it dan kesedaran sivil

21
TEKNOLOGI MAKLUMAT, KESEDARAN SIVIL DAN DEMOKRASI RUJUKAN KEPADA MALAYSIA OBJEKTIF Modul ini akan membincangkan kepentingan teknologi maklumat dalam perkembangan demokrasi. Para pelajar diharap dapat memahami beberapa perkara berikut; Kepentingan teknologi maklumat kepada perkembangan demokrasi Bagaimana teknologi maklumat ini berperanan meluaskan ruang partisipasi Apa hubungan teknologi maklumat ini dengan kesedaran sivil sesebuah masyarakat. PENGENALAN Istilah-istilah seperti kuasa siber, internet, ruang maya (virtual space), teknologi penyebaran maklumat (ICT), dalam banyak hal telah mendominasi kehidupan dan sistem sosial masyarakat dunia khususnya dalam dekad terakhir abad ke-20. Sistem politik sesebuah masyarakat juga tidak terkecuali daripada dominasi dan pengaruh istilah-istilah tersebut khususnya ICT. Misalnya dalam konteks sistem demokrasi, penyebaran maklumat adalah unsur penting di dalam pembangunan demokrasi di dalam sesebuah negara. Definisi demokrasi tidak akan lengkap jika tidak ada kebebasan maklumat, unsur ketelusan, kebebasan akhbar dan media lainnya dan berbagai persoalan yang berhubung dengan asas memiliki maklumat seperti peningkatan kenal huruf di dalam masyarakat, pendidikan yang semakin baik dan meluas serta peningkatan di dalam perkembangan ICT ( information technology atau teknologi maklumat) seperti pertambahan penggunaan radio, faks, teleks, radio, televisyen, komputer, video, CD, e-mel dan internet. 1

Upload: sha-smile

Post on 19-Feb-2016

228 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

it

TRANSCRIPT

Page 1: IT Dan Kesedaran Sivil

TEKNOLOGI MAKLUMAT, KESEDARAN SIVIL DAN DEMOKRASI

RUJUKAN KEPADA MALAYSIA

OBJEKTIF

Modul ini akan membincangkan kepentingan teknologi maklumat dalam perkembangan

demokrasi. Para pelajar diharap dapat memahami beberapa perkara berikut;

Kepentingan teknologi maklumat kepada perkembangan demokrasi

Bagaimana teknologi maklumat ini berperanan meluaskan ruang partisipasi

Apa hubungan teknologi maklumat ini dengan kesedaran sivil sesebuah

masyarakat.

PENGENALAN

Istilah-istilah seperti kuasa siber, internet, ruang maya (virtual space), teknologi

penyebaran maklumat (ICT), dalam banyak hal telah mendominasi kehidupan dan sistem

sosial masyarakat dunia khususnya dalam dekad terakhir abad ke-20. Sistem politik

sesebuah masyarakat juga tidak terkecuali daripada dominasi dan pengaruh istilah-istilah

tersebut khususnya ICT. Misalnya dalam konteks sistem demokrasi, penyebaran

maklumat adalah unsur penting di dalam pembangunan demokrasi di dalam sesebuah

negara. Definisi demokrasi tidak akan lengkap jika tidak ada kebebasan maklumat, unsur

ketelusan, kebebasan akhbar dan media lainnya dan berbagai persoalan yang berhubung

dengan asas memiliki maklumat seperti peningkatan kenal huruf di dalam masyarakat,

pendidikan yang semakin baik dan meluas serta peningkatan di dalam perkembangan ICT

(information technology atau teknologi maklumat) seperti pertambahan penggunaan

radio, faks, teleks, radio, televisyen, komputer, video, CD, e-mel dan internet.

Satu hal yang amat jelas dalam konteks perkembangan tersebut ialah kemunculan

suatu bentuk kuasa baru yang dinamakan sebagai kuasa siber (cyber power); yang dalam

banyak hal sebagaimana yang dijelaskan secara sepintas lalu di atas punya pengaruh dan

1

Page 2: IT Dan Kesedaran Sivil

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil dan Demokrasi

dominasi yang kuat terhadap perkembangan dan pembangunan sistem demokrasi di

dalam sesebuah masyarakat atau negara, khususnya dari aspek ruang demokrasi

(democratic space). Dalam konteks perbincangan kertas kerja ini, kuasa siber akan

dibincangkan melalui perkembangan internet sebagai ruang perbincangan sosio-politik

yang baru wujud dalam konteks kehidupan bermasyarakat dan bernegara di Malaysia.

Modul ini bertujuan untuk menjelaskan pengaruh kuasa siber—dalam konteks ini

ialah internet—aliran perkembangan sistem penyebaran maklumat terhadap aspek ruang

demokrasi dan sistem demokrasi di Malaysia. Sehubungan dengan itu juga modul ini

akan cuba menunjukkan bagaimana pengaruh kuasa siber dan perkembangan penyebaran

sistem maklumat itu akhirnya melahirkan suatu ruang intelektual sivil yang bebas

daripada dominasi intelektual pemerintah; yang mana bakal merubah budaya politik dan

struktur sistem demokrasi Malaysia.

ISTILAH DAN KONSEP KUASA SIBER

Perkembangan IT yang sedang dan telah berlaku di Malaysia secara amnya telah

mendedahkan sesuatu yang selama ini tak dapat didedahkan, menjadi counter view atau

counter maklumat kepada media perdana, dan meningkatkan ketelusan berita yang

kepada orang ramai. Ini dapat dibuktikan melalui analisis yang di buat oleh Sabri Zain

yang dipetik menyatakan:

It is a telling reflection of Malaysia's biggest political crisis in more than

a decade. The local media generally have tended to reflect the

government's viewpoint in reporting Datuk Seri Anwar's sacking, arrest

and trial. Now they are coming up against critics armed with computers in

the tussle to shape public opinion. Ironically, the amazing success of the

Internet as an alternative voice is probably due largely to the mainstream

media. Opinions that are critical of the government and the ruling

2

Page 3: IT Dan Kesedaran Sivil

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil dan Demokrasi

political parties are given little, if any, coverage in local newspapers and

television stations. The constant fear of losing their publishing or

broadcasting licenses hangs like a sword of Damocles over their heads

every year when they have to renew them. But Malaysians have long been

used to a cowed, docile media. What probably ‘turned over' most people

was the way the local media went into a veritable feeding frenzy of

graphic reports about the depraved sodomite Anwar, the bloodthirsty

Reformists and their evil foreign backers (Sabri Zain 6 Ogos 99).

Hal ini secara tidak langsung telah mendedahkan kepada kita bahawa perkembangan

teknologi di dalam sistem penyebaran maklumat telah melahirkan suatu bentuk kuasa

baru dalam kehidupan sosial masyarakat Malaysia iaitu kuasa siber. Kuasa siber yang

muncul ini punya ciri dan kekuatan konsepsi sebagaimana bentuk-bentuk kuasa

konvensional yang lain. Kuasa siber punya elemen menguasai (possession). Dan elemen

ini selari dengan konsep kuasa yang pernah diutarakan oleh ahli sosiologi German iaitu

Max Weber (1864-1920) yang menjelaskan konsep kuasa sebagai:

In general, we understand by ‘power’ the chance of a man or of a number

of men to realize their own will in the action’ (Weber 1952: 180; 1986: 29).

Sekiranya di perhatikan dalam konteks perbincangan di atas, amat jelas kepada kita

bahawa elemen menguasai terpancar dalam kuasa siber yang sedang berkembang itu. Dan

perkembangan penguasaan ini nampaknya bukan hanya berlaku terhadap aspek-aspek

fizikal, seperti pemilikan alat-alat teknologi maklumat di kalangan masyarakat tetapi juga

penguasaan dari sudut nilai dan pemikiran masyarakat itu sendiri. Yang menariknya

perkembangan penguasaan nilai dan pemikiran oleh kuasa siber ini sedang bertembung

dan menggugat pengaruh kuasa pemerintah yang telah sekian lama mencorak,

membentuk dan mengawal perkembangan nilai dan pemikiran masyarakat di negara ini.

Dan perkembangan ini sememangnya membimbangkan pemerintah. Hal ini secara

3

Page 4: IT Dan Kesedaran Sivil

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil dan Demokrasi

tersirat diakui sendiri oleh Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad, yang di petik

menyatakan seperti berikut:

“Tidak boleh disekat...ada cubaan sekat tapi keluar yang baru... Ada juga

perkembangan yang kurang sihat apabila ada laman yang mengeluarkan

pandangan secara tidak sopan dengan bahasa kesat, caci dan cela..." I

thought the Internet will be good for people to give opinions," Dr.

Mahathir said recently, "but now it is being used to spread lies” (AWSJ-

30 Mac 99).

Kuasa siber yang sedang berkembang ini juga turut memiliki elemen aturan sosial (social

order). Dalam erti kata lain aturan sosial yang di corak dan di bentuk oleh kuasa

pemerintah selama ini telah di mula di atur semula oleh kuasa siber. Walaupun kuasa

siber ini wujud dalam bentuk maya (virtual), namun yang menariknya ia tetap melahirkan

suatu bentuk interaksi sosial yang bersifat maya (virtual social interaction) di kalangan

masyarakat dengan perbincangan yang berkisar terhadap aturan-aturan sosial yang baru

dan lebih demokratik sifatnya. Hal ini dapat di lihat melihat isu-isu sosio-politik yang di

bincangkan di kebanyakan laman sawang terdapat di dalam internet. Hampir 90 peratus

daripada isu-isu sosial yang di bincangkan di dalam laman sawang tersebut adalah isu-isu

sosial yang bersifat pengetahuan, tanggungjawab individu dan masyarakat dalam konteks

sistem demokrasi Malaysia.

Isu-isu sosial sedemikian, ironinya tidak langsung menyentuh isu-isu sosial yang

bersifat primordial yang selama ini di bentuk dan digarap oleh pemerintah dalam konteks

perkembangan nilai dan norma masyarakat Malaysia. Perkembangan ini secara langsung

telah semacam mendidik kembali pemikiran dan norma masyarakat Malaysia terhadap

persoalan kehidupan bernegara dan bermasyarakat melangkaui batasan dan lingkungan

pemikiran yang bersifat kaum atau kelompok tertentu. Secara konseptualnya

4

Page 5: IT Dan Kesedaran Sivil

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil dan Demokrasi

perkembangan tersebut (kuasa siber & aturan sosial) bertepatan dengan takrif konsep

kuasa yang pernah di sentuh oleh ahli sosiologis Britain iaitu Barry Barnes (1988):

Any specific distribution of knowledge confers a generalised capacity for

action upon those individuals who carry and constitute it, and that capacity

for action is their social power, the power of the society they constitute by

bearing and sharing the knowledge in question. Social power is the added

capacity for action that accrues to individuals through their constituting a

dsitribution of knowledge and thereby a society (1988: 56-57).

Fenomena konsep kuasa yang dijelaskan oleh Barnes tersebut sedang berkembang dalam

konteks perkembangan teknologi maklumat di Malaysia. Walaupun penyebaran

maklumat tersebut, sebagaimana yang telah di jelaskan wujud dalam bentuk maya,

hakikatnya keupayaan kuasa siber untuk muncul sebagai kuasa sosial yang mengatur dan

menyebarkan pengetahuan dan kemudiannya dimanifestasikan melalui tingkah laku

sosial harian, adalah sesuatu yang menarik untuk di teliti dalam konteks perkembangan

sosio-politik di Malaysia khususnya sistem demokrasi. Mungkin masih ada orang yang

tidak yakin kepada pengaruh kuasa siber dalam mempengaruhi sikap dan tindakan orang

ramai. Namun cuba ingatkan kembali isu khabar angin yang menyatakan akan meletus

rusuhan di Chow Kit pada Ogos 1999. Situasi tersebut di laporkan seperti berikut:

A rumor, first started on the Internet, was to send city residents in a frenzy

of provision-stocking panic. Machete-wielding Indonesian immigrants

were said to be rioting in the Chow Kit district of capital city Kuala

Lumpur. One office worker recalls going home in a taxi and having to

squeeze herself among literally hundreds of packets of instant noodles in

the back seat of the terrified driver's vehicle. In the end, the only machete-

5

Page 6: IT Dan Kesedaran Sivil

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil dan Demokrasi

wielding Indonesians in the city were the fruit-sellers cutting open durians

for hungry customers (Sabri Zain 6 Ogos 99).

Apa yang menarik untuk diteliti dan dianalisis daripada perkembangan teknologi

maklumat dan kuasa siber adalah dari sudut pendemokrasian dan pengukuhan konsep

masyarakat sivil dalam konteks sistem demokrasi di Malaysia. Selama empat dekad

antara aspek yang sering di teliti, di bahas dan dibincangkan mengenai demokrasi di

Malaysia adalah aspek ruang demokrasi yang terhad serta terkawal (masyarakat sivil dan

penyertaan politik) dan dominasi pemerintah dalam pengurusan demokrasi tersebut.

Analisis hubungan timbal balik di antara ruang demokrasi yang terhad dan dominasi

pemerintah, menyebabkan ramai sarjana politik Malaysia yang mengklasifikasikan sistem

demokrasi di Malaysia dalam pelbagai bentuk dan sifat yang berbeza seperti ‘antara

demokrasi dan autoritarian’ (Crouch, 1996), semi-demokrasi (Case, 1993), statist-

democracy (Jesudason, 1995), quasi-democracy (Zakaria Hj Ahmad, 1989). Dalam

konteks sistem demokrasi yang sedemikian rupa agak sukar umpamanya perluasan ruang

demokrasi wujud. Ini sebagaimana yang telah jelaskan kerana pemerintah menguasai

ruang tersebut melalui kawalan undang-undang dan juga sistem pendidikan.

Dalam erti kata lain ruang demokrasi yang wujud dan dibenarkan oleh pemerintah

itu adalah ruang di mana pemerintah sama ada secara fizikal dan yang lebih penting nilai

dan pemikiran adalah di bawah pengaruh pemerintah. Kerana itulah jika diperhatikan

selama empat dekad yang lepas, masyarakat sivil yang wujud tidak mampu untuk

melepaskan diri dari pengaruh dan dominasi intelektual pemerintah maka masyarakat

sivil yang wujud dalam ruang demokrasi yang terhad tersebut tidak mampu untuk

melakukan suatu proses revolusi budaya (cultural revolution) di kalangan masyarakat

khususnya budaya politik. Keadaan ini amat bertepatan dengan pemikiran Antonio

Gramsci (1920) yang menyatakan bahawa kegagalan sesebuah masyarakat untuk

bersaing dengan hegemoni pemerintah adalah berkait rapat dengan ketidakupayaan

6

Page 7: IT Dan Kesedaran Sivil

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil dan Demokrasi

masyarakat itu sendiri untuk melakukan revolusi budaya yang berasaskan kepada

kebebasan intelektual yang bebas daripada hegemoni intelektual pemerintah.

Perkembangan teknologi penyebaran maklumat yang secara langsungnya juga

telah melahirkan kuasa siber yang memberi laluan kepada kemunculan dan perluasan

ruang demokrasi. Di mana dalam ruang demokrasi yang dikembangkan oleh kuasa siber

ini adalah bersifat bebas daripada hegemoni intelektual pemerintah. Hal ini secara tidak

langsungnya mampu untuk memperkukuhkan sistem demokrasi serta konsep masyarakat

sivil yang wujud di Malaysia.

PENYEBARAN MAKLUMAT DAN DEMOKRASI:BEBERAPA KAJIAN

Sudah banyak kajian menyimpulkan bahawa semakin demokratik sesebuah negara itu

maka semakin tinggi perkembangan unsur ini yang terdapat di dalam masyarakat

tersebut. Demikian juga sebaliknya, sekatan atau pengurangan penggunaan ICT sering

kali dikaitkan dengan under development atau reverse developmet, apatah lagi jika

menyorot kembali zaman lampau sejak dari feudal, kolonial dan awal kemerdekaan

dahulu, perkembangan ini ternyata di tahap yang sangat rendah.

Perbincangan ini tidak pula menyatakan bahawa demokrasi tidak boleh wujud

tanpa kehadiran teknologi ataupun ICT kerana sudah tentu kita boleh mempersoalkan

demokrasi di zaman negara kota Greek dahulu dan lain-lain perkembangan di England,

Perancis dan Amerika Syarikat di abad ke-19 dan awal abad ke-20 dahulu tetapi

perkembangan demokrasi ini menjadi semakin pesat dan semakin telus dengan

berkembangnya unsur ini. Dengan itu adalah tidak menghairankan ada pemerintah yang

ingin menjaga kedudukannya akan mengawal kebebasan teknologi ini. Dalam maksud

lain unsur persaingan, check and balance, kebebasan berkempen dan penerobosan

maklumat ke ceruk rantau yang memungkinkan satu-satu pemerintah terdedah kepada

makluman umum adalah tinggi dengan perkembangan ICT ini. Pemerintah mahupun

7

Page 8: IT Dan Kesedaran Sivil

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil dan Demokrasi

pembangkang atau sesiapa yang terlibat di dalam persaingan politik akan merasakan

mereka sentiasa diperhatikan dan akan menjadi bahan maklumat di dalam ICT dengan

wujudnya perkembangan ini.

Tulisan para sarjana sama ada di dalam politik mahupun komunikasi sejak dari

awal lagi sudah menekankan kepentingan unsur penyebaran maklumat ini di dalam

pembangunan demokrasi. Lihat umpamanya tulisan Lerner (1958) The Passing of

Traditional Society yang menyatakan partisipasi politik hanya akan dapat berkembang

setelah wujudnya pembangunan ekonomi yang membawa kepada perkembangan proses

urbanisasi. Proses urbanisasi ini pula akan membawa kepada pertambahan di dalam

peningkatan pengedaran akhbar atau media yang akhirnya akan memperluas partisipasi

masyarakat di dalam politik. Lihat juga tulisan Lipset (1959), Social Requisites of

Democracy yang membincangkan beberapa unsur sosial yang perlu ada di dalam

perkembangan demokrasi di dalam sesebuah masyarakat. Antara unsur yang beliau

tekankan ialah pembangunan ekonomi yang membawa kepada keselesaan hidup,

peningkatan kenal huruf dan pendidikan yang membawa kepada pembangunan pemikiran

dan pertambahan di dalam unsur komunikasi dan ICT seperti pertambahan pengedaran

akhbar dan penggunaan telefon. Kajian beliau menunjukkan betapa negara yang tidak

memiliki unsur ini cenderung menjadi autoritarian dan sebaliknya yang memperlihatkan

banyak memiliki unsur ini cenderung bersifat lebih demokratik. Tulisan Bryce (1994)

Democracy and Media menjelaskan betapa demokrasi dan unsur penyebaran maklumat

seperti akhbar tidak boleh dipisahkan di dalam demokrasi. Media merupakan jentera

penyebar maklumat, menghidupkan aktiviti dalam demokrasi apatah lagi media yang

bebas dan berani.

Tulisan ini bagaimanapun tidak menafikan bahawa media atau ICT tidak

semestinya akan diguna untuk pembangunan demokrasi semata-mata. Ia boleh

mendorong kepada perkembangan demokrasi namun terdapat juga golongan yang

menggunakannya untuk kepentingan kelompok tertentu atau peribadi yang serong

terhadap demokrasi. Bagaimanapun kewujudan ini sebenarnya hanya mewujudkan

8

Page 9: IT Dan Kesedaran Sivil

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil dan Demokrasi

persaingan yang lebih bebas dan telus asal penggunaannya bebas dan tidak terpilih untuk

golongan tertentu sahaja.

Tulisan Anderson (1983) Imagined Communities menjelaskan bagaimana

maklumat boleh memainkan peranan untuk mengukuhkan semangat nasionalisme sesuatu

komuniti. Anderson menjelaskan beberapa kelompok yang hidup berjauhan tetapi

memiliki impian atau bayangan yang sama dihubungkan oleh media. Media berperanan

menggambarkan bagaimana bentuk masyarakat yang mereka impikan, bagaimana jika

mereka berkuasa dan akan melaksanakan pelbagai dasar yang mereka hajati selama ini

dan bagaimana negara yang menjadi hasrat selama ini akan direalisasikan nanti.

Bagaimanapun beliau hanya memberikan unsur akhbar dan novel di dalam kajiannya. Ini

tidak menghairankan kerana pada masa kajian ini dibuat unsur ICT yang lebih canggih

seperti sekarang masih terbatas penggunaannya apatah lagi di dalam masyarakat sedang

membangun yang dikaji yang menjadi minat kajian Anderson.

Enloe (1973) pula dalam kajiannya Ethnic Conflict and Political Development

menyatakan bahawa masyarakat negara sedang membangun yang rata-rata lebih

tradisional tidak dapat lari dari unsur pembangunan. Ini mendedahkan mereka kepada

dunia luar, budaya lain dan tidak setakat itu sahaja tetapi berinteraksi dengan kelompok

lain yang serba berbeza dengannya. Bagi Enloe perkembangan ini meskipun baik dari

segi pembangunan tetapi di setengah masyarakat ia boleh meningkatkan persaingan dan

konflik dengan kelompok lain. Krisis dan konflik antara kaum, antara tribe atau

masyarakat yang lebih besar lebih mudah berlaku apabila dalam arus pembangunan ini

mereka sudah memiliki berbagai kemudahan termasuk akhbar dan sebagainya.

ICT dengan itu sangat penting di dalam pembangunan politik sesebuah

masyarakat. Ia mewujudkan satu arena persaingan yang tidak ada batasannya. Ia tidak

sahaja menjadi alat perhubungan dan penyebaran maklumat yang cepat tetapi juga

menjadi alat perhubungan dan penyebaran yang cekap, bersih (dari sudut fizikal), kemas,

lebih mudah dirahsiakan dan sangat mempermudah kerja. Dengan kehadiran e-mel dan

9

Page 10: IT Dan Kesedaran Sivil

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil dan Demokrasi

internet komunikasi dan sebaran maklumat menjadi sangat laju dan luas tanpa batas,

kampung negeri, negara malah benua. Keperluannya sudah menjadi semacam suatu

kemestian kini sehinggakan kita sudah mudah menjadi resah dan gelisah apabila di hari

tertentu cyber cafe, pejabat atau kampus mengalami hubungan terputus atau line down

untuk sehari-dua. Selama ini kita tidak memiliki internet dan e-mel tetapi kita boleh

survive dan berkembang namun apabila telah wujud ia sudah seperti unsur yang wajib di

dalam konteks kehidupan seharian. Sebagai contoh, kebanyakan bank akan menutup

kaunter semata-mata kerana line down seolah-olah sebelum ini tidak pernah menjalankan

khidmat secara manual.

Tulisan Tim Jordan (1999), umpamanya menyatakan dengan jelas bahawa

perkembangan ICT telah melahirkan suatu bentuk budaya dan nilai baru dalam

kehidupan bermasyarakat dan juga tamadun manusia. Beliau menjelaskan bahawa

kemunculan ICT, khususnya internet telah merubah gaya dan sifat berkomunikasi

manusia. Antara budaya dan nilai kehidupan yang ketara terbentuk kesan ini adalah

kecenderungan manusia untuk tidak lagi terlalu bergantung terhadap apa jua laporan dan

perubahan yang terbentuk di ruang fizikal yang nyata. Masyarakat kini lebih bersifat

berhati-hati di dalam menerima setiap perkembangan yang berlaku di sekelilingnya.

Hal ini turut disokong oleh Heng (1998), yang melihat ICT (dalam konteks kajian

beliau ialah internet); yang kini telah dijadikan oleh masyarakat sebagai satu unsur pasca-

moden bagi mengatasi kelemahan-kelemahan unsur moden dalam konteks kehidupan

bernegara dan bermasyarakat; dan ini termasuklah aspek ruang hubungan sosio-politik di

antara masyarakat dan pemerintah. Justeru berdasarkan kepada perbincangan sorotan

literatur di atas, menunjukkan kepada kita bahawa ICT adalah suatu elemen yang amat

penting di dalam konteks kehidupan manusia.

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN DEMOKRASI DI MALAYSIA

10

Page 11: IT Dan Kesedaran Sivil

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil dan Demokrasi

Sebagaimana yang telah dijelaskan di peringkat awal perbincangan, modul ini cuba

membincangkan bagaimana perkembangan ICT ini telah memberi sumbangan yang

sangat besar kepada kesedaran sivil, kebebasan berpendapat dan pembangunan demokrasi

di Malaysia, khususnya dalam konteks perluasan ruang demokrasi. Kebebasan

berpendapat di negara ini selama ini dapat dikawal dan dipengaruhi oleh pemerintah,

namun dengan perkembangan ini (dan secara kebetulan pula disokong oleh pemerintah

sendiri dengan pembinaan MSC) telah mempercepat dan memesatkan pembangunan

demokrasi. Lihat Tulisan Barraclough (1985), Crouch (1996), Jesudason (1995) dan

Milne and Mauzy (1999) untuk keterangan lanjut bagaimana kebebasan media dan

maklumat dikawal malah diguna untuk kepentingan pihak pemerintah.

Perdana Menteri sendiri dapat dianggap sebagai bertanggungjawab kepada

perkembangan ini apabila beliau yang berusaha mempertingkatkan penggunaan ICT di

dalam masyarakat dengan melancarkan suatu projek yang dinamakan sebagai Multimedia

Super Corridor. Antara lain projek ini adalah suatu usaha untuk membangun penggunaan

ICT seperti yang digambarkan di dalam akhbar berikut:

It is Dr. Mahathir who is most responsible for making the Internet

accessible to ordinary Malaysians. In 1996, the technology-loving premier

launched the Multimedia Super Corridor, an ambitious plan to wire a

strip of real estate with telecommunications powerful enough to support

"smart" schools, a paperless government, telemedicine and a center for

software development, among other things (Asian Wall Street Journal 30

March 1999).

Sehubungan dengan itu kerajaan di bawah pentadbiran beliau juga telah melipatgandakan

usaha ke arah tersebut seperti pada tahun 1997 telah melancarkan kempen di seluruh

negara untuk penggunaan ICT. Orang ramai didedahkan dengan teknologi ini untuk

11

Page 12: IT Dan Kesedaran Sivil

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil dan Demokrasi

meningkatkan kesedaran seperti yang dislogankan di dalam kaca televisyen; terima ICT,

belajar ICT, guna ICT dan sayang ICT.

Internet di Malaysia mula berkembang semenjak awal 1990an iaitu di sekitar

tahun 1993. ICT sebenarnya tidak tertakluk kepada internet dan e-mel sahaja tetapi juga

melibatkan berbagai alat teknologi maklumat lain seperti yang dinyatakan di atas.

Bagaimanapun perbincangan ini lebih banyak menumpukan kepada peranan Internet dan

e-mel sahaja memandangkan perkembangan itu yang sukar disekat dan meledakkan

penyebaran maklumat kini. Usaha ini kelihatan membuahkan hasil dengan bertambahnya

bilangan penduduk menggunakan khidmat ini. Daripada keseluruhan dua juta penduduk

sekitar Lembah Kelang didapati pada tahun 1999 dianggarkan seramai 480,000 orang

telah menggunakan khidmat internet ini dan bilangan ini semakin bertambah dari masa ke

semasa (AWSJ 30 Mac 1999).

Kehadiran internet telah memudahkan penyebaran maklumat kepada pelbagai

pihak termasuk pemerintah, organisasi politik mahupun individu. Parti politik telah

memanfaatkan ICT ini dengan membina laman sawangnya dengan memberikan pelbagai

maklumat dan serta menyediakan pelbagai ruang interaksi dan pandangan. Demikian juga

NGOs lain, kesempatan ini adalah suatu yang menguntungkan dan mempermudah kerja

mereka. Di samping laman sawang aktivis serta orang ramai boleh berhubung sesama

mereka dengan menggunakan kemudahan ini dengan lebih cepat dan cekap.

Bagaimanapun penggunaan ICT ini didapati begitu pesat berkembang setelah

meletus insiden penahanan bekas TPM Malaysia Anwar Ibrahim dan setelah muncul

gerakan reformasi di Malaysia. Laporan dari media antarabangsa menyatakan kes ini

dimanfaatkan oleh penyokong beliau untuk mendedahkan kepada masyarakat terhadap

perkara yang berlaku seperti berikut:

12

Page 13: IT Dan Kesedaran Sivil

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil dan Demokrasi

At 9 pm on September 20, 1998, when masked policemen armed with

submachine guns stormed into the home of Malaysia's sacked Deputy

Premier Anwar Ibrahim, it was not the local television stations or even

CNN which were the first to break the news of the historic arrest. Just

minutes after the arrest, an email alert from a supporter present at the

house was sent out to newsgroups and discussion lists on the Internet,

giving thousands of Malaysians access to vivid details of the events that

night. It signaled a crucial turning point in Malaysia's political

landscape--the Internet had arrived (Sabri Zain-Democracy on line 6

Ogos 99).

Berbagai laman sawang khususnya yang bersimpati dan tidak berpuas hati serta yang

menyokong kepimpinan bekas TPM ini telah dibina di dalam internet. Bilangannya

adalah sangat bayak dan sukar dihitung. Sejak 2 September 1998 bekas TPM itu ditahan

telah muncul lebih 50 laman internet yang disediakan bagi melahirkan pandangan

alternatif kepada media aliran perdana. Jurucakap TM Net (pemilik khidmat internet

terbesar di Malaysia) pula menyatakan kalau sebelum ini hanya lebih kurang 9,000

permohonan baru diterima dalam sebulan untuk melanggan mereka namun kini sejak kes

tersebut meletus ia tiba-tiba telah mendadak bertambah kepada 14,000 sebulan (AWSJ,

30 Mac 1999). Rata-rata pelanggan baru ini adalah golongan pendukung kepada gerakan

reformasi di Malaysia. Pada mula berkembang isu reformasi ini antara laman sawang

yang pertama ditubuhkan ialah Anwar.com, Anwar on-line, Laman Reformasi,

Konspirasi, Reformasi.com dan Anwar org. Beberapa hari kemudian berpuluh-puluh

laman baru yang dicipta khas untuk melahirkan aspirasi yang sama. Setiap satu mudah

dikesan apabila laman ini merangkaikan hubungan mereka melalui bahagian link di

dalam laman tersebut.

Terdapat laman yang timbul tenggelam tidak dikemas kini dan tidak kurang juga

yang konsisten dan masih kekal dan menerima kunjungan yang banyak hingga kini.

13

Page 14: IT Dan Kesedaran Sivil

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil dan Demokrasi

Malah pada satu peringkat ketika masih panas di tahun 1998/9 terdapat laman sawangnya

yang menjadi laman yang menerima paling banyak pengunjung di dalam server tersebut,

antaranya ialah Laman Reformasi, Laman, Maha-Zalim dan laman Free-Anwar.

Sabri Zain seorang aktivis yang sentiasa mengikuti perkembangan internet dan

politik ini pernah mengkaji keadaan ini dan menemui webmaster laman tertentu untuk

mendengar pandangan mereka. Antara lain beliau mendapati:

"There was no other choice--all the media was against us, without

exception," said the Web master of Anwar On-line who declined to reveal

his identity. "The Web site's success was enormous. There weren't a lot of

graphics, but access became slow because of the traffic. I didn't expect so

many responses. People even thought the government was blocking the

site!" (Sabri Zain-Democracy on line 6 Ogos 99).

Rata-rata maklumat di dalam laman ini tidak banyak berbeza iaitu keburukan

bentuk kepimpinan yang ada. Ekoran dari sini timbul berbagai dakwaan bahawa kini

politik di negara ini terlalu banyak dengan fitnah dan kerajaan khususnya UMNO mula

mengambil untuk membasmi sebaran ‘fitnah’ ini.

Terdapat juga laman sawang yang secara benar-benar bergerak untuk membina

masyakat demokratik atau masyarakat sivil Malaysia tanpa begitu dikaitkan dengan bekas

TPM. Laman ini adalah seperti Aliran, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Suaram, Free

Malaysia dan Just World. Kebanyakannya merupakan suara NGO berkenaan.

Bagaimanapun kebetulan isu bekas TPM kini sedang hangat laman ini juga kelihatan

tidak dapat lari turut menyentuh banyak isu beliau.

14

Page 15: IT Dan Kesedaran Sivil

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil dan Demokrasi

Dengan kehadiran berbagai laman ini tumpuan kepada ICT ini menjadi semakin

besar. Kunjungan menjadi semakin kerap dan maklumat yang disebar menjadi semakin

banyak, sentiasa dikemas kini dan hangat. Secara tiba-tiba juga sambutan orang ramai

terhadap akhbar tempatan menjadi semakin kurang. Maklumat yang diperolehi daripada

pengedar-pengedar akhbar aliran perdana di sekitar Kuala Lumpur menyatakan bahawa

untuk tempoh 1998-1999, sambutan dan hasil jualan akhbar Utusan Malaysia dan Berita

Harian telah banyak berkurang, sementara jumlah jualan terhadap akhbar-akhbar terbitan

parti pembangkang seperti HARAKAH, Roket telah meningkat sebanyak 50%.

Masyarakat mula merasa tidak senang dengan beberapa akhbar apabila mendapati

ia tidak menyiarkan berita yang bebas tetapi memihak. Apa lagi setelah mendapati

beberapa berita yang diketahui sendiri boleh dipersoalkan. Sebagai contoh apabila

mereka menghadiri perjumpaan reformasi yang dihadiri puluhan ribu orang tetapi di

dalam akhbar keesokannya menyatakan hanya beberapa ratus sahaja yang hadir, ini

memberikan tanda tanya akan kebenaran berita yang dimaklumkan oleh akhbar tersebut.

Hal ini boleh di teliti daripada petikan-petikan yang diperolehi daripada beberapa laman

sawang yang wujud.

Sebagai contoh Laman Adil dibina untuk menjawab dan menyaingi laman pro-

reformasi namun ia tidak mendapat sokongan baik. Laporan pada bulan Mei 1999 laman

ini hanya mendapat lebih 18,000 lawatan sahaja berbanding dengan yang menyokong

reformasi. Pada masa ini laman penyokong Reformasi telah mencapai lawatan hingga

melebihi 200,000, jauh melebihi Laman Adil (New Sunday Times 23 Mei 1999). E-mel

khususnya mailing-list adalah juga suatu hubungan elektronik yang berkembang pesat

selari dengan perkembangan ICT seperti Sangkancil, Rope, Titiwangsa, Anwar-net.

Hizbi-net, Adil Net, Sarawak Talk dan Berita-Malaysia. Ia telah muncul sebagai satu

medan tempat melahirkan pendapat secara bebas. Pendapat ini pula akan dibaca oleh

orang lain dan akan pula memberi komen atau menjawab sehingga kadangkala ada yang

15

Page 16: IT Dan Kesedaran Sivil

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil dan Demokrasi

membawa kepada perdebatan yang panjang. Di dalam Sangkancil umpamanya persoalan

politik, ekonomi dan sosial menjadi isu utama di dalam perbincangan. Terdapat juga

perbincangan yang menyentuh soal agama khususnya Islam dan ia menarik banyak

pengulas termasuk dari penganut agama lain. Apa yang pasti pelanggan di sini harus

bersifat sederhana atau moderate kerana jika tidak bersifat demikian mudah merasa

terguris atau tercabar dengan pandangan orang lain mengenai agamanya. Ada juga

mailing list yang pelanggan hanya diberikan maklumat terkini di alam sesuatu perkara

seperti Stratford.Com's Global Intelligence, Financial Time News, Global Knowledge

Development (GKD) dan Berita Malaysia.

