAH Sk Rantau Panjang 2015(RUJUK BUKU PROGRAM)Mempersilakan adik.1. (Rujuk Lampiran 1)2..dan seterusnya. . Akhir sekali dijemput adik .Sungguh bergaya adik-adik prasekolah dengan pakaian graduasi mereka. Ramadhan

Lampiran 1

Anugerah Tunjang Terbaik PrasekolahKini disampaikan pula ANUGERAH TUNJANG TERBAIK PRA SEKOLAH. Bagi tunjang Bahasa & Komunikasi jatuh kepada Adik Fellycia Fiffy Ak Lucas. Dari aspek Kerohanian & Moral pula, dijemput Adik Nur Adrena Binti Abu Bakar. Bagi tunjang Sains dan Teknologi dianugerahkan kepada Adik Clarissa Eva Ak Timbu. Seterusnya, untuk bahagian Kreativiti dan Estetika sekali lagi disandang oleh Adik Fellycia Fiffy Ak Lucas. Bagi tunjang yang seterusnya iaitu Fizikal dan Kesihatan dijemput AdikJacklyne Landan Ak Sada. Dan tunjang yang terakhir adalah dari aspek Ketrampilan diri yang dianugerahkan kepada Adik Florence Empiang Ak Sungkai.

Dan akhir sekali di sampaikan juga anugerah pencapaian terbaik keseluruhan bagi murid-murid prasekolah bagi sesi 2015 yang disandang oleh Adik Fellycia Fiffy Ak Lucas.

Tahniah diucapkan.

Kita berikan sekali lagi tepukan gemuruh untuk anak-anak comel ini. Sekalung tahniah juga buat guru Prasekolah iaitu Encik Shahril Ridzuan dan pembantunya Puan Norenawati. Fazihan

Persembahan Nyanyian

Hadirin yang dikasihi sekalian, Sebelum kita meneruskan acara, majlis berhenti rehat seketika bagi memberi peluang kepada murid-murid untuk menonjolkan bakat yang terpendam dalam diri masing-masing. Dengan itu, untuk persembahan nyanyian, dijemput adik Astina Anabella dari Tahun 6A untuk menyampaikan lagu yang bertajuk Terima Kasih Cinta. Berikan tepukan yang gemuruh untuk adik Astina Anabella. Dipersilakan. ***PERSEMBAHAN*** Terima kasih diucapkan atas persembahan itu tadi.

Ramadhan

Anugerah Akademik Cemerlang 2015Tuan-tuan dan puan-puan,

Tanpa melengahkan masa lagi, kita teruskan dengan acara Penyampaian Anugerah Akademik Cemerlang bagi Tahun 2015. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Dihormati, Encik John Ak Ugong, Penolong Kanan Pentadbiran, diiringi oleh Encik Kaya Ak Sagieng, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK. Rantau Panjang untuk menyampaikan hadiah. Dengan sukacitanya, dipersilakan.

Untuk makluman para hadirin, penerima-penerima anugerah merupakan murid-murid yang mendapat markah tertinggi dalam kelas bagi 5 mata pelajaran teras dalam peperiksaan Akhir Tahun baru-baru ini.

1. Bahasa Malaysia Pemahaman2. Bahasa Malaysia Penulisan3. Bahasa Inggeris4. Matematik5. Sains(*Rujuk lampiran 2)Fazihan

Lampiran 2

Kini, kita sampaikan pula anugerah Kedudukan Terbaik dalam Kelas.

* Rujuk lampiran 3 (buku program m/s 7)

Terima kasih diucapkan kepada cikgu John dan Cikgu Kaya atas penyampaian hadiah itu tadi. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah. Semoga ianya dapat menjadi pembakar semangat untuk murid-murid berusaha dengan lebih baik lagi.Ramadhan

Persembahan Murid Tahun 5BHadirin sekalian,

Kita berehat seketika dengan menyaksikan persembahan yang seterusnya daripada murid Tahun 5B iaitu persembahan koir Bahasa Inggeris yang bertajuk Fight Song.

Untuk makluman, persembahan ini telah dilatih dan dibimbing oleh Cikgu Darmadi bin Ibrahim. Dengan itu, majlis mempersilakan murid Tahun 5B untuk membuat persembahan. Dengan segala hormatnya dipersilakan***PERSEMBAHAN***

Begitulah tadi persembahan yang begitu bersemangat daripada anak-anak murid Tahun 5B. Tahniah diucapkan. Diharapkan para hadirin terhibur dengan persembahan itu tadi.Fazihan

Anugerah Pengiktirafan Hal Ehwal Murid Pergi sekolah seawal pagi,Melintas jalan berhati-hati;Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,Penerima-penerima sabar menanti.

Acara seterusnya ialah Anugerah Pengiktirafan Hal Ehwal Murid. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Kaya Ak Sagieng, diiringi Penolong Kanan Kokurikulum, Cik Maimun Binti Arsad, untuk menyampaikan sijil dan hadiah. Majlis mempersilakan.***PENYAMPAIAN SIJIL & HADIAH***1. Penyampaian sijil bagi kehadiran 100% (Buku Program m/s 10)2. Penyampaian sijil bagi ketua dan penolong ketua kelas (m/s 8)3. Penyampaian sijil bagi Pengawas sekolah

Begitulah tadi sempurnanya penyampaian sijil & hadiah dalam bidang Hal Ehwal Murid. Terima kasih diucapkan kepada Encik Kaya dan Cik Maimun kerana sudi menyampaikan sijil & hadiah. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada semua penerima.Ramadhan

Lamp. 4 (Ramadhan)Lamp. 5 (Fazihan)Lamp. 6 (Ramadhan)

Ramadhan

Persembahan koir 6BHadirin sekalian,Sama-samalah kita meredakan debaran dihati dengan menyaksikan persembahan seterusnya iaitu persembahan Koir daripada murid-murid Tahun 6B yang bertajuk Harapan dibawah bimbingan Puan Sabrina. Dipersilakan.***PERSEMBAHAN***Terima kasih di ucapkan kepada murid-murid Tahun 6B di atas persembahan yang sungguh mengasyikkan tadi.Fazihan

Anugerah Pengiktirafan KokurikulumHadirin yang dikasihi sekalian,

Kita teruskan lagi majlis pada hari ini dengan penyampaian Anugerah Pengiktirafan Bidang Kokurikulum. Sebelum itu, sekali lagi dijemput Cik Maimun Binti Arsad diiringi oleh Puan Sabrina untuk menyampaikan sijil & hadiah. Majlis mempersilakan.***PENYAMPAIAN SIJIL & HADIAH***1. Penyampaian sijil Kokurikulum AJK Tertinggi (Buku program m/s 14)2. Penyampaian sijil penyertaan Kokurikulum wakil sekolah (m/s 12)3. Penyampaian sijil dan hadiah bagi Anugerah Tertinggi Kokurikulum(m/s 13) Tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima anugerah. Semoga dengan pengiktirafan ini ianya dapat menjadi batu loncatan untuk lebih maju pada masa akan datang. Terima kasih juga kepada Cik Maimun dan Puan Sabrina atas penyampaian hadiah dan sijil sebentar tadi. Ramadhan

Lamp. 7 (Ramadhan)Lamp. 8 (Fazihan)Lamp. 9 (Ramadhan & Fazihan)

Fazihan

Anugerah NilamTanpa melengahkan masa, kita teruskan majlis kita pada hari ini dengan penyampaian Anugerah Nilam. Untuk pengetahuan semua, Anugerah Nilam ini diberikan kepada murid-murid yang membudayakan membaca sebagai amalan harian. Salah satu objektif penganugerahan ini ialah untuk menyuburkan tabiat membaca dalam kalangan murid-murid SK. Rantau Panjang dan rakyat Malaysia amnya. Pada tahun ini beberapa orang murid telah dipilih untuk menerima Sijil Anugerah Nilam bagi sesi 2015. Untuk menyampaikan sijil tersebut, dijemput Cikgu Jina selaku Guru Nilam untuk mengiringi Cikgu John anak Ugong untuk menyampaikan anugerah. ***PENYAMPAIAN ANUGERAH*** - (Buku program m/s 11)Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah. Semoga anugerah ini akan menjadi pemangkin kepada murid-murid untuk membudayakan amalam membaca dalam kehidupan seharian. Bak kata pepatah, MEMBACA JAMBATAN ILMU.

