skop etika profesional mencakupi sebahagian … · web viewskop etika profesional mencakupi...

5
LMCK1621 SET125 ETIKA PROFESSIONAL NAMA: SHAHRUL AZWAN BIN ABDUL MUKTI (A149491) NAMA PENSYARAH: DR. HAZRUL IZUAN BIN SHAHIRI Skop Etika Profesional m encakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Skop Etika Profesional mencakupi sebahagian … · Web viewSkop Etika Profesional mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti

LMCK1621 SET125

ETIKA PROFESSIONAL

NAMA:SHAHRUL AZWAN BIN ABDUL MUKTI

(A149491)

NAMA PENSYARAH:DR. HAZRUL IZUAN BIN SHAHIRI

Skop Etika Profesional mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dan lain-lain. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam

Page 2: Skop Etika Profesional mencakupi sebahagian … · Web viewSkop Etika Profesional mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti

keseluruhan hidupnya. Sepanjang menjalankan tugasan mengenai pemikiran dan teori etika ini, kami dapat memahami prinsip-prinsip asas dalam teori etika kebaikan. Selain itu juga, kami dapat membezakan serta menghuraikan jenis-jenis teori dan teori tindakan betul. Kami juga dapat mengenalpasti hubungan antara etika profesional dengan kepentingan diri, budaya dan agama. Disamping itu juga, mendalami serta memahami kegunaan teori etika untuk golongan profesional. Penghayatan dan pemahaman seseorang profesional itu adalah mengenai pemikiran dan cara mereka mengaplikasikan teori etika tersebut adalah penting untuk menggalakkan golongan ini terus melakukan kebaikan dan menegakkan kebenaran demi kepentingan semua. Teori – teori etika sering digunakan oleh golongan profesional untuk dijadikan sebagai panduan mereka apabila menghadapi dilema etika. Golongan profesional dapat menggunakan teori ini untuk melihat dengan lebih jelas lagi justifikasi mengenai tanggungjawab umum mereka. Nilai etika ini menekankan tentang hak individu serta tindakan yang dapat mendatangkan kebaikan kepada umum. Dalam mengaplikasikan konsep etika didalam kehidupan seharian, kejadian tanggal 30 Mei 2015, saya dan rakan-rakan sekolej saya merancang untuk berjalan-jalan di sekitar Melak. Perancangan yang kami lakukan dengan teliti ini dan saya di lantik ketua bagi mengetuai perjalanan kami ke Melaka kerana hanya saya sahaja tahu arah jalan ke Melaka. Saya sebagai ketua, dalam mengetuai perjalanan ini. Saya perlu lebih berdisiplin dan lebih berdedikasi dalam menunjukka arah jalan dan tidak boleh malu jikalau melakukan kesilapan. Semasa dalam perjalanan, kami telah tersesat dan saya sebagai ketua perlu bertanggungjawab dengan bertanya orang di sekitar di kawasan tersebut. Akhirnya dengan ikhtiar dan bantuan orang di sekililing kami sampai ke destinasi yang di tujui iaitu pantai Puteri, Melaka. Kami mengambil masa untuk berehat, makan dan menikmati pemandangan di sekitar kawasan pantai. Kemudian kami meneruskan aktiviti kami bermandi- manda di pantai. Tanpa di duga, kawan kami Asyraf kakinya terpijak paku yang berkarat. Pada waktu itu, Asyraf mulai panik dan saya cuba menenangkan Asyraf agar di tidak gelabah. Saya mengarahkan Razani, rakan saya mengeluarkan ubat yang ada di dalam kereta dan saya pula cuba mengeluarkan paku tersebut. Kemudian mencuci kaki Asyraf dan Naufal merawat kaki Asyraf dengan ubat yang tersedia. Daripada situ, saya boleh mengambarkan semangat kerjasama yang prfessional dan menyelesaikan masalah tersebut tanpa tergopoh- gapah. Sikap prihatin dan semangat setiakawan membuatkan keadaan tersebut dapat diselesaikan tanpa masalah.

Kesimpulannya di sini, sikap professional dan beretika perlu di terapkan dalam diri kita padan setiap orang. Hal ini akan dapat melahirkan mahasiswa yang berdedikasi dan

Page 3: Skop Etika Profesional mencakupi sebahagian … · Web viewSkop Etika Profesional mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti

berkreativiti tinggi dalam menyelesaikan masalah. Sebagai generasi Y, mahasiswa perlu lebih maju kehadapan dan dapat mengawal emosi yang berlaku di kawasan persekitaran.

Page 4: Skop Etika Profesional mencakupi sebahagian … · Web viewSkop Etika Profesional mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti