sivil folio

13
4PD3 SIVIK FOLIO Agama Buddha

Upload: kelvin-woon

Post on 22-Jul-2016

244 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Sivil Folio

4PD3

SIV IK FOL IO

Agama Buddha

Page 2: Sivil Folio

Nama Guru:

Ja’arfah

Ketua Kumpulan:

Kelvin Woon Chen An

Ahli-ahli Kumpulan:

Lau Ka Heng

Jeff Low Jun Hao

Lee Shao Zheng

Chong Chee Siong

GURU &

AHLI KUMPULAN

Page 3: Sivil Folio

PERKARA

Muka Surat Catatan

1. Pengenalan

1 - 2

2. Amalan 3 - 5

3. Kepentingan

6 - 7

4. Rumusan 8 - 9

Page 4: Sivil Folio

1. PENGENALAN

1

Page 5: Sivil Folio

PENGENALAN

Agama Buddha ialah Agama dan falsafah

Pengenalan:-

Agama Buddha ialah agama dan falsafah yang berasaskan ajaran Buddha Śākyamuni (Siddhārtha Gautama) yang mungkin lahir pada kurun ke-5 sebelum masihi. Agama Buddha menyebar ke benua India dalam 5 kurun selepas Baginda meninggal dunia. Dalam proses perkembangan agama Buddha, agama ini praktis telah menyentuh hampir seluruh benua Asia. Agama Buddha terus menarik orang ramai menganutnya di seluruh dunia dan mempunyai lebih kurang 350 juta penganut. Agama Buddha dikenali sebagai salah satu agama yang paling besar di dunia. Dalam dua ribu tahun yang seterusnya, agama Buddha telah menyebar ke tengah, tenggara dan timur Asia. Kini, agama Buddha telah dipaparkan sebagai tiga aliran utama, iaitu Theravada, Mahayana, dan Vajrayana (Bajrayana).

2

Agama Buddha ialah Agama dan falsafah

Latar Belakang dan Kehidupan Buddha:-

Menurut tradisi Buddha, tokoh historis Buddha Siddharta Gautama dilahirkan dari suku Sakya pada awal masa Magadha (546-324 SM), di sebuah kota, selatan pergunungan Himalaya yang bernama Lumbini. Sekarang kota ini terletak di Nepal sebelah selatan. Ia juga dikenal dengan nama Sakyamuni.

Page 6: Sivil Folio

2. AMALAN

3

Page 7: Sivil Folio

AMALAN

Sebagai satu agama serta cara hidup yang benar, Buddhisme sangat dihargai oleh orang-orang berintelek tinggi di seluruh pelusuk dunia. Perkara ini disebabkan Buddha merupakan guru yang amat semourna pengetahuannya dan berpandangan liberal. Cara hidup sesorang Buddhis amat sederhana, bebas daripada kepercayaan membutatuli dan dogma-dogma. Malangnya ramai orang belum mengerti bagaimana menempuh cara hidup Buddhis yang sebenar.

Dewasa ini di merata dunia, bahkan di kalangan komuniti Buddhis sendiri, berbagai kepercayaan dan amalan masih dilakukan sebagai amalan agama ini. Banyak di antara amalan-amalan ini bukan ajaran asli Buddha dan kadangkala bertentangan pula dengan ajarannys. Sebenarnya ramai orang telah mengabaikan dan melupakan cara hidup seseorang Buddhis yang betul. Ramai juga yang keliru terhadap aspek-aspek tertentu yang penting di dalam agama ini. Dengan tujuan menghilangkan kekeliruan ini dan memberi penjelasan kepada masyarakat Buddhis, buku kecil ini dicetak.

Memahami cara hidup seseorang Buddhis bererti menempuh cara hidup yang benar. Untuk menghargai sifat kehidupan ialah untuk mencapai satu kehidupan yang bahagia dan damai.

Orang-orang tertentu yang disebut golongan intelek menggunakan Buddhismehanya sebagai satu dasar bagi tajuk perbincangan mereka tentang aspek-aspek metafizika dan falsafah agama ini. Mereka mengejek bahkan hingga ke tahap menyalahkan amalan-amalan kebudayaan Buddhis yang telahpun diterima umum. Perkara ini bukan satu sikap yang betul dan sihat terhadap agama.