Terima kasih Cikgu Jina dan Cikgu John atas penyampaian anugerah tadi. Ramadhan

Lamp. 10(Ramadhan)

Persembahan Murid Tahun 4&5Hadirin sekalian,

Majlis pada hari ini akan dimeriahkan dan dihangatkan lagi dengan persembahan satu lagi tarian yang akan dipersembahkan oleh gabungan murid-murid Tahun 4 & 5. Mereka akan menghiburkan kita semua dengan sebuah persembahan Tarian yang diberi nama Anzlech Lecobiat. Untuk pengetahun semua, tarian ini merupakan tarian poco-poco negeri Sabah. Persembahan murid-murid ini telah dilatih oleh 2 orang guru tari yang berpengalaman iaitu Cikgu Connie dan Cikgu Jina. Dengan sukacitanya, dipersilakan.***PERSEMBAHAN***Terima kasih diucapkan kepada murid-murid atas persembahan yang sangat menghiburkan hati itu tadi. Fazihan

Graduan Tahun 6Para hadirin yang dihormati,Majlis disemarakkan lagi dengan penyampaian Sijil Berhenti Sekolah bagi Graduan Tahun 6. Barisan graduan Tahun 6 ini merupakan murid-murid Tahun Enam yang akan menamatkan persekolahan mereka selama Enam tahun di SK Rantau Panjang, Sibu. Ini merupakan simbolik sebagai tanda tamatnya persekolahan mereka dperingkat Rendah dengan jayanya. Majlis dengan segalanya hormatnya menjemput En. John Ak Ugong untuk mengiringi Tuan Guru Besar, Encik Saidal Bin Mat untuk menyampaikan sijil kepada graduan kita.Dijemput adik.***PENYAMPAIAN SIJIL***- (Buku program m/s 15)

Tahniah diucapkan kepada semua murid Tahun 6 kerana telah berjaya menamatkan pengajian peringkat rendah di SK Rantau Panjang. Apa yang baik yang diperoleh disini jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan. Ramadhan

Lamp. 11(Ramadhan)

PENCAPAIAN MURID CEMERLANG UPSR BAGI TAHUN 2014 & 2015Hadirin yang dikasihi sekalian,

Dikesempatan ini juga, kami pihak SK Rantau panjang ingin mengambil peluang dan ruang untuk memberikan sedikit penghargaan buat murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian cemerlang dalam UPSR Tahun 2014 dan 2015 yang baru sahaja diumumkan pada hari selasa yang lalu.

Untuk makluman, Bagi pencapaian UPSR 2014 seramai 5 orang murid telah berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A. Untuk itu, dijemput sekali lagi Cikgu John mengiringi Tuan Guru Besar untuk menyampaikan insentif tersebut.

Dijemput adik1. Grace Joyce Ak John @ wakil2. James Jinggan Bin Peter @ wakil3. Jeffry Clake Ak Demian @ wakil4. Leans Caroline Benya Ak Ian @ wakil5. Mohamad Shahrul Nizam @ wakil

Pihak sekolah juga telah bersepakat untuk memberikan sedikit insentif bagi murid yang lulus penuh dalam UPSR 2014. Untuk itu, dijemput (rujuk lampiran 12).

Selesai sudah bayaran insentif UPSR 2014. Kini disampaikan pula Bayaran Insentif-Lulus penuh UPSR 2015.