PENUTUP

Modul ini cuba untuk menunjukkan hubungan timbal-balik yang lahir kesan daripada

perkembangan sistem teknologi maklumat, kuasa siber dan demokrasi di Malaysia,

khususnya dari aspek ruang demokrasi. Dalam meneliti aspek-aspek tersebut kertas ini

telah membahaskan bahawa perkembangan teknologi maklumat dan kemunculan kuasa

siber secara konseptualnya telah memberikan dua kesan sosio-politik yang besar terhadap

perkembangan demokrasi di Malaysia. Pertama, perkembangan sistem teknologi dan

kuasa siber telah memperluas ruang demokrasi di Malaysia. Di mana, walaupun ruang

demokrasi yang diperluas itu adalah dalam bentuk maya (virtual), namun ia secara

konsepsi membuka peluang penyertaan politik kepada masyarakat keseluruhannya dalam

aspirasi psikologi yang bersifat less-fear. Hal ini banyak berkait rapat dengan sifat ruang

demokrasi yang baru ini, yang boleh disifatkan di luar kawalan dan dominasi pemerintah

sama ada secara perundangan ataupun pemikiran. Kedua kehadiran ICT ini telah

meningkatkan kesedaran sivil kepada orang ramai. Mereka merasakan kini mereka boleh

tahu apa yang selama ini tersembunyi. Mereka juga boleh memberi pendapat dan sekali

gus melibatkan diri dalam wacana politik negara. Ketiga, perkembangan sistem teknologi

penyebaran maklumat dan kuasa siber ini juga bukan sahaja telah memperluaskan ruang

demokrasi yang sedia ada tetapi juga ruang demokrasi yang baru ini dilihat mampu untuk

16

Page 17: IT Dan Kesedaran Sivil

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil dan Demokrasi

melepaskan ikatan serta bebas daripada hegemoni intelektual pemerintah sebagaimana

yang terdapat di dalam ruang demokrasi Malaysia yang terhad. Walau bagaimanapun

tidak dinafikan penggunaan ICT masih terbatas di kawasan bandar dan golongan yang

berpendidikan. Namun semakin generasi berkembang, apatah lagi kerajaan sendiri

menggalakkannya dan sekolah juga menyebarkan pengetahuan penggunaannya maka

tidak menghairankan dalam sedekad dua ini penggunaan ICT ini akan menjadi sangat

meluas dan digunakan oleh rakyat terbanyak di negara ini. Apabila sampai ke peringkat

ini maka demokrasi dan kesedaran sivil di Malaysia akan benar-benar kompetitif dan dan

menjadi semakin mantap.

SOALAN KENDIRI

1. Bincangkan kepentingan teknologi maklumat dalam pembangunan demokrasi

sesebuah negara.

2. Nilaikan perkembangan kesedaran sivil sesebuah negara yang dipilih dalam masa

kehadiran IT dan sebelum IT.

3. Dengan merujuk kepada perbincangan beberapa sarjana jelaskan kepentingan

penyebaran maklumat oleh media dalam meningkatkan partisipasi politik.

4. Bincang kedudukan dan peranan pemerintah dalam mengawal penyebaran

maklumat dalam suatu masyarakat. Apa pentingnya mereka mengawal maklumat?

5. Nilaikan sumbangan ICT dalam membentuk masyarakat Sivil yang lebih

responsif.

RUJUKAN

Anderson, B. 1983. Imagined communities. London: Verso.

17

Page 18: IT Dan Kesedaran Sivil

Teknologi Maklumat, Kesedaran Sivil dan Demokrasi

Barraclough, S. 1985. The dynamic of coercion in the Malaysian political process. Modern Asian Studies. 19 (4): 797-822.

Case, W. 1993. Malaysia: semi-democracy in withstanding the pressures for regime change. Pacific Affairs. 66 (2): 183-205.

Crouch, H. 1993. Malaysia: neither authoritarian nor democratic. Dlm. Hewison, K., Robinson, R. & Rodan, G. Southeast Asia in the 1990s: authoritarianism and democracy, hlm. 135-157. Sydney: Allen and Unwin.

Crouch, H. 1996. Government and society in Malaysia. St. Leornards: Allen and Unwin.

Heng, S.H. 1998. A postmodernist study of the internet. Akademika, 53 (Julai): 113-127

Holmes, David (ed). 1997. Virtual politics: identity and community in cyberspace. London: Sage Publications.

Jesudason, J. V. 1995. Statist democracy and the limits to civil society in Malaysia. Journal of Commonwealth and Comparative Politics. 33 (3): 335-356.

Jordan, Tim. 1999. Cyberpower: the culture and politics of cyberspace and the internet. London: Routledge.

Lerner, D. 1958. The passing of traditional societies. Glencoe, Ill.: Free Press.

Lipset, S. M. 1959. Some social requisites of democracy. American Political Science Review. 53 (1): 69-135.

Mauzy, D. K. 1995. Coercive consociationalism. Dlm. McGarry, J. & O’Leary, B. (pnyt.). The politics of ethnic regulation, hlm. 106-127. London: Routledge.

Milne, R.S. & Mauzy, D.K. 1999. Malaysian Politics under Mahathir. London.

Routledge.

Sabri Zain. 1999. Face off: a Malaysian Reformasi Diary (1998-99). Kuala Lumpur:

BigO Books.

Saravanamuttu, J. 1999. Thinking the thinkable: politics after Mahathir (part 1-3). Aliran Online. Oct./Nov.

Zakaria Ahmad. 1989. Malaysia: quasi democracy in a divided society. Dlm. Diamond, L., Linz, J.J. & Lipset, M. S. (pnyt.) Democracy in developing countries: Asia. Jil. 3, hlm. 347-382. Boulder, Colorado: Lynne Rienner.

18