4

Page 8: Sivil Folio

AMALAN

Agama yang tidak mempunyai pengertian dan yang belum meresap ke dalam kebudayaan tidak akan dapat bertahan; ia hanya akan menjadi falsafah kering yang akan menghilang selepas beberapa waktu. Sifat tolak-ansur merupakan perkara utama di dalam ajaran Buddha. Jika seseorang tidak dapat menerima amalan budaya yang tertentu, dia harus setidak-tidaknya membiarkan amalan tersebut. Seseorang harus meneliti pengertian dan makna disebalik amalan tersebut, bukannya mengeluarkan kata-kata lancang dan tidak tepat pada tempatnya.

Kebudayaan Buddhis telah meresap ke dalam setiap aspek kehidupan kita. Kita sedia maklum bahawa Buddhisme merupakan satu agama yang membimbing kita menuju kehidupan yang lebih baik di alam ini dan selanjutnya. Menjadi tugas kita untuk menyisat, mempelajari, memahami serta melaksanakan apa yang disediakan untuk kita oleh agama ini. Kita memerlukan bimbingan agama untuk kehidupan sehari-harian. Upacara dan adat-istiadat, walaupun diterima sebagai bahagian pelengkap bagi agama, tidak dengan sendirinya menjadi unsur asas agama. Kemajuan batin merupakan aspek terpenting di dalam agama. Untuk mencapai kemajuan batin, kita harus bermula dengan memupuk asas moral yang kuat supaya kita mempunyai satu dasar yang teguh.

Dengan memahami ajaran Buddha kita boleh mendapat inspirasi batin yang diperlukan. Kita akan rasa berterima-kasih dan ingin memberi penghormatan kepada Buddha, Ajarannya dan Sanghanya. Dengan demikian kita mempunyai tiga objek suci untuk kita hormati, iaitu Buddha, Dhamma, dan Sangha, yang di dalam bahasa Pali di sebut ‘ TiRatana’. Pencapaian kemajuan batin dan penghormatan kepada TiRatana adalah jalan yang dapat membimbing satu cara hidup yang betul menuju kedamaian, kebahagian dan keselamatan mutlak, iaitu matlamat setiap Buddhis. Sementara kita beraspirasi tinggi, kita tidak harus lupakan atau mengabaikan perlaksanaan dan amalan

5

Page 9: Sivil Folio

3. KEPENTINGAN

6

Page 10: Sivil Folio

KEPENTINGAN

Prinsip-prinsip penting dalam ajaran pelbagai agama

Agama merupakan pegangan hidup manusia. Prinsip, amalandan nilai yang terkandung dalam agama tersebut dijadikan panduan dalam menjalani hidup dan seterusnya dalam menghadapi cabaran.

Agama rasmi negara kita ialah agama Islam, namun agama-agama lain bebas diamalkan secara aman. Malaysia kaya dengan pelbagai agama seperti agama Hindu, Buddha, Kristian, Sikh, ajaran Confucius dan Taoist.

Kesemua agama memberi panduan dan ajaran agar penganutnya menjadi manusia yang baik, taat kepada ajaran agama masing-masing dan mengamalkan nilai-nilai murni untuk mencapai kecemerlangan diri.

Agama Buddha pula menekankan keyakinan yang berdasarkan kepada pengetahuan. Seseorang penganut agama Buddha mestilah mempunyai pemikiran yang rasional dan mengambil keputusan yang bijak tanpa menyusahkan diri sendiri dan orang lain.

7

Page 11: Sivil Folio

4. RUMUSAN

8

Page 12: Sivil Folio

RUMUSAN

Rumusan tersebut dapat dikemukakan kembali sebagai berikut:

1. Apapun aliran, kelompok atau sistem kami, sebagai Buddhis kami semua menerima Sang Buddha sebagai Guru kami yang memberikan kami ajaranNya.

2. Kami semua berlindung pada Tiga Permata (Tiratana): Sang Buddha, Guru kami; Dhamma, ajaranNya; dan Sangha, Komunitas para Arya (suciwan). Dengan kata lain, kami berlindung pada Pengajar, Pengajaran, dan Hasil Pengajaran.

3. Baik Theravada ataupun Mahayana, kami tidak mempercayai bahwa dunia ini diciptakan dan diatur oleh tuhan atas kehendaknya.

9

Page 13: Sivil Folio