Dijemput adik (Rujuk Lampiran 13)

Fazihan

Ramadhan

MURID CONTOHMajlis kita sudah sampai dikemuncaknya. Anugerah seterusnya merupakan anugerah yang dinanti-nantikan kita iaitu penyampaian Sijil dan Hadiah untuk Anugerah Murid Contoh 2015. Bagi menyempurnakan majlis, dengan ini dijemput En Saidal Bin Mat untuk mengiringi En Mathew ak Maja untuk menyampaikan Sijil dan Hadiah kepada penerima. Anugerah ini diberikan kepada murid yang telah menunjukkan ketokohan dan contoh terbaik secara keseluruhannya dari aspek jati diri, kepimpinan dan akademik yang boleh dijadikan contoh kepada murid lain.Disini saya bacakan sedikit biodata ringkas penerima anugerah Murid Contoh 2015. Dilahirkan pada tanggal 05 Januari 2003, anak perempuan kepada pasangan Encik Effendi dan Puan Misi ini merupakan anak ke-3 daripada 4 orang adik beradik. Sebelum berpindah ke SK. Rantau Panjang, beliau merupakan murid di SK Ulu Durin Kiba. Membaca novel dan bermain basikal merupakan hobi beliau di masa lapang.

Dan beliau menanam cita-cita yang tinggi untuk menjadi seorang doktor suatu hari nanti, In syaa Allah.Dengan itu, saya umumkan penerima anugerah Murid Contoh 2015 yang dimaksudkan ialah Adik Rosalinda Ak Effendi. Dipersilakan tampil untuk menerima sijil dan hadiah..Tahniah diucapkan kepada penerima. Terima kasih diucapkan di atas kesudian En Mathew ak Maja dan Encik Saidal menyampaikan hadiah kepada penerima sebentar tadi.Fazihan

Persembahan terakhir(Murid Tahun 6A)Sebelum majllis melabuhkan tirainya, majlis ingin menjemput persembahan terakhir pada hari ini iaitu persembahan Tarian Bollywood yang bertajuk Bolly Curiya daripada murid-murid Tahun 6A. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan Tarian Bollywood ini telah mendapat sentuhan daripada jurutari terbaik SK Rantau Panjang, Cikgu Shukor Hayani Binti Mansor. Berikan tepukan gemuruh untuk murid-murid Tahun 6A. Mari sama-sama kita saksikan. ***PERSEMBAHAN***

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang sungguh bersemangat dan menghiburkan sebentar tadi.. Ramadhan

Penyampaian cenderamataSebagai tanda terima kasih kami di atas kesudian Yang Berusaha YDP PIBG merasmikan majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil dan hadiah, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berusaha En. Saidal bin Mat, Guru Besar SK Rantau Panjang, Sibu untuk menyampaikan Cenderamata kenang-kenangan kepada yang berusaha En Mathew ak Penghulu Maja. Dengan segala hormat nya dipersilakan.***BAGI CENDERAMATA***Majlis mengucapkan jutaan terima kasih.Fazihan

PenutupHadirin sekalian sekalian,Kerjasama tuan puan sangat dihargai,Terima Kasih sekalung budi,Kenangan nan indah simpanlah dihati,Semoga Kita berjumpa lagi.

Merdu bertingkah alunan suara,Kadang tak sedar tersilap kata,Andai terlanjur patah bicara,Serendah hati kemaafan dipinta. Bagi pihak JK Pelaksana Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah 2015 pada hari ini mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Para Hadirin sekalian memeriahkan majlis ini. Pihak majlis sekali lagi merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha YDP PIBG SK Rantau Panjang Sibu kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri majlis pada pagi ini. Mohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang kami mengacarakan majlis ini. Sebelum bersurai Hadirin sekalian dijemput berdiri untuk memyanyikan rangkaian 3 buah lagu iaitu Lagu Fly Kenyalang Fly, Lagu Ibu Pertiwiku, dan Lagu Sekolah. ***NYANYIAN****Dipersilakan En Saidal untuk menjemput En. Mathew, dan tetamu jemputan ke bilik jamuan.Para Hadirin dipersilakan menikmati jamuan yang telah disediakan.Sekian, sehingga kita bertemu lagi. Assalamualaikum wbt....

Ramadhan

Fazihan

Ramadhan